Jun 17, 2011

18SX - "Masalah Rumahtangga Semuanya Berpunca Daripada Lelaki Sahaja!" Kata Wanita

Ali seorang pekerja kilang,dah berapa lama masih membujang.Nasib baik jadi supervisor.Boleh rasa sket camne jadi mandor..

Masuk kerja siang,keluarnya malam-malam.
Satu hari dia kerja,Ada manager muda baru cantik rupanya.

Tapi Ali tak takut,dia kenyit mata.
Manager cantik itu terkejut.

Tapi dalam hati punyala suka.Maklumlah dah setahun hidup menjanda.Bila perkenal diri,Ali tekun dengar namanya

"Hai,saya Aishah,manager baru kat sini!" Aishah sengih bila Ali kenyit mata lagi.

"Gila gatal!"fikir Aishah dalam hati,Nasib baik hensem..sejuk sikit diri..

Tak lama lepas tu Ali selamba ajak Aishah keluar Nak keluar Ali jadi segan
Dia hanya ada sebuah Yamaha tunggangan,Tapi Aishah bawak kereta Nissan

"Takpelah,saya bawak" kata Aishah.
Dating punya pasal Ali mengalah.

Tak lama lepas tu,Ali dan Aishah kawin,
Majlis sederhana,meriah bukan main

Mak bapak tumpang gembira,Ali gembira Aishah miliknya
Tak kiralah dia seorang janda,Yang penting Ali rasa gembira

Setahun lepas tu Ali dapat kenaikan gaji,"Wah ni dah cukup la ni"
Di panggil Aishah duduk di riba,berperut besar tapi menggoda

"Awak lepas ni tak payah kerja,"
"Gaji saya dah cukup nak sara kita.."
Bayar kereta bayar semua,
Cukuplah untuk buat belanja.

Aishah diam tak kata apa,
Terus ke bilik mata berkaca,
"Habis karier saya macam mana?"
"Saya nak jadi wanita berkerjaya!"

Ali terdiam fikirkan usaha
"Kenapa pulak awak nak kerja?"
"Duduk rumah jimat belanja.."
"Takde la anak cakap Indonesia.."

"Tak payah ambik orang gaji.."
"Bangun pagi tak payah ke nursery.."
"Boleh jaga anak sendiri.."
"Pasal kewangan saya bergaji.."

Aishah renung Ali
"Habis macam mana dengan barang2 saya?"
"Takkan la lepas ni tak nak beli beg tangan lagi?"
"Make up semua macam mana?"
"Duit nak pakai mana masa emergency?"

Ali diam tak mampu kata apa
"Sayang,takkan tak cukup apa dah ada?"

"Berapa ribu beg yang kena beli?"
"Yang ada pun pakai tak sampai sekali?"

Aishah mencuka...
"Awak langsung tak faham wanita!"
"Kami pun ada hak nak bekerja!"

Ali diam lagi tak kata apa

Tanya Aishah lagi,
"Saya nak jugak rasa duit saya!"
"Saya gembira jadi wanita ada kerjaya.."

Ali diam lagi kali ni
Fikirannya tepu tak ada isi

Mulut bergerak tak keluar suara..
Lama terdiam tak ada bicara,

"Saya tak suka awak bercantik,"
"Ramai kawan2 saya kata awak gedik.."
"Ada jugak yang tenung punggung,"
"Nasib baik saya tak pelangkung.."

Aishah renung diam..
Macam tak percaya,
"Takkan la saya nak pegi macam biasa?"
"Salah ke saya bermakeup-makeup ke tempat kerja?"
"Orang tengok pun puji sesaja!"
"Takkan tak bangga isteri dipuja?"

Ali terbeliak mata....
"Isteri aku dipuja kenapa aku nak bangga?"
"Dah dah aku malas nak bicara..."
"Esok kalau boleh terus berenti kerja,"
"Pandailah abang carik beg tangan mana.."

Aishah tunduk diam,Dalam hati bengkek!
Kalau ada pisau,dipotong Ali macam kek!

Marah kerana suami mula jadi suami,
Habis tu selama ni boleh pulak dia bagi?
Apa pasal dah setahun berbini,
Apsal sekarang baru nak jadi?

Esok takde jadi apa.Lusa pun tak nak berenti kerja.
Lepas 2 tahun Ali berduka,akhirnya Aishah kembali janda.

67 ulasan:

Anon 30 berkata...

Memang dilema la...
nak bagi keje, anak2 dan rumah tak terjaga...
tak bagi keje..dia nak bergaya...

aduh dilema...

Tanpa Nama berkata...

kalu aku jadi aishah aku gembira bukan kepalang bila suami kata "awk lepas ni tak payah kerja, gaji saya dah cukup nak sara kita.." kalau la suami aku cakap mcm tu kat aku jawapan aku adalah "yes!yes!yes!..terima kasih suamiku!"
namun apakan daya....

DD

pet berkata...

kesian mak bapak penat-penat sekolahkan anak perempuan sampai bergaji dan boleh bagi parents merasa duit tiap-tiap bulan...tiba-tiba suami suruh berenti keje...macam mana nak senangkan ibubapa...

Pada pendapat saya, tak kira lelaki atau perempuan, kita tak boleh lupakan ibubapa bila dah berkahwin. hulur-hulurkan lah duit pada mereka walaupun sedikit.

Si teNang berkata...

ok.
saya memang setuju wanita hebat, ummah juga akan mantap dan hebat.

tapi maaf. tolong jangan blame semua kesalahan atas wanita. kalau difikir dan dikorek sampai ke akar untuk cari punca, situasi yang berlaku adalah sebab kelemahan/kegagalan lelaki dalam mendidik dan membentuk isteri dan keluarganya.

semua bermula dari pemilihan pasangan. mak bapak kena carikan jodoh lelaki soleh utk anak pompuan. lelaki soleh yg menikahi pompuan fasik, ini jihad. sebab suami berkuasa penuh ke atas isteri. dia yg jadi ketua keluarga. dia boleh didik isteri dia, anak2 dia. mak bapak kalau kawinkan anak pompuan yg solehah dgn lelaki fasik, ini zalim.

keruntuhan akhlak & gejala so-sial yg berlaku hari ni, sebab orang lelaki tak laksanakan tanggungjawab jaga wanita dengan baik. Rasulullah s.a.w. ada kata, "Jagalah wanita!"
silalah fikir akan ungkapan tersebut kepada yg mahu berfikir.

wallahualam.

Si teNang berkata...

@pet

pada fikiran saya, penglibatan wanita secara meluas dalam dunia pekerjaan bukanlah sesuatu perkara yg patut dibanggakan oleh kaum wanita dan bukanlah sesuatu yg baik.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Perempuan itu aurat maka apabila ia keluar mendongaklah syaitan memandang akan dia.

kita sekarang berada dalam situasi yg sangat menekan sebab seolah-olah duit adalah segalanya sampai menyebabkan wanita terpaksa keluar bekerja. kena masuk U, blaja tinggi2, bersaing dgn laki utk dapatkan keje. adakah ini sesuatu yg betul?

tapi ya lah..dunia akhir zaman. lelaki sendiri lemah, wanita memang tak terjaga dan tak dilindungilah. maka jadilah segala masalah yang terjadi sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa secara amnya, perempuan manalah yang tak suka duduk rumah je jaga anak2.Itu boleh kata impian seorang wanita tuh. Tengok anak membesar depan mata. TAPI provided hubby tuh betul2 boleh support FAMILI, including sewa rumah/beli rumah/kereta, makan & pakai. Itu memang KEWAJIBAN si suami pon kan? Ini dengan gaji takat 2-3 riban, anak dah 2-3 org, sah tak lepas, lagi2 yang duduk bandar.

Nak bagi mak ayah kt Kg lagi. Ada yang menanggung sekolah adik-beradik yg masih kecik. Masing-masing ada sebab tersendiri yg menyebabkan perlu bekerja. Kalau niat isteri nak menanggung kos hidup bersama, tak ke suami pon senang hati.Tapi kena pandailah jaga diri kan.Kesimpulan masing2 kena jalankan tanggungjawab dgn baik, suami mahupun isteri

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pendapat sayalah kan..Kalo baru sgt bekerja dan belum ada anak lagi elok bekerja dulu. Simpan duit dan buat harta sikit (cth: beli rumah, lot tanah ikut kadar mampu).

Pengalaman saya,sblm jadik full time house wife sempat beli rumah sendiri. Jadi bila suami suruh benti keje, saya setuju sekiranya dia sanggup bayar ansuran bulanan. Jadi rumah saya dan rumah dia kami sewakan sbb kena selalu merantau dan duduk kuarters.

Bulanan duit sewa rumah2 tu dia bagi sepenuhnya pd saya. Dapat gak menyimpan, bagi mak sikit dan berbelanja ikut kemampuan.

Satu lagi, kita org pompuan nih kalo dah biasa bekerja dan pegang duit sendiri, mmg payah nak bukak mulut mintak duit kat suami. So, bila decide nak berenti kena fikir side income gak ar atau pastikan suami tu boleh cover atau tidak keperluan rumahtangga.

Positive side, sejak jd housewife barulah saya pandai berbelanja secara berhemah dan mengikut keperluan. Dulu masa bekerja, gaji ribu2 pun selalu tak cukup; perbelanjaan melebihi pendapatan.

Berkat pun yer jugak sebab jaga makan minum keluarga teratur dan anak membesar depan mata sendiri.

spicemum

Tanpa Nama berkata...

am anticipationg bro mantot tulis entry yang acknowledge kesilapan/kekurangan lelaki sebagai suami dalam rumahtangga pulak ^^

[Nizt89] berkata...

maaf, bukan nak lukakan hati, cuma sekadar berterus terang.

kenapa ya lately posting2 abang ni semuanya bersifat terlalu ala2 sexist?

mmg perempuan ada kekurangannya. tp tak adil la kalau abg nak point fingers pada semua perempuan mcm ni n nak tunjuk mcm terlalu menyalahkan perempuan.

Ada post yang abg ckp pasal tahan je suami buat jahat kat isteri, asalkan patuh and all... Abg ckp mmg senang sbb sbg lelaki abg cuma kena 'dera' isteri je. tak kesian ke kat isteri yang mmg betul2 kena dera? cuba abg bygkan kalau abg yang jd isteri, kena tengking, kena terajang dgn suami tp abg kena diamkan je, dgn alasan kena taat pd suami. Ckp mmg sng, abg. mmg isteri perlu taat pd suami, tp tak ada la smpi taat membuta tuli smpikan bila kena dera pun masih suh diamkan je n tahan.

Kejam namanya tu. Kita nak keharmonian rumah tangga, masing2 hormat each other, bukan isteri mendiamkan kekejaman suami tak kira dr segi fizikal or mental/emosi.

Cmne dgn suami dan tanggungjawabnya pd isteri pulak? kalau dah abg attack perempuan dgn post2 tak henti2 psl kesalahan perempuan, apa kata abg postkan juga psl kesalahan suami n tanggungjawab yang suami selalu abaikan pd isteri.

Baru nampak adil dan tak sexist.

Sbb abg ada banyak pengikut kat blog ni, abg akan secara tak langsung mempengaruhi para kaum adam utk bersifat sexist n fikirkan tak apa dera isteri n jdkan isteri cm hamba sbb alasannya isteri kena taat pd suami.

Isteri mmg kena taat abg.. tp taatnya tu bukanlah smpi mendera emosi n mental or fizikal si isteri, smpikan mengarahkan isteri senyum (pdhal isteri maybe tgh marah, letih, or sewaktu dengannya) dgn alasan kena patuh pd suami.

<:( i used to be your fan. Tp tak gemar la bila post abg ni makin lama makin menunjukkan abg marah n sexist pd perempuan.

Cool k abg? i mean no harm. maaf kalau ada komen sy menyinggung

Cikli berkata...

cerita duka dicerita indah

PELiK berkata...

aku faham mantot. bila kita lelaki cuba untuk menjadi lelaki pada mereka, mereka kata kita kejam, tak hormat hak dorang, dia pun ada hidup sendiri.

bila kita membiarkan sahaja, melayan mereka sahaja atau bahasa ringkasnya queen control, mereka kata kita lembik. lelaki tapi xnk jalankan tanggungjawab. tak guna punya lelaki.

*belum kahwin tapi dah kena dan dah nampak

Mantot berkata...

aku bukan point fingers dekat pempuan dik.
ada bezanya tahan kena dera, tahan perangai buruk suami dan kena tahan diri ikut perintah suami dan jangan melawan..

selagi apa yg suami buat tak langgar apa yang Allah suruh..yakni..menghormati isteri..selagi tu lah isteri kena taat.terajang,belasah,dera..itu dah langgar janji suami dgn Tuhan...kau ada opsyen utk lari.tapi selagi kau boleh,sayang lah husband kau...

tapi skrg ni kes cerai byk alasan dia "saya tak bagi suami saya kahwin lain,saya mintak cerai sbb saya tak rela dimadukan.." ataupun "suami saya asyik bekerja aje siang malam,saya ni langsung tak dihiraukannya!saya nak cerai!saya boleh hidup dgn anak2 takde suami.." tu salah tu dik.Bukan sexist!Salah tu,berdosa isteri yg buat mcm tu.T

arget posting aku,orang2 mcm tu..pempuan yang berani mintak cerai sebab ada benda yang dia tak suka suami dia buat.Kemudian dia burukkan suami dia.."suami aku mana layak kawin lagi sorang!dia tu semayang pun tak cukup!puasa pun miss!"

Cuma kalau kau nak aku elaborate satu2 apa2 yang suami buat mana yg kena taat mana yg isteri ada hak bersuara,payah la nak puaskan hati semua org.Kau sendiri boleh fikir..mana satu dia boleh buat,mana satu dia tak patut buat.Pandai2 la fikir...kalau kau dah baca dengan niat nak defend para perempuan,aku tak dapat la penuhi hasrat kau.Cuba kau baca dgn assume ADA perempuan macam tu...sebab benda ni mmg jadi.Ramai perempuan kat luar sana macam ni.

Siap gedik2 dengan aku sebab suami dia bz pun ada...

cerita ni...aku tulis sebab aku nak tunjuk keadaan bila isteri tu rasa suami tu tak fair...ramai isteri macam ni...melawan bila suami mintak dia buat sesuatu yang dia nak buat,padahal...itu hak suami utk membenarkan sama ada isteri dia boleh kerja ke tidak...

dan benda ni,kau tak boleh lawan kalau suami takde toleransi..dia punya suka.Jangan lawan...cuma perempuan skrg,ramai yg tak sedar sbnrnya dalam benda2 camni dia takde hak nak bersuara kecuali rayuan nak mintak suami dia bagi dia peluang.

Terpulanglah kepada suami nak bagi ke tak.
Cis..tengok,,gua dah terelaborate apa aku nak tulis esok.

Dan aku mmg tulis benda2 camni dari dulu..

mamawana berkata...

Kalu isteri bekerja, gaji isteri kena bayar rumah, kereta, makan minum dan perbelanjaan sekolah anak2. Gaji suami utk rokok, hanfon, kereta dan kesenangan dia. Apa macam??? Ramai lelaki pesyen ni akhir zaman nih. Sebab tu pempuan bimbang utk berhenti kerja.

Tanpa Nama berkata...

sgt sexist mcm nk menyalahkan perempuan dlm semua perkara. i start realized bile i baca entry on june 16.ingt 1 perkara lelaki yg ketua keluarga. xadil la kate semua perempuan yg kene bertanggungjawab. same mcm pengomen diatas. used to be ur fan. no longer now.

morovlizki berkata...

Dlm kes gua,bini gua mmg nk benti jd nes.mklum la nes swasta.mcm hamba d watnye.haha.tp ats sbb kntrak 5thn,bini gua mmg xleh benti lg.pas 5thn gua cdg nk die benti je jd surirmh.tp gua rsau gak kot x ckup bajet.skang pun mis.hoho.mklum la eknomi kapitalis mbuatkn glgn yg kaye trus kaya tp yg mskin trus mskin beb.huhu.

Tanpa Nama berkata...

pendapat sy, elok perempuan kerja. duit tak pernah cukup punya lah. haha! lagipun, kalau ada 'emergency', mcm tiba2 bercerai, atleast ada pendapatan sniri. tak perlu bergantung pd org lain. erk, feminist kah sy? mgkn ada la skit.

psl patuh pd suami ni, mmg isteri dpt pahala bila patuh, wpun prangai suami mcm harom. tp agama jgk bg option utk tuntut fasakh kalau dah tak tahan dgn perangai suami. under circumstances lah kan. tapi kalau dia sabar, dia dapat pahala. tapi kalau dia tuntut fasakh pun dia tak berdosa, KOT sbb ada alasan kukuh (suami dera, suami tak jalankn tggjawab, etc).

dari segi agama is one thing, isteri patut patuh wpun suami jahat. tapi dari segi kemanusiaan?

perempuan melayu berkata...

Aku nak sambung sikit..

Ni kalau Aishah betul2 berhenti kerja..apa yg selalunya berlaku,Ali mula2 happy. aishah full time duduk rumah.anak dah beranak pinak.sampai satu tahap Ali naik pangkat jadi manager. Mula kenal orang-orang besar. Mula rasa bergaji besar.Pergi kerja,meeting sini sana..kawan2 mula ajak makan besar.kenalan pon bertambah.mula bersosial.pergi pagi kerja,malam baru balik alasan kerja la jumpa client tpsebenarnya pergi meeting kat kelab.anak dan aishah mula x ingat sebab dah terlalu asyik dengan routine baru.well..theres always saying "life begin at 40!" in the end..sape yg rugi? Aishah ok..k

perempuan melayu berkata...

Lets face it.guys change.wanita bekerja utk elakkan perkara yg mungkin happen if si Ali tu mula pandang perempuan lain.tak ke naya kesetiaan wanita diabaikan bila terjadinya perkara camni.kalau ali nak kawin secretary dia ke gro yg baru dia kenal,mestilah Aishah tak sanggup dimadukan.in the end,kalau kena cerai,tak ke haru Aishah kena mula from start..cari duit utk diri n anak2..tahla.cite kau ni mantot sebiji mcm kisah mak bapak aku tp in the end dia berhenti dan itulah yg terjadi :(

Akal dan nafsu berkata...

Aku dh lama baca blog kau dan sampai ke hari ni aku baca posting berikut. Aku dapati hanya 1% sahaja perempuan yg bersetuju.itupun yg telah berkahwin dan aku dpt lihat perempuan yg bersetuju itu sgt matang. Drpd statistik wanita yg tak bersetuju dlm komen2 ini aku sgt yakin pd masa hadapan ramai pasangan yg akan bercerai kerana perempuan semakin diberi kuasa dan lupa akan asal usulnya. Perempuan itu asalnya dr rusuk yg bengkok dan akan sentiasa bengkok. Buktinya setelah tulisan komen ini mereka akan mencari sesuatu isi berkenaan rusuk bengkok utk meng argue komen ini. Betapa bengkoknya. Hanya agama shj yg boleh memimpin perempuan. Iman perlu dikuatkan. Bukan pada nafsu pujian kecantikan, beg tangan cantik, baju berpuluh pasang, kasut. Kaum perempuan tidak akan memiliki sahabat yg sebenar melainkan suaminya shj. Biarlah kwn2 korang puji korg cantik ke, bergaya ke tp sebenarnya mereka cemburu dan ketawa hati mereka bila melihat kamu menyukai lelaki yg bukan suami kamu atau curang. Berpijaklah dibumi nyata wahai perempuan. Jika lelaki memuji kamu maka ia adalah nafsu kerana tiada lelaki akan memandangmu sekiranya kamu tua, hitam, gemuk, hodoh.aku berani sumpah kalo ko memiliki sifat ni ko jatuh tgh jalan lelaki tak akan pandang pun. Ketika nabi israk mikraj, benda pertama yg nabi lihat bila sampai ke langit ialah ramai perempuan masuk neraka. Dgrlah ckp suami anda kerana itu shj lah cara anda ke syurga. Mudah. Suami anda jahat, itu pilihan anda. Akhir skali aku nk tegaskan tentang firman Allah. Lelaki yg baik utk perempuan baik, lelaki jahat utk prempuan jahat. Ini janji Allah swt. Jika anda dpt suami jahat mungkin anda jahat atau ujian. Perempuan yg tidak percaya janji Allah adalah perempuan jahat dan mmg layak kamu semua dpt suami jahat mcm pengkomen2 sekalian. Cara kamu menulis menunjukkan suami atau bakal suami kamu sgt
bodoh dan jahat. Aku mmg sexist sbb aku lelaki sejati. Perempuan sila lihat sekeliling kamu dan blaja. Sila jgn dgr ckp pondan sbb mereka umat akhir zaman. Nasihat last aku jgn pkai legging. Dicipta oleh pondan. Search google pasal berpakaian tp berbogel.

Cow shin chi.....

Tanpa Nama berkata...

aku perempuan, tapi aku setuju je apa yang mantot tulis. he's not being biased, i think. he's just telling the truth.

berbalik kepada cerita asal, aishah memang salah sebab dia tak patuh pada suami, sedangkan apa yang suami minta tu bukan ditegah oleh Islam pun.

yang keduanya, dia bidas balik suami dia bila si suami cakap suami tak suka dia melawa depan orang lain. common la, benda tu memang normal. suami mana yang suka isteri dia jadi tatapan orang ramai? mungkin ada segelintir, tapi bukan kebanyakan. suami yang baik adalah suami yang menjaga maruah dan kebajikan keluarganya.

apa yang si suami mintak semuanya relevan belaka. takde benda yang salah pun.

kesimpulannya pada aku, semuanya salah aishah. haha

p/s kalau suami aku suruh aku berhenti kerja, memang aku terus peluk cium suami aku tu. hahaha. siapa tak nak duduk rumah sediakan makan minum pakaian suami & jaga anak? memangla seronok kalau ada duit sendiri, tapi lagi seronok kalau kita dapat spend masa kat rumah dengan anak-anak dan jaga makan pakai suami. anak-anak pun gembira dapat bermanja-manja dengan makpak dia.

Tanpa Nama berkata...

ntahnye aku tak faham kenapa perempuan2 ni tak boleh terima apa yang mantot cakap. aku boleh pulak terima. ke aku ni spesis yang pelik? bwahahaha (aku belum kahwin)

Tanpa Nama berkata...

ermmm...kalo xde pakai astro,xde pakai keta yg hutang nyer ribu2,kalo xde pakai tv besar2 yang hutang,kalo xde pakai baju yang mahal(sebab nak riak),kalo xde pakai minyak wangi(berzina),kalo xperlu nak bayar duit bas skolah anak2(bini anto g skool),kalo xde nak makan luar slalu(sbb bini masak kat rumah),kalo xyah bayar pengasuh(bini jage anak kat umah),kalo leh jimat minyak,tol or tiket lrt(sbb bini dah duk umah),insyallah....gaji laki ko kalo rm1000 pon, cukuplahhhh...jadi lah isteri yg solehah..buat suami,silalah tangan2 kan isteri anda supaya boleh lurus sikit...solat korang tuh jgn tinggal..insyallah..

sherliza berkata...

hahaha...mantot, macam aku kata...i respect your views...dah ko pun kata ko konvensional dan bila melihat diri sendiri dan sekeliling, kadang2 kita bercerita ttg sesuatu yg idealistik.

aku juga nak katakan...mantot is sharing his idea...his point of views...tak suka atau tak agree is normal. ko kije pun kadang2 ko tak suka cara bos ko buat keja, so its normal bercanggah pendapat.

perempuan (read : aku) bila dah berkerjaya, pegang duit sendiri...capable, dan make my own decisions in life...amatlah sukar nak terima perubahan bila nak kena TAAT dan SABAR, nak2 bila suami tuh suruh buat menda yg ko paling tak suka didunia - beramah mesra ngan mak mertua (spesis yg duk mengutuk, perli dan mengumpat je pesennya), atau berhenti keja (bila brg2 perhiasan semua harga riban2 beli sendiri)...amatlah mencabar.

tp aku...takde pilihan lain, selain belajar dan terima seadanya...REDHA. Pilihan aku...aku yg kata "YER'.

so...aku tak pasti, ppl who against mantot's view nih single atau dah kawin...yg setuju kebanyakkannya dah kawin :) blog mantot, banyak aku tgk cerita psal tnggungjawab2 isteri.

those yg against (read : aku), belum kawin...so aku tk rs hebatlah lelaki tuh kan, ini pengalaman aku lah, banyak lelaki yg aku jumpa :- dgn perangai yg tk semenggah, keja kt opis pun malas- selalu sgt curik tulang - takdelah nak dpt taat dr aku.

but...life goes on, mungkin mamat yg baik mcm dlm imaginsi mantot tuh wujud...cuma aku yg tk jumpa, sebab aku tk cukup baik utk mengenali org2 yg baik mcm ni lah kan.

TAPI...aku nak tekankan kat sini mantot, aku still minat blog kau. ko memang sexist dan konvensional dari dulu...cerita ko mmg best, dan bila ko share pandangan kau...sometimes ada yg againts, but it makes other people think and at the same time...ko bleh pk sendiri, where u stand.

OWC - aku masih against, tp for those yg agree...aku taklah hangin. cara kita berfikir yg tak sama due to experience, lifestyle dan juga tahap keterbukaan.

soalan aku utk mantot : when it comes to sex, men prefers to have his wife to be wild on bed, penuh imaginasi luar kawal...tapi bila bercerita ttg kehidupan harian (masak lah jaga anaklah), ko prefer perempuan yg alim dan konvensional serta taat.

kenapa?

Mantot berkata...

sedih aku bila kau admit berbaik2 dgn ibu mertua tu benda2 yang sangat kau tak suka..sedih...cariklah bakal suami yang anak yatim piatu...itu aje la nasihat aku...

dan pasal soalan kau tu...
aku tak paham la apasal kau tanya soalan camtu?
takkan itupun nak kena terangkan?

takkan la aku nak seorang isteri yang dingin di katil,terbaring mcm tu aje,aku yang kena angkatkan kaki dia,pusingkan dia,terlentangkan dia..takkan la aku nak isteri yang dedah2 aurat,pakai salib dan sembah api?dah la sembah api...masak air pakai water heater electric pun boleh kering....

aku tak paham...
soalan kau tu..agak...(sori) ...bodoh...

Abu 'Ubaidah Al-Jaiz berkata...

kalau anda lihat kesan para wanita bekerja dirumah di turki, pasti semua wanita yang mendambarkan keluarga bahagia dan anak2 yg soleh/ah akn menjadi penjaga rumah yg setia...~

draze berkata...

benda ni kalau tanya kat mak aku sure dia bangkang gila nyer. mak aku cukup tak suka org pompuan bila kawin lepas tu benti kerja. kalau laki dia mati tetiba sapa nak kasi depa makan ckp mak aku. mak aku ambil pengalaman dia, ayah aku meniggal tetiba jer. anak kecil lagi waktu tu tp nasib mak aku kerja so dia tak payah nak mintah sedekah kat org utk support family dia.

Laici berkata...

kah kah kah..malas nak komen pjg2..apa2 pun, ending cerita mmg lwak dan menyengat..terbaik

100% Jade berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sherliza berkata...

mantot : disini aku guna ganti diri yg salah, aku kawin pun tak lagi, what i mean is someone yg memang tak ngam dgn mak mertua dea.

utk soalan aku, aku cuba explainkan...sesungguhnya dr jawapan kau tuh, jawapan standard utk semua lelaki aku rasa.

u see, semua menda yg kau nak tuh...menda yg menyenangkan. of course...semua org nak menda senang. Senang bila isteri kau, hebat kat ranjang tapi sangat taat, mendengar kata tiada bantahan sikitpun.

bagi aku, ia contradiction...dan itu hanyalah idealist semata2. cth : lawa, pandai, beragama, boleh mengaji, pandai masak, hebat diranjang, pandai jaga anak, taat - sama macam perempuan mengharapkan suami yg sempurna tuh - wujud? kalau wujud, bitau aku.

bila lelaki berkahwin, ko terimalah dea seadanya...macam isteri kau akan terima kau seadanya, sblm kawin pun ko dah agak, bini ko nih lancang tak lancang mulut dea...boleh kawal ke tak? sama je lah...ngan perempuan. kalau dah rasa, taim jd bf...takleh kontrol...blah jelah, angkat kaki...buat apa nak rosakkan cycle of life yg sempurna yg kau ada.

bila kata...kau accept suami kau, korek taik idung pastuh makan...then the husband pun kena accept, bini aku kalau ajak have sex, mesti mcm kayu. kau guide...bukan cr alasan.

dan aku percaya, seorg lelaki yg baik...utk seorg perempuan yg baik, - maka sekiranya wife ko adalah yg tak berapa nak baik...samada ko adalah lelaki yg tak baik atau ujian utk kau, utk perbetulkan dea...dan perempuan tuh mmg asalnya tulang rusuk yg bengkok.

takpe, aku terima bila kata soalan aku soalan bodoh...mungkin aku tak pandai nak sampaikan soaln secara lebih ilmiah atau mungkin ia salah.

100% Jade berkata...

Walaupun Mantot ni, post bleh tahan banyak yg sexist, but I'm still a fan sebab disebalik ayat-ayat panas dia, ada yang memberi ilmu baru. HAHA.

So anyway, in this case, saya setuju bila Ali request supaya Aishah jangan melawa keluar rumah. Tak elok, bila laki lain mengusyar atas bawah isteri orang. Laki mana yang tak panas kan?

Tapi, part brhenti kerja tu, sy tak setuju. Perempuan bekerja bukan semata2 nak handbag mahal or Jimmy Choos penuh dalam almari. We're more than happy to contribute financially in a marriage, given that the husband semenggah la kan. Tapi bila the husband gaji sikit (no offence to anyone), and masih ada both parents untuk ditanggung, and berkeinginan nak anak untuk buat team bola, gaji husband memang tak cukup. Anak memang rezeki, tapi tak salah merancang..

One thing that women fear of is that bila diorang berhenti kerja, husband mula ligat di luar. Ada kala balik, ada kala tak. Kadang2 bagi duit household, kadang2 tak. At least bila the wife works, makan minum anak2 terjaga. Buatnya economy crisis, and husband dibuang kerja? Wife boleh jadi back up until he can get back on his feet. Let's say couple tu bercerai, atnd the wife tak kerja, macam mana nak sara anak2? Company taknak hire women in their 40s..

Kita mesti nak rumah sendiri, kereta sendiri, susah nak harapkan suami je. Sebab suami banyak tanggungan. Makan minum sebulan je da banyak. Belum kira bayar duit rumah, duit ansuran kereta lagi. Nanti bila anak da sekolah, beli buku sekolah lagi. Kids grow up real fast, jadi akan perlu selalu beli kasut/baju baru. Pampers lagi, susu baby da la costly..

Kalau la ada jaminan yang the husband boleh provide the necessity (since anak makin besar makin byk belanja; school etc), seriously, women are more than happy to stay at home. Mak mana yang taknak spend quality time dengan anak kan? But then kita tak byk choice actually. We're doing what we have to to survive..

Si teNang berkata...

ok incik mantot.trima kasih atas penjelasan pasal target anda utk pompuan yg macam mana tu.

sy mmg stuju sangat isteri kena taat kat suami, suami suh benti keje kene benti. tp hari ni mmg orang tak paham ngan benda tu. masyarakat kita ni bleh kata jahil la sebenarnye. tak paham. yang penah paham, dah lalai ngan doniaaaa..

tapi saya rase kebanyakannya memang jahil lah. tak ditarbiyah dengan baik. mak bapak hantar pegi sekolah, masuk U untuk dapat keje elok2..sekarang salah siapa? siapa yg mula2 sekali tanamkan pemikiran yg pompuan kena bekerja ni?

sy sebagai pompuan yg blom kawen ni, huiii..memang tak nak keje pon. tapi mak sy berapi2 suh cari keje..dan paling tak bleh blah suh keje ngan kerajaan sbb terjamin...??? ada pencen. sy tak tau nak sangkal macam mana sebab bagi sy, sy mmg taknak idop jadi hamba manusia keje teruk2, balik opis time maghrib..sabtu ahad pon pegi keje..

mcm ade yg kata pompuan better ade keje sbb in case kene tinggal ngan suami, dia ada pendapatan sendiri utk sara hidup. ok. betul juga. tp sy tetap rasa situasi pompuan keluar bekerja tu tak betul. duk rumah pon bleh je jana pendapatan. patot2 org pompuan ni tak payah masuk U pon takpe. blaja menjahit or masak je. pastu jana lah pendapatan dari rumah. memang la pendapatan tak sebanyak mana. yg penting syukur dan tahu manage kewangan. kawal nafsu nak beli macam2.

eee..kalo nak elaborate memang entah sampai ke mana. dan akan asyik menyalahkan orang lain. jadilah kita macam lagu bangau oh bangau tu. kejenye asik nak menyalahkan org laen. padahal benda ni ada kat diri kita. kita je yang boleh kawal/ubah diri kita dengan izin Allah jua.

cicaq berkata...

saya adalah seorang doktor yang mana sebelum saya masuk sekolah perubatan saya sangat benci perubatan sebab nanti bila saya kahwin, saya tak ada masa yang banyak untuk family. tapi akhirnya rezeki saya jadi doktor. tapi saya masih mahu berhenti kerja kalau Tuhan izinkan, sebab saya lagi suka duduk di rumah buat kerja-kerja rumah.

saya tak kisah tak dapat bergaya sebab saya memang tak pandai nak bergaya. foundation pun saya tak pandai nak letak. lipbalm pun saya tak suka pakai, let alone lipstick. merimaskan! handbag? saya ada la sebijik dua handbag kulit yang dibeli dengan murah. itupun sudah cukup. dulu2 memang teringin nak pakai handbag mahal coach gucci LV anya hindmarch bla bla bla but it doesn't worth my hard earn money.

baik saya spend untuk beli sebidang tanah ke apa. boleh buat investment. bagi saya, tak perlu nampak mewah diluar, tapi miskin didalam. i'd prefer vice versa.


eh apekebende aku cakap ni? hahahaha

Tanpa Nama berkata...

hmm I was making 5 figure income and worked travelling around the world before. Hubby is making 3 times more than me.. Hubs suruh saya berhenti after married bukan sebab dia tak suka saya kerja, cuma dua dua travel, dia tak kisah kalau saya kerja office. Sebagai seorang yang dah biasa pegang duit sendiri, saya tak gembira sangat tapi saya turutkan juga sbb sayangkan anak dan suami. Saya seorang yang dah biasa pegang duit sendir, jadi susah betul nak mintak duit laki untuk shopping, tinggi ego ok. Takde masalah pun. Tapi cuma saya nak bagitau bukan semua lelaki mcm Mantot, suami saya tak kisah kalau saya boleh kerja office hour dan dia suka kalau saya melawa, saya isteri dia, dan dia suka saya kelihatan cantik, coz he set his eyes on me only. He's honestly tell me this, dia yang mintak saya melawa selalu. Itu yang pentingnya two ways communication, marriage ni bukan kehendak seorang je, we respect each other dan bahagia je. Not all marriage is the same, cara mantot tafsirkan marriage ni ikut suka dia je. Different marriage different situationlah.The point is kalau mampu, takpe la kot nak suruh isteri berhenti kerja while u bole provide whatever she wants, bagi good house, good life, takkan nak dudk flat sempit je beb? i rasa isteri ni kerja banyak nak bantu suami je, kalau boleh duduk rumah goyang kaki semua pun nak, ye tak? Even I ada anak perempuan pun nanti, I akan suruh dia belajar pandai pandai dan berkerjaya dan avoid lelaki konservatif yang semua benda tak boleh.Be a good wife and find the one who respects you, and love you.

Mantot berkata...

bagusla...
memang bagus kalau ramai pempuan dan laki macam kau berdua kat dunia ni...

serenity9260 berkata...

gua panas tengok entri cminh!!!!

Ni best bro!!!
Gempak Aje : Kereta F1 Berkuasa Hydrogen
Cool Aje : Laser Star Wars Berjaya DIcipta Untuk Welding,S3 Spyder III Arctic
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

Unknown berkata...

aku harap sgt laki aku suruh aku berhenti kerja n duk rumah je..woww!

a mi parecer berkata...

Alangkah indahnya kalau kita boleh hidup dalam dunia impian kau ni Mantot. Sayangnya, ianya tak wujud. Wife kau bukan kerja cikgu Goverment ke?, So bila kau 'rasa' duit kau dah cukup nak tangggung family? kau nak suruh dia berhenti? jadi ibu yang bertanggungjawab jaga anak - anak kat rumah? nanti kalau wife kau dah berhenti, jangan lupa bagitau semua readers kau yang kau dah berjaya jalankan tanggungjawab kau sebagai 'suami'!

Masalahnya, bagi kami pekerja swasta, perkara tu tak wujud, duduk bandar, if husband kerja seorang, 4000+ anak 3, cukup je lah, macammana nak beli rumah? tuisyen anak2?,, nak balik keampung , hulur kat mak bapak and adik2(bagi yang still ada2 adik2 yang belajar), bayar PTPTN, tak termasuk kenderaaan, kitorang takda elaun sara hidup ke, Cola ke. masuk hospital goverment pon susah nak dapat 3rd class kalau bini nak beranak, wife kau senag2, boleh masuk Hospital Putrajaya 1st class tak yah bayar mahal2. kau boleh tuduh aku dengki dengan rezeki kau, tapi kau tak boleh tuduh perempuan yang bekerja keras macam kami ni 'busuk' bila kerja sebab nak kehidupan yang lebih baik.

Ada sebabnya mak bapak kat Malaysia ni hantar anak2 dia belajar masuk universiti, tipulah kalau kata nak jadi orang yang lebih berilmu, nak anak kerja elok2.Kita bekerja untuk kehidupan yang lebih baik, bukan nak kaya raya sangat. NAk anak hidup lebih baik dari mereka, tak ke hancur hati makbapak bila tengok anak perempuan yang diorang sekolahkan elok2 berhenti sebab suami yang gajinya rasa 'cukup', suruh berhenti & duduk kat rumah jaga anak.

Kita bukan hidup kat negara sosialist like Finland & Sweeden, sakit je, masuk hospital, dapat medical attention 1st class, bangun2 pagi terus sarung baju pergi sekolah takyah pakai duit, tak. kalau suami tu boleh rasa dia 'afford' satu kereta, satu motor, tiba2 hari hujan, dia bawak kereta pergi kerja, kalau jadi kemalangan di rumah?, kereta tak da, hidup mengharap hospital kerajaan (sebab cukup2 tadi kan), call ambulance tak sampai2. Macamana, kalau anak tu meninggal, takpe, boleh terima tu ajal dia & Qada & Qadar, kalau jadi cacat kekal sebab kau lambat bertindak? macamana? cukup sangatlah gaji kau tu? Pernah kawan aku tulang retak tunggu turn kat pusat perubatan UM sampai besar 2 kali ganda nak naik biru dah tunggu turn. Benda tu takkan jadi kalau kita ada duit lebih sikit untuk bayar medical insurance or ada duit enough untuk bayar hospital swasta. I use to think semua benda swasta ni mengarut, tapi kita dah hidup dalam keadaan macamni, nak tak nak, kita kena bersedia juga.

Mantot berkata...

ni lah masalahnya bila org tak membaca dgn betul.aku takde kata kau busuk...

suami kau bagi kau kerja...kan?
kau mintak izin dgn suami nak kerja kan?
suami kau mintak tolong dgn kau supaya kerja utk tolong support dia kan?

apsal kau nak emo?

kalau suami kau tak bagi kau kerja
sebab dia rasa dia mampu tanggung semua
tapi kau still nak kerja jugak
sebab kau takut dgn itu ini yang kau tulis tu.

kau busuk.

a mi parecer berkata...

nak sambung

katakanlah if kau ada anak, dah cukuplah anak kau suffer dengan sistem pendidikan Malaysia yang selalu jadikan budak2 kelinci percobaan diorang, tapi kalau anak kau pandai enough, dapat 12A+, nak sangat jadi doktor sebab tu je la cita2 dia dari kecik, tiba2 tak dapat scholarship, duit kau untuk anak2 memang takdelah, paling2 kau just ada 100 ribu je dalam acc, kat IPTA pon tak dapat. so kau nak buat? kau pon bayarlah 100 ribu yuran kat IMU, anak kau belajar 5 tahun, Alhamduliilah, jadi Dr. kerja 5 tahun, kahwin, husband suruh berhenti, sebab? sama la macam bapa mertua dia..anak kau memang menurut sebab dia tengok mak dia memang macam tu. so macamman? duit kau dah habis? anak kau dah tak kerja? kau nak cakap juga itu Qada & Qadar, ada sebabnya semua & all that jazz? come on lah..

kalau dia jadi macam adik kawan aku?, dapat result elok enough kalau nak course yang dia nak tapi kena masuk private la.. tapi bapak aku takda duit, so masuk jela apa2 yang boleh. Itu je yang abah mamapu,Kalau anak Cina, berhempas pulas mak bapak diorang saving & kerja keras nak hantar anak pergi belajar, mak bapak Melayu? terima je? Qada & Qadar? pffttt.. kalu mak dia kerja, maybe diorang mampu saving enough untuk hantar anak masuk private, bukannya course merepek pon. ni sebab mak dah tak kerja, sampai bila nak hidup sekadar mampu je weh? Malaysia ni tak lama lagi nak jadi negara berpendapatan tinggi dan sanagt menuju kearah Kapitalism, kau nak duduk menentang sorang2 dan ketinggalan? nak jadikan anak2 & wife kau mangasa keegoan kau yang selalu cakap berserah kepada Tuhan. Tuhan pon dah cakap dia takkan ubah sesuatu bangsa kalau mereka tak ubah nasib sendiri.Maybe kau bercakap atas dasar konteks keluarga kecil, aku bercakap atas sebuah konsep masyarakat as a whole. Takda maknanya zaman sekarang ni nak hidup cukup2. Maybe kau rasa aku merepek, pati fikirlah, ibu2 zaman sekarang yang banyak membantu generate ekonomi keluarga. KAlau gaji bapak 15 000, nak 2-3 je dan bapak tu conform takkan menambah lain(i'e kahwin lain). bolehlah berhenti kerja.

Mantot berkata...

kau ingat senang2 camtu ke nak bersalin kat Hospital Putrajaya tu?

Baca la dulu kak oi...
Jangan la main tuduh.

a mi parecer berkata...

heh, ye aku baca apa yang kau tulis mantot, but how enough is enough? aku ada listkan reason2 di atas. aku pakai biasa2 je, baju murah kat FOS, tak pakai makeup langsung. kau tulis macam perempuan ni shallow sangat, asyik2 bagi alasan nak beli make up, handbag. Mak aku berpuluh tahun kerja, takda aku tengok dia beli benda2 tu semua. Duit yang ada, simpan, hasilnya, boleh pergi haji awal, masing boleh hulur duit kat mak bapak, by 50 kereta & rumah dah habis bayar. anak2 pun dah habis belajar.

Aku bercakap dari POV perempuan yang nampak hidup sesebuah keluarga tu kurang sempurna bila bapak tu terlalu menyerah & percaya gajinya cukup dan selalu cakap, kalau tuhan nak bagi rezeki ada la. Masalah biasa orang melayu yang malas!

Apsal kau nak emo plak? marah aku soal bila kau nak earn enough supaya isteri kesayangan kau boleh berhenti kerja? hahaha. rilexlah. kau asyik persoalkan orang perempuan buat keputusan kan? apa salahnya aku tanya pasal kau pulak, tak nak jawab pon tak pa :)

Mantot berkata...

aku malas nak jawab apa yang kau tulis sbb kau tgh emo..tapi aku try...

first sekali tadi kau admit apa yang aku tulis tu indah...

kemudian kau keluar semua alasan2 yang kaitkan karier,gaji,masyarakat dan sbgnya....seolah-olah kebahagiaan tu dtg daripada kerja keras utk memastikan kau ada lebih ..bukan kau ada cukup2.

kenapa kau nak kerja keras utk benda yang kau tulis tu?kenapa kau tak nak kerja keras utk benda yang AKU tulis tu yang kau mmg admit dari mula2 lagi..indah...

sbb dunia di dah macam tu?ni lah org Melayu...diorang lagi suka jadi pak turut.Tuhan dah ajar macam mana nak betulkan dunia..tapi jalan kapitalis jugak yang kau nak ikut..

orang putih kata perempuan kena berkarier sebab nak kena penuhi perbelanjaan keluarga.Dalam Islam mana ada benda tu..isteri yang nak kerja suami kena mintak tolong..isteri tak nak,suami kena kerja lebih utk penuhi tuntutan keluarga.

Tuntutan perbelanjaan tu dtg dari mana?
Dari sistem kewangan diorang jugak...u r working hard because u r feeling u hv to support the family..the real reason u r working hard is to support the needs for excessive spending...nak kena beli produk tu,beli produk ni...tapi,kalau kau tak beli semua benda yg unnnecessary..duit tu mesti cukup.

Kau tulis situ Tuhan takkan tolong sesuatu bangsa melainkan bangsa tu tolong diri sendiri..dah berapa lama bangsa kita hidup camtu?Kau percaya jalan sekarang yang kau ikut tu jalan yang terbaik utk bangsa kau?

Sistem kapitalis ini terbaik utk kau?Go on!Takde orang halang...

Kau kejar la apa yang kau nak..
Biarlah aku kejar apa yang kau mengaku indah...

a mi parecer berkata...

Senang bagi orang goverment. untuk kawan2 aku, diorang dapat 1st class sebab mampu bayar full.And chop awal. Semua tu dia buat sebab dia ada kerja sendiri & ada duit sendiri.Senang cerita

kaktus_segar berkata...

aku hairan gak tgk pompuan la ni yg berkejaya..bergaya sakan padahal dh bersuami..mgalahkan ank dara..dgn baju kebayanya..mcm ikn duyung pn ada..aku pompuan pn tgk rasa MALU..apatah lg suami2 depa..inilah jdnya klu JAHIL bab agama..suami bangga isteri d puji?mmg sah suami JAHIL..

Laila berkata...

content ko x cukup mencakupi dengan tajuklah.klo ikut content,aku rasa ramai perempuan mengidamkan xpayah hantar anak ke nursery etc,tapi hidup kat bandar ni cukup ke isi rumah gaji rm 5k?

on second thaught,aku perhati mostly pakcik makcik aku yang husband bekerja,wife jadi housewife sahaja end up hidup 'lebih nampak bahagia'.agaknya sebab berkat rezeki husband utk sepenuhnya utk whole family?perhaps husband will strive more for his wife and kids.kadang ada laki yang take advantage on his wife,bayar rumah kereta tapi brg dapur,perabot,baju,lampin, anak isteri support.takde budget pakaian utk isteri dgn alasan isteri bekerja.lagi parah kalau suami tidak tahu tugas rumah sebenarnya terletak di bahu suami(tak hargai isteri,tak pikul tugas sama2,tak faham isteri yg letih fizikal,minda tend to membebel,marah2)

aku rasa ko sudah maklum tugas suami,tapi cara ko tulis...hmmm apakata ko buat tajuk " Jangan jadi lelaki busuk" plak.

100% Jade berkata...

Mantot, tak semestinya nak work hard kerana excessive spending je. Nak masuk U pakai duit, buku mahal, I'm sure u know that. Nak harap PTPTN memang tak cukup. I've seen my friends sanggup sacrifice 1-2 buku penting in a semester sebab nak jimat duit. Even kalau kita tak subscribe Astro and cuma pakai Saga sebijik pun, masih perlu duit yang banyak untuk tanggung the whole family. Kalau anak tunggal lain la cerita..

Inilah sebabnya ada 2 sources of income tu helpful. Just because perempuan insists nak kerja, doesn't mean dia kerja to fulfill her lust on product tu product ni je. Perempuan gembira kalau dapat contribute financially sbab bila makan minum, blanja sekolah anak2 terjaga, dia juga yang happy..


Si Tenang
Sy rasa tak ada sesiapa yang tanamkan pemikiran yg perempuan kena kerja. Tapi pemikiran macam tu bangkit dari kesedaran sendiri. Perempuan kena pandai berdikari. Tak kira bekerja dari rumah, or keluar bekerja di tempat lain. Bila da kerja, kita pandai appreciate duit. Bila da kawin, da tau betapa susahnya nak earn that little amount of money, kita akan rasa sayang nak bazirkan kepada unnecessary things.

And sy tak fikir ada salahnya perempuan masuk U. Tak ada sesiapa kata perempuan tak payah masuk U. Masuk U, and belajar masak and menjahit pun boleh. Belajar masak and menjahit tu ilmu, masuk U belajar biology pun ilmu juga kan?

Tanpa Nama berkata...

Naik Bentan otak aku baca....
Adeihhhh..
Adeihhhh..

Aku paham apa yg mantot cuba sampaikan + aku pun memperjuangkan isu yg sama kat suami aku.. Aku nak berhenti kerja..
Dunia aku, jiwa aku kat rumah dgn anak2 aku...

Mak mentua aku meng-kecam hebat isu aku sbb nanti aku menyusah-kan anak dia...

Aku pernah di-label menantu yg me-malang-kan hidup anak dia semata2 aku taknak carik extra income...
Sedihhhh.....


LuckyMe..

Tanpa Nama berkata...

mak aku adalah satu satunya menantu nenek aku yg xkerja. nenek aku selalu mengata mak aku sebab of course la mak aku hanye bergantung pada ayah aku. compare to dgn menantu yg lain yg ada income sendiri. sebab tu mak aku selalu pesan kat aku belajar rajin n kerja ade duit sendiri supaya x dipandang hina oleh org lain

Tanpa Nama berkata...

@si tenang
ilmu dunia kan fardhu kifayah. kalo ko kate yg perempuan xpayah masuk university xpayah keje semua nanti mase ko bersalin ko nak doktor lelaki ke yg sambut baby ko masa ko bersalin??? ini lah gunanye perempuan berkerjaya.

Syuhada berkata...

tak kira nak komen jugak.

aku setuju ngan cicaq. aku bukan dokter, aku lulusan Sains Ternakan dan memang tak pandang lansung barang2 mekap ni. sesuai la dengan kerja2 ladang kan, unless kalau nak present baru lah melawa, itu pun still tanpa mekap, tapi dengan kurung yang cantik.

aku belum kawin. aku akan grad bulan oktober ni. perancangan aku ialah: kerja untuk bayar ptptn. dan nak menyimpan sikit. itu pun atas nasihat ayah aku, beliau cakap aku org pempuan kena ade simpanan sikit sbg 'precaution'.

aku nak keje dua tahun je. dan seriously, impian hidup aku ialah mencari suami yang boleh tanggung hidup aku (dan anak2, hehe) supaya aku boleh stay jadi fulltime housewife, jaga makan minum pakai laki dan anak2 aku.

tapi bila aku cakap macam tu, most people would say, "membazir je kau blajo sampai degree tapi nak jadi surirumah". serious aku memang saaangat tak setuju orang yang fikir macam tu.

belajar tu kan ibadah, jadi kiranya dah empat tahun aku beribadah, apa yang membazirnya?

bagi aku, kerja kat rumah adalah kerja paling mulia, dan pengalaman aku belajar tinggi kat unversiti boleh jadi panduan untuk aku didik anak2 aku macam mana kehidupan universiti.

bagi aku lagi, memang kata-kata kau pedas Tot, tapi itu memang kenyataannya.

oke, mungkin aku setuju sebab aku memang tak kan bekerja dalam ofis yang perlu bergaya setiap masa tu kan.

aku bersyukur sgt Allah bg aku jalan blajo Sains Ternakan. sekurang2nya, aku boleh ade ladang sendiri dengan laki aku, WOHA! (pinjam tagline hamka, hehe)

peace yaw! ^^

Aslina berkata...

kalo aku....

memang aku request nak keje. at least 10 tahun. tapi full gaji aku kalo bleh aku buat bayar ptptn.

tak banyak.

dulu aku pinjam rm81k je.

kalo suami aku mampu nak bayarkan semua tu bagi cepat2 abes. dia nak suh aku duk umah saja2 pun aku rela.

haha.

btol ni weh. aku keje skang ni pun bukan untuk merasa duit sendiri sangat. sebab nak bayar hutang.

huhu.

Tanpa Nama berkata...

@sherliza

bini yang mcm kau tanya mantot tuh mmg wujud.

Tanpa Nama berkata...

"dah la sembah api...masak air pakai water heater electric pun boleh kering...."

HAHAHAHAHAH!! lawak gile!

hebat perempuan2 zaman sekarang ni. berdebat tak mahu kalah. kalau rational takpe jugak. ini mengamuk tak tentu pasal. ni mesti jenis perempuan yang susah dikawal. kesian bakal2 suami/suami2 kalian.

Mantot berkata...

sori sherliza,
aku takde niat apa2..
cuma soalan kau tu pelik..

takkan la aku tak nak isteri macam tu?
masalahnya,kau tak percaya isteri camtu wujud...

ada...cuma isteri2 mcm ni lah yang tak sesuai nak masuk tv..org kata tak komersial,tak seksi,tak make up sbgnya.

jgn la skeptikal sgt dgn lelaki...
tiap2 orang Tuhan jadikan lain2..
mesti akan ada seorang yang kau rasa dia perfect utk kau.

perfect kat sini bukan dalam erti kata "perfect" tapi dia melengkapkan kau.kalau kau tak reti A,dia reti A,kalau dia pandai B,kau tak pandai B..

kau mcm tak percaya pulak laki dan pempuan mcm tu ada...ada...cuma masyarakat kita lagi suka expose jalang dgn buaya...itu aje la yang kau nampak hari2...

laki nampak jalang
pempuan nampak buaya

mana tak fed up...

Si teNang berkata...

hahahhahaa..

tak tau nak cakap ape lagi dah bila baca komen2 org laen ni semua. boleh disimpulkan kebanyakan org pompuan mempersoalkan kalau laki curang nanti apa jadi kat dia. kalau laki mati, nanti apa jadi kat dia dan anak2..nak sara idop, pendidikan etc.

kita ni dah kena tipu idop2..tapi kita tak tahu, tak sedar. dikaburi dengan harta & keseronokan dunia. semua org nak anak2 jadi doktor, engineer, arkitek or ape2 lah yg gaji besar2..supaya boleh survive, idop senang..

kalaulah kita kekal dengan keadaan cam zaman tok nenek yang bercucuk tanam, ternak ayam itik lembu kambing kerbau, tangkap ikan..boleh je idop. boleh je makan. tapi hari ni..??? sibuk nak pakai baju lawa, kalerful bling2..nak naek kete beso, nak beli handbag kasut branded..nak pakai mekap..jual tanah sebab nak pakai duit..hahaha

memang tak salah menuntut ilmu. menuntut ilmu tu fardhu bagi setiap lelaki dan perempuan. tapi yg berlaku sekarang, ilmu dunia ni yg orang duk kejar. supaya boleh dapat keje bagus. berhabis duit hantar anak tusyen supaya bleh skor exam.
ilmu akhirat? ok laa..setakat hantar anak gi KAFA petang2. kira dah lepas la. anak2 ngaji Quran tajwid tunggang langgang, ade sape2 semak tak? (ke sendiri pon macam tak berapa reti mengaji??). penghayatan baca Quran tu pon takde. kalau semua org betul2 faham dan hayati Kalamullah tu, heee..bro mantot ni pon kering idea nak tulis blog sebab takde bahan nak mengutuk..haha

ooopppsss!!! terlaser pulak sikit. sorry~

Syuhada berkata...

yeah setuju ngan Aslina, keje sebab nak bayo hutang ptptn. naseb baik lah aku hutang 14k JE. tapi banyak jugak woooooo.

sobs. kalu nak mintak laki aku bayo kan ptptn jadi hantaran time aku kawin nanti, boleh?

T___T

Stammofa berkata...

arwah mak aku, makcik-makcik aku selalu berpesan.. kalo nak cari bini, cari la yg berkerjaya... takpon yang rajin bekerja... nanti sama-sama bleh tanggung keluarga..

bagi aku, asalkan soerang isteri tahu kewajipan dia, takde hal nak kerja ke tak.. suami dan anak-anak tetap kena jadikan no. 1...

--ini hanyalah pandangan daripada seorang jantan yg masih bujang yang dangkal dgn ilmu rumah tangga-

Ann berkata...

bg ak perempuan kene kerja, sbb riso nti pape yg blalu masa akan dtg...
aku kalo leh, lps kawen nk je duk umh jaga suami n anak2..tp kita xtau masa akan dtg cmne..

~..UdadyaNNa..~ berkata...

da baca!!! mtk izin nk copy...

Tanpa Nama berkata...

maafkan saya.saya tak rasa abg sexist sahabat2 ladies kat luar sana..cuba kita fikir 1 benda.pernah tak tanya kat suami,kenapa dia tak bagi kerja?kalau dah pergi kerja aurat tah kemana,ataupun pergi kerja tapi mengedik2 dengan org lain,mungkin kita xsedar tapi itu yang terjadi.suami takkan suruh isteri berhenti bekerja tanpa sebab.mak saya cikgu.dah 21 tahun dah.bapak saya xsuruh pun berhenti walaupun gaji bapak saya dah cukup untuk menampung keluarga.kepada kakak2 dan adik2 yg dah kawin kat luar sana,tolong tanya dulu.cuba faham apa yang abg ni cuba cerita.saya rasa,kalau perempuan yang buat post camni,komperm akak2 n adik2 setuju ja kn.

maafkan saya sekali lagi jika terkasar bahasa

Tanpa Nama berkata...

salam saya dah kawen! dan sekarang dah masuk 7bulan benti keje n full-time housewife..alhamdulillah kami(with 4mth++ baby) leh hidup cam mase saya keje lg..total income per mth before benti is 5k++,now below than 3k (expenses wajib:kete x2,sewa rumah,bills,misc~minyak,travelling,makan etc)..tp alhamdulillah so far everything is doing fine..yg tak fine nye ade jek suare2 kat tepi xsetuju saya berenti keje n dok romah jage anak,alasan tipikal penat belajar tinggi2!hello my own family is oke with my choice oke!
and this article is absolutely a great guide to both women+men tentang betapa pentingnya mencari pasangan based on ciri2 yang digariskan Rasulullah saw =) yg lelaki nk cari ibu tok anak2 nanti n yg perempuan tok cari ayah tok anak2 nanti wallahu'alam =) tot da besh!

cik@i

I am Nad berkata...

depends on situation.. kalau suami mampu..why not? berhenti kerja.. saya lagi suka.... tp...kalau xmampu..wanita perlu bantu.. n kalau suami xbg apa2 pilihan.. pd saya pulak baik kerja..just to secure future kita..

Fatin Farhana berkata...

saye tak bersetuju dgn si tenang. komen2 beliau mcm tak berapa faham bab agama.

Yaakub berkata...

Hahahahahahahahahaha.. Nice one mantot..

Setahun lebih aku follow ko, entry ko memang dpt buat aku senyum kambing sorang2, ni baru first time aku tulis sebab aku xdpt tahan kebangangan org yg reply dgn ko ni.

Kepada sapa2 yg terus back fire mantot ni, baik korang baca sekali lagi. Aku paling benci kalau ada org ckp "What if" a.k.a "Macam mana kalau, mcm mana kalau bla bla"

Mantot ni ceta pasal Aishah, bukan pasal Siti, Maya Karin dan lain2.Korang plak terhegeh hegeh nak tambah ceta Siti dan Maya Karin. Point mamat ni straight to the point. Die nak isteri yg patuh dgn kata suami. Sebab kalau ko xdgr, ko berdosa. Tu dah tanggungjawab ko. If you dont understand what is your responsibility as a wife, baik ko xyah kahwin je.

Ni kepada semua yg comment di atas ni semua nak duit je. Nak duit tu, nak duit ni. Aku datang dari family yg dari kecik duduk makan atas lantai, sampai la ada meja yg besar. Dan aku rasa duduk makan atas lantai adalah paling bahagia sekali.

Point aku senang je, duit bukan segalanya. Kalau ko kena timpa musibah ke, macam no nak tambah ceta Maya Karin, macam mana kalau suami mati dan lain2, tuhan tu sentiasa ada nak tolong. Apa guna doa? Tuhan nak uji ko, belom uji lagi dah mengelabah. Benda tu belom jadi lagi kat ko, seolah2 ko dah tahu macam mana perasaan tu. Amazing. Kira macam ko tgk org kaya semua budget bahagia la kan?

Keluar la dari comfort zone anda itu. Aku rasa korang dah lupa, macam mana rasa ada RM1 je dlm poket. Kira bagus la ada RM1, boleh gak beli air time haus, bagi yg xde langsung tu macam mana? Tetap lagi korang dapat hidup kan. Apa salah household income turun dari 5k ke 3k. Mati ke? Kalau xpandai manage, memang 100% mati.

Aku jenis yg malas nak explain, dan xpandai nak explain, aku xtahan dgn comment yg bangang bagi aku. What if what if, macam mana, macam mana kalau. Kepala hotak xde otak namanya.

ORANG CAKAP, KALAU NAK TANYA SOALAN, SILA BACA BUKU DULU. NI BACA BUKU PUN MALAS, BACA PUN NAK CEPAT DAN XNAK PAHAM TERUS NAK TANYA SOALAN CEPU EMAS. Susah betol org xnampak ni.

Tanpa Nama berkata...

isu bosan. apsal bini ko still bekerja???????????????? suruh dia duduk rumah jer.........losers

ADam Dryx berkata...

Tuan,

This one very-very nice. I like, saya suka.

sub.hadron berkata...

Sebenranya, kebimbangan isteri terhadap penderaan suami sgt berasas krn mostly suami pn BUTA KAYU dlm agama..ataupun 2x je dgn isteri. Tindakan fizikal dari suami atas isteri, mengikut islam, x smpai sepak terajang, penampar. Pukulan di muka sama sekali dilarang.Walaupun suami dibenarkan untuk memukul isteri, namun Islam juga memberi garispanduan tentang cara memukul agar pukulan suami tidak mendatangkan mudharat kepada isteri, iaitu suami tidak boleh memukul isteri dengan pukulan keras, tidak boleh memukul pada wajah dan pada anggota-anggota isteri yang mudah cedera.

Tujuan pukulan tersebut adalah bagi maslahah suami sendiri iaitu supaya isteri kembali taat semula kepadanya. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika suami tidak memukul isteri jika dirasakan tidak perlu


Sumenya bergantung kpd situasi..kalu bini itu bekerja shga boleh mendtgkan fitnah maka, perlu brhenti kerja sbgimana suami yg suruh..klau isteri boleh menjaga aurat n fitnah sms bkrja, tidak salah utk bekerja tp dgn izin suami.
U know what, most women are a good planner..thus, they're independent.itulah ciri2 yg terserlah sms di univ lagi. sebab itulah diorang boleh merancang jauh masa depan mereka dgn persoalan 'what if..suami mati, suami ceraikan dia, hutang itu ini, mak bapak kat kampung' itulah pemikiran edward de bono, pemikiran kritis lateral. tak salah pn merancang, sebab nabi yusuf pon mrncng kemandirian bumi mesir sms 7 tahun kemarau dgn menyimpan hasil gandum drpd 7 tahun yg subur.
Klau laki2 mostly di univ, jwpannya asyik capy paste assigmnt, termasuklah aku budak chem eng..haha..pastu laro main games smpai mlm2 buto, subuh2 buto, xpon futsal drpd mlm smpai pagi..klu genius xpe laa....Dekat2 exam bru nak study..kah kah..Mcm mana la pmpuan kat univ nak respek laki mcm ni kan..nak ke wat jadi laki dia..

Yang bab jaga anak tu, mmg perlu sgt nursery. Klau ada indon mau lagi miang suami, xpu indon plak yg bantai anak kita cukup2. Mmmg suami isteri yg bkrja swasta sgt dlm dilema smda nk amik bibik, istri berenti atau nursery yg bagus...Bibik pn mahal banget lho..sumenya brgantung kpd situasi n kemampuan