Jun 21, 2011

Kenapa Keluarga Sekarang Memerlukan Double Income Ibu dan Bapa?

Untuk soalan ni..mudah aje jawapan dia.Keperluan.Dengan zaman yang semakin moden dengan teknologi yang semakin hari semakin canggih,kita semakin hidup senang dgn teknologi yang membantu kita.

Jawapan dia paling mudah,
"Kita perlu double income sebab kita nak senangkan hidup kita."

Satu masa dulu aku pakai lampin kain yang reusable beberapa ratus kali tapi anak aku akan pakai pampers yang pakai sekali kena buang.Satu masa dulu kita cukup dengan TV1,TV2 dan TV3,tapi bila ada Astro,kita jadi tak puas dengan apa yang kita dah ada.Sebelum ni pakai public phone aje boleh hidup..tapi bila dah pegang handphone..kita jadi lost tanpa teknologi tu.

Tapi sanggup ke kita hidup balik macam orang dulu2 yang tak kaya dengan teknologi?

The easier teknologi to be put into the masses hands,the easier for us to be controlled...
maksud aku,kita bukan leader teknologi dan kita sangat mudah dikawal oleh golongan ini.

Ambik contoh,kereta.Kereta keperluan (di Malaysia lah especially) ....tapi kereta yang kita beli takkan cukup untuk kita.Sebab once kita dah beli kereta,akan ada model baru yang ganti kereta kita.dari situ ada la tergerak nak tukar ke model baru tu...semua tu bukannya sebab apa..tapi sebab ada model baru.Kereta kita ok aje lagi..takde rosak apa2 cuma dah berusia la sket2.

Bila dah ada kereta mesti nak kena make up.Tambah spoiler ke,tukar masuk rim besar ke,masuk ekzos bising ke..ni selalunya lelaki punya kerja tapi kalau kau tgk,ada jugak perempuan yang dah join benda2 camni.Kereta tu berjalan ok aje takde benda2 tu tapi ..entahla kenapa nak kena ditukarkan jugak.

Dan walaupun aku selalu kutuk Proton (...sebab dia Proton) tapi ada sesetengah benda yang Proton buat betul.Ada sebabnya kenapa kereta Proton Saga tu tunggu berpuluh tahun baru ada diganti. Faedah dia,kau akan dapat value dengan apa yang kau beli..cuma dalam bab Proton,nilai yang kau bayar tu agak mencekik darah sketlah...

Tu belum masuk bab handphone...aku cukup tak suka Iphone punya product.Sebab produk tu membodohkan pengguna dia.Selalunya apa yang dia buat adalah dia akan launch dulu iphone satu model basic takde 3G la biasanya,kemudian dia akan promote dan pastikan orang beli.Apabila dah sampai satu tempoh..biasanya 6 bulan atau setahun..dia akan keluar satu model sama,tapi dah ada tambah features sket.Tu standard practice bisnesla kan?

Tapi...Apple ni cukup licik,phone yang dah kononnya "baru" tu dah pun sebenarnya sewaktu pelancaran model lama tu cuma dia hold launching sebab ....daripada jual satu aje fon kepada seorang,baik try jual dua phone kepada seorang dalam satu tahun.

Bisnes strategi yang sangat zalim tapi sangat effective kalau kau ada satu produk yang orang dambakan...

Dan aku agak buntu nak fikirkan contoh yang untuk perempuan specifically..tapi aku nampak golongan perempuan pulak selalu diambik kesempatan bila bab2 nak bercantik dan berlawa ni.Cuma sebab aku tak ikut perkembangan industri make up ni...jadi aku tak tau.Mungkin sama keadaan dia kalau tetiba wujud trend "tudung artis" macam selalu ramai wanita terjebak.Sekarang ni zaman tudung Yuna..dulu zaman tudung Wardina..ada sekejap zaman tudung Siti Nurhaliza....trend.Padahal tudung kat rumah tu dah berlambak-lambak dan ada yang dah tak terpakai.

Dan yang paling aku nampak,kasut....kasut mesti macam-macam jenis dan macam-macam warna sebab nak matching kan dengan baju supaya nampak cantik pegi kerja.Mana datangnya pressure untuk matching color tu?Mana datangnya perasaan untuk jadi lawa bila pegi kerja?Salah tu kak.Gi kerja,pakai la pakaian yang tak memanggil pandangan lelaki ke atas anda.Baju..carik la yang kaler pudar.Kasut..biarlah tapak getah sebab tumit tinggi ada bunyi..bila berbunyi orang akan jeling...dan pada apa yang aku nampak,kasut tumit tinggi ni la yang mahal2..

Entah..aku tak tau sapa yang pressure utk kita berbelanja.Mungkin dari dalam diri sendiri ada rasa camtu.Tapi...kalau kita dah beli dan kita dah cukup barang yang kita ada,tak boleh ke kekal hidup camtu?..oh,kita ada nafsu.Dah ada sepasang buah dada halal,nak jugak carik buah dada amoi....nafsu...

kau beli rumah pun tak lama lepas tu akan ada keinginan nak beli rumah lagi besar walaupun rumah kau banglo..tanyala Khir Toyo...

Kau beli kereta?Minyak lagi.Road tax lagi.Servis lagi.Kau beli henfon?Bulan2 kena byr..prepaid ke postpaid ke.Dah ada 3G pulak?Upgrade lagi.Sekarang ni banyak pihak yang cuba carik peluang nak ambik duit kita.Cuma sama ada kita nak bagi kat dia ke tak rezeki kita terpulanglah pada anda...

Dan bermacam lagilah tanggungan yang akan muncul...
seolah-olah akan wujud satu chain yang buat kau spend duit apabila kau spend duit.

Macam mana nak stop?

Back to basic....ada satu buku yang Tuhan bagi dekat kita yang boleh jawab semua benda pasal kehidupan.Nama buku tu,bukanlah "Financial Planning for Dummies" atau "The Idiot Guide to Financial Planning." Ikut guide dalam buku orang putih,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati..

Cuma sama ada anda mampu hidup dgn perasaan obsolete tu,tu yang agak payah nak dilawan.

33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st dowh.....!!!

Tanpa Nama berkata...

"Ikut guide dalam tu,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati."
senang hati ke susah hati bro?

Mantot berkata...

ayat aku tak clear dan berterabur.jap,aku betulkan

Besi Karat berkata...

Semua tu keinginan.Keinginan untuk menunjuk.Menunjuk status.Macam handphone la.

Sebenarnya kalau nak senang, hidup la secara sederhana.Senang je.

Tanpa Nama berkata...

nafsu...nafsu...nafsu...jgn layan sangat..

-Poket kecik

mashi berkata...

kadang2 orang susah nak terima bila ada yang lebih dari kita...
malu tak bertempat......

ciri2 tak bersyukur........

mArc berkata...

mantot,

quote:
"Back to basic....ada satu buku yang Tuhan bagi dekat kita yang boleh jawab semua benda pasal kehidupan.Nama buku tu,bukanlah "Financial Planning for Dummies" atau "The Idiot Guide to Financial Planning." Ikut guide dalam buku orang putih,sampai kiamat pun kau takkan rasa senang hati.."

Selalu orang yang menulis ni, dia dengan senangnya cakap, ada AlQuran,kena hidup berpandukan alQuran and so on. Tp tak pernah diurai, ditafsir, diaplikasi.

Bak kata orang cakap senang ar..Comment please

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

dari Ibnu Abbas r.a:Andaikata seorang anak Adam – yakni manusia – itu memiliki selembah emas, ia tentu menginginkan memiliki dua lembah dan sama sekali tidak akan memenuhi mulutnya kecuali tanah – iaitu setelah mati – dan Allah menerima taubat kepada orang yang bertaubat.” (Muttafaq ‘alaih)"

nafsu manusia xpernah cukup...

Tanpa Nama berkata...

Aku rasa semua ni bpunca dr kerajaan yg menekan kita dgn pelbagai faktor kenaikan brg..last2 kami laki bini pindah keje kat oberc..alhamdulillah aku skrg da jd housewife sambil menikmati elaun dr kerajaan.oh kat cni kalo ko xkeje pon ko bole hidup..coz kerajaan bg ko elaun,nak dpt lg byk elaun buatlah anak ramai2 pastu nikmatilah elaun yg kerajaan bg tu.

kuncisudu berkata...

kereta,rumah,hphone - sekarang dah jadi keperluan.kene ada, cuma tak perlu yg best2 or mahal or tukar tiap2 tahun.

setuju bab diperbodohkan oleh iphone tu. itu dr perspektif pengguna. dr perspektif bisnes, apa yg apple buat tu sgt bijak.

amik polisi - apa saja yg kita ada di dunia ni, adalah nikmat yg Allah bagi untuk memudahkan kita beribadat kepadaNya.

Satu income saje berkata...

Sebab nak kena bayo hutang ptptn,hutang kereta,hutang rumah,hutang kad kredit, hutang loan kahwin,hutang personal loan.Pakej hutang masakini.

LS berkata...

Alhamdulillah, setakat ni gua tak pernah nak upgrade keperluan gua. Sebab gua rasa keperluan gua dah suit dengan hidup gua. Gua tak perlukan hp canggih. Asalkan boleh call, sms sudah. Nak berfb, bertweet ni gua buat di pc saja. Nak berhibur, PSP apatah lagi. Langsung tak berdetik nak beli. Cukuplah gua main game online di pc.

Pada gua, benda yg x perlu ni kalau diulang-ulang, akan jadi satu pembaziran. Sbg cth: dah ada ip2, nak upgrade ip yg terbaru. (maaf gua sgt out dated, xambil tahu hal ip) dah beli ip baru, ip lama nak bikin apa eh?

Teknologi control orang sekarang. Jadinya, jadilah pengguna genius dan bijak dalam berbelanja.

Yang baik datang daripada Allah, yang tak baik datang daripada gua sendiri. Wallahualam.

*semputttt

I am Nad berkata...

yup.setuju..ade org yg kerja untuk dptkan kemewahan dlm hidup.mcm aku dgn husband aku kerja sbb nak memenuhi keperluan hidup bukan kemewahan.tempat tinggal,kenderaan utk ketempat kerja,handphone utk berhubung..semua 2 keperluan. dan utk dpt semua 2 xckup hanya dgn seorng bekerja.. ini pandangan aku org yg bergaji sederhana..

http://izwanadia.blogspot.com/2011/06/isteri-berkerjayasaya-seorang-drpdnya.html

Tanpa Nama berkata...

Best entri ko...
thniah2...but..
aisehh..Mantot BIAS lg...
sket2 pmpuan..sket2 pmpuan y jdik problem...
ko ade marriage problem ke ape?
supaya nk nmpak ko ni adil,
cube ko edit sket entri ko ni pasal lelaki...
rokok, gaming, gadget, kereta, etc.
eheh!

IBRAHIM ALI berkata...

aku percaya semuanya ada dalam al quran, kalau nak rezeki murah baca lah surah al waqiah dan fahami maksudnya, solat duha , sedekah semuanya adalah punca rezeki kita

aku yakin! cuma berjaya atau tidak bergantung dengan cara pelaksanaan kita...sama ada yakin( terhadap Allah) atau tidak... cukup atau tidak perlaksaan rukun islam kita terutamanya solat, ikhlas atau tidak kerana Allah)

InsyaAllah, Allah lah pemberi rezeki yang sebenar benarnya...kalau kita tak dapat didunia mohon2 Allah tangguhkan kita dan berporelehi syurganya yang kekal abadi....

Si teNang berkata...

@mArc

bacalah..baca al-quran tu..dan buka baca sekadar baca. cuba baca tafsirnya skali..baca dan hayati apa yang Tuhan Yang Maha Mencipta nak sampaikan pada kita.

sebelum baca, minta dilindungi daripada syaitan yg direjam. minta Allah bagi hidayah ke jalan yg Dia redhai melalui kitabNya, kalamNya.

cuba fahamkan bahawa kehidupan akhirat lebih baik berbanding kehidupan dunia. kejar akhirat, bukan penuhi tuntutan dunia. caranya macam mana? banyak sangat Allah bagi kat dalam Quran tu..

lepas tu untuk praktisnya, memang kene jihad kuat sikit laa..lawan nafsu tu. Rasulullah s.a.w. pernah kata Jihad paling besar adalah jihad melawan nafsu. dan itu yang sedang kita hadapi pada masa ni..

sedarlah yg kita memang berada di akhir zaman. kita hidup dalam zaman fitnah..mintalah pertolongan daripada Allah Yang Maha Kuasa.
.
.
.
.
.
Kalau kita nak bercakap dengan Allah (Tuhan), bersolatlah.
Kalau kita nak Allah bercakap dengan kita, bacalah Al-Quran sebab Al-Quran tu kalam Allah..ayat-ayat dan kata-kata dari Allah.

semoga kita diberi hidayah ke jalan yang diredhaiNya.

Wallahualam.

p/s: kalau anda dgr radio era, hot, hitz etc..tolong tukar channel radio yg anda dengar. dengar IKIM.fm...bersihkan hati, rawat jiwa kita yg sakit.

Tanpa Nama berkata...

@Anon June 21, 2011 3:09:00 PM GMT+08:00

nak mengutuk hanya pd tuan blog dan pengisiannye
nak cakap psl familynyer,cakap plak ada mslh dgn bininya mmg salahlh

sila blajar adab sbg pembaca blog

ikhlas tp malu
Keladi Masak Lemak

Athirah berkata...

Takpe la Mantot. Orang kalau susah nak faham,diorang tak kan faham jugak. Tak salah korang nak keluar berkerja, satu ja aku minta. Korang didiklah anak korang lepas korang balik keja. Jangan lepaskan tanggungjawab dekat cikgu-cikgu sekolah. Aku cikgu, aku tengok sendiri sikap ibu bapa. Anak kurang hajar, salahkan cikgu. Nak harap didikan agama dapat dari sekolah/tempat mengaji, tak cukup la haii~ Didikan rumah penting. Please. Jadi ibu bapa, belajar sama ciri-ciri ibu bapa. Bukan bagi kesenangan material ja, bagi sama kesenangan untuk anak-anak masuk syurga.

ejaMaria berkata...

kena ada double income... bukan utk menunjuk... tapi nnt bila nko ada anak + nak sekolah kan anak... memang nak pakai duit - banyak!

Kaki Merapu berkata...

double income...hMmmmmMM...

Si teNang berkata...

ade sape2 penah gi kursus BTN? diorang suh nyanyi lagu Warisan.

*Anak kecil main api
*Terbakar hatinya yang sepi
*Air mata darah bercampur keringat
*Bumi dipijak milik orang

*Nenek moyang kaya-raya (tok nenek moyang dulu banyak tanah pusaka bleh berladang, ternak ayam itik lembu kambing)
*Tergadai seluruh harta benda (tanah pusaka dah kena jual kat kerjaan)
*Akibat sengketa di antara kita (sibuk sangat nak duit)
Cinta lenyap di arus zaman (semua sibuk nak duit/harta dunia, gaduh sana-sini, masa bila nak bercinta?)

hahaha..padanlah muke..

Firman Allah dalam surah Al-Asr yg bermaksud:
Demi masa!sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. kecuali yang beriman dan beramal soleh. dan yang berpesan-pesan pada kebenaran dan yang berpesan-pesan pada kesabaran.

sadaqallahulazim~ (benarlah kata2 Allah)

Nescafe Ais berkata...

Family Guy....nice!

BTW Tuan Mantot, Lois Griffin kan housewife...family tuh bleh jer hidup dgn single income dari kilang beer...

mummy_icha berkata...

...yang dulunya dikatakan kemewahan, kini dah jadi keperluan...globalisasi katanya...

Zonkers berkata...

ko kn letak advertizing kt blog ko ni. (eh eh ada safiah & ainaa. i suka <3)

berapa RM side income sebulan ko leh dpt?

isopto berkata...

si tenang, betol ko cakap tu..sejak2 ni aku pun suka dgr radio ikim.. bila memandu sambil dgr ikim lebih tenang jiwa..

isopto berkata...

tapi cube tanya lelaki, radio apa dia dgr masa memandu..rata2 mesti dok dgr celoteh abang jem.. tak caya buat la survey..

Perempuan Melayu berkata...

Mantot,

Tu yang aku cukup marah dengan orang yang suka complaint kat kerajaan harga tu naik harga ni naik, tp bila iPad2 launch aritu, sanggup orang beratur dari kol 630am! sampai skrg, Malaysia dah xde stok iPad2.

aku tengok orang keje despatch pun pakai blackberry walhal aku pegawai atas dia pun pakai nokia basic.

lifestyle orang kita skrg ni sebenarnya melampau dah pasal tu kerajaan pun tengok, alaa kau dok complaint2 aku naik harga ni harga tu tp aku tengok kau mampu je pakai barang2 yang mahal.

sebab aku tahu sangat yang selalu complaint ni orang2 cam betul2 mampu tapi buat2 tak mampu. tu pasal kerajaan pun sedap je nak naikkan harga. sebab macamana pun, orang kita MEMANG mampu walaupun cakap tak.

masing2 kena cermin diri sendiri lah sebelum pointing fingers kat orang lain. bak kata paramore "next time you point your finger, i point you to the mirror!" kalau kerajaan, mesti dia ckp "next time you point your finger, i point my middle finger!" depa bukan peduli apa kita ckp sebab majoriti ramai menunjuk2 dia mampu. eii!

macam mana kerajaan nak bantu kita kalau kita sendiri tak nak bantu diri sendiri?

maksud aku, berbelanja tu berpada2 la.

warren buffet yang kaya tu pun dok rumah dia yang dulu2 je walaupun dia banyak harta/duit. orang kita, duduk rumah besar, tp dok keje berhutang :(

Tanpa Nama berkata...

tambah lagi
dan bagaimana cara supaya aku ada simpanan/aset atau apa saja yg buat aku tak teruk tetiba laki mninggal, anak tak makan...aduhhh mantot aku paham separuh point ko,REDHA, separuh lagi mungkin taktahu camne sebb aku tak berada dlm situasi isteri /ibu, kannggg kena sound "knapa bukn istri/ibu sebok nak bagi pendapat?"...ehh ada je komen camtu plak

Si teNang berkata...

@perempuan melayu.

betul sangat dah tu. jangan point fingers kat org. bila kita tunjuk jari kat org, 3 jari tunjuk kat kita balik.hahaha..

Mantot berkata...

sizu,
aku akan try jawab soalan kau esok

Tanpa Nama berkata...

mantot,
TQ

Tanpa Nama berkata...

@Cik Sizu,

Saya dulu pernah berfikir spt awak tau. Sebenarnya keyword dlm kehidupan nih ialah `sentiasa bersyukur dgn apa yg ada'.

Started my working life in private sector. Starting salary ok. Kemudian dpt offer kerja gomen. Risau sbb gaji kurang separuh. Survived and grateful.

Now, i'm a fulltime housewife dah 10years. Risau gak mula2 decide nak benti sbb duduk rumah dpt half from my previous salary. My income came from my rented houses. Still survived and grateful. Much much more happier than ol' working days.

I think its all in our mind like Mantot stated. But, his too idealistic, might some of his points i may not agree at all. But then, that is his view. I respect that. :)

Saya cadangkan kalo awak berniat nak jd housewife nnt, make a target from now. Simpan duit dan kumpul harta sikit lepas dpt first job.

My frens ramai yg buat house job thru internet selling like bisnes cake & muffin, jual kain & baju siap etc. ish..mcm2 boleh buat kalo kita rajin dik. You just need creativity and ideas.

spicemum

Tanpa Nama berkata...

Senang sebenarnya senang tu letaknya dihati yg tenang. kalo hati tenang, InsyaAllah akan senang walaupun hidup sederhana.

Ramai jer yang senang lenang tapi xsenang (hati)& tenang jiwa kerana bimbang tak ckup harta untuk anak cucu dan bimbang dicuri.