Januari 07, 2012

Alhamdulillah Ada Blogger UMNO Yang Solat Wajib 6 Kali Sehari

NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaki hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Sama dan serupa..!
Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

...............

Mulai hari ini,siapa-siapa
yang tidak menyokong perjuangan UMNO,
anda diminta memilih sama ada mahu
dilabelkan sebagai "suka khalwat" atau pun "peliwat."

Hanya ahli UMNO sahaja dibenarkan menggunakan gelaran
"Kuat Solat" dan "Pejuang Melayu Berdaulat."

49 ulasan:

to'Wan berkata...

hermm.... tinggi sangat bahasa ko mantot.... kang ada yang silap paham pulak ni kang...

Mohd. Hafidz A. Majid berkata...

Artikel berkenaan UAI ni kau ambik kat mana mantot?

Aku rasa bukan tulisan original kau ni, sebab kau kalau menulis kau guna kata ganti diri "aku" "kau" dan bukannya "saya"...

Yang kat bawah tu, ayat...

"...Mulai hari ini dan seterusnya..." ini baru mantot punya ayat...

to'Wan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

fitnah2..

kalo x sure pkara ni benar,,xperlu kot nak publish macam ni..

t Allah tanya balik,,ko berani jawab?

to'Wan berkata...

http://siasahkini.blogspot.com/2012/01/lagi-fitnah-keatas-ustaz-azhar-idrus_05.html

hahahhaa kan aku dah kata... ada je orang yg salah paham.... bahasa ko tinggi sangat mantot...

Mantot berkata...

tak perlu la aku taruk link asal.buat malu aje

Mohd. Hafidz A. Majid berkata...

Okeh, nak taruk link asal ke tak nak taruk ke, it's up to you tot...

Aku cuma reader jer...

Tapi sebagai reader yang dah hampir setahun follow blog kau, setakat baca tulisan kau kutuk2 UMNO label suka khalwat or peliwat, dah UMNO ialah puak kuat solat dan pejuang melayu berdaulat, dah biasa tot...

Aku nak baca point of view kau, that's y aku follow blog ko tot...

Han Ibn Suib berkata...

tulisan fitnah atas tu dah banyak kali orang share dalam fesbuk. takkan la tak pernah baca kot.

Na'im Nikmat berkata...

Sebenarnya orang UMNO dah lama terasa dengan UAI ni sebab UAI ni jenis yang cakap direct apabila tiba memberi sesuatu hukum berdasarkan dalil&nas agama. Yang lebih menyakitkan hati UMNO lagi ialah bila UMNO jelas dilabelkan sesat kerana dasarnya yang sekular..Maka semakin terkenal UAI maka semakin orang ramai tahu UMNO itu sesat...Jadi mcmner UMNO nak hidup ni??? Teorinya sama mcm yng terjadi kepada pemimpin2 PR yang lain...Difitnah berkhalwat,meliwat dsb benda biasa bagi penentang UMNO itu sahaja cara terbaik mereka mampu buat.....yang pastinya tahap meroyan UMNO semakin terserlah diblog,laman2 sosial mahupun dikedai2 kopi tahap pemikiran mereka sama...Tahap pemikiran JKKK....Orang UMNO memang xder otak......Logiklah setiap penentang UMNO terdiri drpd kaki khalwat & peliwat tegar....Cukup2lah jd bangang....

Adlilatun Nur berkata...

Hurmmmmm....

Mantot berkata...

Hafidz A.Majid,

Pandangan aku,kisah ni takkan keluar langsung kalau majlis sambutan tahun baru bersama Ustaz Azhar Idrus hari tu tu takde orang datang sebab semua pakat pegi majlis yang UMNO organize...buat pun dekat daerah yang sama pulak tu.

UMNO nak jatuhkan org politik pakai taktik reka cerita camni...boleh paham la sebab politik kita mmg kotor..

Tapi bila dah melibatkan orang yang macam Ustaz Azhar jelas menunjukkan UMNO takut benar dengan siapa2 yang mampu mempengaruhi masyarakat dan tak suka dengan kerajaan...

Cerita ni pun asalnya datang dari blog UMNO..kemudian disebarkan oleh geng2 blogger upahan UMNO.

Takde harapan lagi dengan UMNO ni...nama aje pejuang Melayu...

nadz ruslan berkata...

seriusly mendalah ni dalam facebook?

Mak aii...

Master Yoda berkata...

Kah kah kah..Sokong ABU ye kawan2..

ABU = Asalkan Bukan UMNO...

UMNO, hang pa blh berkubur tuk next G.E jika:
a) ramai org2 FELDA sedar
b) ramai warga emas yg lahir thun 1930/1940-an kembali ke rahmatullah atau mati

Cik Kamoo berkata...

UMNO ke PAS ke ... saudara seIslam juga!

Saudara seIslam itu lebih penting! Jom bersihkan hati ... peace!

delaila berkata...

kalau nak merasa kena fitnah lucah,jadilah musuh umno,Datuk Harun din masa reformasi sekitar 1998,puak tu fitnah Dr.Harun din ada anak haram. Datuk Nik Aziz boleh mereka lukis liwat dgn DSAi.Rasanya benda2 lucah ni dah sebati dengan jiwa raga umno.

IbaduRahman tu boleh di kenali dengan perkataan dan perbuatanya,kalau makian dan carutan,fitnah dan lucah..tu bolehkah dikatakan hamba ALLAH yang bersyukur.

Jaga2 Mantot,jangan cari pasal dgn puak2 lucah ni..paham2 je laa...nnt ada gambar bogel pulak.

dhia berkata...

aku rasa ni dari blog taipingmali.huhu..arituh dah masuk spital pun tak insaf lagi si Taiping ni..fitnah tak abes2..

KiD berkata...

panglima lah katakan.siapa berani kacau,dia kena fitnah.haish.

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons berkata...

Kenapa orang cakap dia mencarut dan maki hamun dalam ceramah dia, pasal dia pernah guna perkataan 'bodoh' dalam ceramah dia.. Pasal tu lah mangkuk hayun ni semua cakap dia ni suka menggunakan pendekatan secara maki hamun semasa berdakwah. Tak caya ce tgk video dia kat youtube.. but actually its not maki hamun la...ape daa diorang ni.

sim_2096 berkata...

artikel kt atas ni sbnrnye en. mantot amik dr blogger umno der..papagomo & taipingmali...en.mantot hanya tulis @ komen kat bhgn bawah saja..x gitu en. mantot..

zaminc berkata...

Tot, diorg gelar ko 'suka khalwat' ke 'peliwat'? heh...

husn bosn berkata...

patut delete entri ni. takda faedah copy tulisan fitnah, takut fan encik mantot yg pendek akal percaya ni dari encik n terima 100%...erm skemarama ini ayat.

berkata...

Nak jadi kaya tapi tak ngam dengan UMNO dan tak nak dilabel kolot macam PAS?

Ini 5 langkah hip untuk jadi kaya raya (macam Azhar):
1. Jadi sejahat mungkin masa muda
2. Hilangkan diri
3. Convert jadi born again Muslim
4. Bikin ceramah dan kutip derma
5. PROFIT!

---

Sekarang ramai budak muda yang nak jadi macam dia. Penceramah bebas dah boleh dijadikan salah satu pilihan career untuk menjamin masa depan.

The thing is, over the decades, nothing change. Muslim masih lagi mendewakan dan memuja sesama makhluk. My imam is better than yours. And if you're not with him, you're against him, therefore you're an apostate and you'll go to hell.

Kristian berhubung dengan Tuhan melalui proxy (father preacher). Dan setiap kata-kata proxy Tuhan ditelan tanpa soalan. Apa Muslim moden juga begitu?

Tanpa Nama berkata...

kō ko pun sama gak asal ada orang tak sama pemikiran ngan ko terus label macam2,typical malay...meh aku jawab fitnah ko:
1. Ustaz azhar tak pernah jadi jahat masa muda,kalau ada bukti bawak mai
2. Ustaz tak pernah hilangkan diri,dia ade je kat kg ladang...buat macam2 keje sambil belajar agama dgn tok guru
3. ustaz azhar belajar agama ambik masa 12 tahun,bukan terus convert jadi knowledgable pasal agama
4. yang panggil ustaz ceramah ialah ajk masjid ngn surau..bukan dia yg mintak..dan derma org ramai masuk tabung masjid
5. KO BODOH!

tahap pemikiran dengki typical melayu ni lah sebabkan org melayu mundur...dahla jahil agama..nak halang org blaja agama plak..

berkata...

"tahap pemikiran dengki typical melayu ni lah sebabkan org melayu mundur"

Sebab tak nak Melayu mundur la aku bagi 5 Steps untuk kaya raya tu Cik Emonymous oi.

Dan kalau nak jadi Melayu yang maju dan kaya raya, mesti pandai membaca. Jangan jadi gong tak tentu pasal. Mari sama-sama ulang baca komen aku tadi terutama part ni:

"...5 langkah hip untuk jadi kaya raya (macam Azhar)"

Dari situ, secara terang boleh deduce yang memang aku cakap Azhar kaya. Itu fakta. Kau nak deny ke?

Dan sememangnya jadi penceramah bebas boleh buat duit. Sebahagian kutipan ceramah masuk tabung masjid, sebahagian lagi masuk poket. Quid pro quo. Satu dirham untuk ana, satu dirham untuk ente (yang ini, jangan ambik secara literal pulak). Itu fitnah ke?

Aku tak pasti apa fitnah yang kau cuba nak jawab sebab aku tak ada pun fitnah dia. Mungkin sebab kau bukan typical Malay, sangat maju dan terlalu awesome, sebab tu terlebih baca kot.

Tak perlu la jadi bontot periuk yang menggelar cerek hitam. Dah, pegi la blaja agama. Tak ada sape nak halang. Semoga kau mendapat pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...

aku dah lama baca pasal citer ustaz azhar nie...hak peliknya org kampung bongkok sendiri tak tau pasal citer nie..hak duk kelana jaya ngan taiping nung hah tetiba tau....aku pun musykil yg penulis blog nie tau ker kt mana kg jambu bongkok nie?..hahaha....

kalo citer pasal seks, liwat lucah takder dah puak lain dah...kalo tak kenal lagi mmg tak tau la nak kata apa...hehehehe

Tanpa Nama berkata...

tetiba pulak puak umno nak kesah pasal bayaran penceramah....lembu songlap juta2 takmo lak bising...walawehhh

Laici berkata...

biasa la..bila orang tu popular, boleh pengaruhi masyarakat tapi tak berpihak kepada parti politik yang dikehendaki, mula la ada usaha nak menjatuhkan dia..

contoh terbaik, dlu si Akhil Hayy, bukan main mengutuk kerajaan, kuat mengkritik..tapi akhirnya jatuh,akur bila satu demi satu dugaan dan godaan datang..sekarang tak dengar dah kot suara2 dia kat ceramah pas? semenjak dia dapat slot televisyen,terbabit ngan gosup dah kahwin lain..

azhar berkata...

kan orang kata orang Melayu mana bleh tengok Melayu lain naik. Mula lah nak menjatuhkan. Yang nie byknya dari literature review.

Nie kes Ustaz Azhar plak. Yg nak menjatuhkan dia Melayu la jugak. Nampak dari puok ameno or yg x suka agama. xkan org DxP plak, kan?

Soalnya yang nk menjatuhkan Melayu nie ameno ke Melayu tu sediri? Aku nampak dah jelas. Korang la plak pikio kan.

CENGKERIK PINK berkata...

to mantot;

kalo bole untuk tajuk2 sinis cmni bole x jgn dahulukan dengan alhamdulillah..sbb macam da salahgunakan. takut jatuh berdosa.. macam jugak ayat retis2 kite skang "alhamdulillah..saye berjaye lakonkan watak ranjang tu dengan baik.." haha. tak ke salah guna ke namenyer tu..

wallahua'lam

almarilektronik berkata...

Salam..

Aku tak la pandai Sgt bab2 agama ni tapi bile isu bayaran ni take perlu diungkit langsung..kite boleh tgk berapa Ramai org islam cube memperbaiki diri dengan dengar kuliah2 agama skrg? itu Yang perlu kite lihat dulu supaya jadi sebahagian dark mereka..soal duit tu rezeki masing2 la....kalau di`charge` pun kan hak terletak pd PEMBAYAR nya kn ? Tlg jgn typical bab2 ni...kit a dh ketandusan kuliah mcm ni...fikit2kan..

rantai berkata...

kalau Ust Azhar ini kata: hukum hudud tak sesuai zaman sekarang; janda di malaysia ni boleh melacur untuk sara hidup; hal menutup aurat ni bukan penting sangat; rembat wang kerajaan tu tak salah; menentang perentah zalim tu hukumnya haram ...dan lagi ...dan lagi ... RASANYA TIDAK ADA ORANG UMNO YANG MARAH...!!!!!!!!!!!!!!

Gi MaMpusss lerr... berkata...

Hanya ahli UMNO sahaja dibenarkan menggunakan gelaran
"Kuat Solat" dan "Pejuang Melayu Berdaulat."

APA punya BANGSAT MELAYU ni...Ptuiihhh...

adanhayad berkata...

aku tak paham kenapa orang alim dan neutral macam ustaz pun diorang nak tembak.

mie berkata...

UMNO = SEX

oqi berkata...

Hehe, siapa menang? Stop wandering on the problem, start finding the solution.

Tanpa Nama berkata...

nk tanya skit.entry ni copy dr blogger taipingmali.apa kne mengena ngan umno?for sure ke umno yg suruh buat?ada elemen pandangan peribadi juga.

Tanpa Nama berkata...

Gi MaMpusss lerr... said...

Hanya ahli UMNO sahaja dibenarkan menggunakan gelaran
"Kuat Solat" dan "Pejuang Melayu Berdaulat."

APA punya BANGSAT MELAYU ni...Ptuiihhh...

re: bodoh! ko Melayu ke? Malu dengan keturunan sendiri ke? Ko memang bangsa yang xde bangsa!

Tanpa Nama berkata...

HURMMMM.....

Tanpa Nama berkata...

"APA PUNYA BANGSAT MELAYU NIE"

SETUJU SESANGAT...AKU SEBAGAI ORG MELAYU MALU NK MENGAKU YANG AKU NIE MELAYU...
APA YG ORG MELAYU BUAT SKUNK NIE YG KITA NK BANGGA YG KITA NIE ANAK MELAYU...HAPRAK PUN XDER...
THATS WHY ORG MELAYU XMAJU...AKU YAKIN DLM JANGKA MASA 3,4 THN AG...MELAYU KA BANGSA YG PALING MUNDUR N XSGUNA SEKALI..
BENDA NIE HAKIKAT GUYS MELAINKAN KLO KORG BUTA....
CNTH PALING BEST...REFORMASI..PERHIMPUNAN HARAM...SAPER YG SELALU BUAT...SAPER YG SELALU ATTEND...
ORG MELAYU JERK....YG TERLALU TAKSUB DGN POLITIK....
PERHIMPUNAN HARINI YG DKT MAHKAMAH DUTA...ADA WARGA EMAS YG JALAN NK KENA PIMPIN PUN NK JOIN JUGAK PERHIMPUNAN...

KLO ORG NAK MAKI AKU PUN AKU XKISAH..TP THE TRUTH IS OUT THERE...KORG LEH PIKIR SENDIRI APA YG BANGSA MELAYU BUAT KAT LUAR SANA SELAIN BUAT MAKSIAT,REMPIT,MEROGOL,MEROMPAK N SO ON....BYK SGT AKU NK STATE KAT SINI...

SO XPERLU LA NK MARAH2 IF ADA SEGELINTIR YG KATA ORG MELAYU NIE BANGSAT....

SEKIAN....

Syakir Zainol berkata...

UMNO tau kalau nak kantoikan diorang ni hanya dgn dedahkan kepincangan agama puak2 ni... kalu soal lain ekonomi, politik ke diorang leh cover... part hukum hakam ni payah

iamBIG berkata...

kahkahkahkah....dorg ni nk ckp gebang gebang...tapi guna anon..puii puii puii..

Haizam Kacak berkata...

komeng ustaz azhar mengenai latarbelakang pendidikang beliau http://www.youtube.com/watch?v=2Z3Rrqd11xA&feature=related

gembira berkata...

artikel tulisan ntah siapa ni sgt murahan..ayat pertama aku dah tau bkn mantot tulis.terima kasih mantot.

iamBIG berkata...

DSAI bebas...ALHAMDULILLAH...aku ade terbaca komen seorang insan, dia ckp "hah?? kenpa mcm ni keputusan mhkahmah, KESIAN SAIFUL" *ROTFL #nuffsaid

yuna berkata...

iamBIG : aku yg tulis pnjg lebar tu...

Tanpa Nama berkata...

mantot curi dkt sini

http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2012/01/ustaz-azhar-apa-buat-dalam-tandas.html

dhiya' berkata...

ustaz ni mmg terbaik,cara ceramah,pendekatan ustaz mmg santai..jadi anak muda tak segan sgt nak dekat dengan beliau

yg depa dok takut sgt smpai nak fitnah ustaz ni sbb depa takut dengan kebangkitan anak muda,yg dah mmg sure2 tolak umno yg sekular ni!

haih!geram plak rase

Balqis Riza berkata...

aku bukan OKU

pajong pemalas!!! berkata...

hahaha...mkin dibuat mkin lemah lh dyorng..ABU!