Januari 30, 2012

Khabar Angin Mengenai Robert Kuok dan Tepungnya

1. Ada email kata "JANGAN BELI PRODUK MASSIMO SEBAB MENGGUNAKAN PRODUK BAHAYA!"

2. Email tu juga kata "ORANG MELAYU MESTI BELI GARDENIA SEBAB PRODUK ROBERT KUOK BAHAYA!"

3. Email tu jugak kata "ANAK HARAM PUNYA ORANG CINA SEBAB NAK BOIKOT ROTI GARDENIA SEBAB DAH POTONG BISNES ROBERT KUOK!"

4. Jadi, summary email tu adalah ; Orang Melayu kena beli Gardenia,Orang Cina kena beli Massimo.

5. Tapi, Melayu claim jangan beli Massimo sebab bahaya untuk kesihatan.

6. Habis, kalau orang Cina pakat ramai2 boikot Gardenia dan support Massimo, adakah penulis email tu mengatakan sebenarnya orang Cina sedang cuba diracuni oleh Robert Kuok?

7. Email tu jugak kata...tepung yang Robert Kuok keluarkan beracun dan mengandungi bahan haram.

8. Adakah anda salah seorang yang mudah dibangangkan?

9. Nampak logo halal JAKIM Kat plastik dia? Tak percaya jugak? Cuba cek dekat website JAKIM? Blom cek lagi? Pegi cek sekarang.

10. Dah cek? Ada kan pengesahan sijil halal JAKIM kat situ? ADA...



11. Sekarang ni cuba tanya diri sendiri balik....apasal anda boleh percaya dengan email dan imej yang tah sapa-sapa keluarkan tanpa sesiapa pun claim dia yang mengeluarkan info tu.

12. Senang kan percaya benda2 camtu? Apasal orang Melayu macam tu haa? Ada mangkuk buat sendiri gambar Lego kononnya Lego keluarkan permainan Nabi Muhammad...berduyun2 yang berapi nak boikot Lego...

13. Senang gila nak kawal orang Melayu. Buat aje email berantai yang menghasut orang Melayu benci dengan orang Cina.

14. Apakah kau ingat semua orang Cina busuk hati?

15. Jangan percaya dengan benda takde source.

16. Kalau kau percaya dengan berita2 dan khabar angin yang tersebar dalam Facebook dan dalam email... kenapa kau tak percaya dengan JAKIM?

17. Aku salute JAKIM sebab sudah ada telur sekarang. Semua projek kroni yang menswastakan logo Halal sendiri mesti dihentikan. Menyusahkan orang. Logo halal tidak patut jadi bisnes pihak swasta. Setelah berapa tahun...akhirnya kita hanya ada satu aje logo Halal Malaysia yang tulen.

18. Pilihanraya dah dekat. Isu2 macam ni makin lama akan makin banyak timbul. Guna akal anda fikir secara rasional.

19. Sekarang ni, UMNO kata "PAS tunduk kepada DAP" untuk takutkan orang Melayu.

20. MCA pulak kata "kalau Pakatan menang, PAS akan kawal kerajaan" untuk takutkan orang Cina.

21. Sekarang kau gabungkan point nombor 19 dan 20 aku.

22. Okeh..lastly..cuba kau baca apa yang tertulis dalam gambar Robert Kuok kat atas tu. Ada sebut pasal Benzoyl Peroxide kan? Google kan Benzoyl Peroxide.

23. Kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia...tolong jangan letak email2 bangang macam ni lagi dekat website official anda. Kepada anda yang menyebarkan benda ni, cuba baca dulu dan kaji sebelum sebarkan.

24. Itu hanya menunjukkan anda malas nak berfikir dan tau makan suap aje khabar angin.

25. Macam mana orang Islam tak digelar terrorist?


57 ulasan:

ralphrazaq berkata...

propaganda pilihan raya aje..

p/s buat la entri pasal anak kau lagi..aku suka

Cik Siti Fairuz berkata...

dulu mantot suh cube massimo, dah cuba..tak sedap pun.
btol tu, kami gumbira baca entri psl anak mantot. alo bucuk-bucuk budak debap tu.

abahko berkata...

Sokong. Orang Melayu senang beno pcaye surat2/emel berantai ni..pastu mudah syak wasangka dgn org tanpe usul pekse. Aku pon dh naik muak dh bace bende2 camni

FiraHamzah berkata...

haaaa, aku ada tanyer pihak Sahabat Halal Jakim kat fb hari tuh pasal roti Massimo nih. Jakim cakap halal. ok fine. aku tanyer sebab aku pun antara umat Islam yang confuse pasal product nih. Bila aku tanyer soalan nih kat Jakim, ada pulak makhluk Allah tuh cakap aku nih racist!
Aku pun heran. Aku tanyer bab halal haram dgn niat memang tak mendapatkan kepastian status roti nih, skali tak pasal2 kena tuduh racist. Apa kes??
Isu halal haram pun leh sebabkan racist ke mantot? bila aku tanyer dia soalan ni, tak pulak tau jawap balik. haiihhhh..Melayu mudah melatah!

iamBIG berkata...

aku bagus...sebab aku lgsg xpercaya benda bodoh mcm dlm gambar tu...mail berantai ni so 2000 laa....no so 1990's, no no, so lammeeeeeee........

iamBIG berkata...

eh p/s : lame senyap mantot, jaga anak la tu...huu~~ jgn ganas2 ngan bini ko...

Mantot berkata...

aku balik kampung dan menjauhkan diri dari internet selama seminggu

Tanpa Nama berkata...

Psl ni aku setuju ngan Mantot, kte jgn mudah pcaye dgn email berantai yg xtau benar salahnye lg..

Tp kalo bole be fair la, kalau ade isu psl memburuk2kn kerajaan Msia dgn email berantai, tu pn kte jgn la mudah melatah pcaye..ni mudah sgt pcaye nye..

yg peliknye kalau isu moral songsang sorg pemimpin parti ni, susah gle plak nak pcaye. Wlpn dlm Wikileaks bocor psl hubungan songsang, pemimpin negara jiran pn akui dia 'songsang', dlm video ade, bekas kwn rapat, bekas coffee boy, bekas rakan seperjuangan, peguambela dia la ni, dlu dia la yg ade bukti pemimpin ni homoseks,mat sabu pn bg gelaran "al-***",...ramai susah tol nk caye,

blk2 alasannye "bini dia bertudung, anak dia bertudung"..xkn la dia wat..

xpela, hak msg2 nk caye...nway byk gak isu mantot ni wat kte buka mata

peace mantot!hehe

voltron

kuncisudu berkata...

mantot, ko jgk kene amik kita hate/ rasist email yg disebarkan untuk kempen jangan beli roti gardenia sbb umno punya syarikat.

google kat internet, ko boleh jumpa.

Mantot berkata...

kunci sudu,
kau rasa Robert Kuok parti mana?

Mantot berkata...

tak habis taip tertekan lak...maksud aku
orang Cina attack gardenia sbb UMNO..tapi kita attack Massimo dan Robert Kuok sbb bangsa dia

Mantot berkata...

voltron,
kau rasa siapa lg kenal anwar?org2 yg kau ckp atau anak bini dia?apsal kau tak percaya bini dia cakap "bukan Anwar " tapi kau percaya member baik dia?

Tanpa Nama berkata...

Klu Cina attack gardenia... Takkan kita nak boikot gardenia Jgk. Nak tolong gardenia lah..

Mantot berkata...

kenapa kena tolong gardenia?

Tanpa Nama berkata...

Klu Cina dual roti. Melayu dual roti, sy beli roti melayu.

Klu Cina jual roti, roti satu lagi xtau sapa jual, sy beli roti satu lg...nak tolong yg satu lagi, sbb Cina dah mmg kaya..kot2 tertolong bangsa sendiri ke, India ke , lain2 ke..

Tanpa Nama berkata...

Dual = jual.. Otokorek plak dah..

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

aku setuju ngan ko bini n anak2 dia lebey kenal suami n ayah dia,

tp dlm kes ni, aku rasa mgkn dorg xngaku sbb bnda ni mnyentuh bab maruah..mgkn ego pn ade gak..

malu giler siot kalo nk ngaku ayah sendiri, suami sendiri wat hubungan songsang, sbg manusia fhm keadaan Wan Azizah, Izzah n adik beradik lain turun naik court asyk2 kes2 cmni..

malu!, mmg malu!, sape yg berani terang2an ngaku "ya, suami sy, ayah sy seorg..(aku malu nk tulis pkataan tu)

argh!, aku pn harap bnda ni tipu, tp utk Wan Azizah, Izzah, kalau bnda ni fitnah, korg mmg dikurniakan kecekalan yg sgt tinggi, tp kalau korg berselindung...hmm

sori abg mantot, pjg plak komen, hehe

voltron

Tanpa Nama berkata...

Soalan mengganggu fikiran... Kenapa agaknya bodyguard tu pi nom kan Altantuya dan atas arahan sapakah imigresen rekod dipadamkan...musykil2....

Saya Suka Baca Blog! Ninie Simmons berkata...

Jangan kata email je mantot. Blogger pun sama gak suka buat spam rumours lah. Sebab blog adalah medium yang paling cepat sekali kalau nak sebarkan rumours / fitnah tu semua.

Tanpa Nama berkata...

Nom=bom ..hamper tol..

Tanpa Nama berkata...

Kalau beli barang, tgok kualiti la. bukan tgok yg jual tu melayu ke cina. ni racist namanya. Apa guna tolong 'melayu' kalau 'melayu' tu sendiri pon dah kaya?

Tanpa Nama berkata...

Betul2...tgk kualiti.. Tp setakat murah singgit dan kurang kompak, sy tetap cari melayu punya klu boleh... Bab makanan ni..

Klu bab kontraktor renovate rumah sy pilih Cina.. Sbb workmanship Jauh sgt beza

Tanpa Nama berkata...

Pasal2 racist2 ni, Cuba sekali sekala pi jenguk forum Cina. Tgk dorg sembang apa...

Mantot berkata...

bak mai link.aku nak baca

Tanpa Nama berkata...

pandai ke baca? ceh

Mantot berkata...

bagi aje la.google translate ada.

doulnut berkata...

kalau betul tepung sauh tu beracun dah lama orang kat malaysia semua dah mati. yang sebar email tu pun dah lama kena tanam agaknya.

Tanpa Nama berkata...

jangan percaya fitnah.says a man that believes scorpene cannot dive, Rosmah buys thousand ringgit worth of jewelleries and still believe najib kill atlantuya.what a bloody double standard you are mantot.

perli berkata...

dua dua dah tarap jutawan/kapitalis,korang beli ke tidak beli takda hal bagi diorang.mudah cakap,roti/tepung tak laku,depa tinggal jual kilang je,

LydSunshine berkata...

Dah tu roti gardenia tu 'melayu' sangat la konon. Cuba fikir guna otak skit orang-orang Melayu yg cepat percaya tu.

Tanpa Nama berkata...

Mari kita sama-sama beli produk keluaran org Cina... 1MAlaysia!

Sang Merah berkata...

sjak bile nk berniaga mesti atas dasar tolong n bangsa?

Tanpa Nama berkata...

apa beza depa berdua? dedua dpt AP, sorg ada AP beras seko lagi dulu AP gula.. sapa kasi AP kat depa? patutnya makanan asasi takder AP, cian rakyat..


aku beli roti murah jer

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

Terima kasih : )

Tanpa Nama berkata...

Sembang2 Cina
http://www.nkkhoo.com/2011/10/31/petronas-and-shell-allocate-100-bumi-quota-for-petro-stations-now/#comments

Tanpa Nama berkata...

http://www.muslimconsumer.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=431%3Aemail-panas-dari-pengguna-melayu--orang-cina-boikot-produk-melayu-&catid=60%3Atop-news&Itemid=297

Tanpa Nama berkata...

Beli Gardenia sebab nak tolong melayu.
Betul ke tolong melayu?
Ka tolong monopoli kroni BN?
Robert Kuok pegang gula bertahun2, harga stabil.
Dia lepaskan, kroni BN ambil alih - berkali2 harga naik.
Itukah makna usahawan BN yang berjaya dlm bisnes.

Tanpa Nama berkata...

bila kena batang hidung sendiri rujuk jakim. tapi bila nak kenakan batangkan hidung orang lain condemn jakim. bodoh la lu mantot

Tanpa Nama berkata...

alah mantot.habaq jelah anwar berahim sruh hang sekeluarga jangan beli gardenia n beli ja massimo.kan senang.yang hang nak selindung sangat dengan jakim la apala pasaipa.konon fitnah la hapala.hahaha.

Tanpa Nama berkata...

salam bro mantot,

aku cuma nak komen part org Islam digelar terrorist...

bukan isunya pada Islam..isunya pada saper yg bawak Islam tu...

apa untungnya Islam bila dapat kt melayu...

hehehe

Ismail Fitry berkata...

Aku paling tak tahan pasal email berantai pasal jangan makan sardine. Alasannya sebab tok guru dia larang. Lepas tu berduyun duyun lah orang melayu yang forward email tersebut.

Dapat email tu kat aku, terus aku reply balik pada penghantar email tersebut secara ringkas iaitu "Bullshit"

Malu aku sebagai food technologist bila rakyat melayu mudah sangat percaya hal hal makanan yang tak betul yang disebarkan kat email ni.

Tanpa Nama berkata...

aku search massimo dalam jakim punya site , tak keluar ape2 pun....

Mantot berkata...

ada..tapi mungkin tak update dlm direktori halal lagi kot

http://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/status-halal-massimo/316153645089390

Tanpa Nama berkata...

tot lu rase FB sahabat-halal-jakim tu btul2 dorang ke..??

kan skang byk dummie acc.. :)

StormX berkata...

aku ada emel PPIM pas dia siarkan surat bodoh tu kat web, tau dia balas apa?

'INI ADALAH KOMEN PEMBACA YANG DISARING DARI BLOG PPIM'

mcm celaka.caps lock pun x reti tutup

Mantot berkata...

tunggu.

aku dah email JAKIM hari isnin.baru dapat respon tapi still tunggu confirmation.dah dapat nanti aku update

Tanpa Nama berkata...

Salam...



** Sang Merah:
Kalau melayu x tolong melayu, sapa nak tolong melayu?? Hang nak harap bangsa lain tolong?? Lepas ni nak kata gardenia x der kualiti pulak ka sbb tu x mau tolong?

** Mantot:
Beli gardenia/Massimo bukan masalah rasis/kualiti. Tapi kewajipan orang Islam membantu sesama umat ( + gardenia pun bukanlah x der kualiti atau mahal melampau!). Jangan la sbb marah nyamuk, kelambu di bakar.


P/s: Aku tau, isunya tentang fitnah yg dilemparkan. Fitnah tu mmg salah + berdosa. Cuma aku nak ajak hang tgk dari perspektif lain pulak.


Ini pendapat aku. Nak terima, terimalah. Tak mau terima pun tak pa.. aku tak rugi pun.


-NF-

Tanpa Nama berkata...

Salam....

Sorry lagi 1 point tambahan.. lupa nak letak.

Utk Anon: January 30, 2012 12:25:00 PM GMT+08:00:

Apa guna tolong melayu yg da kaya? Sesungguhnya HASAD itu sesuatu yg amat buruk. Klu hang husnuzon, tentu hang pikiaq... dia keluar ZAKAT + kalau org Islam tambah kaya... Apa masalah hang??

p/s: Husnozon = bersangka baik!

-NF-

Mantot berkata...

kewajipan orang Islam membantu sesama umat?
kah kah kah kah kah kah!
proton dengan perodua kirim salam...

diorang pesan "berhutanglah anda 9 tahun untuk membeli kereta yang tak sepadan dengan harga yang anda hutang tu"

Tanpa Nama berkata...

mcm mane dgn UAI yg kata ribena haram? direktori halal jakim ade je ribena

Tanpa Nama berkata...

yg aku pelik dgn cina & melayu ni, bile bab halal & haram je ade bunyi racist..bukan itu bab agama ke?

mie berkata...

Jangan tanya apa yang kamu sumbangkan untuk Gardenia, tanya tanya apa Gardenia sumbangkan untuk kamu..hihi

1MalaysiaSon berkata...

I am Malaysian Chinese and I am happy to say that 50% of the people posted here, presumably Malays can think beyond race and make judgment objectively (judging based on quality of the product and not base on their religion). Some are even clever enough to point out this to be "pecah dan perintah" policy.

Forget about jihad, umat islam help each other etc. Think about Malaysia, think about Malaysians helping Malaysians. If Malaysia falls, we all suffer, and do not expect help from other Muslim nations, those who can help us are ourselves, and our neighbours.

Melayu Cina Indians semuanya sama. Jika kerajaan adil/cekap, kehidupan kita berkualiti, jike tidak, hanya konco parti politik saja yang untung.

Open ur eyes, see the world from a larger perspective, fight for your country (not government), dignity, family and friends, not blindly for people of the same religion/race

Zara Aulia berkata...

Nanti depa kata plak..Jakim kena rasuah..orang JAKIM kena ikat tangan..kena bagi sijil halal pasal POLITIK..huk tuiii!!!

Tanpa Nama berkata...

22. Okeh..lastly..cuba kau baca apa yang tertulis dalam gambar Robert Kuok kat atas tu. Ada sebut pasal Benzoyl Peroxide kan? Google kan Benzoyl Peroxide.

saya dah google kan, rasanya benda ni memang ada bahayanya...adakah admin ingin mengatakan benda ini tiada bahaya langsung?

http://en.wikipedia.org/wiki/Flour_bleaching_agent

In countries where bleached flour is "prohibited" plain flour can be treated in a domestic microwave oven to produce similar chemical changes to the bleaching process. This improves the final texture of baked goods made to recipes intended for bleached flours

Mantot berkata...

Anon ku sayang...
Ayat yang kau quote dr wikipedia tu tak bermaksud yang benzoyl peroxide tu bahaya...

Cuma kau google betul2 benzoyl peroxide...

Benzoyl peroxide is included in the World Health Organization (WHO) Model Lists of Essential medicines, which is a list of minimum medical needs for a basic health care system.

"Bleached " bukan maksudnya bleach macam belach basuh baju tu. Bleached tu general term untuk method mencuci tepung tu

Tanpa Nama berkata...

tak kisah muslim kroni apa, yg penting ikut islam, kita dapat pahala support product keluaran islam walaupun ada product keluaran islam halal. jgnsebab politik, kita lupa seburuk2 muslim, still saudara seagama kita, jgn sekali kali rasa tahap iman kita lebih baik dr dia. saya mmg utamakan beli barangan halal keluaran muslim, pelik juga non muslim yg tak percaya bab halal haram sanggup halalkan sebab duit, bukan sebab dia percaya konsep islam.