Oktober 19, 2011

Aku Menyokong Penuh Usaha Memberikan Hak Warga Asing Untuk Mengundi

Tuan Menteri Dalam Negeri, 
Surat Menyokong Tindakan Kerajaan Memberikan Warganegara Kepada Warga Asing

Salam 1Malaysia.

Saya, Mantot, menyokong penuh usaha kerajaan membenarkan warga asing diberikan taraf kerakyatan negara tercinta kita, Malaysia.

2. Sokongan saya datang daripada pemerhatian saya sendiri yang merasakan tanpa adanya usaha dan penat lelah mereka ini yang kebanyakannya datang sama ada dari Indonesia,Vietnam,Myanmar dan Bangladesh, negara kita akan runtuh. Negara kita sangat bergantung dengan tenaga kerja luar dan jika mereka yang sudahpun diberikan latihan dan pengalaman yang mencukupi ini keluar beramai-ramai meninggalkan negara kita, negara akan kehilangan tenaga kerja yang amat-amat diperlukan kita. Bayangkan, tidak ada lagi rumah mampu dibina kerana tidak ada lagi pekerja yang mahu membina bangunan. Bagaimanakah ubah suai dalaman dan luaran bangunan di Malaysia akan dilaksanakan?

3. Pada hemat saya yang hina ini, jika kita kehilangan tenaga pakar asing ini,beberapa industri besar di negara kita akan terjejas ;

a. Industri pembinaan
b. Industri penjaga kanak-kanak
c. Industri penjualan karpet dan hiasan rumah berbentuk Islamik
d. Industri perkilangan
e. dan pelbagai industri lain

4. Oleh sebab itu, saya menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya bukan setakat menjadikan mereka sebagai warganegara Malaysia tetapi juga mewujudkan satu skim baru untuk warga asing yang ingin bekerja di Malaysia dengan menjadikan mereka sebagai pekerja sektor awam yang mempunyai gred tangga gaji tersendiri. Berikan mereka insentif dan faedah untuk terus menetap bekerja di sini. Selain daripada hak untuk mengundi, apa kata Kerajaan juga membenarkan mereka mempunyai suara di Parlimen. Faedah-faedah yang diperolehi oleh peserta "Malaysia My Second Home" perlu diberikan kepada mereka.

5. Saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang berbangga dengan keunikan Malaysia yang aman makmur dan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum tetapi pada saya, itu tidak cukup. Kita perlukan lebih ramai lagi kaum di Malaysia untuk menjadikan masyarakat kita lebih majmuk. Ini akan membantu meningkatkan industri pelancongan negara kita dan sekaligus membawa masuk matawang asing ke negara kita.

6. Mengakhiri warkah ini, saya sekali lagi menegaskan, saya menyokong penuh tindakan kerajaan memberikan warganegara kepada warga asing. Jika kerajaan tidak berbuat demikian, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya berbuat demikian. Sekian terima kasih.


Rakyat Prihatin,
Mantot

28 ulasan:

rehaljingga berkata...

kenapa time aku baca surat ni tangan aku didada mata aku ke atas?

The Ultimate Sense of Me berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
abangsahar berkata...

ko ni mantot..sekali pak menteri amik serius surat ni kan susah..abis dicanang bahawa rakyat menyokong usaha yang kerajaan jalankan bebaru ni..surat ko ni nanti masuk Ulasan Mehsia sebagai bukti rakyat bawahan sayang kepada pucuk pimpinan negara..

aku takut derang tak paham sarcasm aje sbb ayat ko meyakinkan sgt..

LS berkata...

kah3. baikkk! nice one.

Tanpa Nama berkata...

eh,mantot. jangan la sent surat nie mantot. kerajaan nie xphm sgt bhasa tersirat dan tersurat rakyat2 mcm kau nie, naya di buatnya kalau depa duk kata mereka menerima sokongan rakyat 1Malaysia pastu bagi bukti surat ko nie.. adoi~~~ hahahahaha

SM berkata...

jangan lupa, kalau ada tanah rezab bumiputera, wujudkan juga rizab warga asing ni sebagai mengenang jasa mereka.

Tanpa Nama berkata...

"Malaysia My Second Home" adeih~ tapi aku memang setuju dengan pandangan beberapa komentar di atas, surat nih kalau hantar silap-silap jadi bahan berita dan bukti sokongan rakyat marhaen terhadap pucuk pimpinan hahah. surat yang sangat convincing!

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya mantot @ bontot

eRaY berkata...

sokon sokon! merekalah penyumbang terbesar untuk negara malaysia (mata ke atas, tangan di bahu).

huh macam dah takde sekatan warga asaing nie masuk malaysia...apakah...????

Ninie Simmons berkata...

errr...sekarang ni aku blur.. tak tau lah nak kata ko sokong OR ur just being sarcastic. HAHAHAH but seriously kalau warga asing ni takde, takde sape yang nak bina bangunan tu semua. Manada orang msia yang nak kerje jadi contractor kan?

Adlilatun Nur berkata...

Huhuhu....

Hasrul Affandi a.k.a CarbonizerFreak berkata...

Ini cadangan yang sangat bagus..memang benar..inilah care kite dapat membine negare paling maju di rantau asia..mengalahkan Siam, philiphina, papua new gueni dan kepulauan sulawesi...selain dari itu kite dapat mengenal budaye dari negare lain..tak perlulah kite pergi ke negare mereka..kite boleh mengenal dan belajar budaye mereka di sini...selain dari itu aku rase nak tambah sikit cadangan..supaye diadakan public holiday bagi menyambut perayaan diorg..jadi dalam setahun da bertambah la cuti2 kite...Alhamdulillah...kerajaan Najib ini satu Rahmat dari Allah...Kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

bodoh punya mantot !! dasar kaki main bontot pikir guna kepala lutut !! tak payah nak buat fitnah sangat la bahlol.

anis berkata...

aku orang yang anti Indon (atas sebab peribadi) tidak setuju dengan Najib....dari najib sibuk pasal mm2h ni, lebih baik die pikir macamane nak setelkan cth2 masalah mcm kes paper semlam yg baby dikelar...

kalau kau turun kajang, bangi, nilai, yg ko nampak adalah warga asing je....

aku bagi contoh kajang:
- ko akan nampak warga asing bawak motor2 kapcai jual kuih2 & nasi untuk jual kat site...
- ko akan nampak warga asing jual sate yg berharga 50sen atas motor kapcai...
- ko akan nampak melambak warga asing melepak/menyoping/berjalan2 di plaza metro kajang pada hari ahad...
- ko akan nampak kebanyakkan yang tinggal dalam komuter dari kl ke seremban, adalah warga asing...samada diorang turun di kajang, bangi, nilai...
- ko akan nampak diorang menjaja makanan & minuman di tepi jalan tanpa peduli tentang kebersihan...apatah lagi masa bulan ramadhan kat pasar ramadhan...jual makanan kita yang ntah apa2 rasa...
- ko akan nampak kes2 pecah rumah, runtuh rumahtangga, sihir menyihir adalah kepakaran mereka...
- ko akan nampak warga asing di mana2...restoren, kedai mamak, kedai tudung, kedai daging, pasar atuk aji, kedai dobi, car wash, kedai buku semua pekerja warga asing...ada kes di mana, mereka apply nak jadi maid di sini, tipu majikan 5000 (sebab apply melalui agensi), lepas tu lari...padahal diorang takde niat pun nak jadi maid...diorang nak keje macam tempat2 di atas...
- lagi satu, diorang ni kalau pandang pompuan, macam nak telan...lepas tu suka menyangkung tepi jalan, tepi tangga....

aku tak sayang najib tapi aku sayang malaysia!

mummy_icha berkata...

setuju dgn anis.dulu ms keje kat putrajaya, naik bas dr bus stand klang ke sana, dalam tu isinya penuh foreigner yang matanya bulat tgk p'puan atas bwh mcm nak telan, conquer semua seats & klu yg diri tu suka singgul rapat2 kat p'puan.busuk pula tu.hish gelli! antara sebab jugak knp aku terus menabung sbb nk bli kereta. pastu skrg aku keje di KL, klu tiba2 rs nk jln2 kat pusat bandar mmg sadis la tgk foreigner bangla/indon/myanmar/nepal,etc ni dok berkumpul ramai2 kat p/street, sinar kota, chow kit rd, etc. yg meniaga & shopping bagai nak rak ms mlm raya pun diorg jugak. kat cameron, yg jual sovenir, bunga, sayur2 semua org2 dia jugak. haish! confuse sudah, aku ni kat mesia ke kat india/indonesia, etc

Cik Siti Fairuz berkata...

@mummy_icha
nk wat camne dah mmg sumbangan tenaga diorg tu mmg amat diperlukan kt sini ;)

bila undi dibuka utk warga asing.. dikhuatiri bkn stakat wujud "undi hantu".. "undi ilmu ghaib" pn ada bang....heee

Tanpa Nama berkata...

Rupa-rupanya banyak jugak 'closet racist' berdasarkan komen-komen di atas...

Tanpa Nama berkata...

surat ni utk kita2 je baca kan sedara mantot kan..hrp sume jgn panik2...heee

al- ifudin berkata...

tah la..
aku pon xsuka pemandangan camni.. tapi nak buat camne.. MELAYU tu pemalas.. kene la import mereka2 ni.. kerja malas, buat maksiat rajin.. melayu2...

Tanpa Nama berkata...

fudin = gua sokong lu.. melayu tau komplen jek.. hahahahaha maseh x sedar yg org luar guna MELAYU utk jatuhkan MELAYU.. hhahahaha

Tanpa Nama berkata...

bapak aku kawin lagi satu.
bini baru dia indon.
asalnya indon tu kerja maid rumah kawan bapak aku.
sekarang mak aku dan adik-adik aku tak tahu bapak aku dah kawin lagi.
aku tahu pun sebab bapak aku terkantoi depan aku.
sekarang aku tak tau perlu ke aku beritahu mak aku pasal bapak aku.
aku bukan apa, kesian juga dengan mak aku.
dulu masa susah mak aku banyak tolong bapak aku sampai sekarang boleh ada 5 kedai emas.
kadang-kadang aku rasa marah pada bapak aku sebab tak fikir pengorbanan mak aku.
aku tak tahu lah bapak aku kena jampi atau tak.
aku serba salah ni mantot perlu ke aku beritahu mak aku.
mau sampai ke mati mak aku tak tahu laki dia dah kawin lagi satu dengan indon.
yang aku tau sekarang, aku nak mintak awal-awal bahagian untuk mak aku.
aku dah plan asalkan bini baru dia tak dapat sebanyak mak aku.
aku sakit hati dengan semua indon!

Tanpa Nama berkata...

Inilah bahaya menggunakan bahasa kiasan dalam sesuatu perkara.Takut salah tafsir, terus setuju! Dan yeah! Negara didongkongi oleh warga asing yang setia dengan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

pemimpin skrg bodo, tak nak jaga hati rakyat. entah bila la kita nak tukar kerajaan baru. i love malaysia

Tanpa Nama berkata...

hehe,,
tambah lagi mantot cadangan lu.
pe kate, bukak permohonan tanah kurnia kat deme..
pastu, UITM bukak untuk dorang..PJJ pon oke..
ujung minggu cuti wat bangunan,untuk masuk kelas.
oh..bagi biasiswa sekali tau!

lintah bintang berkata...

hebad!hebad....
tangan di dada dan mata ke atas!

brat2104 berkata...

sejarah akan berulang la gamaknya.. pastu memang la malaysia truly asia.. semua bgsa ada.

Tanpa Nama berkata...

Condo tempat aku tgl dah mcm condo khas mat n minah indon . too many of them , and they are illegal immigrant , i dn know why d management x take action . swimming pool yang high class tu , jadi tmpat lepak diorg berasmara dana dengan pasangan masing2 . kita pulak yg mcm duduk kat dunia depa . Mak guard (minah indon) suke2 hati sound aku bila mintak tolong diorg bukak palang sbb my access card tertinggal , bukan aku x pakai sticker bahalol ada ja . silap besar lah weyyy , sound balikkkkk .
Dah pandai nak sekolah kan aku pulak mak guard ni , nak take action pulak . kau dah gile ? why r they let this bullshit to happen ? I think they are just out of their mind . semua dah jadi gila !

zaren berkata...

bang mantot, asben sy keje kt site,dia cite aritu..ade sekumpulan org2 bjawatan offer indon2 yg keje kat site tu buat IC,byr rm3k je dapat IC..ish ish ish