Januari 18, 2012

Menjadi Bapa Cemerlang Bab 04 : Isteri Mengidam Boleh, Suami Mengidam Tak Boleh?

Semalam, borak dengan member2 aku, aku baru sedar...saiz anak aku memang besar. 6 bulan, dah 10 kilogram. Hehehe..BMI dah terkeluar carta...tapi sekarang dah normal balik dah sebab dia dah makin tinggi.Lagilah menakutkan aku bila member aku bagitau,"anak aku setahun 2 bulan...baru 12 kilo!"

Waktu isteri aku mengandung dulu aku rasa aku dah boleh nampak kot. Dari seseorang yang tak pernah makan lebih sepinggan, dia makan banyak. Problemnya waktu tu, semua benda yang dia nak makan, adalah makanan yang aku suka makan. Ayam, ayam dan ayam. Tah berapa kali beli KFC aku dah lost count waktu tu. Memang ikut genetik aku anak aku ni.

Dalam sebulan lepas aku gi kenduri member aku, jumpa member aku yang anak dia lahir 2 bulan lagi awal daripada anak aku. Air liur meleleh. "Mengidam masa mengandung tapi tak dapat," admit member aku. Scientifically, aku tak tau betul atau tidak mengidam tu boleh membuatkan anak kau meleleh air liur lepas lahir. Tapi aku tak sangka mengidam tu betul.

Pada suatu hari sewaktu mengandung isteri aku bukak cerita, dia pernah makan mee siput masa sekolah dulu. Aku layan aje la cerita dia..."mee siput sedap,mee siput terbaik,mee siput patut dijadikan makanan ruji rakyat..." Aku tak pernah dengar pun ada mee lain selain daripada mee kuning,mee kering dan maggi. Tapi bila dah banyak kali sangat cerita, aku ada terasa lain macam.

"Eh, ini macam craving...."

Jadi aku pun tanya la dia mana nak dapat mee siput ni. Isteri aku pun cerita la mee siput ni adalah makanan istimewa orang Muar. "Susah nak jumpa kat tempat lain...lagipun yang lain tak sama...dia kena yang Muar jugak..baru sedap."

Aku pun Google la mee siput. Ada la keluar info orang jual mee siput secara online. Tapi aku tak berani nak beli online sebab aku takut nanti sampai2 dah basi ke (waktu tu aku still tak paham apa sebenarnya mee siput ni) jadi aku pun merayau la dekat hypermarker keliling rumah carik. Takde jumpa. Aku ada terfikir,"ni nak kena pegi Muar ni..." tapi haram satu hapa pun aku tak tau pasal Muar sebab kalau aku pegi, aku kena gi sorang2. Aku tak bagi wife aku jalan jauh2 time tu.

Tiba2 aku teringat aku ada member orang Muar dan aku call dia pesan kalau2 dia balik Muar. Nasib aku baik dan dua hari lepas tu aku pun pegi ambik mee siput Muar yang super special ni khas untuk isteri aku. Sampai aje rumah, isteri aku dah tercongok depan pintu. Aku nampak air liur isteri aku meleleh tengok mee siput tu.

Dia pun ambik dan goreng mee tu sampai garing. "Hui sedapnya..hui sedapnya..." sambil goreng tu. Selesai goreng dalam 3 keping camtu dia pun duduk kat meja makan lalu makan satu. Krupp krupp krupp... Aku waktu tu masih terpinga2 sebab aku tengok mee tu lebih kurang macam Mamee aje. Habis makan sekeping, dia rasa ngantuk. Terus masuk bilik dan tidur.

Esoknya, aku la yang kena makan mee siput tu dan hari seterusnya, aku jugak yang makan mee siput tu. Dia makan sekeping, sekali aje malam tu. Yang penting, dia dapat makan. Tak ramai yang tahu tanggungjawab menghabiskan makanan yang isteri tak habis dan tak nak juga adalah satu tanggungjawab suami yang agak penting.

..................

Beberapa bulan kemudiannya, waktu isteri aku  tengah pantang, aku jalan2 beli barang kat kedai yang aku selalu pegi. Aku ternampak atas rak satu bungkusan yang aku sangat familiar."Mee Siput Istimewa Muar" atas rak tu.  Jarak kedai runcit tu dengan rumah aku? Ada  la dalam beberapa kilometer. Memang hukum alam agaknya, bila ada benda yang kau cari2, kau susah nak jumpa tapi once kau berenti cari, benda tu akan muncul dekat kau dengan sendirinya.

Mungkin dah tiba masanya aku stop kejar Maya Karin dan biarkan nature work its way.

ps : Mengidam tak dapat, betul ke anak meleleh air liur? Dan apa benda mengidam yang paling pelik kau lalui atau kau dengar?

29 ulasan:

afse89 berkata...

hahahahhhaha..

mantot2...

so klu ko stop kejar maya karin, die akn dtg kat ko??

hahahahahahaha...

Tanpa Nama berkata...

best mee siput.
tak mengandung pun still boleh meleleh air liur teringat kesedapannya.
masa sekolah dulu 20 sen je.
sekarang zaman2 adik aku, dah 50-60 sen sekeping, sambal ciput.

Tanpa Nama berkata...

Mak sedara aku ngidam nak makan batu bata yang kaler oren tu, dia kunyah makan cam kunyah kacang, ngeri aku tengok hehe

Tanpa Nama berkata...

haha..dr aku ckp, takde kena mengena pon air liur meleleh dgn mak mengidam..its normal for baby. samalah bila anak kita lahir2, tibe2 ada tanda then kita assume; ''oh, menyesal aku dulu buat blablabla, kn anak aku jadi blablabla''

its not like, 'kau buat apa2 kena badi kat anak kau'
it's because overactivity of some cell during fetal development.

sama mcm meleleh air liur..
normal je weh!

atie berkata...

aku x caya mende2 cani tot, sbb mase aku preggy xde plak mengidam. alhmdlh mika xde plak melelh air liur. sihat alhmdlh. hehe

Haizam Kacak berkata...

takkan lari gunung dikejar abam mantot....

anGah berkata...

first time dtg komen.. anak kita sebaya kot.. ritu under cakap awal seminggu dua je.. anak saya air liur leleh.. tak tau la apa makan y tak cukup msa wife mengandung ritu.. tpi kiut pe air liur meleleh.. haha

mr edz berkata...

aku cuma meleleh air liur bila jalan jalan kat ampang point

mawar berkata...

mee siput ni selalunya keluarga saya buat masak bubur. Sedap! terutama time bulan puasa buat juadah berbuka...

mengidam yg paling pelik sy pernah dgr, baru je kwn sy cerita kwn/jiran dia melayu+islam masa mengandung mengidam nk mkn pork... nauzubillah... last2 pegi kedai bkn muslim amik bau aje... sibbek boleh ganti ngan bau je.. kalo tak.. tak tau nk ckp apa...

nick andika berkata...

aku dulu byk ngidam, tapi aku jer tak cite kat laki aku maka bila anak aku keluar, haa dah 13bulan air liur meleleh lagi.

takpe tot, anak aku dulu camtuh jugak 6 bulan, 9.5 kg.. mak bapak aku risau takut anak aku obese, tapi bila dia dah boleh merangkak dah boleh jalan, automatik dia slim sket. anak aku sekarang 13bulan baru 11kg.

Puan Muda berkata...

tot, selagi anak ko minum susu badan should be ok
lagipun anak ko lelaki kan?

aku masa ngandung dulu ngidam nak makan itik gantung!
cakar tanah laki aku cari
last last dapat gak itik gantung ala custom made melayu

habis bersalin baru la aku tau yg akak ipar aku tu mualaf cina
anytime boleh buat utk aku (T T)

Syafinaz berkata...

Hahaha....

Bab mengidam doktor yg rawat aku dr mula start pregnant katanya psychology.Bila duk fikir,maka itu yg jd nk mcm2.Sbnrnya tak ada apa pun.Tapi kata dia la.Sbb ada kisah seorg perempuan ni dia tak tahu dia mengandung,maka dia masih seperti biasa dan bila check doktor dan sah dia mengandung,dan-dan tak sampai satu jam terus dtg alahan.Magic!

Dan sbb kata doktor tu la "Jgn ikut perasaan,jgn manja berlebihan,jgn mkn byk,baby nak zat bkn nak nasik 8 pinggan",alhamdulillah 9 bulan pregnant adalah seperti biasa smpi suami pun ckp awk pregnant dulu rasa mcm x pregnant : )

Ops!Pjg la pulak komen aku.

Dan walau tak pernah mengidam apa2,ank tetap keluar air liur.

ck slmh berkata...

ade kena-mengena kot.
sbb mase pregnant dulu, ape aku nak makan, sume dpt.
alhamdulillah, anak aku dah masuk 5 bulan skrg xde pon ngences (org jawe ckp meleleh air liur).
sbb aku x suke tgk bayi ngences, chomot! haha..

rynnz berkata...

skrng ni aku tgh ngandung 6 bln..dl ms ank 1st aku tingin nak makan ikan terubuk bakar, tp aku x ckp pun ngan hubby aku sbb aku tahu dia x suker makan ikan yg byk tulang..bile anak 1st lahir, mmg meleleh air luih dia smpai skrang walau dah 2 thn hihihi..tah la aku pun x tahu nak kata kebenarannya..mgkin kebetulan je kot..

la ni lau aku rasa nak makan pa per aku ckp je ngan hubby..x kisah la cepat ke lambat..asalkan leh dapat..& keinginan aku tuk makan botok2 (mknan org johor) ckup kuat skrang ni hahaha

m&m berkata...

aku pregnant dulu xda la ngidam pelik2...just 3 bln pertama, asyik nak makan sup perut je. hari2 pagi ptg laki aku pi belikan..dahtu nak kat satu kedai tu je, kedai lain xmo.
3 bulan kedua lak, xda ngidam apa sgt. semua mknn pun nak makan, semua pun dpt. cuma ada sekali aku nk sgt buah delima..bukan musim pulak kt tempat aku. mak aku tanam kat blkg umah, x bbuah plak. last2, kwn2 laki aku kat seluruh malaysia..yg kat sabah nye, kat semenanjung pun jg..kirim pos kat aku. dah byk2, aku mkn sebijik je, dh cukup laa. haha. 3 bln terakhir, nak sup perut balik plak. gitu je la.

tp aku pnh dgr, kes bini kpd kawan laki aku..xtau la tu ngidam ke apa..tp spnjg pregnant dia asyik nak pegang "burung" laki dia je..x dpt pegang, startla menangis bagai.. laki dia pun ikutkan je. dua2 lak cikgu kt skolah yg sm, so xda hal la..kat umah ke kat tmpt keja ke..bl c bini nak pegang, lakinya redha bagi je la. nasib baik org sekeliling faham la jgk, org pregnant pny penbawaan. hahaha

Tanpa Nama berkata...

ya ampun.. pegang "burung"??! mcm2 la

Yard_dean Apple berkata...

mee siput? tak yah mengadung pon aku gila kat mendealah tu hehe..

Mantot berkata...

cerita pegang burung tu patut dijadikan inspirasi kepada semua isteri...

Tanpa Nama berkata...

kelakarnyeeee nak pegang burung!! sumpah pelik! hahahahaha..

nisa berkata...

masa pregnant dlu saya mengidam makan durian,kbetulan time tu bukan musim durian,jd susah nak cr durian,so anak pun meleleh je air liur,mak kata curi garam kt umah org bg hilang leleh liur anak,dah berbuah2 umah curi garam,pun sama je..hmm

kueh bakar berkata...

kadang bende sama. tapi cara dapatnya berbeza.

tahap beza itulah istimewanya.

Muhammad Fitri berkata...

ah, aku pulak yg mengidam mee siput..lamanya x makan..haiiihh~

Tanpa Nama berkata...

MeeSiput memang terbaek ~ setiap kali aku balik kampung kat muar, masa kecik2 dlu, aku mesti kayuh beskal pergi satu kedai makcik yg jual mee siput ni, skg dh tatau kt mne org jual, huk2 , rindu mee siput ~

-ZH

Tanpa Nama berkata...

mee siput mknan sedap yg rare.. trasa mengidam plak.. aduhh

Tanpa Nama berkata...

Nasib ngidam nk pegang burung, klu ngidam x nk pegang burung jenuh la si suami pose.

Tanpa Nama berkata...

kwn laki aku ngidam nk ggit bontot laki die.tiap2 mlm bonto laki die kne ggit.klu x dpt nangis sunguh2.adeh moga2 xdela aku ngidam plik2 cmtu.1 month to go chaiyok!

Tanpa Nama berkata...

baby meleleh air liur tu sebab nak tumbuh gigi :)

meesiput berkata...

ngidam pegang burung dan gigit montot sumpah pelik okeh hehehe. salam kenal :)

UnaChenta berkata...

Kawan baik aku dulu geram dengan sabun buku. Sabun untuk cuci kain tu. Dia cium2, geram last2 dia makan.siap dipotong2 kecil untuk digigit di waktu senggang :p