Jun 08, 2011

Jika Kerajaan Betul-Betul Prihatin - Pelbagai Jenis Logo Halal

Bila kau beli barang kat pasaraya,peduli tak anda dengan ada tak logo halal kat situ?

Kalau kau tinjau-tinjau produk yang ada kat pasaraya kita,ada bermacam jenis logo halal yang ada.Ada yang dari Thailand,ada yang dari Singapore,dari Australia pun ada dan bermacam-macam lagi jenis logo halal yang ada selain daripada logo halal JAKIM.Ada logo halal oversea yang diiktiraf,jangan lupa...

Aku jadi pelik pasal logo halal ni lepas aku semak pasal restoran Papparich ni hari tu sebab dekat rumah aku ada bukak sebijik.Bila aku semak balik pasal Papparich punya sijil halal (time tu la) Papparich takde sijil halal daripada JAKIM tapi dia ada sijil daripada syarikat swasta.

"Pada masa yang sama, beliau berkata, ibu pejabat PappaRich kini dalam proses mendapatkan sijil dan logo halal daripada Jakim bagi kesemua cawangannya di seluruh negara.Sebelum ini kami menggunakan sijil halal daripada agensi swasta, South East Asia (SEA) tetapi kini kami cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak Jakim pula," katanya." (Utusan,26/7/2010)

Berita tu 2010....cuba cek dekat website JAKIM,ada ke tidak sekarang ni?

Aku memberikan contoh pasal Papparich bukan sebab nak kutuk tapi sebab aku pelik kenapa kita takde satu standard halal yang perlu dipatuhi.Ada yang pakai sijil luar,ada tah dari mana datang sijil dia,kebanyakannya datang daripada syarikat swasta.Sampai kadang-kadang tak sure dan kalau kau usha betul2,banyak pihak ambik kesempatan main cop aje sijil halal sendiri...Itu belum masuk lagi logo halal yang takde tulis HALAL pun tapi tulis "SUCI BERSIH."

Aku ada baca pasal betapa seksa nak tunggu dapat sijil halal JAKIM ni sehingga membuatkan manufacturer malas dan tak peduli.Ye lah,produk dah nak keluar tapi sijil halal tak ada,rugi la diorang.Mungkin sebab itu jugak banyak syarikat swasta diwujudkan untuk cover proses pensijilan halal ni.Aku tak tau sebab aku tak pernah mohon benda ni jadi mungkin ada orang lain boleh explain benda ni better.


Sijil Halal syarikat swasta punya kerja.
Restoran yang ada arak,automatically takkan dapat sijil halal JAKIM
tapi sijil halal swasta boleh lulus.

Apa yang membuatkan aku bertambah pelik adalah bila Papparich ni boleh menganjurkan Halal Seminar bersama dengan Halal Development Corporation.....tapi dia sendiri takde sijil halal JAKIM.Macam mana tu?

Ada berapa jenis pensijilan halal yang disahkan kat Malaysia ni sebenarnya selain daripada JAKIM?Adakah implementation logo halal kita sekarang ni sekadar melepaskan batuk di tangga sebab tu banyak pulak syarikat swasta yang berlumba nak keluarkan sijil halal diorang sendiri? Kenapa sijil halal pun nak diswastakan? Ini bukan benda main-main.Janganlah nak kata bila swasta service dia lagi bagus dan sebagainya...bila dah diswastakan ni,untung target nombor satu....layak dapat halal atau tidak nombor dua.

Adakah logo halal sudah jadi satu peluang bisnes besar di Malaysia kerana kelemahan penguatkuasaan?Entahlah.Apa yang menyedihkan adalah kalau kewujudan sijil halal syarikat swasta ni mendapat izin kerajaan Malaysia kerana nampak peluang nak bagi "orang Melayu" berniaga,untung besar dan didalangi oleh mereka2 yang berkepentingan dalam Kerajaan sendiri,seolah-olah membelakangkan kuasa yang diberikan kepada JAKIM.Sijil JAKIM ni seolah-olah pengusaha pandang sebelah mata aje....kod dan standard dah diwujudkan ikut negeri oleh JAKIM tapi penguatkuasaan nya tak berapa strict.

Untuk pengetahuan semua,Majlis Islam Selangor dah mengharamkan logo halal syarikat swasta...negeri lain aku tak sure.Di Selangor,hanya sijil dan logo JAKIM boleh digunakan.Dan bawah ni aku letak sekali logo halal luar negara yang diterima oleh JAKIM.




Dan dah alang-alang bercakap pasal halal ni,aku nak tanya sket....Kita peduli pasal makanan halal,kita peduli pasal ubat gigi halal....tapi kenapa sijil halal tak dijadikan requirement untuk barang-barang solek dan alat kecantikan?Mana lah tau anda pernah tersapu lemak babi ke kat kaki sebab nak kulit kaki yang licin?

Jika kerajaan betul-betul prihatin,
sila selesaikan kemelut ini dahulu sebelum sibuk nak pertahankan Putrajaya.

19 ulasan:

LS berkata...

skrg aku dah waswas nak pegi makan kat mana2 pun atas alasan halal ke tidak? restoran bukak sana sini tapi halal nya? emm.

bungacahaya berkata...

AKu pernah emel pada TGI Friday pasal status halal mereka. Jawapannya (yg diemel juga) ialah".....tiada sijil halal kerana kami menghidangkan aminuman keras. tetapi hidangan kami ialah "pork-fee"...

Istilah halal yg baru : Pork-free?

Wallahualam.

Marhaen Kacak berkata...

betul tu bungacahaya..TGI friday mmg declare pork free.. tapi apa jaminan bahawa bahan2 dalam masakan nyer halal kan? banyak lagi unsur2 tak halal yg leh digunakan selain unsur 'pork'..

Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

ak ada blajar halal food industry..Malaysian halal certificate is the best in the world.


tp masalhnya penguatkuasa halal kena guna duit sendiri utk round satu malaysia pantau syarikat2 makananan..

korng bygknlah kalu outstation xkena bayar, korang nak pergi??

bukan sebab jakim xnak bayar, tp sbb xda peruntukan yg ckp dari kerajaan Barisan Nasional..

Nerzhul berkata...

Jika kerajaan betul-betul prihatin....

faakiut berkata...

Thanks for sharing Mantot, good info.

To BungaCahaya,
TGI friday memang x halal. Kan tahun lepas pernah keluar psal mereka. Letak sijil halal tapi hidang makanan campur dengan arak. Masa bulan puasa tahun lepas. Even Sushi King pun xde status halal. So better hati-hati

kisah hati berkata...

klaulah betul spt apa yg saudara kata,alangkah sdihnya sbg rakyat MLAYSIA yg kononnya ngara Islam.spatutnya perkara2 sbegini la kerajaan patut ambil serius dan utamakan krana ini adlh kbajikan rakyat bukankah slogan yg dilaung2kan 'rakyat didahulukan..'

Tanpa Nama berkata...

tgi fridays memg xhalal ke? -mia-

Cikgu Bob berkata...

Saya berkerja di sebuah syarikat Melayu Islam membuat produk makanan. Lokasi premis di kampung pinggir bandar.

Saya memang terlibat dalam menguruskan hal2 berkaitan permohonan sijil halal dari Jabatan Agama Negeri atau JAKIM sejak lebih 10 tahun lalu.

Terus-terang saya berpendapat bahawa susah nak dapatkan sijil halal JAKIM. Susah gila. Gila pun tak susah macam tu.

Mengikut maklumat kami syarikat2 Melayu Islam adalah lebih susah nak dapat sijil halal JAKIM. Sebabnya ialah syarikat2 melayu ni majoriti bukan ada lesen kilang. Tak ada GMP, tak ada HACCP. Kilang pun dari kayu.

Betapa susahnya nak dapat sijil halal JAKIM sekarang. Jika pekerja anda semua Melayu Islam, bahan mentah semua halal, cara proses halal dan semua peralatan halal belum tentu boleh lulus. Jika longkang anda berlumut, produk anda tak layak dapat sijil halal JAKIM. Terkejut? Hah... nenek saya pun terkejut. Terkejutlah puas2...

Oh ya, sijil halal JAKIM tak wajib ya. Tak ada pun tak apa. Boleh bubuh cap halal tanpa logo JAKIM. Tidak menjadi kesalahan undang2. Yang salah tu cuma jika menggunakan logo halal JAKIM tanpa ada kelulusan JAKIM. Kalau logo lain, no hal.

Nak cerita banyak tapi tak tau susun ayat. Letih pun ada. Tu jer la sikit adanya.

Cuma saya rasa undang2 halal di negara kita ini seolah2 memberatkan pengusaha2 Islam saja. Pengusaha2 kafir lepas bebas. Letih la nak terangkan, cuba-cubalah kaji sendiri.

Azza Azman berkata...

bagus entry ni biar bukak mata ramai pihak...




Entry paling basah

Unknown berkata...

heheheh korang kena hati-hati juga bila pi mkn kat kedai mak minah atau cafe pak abu. kita tak tau mak minah beli ayam ada sijil halal ke tidak. kita tak pasti pak abu ada cek ke tidak masa beli daging ais import dr india. apa jd kat peniaga pulau pinang yg saman tesco dulu sbb jual ayam ada sijil halal tp rupanya halal masa nak dpt sijil je.

kadang-kadang kedai encik ali guna teh cap apa pun kita tak tau. jadi saya cadangkan semua warung dan gerai org melayu cuba2 le minta sijil halal dan tampal kat warung tu. jgn le sebok merepot kat jakim dan majlis agama negeri suruh periksa kedai cina itu cina ini(wpun tak juai arak dgn babi)ttg status halal mkn minum kedai itu.

dalam kita sebok merepot tu berapa confident level kita terhadap semua warung kedai melayu ni sebenar2 halal? gardenia sabah sampai sekarang blm dapat sijil halal sejak sijil tersebut ditarik hujung tahun lepas bila audit dilakukan. selama bertahun2 gardenia sabah pakai sijil halal tu ape citernye? ce citer ce citer

azhan jb berkata...

perbetulkan sikit, setahu saya hanya di malaysia kerajaan melalui Jakim keluarkan sijil halal tetapi negara2 Islam seluruh dunia kerajaan masing2 melantik banyak syarikat2 swasta yg dikawal selia dengan ketat dlm perihal sijil2 halal ini..tu yg pelik negara kita ni akhirnya Jakim tak mampu kawal beribu2 makanan di pasaran.

Unknown berkata...

nasron,

saya tahu tu mmg susah nak dapat sijil halal. saya kerja lab yg ada iso 17025. rasanya sijil halal ni ada elemen iso 15000 kot. jabatan kimia pun terlibat dlm proses ni. lg satu kita perlu ingat halal bkn bermakna takde babi dgn arak je. katalah ada unsur dari lembu pun adakah lembu tersebut teah disembelih dan disahkan halal? byk unsur lain kena ambik kira. mmg melibatkn byk duit dan kerja kpd pengusaha makanan.

pengusaha makanan syarikat bkn islam yg tak mau ambik sijil halal sbb depa tak kesah pun masyarakat islam nak beli produk mereka atau tidak. bg yang targetnya adalah masyarakt islam mereka akan mohon sijil halal. cuma bila dah ada sijil tu yg susah nak kena pantau. mcm kes kilang roti gardenia sabah le.

Cikgu Bob berkata...

Pendapat saya yg dah terlibat langsung mengenai perkara tersebut ialah;

1. Kerajaan Malaysia sebenarnya tak serius dalam menjalankan undang2 halal dgn benar.

2. Penglibatan kerajaan saya lihat lebih kepada pendekatan komersial dalam urusan halal, bukan pendekatan agama. Cuba rujuk tentang penubuhan HDC dsb. Perkara2 ini orang awam memang tak perasan. Kami yg terlibat jer tahu.

3. Para pegawai kerajaan sangat kurang ilmu dan kredibiliti sebenar. Diorang ni sering guna ayat keramat, " Saya cuma ikut arahan saja." Kalau ustaz pun cakap macam tu, samalah macam orang tak sekolah agama. Muda2 jadi ustaz, ilmu realiti sangat naif - sungguh bahaya kepada masyarakat.

4. Disebabkan kurang ilmu, maka mereka perasan bagus dan eksen serta tidak memahami hakikat sebenar sesuatu perkara, sebab musabab dan implikasi.

5. Para pengarah2 jabatan agama bukan dari kalangan orang2 yg mendaulatkan agama secara kaffah. Cubalah tengok background dan tanyakanlah kepada ustaz2 pegawai bawahan diorang kalau nak tahu.

6. Pelaksanaan memang tidak dinafikan sangat sulit. Tapi dari segi undang2 secara jelas memang bab halal itu tidak penting. Yang buat undang2 ni sapa? Pikir sendiri laa.

7. Yang "menghinakan" Islam ialah orang2 Islam dan pemimpin2 Islam. So, kalau orang kafir di Malaysia ini tak respek kat Islam, jgn salahkan mereka 100%.

Kes kopi Kluang di Johor... satu kes yg sangat memalukan...

===============

Sekadar selingan.

Makcik Minah jual nasi lemak di kampung. Beras tanam sendiri. Lada tanam sendiri. Semuanya hasil sendiri. Adakah nasi lemak Makcik Minah itu halal? Apakah keberangkalian Makcik Minah mendapat sijil halal JAKIM jika dia membuat permohonan halal?

Jawapan saya beri : Kebarangkalian Makcik Minah mendapat sijil halal JAKIM ialah hampir mustahil.

Sebabnya : Try la pikir2 sendiri.

Mantot berkata...

oh...
sangat seksa rupanya proses dia.baru aku memahami serba sedikit...thanks2..

kalau ada yang nak tambah,tambah lagi..

Unknown berkata...

nasron,

kenyataan ttg kerajaan tak serius dlm sijil halal ni saya mmg setuju. pada saja juga HDC tu lebih kpd nilai komersil atau ekonomi. kalau kerajaan boleh memberi kuasa kpd jab standard malaysia utk menjaga ISO kenapa tidak tubuhkan jab yg sama utk sijil halal.

kalau polis dan bomba boleh ada makmal forensik masing2, kenapa tidak dgn jakim? saya lebih suka kalau kerajaan sendiri yg menjaga sijil halal dr HDC.

pasal gerai makcik minah tu mmg sampai dia meninggal pun rasanya blm dpt sijil halal tu. nak renew pun rasanya makcik minah tak mampu kot. saya rasa mau mkn ribu2 nak renew sijil halal.

kes kopi kluang pada saya ada misteri. pelik kenapa JAIJ takut sgt nak declare secara terbuka. sampai tuan kedai minta penjelasan pun susah sgt. nak tengok result analisis pun tak boleh. tuan kedai tak puas hati minta buat test baru di jab kimia pj pulak.

acik berkata...

meh aku cerita satu kisah di teluk intan baru-baru ini...

pakcik aku adalah seorang yang sangat berhati-hati bab makan2 ni...
walaupun kat situ ada logo halal (yg sah atau tak sah), kalau dia check owner/pengilang adalah non-muslim, pasti dia takkan makan...
pakcik aku bukanlah ustaz tapi bila bab agama, memang dia kan bertegas...bukan macam separuh ustaz glamor yang melambak di malaysia sekarang...

cuti sekolah minggu lepas, kami singgah di teluk intan on the way balik dari penang...
lepas tu adalah member kami cakap kat situ ada mee rebus n rojak yang sangat popular...

pakcik aku juga sangat suka masak, jadi dia suka nak tahu/rasa apa yang sebabkan makanan tu sedap...
macam orang kata mee rebus kedai tu sedap, jadi dia nak lah rasa kuah mee rebus tu...
dah nama pun mee rebus kan, so, kenalah makan dengan mee...
tapi pakcik aku mintak mee hoon, gantikan dengan mee...
waiter tu kata "kita takde mee hoon, mee saje.."
pakcik aku pun tanya, "siapa supllier mee korang?"
budak tu kata, "cina, bang.."
pakcik aku cakap, "nape tak ambik orang islam punya, kan banyak...takpelah..bagi rojak..taknak tauhu, mesti amik supplier bukan islam juga kan?.."

kebetulan, ada satu pakcik tua di hujung meja yang terdengar perbualan pakcik aku...
pakcik tua tu duduk berdekatan dengan tokey/kaum kerabat tokey (perempuan umur 30-an) di kaunter...
pakcik tua tu pun tolak balik pinggan mee rebus dia n cakap, "ngape kamu tak guna mee melayu?"

tau ape kakak tu cakap?
"kami beli yang ada logo halal...dah Jakim sahkan ianya halal, kami serah pada jakim saje...."

SEE?!

Tanpa Nama berkata...

salam..

im currently studing at oversea..
byk hal personally speaking agak susah kt sini esp nk carik mknn halal.. kalau shopping mmg berjam2 sbb just nk check ingredients + codes kat sesuatu bahan tu.. sampai da hafal da code ape yg haram, code ape yg depends (halal kalau dr tumbuh2an, hram kalau from animal derived).. tp di sebalik nya, rase bersyukur sbb bru dpt rase 'harga' halal tu..

another thing, kalau jln2 tu msti kena tahan nafsu mkn.. tgk kiri kanan org mkn sedap2 kat kedai tp kite x blh.. kat sini mane nk crik org islam jual mknn.. xkan nk tnya 'are u a muslim??' kat peniaga tu everytime nk mkn kat luar.. yeah, ada org tnya ada cntain alcohol ke x smua.. tp cara plg selamat dan menjimatkan wang is msak sndiri n bwk bekal kalau rase2 perut tu x dpt nk thn lma..

back to the topic, i think we cant totally rely on the halal logo.. kalau ada masa cube la check2 ingredients dia tu jugak.. inshallah lebih berkat.. blh download halal guide tu msuk dlm phone.. skrg kan da maju.. so use them..
nk download halal guide tu, check these links out..

http://www.guidedways.com/mobile/halalguide/download_guide.php

http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php

allah knows best..
wallahualam..

malowar berkata...

perbincangan yang bagus nih so nak mengomel jgk nih

kesimpulan... was was baik pada yg ada logo mahupun tidak... dilemaaa weh

bagi halal guide utk ingredients, it's one of the way psl my fren used to study oversea pun sajes gitu, tp kat sini agak terhad to imported packaged food from modern countries yg mmg betul2 jaga kualiti n ikut code ingredients tu; tapi kalau produk seperti dari tanah besar china? haruuu;

dari segi halal jakim bagi restoran n franchise, sedar x sedar sekeliling tempat tinggal kiter macam jenis gerai n tomyam hatta yg masuk rancangan warung kita yg terang2 tidak apply status halal nih;

so nak selamat baik masak sendri, jenuh pulak nak carik bahan2 mentah yg terbukti halal walaupun mmg tau kedai tuh jual produk muslim psl x ternampak pula sijil halal kedai runcit n pasar tuh melainkan sijil niaga ajaaa bung;

so so paling selamat tanam sayur n bela ayam sendrik or beli ayam hidup (kalau lembu lak) pastu sembelih sendri; jenuh laa pulak coz duk kat bandar nih umah kecik tanah sekangkang kera jer, silap2 xder tanah pasal duk kondo tingkat 20 , hadoyaiiiiii;

so so so berbaliklah pada kesimpulan di atas, dilemaaa weh!?

malowar