Bapa Zaman Dahulu :
Anak dijaga oleh pengasuh yang juga orang Melayu. Siap boleh duduk rumah sekali dan keyakinan nak tinggal anak dengan pengasuh agak tinggi,sebab selalunya yang menjaga tu pun orang yang kita kenal.
Bapa Zaman Sekarang :
Anak dijaga dekat nursery. Dijaga oleh wanita luar. Balik rumah anak berbahasa seberang. Setiap masa rasa cemas sebab tau pengasuh kena jaga ramai budak sekali. Ada lagi ke anak gadis tempatan nak kerja jadi pengasuh anak orang dekat rumah orang?
Bapa Zaman Dahulu :
Mampu tanggung anak ramai walaupun gaji tak berapa besar.
Bapa Zaman Sekarang :
Terpaksa fikir bajet kaw2 sebelum nak pancut dalam.
Bapa Zaman Dahulu :
Sekali beli barang untuk bagi makan family habis puluh-puluh.
Bapa Zaman Sekarang :
Sekali beli barang untuk makan family habis ratus-ratus.
Bapa Zaman Dahulu :
Mampu beli tanah besar dan buat rumah ikut design sendiri.
Kalau tak mampu pun mesti mampu beli tanah.
Bapa Zaman Sekarang :
Mampu beli rumah ada tanah sekangkang kera buat letak pasu sebijik dua
ikut design yang developer tetapkan.
Bapa Zaman Dahulu :
Hanya ada 3 jenis bil aje yang datang setiap bulan,bil letrik,bil telefon rumah dan bil air.
Bapa Zaman Sekarang :
Hanya ada 2 helai duit seratus yang tinggal dalam wallet lepas bayar pelbagai jenis bil.
Bapa Zaman Dahulu :
Risau anak tak nak belajar.
Bapa Zaman Sekarang :
Risau anak tak nak belajar,risau anak tengok porn,risau anak kecik2 dah ada awek,
risau anak nak jadi artis,risau anak pakai seksi-seksi,risau anak jadi mat rempit
dan bermacam lagilah benda yang merisaukan
Bapa Zaman Dahulu :
Beli kereta dan yakin yang kereta kau akan kekal tahan berpuluh tahun.
Kualiti kereta pun body bapak ah keras. Mampu beli kereta luar,
Proton adalah option yang baik untuk mereka yang nak berjimat.
Bapa Zaman Sekarang :
Beli kereta dan sebulan dua lepas tu problem dah muncul.
Body kereta macam tin coca-cola..especially kereta Perodua.
Beli Proton atau Perodua adalah kemestian kalau tak nak beli kereta lagi mahal.
Proton is improving..tapi still tak reliable macam kereta Proton Saga mak aku dulu.
Bapa Zaman Dahulu :
Anak nak pegi main dekat padang petang2? Pegi la main.
Bapa Zaman Sekarang :
Anak nak pegi main dekat padang petang2? "Sekejap ye..bapak nak pakai baju teman adik.." Padang pun makin susah nak dijumpai.
Bapa Zaman Dahulu :
Anak darjah 1 nak main basikal jalan merata-rata...boleh aje.
Bapa Zaman Sekarang :
Anak darjah 1 nak main basikal mesti dalam kawasan rumah.
..............
Cuba kau kira balik jumlah family kau.
Cuba kau kira balik jumlah adik beradik mak abah kau.Dulu family atuk kita mesti tersangatlah besar. Tu tak masuk lagi family tiri kalau atuk kau,abah kau kahwin lagi sorang. Yang peliknya..orang zaman dulu..family tiri ni sangat rapat. Tak kiralah adik beradik tiri pun dah macam adik beradik sendiri.
Alasan yang kita selalu dengar.." orang dulu2 takde benda nak buat..jadi nak bersenggama aje la kerjanya."Aku tak pandang benda tu sebagai satu benda yang buruk. Siapa yang tak nak hidup yang membolehkan kau bersenggama dengan isteri sehingga mengandung dan tak terdetik langsung rasa risau mampu ke tidak jaga anak tu nanti. Kau tak nak hidup camtu?
Kenapa negara kita membangun tak seiring dengan kualiti kekeluargaan? Kita maju dari segi infrastruktur tapi dari segi kekeluargaan,family values kita sebenarnya menjunam teruk.Apa yang aku nampak sekeliling aku, kualiti hidup kita makin low. Mak aku selalu tanya kitorang adik beradik, "Pasaipa hangpa gaji ribu-ribu la ni duit tak cukup..pasaipa mak dulu gaji ratuih-ratuih ja cukup siap bagi adik mak duit belanja?"
Entahlah. Aku tak tau macam mana nak jawab soalan tu. Barang makin mahal penyebab utama tapi still..gaji kau makin besar kan? Yang paling membingungkan aku, kenapa barang makin mahal padahal quality barang tu sebenarnya makin hampas? Dulu kita beli susu dalam tin..kita memang betul dapat susu sejat...sekarang kita beli susu dalam tin..kita bukannya dapat susu. Kita dapat gula pekat...diorang panggil benda tu krimer manis.
Aku selalu tulis macam ni nak jawab benda ni...satu masa dulu kereta bawah 20 ribu. Rumah dulu 80 ribu kau dah dapat rumah yang mampu tampung selesa 6 orang ahli keluarga.
Mak aku start kerja gaji dia tujuh ratus lebih. Itu starting gaji degree tahun 70an. Sekarang starting gaji degree Rm1800 camtu. Naik la dekat 3 kali ganda..itupun tak sampai sebenarnya. Tapi tanggungan kita tak naik 3 kali ganda...dia naik lebih dari tu.
Cuba compare macam ni :
Datuk aku dulu seorang polis berpangkat konstabel..dia ada 7 anak. Bapak aku,seorang manager bank,ada 4 anak. Aku,cikgu, baru ada seorang anak lelaki yang super comel...aku dah 30 dah ni. Bila bapak aku 32, adik pempuan aku dah ada...dia anak yang ketiga.
Anak aku? Mungkin dia adalah seorang sainstis merangkap pakar robotik dan juga seorang Ustaz yang bergaji puluhan ribu masa akan datang..Tapi masa tu mungkin harga krimer pekat manis dengan gula artificial dari hampas tebu berharga RM12 setin atau lebih.
Budaya berkeluarga besar orang Melayu akan terhakis dan orang Melayu akhirnya..akan jadi macam orang Barat yang lebih mementingkan quality of life berbanding quality taht comes from quantity of the family. Tapi tahukah anda;
Nabi Muhammad suruh kita berkeluarga besar supaya umat dia ramai dekat Akhirat nanti?
Tapi janganlah diambil bulat-bulat benda ni camtu aje. Fikir lah sendiri umat macam mana yang dia nak ramaikan ya? Kalau 12 orang anak pun...5 bohsia,4 drug addict dan 3 lagi hard gay pun takde guna jugak kan?
Aku dan kau sedang hidup dalam dunia yang sedang beralih arah menjauhi dan memusuhi Islam,terlalu banyak pihak yang cuba mempengaruhi orang Melayu supaya let go agama..dan it is working, they are winning. Persoalannya, adakah anak aku pulak nanti akan hidup dalam negara yang memang tak memandang langsung permintaan Islam hasil daripada apa yang sedang berlaku dekat zaman aku ni?
Apa benda yang kita boleh buat hanya satu ;
Jaga agama kita,ajarkan agama dekat anak kita. Tak kisahlah kau pandai ke tak pandai sangat bab agama ni..aku pun sekadar tau benda wajib..ayat hafazan..baca Yasin..baca Quran. Dapat sikit-sikit pun jadi..walaupun sikit..kesan dia tu akan still ada dalam diri anak kita.
ps - adakah aku akan kena tangkap dengan JAIS kalau aku tulis benda macam ni dekat sini?