Pada suatu masa dulu,ada seorang lelaki berkenalan dengan seorang gadis.Gadis itu pula senyap2 memang secret admirer lelaki itu.Maklumlah kacak,pemain ragbi universiti.Yang specialnya...solat tak pernah tinggal.Gadis itu pula adalah antara gadis yang paling hot dekat kampus.Bukan setakat pelajar lelaki Melayu yang tergilakan dia,pelajar2 dari Afrika pun tergilakan dia.
Nak dipendekkan cerita,berbelas email diutus,berjuta2 line dialog dalam Yahoo Messenger,akhirnya mereka berdua pun bercinta.Kawan-kawan gadis tumpang gembira,dapat jejaka pujaan semua.Kawan-kawan lelaki habis jeles semua!Masakan tak,kawan dapat gadis idaman semua!Serasi sepadan.
"Awaklah yang saya tunggu selama ni.Dah 19 tahun saya hidup,awaklah orangnya," kata si gadis.
"Hati saya pernah dikecewakan dua kali sebelum ini,tapi berkat dengan izin Allah saya bersyukur kerana dikurniakan pertemuan dengan awak,awaklah orangnya yang bakal jadi isteri saya..." kata si lelaki,romantis.
Lalu pada satu hari,ketika hendak melintas jalan,lelaki itupun bertanya,"I pimpin tangan awak lintas jalan boleh tak?" Gadis itupun yakin dia The One membenarkan.Sejak detik itu,setiap kali melintas jalan,mereka berpimpin tangan.Kemudian pada satu hari,sedang menonton wayang,lelaki itu menggenggam tangan gadis itu erat2.Gadis itu tersenyum.Sejak itu,setiap kali tengok wayang,mereka menggenggam tangan masing-masing.
Kemudian pada satu hari,gadis itu tidak sempat berteduh ketika hujan.Habis basah bajunya.Datanglah si lelaki tadi,kasihan melihat gelfrennya menggeletar dipeluk bahu gadis itu.Lepas tu,ke mana saja mereka,bila ada saja peluang,bahu gadis itu dipeluk.Kemudian,pada satu hari,sedang mereka menonton wayang...
Tangan digenggam erat.Bahu sudah dipeluk.Kepala pula disandar ke bahu.Mata merenung masing-masing.Dua bibir pun bertemu.Indahnya cinta...Buat pertama kalinya kedua-dua mereka merasakan kehangatan bibir bertemu bibir di dalam wayang itu.Wayang gelap itu jadi saksi cinta mereka.Pulang ke rumah,melalui telefon,ayat-ayat cinta dilafazkan.Lelaki itu berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari duit hantaran.
Beberapa bulan kemudiannya,sang lelaki menelefon gadis."Sayang,duit saya dah cukup.Saya buat loan bank.Kita dah boleh kahwin!"Gadis itu melonjak kegembiraan membayangkan hatinya yang seolah-olah dilambung ombak cinta.Sejak hari itu,sibuklah mereka berdua mempersiapkan barang hantaran.Urusan pertunangan sudah diselesaikan,kedua-dua belah keluarga gembira bakal dapat menantu baru.
"Bukankah dari dulu saya katakan pada awak,you are my One and only?" puji gadis kepada tunangnya."Awak pun The One saya," kata lelaki membalas manja.
Hari kenduri tiba.Meriah acara sehari.Megah bersanding di atas pelamin.Kedua-duanya berdebar menunggu malam pertama."Nasib baik awak tak period hari ni.." kata lelaki yang sudah digelar suami."Nasib baik awak tak kena basuh kuali..." kata gadis yang bergelar isteri."Kamu my The One!" tawa suami menjeling breast halal isteri...
Beberapa tahun kemudiannya....
Anak sudah ada tiga.Duit rumah tak berapa ada.Rumah bersepah macam paya.Si gadis yang sudah jadi ibu muka menyinga.Si lelaki yang sudah ada anak tiga masam mencuka."Dulu sebelum kawin punyalah rajin semayang,rajin berdoa,mintak makbulkan kita,sekarang ni apa cerita?"
"Hey,awak,dulu bukan main make up,kalah anak raja,sekarang ni rambut macam singa,dua kali tengok macam beruang panda pun ada!"
"Kenapa abang buat saya macam ni?Tak kesian kat saya ke?"
"Awak ni...masak pun tak reti.Masak air pun boleh kering!"
"Mana pegi The One saya,yang janji nak jaga saya?Yang janji nak bagi saya rumah?Yang janji nak sehidup semati?Yang janji nak jaga saya walaupun saya sakit dan dah jadi nenek?"
"Arghh..mana pulak hilang The One saya?Mana dia saya punya masak sedap hari-hari?Mana pegi janji nak jaga hati suami?Mana pegi gadis yang janji saya akan dapat nikmati seminggu dua kali?"
"Abang,jangan buat saya macam ni!" Gadis yang sudah jadi isteri merana...diam saja memandang lantai.Anak bertiga ikut diam merenung kasihan ibu.
"....sudahlah..awak memang tak boleh pakai.Kalau ikut hati lagi elok cerai!"
"ABANG!!" Gadis yang sudah jadi isteri diam.Dalam hatinya pedih.Tapi dia tahan.Dia ada anak-anak.Anak-anaknya perlukan bapa.................Dan benda itu berlarutan beberapa belas tahun.Si gadis yang sudah jadi isteri itu menderita senyap2.Si lelaki yang sudah jadi suami itu benar2 sudah lupa keluarga.
Dan satu masa dulu si gadis itu The One untuk lelaki itu.Lelaki itu pula The One untuk gadis itu.Perfect.Cantik.Sempurna.Mana silapnya?Nampak tak silapnya..........?
Bagaimana anda,gadis-gadis boleh impikan seorang lelaki yang akan
a. jaga anda sehingga anda tua
b. provide untuk keluarga anda
c. beri didikan kepada anak-anak
d. beri kasih sayang kepada anda
e. beri nafkah kepada anda
....kalau sejak dari mula bercinta lagi dia sebenarnya tak mampu jaga diri dia daripada anda?Orang macam tu yang anda harap jaga anda sampai ke tua dengan bahagia?Macam Kementerian Kesihatan selalu cakap..prevention is better than cure.Perempuan diberikan hak untuk memilih.Tuhan bagi perempuan instinct yang jauh lagi peka pasal manusia.Tapi selalunya perempuan mudah buta dengan cinta.
Pilihlah si dia yang jaga anda daripada saat mula-mula anda berkenalan dengan dia.Kepada yang belum mula bercinta,ingat...ini adalah kriteria paling penting dalam memilih bakal suami supaya anda tak jadi pejuang hak wanita di kemudian hari....
Fikirkan.
Seorang lelaki yang berani ambik sesuatu yang bukan hak dia...mampukah masa depan dia akan jaga hak anda bila anda bergantung dengan dia?
ps - kalau ada sesiapa yang tak faham...aku malas nak explain.pandai-pandai lah sendiri.Ni hint dia.Gambar tu aku tangkap sendiri masa duduk dekat depan kolam KLCC.Aku tak sure ke mana hilangnya tangan laki tu...suami isteri takkan buat macam tu kat public.

52 ulasan:
power
gambar majalah mangga ada lagi tak?
Hahaaa... Jalan cerita & ayat2 sebijik mcm novel cinta Melayu. Dan buku2 camtu tu la yg awek2 Melayu paling suka. Dibuai fantasi cinta sejati sehingga kahwin. Awas, perempuan. Anda sendiri yg hanyut. Anda sendiri yg nafikan / tutup kelemahan bf anda. Sesudah kahwin meranalah anda. Selamat tinggal fantasi.
aku setuju dengan komen Loceng kat atas ni..
Yes, powerrrrrrr!
ASSALAMUALAIKUM.
Tot.
suka artikel ko yang ni. =)
Ko ada bakat untuk tulis novel. Boleh kalahkan faisal Tehrani. Insya allah. dengan ilmu yang ko ada ngan skil ko mengolah cerita. ko boleh pergi jauh. insya- allah.
=)
ASSALAMUALAIKUM
err Tot, ke mana ilang tgn lelaki tu yer?
yeah gud job..jgn hanya bina istana pasir beb..masa bina happy bukan main kan..kelak dilambung ombak split second hancur doh..
mak berempah, mak berempah...
kene troll le ang ye...
hahahaha...
200km/j...
deeem, tot !!
sokong gila post kau kali nih !!!
tabik spring skit !!
post menyedarkan diri sendiri dan org lain...
Assalamualaikum semua...
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada ALLAH...
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ?
Lalu ALLAH menjawab, "Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini"
*Di sebalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
* SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
* PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
* Dia TERHARU, Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN orang yang dikasihinya...
* Dia mampu TERSENYUM di balik KESEDIHANnya. .
* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
* TITISAN airmatanya bisa membawa PERDAMAIAN...
Tetapi, dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal..."...
Apa itu Yaa ALLAH??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...
con't
* Jika seorang isteri menangis di hadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...*
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
* Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali di depan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
* Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan menurunkan rasa EGOnya.
* Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam ...
* Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan sia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, akan merusak kehidupannya.
* Saat dia menangis di depanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh ke dalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
From yours truly,
spicemum :)))
Aku tahu kenapa mantot buat post ni. ni mcm counter back pasal isu cerai tu kan. hurm. Kita tidak tahu apa yang tuhan dah tentukan untuk kita, yang kahwin mak bapak atur pun boleh cerai. Seorang lelaki yang baik dan bertanggugjawab pun boleh tersilap, seorang isteri yang baik pun boleh melakukan kesilapan. Manusia itu tidak boleh lari dari mealakukan kesilapan. Semua orang boleh berubah.
Bukan kita yang mengatur jodoh. Itu kerja tuhan, jodoh panjang pendek itu kerja tuhan. Sebaik mana pun kita mencari yang terbaik, yang soleh, yang budiman, bertanggugjawab, itu semua kerja tuhan akhirnya untuk menentukan pengakhiran sebuah perkahwinan.
Seolah-olah dalam post ni, menekankan salah kita yang mencari jodoh yang tidak bertanggugjawab yang akhirnya membawa kepada permasalahan rumah tangga, entri ini, memang berat sebelah. Bukan semua kes pencerain berpunca seperti ini.
kalau berkahwin kerana nafsu mmg ini la akhirnya...
pasang lah niat berkahwin seikhlasnya terima pasangan seadanya kerana Allah telah tetapkan jodohnya... insyaAllah masalah bole diatasi... yg kurang bole dibaiki... yg manis bole dinikmati...
moral of the story:-
-jodoh pertemuan di tangan Tuhan..tapi kita diberi pilihan utk memilih..jd pilihlah btul2..
-jgn dilihat pasangan yg dikatakan bagai pinang dibelah 2 masa kahwin tu akan berbahgia..(cuma kita boleh berdoa agar psgn trsbut berbahgia hendaknya..mudah mudahan)
-kalo suka sgt kpd sesorg tu, jgnla terlampau2 suka sgt smpai mengatakn dielah yg terbaik, the one la..& mcm2 lg..berserdahanalah dlm menyukai seseorg...bak kata najib wasatiah..
-jgn la jdi hipokrik masa bercinta atau masa bila2 pun...cth kalo x reti nk masak..ckpla x reti mask..jd kne blaja la kalo reti tu..
-terima je la keadaan psgn seadanya bila da kahwin tu ...cth pompuan jd cantik je bila mekap je...bila x mekap jd x brape cntik..so laki die terima je la..
tak.
post ni adalah untuk mempersoalkan kenapa orang pempuan kawin jugak dgn orang lelaki yang bersifat jahanam dan yang berani ambik sesuatu yang bukan hak dia.
kita tak tahu apa Allah rancang dekat kita,tapi semua yang buruk tu datang dari kita sendiri atas sebab kita sendiri...Tuhan rancang dekat kita benda baik2 je...kalau ada benda buruk jadi kat kita,seboleh2 nya janganlah salahkan Tuhan.
Dan kenapa orang kita anggap bukan kerja kita mengatur jodoh?Fikir jelas2,adakah Tuhan tak bagi kita peluang untuk kita atur jodoh kita?
Ada.Cuma ada rezeki ke tidak kita tak tau.Dia dah bagi kita guideline mcm mana nak carik jodoh kita.Ikut ke tidak guideline Dia masa kita carik jodoh tu?
Usaha la sket.Biar la break dan jadi single drpd main sapu aje mana2 jantan keparat yang kali ke empat keluar dating dah berani mintak pegang tangan...tak lama lepas tu,buat laki.
cik Hani ooiiee,
Jodoh pertemuan tuh mmg lah di tentukan oleh tuhan..
entry ni berat sblh..?
aku bukan nak lick ass si mantot nih, tp aku nk tanya, yg ko melatah ni pekes..?
cube diketengahkan disini is isu, perangai, mentaliti, norma sesetengah (or should i say most) anak muda dlm pemilihan corak kehidupan sosial mereka..
tp yang kau nampak hanyalah isu PENCERAIAN..??
dalam islam itu sendiri, dah digariskan cara2 nak memilih pasangan hidup..
kene tgk keturunan, harta, rupa, pendidikan..
semua tuh ada dlm islam..
benda2 mcm nih x nk pulak ikut, pastuh biler cerai berai salah kan Allah..
ayat standard is JODOH PERTEMUAN DI TANGAN TUHAN..
dah kalau yg dipilih tuh penyangak, penyangak lah yg korang dapat, dipilih nyer penyamun, penyamun lah yg dapat.. jangan expect perangai diorang bulih jd mcm malaikat pulak..
mmg lah manusia boleh berubah n x terlepas dari melakukan kesilapan, tp kan prevention isbetter than cure.. =D
haishh... kanak2 zaman sekarang nih..
renung2 kan, dan selamat beramal.. =D
la..kan senang en. mantot bgtau awal2 apa tujuan post ni...
apa pon post ni terbaik..
kreatif & kritis...
terima kasih..en. mantot
sy suka entry ni.. at last it narrows down to the one and only thing.. lelaki yang baik utk perempuan yang baik, vice versa.. so good luck semua dalam pencarian pasangan yang secocok~~ (^_^)
susah nk jge diri. tp qlw kter usaha jge diri kita n diri dy n dtakdirkn plak dy jodoh kter, kn brbaloi. relation pn dberkati. qlw basic dy bersih, bersih la relation` insyaAllah dr mula smpai abis.
n qlw x long last relation tu, xla pompwan tu lose ape2. tp jgn la sexist sgt ckp sume kt tgn pompwan. kter laki ade 9 akal n 1 nafsu. qlw kter rse kapel dgn pompwan tu wt kter rse btanggungjwb kt dy, jge hak dy sbg pompwan pn jd tanggungjwb kter *laki zmn skang, bkan maen rajen nk jge ank dara org sdangkan diri ntah kmane-aq la tu
qlw pompwan tu cpat cair, 1st means kter hebat leh wt dy cmtu. 2nd, kter yg btanggungjwb wt dy cmtu. lgpn dgn 1 akal dorg, plus dorg mmg lemah, xpatut kter gunekn klemahan dorg yg tuhan bg utk blame dorg bile dorg cpat cair.
aq xckp yg kapel tu bgus. tp as long leh jge diri masing2, n both reti agame n batas pgaulan, xde msalah kot. n qlw ade yg terikut nafsu, jgn la lyn je even kter pn best.
kdg2 aq cair bile dy suruh aq pgang tgn dy. aq ske askrem n aq sdaye upaya prevent diri aq dr askrem tu tp ade plak yg offer aq askrem faveret aq..erk..
ble kter tahan diri untuk dpt kberkatan tuhan, hrp2 tuhan akn bg sumthing yg lg bmakne utk kter.. tuhan tu adil.
cter ko tot, sgt betol.
setuju2
aha!
itulah silapnya kau,anon kat atas ni...berkapel tu bukan setakat tak bagus..berkapel tu HARAM tak kiralah kau dapat jaga batas pergaulan ke tidak...sbb apa?
aku bagi kau satu contoh;apakah hukumnya seorang Qariah membaca Al-Quran dikhalayak ramai?Ramai orang akan kata..boleh,sebab benda tu benda baik.tak salah...baca Quran...apa yang buruknya pasal baca Quran?
Bila suara seorang wanita tu dah jadi mendayu,dah jadi enak didengar oleh lelaki lain yg boleh dikahwininya,...haramlah suara perempuan itu membaca Al-Quran di televisyen dan di khalayak ramai.
Sbb suara perempuan tu aurat.
Dan suara perempuan yg enak sebenarnya hanyalah untuk si suami dia.
Jadi,bagaimana suara seorang gelfren bila dia berbual dgn abangnya?Lembut kan?Tu dah satu benda yang buat kapel ni haram,tak kiralah mamat tu solat tak tinggal,tak pegang,duduk pun ada jarak.
Kenapa masyarakat kita ingat berkapel ni boleh,asal kita jaga adab?
aku baru baca pasal ni jadi aku share la kat sini.
jadi,mcm mana nak "berkapel" ikut Islam sbnrnya?
1. perempuan suara kena tegas bila berbual
2. jangan merengek2
3. jangan merayu
4. jaga pandangan,jangan tenung mata boifren lama
5. keluar kena jangan berdua
6. tidak ada istilah dating dalam Islam,outing ada..
7. jangan pegi tempat sunyi (wayang)
8. jgn bersiap2 bila keluar...sbb perempuan yg cantik hanyalah utk suami yang berhak...
tak mampu nak buat semua tu?
Jangan couple...HARAM
dan kalau buleh,takyah la pakai short form camtu bila menulis.annoying dik!
....susah nak baca.lagilah bila golongan2 yang dah 30 ke atas mcm aku ni baca...mcm bahasa alien ada,bahasa orang gila pun ada...susah ke nak taip "AQ" jadi "AKU"? Camne "KITA" boleh jadi "KTER"?
Nak kata shortform tak pulak..
huruf sama aje ada 4.
Kapel? dah malas. tak bawak ke mana pun. baik habiskan hidup bujang aku sehabis baik dulu. dah kahwin nak buat apa2 pun dah tak boleh. kalau tetiba berkenan kat sapa2, simpan dalam hati, kumpul duit terus pinang jelah. kenapa ibu bapa kita yg tak penah kenal sblm kahwin boleh hidup berpuluh tahun dengan gembira?
*nonetheless, ini hanya rancangan aku
mantot
gw silent reader blog loe for a long long time. gw dpt rase gw tangkap idea pemikiran loe bile masuk tang becinta. gw mmg setuju dgn loe, which is, when it comes to love, yg alim ke, yg xalim ke, yg islami ke, yg xislami ke, terkadang kite tergelincir. Tp gw nmpk fokus loe yg kat islami2 ni. Perempuan nye pake tudung, laki nye solatan, tp bile becinta, laga pipi dok amek gamba, dok pegang2 tangan, even belapik, gw xrase agama benarkan when it comes to 'sengaja'. Hanya kerana belapik, kite igt kite boleh tergesel2 dengan sengaja. Kalau kite rase berlapek menghalalkan cara, jgn dok pukol2 bahu, pukol je tetek awek nye tu, belapek gak kan?
pokoknye, "i follow u" lah mantot
haha aku ikut lagi pasal couple ni haram..
ada lah sorang budak lelaki baik(maksud baik di sini, yang respect makbapak, solat n belajar mmg smart gila), dia ni couple dengan sorang budak pompuan kat U die..
lepas tu, masa laki aku borak2 dengan dia hal belajar, laki aku saja tanya, 'ada girlfriend ke kat U?
budak ni ckp "ada ustaz"
laki aku cakap, "dik, couple tu haram biarpun takde pegang2 tangan"
dan dan tu jugak, budak laki tu call girlfriend die cakap taknak couple dah...aku curi2 dengar, dia kata, ada jodoh nanti, dia suruh je lah mak bapak dia hantar rombongan...haha...
i can't believe an action guy like me could understood this. great entry mantot. (cry)
To Anon June 11, 2011 3:13:00 PM GMT+08:00
Sumber please??
Bkn ape,takut salah fakta,kalau nak dikongsikan dgn orang lain
Star
from my conclusion baca entry yang slalu mantot tulis.. semua salah perempuan, sangat bias.. ala tipikal laki mcm mantot ni, duit tak banyak mana, tak mampu nak layan isteri seperti permaisuri, tapi dambakan layanan mcm putera raja, kalau pompuan pakai sexy sikit, sibuk nak bagitau satu dunia yang oh senangnya aku teransang, mcm ko sorang je ada penis. laki lain ada je kemaluan, tapi takde la nak kecoh kecoh mcm korang ni. haish.kemaluan masing masing, tanggungjawab masing masing la, tak perlu kecoh kecoh..
anonymous,
aku tak mantot maksudkan mcm tu.. konklusi kau salah!
apa lancau aku tulis tadi.. correction.
"dia tidak maksudkan begitu.. your conclusion is wrong."
satu hari aku jalan,
aku nampak awek kena rogol,
Kemudian aku fikir..
"Argh persetankanlah!Penis dia!Nafsu dia!Dia punya suka la apa dia nak buat dgn penis dia...bukannya ada kesan kat aku pun gadis itu kena rogol.."
Dan aku berlalu pergi tinggalkan gadis itu tengah kena rogol.Perogol itupun menunjukkan isyarat tangan "peace" kpd aku sambil tersenyum.
"Thanks Bro!Aku takkan lupa jasa kau kepada aku ni!" kata dia kepada aku.
Gadis itu pun memandang aku dgn marah."Tolong la aku!Kenapa semua lelaki macam cilaka perangai sekor2 skrg?"
Jadi,aku pun pegi dekat dia sambil perogol tadi terus buat kerja dia...aku bagitau gadis itu,"aku nak balik,gersang,aku ada bini,kalau aku tolong kau,aku mcm mana?kemaluan masing masing, tanggungjawab masing masing la, tak perlu kecoh kecoh.."
Ahaaa... saya tahu berkapel/dating hukumnya haram. Elok Mantot buat entri khas utk isu tu. Boleh la saya kasik daughter saya baca suatu hari nanti. XD
Just curious, Mantot masa kapel dulu serious tak pernah berdating? Saje tanya. :)
Husband saya suka je letak tgn atas paha saya.
Kalau dilihat dari belakang, mcm tu la viewnya.
Kwn2 sy pun mcm tu, peluk2 dgn husband di tempat awam.org pandang semacam sbb culture kita tak biasa org yg kahwin romantik.
tapi kan tot...mentaliti msyarakt kita dah memang hampir sebati dah tentang benda2 nih....tengok la sekarang, budak sekolah rendah pun dah kapel, kuar pegang2 tangan...camner nak elak benda ni berleluasa tot? ce komen skit
aku dating 8 tahun...tapi aku agak lucky sbb kitorang jauh.jumpa pun 2 bulan sekali...sepanjang aku dating,punyala seksa rasanya dating ni...seksa.
lagilah pulak bila berdua.
mula2 seksa,lepas tu lama2 terfikir benda2 seksi.dan AKU SURE yang pikir benda2 seksi ni aku sorang je..
semua org belajar dari pengalaman.
aku cerita apa aku dah lalui.kalau setakat lelaki biasa mcm aku jumpa perempuan biasa yang agak lemah sama macam aku...aku rasa tah berapa kali aku dah terprojek dgn awek aku.
tp nasib aku baik jugak la.
camne nak kawal benda ni?
entahla..aku tak tau apa yg diorang rasa.maksud aku,mungkin dlm diri diorang dah tak ada langsung rasa takut nak buat salah ni...aku still lagi ada rasa camtu bila aku dating dulu.
"Err..ni kalau aku pegang dia,kang terover,terberanak ke camne?"
"Err...ni kalau aku buat camni,rasa2 kalau aku balik ni eksiden camne?" (aku masa tu bawak motor)
bila dah takde langsung perasaan takut pada Tuhan yang datang secara semuladi (keinginan sendiri) pemimpin dan pemerintah kena carik jalan buatkan rakyat diorang takut dengan Tuhan.
Sbb tu aku cukup anti Melayu yang marah operasi khalwat...mmg benda tu antara kau dgn Tuhan,tapi kalau takde sapa2 yg cuba kawal benda ni,lama2 Tuhan pun dah malas nak tengok kita.
entry ni menjana minda aku.
salam, nak tanya sikit boleh? :)
katakanlah perempuan dlm example yg bro bagi ni, dia sedar yg laki yg duk pgg2 dia tu bukan yg terbaik utk dia.
so bila dia nak kawen, dia terjumpa sorg ustaz ni. mmg baik, dan perempuan ni yakin yg lelaki ni boleh bimbing dia dan keluarga nnt.
tp masalah disini, perempuan ni merasakan yg dia tak layak utk si ustaz ni. sbb dulu kan dia dh penah pegang2 dgn boipren lama dia. kalau dia kawen dgn ustaz ni, dia rasa unfair disitu, sbb ustaz ni dpt perempuan bukan yg terbaik utk dia.
so cmane ya?
Mantap...I follow...entry ni mmg mengimbau pengalaman yg aku alami selama bercinta, mmg seksa-SEKSA, Alhamdulillah aku dah kahwin, slalu kena doa pd Allah mohon jauhkan laa drp wanita2 yg terlalu merelakan diri mrk menjadi bahan intriguing utk kaum Adam mcm aku nih. Maruah/harga diri wanita terlalu berharga. Ianya tiada ternilai. Kesian btl bila tengok bebudak pompuan belasan tahun menagih Cinta sejati dgn menggadaikan benda paling berharga miliknya. Na'uzubillahi min zalik!
Drp,
RYSMHP
come on,Allah pun bagi kita taubat.
kalaulah dia risau camtu,
tgklah sama ada dia berani atau tidak nak bgtau Ustaz tu camtu.Ye lah,drpd sepanjang hidup dia rasa camtu..kalau dia ikhlas nak bgtau takde masalahnya..cuma risky sket la tak tau respon Ustaz tu camne.Tapi aku rasa org kuat agama ni lebih memaafkan dr org mcm aku...yang agama dia suam2 je.
tapi...
kalau dia tak nak bagitau pun takpe.sbb benda tu benda dah jadi...as long as dia tak ulangi balik dan dia dah betul2 menyesal,Insya Allah Tuhan tolong dia lepas2 tu.
bukannya once dia dah pegang2 dia takleh nak jadi "perempuan terbaik" untuk Ustaz tu,kan?semua orang ada peluang untuk peroleh redemption dia.
sama ada dia nak atau tidak jadi seseorang yg deserve redemption,itu terpulanglah kpd individu.
setiap orang punyai prinsip berbeza. Lelaki yang suka pegang-pegang sebelum ada ikatan yang sah, dah membuat fikiran cik ina berfikir yang kurang baik tentang dia. Tak tahu cam mana nak nyatakan kat sini. Alhamdulillah Cik ina tak dapat lelaki cam tu jadi suami. Susah nak terangkan,orang sekarang banyak yang suka berfikir mengikut perasaan.
salam.
banyak gak kisah pasal perempuan salah pilih suami...
Bagi yang ter'dapat' suami macam tu, mesti tersentuh hatinya...
cuba buat satu entry pasal perempuan yang salah pilih suami dan cara untuk mengatasinya...
sekurang-kurangnya, dapatlah memotivasikan diri perempuan-perempuan/ isteri-isteri yang berkenaan...
:( insaf baca entry ni...huhu. Aku kapel tp kami tnggal jauh2.. Jmpa pun setaun skali atau 2 kali... aku t'pk gak nak lepaskan dia lepas tau kapel tu haram..tp kuatkah aku nak lepaskan dia? Dah lama dah aku pk bnda ni.. Apsal laa aku ada prasaan nak kapel dulu? adakah ni takdir Allah yg terbaik untuk aku? knapa Allah bg dia lam idup aku? usia aku muda lg.. Still student u... apa ptot aku buat??? tolong aku abg2 akak2 kt cni yg dah kawin..dah ada pengalaman byk...
p/s ; mntak maaf mantot buat sesi luah prasaan plak kt cni..:)
kau nak couple,couple la...tapi jangan la berkasih sayang dulu..buat mcm kawan aje...tak salah berkawan ni..
tapi bila dah berjanji sehidup semati,pasang niat nak ada anak sekali,dah bagitau boifren nama anak nanti apa....tu dah salah la.
anngap la benda tu couple,tapi simpan dalam hati.jangan luahkan dekat dia,dekat sesape...kemudian pasang la hope supaya kau dapat kawin dgn dia nanti
Berkawan aje, jgn lebih2. Klua ramai2 dgn member2 lain buat group discussion kat McD, jgn pegang2/sentuh2, klau siang2 hari lepak je kat tempat ramai org, klau bleh bawa parent klua skali jln2 gi window shopping, klau tengok wayang dok krusi jauh2/ dok seblah srangers, jgn mesej jiwang2, jgn bualkan hal2 sensasi/sensitif yg bleh merangsang pemikiran negatif, X yah terlalu taksub menyerah membabibuta, selidik latar belakang pasangan dgn cara hidup dia masa melawat sedaramara terutama masa Raya. P/S: mmg seksa skit klau ikutkan cadangan aku nih...mcm X rasa manis bercouple, tapi aku jamin ia lbh selamat, Insya'Allah.
Drp,
RYSMHP
ya, aku yakin skrg yg aku perlu pendam saja perasaan aku kt crush aku tu.
kalau ada jodoh, ada la kn? ;)
@mantot, tp aku slalu sexting huhu..arghh!!!!
@Firdaus Johor
Adakah dalam aku memberi komen tu ada aku menyalahkan Tuhan? Aku percaya pada takdir, percaya kepada Qada' dan Qadar tu rukun iman.
Pernah dengar ayat standard Kita yang Merancang Allah yang menentukan? Pernah dengar kes, Kau study mcm nak mampus tapi kau flunk the paper juga? Pernah dengar tafsir ayat Alquran- “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Pernah? Mungkin aku budak, tapi aku dah tengok macam macam benda kat sekeliling aku. Aku bercakap bukan backing diri aku, aku bercakap sebab aku tengok sendiri macm mana orang tu tak pernah couple, tak pernah dating jumpa mak ayah terus tunang beberapa hari dan nikah masih mengalami masalah rumah tangga. dan walau macm man pun si suami tu buat kat belakang isteri dia tu, si isteri masih sabar untuk berpuluh2 tahu, atas dasar hormat dan sayang dia pada si suami. Walau tahu si suami ada orang kat luar, masih masakkan untuk suami, duduk temankan si suami makan. Bukan semua perempuan bila suami buat hal terus hilang respect, tak nak layan bagai.
Pendek kata, point aku memang kita yang memilih, tapi bukan kita yang Maha mengetahui. Kau tengok baik je before kahwin, nak pandang perempuan susah, sekali lepas kahwin? Kau boleh jangka tu?
"Usaha la sket.Biar la break dan jadi single drpd main sapu aje mana2 jantan keparat yang kali ke empat keluar dating dah berani mintak pegang tangan...tak lama lepas tu,buat laki."
kali ni aku setuju dgn mantot..lebih baik single drp buat perkara2 tuhan tak redha tu.
aku suka artikel ni.. well said :-) itu yg aku cuba smpaikan kt kwn2 perempuan yg selalu nk 'hak sama rata' dgn lelaki. ibu - suami (anak)- menantu (istri).. nice relationship yg Allah dh design susur galur ketaatannya.
dan..aku perempuan. moga Allah beri aku dan kaumku hikmah dan kebijaksanaan utk fhm dan laksanakan keindahan aturan Islam ini. ameen.
Catat Ulasan