April 17, 2012

Kitab Bapa Cheapskate : Bab 01 - Persediaan Suami Untuk Bakal Ibu

Perempuan mengandung adalah perempuan yang pelik. Jika sebelum ni wanita yang kau kenal adalah wanita yang kontrol makan, jangan terkejut kalau tiba-tiba wanita itu jadi pelahap seperti singa. Itu baru dari segi permakanan. Belum masuk dari segi emosi yang bertukar-tukar seperti air pasang dan surut. Ada masa isteri akan jadi tersangat manja, ada masa isteri jadi tersangat pelik perangainya.

Isteri aku sendiri waktu mengandung dia suka makan ayam dan fast food. Boleh kata seminggu tu ada la dua tiga kali aku pegi beli KFC untuk dia melantak. Aku tulis melantak di situ sebab sebelum2 tu, makan nasik pun sejemput dua, ayam pun ambik secubit. Isteri yang mengandung adalah wanita yang sangat tak konsisten.

Jadi sebagai suami yang prihatin dan kedekut, ada beberapa benda yang perlu kau sediakan untuk memastikan isteri kau selesa, sebab dia mengandung anak kau tu. Takkan la kau nak mengharapkan mak abah dia pulak sediakan apa-apa untuk dia.

Benda pertama sekali yang kau kena beli adalah susu ibu mengandung. Kalau time aku hari tu aku beli susu Anmum. Mungkin sebab aku terpengaruh dengan senyuman manis Wardina dalam iklan. Tapi tolong jangan tersalah beli pulak. Kalau brand Anmum ada dua jenis,satu tulis satu Materna dan lagi satu tulis Lacta. Materna tu untuk perempuan mengandung dan Lacta adalah untuk perempuan yang menyusukan anak. Aku nampak jugak ada brand lain macam Mamil dan sebagainya. Harga susu ni selalunya dalam RM30-Rm40 sekotak. Pastikan isteri anda minum susu ni setiap hari sebab bila diorang mengandung, ada jenis2 wanita yang tak lalu nak makan jadi at least dia dan kandungan dapat khasiat dari susu.

Benda kedua yang kau kena sediakan adalah pil Obimin dan pil iron. Pil Obimin ni ada dua jenis. Kalau kau nak murah, beli Obimin kaler pink. Sebotol RM15 paling murah aku pernah beli dekat satu farmasi depan Masjid kat Bangi. Ada Obimin Plus,mahal sket. Dalam RM40 lebih sekotak dan tahan la dalam 2 minggu. Aku tak rasa ada beza sangat benda tu jadi kalau kau tanya aku, beli Obimin murah aje dah cukup. Pil ni sebenarnya takdelah spesifik untuk wanita mengandung tapi zat dia dalam tu lebih sket dari multivitamin biasa, jadi takde risiko kalau suami makan tiba-tiba naik buah dada dan sebagainya. Kalau2 kau nak try la. Calcium tablet tu penting untuk tulang sebab nak cover balik calcium intake isteri yang dah diabsorb oleh baby. Kekurangan calcium ni mungkin akan menyebabkan isteri kau sakit kaki,sakit tulang belakang atau apa2 saja la yang berkaitan dengan tulang sebab dia dah bawak beban lebih daripada yang dah biasa badan dia tampung. Dan aku tak sure kenapa kena makan iron tablet...tapi aku tau isteri makan benda tu tiap2 hari dulu.

Benda2 lain yang kau nak bagi kat isteri kau bagi lah. Cuma ada beberapa benda yang kau sebagai suami kena jaga jangan bagi isteri kau makan. Nombor satu, air gas macam Coke,Pepsi dan sebagainya. Nombor dua, nenas. Ni aku tak sure sama ada mitos atau fakta tapi aku rasa ada benarnya sebab aku sendiri lepas makan nenas mesti sakit perut.

Dari segi pemakaian pulak suami juga perlulah menyediakan pakaian yang sesuai untuk isteri. Tapi kalau ikut pengalaman aku,kau boleh hold off dulu beli baju maternity ni sehinggalah baby kau dalam 6 bulan ke 7 bulan sebab selalunya, baju2 normal isteri kau masih boleh dipakai sehingga ke tempoh tersebut (melainkan isteri kau suka pakai mini skirt dan baju yang ketat2)

Time mengandung ni suhu badan isteri kau akan naik turun. Ada masa dia akan rasa sangat sejuk dan ada masa dia akan rasa sangat sejuk. Time isteri kau panas, pasang la kipas kuat sikit. Kalau rumah kau ada air cond, utilize kan. Kalau isteri kau sejuk, itu adalah masanya untuk kau menghadiahkan "pelukan manja abang" untuk menghangatkan badan isteri.

Selalunya pemakaian isteri time mengandung ni carikkan la baju yang loose fitting dan agak ringan fabrik dia.

Aku dah pegi dekat kedai2 maternity macam Modernmum. Aku tak berapa nak suggest kau beli baju maternity dekat Modernmum ni sebab bapak mahal harga dia. Gila kau seluar maternity harga RM180 satu. Tempat yang paling senang kau nak beli pakaian maternity ni adalah dekat Jusco (atau nama sekarang pasaraya Aeon) Kat sini harga dia agak berpatutan walaupun choice tak berapa banyak sangat. Pegi dekat bahagian wanita dan carik satu brand nama dia Scarlet. Belikanla isteri anda seluar panjang kain cotton sebab seluar tu akan banyak membantu isteri anda. Seluar tu nampak macam seluar biasa tapi depan dia getah yang stretchable ikut saiz perut dan kat dalam dia ada getah untuk jerut seluar ikut saiz pinggang isteri.Harga dia, bolehla RM50 sehelai.

Okeh, topik sensitif sket. Makin lama isteri kau mengandung, breast dia akan jadi makin besar dan selalunya saiz akan naik satu cup. Kalau A jadi B, kalau B jadi C dan seterusnya. Kalau kau tanya aku pasal benda ni, ni lah satu2 nya masa di mana kau tak payah kira kualiti, kau belikan aje bra yang biasa2 aje macam yang dekat Carrefour atau Giant. Sebab kalau kau beli yang mahal2 pun manalah tahu kau punya isteri naik dua cup ke (kalau kau tak paham apa aku tulis ni tolong refer yang tahu, aku bukan menulis pasal cawan) jadi pembaziran akan terjadi. Ni lah masanya kau dan isteri kau kena eksperimen sket sebab kadang2 ada sesetengah perempuan, time macam ni dia lagi sesuai pakai yang murah2. Aku tak reti elaborate panjang benda ni sebab aku tak nak berbunyi macam seorang pakar buah dada....

Lastly..kasut. Belikan dia kasut yang bertapak rata. Yang paling penting, belikan dia selipar untuk pakai dalam rumah dan beli beberapa helai stoking tebal untuk dipakai bila2 dia nak. Ni antara benda yang paling penting kena jaga sebab kaki adalah antara elemen paling sensitif bila perempuan mengandung. Kalau kaki selalu bersentuh dengan simen/tile...dia akan mudah jadi lenguh dan rasa kebas-kebas.

Satu aje benda yang perlu anda sebagai suami ingat dalam bab2 maternity dan baby ni. SEMUA BENDA OVERPRICE GILA! Jadi kalau kau ada jalan yang dapat menjimatkan wang ringgit kau, sila aplikasikan sebab ini akan membantu.

Start daripada moment isteri anda mengandung, anda sebagai suami perlu ubah satu benda dalam kepala anda. Duit anda bukan untuk perbelanjaan anda lagi. Tapi percayalah aku, walaupun kau takkan dapat lagi beli apa2 barang yang kau nak sesuka hati kau lepas ni, investment yang laburkan ini adalah sangat2 berbaloi. Spend aje..tak payah berkira dengan isteri tapi pastikan jangan membazir. Time mengandung ni memang akan mudah terjadi permbaziran.

Esok kita sambung bab 2.
Kalau ada sesiapa nak tambah boleh letak kat komen.

ps : dah lama aku nak menulis benda ni tapi baru minggu ni berkesempatan sebab aku sangat banyak free time.

32 ulasan:

Aiman berkata...

waaa...aku pernah tersalah beli susu...nak materna amik lacta lak...terpaksa la guna lepas salin...hohoho

hafiz berkata...

aku setuju ngn ko mantot..memang aku selalu cr barang kt jusco..memang pakaian maternity berbaloi la..even pakaian bby pon nmpk berkemampuan la nk beli..

Cik Siti Fairuz berkata...

SCARLET? tidak!!
bra kt giant & carrefour? tidak!!

bujur berkata...

ada satu lagi benda sebagai suami perlu ubah dlm kepala... sikap dan perangai, tu paling penting. tinggalkan la mana2 sikap yg buruk dan huduh tu... serius

suria berkata...

iron for blood, calcium for bones :-)

Irfa berkata...

bagus entri ni :)

Mantot berkata...

thanks..aku akan betulkan,cik Suria

aie berkata...

tahun lepas aku pergi beli sorang2 bra utk wife aku yg pregnant kt jusco so dok terkial2 kt sekyen bra cari saiz yg besar..luckily assistant kt situ very helpful n aku perasan gak ladies tgk aku dok membelek sambil dok malu2 hehe

Kak Mah berkata...

fuii sangat edukasyenel la posting brader mantot harinih.. hahaha..

eh, setau ahkak, pil obimin tu bukan klinik/spital ada sediakan ke? bini ko checkup kt mana sampai kena beli sendiri tu?

Haizam cak cak berkata...

mahu anak hensem dan kacak,cantik dan lawa?bukan had pada fizikal,tp juga pada perangai,byk2kan baca Al-Quran..tp aku rasa entry pasal ni mesti mantot nak masukkan dalam bab 2

RieNa berkata...

bila tidor malam ada masanya ibu mengandung tak suka dipeluk sbb rimas. adakalanya dia perlu lebih dari 2 bantal jd maafkanlah kalau dia terpaksa ambil bantal kau dan biarkan kau tidor berbantalkan lengan. ada masanya dia rasa malas gila dan takde mood nak lipat kain, dan adakalanya dia terlebih rajin sampai menghelit dapur dia cuci.

jgn heran kalau tiba2 dia menangis kerana kau terlupa belikan dia air sarsi yg dia nak. dan bersama2lah ketawa dgn dia wpun tgk spongebob je pun.

sekian, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

sejak lepas kawen ni aku dah takde malu selambe je lepak kat scarlet carik bra bini aku. tak sangka tumbesaran bahagian tersebut naik 150%.

badan dia panas sebab progesteron. best jugak sebab boleh bukak aircond bederau-derau 24jam pastu nangis bayar bil letrek. tapi demi isteri ku harung jua.

Sood&Lamlie berkata...

Jangan lupa biskut kering.
Penawar loya paling berkesan (pada hemat aku la)

Tanpa Nama berkata...

bini hang mengandung lagi ka mantot

Mantot berkata...

tak aa....saja je tulis pasal benda ni.

antuawe berkata...

jgn lupa untuk belikan panties yg longgar. lagik longgar lagik bagos.

pastu sila urut kaki bini malam2 walaupun sikit dia tak mintak.

dan sila jgn mengada2 nk peluk2 kalo dia bising2 dia panas. kalau tgh2 malam dia terjaga dan kecoh2 panas panas panas, sila bangun dan terjaga gak (walaupun terpisat2, tak bukak mata pun takpa) tp kipaskan la dia sampai dia kata takpe.

confirm makin berchambah chenta kasih!

Unknown berkata...

try google pasal nie -pil Obimin dan pil iron.
then kluar link nie...
http://mforum.cari.com.my/archiver/?tid-514475.html,
for better information , bleh rajin2 search la.. i just baca a few things je (^_^')

ibu mengandung berkata...

emosi adalah satu hal yg tersngt perlu dititik beratkan.

Kadang2 emosi pompuang ngandung ni berubah2. benda kecik pun nak sensetip. beri perhatian kerana ia boleh memberikan tekanan keapda ibu dan jugak effect pada bayi yg dikandung. Jika beliau menangis, maka segeralah pujuk. jika beliau ketawa raikanlah bersama...mereka mudah tersentuh pada saat-saat ini.

puan Muda berkata...

aku harap sangat la suami aku baca masa aku mula mengandung dulu

salah ko la tot.
tak buat entry ni awal
ikikiki

aiza berkata...

masa saya pregnant dulu, saya suka sangat makan nenas.. penah habiskan sebiji++ nenas. Alhamdulillah tak ada masalah. as long as my husband (a doc) dont say no, saya makan je.

BoyotLady berkata...

@Riena & Any, Tapi.. tapi sy sngt suker dipeluks walaupun boyot. Logik ke pompuan ngandung makin stim jdknya. Ah, soriee.. 18ssxx lak. Heee...

Tanpa Nama berkata...

thanks for sharing mantot & commentor.. info berguna tuk aku :)

Tanpa Nama berkata...

saya beli seluar kt kedai2 bese je yg jual blouse nie..yg cotton..rege dlm rm26 selai..beli byk sbb sgt selesa bila pakai..sejuk dan ringan..lg satu jgnla nk paksa bini anda makan ubat.biorla dia makan bila dia rs nk makan..cuma bg je la reminder,xpyhla dok kejan sgt suh dia telan gak ubat time2 tu..lg satu,jgn lupa menum susu.klu xlalu susu lembu,try menum susu kambing.mkn kurma dan kismis..even sy pon on off bab makan kurma kismis nie,tp smbil2 dok tgk tv,pulun jugakla gonyeh kurma tu..:D
~lehhcomel~

ain berkata...

One of the way nk jimat, beli je whatever brand undies tp oversize instead yg specific for maternity. Second nk cr maternity pant..go reject shop. Kekadang ada ...klau tak byk skit cotton pants yg adjustable.if x lalu telan ubat..lebihkn mkn benda yg ada iron,calcium,folate etc .

kueh bakar berkata...

ada movie aku tgk dia letak headphone kat perut..bagi baby dengar...

preggy lady~ berkata...

susu ilham yg terbaik, campuran badam, kurma, kismis dan terapi al-quran =) susu ni ade utk baby jer tp org pregnant bleh minum susu utk baby 4tahun keatas

AkuBukanLelaki berkata...

aku suka baca!!!!


sbb semalam bakal husband dah ckp nak bersalin mesti pilih doctor perempuan
;-)

Cik Nad berkata...

ni yg nak marah ni..
lambat post entri camni..
selalu somi tak pernah nak ngerti keadaan bini mengandung. kita nak terangkan pun.. kita sendiri kompius. sebab bukan kita yg nak emo-emo bagai... biar lelaki dgn lelaki je slowtalk baru para somi paham kot..
mmg adakalanya bini akan terlebih rajin. terlebih malas. terlebih makan. terlebih nanges. terlebih mengada. terlebih rimas..
so, somi kena la sabor je.. sbb bukan mereka nak camtu. dia sesuatu macam susah nak terangkan..

mantot. entri utk pantang pulak. lagi besau jiwa kacau weh..

Cik Nad berkata...

mentadak hijau..

GH pun doktor lelaki yg sambut kelahiran.. camno weh??

MMg request for doc female.. tapi... ah ko tgok je laa nanti..

CyCra~ berkata...

Thanks mantot,,smlm suami baca entry ni,,ptt la pagi ni bgn bila aku mintak maaf sb lately aku rasa berubah sgt dia ckp dia paham,.hehehe,,,,

Nad Pakar Coway berkata...

sgt syok baca benda nie.sbb aku skrg tgh mengandung 7 bulan.kan bagus kalo si suami sekalian baca entri nie,,aku pon senang ati,hehe

Tanpa Nama berkata...

info ok utk 1st baby, tp kalu dah nak masuk anak ke4 tu, isteri kena jaga emosi suami. Jgn suke sgt merajuk bab remeh temeh, kang silap ari bulan kang .........