April 13, 2012

Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma

Sekumpulan penyokong tegar Barisan Nasional hari ini seramai 23 orang berarak ke Putrajaya dengan hasrat ingin memberikan surat sokongan untuk tidak mahu diberikan pendidikan secara percuma.

Menurut jurucakap kumpulan itu Ahmad Jauhari bin Naina Badhu yang berasal dari Pulau Pinang kumpulan ini ingin mendesak kerajaan supaya tidak membincangkan langsung mengenai sebarang kemungkinan pendidikan percuma hingga ke tahap tertiari diberikan kepada rakyat. "Jika pendidikan secara percuma diberikan kepada rakyat seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, bagaimana pula dengan nasib kolej dan universiti swasta yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara? Bagaimana masa depan mereka yang banyak membantu memajukan taraf hidup orang ramai?"

Kumpulan itu yang berarak dengan membawa sepanduk seperti "Kami Tidak Suka Pendidikan Percuma" dan "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar" diberitakan gagal bertemu dengan Perdana Menteri kerana Perdana Menteri diberitakan sedang berada di Ipoh,Perak.

"Ini semua adalah satu salah faham antara pihak penganjur perarakan kerana kami terlupa untuk menyemak jadual Perdana Menteri kita yang sangat gigih bekerja mengakibatkan kami tidak dapat bertemu Datuk Seri Najib hari ini (semalam), " kata salah seorang peserta demo.

"Tapi apa yang kami lakukan hari ini adalah tidak sia-sia. Kami percaya masa depan Malaysia adalah lebih terjamin dari segi ekonomi jika semua rakyat membayar sendiri yuran pengajian mereka tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pendidikan percuma adalah tidak logik diamalkan di negara kita kerana wang tersebut lebih baik disalurkan untuk membina lebih banyak kawasan komersial yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi," kata salah seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Rahman.

"Jika pendidikan percuma dilaksanakan dan sistem meritokrasi dilaksanakan, sudah pastilah akan berkurangan pelajar Melayu di IPT tempatan kerana tempat mereka diambil oleh pelajar berbangsa Cina."

Ulasan berlainan pula dikeluarkan oleh salah seorang peserta demo."Saya cukup tak setuju pembangkang ingin memberikan pendidikan percuma kepada rakyat kalau mereka memerintah. Saya belajar dulu saya bayar sendiri, saya buat pinjaman, ini semua tidak adil. Bagaimana pula dengan nasib kami generasi yang terpaksa membayar sendiri pelajaran kami?"

Apabila wartawan bertanyakan adakah perarakan mereka pada hari itu ada kaitan dengan cadangan pembangkang yang ingin menghapuskan PTPTN, jurucakap menegaskan "tidak ada langsung kaitan antara perarakan kami ini dengan PTPTN. Tapi kalau ditanya juga pandangan kami, kami juga amat tidak bersetuju PTPTN dihapuskan. Ini akan membuatkan ramai pelajar jadi manja dan naik lemak."

Kesimpulan yang wartawan kami dapat daripada perarakan besar-besaran tersebut adalah kumpulan ini tidak mahu pendidikan percuma dan juga tidak mahu sistem PTPTN dihapuskan. Mereka sudah selesa dengan sistem yang sedia ada.

"Tidak ada benda percuma lagi dalam dunia. Masuk tandas pun kena bayar, kerajaan sekarang ini dah terbeban dengan terlalu banyak tanggungan dan hutang," kata Ahmad Jauhari sambil diikuti dengan jeritan 1Malaysia dan Asal Bukan Anwar Ibrahim. (Iniberitapalsu)

....................

Ada 3 benda yang sepatutnya dalam 50 tahun memerintah ni yang sepatutnya dah perfect dan tak payah nak kacau-kacau lagi. Perubatan, pendidikan dan pengangkutan awam. Dah sempurna 3 asas tu kalau nak bina bangunan paling tinggi dalam dunia...binalah. Sayangnya, yang bukan keperluan tu jadi keutamaan.

Selagi Hospital Putrajaya suruh perempuan yang sakit nak beranak balik rumah dulu sebab katil tak cukup, tak payah nak claim kerajaan sekarang cukup bagus dan perlu dipilih untuk kesenangan rakyat.

52 ulasan:

jiro ngan Q berkata...

kalau pendidikan percuma, bukan kah yang untung tu generasi mak bapak jugak? tak payah nak pening kepale pikir kan pasal yuran pengajian anak2 lagi..

dan perlukah mereka itu melahirkan rasa cemburu terhadap generasi sekarang?

pasal pemansuhan PTPTN tu...

boleh nak mansuhkan PTPTN,tapi kene ade alternatif lain untok menggantikan PTPTN.

kalau benar pendidikan peringkat tertiari adalah percuma,maka memang PTPTN tak diperlukan lagi.

tapi,kalau sebaliknya,tak kan lah nak jadik macam zaman mak bapak kite dulu yang bergadai tanah semata-mata nak dapatkan pendidikan?

dan,berkenaan universiti dan kolej2 swasta..saya rasa mereka takkan tergugat.sebab ipta2 kan ade kuota tersendiri. so,non-bumiputra dan anak2 orang kayeraye still akan pergi ke kolej dan universiti swasta.

kesimpulannya,perkara ni tak boleh lah nak dirancang dan terus dilaksanakan.takut jadi macam PPSMI hari tu. sekejap on,sekejap off.kesian pade adik2.

Xana Razak berkata...

Terbaiklah ayat yang last sekali.

Syakir Zainol berkata...

Kami tak mahu gaji! Kami mahu wang gaji kami digunakan utk pembangunan negara dan kemaslahatan umat! Kami tidak mahu harta! Kami mahu segala pemilikan kami di milik-negarakan seperti negara komunis!

mr edz berkata...

aku mahukan urutan B2B secara percuma

Tanpa Nama berkata...

kami setuju,semua ahli umno selepas PRU13,bila PAKATAN kuasai putrajaya...mereka ni semua teruskan je PTPTN,mana2 yg sokong pakatan PTPTN dihapuskan..ok kot.

Tanpa Nama berkata...

ini adalah golongan penjilat. apa sahaja yang pemerintah cakap, mereka akan angguk.

ann berkata...

brp byk lah komisen dorg dpt ni haha...

t'igt sorg makcik umno kt kg aku..sggup pg umh ke umh utk pujuk undi BN...org byr huhu

generasi bundle berkata...

ada juga org bodoh mcm ni.hahaha.

kalau dia berpiket dengan slogan `hapuskan PTPTN hanya retorik PR' aku boleh terima lagi, tapi bagi anak cucu belajar percuma pun taknak.hehehe. yang penting setiap piket sokong kerajaan sekarang mesti ada naina noo. ape celop.

generasi bundle

RUSLAN berkata...

x ada masalah cik AHMAD JAUHARI.nanti senaraikan siapa yg x nak bantuan.termasuk keluarga ahmad sendiri.itupun jika pakatan menerajui negara.rakyat harus berfikiran terbuka.bila ada persaingan,tawaran akan timbul,di situ rakyat memperolihi faedah dan keuntungan.zaman batu sudah berkurun di tinggalkan.ADA LAGI MAT SENTUL BERPALING DAN MENGAMBIL RESEPI UTK SANTAPAN

Tanpa Nama berkata...

never gonna leave this country - merong 5

Tanpa Nama berkata...

betul..3 yg asas tu penting..

nak buat camne..tiap kali tukar pemimpin sistem pun tukar..masing2 nak tunjuk idea hebat..sepatutnya tiap kali tukar pemimpin buat penambahbaikan pemimpin sebelumnya..bkn rombak habis2an..

aku bkn la sokong israel..tapi ambik cth yg blh buat pedoman kenapa diorg blh jajah dunia..tak kisah la dari segi apa pun..menentang islam ke..makanan segera ke..fesyen ke..bkn skrg baru diorg fikir..tapi pemimpin 100-200 tahun sebelum ni..jadi pemimpin seterusnya cuma upgrade idea2 pemimpin sebelumnya..

EmoGiler berkata...

Dari awal baca dah rasa berita tipu. Mula perasan masa nama penuh ahmad jauhari.

melayu sedih berkata...

tabik spring kat melayu pulau pinang tuuu. aku cabar depa bawak sepanduk kami benci DEB. Kami benci subsidi. kami benci tongkat. kami benci hak2 keistimewaan bla bla bla. tabik la melayu pulau pinang. patut la depa maju sungguh.

mantat berkata...

huh berapa ramai yg tak perasan perkataan (Iniberitapalsu) dan tepercaya berita palsu dan fitnah ni lantas copy dan menyebarkan secara berleluasa di facebook dan blog masing2. tahniah mantot, anda mmg pereka fitnah yg paling handal...

dan kepada pencacai2 mantot sekalian... anda pun mmg hebat...

SHARE FITNAH LIKE A BOSS

Bukan Pecacai BN berkata...

Berita piket Putrajaya ni dpt kat mana? Aku tak jumpa lak source nya.

Bukan Pecacai BN berkata...

Ok, aku baru perasan 'Iniberitapalsu'. Thanks, Mantat. Ish..ish.. Mantot, kalau nak berkempen pun, tak payah la nak reka2 situasi(aka fitnah) camni. Aku dah nampak blog2 lain copy paste entri ni & sebar cerita palsu ni kat blog diorang. Kau takde rasa sikit bersalah ke? Tu bkn perangai BN ke, no guilt?

mantat berkata...

sorry mantot, tapi lu mmg cheap sangat sbb sanggup reka berita palsu dan fitnah... seriously... cheap n pathetic... gua kesian dgn lu attention seeker

hanafijaafar berkata...

pendidikan tertiari percuma mmg logik kat m'sia, terutamanya kat IPTA. yuran yg pelajar bayar setiap semester tu bukannya kos sebenar untuk menangggung pengajian seorang pelajar, tapi hanya sebahagian.

kebanyakkan aliran memerlukan beberapa belas ribu ringgit untuk seorang pelajar, tapi pelajar bayar lebih kurang 2000 sahaja dan selebihnya memang dah ditanggung kerajaan.

kalau tengok kos pengajian perubatan, harga sebenar melebihi 200000 ringgit.

jadi apa yang susah sangat nak cover lagi sedikit je kos pengajian tu.

demokrasi jadi sampah jadi taksub. asalkan pihak lawan bagi idea je, terus dibangkang. matangkan demokrasi dengan pemikiran relevan, yang elok kita terima, yang tak elok kita tolak.

kepada yang sibuk taknak pendidikan percuma...habistu yang selama ni menikmati subsidi petrol, subsidi air, subsidi baja, macam2 subsidi lagi la....yang tu tak bangkang pulak.

kalau benda baik pun nak disanggah, macam mana malaysia nak maju.

Tanpa Nama berkata...

Bukan takat Hospital Putrajaya, Hospital Serdang pun sama...huhuhuhuhu

just azura! berkata...

adoi ai.. ayat first lagi aku dah perasan ni berita palsu, berita berunsur sarcastic. yang korang amek port sangat tu ape kejadahnye wei! pergi share kata berita betul buat ape! mantot suruh korang pikir! bukan share suka-suka hati je.. psycho siut..

like a boss berkata...

oh, kalau dah tulis 'iniberitapalsu',
masih kira fitnah ke?
dah terang2 bagitau tu berita palsu.
sila faham sarkastik yang dibawa.

READ & UNDERSTAND LIKE A BOSS bebeh...

mantat berkata...

masalahnya 80% orang kat internet ni bodoh dan tak pandai mcm korang yg tak faham sarkastic sarkasm apa lancau semua tu macam korang yg berotak geliga dan genius tu... ramai jenis suka baca tak habis lepas tu main share... kau tengok berapa ramai yg dah share kat facebook? 58 orang... rasa2 semuanya perasan ke ni berita palsu? Kau rasa org kat sini yg main copy paste masuk blog dia ni perasan tak ni cerita fitnah? Tu belum kira org2 yg sebar berita fitnah ni pakai mulut... ntah berapa ramai ko kena mintak maaf mantot kalau ramai org percaya... aku kesian kat kau dan pencacai2 kau... sangat pathetic dan desperate...

Seroja berkata...

A'ah aku aritu nak beranak kena halau dr sepital serdang.. Dah overdue 7 ari. Nurse tu bgtau polisi Selangor terima kes ari ke9 overdue. Pastu dgn berlagak die ckp cuba la dtg semula ari ke9 itu pon kalo ade katil kosong.
Mmg hampeh! G membazir duit bg kat laki sharizat bela lembu watpe? Baik upgrade sepital bg tambah katil. Konon nak membina modal insan cemerlang.. Nak bg beranakkan modal insan pon kena jd pengemis kat sepital area2 KL n S'ngor ni..

saya orang miskin berkata...

salam. wlopon ak bukan org y menyokong pendidikan percuma ne tpi ak nk cakap

"Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar"

maafkan aku sebab ak membesar dalam keluarga y miskin. maafkan aku sebab keluarga aku ckup miskin smpi permohonan pinjaman perniagaan pon xdiluluskan. maafkan aku sebab aku je dalam keluarga miskin aku y berjaya masuk u. again, sorry for being poor.

wahai manusia2 y membantah 2, kalau anda semua manusia berpelajaran, xperlu rsanya nak buat perarakan apatah lagi dengan sepanduk begitu kerana bole mem-butthurt aku iaitu orang miskin y juga bergantung harap duit kerajaan. orang berpelajaran y saya kenal cukup bijak untuk memgunakan pelbagai medium untuk mnyuarakan pendapat, bukan membuang masa berarakan bertempik di tepi jalan. again aku nak cakap, ak xsapot pon pendidikan percuma tapi aku tak bangkang sebab mungkin aku je kot rasa mcm ni, tapi kedua2 nya ada kelebihan dan keburukan dan juga bahawa ramai sebenarnya orang miskin y bijak contohnya adik aku sendiri y tak mampung sambung belaja sebab die xnk bebankan parents kitorg walaopon aku tau die mmg nak sambung belaja.

mungkin saudara saudari xtahu rasa hidup orang miskin, tapi sepanduk macam tu sangat mengundang rasa marah, bagaikan menidakkan hak menuntut ilmu bagi orang MISKIN macam saya.. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, tuntutlah ilmu hingga ke negeri china.. "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar".. astagfirullahalaziim.. betapa membuak2 rasa geram tau tak...

akhir kata, maaf sebab komen panjang tapi silalah tuka sepanduk lain.. kamu semua orang bijak pandai kan? mestilah cukup pandai untuk berfikir, bertindak dan membuat keputusan dengan rasional.. salam.

Epol65 berkata...

Golongan-golongan yang bangang dan nak suruh orang lain pun bangang sama. Jilat la banyak-banyak lagi. Hahahaha....

mantat berkata...

hoi saya orang miskin dan lain2 anon yg terpercaya berita ni... sepanduk "Kalau Dah Miskin Tak Payah Belajar" dan yg lain2 benda mengarut dalam berita ni tak wujud pun sbb ni berita palsu dan fitnah... tgk dah ada salah seorang drpd 80% org yg bodoh dah percaya berita babi ni... bodoh punya mantot... selagi ada org percaya selagi tu la ko tanggung dosa fitnah ni

Ayyman Rahim berkata...

Aku sangat membantah dengan pembantah itu dan tiada kena mengena dengan agenda politik.

Tolong fikir secara logik. Negara maju semua mengamalkan pendidikan secara percuma.. Kita nak maju tapi kita masih takut memberikan khidmat percuma untuk rakyat, tapi para orang kaya dan pemimpin hidup senang tanpa memikirkan yang susah.


Pendidik percuma ini sangat penting kerana semua orang layak mendapat layanan pendidikan yang setara dengan orang lain. Ini tidak, anak orang kaya dapat belajar tinggi-tinggi sampai overseas semua, tapi yang miskin kurang kaya hanya belajar tahap spm ataupun diploma sahaja kerana tidak mampu.


Jangan pentingkan diri kerana hanya memikirkan yang mampu saja. Semua orang patut dapat peluang ini, walaupun di mana ceruk pedalaman, ilmu itu patutnya boleh didapati. Kurangkanlah beban fees untuk dibayar ibu bapa. Banyak lagi bebanan yang perlu dibayar.Dan betul, seperti yg dinyatakan, negara seperti kita patutnya perubatan, pendidikan dan perkhidmatan awam ni patut dah sampai tahap percuma ataupun paling teruk pun pada kadar yang sangat murah. Menyedihkan.


FREE EDUCATION PLEASE. Jangan jadi tukang kipas bontot agenda politik.

mantat berkata...

HOI BODOH LA KORANG2 NI PERGI PERCAYA CERITA FITNAH NI BUAT APA??? SI BANGANG NI DAH TULIS KAN (Iniberitapalsu) KAT AKHIR BERITA FITNAH DIA... KORANG NAK MARAH KAT ORG YG BUAT DEMO YG MEMBANTAH YG BAWAK SEPANDUK SEMUA TU KENAPA??? DIORG TAK WUJUD PUN... NI SEMUA CERITA HARAM JADAH MANTOT YANG DOK TAK HABIS2 NAK FITNAH ORG... MANTOT KALAU KAU RASA KAU BAHAGIA DENGAN BUAT FITNAH... TAKPE KAU TERUSKAN... HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALAS SEGALA PERBUATAN KAU

mantat berkata...

YE LAH. AKU MENGAKU. AKU SEBENARNYA ATTENTION SEEKER. SAJA AKU KOMEN SINI BANYAK2 BAGI KORANG PERASAN. BORING DOE DUDUK RUMAH TAK CUKUP KASIH SAYANG. TU YANG KOMEN DEKAT SINI BANYAK2. AKU MEMANG ATTENTION SEEKER. :)

punchdrunk lovesick berkata...

kah..kah..kah...aku rs penyokong tegar BN n PR dah hilang kotak ketawa..kah..kah..kah..wa ketawa guling2 siot bc..kah..kah.. pegi jahanam sama itu fitnah!! hari2 otak wa dengar fitnah..

HUMBANKAN BN DULU, YANG LAIN KITA FIKIR KEMUDIAN....

Bukan Pencacai BN berkata...

@likeaboss, Ataghfirullah. Ya! Menyebar berita palsu & fitnah adalah sama, walaupun niat kau utk bersifat sarkastik pun.

Aku tak sangka Mantot dah sampai level ni. Selama ni, aku cukup muak dgn warning berulang2 Najib "Jngn percaya dgn mainan politik PKR yg penuh dgn unsur fitnah". Nampaknya Mantot dh jdk salah sorang yg menyumbang kpd quote ni. Kecewa den..

~~samg~~ berkata...

biar betol Hospital Putrajaya suruh pompuan sakit nak beranak balik dulu sbb katil tak cukup? mn ko dpt berita ni? aku n kawan2 aku dh banyak dah beranak dkt sana, ok je, x pernah pun terima alasan katil tak cukup, LAINLAH KALO MINTAK KATIL 1ST CLASS, YANG TU MMG TAK CUKUP!

Mantot berkata...

kalau aku fitnah, suruh Ahmad Jauhari bin Naina Badhu saman aku dan suruh dia siasat sekali kenapa ramai yang anggap memang logik penyokong BN buat benda2 macam aku reka2 ni.

ataspagar berkata...

apsal la baghal sgt org2 pendidikan berbayar kat atas2 ni.....mmgla berita palsu tapi certa kat atas ni nk perli org2 yg menolak free edu....alasan2 org miskin tak pyh belajar, katil putrajaya penuh sokmo adlh berdasarkan pendapat yg didgr dan mungkin pengalaman penulis sendiri...

Tolongla berfikir di luar kotak ye....jgn asyik nk duduk bwh tempurung kepala....

PELiK berkata...

LOL. Mantot, yg komen marah-marah tu mesti yg baru baca dua tiga entri kau je. Kalau dia nampak entri yg tahun-tahun lepas, aku rasa kau akan dituduh sesat terus. Hahahaha

Laici berkata...

mantot, ang lenkali letak besaq2 sikit, tulis BERITA INI PALSU, REKAAN SEMATA2 baru depa nampak..ramai mangkok dalam ni,p baca sekerat terus serbu..stail tulisan ang memang mengutuk senyap2 tapi bukan semua orang bijak nak tafsirkan di sebalik nya..tu ada yang mengamuk marah tu

Tanpa Nama berkata...

oh maysiaku..mana datang puak2 ni..otak pk tahap mana ni..adoyaiiii

Bukan Pencacai BN berkata...

Aku ingatkan kau aje, Mantot. Terpulanglah kpd kau.

zaminc berkata...

pasal katil tak cukup tu memang pernah berlaku kat depan mata aku.... depa tak soh balik tapi hantar ke spital kajang.....

aku pening la Tot...
apesal diorg taknak anak2 dorang dapat pendidikan free?

Prince of Noob berkata...

cakap byk tak guna... tendang tak kena... ni demo mansuh ptptn baru real...

Tanpa Nama berkata...

Hahahaha hahahaha hahahaha pehal pulak la post ni fitnah? Terang tang tang kat situ tulis benda tu palsu yg sibuk kata fitnah tu ape. Lain kali baca slow2 sampai habis. Ada akal tu guna la. Ini bukan fitnah pun dah tuan punya blog pun mengaku itu bukan kisah benar. Emo more than boss pulak mantat ni. Y u no think? First time visit blog ni ke hape?

ferroz berkata...

Dear Mantot,

After aku post 2 perenggan terakhir entry ko kali nie ak dapat respon camnie

"Ada satu benda yang rakyat Malaysia sepatutnya perfect dan tak payah nak kacau-kacau lagi, rasa BERSYUKUR kpd Allah. Klu dah ada rasa bersyukur tu, xyah minta, konfem gomen kasi.

Nak bayar cukai sikit, GST tak nak byr, pastu demand bukan2. be realistic. ikhlas dari hati yang suci murni yang tak sokong gomen dan tak sokong DSAI."

Cer ko komen sket... (^_^)v

Harry Shop berkata...

@Anon,
FITNAH = tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat).
Baca lanjut di sini:
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fitnah

Tak kisah la di hujungnya kau MENGAKUInya berita palsu, ia tetap fitnah. Masih tak faham2 ke asasnya?

Kita bukan halang Mantot nak fight utk right rakyat, cuma utk entry ni, kita tak sokong pendekatannya.

kelabu berkata...

sorry tukang buat cerita fitnah dan berita palsu... x sangka tahap kau hanya boleh mereka cerita2 palsu dan syok sendiri... kesian makcik pakcik dalam gambar tu xde kena mengena pun dgn demo dalam cerita ni...

nak tau cerita apa yg betul? tgk gambar ni http://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/04/kalung_bunga_011.jpg dan cuba komen apa pandangan kau kepada perkara ni... oh ya kalau kau ni jahil sikit tentang agama boleh tanya ustaz azhar idrus atau dr asri berkenaan benda ni...

ataspagar berkata...

Sememangnya aku x paham kenapa org melayu nk tolak free education? Kalau tanya org cina dgn org india mesti mereka nak kan! Sbb selama ini hanya mrk tahu btapa susahnya nak masuk univ sbb ada kuota ....n mak bapak mrk kena save duit insurans for education utk anak2 mrk...utk msk univ swasta....

Nvm, kalau org melayu xmau free edu, kita kasi kat org cina dgn org india....tentu mereka mahu...

#statement kat atas bukan bersifat perkauman

Tanpa Nama berkata...

tolong faham perbezaan free education dgn mansuh PTPTN...

Tanpa Nama berkata...

nak bagi free education memang senang.. sebab yuran kat u berapa sangatlah per sem.. tapi yang paling penting is, macam mana student tu nak sara hidup dia selama dia belajar kat u tu? nak mintak duit kat sapa? kan dari semua orang dapat gi u sebab ptptn, nanti cuma anak-anak orang kaya yang dapat belajar sebab anak-anak orang miskin tak mampu nak hidup masa nak masuk u. time tu, aku rasa kita akan kembalilah ke zaman mak bapak jual tanah semata-mata nak anta anak dia gi belajar.. so tolong fahamkan perbezaan free education dgn mansuh ptptn.. sokong anon April 16, 2012 9:49:00 AM GMT+08:00

Aiman berkata...

Orang melayu yang tolak free education tue semua nyer BODOH2 sebab tue la xnak belajar. Caner nak masuk U kalo SPM BM pon fail...wawawaawa

Tanpa Nama berkata...

hmm..ramai yg melalak kat sini pasal bodoh sape2 yg xnk free education apa lancau semua tu.1st sekali mcm anon April 16, 2012 9:49:00 AM GMT+08:00 kat atas ni tulis even kalau education free still ada kos lain iaitu kos sara hidup dan lain2.still nk pkai duit.rasional kah ptptn dimansuhkan?2nd nya,berkaitan pemansuhan ptptn,isunya adalah samaada logik atau tidak saranan itu.bn kata xlogik.akan menyebabkan negara rugi.pakatan kata boleh tp stakat ini tiada dibentangkan lg plan nye.ntah cmna plak timbul cerita org yg sokong bn xsuka educational free.bangang ke hape?kalau pr dapat buktikan teori mereka di tempat pemerintahan mereka barula rakyat percaya dan dapat membidas kata2 puak bn.stakat modal air liur je apa barang.

Tanpa Nama berkata...

Siapa yg tak suka barang free. Aku suka je. Cuma aku ada sikit skeptikal dgn barang free ni. Samada ada helah udang di sebalik mee atau barangnya very low quality dan cikai cap made in China. Aku sokong ja free education, nanti boleh aku apply sambung PhD free, korang2 tolong bayarkan fee aku. Tapi...apa cara kerajaan nak tanggung pendidikan free tu? Adakah dgn duit tax payer? Korang sudi ke nak bayar tax tinggi2 mcm negara Denmark , Sweden dll yg provide free edu tu..? Hehehe...jawab dgn jujur. Kalau aku, aku tok sir bayar cukai tingi2 semata2 nk bagi anak2 gorila free education. Sbb nya...? tak free pun dah mcm2 masalah depa bagi, belum campur masalah repeat semester dan CGPA di bawah paras beku. Kalau free...entah2 siap beranak pinak kat universiti. Maklum la..kerajaan tanggung. Takpe la...kalau fail boleh apply lagi lagi dan lagi...

mak anon berkata...

pernah x korang kira tax yg korang bayar setiap bulan?
Jgn ingat tax yg dibyr kat lhdn tu jer ek...
cuba2 kira...
Gov tax yg dicas setiap kali mkn kat keyepchi, cukai asteruk dll cukai perkhidmatan yg lain....darab 12 utk setahun....
Tol pon cukai jln gak sbb korang dh guna jalan yg gomen dah buat....

Tanpa Nama berkata...

korang penah gi isi minyak atau makan kt restoran pastu didatangi budak2 skolah agama mintak sedekah tak? cuba tanya mereka dari mana? tak dari kedah, mesti dr kelantan. hehehe... apasal kerajaan negeri tu tak bagi bantuan untuk sekolah2 agama ni sampai mereka terpaks suruh murid mintak sedekah? sudah la, cakap berdegar2 pasal free education konon. bontot berlumur taik tu kasi cuci bersih2 dulu!