Oktober 06, 2011

Tulisan Rojak : Proton,Awek Tidak Seksi dan ASB

1. Aku malas nak komen apa-apa pasal benda ni sebab aku selalu tulis pasal benda ni. Aku nak tanya kepada mereka2 yang mengalami zaman Proton baru muncul tu (aku waktu tu baru 4 tahun) apa reaksi korang bila kerajaan naikkan cukai kenderaan lain? Atau masa tu anda sendiri sebenarnya tak sedar cukai kenderaan sedang dinaikkan sebab masing-masing gembira Proton wujud? Aku siap ada t-shirt Proton Saga kaler coklat waktu tu.


2. Calon "Anugerah untuk Komen Paling Intelek Tahun 2011"


Ramai lagi orang yang pakai lebih seksi daripada saya. 
Saya rasa pakaian itu lebih modest berbanding yang lain.


Sebelum ini pun, saya pernah menerima teguran yang sama 
walaupun pakaian itu bertutup. 
Mungkin, bentuk tubuh kurniaan tuhan ini yang membuatkan 
saya kelihatan seksi di mata orang ramai

Ya dik...aku setuju, Tuhan memang buat kau berbadan seksi sebab dia suruh kau tayang kat semua orang. Tapi,seperti kata dia, pakaian dia lagi modest berbanding orang lain pada waktu itu, maksudnya..orang lain datang dalam keadaan bertelanjang bulat kah?A fully nude red carpet gala....itu adalah sesuatu yang sangat menghiburkan.

Bagaimanapun...seriously...siapa dia ni?Apasal dia tak ikut cadangan aku?


3. Aku baru tau pasal benda ni bila tengok buletin board kat masjid semalam.



Duit dividen ASB itu tidak halal,dia tulis situ "tidak halal" bukan "haram". Sebab pelaburan ASB tak memenuhi hukum syariah.Ke mana pelaburan anda tu dilaburkan tidak diketahui halal haramnya sebab pelaburan itu 30% dilaburkan ke sebuah bank yang mengamalkan sistem perbankan konvensional yang "membolehkan" riba.....itu alasan Majlis Fatwa Selangor. Dah diputuskan pada April 2011.

Kau nak debate pasal benda ni? Gi lah debate dengan Majlis Fatwa Selangor. Terpulanglah pada kau sama ada nak ikut ke tak. Agama kita ni bukan susah.

Kau rasa ragu-ragu dengan sesuatu benda?Jangan buat, tak kiralah kau orang negeri lain,tak kiralah kau setuju atau tidak dengan keputusan Majlis Fatwa Selangor itu. Kalau kau ragu-ragu....jangan buat. Tak kiralah ada pihak lain yang kata harus..ada pihak lain yang kata boleh... Kalau kau sendiri ragu-ragu....jangan buat.

Kontranya, samalah jugak kalau kau ragu-ragu kau ada terkentut tak sekejap tadi sebelum kau mula semayang? Ada ragu-ragu? Gi lah ambik air semayang balik. Kena buat balik semula. Sebab apa agama ajar camtu? Sebab itu jalan yang selamat. Menghilangkan keraguan.

Oh ya..perlu diberitahu di sini supaya korang tahu...Anda ada buat loan untuk labur ASB dengan pinjaman bank? Nak tau apa status pelaburan anda? Haram. Yang ni 100% haram. Takde keraguan di situ. Gi stop loan bank untuk ASB tu.

Bacaan lanjut
Khilaf mengenai ASB

13 ulasan:

arinzone berkata...

yeay 1st

mr edz berkata...

harapa harap ada lagi seksi dari tu nanti hehehehe

dyg berkata...

xla seksi mn pn.,dpn msh lg tutup..uhu

LS berkata...

artis ke tuh? gua x kenal haha :D

♥naematulsaadahismail♥ berkata...

sapa pempuan tu mantot?xkenai pun
ASB tu nasib xdan buat loan..

mohamad hafiz berkata...

tidak halal ngan haram 2 xsame meh....

fuad ansari berkata...

Amanah Saham Akhirat(ASA) lebih untuk kot.. (",)

Tanpa Nama berkata...

masa proton kuar aku baru 6 tahun... sebelum tu bapak aku mampu beli keta dah umuq dekat 20 tahun pasai kena beli cash, loan tak mampu (max 3 tahun je repayment)... kuar proton barula mampu beli keta baru pasal loan boleh 7 tahun... aisey terbabit riba plak...
alamsoccer

Tanpa Nama berkata...

masa tu seme org nak pakai keta.beli proton sebab ada loan..sampai proton ada berbilion duit cash.buat kilang kat tanjung malim.tak guna pinjaman bank.guna duit sendiri..tapi hakikatnya, proton kaya kerana 'memaksa rakyat' beli..wira tu model satu dekad baru stop pengeluaran..honda contohnya, setahun sekali atau 2 kali tukar model..

skrng proton dah tak kuat macam dulu..eon bank pun dah kena 'makan' hong leong.beli agusta 200 juta, jual rm 1. beli lotus, keta lotus pun bape bijik je penah nampak...

bapa buat bank bumiputra.anak memilikinya dengan nama baru, cimb. cimb ni gila-gila punya fund sampai maybank pun tak puashati..

aku rasa tiada kereta nasional adalah lebih bagus. lebih nilai.tiada riba.lebih murah. ada harga jual balik.kereta pun bermutu.

rakyat malaysia termasuk aku hidup banyak dengan riba-belajar riba.nak keje beli keta riba.beli rumah riba.wat loan kawin riba.fuh memang gile.

dayang, kalo bukak depan baru ko panggil seksi?bravo2.

kueh

JR berkata...

no 2 tu sape? tak hot pun.

Manjeamusyuk berkata...

thnx, good info.

sape tu, mcm artis si ajai yg nyanyi pakai seksi aritu kt aim je?

Tanpa Nama berkata...

tot..gua x perlu komen utk dua cerita pompan BODO kat ats tu.. sbb gua rase org xder ilmu bile berkate mmg terserlah kebodohannya..

tp..utk yang ASB tu.. lu bleh x kasi link yang mane ustaz dia bile diajukan pertanyaan.. dia jawab.. hahahaha..

SM berkata...

kalau aku jadi dia, ini komen aku: saya tidak boleh dianggap berpakaian seksi selagi anda tidak terasa ingin melakukan onani ketika melihat gambar saya.