Jun 30, 2011

Awkward Agama - Seksi Adalah Satu Pilihan Hidup,Jadi Pilihlah Seksi..

Malam itu,berlangsung satu acara debat yang dianjurkan oleh Majalah Mingguan Wanita.Dua pasukan debat akan bertanding pada malam itu.Pengerusi Majlis bangun lalu memperkenalkan dirinya.

"Saya Razali,saya akan bertindak sebagai sebagai pengerusi majlis pada malam ini.Di sebelah kanan saya,pasukan debat yang mewakili Persatuan Feminis Unggul Cecah Kredibiliti Elokkan Malaysia,yang diwakili oleh 3 orang gadis manis.Di sebelah kiri saya pula adalah pasukan debat dari Persatuan Muslimah Islam Bandar Baru Bangi yang saya sendiri tak tau diorang lawa ke tidak sebab diorang tak pakai make up."

Penonton memberikan tepukan gemuruh.

"Setiap ahli pasukan akan diberi masa 2 minit untuk menyampaikan hujah sama ada menyokong atau tidak.Tajuk perdebatan kita pada hari ini adalah "Adakah salah jika perempuan Islam memlih untuk berpakaian seksi?"

Wooo!Jerit penonton lagi.Ramai yang berkobar-kobar keran itu isu agak hangat.Pasukan debat  muslimah kelihatan menggelengkan kepala kerana agak terkejut dengan topik itu.

"Mulakan!" kata saudara Razali.

Saudari Wati daripada pasukan Feminis pun bangun memulakan hujahnya."Kami sepasukan sebulat suara bersetuju yang  hak untuk perempuan Islam seperti kami untuk berpakaian seksi adalah perlu dibenarkan dan tidak ada hak sesiapa yang boleh menghalangnya,individu atau kerajaan sekalipun.Saya berpendapat,tidaklah salah bagi seseorang perempuan,khasnya perempuan Melayu memperagakan kecantikan mereka kerana apa yang dipertunjukkan itu....." lalu Wati pun memusingkan badannya...... "adalah anugerah Tuhan yang perlu dikongsi."

"WOW! WATI! MARRY ME!" Jerit penonton.

"Hujah balas?" kata Razali sambil memandang pasukan Muslimah.Bangunlah Zulaikha sambil menggelengkan kepala."Kami sependapat mengatakan adalah menjadi satu kesalahan wanita Islam berpakaian seksi sebab itu hukum Tuhan...kita mana ada hak nak lawan."

Laju hujah Zulaikha itu dibalas oleh Diana,peserta Feminis paling seksi malam itu dengan baju baby t ketat sehingga membuatkan pensyarah yang mengiringi pasukan Muslimah buntang mata sebentar.

"Jika benar ini perintah Tuhan,berikan hujahnya?Jika benar ini perintah Tuhan,kenapa kita dijadikan ada akal supaya dapat memilih sendiri apa yang kita mahukan?Bukankah lebih mudah kalau Tuhan jadikan orang Islam semua automatik akan pakai tudung macam anda semua? Allah boleh kan buat tu? Nampak tak dari situ?Tuhan berikan kita opsyen! Dia berikan kita opsyen sama ada kita mahu atau tidak memakai pakaian seksi! Sama ada seseorang itu memilih atau tidak ikut perintah Tuhan..itu antara dia dengan Allah...tidak perlulah komen negatif datang daripada masyarakat kalau seseorang itu berpakaian menjolok mata."

Diana menyambung,"Kalau Allah sendiri memberikan saya akal untuk berfikir,saya tidak nampak apa salahnya saya berpakaian begini.Saya bukannya seorang pengganas,saya bukan mahu melacur..saya suka berpakaian begini kerana selesa,saya bebas bergerak."

"Lagipun,pasti ada sebabnya kenapa kita diberi pilihan.Look around you,kita duduk di Malaysia.Semua pakaian yang ala-ala Muslimah macam you pakai is not suitable.We live in a fast world where we have to be acknowledged as equal by men.Wearing purdah or tudung labuh does show you that woman are inferior to men.My clothes give me confidence,if I tutup myself,I am not the same person anymore..jika Tuhan really wish perempuan tutup aurat,give us the statement!" Diana menghabiskan hujahnya.Penonton bersorak kegembiraan kerana hujah yang disampaikan padat dan bernas!

Zulaikha gugup memandang kawannya di sebelah,Fatimah.Fatimah menggelengkan kepala apabila nampak Zulaikha menanyakan sesuatu.Fatimah lalu bangun dan menyampaikan hujahnya,"Harap maaf..kami tak dapat nak provide hadis atau ayat Quran yang menyebut pasal aurat wanita ni tapi...kita semua sudah sedia maklum,orang perempuan Islam wajib menutup aurat.....itu memang suruhan Tuhan yang semua wanita Islam wajib ikuti." Fatimah duduk semula kerana dia seolah-olah kehabisan hujah.

Bangunlah peserta terakhir dari pasukan feminis,seorang gadis manis berbaju baju kurung pink tidak bertudung. "Assalamualaikum semua.Nama saya Anita...seperti yang anda sudah nampak sekarang,satu masa dahulu,saya jauh lagi seksi daripada kawan-kawan saya ni.Tapi Alhamdulillah lepas saya cedera akibat daripada kemalangan dulu,sedikit sebanyak saya cuba jugak belajar tutup-tutup ni.Jadi,saya bolehlah dikatakan dah rasa dua-dua dunia,seksi dan tutup-tutup ni.Saya tak ada apa-apa nak hujahkan lagi sebab rasanya kawan2 saya pun dah jelaskan sebaik mungkin kenapa kita tidak perlu menyalahkan perempuan Melayu yang ingin seksi."

Anita menambah lagi,"Dulu saya berani pegi main futsal,saya bergerak bebas,saya ke situ ke sini atas tuntutan kerja...tapi selepas saya berbaju kurung ni,kawan-kawan saya pun makin ramai yang menjauhkan diri dari saya.Saya kurang buat aktiviti di luar rumah dan ruang sosial saya semakin terbatas. Pada saya,jika seseorang perempuan itu selesa dengan imej dia,dia perlu teruskan kerana perubahan imej itu bukan akan setakat mengubah pakaian anda,ia akan juga mengubah hidup anda secara total.Jika anda gemarkan aktiviti sosial..stay who you are!Point saya is simple...you won't see any tudung wearing chicks in a disco right? What's the reason? Limitation.."

"Jika anda tidak suka dengan limitasi yang akan dikenakan kepada anda,it's your choice.Anda yang decide.........Oh..sebelum saya mengundur diri.." kata Anita."...saya harap anda semua doakanlah saya dapat hidayah untuk bertudung,saya dah cuba dah dulu sekali dua tapi tertanggal balik....doakanlah saya ya?"

"INSYA ALLAH ITA! AWAK CUTE KALAU BERTUDUNG!" jerit salah seorang penonton lelaki gatal di situ.

Khatijah bangun menggelengkan kepala.Dia peserta terakhir,hujahnya perlu bernas dan ada isi jika dia mahu menang."Pertama sekali...tidak ada gunanya minta orang lain pohon hidayah untuk anda kalau hidayah pulak yang diperlukan untuk laksanakan benda wajib.Benda wajib is benda wajib...takde pusing-pusingnya lagi.Kalau seseorang itu tak nak solat,dia tak nak solatlah."

"Hidayah adalah alasan yang selalu orang Melayu gunakan untuk menangguhkan sesuatu tuntutan yang wajib.Nak tunggu hidayah berapa lama?Mana ada Tuhan bagi anda masa.Semenjak muda lagi anda dah diwajibkan menutup aurat,berapa lama lagi anda nak Tuhan bagi anda masa?Kalau dah banyak alasan,banyaklah alasan ....hidayah lah,mintak orang doakanlah...bz lah,active lifestylelah...menyampah aku debate dengan orang2 macam ni!Jom balik..." kata Khatijah.

Mereka pun beredar pergi.Dewan sunyi seketika.

"Oleh kerana pasukan lawan sudah pun berangkat pulang akibat tidak dapat mengawal emosi,saya umumkan pemenang hari ini adalah pasukan debat Feminis Unggul Cecah Kredibiliti Elokkan Malaysia kerana hujah yang mereka berikan sangat padu dan jitu sehingga tidak boleh disangkal lagi.Mereka membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi tajaan ADUN kita dan 3 tiket untuk menyaksikan MTV World Live Tour yang bakal menampilkan persembahan hebat artis-artis luar negara.

WOOO!
Penonton pun bersorak.

54 ulasan:

M EHSAN M TAMIMI berkata...

dunia2,,,,takbir Allahhuakbar!!!

Wan berkata...

oih..ziana zain lagih..kahkahkah

Tanpa Nama berkata...

syukur...

Asfan Ash berkata...

in the end org bertudung emo, yg xbertudung menang dan terus macamtu hehe. bagus cerita ni

tapi yg bertudung tu sikit sgt ilmunya

CaBaiKeRinG berkata...

ending tak best..

baru perasan hang minat ziana zain sebenaqnya...

Sood&Lamlie berkata...

ending ni memang situasi sekarang... kalau malas nak berdebat (sebab takde point debat pasal hukum yg dah terang2 TAK BOLEH)... yg blah tu akan dikatakan 'kalah'.
pe da. mengalah bukan bererti kalah.

RalphRazaq berkata...

setuju dgn ARC.....kena tambah ilmu supaya dapat menangkis ejekan orang2 sedemikian..

Tanpa Nama berkata...

Haih apela nak jadi... agama adalah satu tanggungjawab bukan satu pilihan.. once ko dah jadi umat Islam , tanggungjawab ko untuk jalankan tugas sebagai seorang Islam.. bukan pilih untuk buat atau tak.. klu xboleh buat , tukar jelah agama lain yg ko nak pilih.. apala yg diorg ne makan smp pemikiran jd mcm tu..

Tanpa Nama berkata...

FUCK'EM

Mantot berkata...

ahah!

ikhwaniey berkata...

kesimpulannya, situasi macam ni makin berleluasa dan golongan yang ingin menegakkan hukum ALLAH harus memperkukuhkan ilmu di dada agar dapat mematahkan hujah golongan yang dah terpesong nie...

zara berkata...

knape xde hujan yg bernas dpd pihak muslimah?? adoyaiii.... beremosi plak tu! huhuhuhuhu.... kan dh yg salah menang... berdakwah dan mendidik ni kena brdasarkan hukum dan kata2 yg berdiplomasi.... jgn emosi... sedihlah ending ni... kuikuikui...:)

Cik Siti Fairuz berkata...

aku percaya ilmu itu penting, bole bantu ko jawab ttg ape yg engkau perjuangkan.. serta menangkis ape yg org pertikaikan.

aku bkn la supporter of feminism bagai tu. lelaki mahupun perempuan patut tahu fungsi & tanggungjwb msg2. cara aku.. perbuatan lg penting dari cakap terlalak-lalak.. ye, bila kita ada ilmu yg 'hakiki' ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS

aku pernah benarkn sorg mubaligh kristian masuk kt bilik aku (masa kt U).. dia pompang2 ayat power then aku tanye satu soalan ttg Nabi Isa. dia terus xdpt jwb & blah. pendinding diri adalah ilmu! InsyaAllah

tasnim osthman berkata...

Betul tuh, aku sokonglah yang kata yang bertudung tuh ilmu sikit.kalaulah mereka berilmu agama dengan banyak di dada, aku percaya boleh jek dorang nak debat semula. Dunia-dunia. Bila dah camni, semua nak pertikaikan hukum Allah yanh dah sememangnya sejak azali. Melayu, Cina, India.. lani dah tak dak beza dah.

cik lana berkata...

Talian hayat :)

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Surah al Ahzab, ayat 59.

:)

Tanpa Nama berkata...

Aku pn rs emo gak bace post nie.
Arap² la mende camnie xjadik kat dunia sebenar. Rs xpecaya pn ader klau la pompuan yg camtue btul² wujud.

Aku penah bc tp ingat² lupe je la.
"Kita akan kalah kalau berdebat dgn org bodoh."

So.. pe yg muslimah tu buat betul. bab emo tu je yg kene perbaiki lagik.
Xtau la pe azab kat neraka nnt utk org² yg mendedahkan aurat nie.

-Sibur²-

siha berkata...

situasi realiti sekarang. rapuhnye iman kita. kita tahu yang wajib adelah wajib, tapi perlu ada ilmu untuk pertahankan semua tu dan juga untuk berdakwah. kalau tak macamni la jadinya.MasyaALLAH, tersedar betapa ceteknya ilmu agama sendri.

Tanpa Nama berkata...

kalo muslimah tu menang dpt tiket pi konsert...woaaaa....

cik@i

mr. hafis berkata...

persatuan FUCK EM

Ddila berkata...

setuju.kalau pakai tudung nak keluar dating pun malu kat tudung.hehe

p/s:eh..Mr Hafis.Hai.

Cik Nad berkata...

nak seksi ke tak kita perempuan ada pilihan??
sampai kita dah mati hidup semula nanti dan di kiranya dosa pahala.. ada dua pilihan juga di beri.. Syurga dan Neraka..

So? pilihan camne kau nak??

-Cik Nad-

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. saje nak share sikit.
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Semua umatku masuk syurga, kecuali orang yg tidak mahu." Para

Sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, Siapa orang yang tidak mahu masuk syurga?"

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa taat kepadaku, Ia masuk syurga. Dan, siapa tidak taat kepadaku, ia tidak mahu masuk syurga." -HR. Al-Bukhari-

selain dari ayat dlm surah al-Ahzab, perintah menutup aurat bagi wanita juga ada dlm surah an-Nur ayat 31.
batas2 aurat wanita diperjelaskan dalam hadis Rasulullah s.a.w.
perintah menjaga pandangan bagi org lelaki juga ada dlm surah an-Nur ayat 30.

dlm cerita ni, org yg nak debate ngan orang jahil/fasik ni memang kena ada ilmu. (stuju ngn cik siti fairuz). sebelum debate, dah prepare awal2 ngan ayat Quran dan hadis.

mengenai pilihan mcm si Diana dlm cerita ni kata..ada juga jawapannya Allah bagi.

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (surah al-Ahzab: ayat 36)

dari ayat ni, kita boleh faham, perintah Allah dan Rasul kita memang kene ikot lah. or else, kita jadi org yg sesat..derhaka..

wallahualam.

-si tenang-

KiD berkata...

Tuhan juga beri pilihan, nak jadi islam @ kafir.Tapi ramai yg murtad.

Tanpa Nama berkata...

Mantot,
kau je lah masuk pasukan debat tu.
hujah ngko kan bernas.ekekeke..

hanafijaafar berkata...

long live bandar baru bangi!!!

Irshadim berkata...

Ni apa punya cerita ni? haha. But nice one, though. Menggambarkan keadaan sebenar. Seriously, kita kena ada ilmu jugak la kalau nak beramal. Ilmu tanpa amal tu membuta tuli namanya.

Irshadim berkata...

@ hanafi jaafar.

kan? Bangi Bandar Islam. LOL

Kudut berkata...

dari cerita ni jelas orang melayu ni sebenarnya mindset dia cuma: Allah kata A dia ikut A. X pernah nk memahami kenapa A dan bukan B.

itulah yg aku dgr dari orang Iran syiah bedasarkan pemerhatian n persoalan dia pada org melayu kita ni.
Malu wei syiah kutuk kita mcm tu, walau sesat sekalipun org syiah tau kenapa dia ikut.

Ikut perintah Allah membuta tuli samalah seperti membaca Al-Qur'an tanpa memahami ertinya. Kesudahannya kita senang terpedaya dan senang melenting tanpa usul periksa bila benda lain dari yg lain timbul.

Tanpa Nama berkata...

mantot ni macam suka dekat ziana zain je..hehe

Tanpa Nama berkata...

hahahaha gambar ziana zain selalu jd mangsa

melayungokcursed berkata...

alah ko ni kuno beno orang negori ni.

Mcam ziana zain pakai tu pun nak komen.

Kat Siam, Filipine tu melambak perempuan cantik.

Perempuan melayu sudahlah obese sekarang ni, bertudung pulak tambah hodoh.

Lelaki tepuk dada tanya selera. Perempuan mcam mana ko nak.

Kat internet bersepah gambar perempuan tak pakai baju, apa ko nak sebuk pasal perempuan pakai kebaya kihkihkih..

Ko tak tahu ke mana nak cari?

google je. Perempuan jual mahal tutup sana tutup sini boleh blah..

serat berkata...

cik lana said...

Talian hayat :)
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman

Nasib baik gua bukan Nabi..hehe

Tanpa Nama berkata...

takut aku baca komen korang...

takde ilmu?aku sure SEMUA pempuan Melayu tau,tutup aurat tu wajib.Tu maksudnya,at least busuk mcm mana pun,semua org dah ada ilmu basic..

aku tulis ni pun sebab kalau semua orang Melayu tau dan aplikasikan ilmu yang dia ada..benda mcm debate ni takkan berlaku.Tapi it happen.

Aku selalu kena kutuk dgn "pempuan liberal" bila aku kutuk persoalkan pasal benda ni kat sini.

Nanti aku sambung bila aku balik.

Mantot

Tanpa Nama berkata...

ala..jiana jain lagi...yg single mingle takde ke mantot...

Hindi Movie berkata...

@mantot

"Aku selalu kena kutuk dgn "pempuan liberal" bila aku kutuk persoalkan pasal benda ni kat sini

aku nmpak x ramai plak 'pempuan liberal' duk mengomen kt blog ngko ni. rasanye penulisan ko dlm cursingmalay blom cukup power tuk dipertikaikn dgn lebih detail oleh si liberal/conservative.. ehem

usaha lebeh lg mantot!

Lucy S. berkata...

noticed the 'fuck em' too.

oh and rasa panas.

harap kita tak dibutakan hati sampai nak lawan hukum Islam smpi mcm tu skali.

siti berkata...

maybe sebab orang zaman sekarang tak berapa nak apply rukun negara pertama ; kepercayaan kepada tuhan. bila kepercayaan dah kurang, even ada ilmu atau tak, people are tend to decide which are more convenience to them. tak kisah la ikut hukum ke tak. pendapat aku la kan.

sim_2096 berkata...

apa ni en. mantot...buat la ending citer...kebenaran menghapus kebatilan..baru syok sket baca...apa pun citer ni ada moral of the story yg tersirat...

Kaki Merapu berkata...

alololo...menang kat dunia ja lor...
tgk la menang kat SANA sapa nak sorak...hahahahaha..

Mantot mai mana la idea hang buat cerita lagu ni..ahahahahaah..

fakeplasticlife berkata...

golongan feminis tu, adalah golongan menegakkan benang yg basah..

Aslina berkata...

wow.

nak plak kan golongan feminist tu cakap memudahkan pergerakan kan...

ada gak ah nak tutup walaupun ketat setengah mati.

haha... aku overload makan pun baju terketat sikit dah rimas...

baek bogel je terus. kan senang? takyah nak pikir pakai apa pun. hahaha...

cuma pastu dok wad gila ah kot.

orang-orang berkata...

Pegh..dah terbayang-bayang scene debate ni dalam kepala otak aku...tapi yelah..orang akan mencari,mencipta beribu alasan demi kepentingan masing2...

ezi.. berkata...

mmm..
Semuanya berbalik kepada diri sendiri dan akar umbi. Masalah besar masyarakat kita adalah kita tidak mendidik generasi kita dgn cara hidup Islam yg sebenar. Kita telah terlalu byk terpesong mengamalkan cara hidup sekular utk maju kononnya sehingga kita merasa hukum agama itu adalah janggal dan pelik apabila diamalkan tp bila buat dosa sudah menjadi biasa.. tak tutup aurat takpe, tp bila tgk manusia tutup aurat dlm erti kata sbnr kita pandang dia spt alien.. keluar dating biasa, tk keluar dating dikata mcmana nk kenal hati budi.. anak tak solat takpe, tk marah tp kalu anak tak bagus belajar punyalah marah mcm anak buat dosa besar.. Anak2 kecil diajar menyanyi, menari golek2 cukup gembira hati mama papa sbb kata anak dia cerdik & kiut miut.. jadilah kita semua hidup dlm kerugian..
Org mcm ni telah menjadi bilangan majoriti masyarakat kita, sepatutnya kita fikir pendekatan mendidik mengamalkan gaya hidup Islam.

si tenang berkata...

sebenarnye aqidah orang Melayu ni tak kuat pon. Islam yg dia pakai tu just ikut2 je dari mak ayah. mak ayah pon ikut2 dari tok nenek..penerapan aqidah, ketuhanan, kekuasaan Allah tu tah berapa ramai je yg faham. kite ajar anak2 semayang, tutup aurat ke apa sume, tapi kalau dia tak kenal Allah, tak faham kekuasaan Allah..memang takde gunalah pun..
dan lagi satu, manusia ni fitrahnya lupa. kalo dlm perkataan arab pon perkataan 'manusia/insan' dan 'lupa' adalah dari root word yg sama. jadi peringatan secara berterusan tu perlu. sebab tu kena baca Al-Quran (baca dan faham).

cuba dengar radio IKIM..setiap khamis jam 5-6 ptg (kalau tak salah)..segmen Islam agamaku. dia invite saudara baru untuk bagi talk. fuhh!! sy yg kate Islam dah 25 tahun (sejak lahir) ni pon pemahaman tak hebat macam orang yg baru convert tahun 2007 tu..memang kena bagi faham sungguh baru kita bleh rasa yg kita ni makhluk. hamba Allah yg xde apa2...

Unknown berkata...

wojhaha!
sial melampau feminis

bukan ziana zain berkata...

takotnya bc komen melayungokcursed
dan
sangat sedih

Tanpa Nama berkata...

mantotnyer fetish ngan ziana zain

Tanpa Nama berkata...

btol la Allah mmg bg akal utk wat pilihan pon..pilih syurga or neraka..kalau dah neraka yg golongan tu pilih nk buat macam mana kan..bukan diorg tak tau akibat perbuatan diorg

Tanpa Nama berkata...

imam Shafie pernah berkata :
aku sanggup berhujah dengan 10 orang yg berilmu, tapi aku akan kalah berhujah dengan 1 orang yang jahil...

coccyxache berkata...

uncle. ni aku ade sikit perkongsian la. aku dengar dari kawan aku.

ade sorang perempuan seksi freehair pegi kelas. pastu dia duduk sblah prmpuan pakai tudung labuh. dia mcm pelik la kan. dia tanya prmpuan tudung tu, cik kak, xpanas ke pakai tudung2 labuh ni? perempuan tdung labuh tu aku panggil A la ye. A pun jwb, "cik, sy akan jwb soalan cik dengan soalan. ni kira mcm nk asah otak cik jugak la kan. cik kla naik kereta kan, pakai tali keledar x? "
cik freehair pun gtau. "eh, mesti la. safety first okay" A pun senyum . "okay, pakai tali keledar sbb nak selamat la kan. tapi kla pegi jalan2 kan pastu xde pun kemalngan ke, kecelakaan ke, xrase rugi ke pakai? kan tali keledar tu mcm menganggu je. kepit2 badan gtu. xrimas?" cik freehair jawab, "eh, xkan nak menyesal kan. pandai naik kereta, pandai2 la pakai tali keledar, ikut peraturan. rimas tu mmg la kan, sape suka kan. jd terhad pulak kan duduk tu."
A cakap, "wahhh. pandai nye cikkk.. okay, tu la jwpan sy. cik dah jawab dah." cik freehair mcm terpinga2 xleh pikir ape jawapan yg dia da jwb. dia pun balik. naik kereta. pakai tali keledar. dia pegang kepala dia. kla pakai tali keledar = pakai tudung; kemalangan = kene raba, kene ngorat, kene pegang2, cleavage kne tenung; beli kereta = jadi islam; undang2 jalan raya = undang2 Allah ; selamat sampai destinasi = masuk syurga ; maknanya . . .
pakai tudung mcm jugak pakai tali keledar/ helmet.

al- ifudin berkata...

Pasukan debat muslimah xbuat research betul2 sebelum datang berdebat.. bajet korang betul, dipihak yang benar tak perlu nak elaborate banyak2??adoyai..macam ni susah la.. bukan setakat team yang menang tu boleh riak, mane tau ade penonton yg cetek akal nya percaya bulat2 team hottie tu.. x ke naya.. wanita2.. hehehe.

jangan la kata korang kalah sebab xnak menang tiket g konsert.haha

Tanpa Nama berkata...

sesungguhnya telah datang kepadamu beberapa keterangan daripada Tuhanmu. barangsiapa melihat (menerima keterangan itu), maka (bahagialah) bagi dirinya; dan barangsiapa yang buta (tidak menerimanya) maka (celakalah) atas dirinya. bukanlah aku orang yang menjaga perbuatanmu...surah al-anaam..ayat 104

Arif Sam berkata...

haha..,kalau team muslimah menang ..,diorg pun ta nak,,hadiah pon tiket mtv world yg melalaikan dan dedah sana sini..,kalau menang serupa cakap ta serupa bikin..,

Cik Ally berkata...

pernah encountered sorang makcik cakap kat mak aku..

"saya tak mau suruh anak-anak saya bertudung. kalau diorang nak bertudung, biar itu dari diorang sendiri, bukan sebab saya yg suruh.."

sayangnya mak cik tu bertudung...tapi mak cik tu tak sayang anak. dia selamat diri sorang-sorang tapi biarkan anak-anak dia kena bakar rambut sampai menggelegak otak.