Jun 24, 2011

Awkward Agama : Seberat Mana Tanggungjawab Suami?

Hamid resah menunggu di sebelah isterinya
Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 1:10 tengahari

"Ya Allah ya Tuhanku...permudahkanlah urusan isteri aku bersalin.." bisik Hamid dalam hati berulang kali.

Ani mereung sedih suami.Sakit hendak bersalin makin terasa.

"Abang,sakit bang..sakit....doakan...anak kita selamat ye bang..." rintih Ani sayu.

Hamid angguk."Insya Allah dia selamat.."

Sejenak kemudian,Ani tiba-tiba menarik nafas panjang menahan sakit hendak bersalin yang datang semakin lama semakin pantas,semakin panjang."SAKIT!SAKIT!AAAAA!" Jerit Ani,memejam mata rapat lalu digenggam tilam dan selimut dan apa saja yang ada disekeliling.Perit mata memandang perit lagi badan yang menanggungnya.

Orang-orang di sebelah mula memandang Ani dengan rasa simpati setiap kali Ani mengerang kesakitan.Hamid hanya mampu tersenyum,dalam hal ini tidak ada benda yang mampu dilakukannya selain daripada meminta Ani bertahan.

Hamid kembali merenung jam tangannya,sudah dekat 1:15 tengahari.Sakit bersalin isterinya semakin kerap datang.Sekarang sudah 10 minit sekali.

Waktu zohor sudah hampir masuk..khutbah Jumaat sekejap saja lagi akan dimulakan.

"Abang..sakit bang..jangan tinggal saya seorang..sakit...saya tak tahan...sakit" pinta Ani sambil air mata mengalir.Hamid gusar,termenung memandang lantai.Dia buntu.Apa yang dia perlu lakukan pada waktu itu?

Menemani isteri,supaya isteri ada di depan mata,supaya hati rasa tenang tak gelora.Atau pergi menghadap Tuhan,mana tau terlepas kelahiran anak pertamanya.Mana tau terlepas detik akhir isterinya bernyawa..manalah tahu? Bersalin adalah soal hidup atau mati.

"Aduh..sakitnya..abang,teman saya...saya tak sanggup sorang-sorang.." pinta Ani.

Hamid buntu.
Apa yang dia perlu lakukan?

80 ulasan:

RieNa berkata...

kalau saya sbg isteri, saya minta dia ke masjid tunaikan solat jumaat,doakan saya dan segera kembali ke sisi saya.

maaf tak dpt bg pandangan sbg seorg lelaki.

Tanpa Nama berkata...

2nd dowh....

CaBaiKeRinG berkata...

sial.. pagi2 jumaat dapat soalan mentensionkan macam ni! hahah

-azwanbakhtiar- berkata...

kalau p smyg jumaat pon komfem tak tenteram.

Akulah Pak Lan berkata...

Apa hukum solat Jumaat?

Kalau Hamid terlepas solat jumaat, apakah balasan yang dijanjikanNYA?

Apa pula hukum solat fardu?
Kalau Hamid tidak menunaikan solat jumaat dalam waktu ini, tapi dia masih melakukan solat fardu apa akan jadi?

aku tak ada jawapan..tp ada persoalan..

Tanpa Nama berkata...

sbg isteri nk beranak anak sulong, rasa mmg nk suami kat sebelah. takut mati pas bersalin... ntah la hamid, stress nk jawab soklan hari ni

Tanpa Nama berkata...

Ini soalan yg bijak
Tp tk ramai yg akan menjawab dgn bijak.

Aku gagah

Sood&Lamlie berkata...

Aku akan suruh dia solat. Doakan aku beranak dengan selamat. Pastu balik cepat2.

Retro berkata...

Citer ni tak lengkap. Takde tulis isteri kat hospital atau tak.

Btw, Mantot. Kalau kisah Hamid jadik kat kau nanti, pegi je sembahyang Jumaat. Bukan lama pun. Isteri2(bakal ibu) tak sebodoh tu nak halang kau. Masa isteri sakit bersalin, tak berapa penting pun sama ada suami ada di sisi. Yang penting, bayi selamat dilahirkan, sihat sempurna sihat.

Cik Siti Fairuz berkata...

@Aku gagah

wa ayat PROVOKE! tgk pas ni siapa yg boleh jawab ngan BIJAK

aku tunggu...

mel berkata...

susah ny soklan..xtau nk decide..nk tau sgt2 tindakan yg spatutnya..

Retro berkata...

Sori lupa nak tambah:

- "Masa isteri sakit bersalin, tak berapa penting pun sama ada suami ada di sisi. Yang penting, bayi selamat dilahirkan, sihat sempurna sihat."

Tu sebenarnya yg ada dlm minda isteri masa sakit tu. So, kau ampunkan dia dan redalah kalau dia mati tanpa kau yg di sisi. Sebab sebenarnya kau dah berjaya memberi ruang isteri kau ke syurga. Alhamdulillah.

NMR berkata...

kompem, ni paling touching!

Si teNang berkata...

jawapannya memang hamid tu kene menyahut seruan ilahi lah..tiada seruan yg lebih penting daripada seruan ilahi.

dan isteri solehah pon memang akan minta suaminye menyegerakan solat apabila sampai waktu.

abangsahar berkata...

jawapannya pg semayang jumaat..bini bukan duk sorang2 dalam wad tu..doktor/nurse sumer ada.nak tacing sket2 boleh la tapi bagi sikit ruang masa utk hal wajib..tanggungjawab bapak mendidik, so kena didik bini ngan anak tu..bukan lama pun semayang jemaat.

si suami pastikan lari balik lepas semayang,jangan layan cendol luar masjid plak.cilaka.

Tanpa Nama berkata...

hamid, kenapa la hang kawen? kalo stay bujang kan senang.. xde pening kepala gundah gulana camgini

Tanpa Nama berkata...

susah gak la nak jawab.kalau ikut tuntutan agama memang la kena g jumaat dulu.tapi manusia tetap manusia..slagi kita xduk dalam situasi tuh,kita xtau pa kna wat..dah ada dlm situasi tuh..masing2 penin kepala.yg si bini xfikir pa dah..almklum,org tgh sakit.sakit gigi pun xleh nak fikir ni kan sakit nak bersalin..laki lak,ank 1st beb,kmperm menggelabah xtentu hala..haha..

Hot Mama berkata...

Aku penah dgr cita psl sahabat Rasulullah SAW tak dapat nak pegi perang pasal nak jaga isteri dia yg dah sarat mengandung. Lps tu Rasulullah SAW bersabda bahawa pahala suami yg menjaga isteri yg mengandung adalah sama seperti orang yg pergi berperang. Aku tak pasti la cita dia mcm mana sebenrnya tpi lebh kurang itu la yg aku dgr kt ceramah. Kalau salah mohon maaf.
Apa yg nak aku sampaikan ialah..menjaga istri mengandung pun pahala nya besar dn dipandang mulia di sisi Allah, apatah lg klu isteri tgh bertarung nyawa nk branak. Ada laki yg tgl smayang jumaat dgn alasan yg lbh remeh dri tu kan? Apa salahnya bsma isteri tersayang ketika saat dia kesakitan dn perlukan suami.Itu pandangan aku la..aku tak kata aku btl ye..so jgn marah di pagi jumaat ni!

Si teNang berkata...

kak hot mama..perang dengan solat tu sama ke?

ustaz mantot. tolong le bagi jawapan.

Tanpa Nama berkata...

Si teNang

betul.. ape2 pun yg tuan blog ni tulis, dia sahaja yg ada jawapannya. kite jawab ikut mana pun, dia ada lg jawapan yg tepat. ehem

dijemput ke pentas Ustaz Mantot, tazkirah hari jumaat ni. Kami sedia mendengar. (tak baik tau, kedekut ilmu ni)

Si teNang berkata...

ade sahabat zaman rasulullah dulu tak dapat nak join perang atas halangan macam yg akak hot mama ckp tadi. tapi Rasulullah kata dia ade niat nak jihad fi sabilillah tu pon dah dapat pahala cam org jihad.

tapi soalan saya..adakah boleh kita ade niat je nak solat. tapi tak solat2 pon. (cam ajaran sesat je)

pastu solat yg bertangguh-tangguh ni, tak dilakukan pada awal waktu ni, adakah kita yakin kita sempat menunaikan solat? sape tau tengah2 tunggu isteri yg sakit tu, tak pegi2 solat padahal dah masuk waktu, tetibe dia sendiri yg kene strok/heart attack.meninggal.haaa..macam mana?
isteri yg tgh sakit bersalin tu pon, betul ke masa tu jugak anaknye nak keluar? kot laa contraction yang berlaku jap2 tu je..ke camane? huuu~

sebab Rasulullah ade bagitau beberapa perkara yg tak boleh ditangguhkan dan salah satunya adalah solat, apabila masuk waktu.

wallahualam.

annas berkata...

ada beberapa keadaan yang mana solat jumaat ni jadi tak wajib :

1) bermusafir dengan syarat keluar dari rumah sebelum subuh.

2) jemaah tidak mencukupi (minimum 40 orang lelaki yang cukup syarat)

3) solat sunat aidil fitri / adha pada hari jumaat kerana khutbah telah dibacakan pada waktu itu.

perkongsian ilmu setakat yang aku belajar. kalau ada yang lain sila tambah.

Tanpa Nama berkata...

Buat bodo je la..Hahahahahaha.. Mantot oh mantot..

wootwoot berkata...

aku bg jwpn yg honest.

klo aku dlm situasi cmni aku x pg solat jumaat tp aku temankn isteri aku.then bila ada sedikit masa lapang cpt2 pg zohor kejap. isteri aku ialah tanggungjawab aku.DIA maha adil.islam itu mudah.xperlu nk tension sgt pker bnda ni.

itu pndapat aku yg sejujurny n itu yg aku akn buat sbb itu yg aku rasa betul.klo aku salah sila betulkn ye.

Independent Malay berkata...

Assalamualaikum sdra/i,Sembahyang Jumaat itu hukumnya wajib bagi mereka2 yg mampu.Allah permudahkan hamba2nya kalau dlm perjalanan atau kecemasan;kalau dlm perjalanan kita di bolihkan Jama'& Qasar walaupun pada hari Jumaat.Semasa isteri bersalin anak sulong keadaannya memang cemas.Pada pandangan saya bolih digantikan dgn solat dzuhor ditempat isteri nak bersalin.Cuma diperingatkan bahawa apabila seseorang mukmin itu mampu tetapi tidak mengerjakan solat Jumaat berturut2 3kali maka ianya terkeluar dari Islam(Rahmat Allah)& juga Allah Maha Mengetahui.

Tanpa Nama berkata...

kalo aku, aku pun akan temankan isteri aku dlu. solat jumaat aku gantikan dgn solat zohor je nanti bila sume dh selesai. sebab aku rase kalo hati x tenang cane nak kusyuk solat nanti. sama gak kalo antara nak mkn dan solat. kta digalakkan mkn dlu.

Tanpa Nama berkata...

aku tidak tahu, rase2 aku kene g solat jumaat yg sepatutnye, tp kalau dah ade kat situasi cmni, aku rase aku stay dgn bini aku, hm..

Perempuan Melayu berkata...

Mantot!

aku rasa rata2 ckp je suruh husband pergi masjid tp mesti dia tak bagi pon.dan bukan masalah bini suruh g masjid ke tak. masalahnya dia tu nak ke pergi masjid ke tak.takot 1, terlepas tgk experience bini melahirkan anak. takot 2, takot bini marah.hehe

tapi aku rasa sepatutnya pergi sembahyang jumaat. doakan bini. kalau bini survive, mungkin berkat doa anda para suami.

kalau baby atau bini tak survive, anda para suami mungkin akan dipersalahkan.

kalau bini dgn anak x survive, mungkin anda akan dipersalahkan juga dan rasa guilty sampai bila2, lepas tu kahwin lain.

entah la mantot, aku nak dengar hujah kau yang insyaAllah akan menjadi ikutan lepas2 ni :)

Syafinaz berkata...

Very complicated...

Bkn membuka pekung didada,tp aku sendiri dlm keadaan panik bila air ketuban pecah disubuh hari telah terlupa terus utk menunaikan solat subuh krn terus bergegas ke hospital dgn suami yg berada dinegeri lain sah2 takleh smpi on the spot dan terima hakikat aku bersalin tanpa suami disisi (ank 1st tu)sedangkan ustaz azhar idrus mengatakan waktu itu wanita itu masih wajib sembahyang.*sigh

Dalam kes hamid ni mmg dia dlm dilema.mana2 suami yg duk dlm situasi dia pasti dlm dilema.so apa kata hamid berserah pd Allah swt sbb ajal maut ditgn tuhan.P la solat jumaat walau hati x tenteram sbb tu wajib utk lelaki kecuali ada keluar nas yg mengatakan boleh hold kalo isteri nk bersalin (tp x pernah dgr lagik la setakat nih).

Apapun wanita diluar sana,selalu la mintak suami doakan kita mudah bersalin insyaallah dipermudahkan.Saat genting aku time tu hanya mendengar suaranya dicorong telefon.Namun aku positif dan proses tu pastinya x lama.1 hour shj.Alhamdulillah.

serenity9260 berkata...

sangat berat

Ni best bro!!!
Gempak Aje : Cas Handset Dan Laptop Anda Dengan Hanya Menaip Atau Tap Pada Touchscreen!
Gempak Aje : Air Beracun Di Sungai,Laut Walau Loji Sekalipun Boleh Diminum Lepas Filter Dengan Filter Ini
Gempar Aje : Hacker Vs Hacker : LulzSec Dihack Kumpulan Teampoison
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Tak Tenang berkata...

Tak minat baca komen si tenang

jumud

Tanpa Nama berkata...

Klu kat hospital, doktor ada. Klu kt rumah, hantar pg hospital or panggil orang. Sebab:

Surah Al Maidah ayat 32 (sebahagian shj -tolong refer ayat ini dari awal): "dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya.."

Tapi ayat ni ckp (kalau baca dari awal)utk Bani Israel kan? Apply kat ke? Entah, saya tak tahu.

Si teNang berkata...

alamak.sori yer saudara/saudari..komen sy lebih kepada solat fardhu je..bukan solat jumaat. hehe. tapi yg sy cube katakan adalah solat lebih penting.

pasal solat jumaat ke ape ni, tu laa..kite pon tatau citer ni Hamid & isterinya tu dekat mana..even kalo kat spital pon, tapi sebelah spital tu masjid, dah kalau Hamid risau sgt, rasenye dibolehkan dia skip khutbah. masih sah kalau dia x sempat attend khutbah tapi sempat berjemaah solat jumaat.

sy suke komen perempuan melayu. persoalannya jugak, si Hamid tu ye ke nak pegi solat? kalau Hamid merupakan 1 karakter yg diwujudkan utk mewakili/menggambarkan lelaki Melayu hari ni yg ngaku Islam, bersepah org laki Melayu "Islam" merewang kat shopping complex or lepak kedai makan time solat jumaat..hahaha~

Tanpa Nama berkata...

solat jumaat lain dgn solat lima waktu tu kan?

suhaimi berkata...

bismillah..
ini adalah 1 persoalan yg bagus, ramai org x tau macam mana nak handle.. aku boleh jawab, tapi aku x mampu nak memberikan dalil2 yg kukuh untuk jawapan aku.. maka aku bagi cadangan, pada sapa2 yg rajin, sila bertanyakan masalah ini pada orang alim agama, cthnya ustaz azhar idrus, atau ustaz zaharudin, diorang boleh bagi jawapan beserta dalil nya sekali, pastu boleh la sama2 kongsi kat sini.. (^_^)

tapi, bagi aku, seorang isteri yg solehah, tak kira dalam kesakitan atau tidak, akan memahami akan tanggungjawab suaminya dengan tuhan-Nya.. dan seorang suami yg soleh, pasti akan bersedia menerima segala kemungkinan yg akan berlaku tatkala dia pergi menunaikan urusan dia dengan tuhan-Nya.. (^_^)

Si teNang berkata...

@tak tenang.

terima kasih bagi sy kenal perkataan jumud tu. :)
sy ni masih banyak yg tak tau juga..so, sy just nak share fahaman sy supaya ade sesiapa boleh betulkan kalau sy salah. itu sahaja. perjalanan hidup ni kan satu proses pembelajaran juga..

Tanpa Nama berkata...

aku tanya sebab aku tak tau.
jgn tunggu jawapan dari aku,plis..
benda ni agak payah nak dijawab..
aku try carik tapi takde jumpa yg membincangkan pasal benda ni dgn spesifik.

tapi pada aku Suhaimi punya explanantion betul,sebab mcm mana pun,Tuhan nombor satu,yakin dgn apa Dia bagi kat kau.

cuma,dalam agama,ada pelepasan dia.adakah benda2 camni termasuk dalam pelepasan?

Mantot

cikCT berkata...

assalamualaikum

ak mmg sgt2 tertarik dgn persoalan ni.dr jdk silent readers terus bg comment
sampaikan ak post kat status fb and mntk tlg kwn2 ak jwb
ada yg kata awjib pegi smyg jumaat sbb semayang jumaat tu wajib

tp pd pendapat ak,
isteri dia sakit nk melahirkan seorg lg umat Islam kat dunia ni and dh kira mcm berperang..dh blh dikategorikan sbgai darurat.plus ada dlm satu forum ni

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8792.0

dibolehkan sekiranya " jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat" tp ak taktaulah blh ke tak categorized kan org yg sakit nk bersalin tu dgn statement tu..

korang rasa?

RieNa berkata...

sbnrnya,boleh je nk pegi solat jumaat.kalau di hosp biasa, yg suami tak boleh temankan isteri tu, mcm mana plak? dah tentu2 suami takleh berada di sisi isteri,jd lebih baik dia pegi masjid.

bkn semua isteri bertuah suaminya ada disisi ketika melahirkan. tp ok je bersalin,keluar jgk anak.dgn izin Allah jua.

kyo_9 berkata...

huhu..
ak dilahirkan dalam situasi yang sama dalam cerita ini..

sewaktu menunggu ak hendak lahir, ayah ak g menunaikan solat jumaat di masjid berhampiran solat.. bila pulang semula ke hospital, alhamdulillah, ak sudah selamat dilahirkan dan ummi juga selamat~

solat jumaat hukumnya sama dengan solat fardhu.. Tuhan hanya minta hamba-Nya bertemu 5 kali sehari sahaja~ ;)

Tanpa Nama berkata...

pada aku temankan wife anda
sbb dia tgh btarung hidup dan mati
agama kita x pernah hilang nilai kemanusiaan

kdg2 simple je..gunakan common sense..dan tawakal pdNya

Tanpa Nama berkata...

aku baru cek tarikh lahir aku dalam kalender islam

aku lahir 30 mac 1990

same dgn 3 Ramadhan tahun 1410 hijriyah, bulan puasa, fu3

hari jumaat

pukul 12.40 tgh hari

syg, sket je lg untuk zohor

kalau x bole tau cane bapak aku buat

tp pada pandangan aku, aku rase kene g solat jumaat

tp aku pn xtau ape aku buat kalau aku kat situasi cmni

tp kan, kalau kite MUSAFIR, kite diberikan pelepasan drpd solat jumaat

kalau situasi cmni, cane ek?

musykil3, tnye ustaz azhar idrus satu

-BERUANG-

Tanpa Nama berkata...

membaca blog si tenang tadi terasa cam org yg perlukan bimbingan hidup

Si teNang berkata...

baru pagi tadi sy dengar kat radio IKIM..ustaz tu cite 1 kisah di zaman rasulullah.

ada sorang isteri yg taat pada suaminya dan pada Allah lah (sudah tentu)..suami keluar berdagang. zaman dulu, tau lah macam mana kan. takde fon nak contact2. dan keluar tu berhari-hari or minggu juga sebab kenderaan dorang pun cuma unta or haiwan2 lain.

dalam masa suami keluar tu, datang sorang laki bagitau isteri yg kat rumah ni bahawa ayah si isteri ni sakit. mintak dia pergi melawat. tapi isteri tak pergi sbb bimbang suaminya tak izinkan (nak contact mmg x dpt la).jadi, dia tak pegi ziarah ayah kandung dia yg tgh sakit. selang beberapa hari, laki tu dtg lagi bagitau ayah dia nazak. isteri ni masih juga tak pergi ziarah sbb takut suami dia tak izinkan. selang beberapa hari, laki ni dtg lagi bagitau ayah dia meninggal dah. suh pegi ziarah utk tengok kalo terakhir. tp isteri ni tetap tak pergi sbb dia takut kalo suami dia tak izinkan. sampai lah hari suami dia balik rumah. isteri ni cerita la semuanya kat suami dia.pasal ayah dia sakit, nazak, meninggal tapi dia tak pegi tengok..dia sedih dan rasa bersalah dan takut juga la..pastu mereka pergi bertanya pada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. jawab, jangan sedih. jangan bimbang sebab tindakan dia tu (mentaati suami) dah bagi syurga kat ayah dia.

kesimpulan:
tanggungjawab isteri mentaati Allah, Rasul, Suami.
tanggungjawab suami mentaati Allah, Rasul, ibu bapa.

renung2kanlah~ :)

Jiji berkata...

Kes Hamid ni kan ko, tgk tahap darurat.

Kalo darurat, (maksud beranak sampai tahap boleh nak mati, dokter takde.. nurses takde)tak payah le pegi solat Jumaat tu.Teman je la wife tu.

Kalo dokter ngn nurses ada situ, ko ckp je la saya amanahkan isteri ni dibawah jagaan dokter nak pi masjid kejap.

Sam33rah berkata...

Pilihan korang menunjukkan betapa kecilnya Allah dalam kehidupan korang.

Macam mana nak bahagia kalau Tuhan yang ciptakan perasaan bahagia dan tenang tu pun korang boleh letak tepi? Sanggup ketepikan perintah Allah tapi boleh cakap pasal tawakal. Tak malu ker? Tau tak apa tu tawakal?

Agama Islam bukan agama ikut logik.

Yang pilih solat jumaat, tahniah.

kuncisudu berkata...

aku penah alami situasi ni, isteri dah nak bersalin, asar pulak dah masuk.

apa aku buat, aku pergi je solat asar.
isteri aku? dia tak halang.
kusyuk atau tidak? aku boleh kata ya, final verdict Allah yang tentukan.

final comment? topik yang agak tidak relevan sebab hampir semua orang tahu jawapan yang betul, bukan jawapan yang jujur.

Jojoe Ali berkata...

Pendapat.. idea.. semua tak ikut dalil pun. Hahaha lucu.

Seriously, kalau aku, aku tak pi. Jujur ni. Kalau buleh, kat situ jugak aku Zohoq.

Selalu kalau trapped dalam jam pun, brapa kerat yang nak tutup enjin and lari pi Jumaat? Berapa? Hahaha.

Kalau nak dekat Asaq pun bini aku tak beranak lagi, aku akan ready untuk qada'. Sebab aku tau, pi Jumaat pun bukan aku buleh tenang.

Ini pendapat dan idea aku, dan memang aku akan buat macam tu pun. Tak ikut dalil, tak tanya ustat. Dia Tuhan aku, dan Dia ja yang Maha Memahami aku.

Sekian.

Jojoe Ali berkata...

Owh.. tambah skit lagi. Ada satu benda ni aku tak tanya, tapi seorang ustat yang bagitau sendiri masa kami dok sembang bab Rukhsah Solat.

Seorang doktor yang tengah dalam Operation Theatre, dia diharuskan jama'. (Jama' ja naa, bukan Qasar).

Makanya? Hehe.

azmie berkata...

pegi jumaat kat masjid dpn rumah bini muda la apa lagi. hospital tu doktor pakar ada, doktor biasa ada, misi belambak. apa nak risau

Tanpa Nama berkata...

hazard. doktor tu, dia yg jalankan operation. kalo dia tinggalkan operation tu, bleh mati pesakit kalo belah2 pastu biar ternganga gitu je luka pesakit.

soalan sy: dalam situasi ni, teman bini nak beranak yg wajib ke atau solat yg wajib?

kalau teman bini beranak tu wajib, makanya ramailah suami dpt dosa. sian suami2 yg duk jauh ngan isteri masing2, tak sempat nak sampai hospital teman isteri dia bersalin, isteri dia dah terbersalin dulu dah..

meh kite tanye kat ustaz dulu utk kepastian.

sim_2096 berkata...

cube le tanya kat...TANYALAH USTAZ @ USTAZAH dalam slot RAUDAH d TV9...pasti ada jawapan yg menarik & penjelasannya..x gitu en.Mantot...

epul berkata...

g je la sembahyang jumaat tu hamid...yg nak tunggu isteri nak bersalin tu wat pe...doktor ngan nurse kan ader...aku masa isteri bersalin anak pertama xde lak nak dok sebelah...nurse kata,"Encik kena tunggu kat luar yer. Nanti anak dah lahir kami panggil untuk azan & qamatkan."...sempat la aku g sembahyang Asar ngan hisap rokok sebatang...biler duduk balik kat ruang menunggu tu ngam2 je nurse panggil...Alhamdulillah semua selamat n sihat sejahtera...

So utk menjawab persoalan hamid tu, aku sarankan g la sembahyang jumaat...andai isteri ko meninggal masa bersalin tu ketentuan Ilahi...x payah la ko nak menunggu isteri masa bersalin...yg nak bersalin tu isteri ko bukan nyer ko...

mushroom berkata...

aku pn x tahu la.. baik pergi solat jumaat jela kot sebab laki bukan bidan pn .hantar jela g spital doc leh jagakan pe

fakeplasticlife berkata...

patutla zaman sekarang orang suka2 nak tinggalkan solat, rupanye suka bagi hukum ikut common sense..sigh..

wootwoot berkata...

trimas dkt cikCT sbb bg link 2.n ia mcm da explain je."menjaga org sakit"
ye halim mmg xde la kje mcm nurse n doktor, tp dgn adany halim dkt dgn isteri dia itu da mmberi smgt kt isteri dia.
pelepasan da diberi.gunakan la sebaikny.

same goes to jama' solat ketika sedang bermusafir.knp msti nk solat asar pd waktu asar jika DIA dah bagi kita kemudahan untuk jama' solat asar pd waktu zohor?
ok mcm da lari tajuk tp korang dapat la point yg aku nk ckp.

your wife need you.n agama memberi pelepasan.

klo mcm kes kuncisudu ye aku akan buat benda yang sama dgn apa yg dia buat sbb mmg aku xle nk wat ape pn kt luar wad melainkn solat n berdoa.cuma x part merokok sbb ia membahayakan kesihatan ;p

hopefully akan ada yg lebih berilmu pengetahuan dlm hal ni utk mmberi pndapat

Tanpa Nama berkata...

Tak ada hukum yang saya jumpa untuk Hamid boleh skip sembahyang jumaat. Hamid patut pergi. Kalau nak kata darurat, tak ada sebab pun Hamid kat situ cuma sebagai peneman. Keluarga lain boleh temankan. Lainlah kalau Hamid yang jadi doktor. Kalau raya hari jumaat pun ada 3 pendapat. Yg pertama kata boleh skip. Kedua kata tak boleh sebab sembahyang jumaat tu wajib, sembahyang raya tu sunat. Yg ketiga boleh kalau duduk jauh sangat dari masjid, itu dulu la bukan macam sekarang dekat.
Kalau nak samakan dengan lelaki yang buat alasan tak nak sembahyang jumaat, baik samakan dengan orang tak sembahyang langsung boleh temankan terus isteri dia.

Walaupun dia buat solat zohor pun dia still berdosa sebab tinggal solat jumaat. Kalau yg kata kalau pi pun tak kusyuk baik tak yah pi. Ada kepastian ka isteri tu nak bersalin time tu jugak. Kalau katakan lah sampai ke waktu asar baru nak bersalin, boleh ke kata tak kusyuk la nak solat zohor tak nak sembahyang la. Kusyuk atau tidak, allah yg terima. Kalau berperang pun kena solat. Tak dikira kusyuk atau tak. Belum tentu kalau tgh sakit tu dah nak bersalin. Isteri aku dari pukul 8 pagi sakit dah. Sampai pukul 5 ptg baru nak bersalin. -Azman-

Tanpa Nama berkata...

hukum semayang jumaat adalah fardhu kifayah.. bermaksud setiap kawasan perlu melakukannye, berdosa seluruh qariah jika tidak melakukannye..
bg individu dikira fardhu ain, berdosa jika meninggalkan tanpa sebab..

so dlm kes ni jika perkara2 yg berlaku bakal memudaratkan isteri (boleh dikira sebagai darurat), contohnye isteri perlu dihantar ke hospital, dibolehkan tidak bersolat jumaat dgn menggantikannya sebagai solat zuhur.. selain keuzuraan (yg dibenarkan syarie seperti askar dll), darurat (hujan terlalu lebat, peperangan, dll)

Tanpa Nama berkata...

-bermaksud fardhu kifayah kerana wanita tidak perlu melakukannya, jika sesebuah kawasan melakukannya, terlepasla tanggungjwb yg lain.

-bermaksud fardhu ain bermaksud kepada lelaki yang baligh, islam, berakal

Amir Aizzat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amir Aizzat berkata...

tinggalkan la bini anda kerana Allah.. kewajipan tetap kewajipan.. islam itu mudah.. tiada yg berhak anda cintai lebih dr Allah dan rasulnya..

ASAS PERTIMBANGAN

1. Hukum menunaikan sembahyang Jumaat adalah Fardhu Ain kerana kewajipan menunaikan sembahyang Jumaat berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:

Al-Quran

Dalil yang menunjukkan sembahyang Jumaat sebagai Fardhu Ain yang berasingan, bukan Fardhu Kifayah, berdasarkan kepada al-Quran sebagaiman firman Allah:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu).
(Surah al-Jumu"ah. 62:9)


Ayat ini memerintahkan supaya pergi ke masjid unutuk menunaikan sembahyang Jumaat, perintah itu memberi erti wajib kerana tidak dimestikan pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat kecuali apabila ianya diwajibkan; larangan daripada berjual beli adalah bertujuan supaya tidak menggnggu pemergian orang ke masjid untuk menunaikan sembahyang. Dimaksudkan dengan pergi ke masjid ialah berjalan menuju ke masjid dengan segera.
Seseorang yang diwajibkan sembahyang Jumaat mestilah berada dalam keadaan sihat, selamat, merdeka, dapat melihat, dapat berjalan, bebas (bukan dalam tahanan), tiada hujan lebat, tiada becak lumpur dan sebagainya.

Oleh itu, tidak diwajibkan sembahyang Jumaat ke atas orang sakit kerana keuzurannya itu, orang yang merawat orang sakit yang perlu dijaga, orang yang sangat tua, orang yang bimbangkan keselamatan dirinya atau hartanya atau takut kepada tuan hutang atau orang yang zalim atau takut fitnah.

http://www.e-fatwa.gov.my/kategori-fatwa/ibadah?page=26

Cik Siti Fairuz berkata...

ini utk situasi bini betul-betul tengah sakit nk bersalin:

baik korang tunggu bini tuh. ini lagi pahala (insyaAllah), sbb dpt bg dorongan kat org sakit & meraikan kedatangan org baru.

yg wajib fardhu zohor tu jangan tinggal.

kalo la korang tinggal kn dia masa tgh nak beranak, dia akan ingat sampai bila2. pasni, xde alasan dah korang nk tinggalkn solat jumaat. kalo korg xsolat di masa depan, bini korang patut tambat korang ngan tali lembu, ikat kat pokok ngn kerengga.. muahahah. serius

Farah berkata...

Pengalaman sendirik - kebetulan dua kali beranak, mesti kebetulan hari Jumaat. Walaupun tngh sakit nak bersalin, saya biar je hubby solat Jumaat dulu. Sikit pun tak kecik hati. Bkn dia blah, maksud dia tk sayang kat kita. Yg penting ALLAH lbh sayangkan kita, kasik kita go through the process of bersalin dgn selamat.

Jgn bg alasan sbb kita pregnent/nak bersalin, isteri akan sensitif, lemah, nak hubby stand by bla..bla..bla.. Saya lagi rasa berdosa kalau jadik punca laki DECIDE utk tinggalkan solat.

Lantak org nak kata saya betul atau tak. Tapi ni jujur.

Mantot berkata...

wah.hangat perbincangan.
thank you.terima kasih sebab sudi berkongsi2.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan Puan Farah tu saya sokong.

Aslina berkata...

penat weh scroll jawapan semua. jawapan puan farah jugak ah yang aku berkenan.

hehehe...

suhaimi berkata...

bismillah..
saya bersetuju dengan apa yg sudah diberitahu oleh saudara amir aizzat. baru saja saya berniat nak letak ayat quran surah jumaah tu, tp alhamdulillah dah ada yg beritahu..
isteri bersalin adalah satu perkara yg darurat dan masalah besar, jika si suami dan si isteri berada di temepat yg terpencil, tiada pertolongan orang lain, hanya ada 2 org tu je. dalam situasi ini, maka ianya darurat, dibolehkan untuk mengutamakan perkara itu. tapi dalam situasi masa kini, hampir semua isteri bersalin di tempat yg mempunyai kemudahan mencukupi (hospital) dengan pertolongan yg sentiasa ada bila diperlukan. maka, pada situasi itu, ia tidak jatuh pada keadaan darurat. maka si suami wajib menunaikan kewajipan dia kepada tuhan-Nya terlebih dahulu, priority comes first. selebihnya berserah pada Allah, Dia maha menentukan.. jika beri alasan hati tak khusyuk, maka x perlu sembahyang, alangkah lemahnya hati dan iman kita bila diuji sebegitu..kan?

menjawab persoalan hazad ali, ya diberi kelonggaran kepada doktor yg membedah untuk jama' sekiranya proses pembedahan itu berjalan terlalu lama sehingga memakan waktu solat, kes yg complicated dan pada ketika itu, tidak ada orang lain yg lebih mahir dan berkelayakan untuk menguruskan proses pembedahan itu selain doktor terbabit. namun, andainya ade beberapa orang doktor yg sangat pakar dalam dewan bedah tersebut, yg mana masing boleh2 menggantikan untuk meneruskan proses pembedahan tersbut, maka doktor sebolehnya akan menunaikan kewajipan dia terlebih dahulu untuk menghadap ilahi.. malangnya, bukan semua doktor mempunyai asas pengetahuan ini dan boleh menjawab soalan ini jika diajukan.. dan saya disini cuba menerangkan, kerana saya adalah seorang doktor yg alhamdulillah pernah diberikan ruang dan masa untuk mempelajari selok-belok agama yg berkaitan dengan bidang perubatan..

harap komen saya tidak membuat orang keliru.. terima kasih (^_^)

Mantot berkata...

jadi,kesimpulannya...

1. Kalau kebetulan kena solat Fardhu dan waktu tu ada kejadian berlaku tetapi tak mendatangkan keburukan kepada sesuatu pihak,hukumnya still wajib dipenuhi.

2. Sentimen dan emosi perlu diketepikan dalam bab kejadian mcm ni.Isteri perlu tahu dan paham yang suami mempunyai tanggungjawab yang lebih besar perlu dipenuhi jika dibandingkan menemankan isteri bersalin atau menyambut kelahiran anak.

3. Cara yang paling baik untuk menenangkan hati yang risau adalah dengan menjadikan Allah sebagai priority dan berserah kepada Dia.Sama ada mati atau tidak,itu semua urusan Dia.Yakinlah yang apa yang terjadi itu ada hikmah-Nya.

4. Sayangilah suami anda.Walaupun anda berat menanggung beban bersalin,dia juga perlu menanggung beban perlu meninggalkan anda.

Itulah beratnya tanggungjawab suami.
Doing what is necessary dan leaving what is not worthy.Berat benda ni....

Benda2 selanjutnya..
lepas ni aku sambung lagi minggu depan.
Terima kasih.

solehah berkata...

http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=r9em2cmte77vemsm3hitcgrvm7&topic=8792.msg90176#msg90176

dari sini, dan pengetahuan saya dari kecil lagi, saya tahu, solat jumaat boleh gantikan dengan solat zohor atas sebab2 yang tertentu dan asalkan ia tidak ditinggalkan lebih daripada 3 kali berturut2.

(somehow ramai yang terlupa rule 3 kali berturut ni)

jadi kalau saya sebagai lelaki itu, saya akan tinggal dengan isteri, dan laksanakan zohor instead of solat jumaat.

wAllahu'alam.

Mantot berkata...

3 kali tu hanya tertakluk kepada syarat2 yang betul2 tidak membolehkan dia gi semayang.

Kalau dalam keadaan mcm ni,hospital tu sebelah masjid ke,ada boleh didengari azan masjid ke..takpun mmg dia tau ada masjid yang berdekatan..dia still kena pegi.

cuma,aku bertanya sebab mana lah tau sebenarnya ada "kelonggaran" untuk kes2 mcm ni yang dibenarkan oleh agama.tapi setakat ni,aku tak jumpa lagi.

paling dekat aku jumpa...askar/polis bertugas...(even security guard rasanya,sbb dia jaga ketenteraman premis) pun dibenarkan utk tidak solat Jumaat untuk bertugas,asalkan dia tak miss 3 kali direct.

kalau ada yang dapat peluang bertanya,tanyakan ye?

Tanpa Nama berkata...

wahai wanita2 sekalian! jgn pentingkan diri sendiri! sebagai wanita solehah, wanita seharusnya mendorong suami menunaikan kewajipannya terhadap Allah terlebih dahulu.

sakit nak bersalin itu bukan 1 excuse untuk suami terus ada di sisi mengabaikan tanggungjawabnya kepada Allah. melainkan kalau darurat macam yg suhaimi kata tu.

ramai yg nak kata solat jumaat tu sunat, boleh ganti dgn zohor. tapi dalam al-Quran sendiri dah nyatakan kewajipan solat jumaat bagi lelaki (rujuk ayat surah al-jumuah).solat2 fardhu juga perlu disegerakan/dilaksanakan apabila sudah masuk waktu.

sy suke komen puan farah. mcm gitulah isteri yg solehah.

suami tu anugerah Allah utk wanita. tunjukkan syukur anda kpd Allah sebab dpt suami dgn galakkan dia laksanakan tanggungjawab dia kpd Allah,bukan mementingkan diri sendiri dgn buatkan suami memilih anda dahulu, baru Allah sedangkan tidak sempurna iman seseorang itu melainkan dia mengasihi Allah s.w.t. dan Nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada apa pun di dunia ini.

utk lelaki: wanita, harta dan anak2 itu adalah hiasan dunia. seindah hiasan adalah wanita solehah. didiklah isteri dan anak2 jadi soleh & solehah. anda takkan dpt dilema kalau berlaku kes2 cam hamid ni..

-saya perempuan-

Tanpa Nama berkata...

masalah umat Islam sekarang, cinta dunia, takut mati. Cinta dunia termasuklah cinta isteri, anak-anak, keluarga dan harta. Sekiranya semua umat Islam faham tujuan sebenar kita dijadikan utk hidup di dunia, suami tak akan tinggal solat jemaah, isteri tak akan halang suami solat berjemaah. Rsulullah sendiri tak pernah tinggal solat berjemaah. Even waktu Rasullah sakit pun baginda tetap dipapah para sahabat utk solat berjemaah. Fikir-fikirkanlah, Rasullulah adalah sebaik-baik manusia dan sebaik-baik ikutan :)

uglyduck berkata...

aku pun nk jwb! :)
sbb aku pon kurang bijak, x pasti jwpn aku pon bijak sgt. aku rse better si suami teman je kot isteri die, sbb bg aku islam adalah agama yg sntiasa memudahkn kita dlm sgala aspek. so, dlm situasi sperti ini, sndri phm la.. ok dh. wallahualam..

acik berkata...

antara wajib dan harus, mestilah dulukan yang WAJIB ...

Tanpa Nama berkata...

@uglyduck
Islam itu mudah..bukan untuk dipermudahkan..

Tanpa Nama berkata...

sama situasi waktu sy melahirkan anak dulu. setelah consulting an ustaz, suami solat zuhur di labour room.

Tanpa Nama berkata...

suke dgn komen fakeplasticlife dan sam33rah. smyg jumaat. brape minit sgt pon. kalau mati takde ape yg nk diralatkan..pegi smyg kot! kite kan hamba Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Suami myesal isteri meningal ms bsalin n xdpt teman sebab nk tunai'n perintah Allah..

Isteri xpuas hati coz suami xteman sbb suami dahulukan perintah Allah.

Kene kuat iman beb.. TRY la ikut pe nabi buat..

Mohd Firdause berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

Saya lahirkan anak tengah hari Jumaat. Husband tinggal nak pegi solat Jumaat, husband turun je doktor datang check ckp dah boleh bersalin sekarang. Saya call husband masa dia dlm perjalanan ke masjid, dia patah balik sebab panik tak sangka saya dh nak bersalin cepat sgt. Dia datang je terus terjah labor room, saya terus bersalin masa azan. Dia solat zohor je hari tu. Harap-harap Allah ampunkan dosa kami klu solat Jumaat tu wajib atas suami pada masa saya bersalin tu. Huhu...