Januari 31, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 06 : I'm Behind You

Aku selalu fikir, aku ada sorang anak sekarang. Tapi kalau tambah lagi sorang,mampu ke aku divide kasih sayang tu. Admit it...kalau kau ada 2 anak atau lebih, kau takkan mampu sayang dua2 sama rata, kan? Benda tu memang terjadi. Kalau kau ada 2 anak, akan ada seorang yang kau pilih jadi favorite kau.

Favouritism dengan anak sendiri. Mampu ke aku menghadapi benda ni satu hari nanti?

Apa nak buat macam tu? Macam mana? Paling teruk sebenarnya macam mana kau nak jaga hati kau daripada admit yang ada seorang anak kau yang kau lagi favour dari seorang lagi. Berat kan nak admit dengan diri sendiri "Ya,aku sebenarnya sayang anak A lebih berbanding anak B dengan C."

Lama jugak la aku berfikir pasal benda ni. Jawapan2 yang aku baca kebanyakannya datang dari segi perspektif hidup..common sense. jawapan yang praktikal. Aku nak jawapan yang spiritual, yang jawab ketakutan dalam hati. Aku tak dapat sangat nak terima jawapan tu sebab yang takut jadi tidak adil itu sebenarnya dalam hati ni.

Kemudian aku tengok TV rancangan Tanyalah Ustaz...
Ada makcik sorang tanya soalan yang sama dekat Ustaz ni.

Jawapan dia...

Kau tak payah takut sebab perasaan tu normal. Tuhan ciptakan kau memang macam tu. Memang kau akan favour seorang daripada semua anak kau.

" Anda ada banyak2 baju pun mesti ada sehelai yang jadi favorite kau," kata Ustaz tu.

Tapi jangan tunjuk.Jangan sampai anak tau. Biarkan benda tu simpan dalam hati dan jangan mengaku. Sebab hati kita...takkan dihisab. Tapi perbuatan kita akan dikira. Jadi, kau tak perlu risau kalau kau sedar dalam hati kau, kau sebenarnya sayang anak kau sorang ni lebih sket berbanding anak kau yang lain.

Cuma jangan tunjuk benda tu dengan perbuatan.

Aku harap sekurang2 nya benda ni mampu menenangkan bapak2 yang risau nak mengaku dalam hati dia..yang dia ada favouritism dengan anak sendiri.


22 ulasan:

PELiK berkata...

orang yg ada kucing banyak2 pun rasa benda camni mantot :)

kueh bakar berkata...

memang unsaid tapi bodylanguage tells..

Tanpa Nama berkata...

camana dengan anak plak tot..perasaan anak bila dpt tau die yang di bukan ank kesayangan bapa die?..

Sood&Lamlie berkata...

Aku pernah baca kat mana ntah...pasal favouritism ni lah. Karakter ni risau sebab dia tak dapat berlaku adil. Bapak si karakter ni bagi analogi...sepasang kasut kegemaran, masa mula2 pakai, kiri dan kanan sama-sama bersih.
Tapi at the end of the day, cuba tengok. Ada kebarangkalian besar satu kasut lebih kotor dari yang lagi sebelah... Tapi dua-dua belah kasut kita suka, kan?
Moralnya, favouritism ni fitrah manusia. Kita akan ada yang kita lebih suka dari yang lain samada kita sedar atau tak.

Tanpa Nama berkata...

favouritism,
suka topik ni... end up anak yg korang tak heran tu la yg akan/kena jaga kau masa tua nanti. ini terbukti & mmg karma.
baik-buruk anak korang.. semua pun dari genetik yg korang pas kat budak tu. puii

ana berkata...

yup..setuju kena simpan dalam hati je..mana la tau yg kita sayang lebih tu bila meningkat umur dia berubah pulak..

takpun yang kita sayang sangat tu tiba-tiba Allah jemput awal pulak..mesti harap anak lain jugak jaga kita kan..

jangan sampai anak tau la yg dia kurang disayangi..bila dia besar nanti akan kurang ambik berat pasal orang tua dia nanti..sebab pada fikiran dia biar la anak kesayangan tu yang jaga lebih sebab dulu asyik2 dia dapat lebih..

saya bukan anak kesayangan..agak kecik hati tapi masih hormat ibubapa lagi..cuma sayang berlebihan tu takla..sekadar sayang sebab ibubapa..dosa tak camni ???

lokmanfirajunior berkata...

thx mantot.good info :)
baru aku tau nak buat apa dengan anak2 aku 3 org tuh. Aku suka anak pompuan sebab leh ada geng gosip2 & shopping2. laki aku pulak suka anak laki sebab berangan nanti leh ada hobi sama2 dgn anak2 laki dia, cth tgk & main bola sama2, main golf sama2. kesian kat anak perempuan aku nanti..ish ish..

even abah aku sendiri ada anak faveret dia jugak. yang pasti bukan aku. kekadang memang terasa..so aku harap aku tak buat camtuh kat anak2 aku nanti. InsyaAllah..

LydSunshine berkata...

Sedangkan dengan anak sendiri pun ada yang kita favour, inikan pula lelaki yang beristeri lebih daripada seorang. Mcmn la nak adil dalam membahagikan kasih sayang.

Tanpa Nama berkata...

terbaik lah mantop!

hikari berkata...

Adil itu hanyalah sifat Allah SWT

murai berkata...

Simpan dlm hati.. atau jgn tunjuk sgt depan anak2. kalau baik puji, kalau salah tegur.
Ada kes yg nak marah anak feveret x dapat, anak lain plak kena belasah. camne ni? obviously tidak adil

azhar berkata...

Kan mantop dah kata, yang dihisab adalah perbuatan, bukan hati. So pasal apa masih nak pertikai 'adil dari segi prasaan dalam isu poligami?

'Adil dalam Islam meletakkan sesuatu kena pada tempatnya bukannya kesaksamaan or kesamarataan (info bg yg x tau n peringatan utk diriku jugak).

Tanpa Nama berkata...

@azhar
if sekarang pun anak dah terabai, favouritism bagai...ada hati nak poligami? wei pegi mampos la ngan jantan kat mesia ni. duk sibuk nak pertahankan poligami. diri sendiri haram jadah!

Mantot berkata...

gi lah kawin dgn jantan oversea...

kisah hati berkata...

mak aku syg kakak aku lebih.walau xcakap tp aku tau n aku xdelah kisah sgt,mgkin die jarak jauh ngan aku n aku mmg nakal pon haha.ini bab feveritisn dgn anak2, bley x wt topik tindakan parent dlm mgasuh yg boley buat anak2 bengkek..

Tanpa Nama berkata...

nice topic la der...tibe2 aku terpikir agak2 aku ni ank favurite mak pak aku k?? ya atau tidak yg pntg jgnlah aku termasuk kes ank derhaka sudah..

Guru berkata...

"Sebab hati kita...takkan dihisab. Tapi perbuatan kita akan dikira." ~ tq, like this quote

Tanpa Nama berkata...

macamana sorok/cover pon favouritism nih akan nampak jugak.walaupun tak diumum kat anak2 tuh, aku yakin anak2 tuh tau through percakapan/body language(personal experience).masa kecik2 susah sikit agaknya nak explain, anak2 memang terasa hati/merajuk, tapi bila dah besar, sendiri faham la kan, maksudnya sebagai anak tak perlulah kecik2 hati, jalankan tanggungjawab sebagai anak dengan baik

f i d o z |graphs| berkata...

Ini first time aku komen kat sini memandangkan topik yang kau bukak lebih kurang dengan keadaan aku, keadaan di mana aku mempersoalkan kenapa mak aku lebihkan abang aku walaupun abang aku memang tak teratur dah hidup dia, dua kali bercerai dan macam tak ada rasa tanggungjawab pada anak2 dia, in the end dia akan duduk bawah ketiak mak aku gak, dari dulu sampai sekarang, beza umur aku dengan dia 16 tahun, aku 25 tahun ni, mesti rasa tak adil kan, aku masih lagi terkapai-kapai cari punca hidup aku lagi tapi kenapa dia yang mak aku masih pertahankan.

Ceritanya aku ada jumpa sorang kaunselor kat campus aku, dia terangkan kat aku dalam hati sorang ibu dan bapa mesti ada sorang anak yang dia akan terus jaga dan pertahankan sebab dia tahu anak yang tu memang perlukan guidance dari diorang lagi, anak yang lain mungkin dah boleh bawa diri, itu sebab diorang lepaskan, bukan bermaksud diorang tak risau, cuma diorang yakin anak itu memang boleh jaga diri sendiri, cuma ada sorang anak ni yang dia akan terus kekal jaga bukan sebab sayang lebih dari yang lain, cuma naluri ibubapa untuk teruskan tanggungjawab tu.

Dulu aku selalu gaduh dengan mak aku, aku selalu persoalkan kenapa abang aku dapat tapi aku tak dapat, padahal adik-beradik dua orang je pun and aku bongsu, selalunya bongsu lebih manja kan, aku pun berdendam jugak dengan abang aku, sampailah diizinkan Allah untuk orang beri nasihat dan pendapat yang buka mata dan fikiran aku.

Kesimpulannya naluri ibubapa mesti akan melindungi dan sayang semua anak2 mereka, cuma akan ada sorang atau dua anak yang mereka akan terus jaga dan guide walaupun umur anak tu melebihi apa yang sepatutnya dijaga.

Maaf kalau komen aku panjang sangat, dan maaf kalau ada salah bila aku komen, aku harap insyaAllah sama2 kita dapat belajar. :)

Mantot berkata...

thanks sebab share cerita kau.aku takde abang jadi aku tak tau apa nak komen

Tanpa Nama berkata...

First time komen gak.stuju sesgt ngan fidoz.mcm tu jugakla yg berlaku dlm family kitorg.luckily sume adik beradik paham n x penah rasa kasih syg parents tak sama.mak pn slalu ckp,diorg kena pertahankn yg sorg tu bukan sbb apa,sbb takut bende yg lebih teruk berlaku.

eddeved berkata...

menarik blog kau nih,seriously aku cakap...aku adalah antara anak yang selalu dipandang serong oleh mak aku sendiri, nampak jelas nyata dia melebihkan abang-abang aku mungkin sebab aku terlalu JUJUR mengkritik dia...tapi sebenarnya kita kena ingat ia bersifat semulajadi, melebih-lebihkan kasih sayang dan sebaliknya itu sunnah Tuhan, sebab Nabi Ibrahim pun sama gak aku rasa...ada hikmah yang Allah bagi pada sifat tu, jangan takut...macam pengalaman hidup aku, kurang kasih sayang mak menyebabkan aku lebih indipenden dan lebih dapat menyesuaikan diri dengan apa apa keadaan sekalipun...pernah sekali dalam satu hari aku minum air teh aje sebab mak aku tak masak...abang aku tak ada kat rumah...tapi itu semua kenangan manis yang mengajar aku, sekiranya aku ada anak banyak...aku akan turut jejak arwah ayah aku yang tak pernah membahagi bahagi kasih sayang, semua anak dia, dia sayang sama rata...aku yakin Allah tu adil, walaupun mak aku benci aku tapi arwah ayah aku lah penyelamat jiwa aku...jangan risau...ini semua part and parcel of life...