Jun 09, 2011

18SX - "Mantot Celaka!Tak Habis-Habis Nak Rendahkan Kaum Wanita!" Part 1


Isteri-isteri yang tak suka kuasa rumahtangga terletak di tangan suami adalah isteri yang tidak menjalankan tanggungjawab dia sebenarnya;yakni menjaga hati suami. Isteri-isteri yang menghalalkan perbuatan mereka menentang suami dengan alasan suami mereka tidak layak memerintah keluarga kerana ada kekurangan pada si suami adalah isteri yang kurang sopan.

Dan cuba lihat sekeliling anda,berapa ramai wanita yang sudah bersuami tapi berlagak dengan berkata "aku boleh hidup takde laki..." hanya kerana suami ada kelemahan dia?Ramai kan?Berapa kali anda terjumpa sekumpulan isteri duduk makan tengahari beramai-ramai dan menceritakan keburukan suami mereka antara satu sama lain?

Jangan jadi perempuan macam tu.

61 ulasan:

LS berkata...

Couldnt agree more than that.

Farah berkata...

Compare dgn post ni, saya lebih suka keratan akhbar Star minggu lepas - My Husband My Master. XD

faraherda.razalan berkata...

jgn terkena dgn btg idung sendiri sudah!

Cik Kiah berkata...

Tajuk tak tahan.
Anyway good advises!

Cipina berkata...

Pernah nampak perkara - perkara macam kat atas ni..

kesian suami masing - masing..

✿ n0ra ✿ berkata...

Setuju ttp selalunya perempuan akan tetap bertahan selagi suami tiada org ke-3. Bila terjadinya keadaan demikian, mulalah si isteri keluar list kelemahan si suami. Then again, ada juga jenisnya gittuh...

hayat berkata...

isteri yg terbaik adalah isteri yg apabila suaminya memandang kearahnya, suaminya akan berasa tenang dan tenteram...

Tanpa Nama berkata...

Mantot,

Sometimes we can't judge something until we in dat situation. Bercinta dan berkahwin itu berbeza tau n might be complicated when we are in it. Waktu ini, lelaki sbg khalifah peranannya besar. He leads and she follows.

As some says; Love is blind until u get married. Becos marriage is an eye opener.

Happened, i knew few of my girl frens yg ada problem marriage. Percaya tak kalo saya kata mereka2 ini sgt baik dan patuh pd suami. Cuma ada kekurangan sana sini, sikit2 tu biasalah. Lagi kesian bila suami yg lepas tangan even nafkah zahir isteri dan keluarga. Dan org laki pun jgn ingat mrk tu hebat sgt..

Pastu ada yg suka memburukkan wife sendiri cerita mcm2 yg tak elok di mata dia. Isteri tak layan, garang, tak reti masak bla..bla..tapi anak berderet2 tiap tahun.

Thru my own experience dgn married guy di zaman bekerja dulu.Cuba nak ayat pompuan dgn cite keburukan rumahtangga sendiri. Berlaku b4 and after i got married. Berlagak mcm org berduit kunun semata2 nak kabur mata pompuan.

Bkn sumer pompuan desperate, mata duitan tgk duit jer terus jatuh centa. Saya senyum jer dan terus jauhkan diri. I hate this kind of man. Buat saya tak percaya pd sumer org lelaki. Jenis yg takkan puas dgn apa yg mrk ada.

Penyelesaiannya terletak pd iman masing2. Pilihan di tangan sendiri. Kalo kaunseling dan mcm2 usaha dilakukan gagal. Jalan terakhir terpaksa berpisah juga. Truth hurts? Just move forward for urself and kids. Life is a journey...

spicemum

! Nurida Ardy berkata...

hope isteri ustaz and anak perempuan beliau tidak seperti apa yang dia cakap tu..:)

Tanpa Nama berkata...

perlukah tunduk dan sabar dan berserah jika dari mula berkahwin sampai anak dah tiga, hidup disara oleh mak ayah sendrik? bukan suami...

perlukan tunduk dan sabar dan berserah jika dari mula berkahwin sampai anak dah tiga, biarkan suami merembat duit ayah sendrik beratus ribu ringgit?

perlukah tunduk dan sabar dan berserah jika suami hanya tau balik rumah untuk puaskan nafsu dan menambah anak sahaja?

perlukah tunduk dan sabar dan berserah jika dari mula sampai anak dah tiga, dengan situasi diatas, suami kantoi bermain kayu dua tiga empat lima enam?

perlukah tunduk dan sabar dan berserah bila satu persatu cacian hinaan fitnah cerca tentang isteri dihamburkan pada sang skandal padahal sang isteri tabah dan sabar melayan kehendak suami walaupun suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya?

perlukah disalahkan juga sang isteri bila dia berkata : aku boleh hidup tanpa laki, kerna selama ni pun ada laki hanya diatas kertas nikah yang dikeluarkan JAKIM... tanggungjawab terhadap anak2 dan isteri tak pernah dilaksanakan dari mula bernikah hingga kini... yang mana tanggungjawab tu diserahkan pada bapa mertua...

adilkah kalo setelah 10 tahun bersabar, disorokkan kelemahan suami dari semua orang termasuk si skandal yang bersepah sana sini, dan kini dia tak mahu lagik berlaki, si isteri ini tetap dipersalahkan? adilkah?

ini hanya salah satu contoh diantara beribu contoh... sebab tu sblom salahkan sang isteri, sila tengok sang lelaki... ada lelaki yang terlalu ego sehinggakan sang isteri dah tak mampu bersabar dan mula menunjukkan satu persatu kelemahan suami... bukan niat memalukan, cuma mahu dilepaskan...

Mantot berkata...

Salam!

Isk isk,Anonymous,kesiannya kau...kena kacau dgn lelaki orang...then you said you are a non believer of man....payah lah camtu...suami kau nanti kau nak carik golongan mana?

Meh aku try,cuba2 jadikan kau seorang believer of man

kenapa bila aku tulis benda2 mcm ni ramai pulak yang terasa?adakah bila aku tulis "perempuan" itu maknanya aku categorizekan "semua perempuan"?penat la kalau aku nak tulis "isteri yang buruk perangai" setiap kali....

kalau anda rasa apa yang anda dah buat tu cukup baik pada suami anda dan anda dah dapat thumbs up suami,benda2 yang aku tulis ni bukan utk anda.

cuba baca balik apa respon anda Anon,sama aje bunyinya dgn apa yang aku tulis cuma bezanya di sini punca masalah cerita kau lelaki.kau dgr cerita kawan2 kau,aku dengar cerita kawan aku....dua2 side akan ada bias.mmg takleh fair sebab walaupun opposites attract,nalurinya still opposites.

Target artikel aku bukan utk golongan isteri mithali,bukan untuk ibu contoh...tapi isteri yang berlagak,yang tunjal kepala suami dia kat public,yang maki husband dia depan anak-anak dia...yang burukkan suami depan anak-anak bila suami pergi kerja...

Kalau anda yakin anda bukan dalam golongan macam tu kenapa nak marah dgn apa yang aku tulis?

Love is blind,marriage is an eye opener...

Apa benda tu?Pada aku,ayat tu langsung tak betul.....dah langgar konsep perkahwinan....

kenapa ramai perempuan assume keadaan akan jadi bertambah buruk lepas berkahwin?lepas kahwin barulah nampak keburukan suami yang selama dia jadi boifren pejam sebelah mata buat2 tak nampak

Sebab masyarakat kita dah diajar, perempuan bila dah kahwin,always expect the worse,always be cautious of your husband,tengok perangai suami,perhati dia betul2 sebab bila lepas kahwin ni la suami akan buat hal.

Tak ke ramai yang berfikir camtu?
Apa pasal kahwin dengan dia kalau hati ada rasa takut,suami berubah lepas kahwin?

Once kau dah married,a good husband will always appreciate seorang isteri yang bersangka baik dekat dia,yang percaya dengan dia,yang yakin suami dia adalah orang yang jadi teman hidup dia sampai dia mati....a good husband will always respond well to those feelings.

Tapi kalau dalam hati,90% percaya,10% lagi ragu-ragu,kenapa pilih dia jadi husband anda?
Dia suami anda,anda yang pilih...any doubts that lingers about your husband is the one that will be killing your marriage institution.

A good husband needs a trusting wife,dan vice versa...

Tapi kalau dah terpengaruh dgn kata-kata org macam "nanti lepas kahwin,kau kena tengok sket suami kau,laki lepas kahwin ni mesti dia buat hal"....mcm mana kau punya perkahwinan nak kekal lama kalau ada rasa curiga dalam diri?

Tanpa Nama berkata...

cont :

jadik, sblom menyalahkan sang isteri yang tak hormatkan 'kuasa' suami yang terlalu diagungkan tu, kaji balik samada sudahkan sang suami menjalankan tanggungjawab dia mengikut landasan dan syariat islam?

ada kelemahan? tak cuba berubah?

apa? itulah dirik kamu sejak azali?

hahaha... suami yang banyak alasan adalah suami yang ego untuk berubah walau itu salah sendrik... yang tau hanya menuding jari kepada sang isteri...

mm berkata...

ader yang terase rupenyer... betul ler tuh...

Mantot berkata...

Anon kedua,
Sbb tu dlm agama dah bagi,mcm mana nak carik pasangan...bila nak kahwin,jgn la kahwin sbb sayang....tapi kawin la sbb suami kau ada ciri2 yg
islam suruh ada.

setakat cinta tak ke mana.hensem mcm jehan miskin pun buat apa?

Tanpa Nama berkata...

memula kawen tunjuk yang dia sangat beragama... tetiap ari pas solat siap baca al-quran gitu... cane yeak tu mantot? adakah boleh digelar lelaki ni memang pelakon terhebat?

Tanpa Nama berkata...

correction *memula nak ajak kawen*

Mantot berkata...

mana kau tau dia baca quran lps solat?
dia bgtau kau?keh keh keh...

kaum hawa,
jangan sesekali percaya apa yg diucapkan oleh boifren anda masa bercinta ni.org kata instinct pempuan ni hebat,cuba bukak sket tirai sayang masa bercinta tu dan jd skeptikal sket masa bercinta.

bila dah kawin baru nak skeptik dah terlambat dah cik...gunakanlah masa bercinta tu nak tau buruk baik bakal suami anda...

besar tu risiko nak carik suami ni.
carik la btol2.

Tanpa Nama berkata...

Amboi..marah nampak? En. mantot, saya bercakap berdasarkan keadaan sekeliling yg berlaku. Dan saya bersyukur, i am blessed i should say.

Saya sentiasa berdoa agar diberikan Allah yg terbaik dlm hidup dan memberi bantuan kpd yg memerlukan. Only god knows how my husband try to tackle my heart, becos i dun trust men at that time. Get it?

Believe me..ada ramai lagi wanita di luar sana tidak bernasib baik spt kita semua dan seharusnya kita memahami perasaan dan naluri mrk. Mrk yg tiada tpt utk mengadu nasib. Ada yg kena mental and fizikal torture lagi. So true..

Dan saya tidak biased di sini kerana saya kenal dua2 pihak ok. Husband and wife. And i hate that kind of man, cheated his wife and berlakon naif di depan.

Honestly, yg berlaku kasar dgn suami2 tu saya tak pernah jumpa lagi.

In my family background, men are leaders ok. So you all men out there please act as one! And that includes you also Mantot!

spicemum

Mantot berkata...

Honestly,pada aku,orang yang biased akan kata dia tak biased,padahal sebenarnya.dia biased.

"Believe me..ada ramai juga lelaki di luar sana tidak bernasib baik spt kita semua dan seharusnya kita memahami perasaan dan naluri mrk. Mrk yg tiada tpt utk mengadu nasib. Ada yg kena mental and fizikal torture lagi. So true.. tapi...siapa peduli pasal cerita lelaki yang tertekan kan?"

Aku tak biased langsung!

ps - aku mmg menulis dgn perasaan marah

Tanpa Nama berkata...

Yeah..u r rite! Put aside the biased thingy. Men leaders, women followers..

So, as a khalifah on earth and family, what shud u do when you are in the situation? You tell me and the reader..

p/s: am trying to be rational here. For a healthy discussion :)

spicemum

Mantot berkata...

maksud kau?situasi camne?isteri carik pasal?

1. tegur dia...kalau tak jalan...
2. jangan tidur dengan dia...buat tak peduli...tak jalan jugak?
3. pukul dia secara lembut...tak jalan jugak?
4. bagitau dekat mertua..mana tau mertua boleh nasihatkan..tapi still tak jalan jugak?
5. barulah bawak pegi mahkamah...itu last resort

aku tak pasti ok ke tak bagitau mertua,sbb org kata hal suami isteri ni simpan antara masing-masing aje tapi aku rasa kalau suami tak dapat ubah isteri,mak bapak isteri ni mampu kot.

tapi,orang kita,ada masalah....cerita dekat member2 dulu.member2 sama jantina pulak tu (tak kiralah lelaki ke pempuan).bila tension high,masing2 dah emosional...akan ada lah yang kata

"kau cerai aje lah,senang cerita,dukung biawak hidup pun tak guna..menambah dosa kau aje"

bila kita mintak nasihat dgn org,kita hanya akan dengar nasihat yang sesuai dengan citarasa kita...jadi lelaki akan carik geng dia,pempuan akan carik kawan dia...

biased akan berlaku kat situ.

Mantot berkata...

sbb tu pada aku nasihat Dr.Mashitah tu bahaya...

samalah macam seorang perempuan nasihat perempuan lain supaya jadikan penceraian satu opsyen positif....Dr.Mashitah biased.Komen dia tidak fair,tidak universal.

cuba create satu situasi,seorang isteri yang duk pendam pedih hati suami perangai macam gampang baca benda tu dan terpengaruh...balik aje suami dr kerja terus dia kata "CERAIKAN SAYA!" Suami pulak tak berfikir panjang sebab dah memang meluat sangat dengan isteri pun lafaz "AKU CERAIKAN KAU TALAK SATU!"

Itu bukan situasi yang patut kita pupuk.
Lafaz memang dah lafaz.Cerai memang dah cerai sebab sah.Tak halal lagi dah nak berjimak tu...

Pegi mahkamah pun sekadar kena nasihat2 aje la.Rujuk balik.Benda tu jadi lagi sebab dalam kepala suami dia dah tau isteri dah berani mintak cerai...lagilah dia menyampah...lagilah pedih hati isteri tu walaupun dah rujuk balik.

Mantot berkata...

the main thing is that most women agree dengan Dr.Mashitah sebab itu pandangan seorang perempuan utk seorang perempuan...

tapi,jika anda seorang isteri,bagaimana perasaan anda kalau seorang Ustaz keluarkan statement mcm tu untuk kaum suami dan suami anda pulak bersetuju penuh...siap pancing2 dengan lembut

"Ayang,you derhaka dengan I,I dont have any doubt that I will divorce you as I see this as a positive thingy..."

menggeletar kepala lutut dengar benda camtu kan?

Tanpa Nama berkata...

Sbg seorg wanita, let me tell you this. Bukan senang org pompuan nak buat keputusan hidup single balik unless satu perkara itu telah lama bernaung dlm hati dan luka hati itu terlalu dalam utk sembuh. We, women always think about kids and family comes first.

Tak kira kawan baik, mak bapak nak cakap apa atau hasut sekalipun, hati dan perasaan wanita itu sentiasa memaafkan si suami hingga memakan diri sendiri. Bila dia berani buat keputusan, makanya dia telah memendam lama.

Pandangan masyarakat dan sedara mara pd gelaran ibu tunggal lagi. Semua tu dah diambil kira semasak-masaknya sblm amik keputusan. Benda ni taboo dlm budaya kita. I'm a bit konservatif here.

Kalo ajak kaunseling yg rajin dtg sebelah pihak jer iaitu isteri. So how to counter the problem? And most of the time, teori yg dibaca dlm buku dgn praktikal tak mungkin sama dgn realiti yg berlaku. Akal dan kesabaran perlu seiring.

Kalo isteri yg tunjal2 kepala suami depan khalayak dan tengking2 sesuka hati tu. Tak dayus ker suami mrk membiarkan sebegitu? Kuasa dan kepimpinan di tangan anda bukan?

Maaf sekiranya penulisan saya nih mengundang rasa marah dan tak puashati mana2 pihak. Yg baik itu dari Allah, yg buruk dari saya.

spicemum

kak nina berkata...

alhamdulilah...aku dah masuk 7 tahun kahwin dengan lelaki yang kalau dia diambil nyawa dulu, aku taknak kahwin lagi, melainkan kalau aku dapat the exact same person....aku nak rupa dan perangai yang sama...

mungkin kerana dia tua 23 tahun dari aku dan apa sahaja keputusannya semua berdasarkan agama bukan emosi...

aku tak pernah cerita keburukannya pada orang lain apatah lagi bercerita dengan keluarga sendiri, dia pun sama juga....
lelaki mana yang sabar dengan isterinya apabila tong gas di rumah tukar setahun sekali (gara2 balik dari kerja dah lewat, sebab aku kerja dengan laki aku juga)...
lelaki mana yang sabar dengan isterinya apabila bila dah tak sempat, dia sendiri gosok baju kerja sendiri (gara2 dia nampak aku penat uruskan 3 anak)...
lelaki mana yang bersabar masih merima isterinya walaupun difitnah teruk dengan ibubapa isterinya...

aku tak perlukan lelaki macam seth tan (watak drama yang popular yang sekarang)...jiwang dan sangat romantik...
aku sudah cukup bersyukur punya suami yang solat lima waktunya di masjid, yang mengingatkan isterinya untuk solat bila tiba masuk solat, yang menahan telinganya kena bebel bila isterinya penat menguruskan hal kerja, rumah dan anak2, yang tak kisah beli atau makan di luar untuk isteri dan anak2nya bila dia nampak isterinya penat...

ALHAMDULILLAH...

Mantot berkata...

Eh,aku takdehal punyalah.Salah satu benda yang aku paling suka dalam ni adalah baca respon org.

That's the thing...

Semua isteri yang dianiaya pendam rasa.Simpan dalam.Kalau cerita,cerita kat member buat apa...cerita la kat suami,bagitau la dia apa yang anda tak puas hati dengan dia.

Benda tu bukan salah pun,
ikut hukum pun tak salah.

Samalah jugak macam kes isteri main tak puas...tak mencapai orgasm...sorilah kalau contoh aku cam tak sesuai...

Kebanyakan isteri diam.Ada jugak yang fake orgasm.COME ON!Apa pasal buat macam tu?Itu hak anda.Tanggungjawab suami adalah untuk memuaskan isteri,itu salah satu nafkah isteri
dan jika isteri merasakan suami tidak memuaskan nafsu dia..isteri sepatutnya bersuara sebab SUAMI WAJIB PROVIDE BENDA TU.

Tapi kebanyakan isteri diam dan berlakon kononnya lelaki dialah yang paling gagah dalam dunia...mula2 bolehla,lama2 merana...dan inilah golongan2 yang makin lama akan jadi bitter..

Tanpa Nama berkata...

Blogger Mantot said...

mana kau tau dia baca quran lps solat?
dia bgtau kau?keh keh keh...

June 9, 2011 5:38:00 PM GMT+08:00

tau sebab tu la yang dipamerkan sepanjang 3 tahun belajar di universiti... slalu ikut kelas agama... participate dalam kem2 motivasi pelajar dan slalu tunjuk baca al-quran setiap waktu solat sepanjang motivasi...

masih mahu salahkan wanita tu? kunun ikut perasaan sayang sahaja?

come on... apa salahnya turunkan ego kamu dan mengaku dalam golongan lelaki bukan sume baik... ada je pelakon hebat... penipu besar...

kebenaran itu memang pahit... but definitely sementara je pahit tu... tapi bila sibuk dengan ego lelaki akan membawa kepahitan sampai mati...

sim_2096 berkata...

bak kata mantot...itu namaya pompuan busuk namanya...

Mantot berkata...

Anonymous,
aku tak tau dia jadi suami kau ke tidak,tapi sekadar nak bertanya...aku tanya kau jujur dan aku harap kau jawab dengan jujur....aku assume kau couple dengan dia.

masa kau bercouple dengan dia tu,masa dia tengah berlakon alim tu.......ada tak dia mintak pegang2 tangan?

zad berkata...

cik kak, kalau nak gaduh dgn mantot pun, jgn lah guna anon.

takde akaun google ke ?

Laici berkata...

susah nak sembuhkan penyakit nih, perempuan kata lelaki, lelaki kata perempuan..kalau nak start bawah, memang susah nak sembuhkan sorang demi sorang

dah masyarakat dan orang Islam melayu kita dah dibesarkan dalam keadaan camnih, agama letak belakang...keadaan dalam filem, leh peluk2, tunjuk adegan romen2 sampai budak2 dah rasa benda tu biasa, videoklip ala2 porno yang lahir dari otak org melayu islam sndiri dan remaja dan budak2 yang bangga dan tak malu mengaku dah tak ada dara..

so nak salahkan sapa? dah memang kita dididik dan dilahirkan dalam keadaan cammni, ibu bapa leh nak kawal anak2 dan elak dari benda2 ni tapi sampai bila kalau berleluasa..?

nasihat aku, kasi jer hukum hudud berjalan..dan tendang jer pemimpin yang tak leh pakai, merosakkan masyarakat kat malaysia nih

Mantot berkata...

hoi hoi hoi,
jangan bawak masuk politik!

nanti bertukar jadi debate "Muslimah PAS dgn Puteri UMNO..yang mana satu lagi elok?"

Kapten berkata...

Buatkan isteri inzal tak wajib, sekadar beri nafkah batin/jimak jer wajib. Terimalah wahai kaum wanita. Huahaha!!!

cafiena berkata...

dear mantot,

*cheh, dear dear plak*

masalah yang ada skrg, ada pada org yang tak tahu sempadan hak dalam perkahwinan. tu yang pendam rasa. tu yang makan hati berulam jantung.

banyak isteri memasang tinggi tembok "hang tinggal aku, harta hang, semua aku punya" atau queen control disebabkan takut hilang laki.

banyak jugak laki yang memasang tembok, "hang tak buat ikut ckp aku, hg derhaka!" sebab takut hilang bini.

penceraian adalah satu pilihan, apabila salah satu pihak tidak mahu kerjasama dalam membina rumah tangga.

cerai terjadi banyak sebab dan spt perkara lain, ada yg menyalahgunakan cerai.

pada pendapat saya, marriage a two way street. kalau isteri tak tahu, suami kena belajar untuk mengajar isteri, and vice versa.

masalah paling besar, spt saya mention sblm ni, suami isteri tak tahu hak hak dalam berkahwin. isteri claim kat anak,"syurga dibawah tapak kaki ibu" suami claim kat isteri "tak masuk syurga, isteri yang ingkar".

again, tak tahu sempadan, at the end, menyalahgunakan agama.

btw, dalam masyarakat meleis kita ikut mcm2 budaya pelik, cthnya suami kata tak payah tutup aurat, hence tak tutup.kalo laki otak mcm tu, bini patuh. alahai lah. tambah lagi, duit melimpah-ruah, "ada aku mintak ko bayar aku pegi buat highlight, laki aku pun tak kisah".

hal kahwin, bukan one side, tapi two sides. it takes two to tango, it also takes two to make those babies.

if anyone have marriage problem, go get advice from a proper marriage counselling, jgn dok buka hal dalam bilik tidur dgn teman mengumpat. (btw, laki skrg pun pandai mengumpat).if the marriage counsellor join mengumpat, that is not proper, leave! and toksah layan org dok kutuk hangpa p kaunseling kawen. duh, another perangai pelik meleis.

sblm kena smash blik (blog hg femes wat!), takda org sempurna, takda rumah tangga sempurna, hanya manusia yang berusaha untuk menjaganya dengan cara yang betul dengan niat yang betul. jangan putus asa, usaha tangga kejayaan. sekian.

Siti Syawal berkata...

harap xjadi mcm tu. ya Allah..kuatkan la iman ku..tq krn mengingatkan sy mantot..=)

Unknown berkata...

refer pada video tu, kalau bagi isteri hak untuk bagi nama dekat anak, nanti diberinya nama pelik2,canggih2 dan panjang2 dekat anak tu. haha.

Tanpa Nama berkata...

blog ni bagus..
kadang2 kaum wanita perlukan teguran yang tegas mcmni..baru kite tgk balik kekurangan diri kite..
harap pasni en. mantot leh buat post pasal suami2 yang dayus n xbertanggungjawab plak..
mungkin bergune untuk di renung2kan
=)
miss izza

Tanpa Nama berkata...

tula lelaki nk cari pompuan yg cun2 je bila dh kawen bini buat perangai mule penin2..sedap d mate sakit d hati..huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

aku rasa bapa aku kurang rasa tnggungjawab- sampai aku nak je ckp kat mak aku, cerai je la. tapi mak aku sabar dan tetap sabar.
aku la yg tak sabar! jadi aku sokong pendapat Dr. Mashitah tu. Tapi aku refuse dipersalahkn. Root cause nya bukan aku. Kaum kau juga. Apa yg aku nampak sejak kecil bukan la keadaan ideal yg kau ceritakn Tot. I get your POV, kau idealistic. So I hope u'll get mine.
Aku ingat lagi, nak amek SPM ni, takda duit nak bayar yuran sbb bapak aku refuse to work. Menangis2 aku cari duit. Sorang2. Aku tk pernah cerita ni kat sesiapa, atas dasar menjaga nama keluarga. Aku bercerita kat sini pon atas dasar anonymous. Im just sayin' kalau aku jadi mak aku i'll go with what Dr.Mashitah had suggested. Takkan mak aku tk pernah usaha nak berbincang. Mesti ada punya. tapi still tk jadi sepanjang observation aku. Dan semua ini tak perlu dicerita dari mak aku- mak aku tk pernah cerita keburukan laki dia, dah besar ni aku paham sendiri. Dan sebab itu juga aku susah nak percaya kaum korang, mungkin ada diantara kau org baek - tapi pesan aku - jaga hak bini kau, anak kau - semua tu tanggang-jawab kauorang. kalau tk jaga mungkin kau akan jumpa ramai lagi perempuan macam aku - setuju dgn dr.mashitah

and ouh btw comment kapten: nampak sgt kau tk peduli - trait utama bapak aku

Aishah Malik berkata...

lelaki tak boleh asyik nak salahkan perempuan jer dalam banyak hal.. unless kalau lelaki tu memang perfect, which i'm sure, none of you are.

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:48PM

I feel for you dik. Saya pernah melihat lebih teruk dari itu terjadi pada kawan saya. Dia sangat secretive ttg hidupnya di mana akhirnya semuanya terbongkar sendiri.

Suaminya pemabuk, kaki pompuan dan malas bekerja. Sampai satu hari dia dah tahan, dia call saya mintak bantuan sbb dipukul teruk oleh suaminya bila dia bersuara.

Kesian sgt keadaan masa tu dan dia minta menumpang rumah saya bersama anaknya. Dua hari lepas tu, saya hantar dia balik rumah maknya. Penderitaan itu dah terlalu lama sebenarnya. Sebab tu saya kata spt di atas, selagi kita tak berada dlm situasi itu jgnlah mudah judge pompuan tu bersalah.

Dia bersyukur sgt krn membuat keputusan yg betul setelah berusaha pergi kaunseling (bekas suami tak join sekali sbb ego tinggi), kerap berdoa minta petunjuk dari Allah dan bersemuka dgn bekas keluarga mentua minta pandangan mrk.

Setelah lama jadi ibu tunggal dan anak2 membesar, dia dpt jodoh baru dan kekal bahagia sampai skrg. It shown on her face and appearance.

Anak2 dia lebih sayang bapa tiri dari bapa sendiri. See, segalanya terletak pada bahu lelaki atau suami membimbing isteri dan keluarga. Kaum wanita itu mudah dilentur jika kena cara yg betul. Tapi dlm rumahtangga, kedua-dua suami dan isteri ada peranan masing2 yg wajib difahami.

Bayangkan kalo perkara sebegini berlaku pada anak pompuan, adik atau kakak anda?

spicemum

Tanpa Nama berkata...

Bila tengok benda-benda macam ni, aku jadi sangat takut. Aku masih dalam awal 20-an, masih lagi belajar, belum lagi masuk 'dunia sebenar'. Bila ada topik-topik macam ni, aku takut nak bersuara (aku ada account Google, tapi kena pakai Anonymous jugak takut punya pasal) sebab orang tak akan setuju dengan aku.

Aku sentiasa nampak lelaki ni sebagai pemimpin, terutamanya dalam konteks keluarga. Aku sangat bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan, sebab bagi aku, tanggungjawab sebagai seorang lelaki ni sangat berat. Aku tak akan boleh buat apa yang lelaki boleh buat. Aku tak faham kenapa ada perempuan yang rasa feminisme itu perlu, sebab bagi aku, Tuhan Maha Adil. Dia memberi hak kepada yang berhak. Kalau Dia kata lelaki berhak mempunyai empat orang isteri, berhak melafazkan talak, aku akur. Sebab apa sangat logik aku dibandingkan dengan logik dia? Bagilah sebab dan hikmah, atau alasan sekalipun, aku akan tetap buat kalau itu yang Dia arahkan. Seram sejuk aku bila aku dengar cerita isteri-isteri mengingkari suami, cerita isteri-isteri mengasari suami, cerita isteri-isteri memburuk-burukkan suami.

Bagi aku, sekarang, andai kata aku seorang isteri, aku bersedia untuk mentaati suami. Aku bersedia untuk menjadi makmum yang setia sampai akhir hayat. Aku bersedia, andai kata dilanda kemiskinan, untuk hidup dan mati dalam kemiskinan bersama-sama. Aku bersedia, andai kata aku tak melaksanakan tugas aku sebagai seorang isteri, untuk ditegur, dipisahkan tempat tidur, dipukul mengikut syara', dan ditalakkan sekalipun. Aku bersedia, andai kata dia ingin berkahwin lagi, untuk dimadukan. Cuma aku akan maklumkan, yang aku harap calonnya sebaik-baiknya mempunyai iman yang lebih tinggi dari aku, yang tak akan sekali-kali mengheret suami aku ke neraka bersamanya. Andai dia lebih solehah dari aku, aku terima ketibaan dia dengan tangan yang terbuka, dan harapnya dapat sekali menumpang barakah. Aku akan mati seorang, aku akan melalui alam barzakh seorang, aku akan melalui padang Mahsyar seorang, aku cuma harap dari perkahwinan ini, dia dapat bimbing aku supaya dapat cintaNya yang aku cari, dan aku akan cuba sebaik mungkin untuk membantunya menyiapkan bekalan akhirat.

Orang cakap aku gila, sebab aku tak rasa lagi berkongsi suami, senanglah aku cakap sekarang. Orang cakap aku gila, aku tak berkahwin lagi, tak tau lagi susah senang perkahwinan. Orang cakap aku gila, aku tak tahu lelaki zaman sekarang macam mana. Orang kata aku gila, macam mana aku boleh fikir benda-benda macam tu, memanglah idealistik, tapi tak praktikal.

Aku pun tak pasti. Mungkin aku dah diromantikkan dengan idea-idea macam ni jadi aku tak boleh nampak realiti.

Kadang-kadang aku rasa aku gila. Kadang-kadang aku rasa dunia ni yang dah gila.

Gila ke aku, Mantot?

Mantot berkata...

kau mmg gila...
realitinya nanti kau kena accept yang

a. laki kau perangai buruk
b. laki kau ketiak busuk
c. laki kau mmg akan kawin dua
d. laki kau tak nak spend masa dgn kau
e. laki kau akan buat hal
f. laki kau akan carik pempuan lagi hot dr kau
g. satu hari nanti,kau akan menyesal kahwin dgn dia dan kau wish kau jumpa org lain dulu

kau terlalu idealistik!tak logik!mana ada lagi lelaki baik zaman skrg!

gila!kau bygkan...kau hidup dalam zaman yang kau sendiri takut nak dedah siapa kau,apa nama akaun kau Google sebab kau takut nanti ada orang kutuk kau...

kau pakai Anon sebab kau tau akan muncul golongan2 wanita lain yang "realistik" dan "berlandaskan realiti" keluar statement kecam kau......semua sebab kau nak cakap pasal apa hope kau,wish kau.Kau takut nak cakap benda baik sbb nanti akan ada golongan yang attack kau.

Kau takut orang kutuk kau sebab kau cakap kalau kau terpaksa bermadu,kau akan accept.kau rasa siapa yang gila?

kalau kau tak ambik rasuah puluh2 ribu orang kata apa kat kau?

"GILA KAU TAK AMBIK DUIT DEPAN MATA PULUH2 RIBU!KALAU AKU DAH MASUK BANK DAH!"

Siapa gila?

Tanpa Nama berkata...

Bro, aku terpaksa guna Anon jgk sbb aku belum bukak account gugel lg.. Blog ko ni pun baru jumpe + sangat lah menarik-narik tangan aku utk komen..

Mcm ni lah yer, ni pendapat aku org yg tak berapa pas SPM tapi keje bank..

Just imagine, wife tu dah kemas umah TIP-TOP.. Semua clear.. Sinki pun bersih tanpa ada cawan + pinggan tak basuh.. Wife ni td baru je nak luruskan pinggang kat sofa sambil nak tgk TV.. Tetiba tekak haus, wife ni tadi g dapur & tgk sinki dah ada pinggan + cawan kotor.. Sebak rasanya.. Senangnya hidup Hubby yer, pinggan + cawan sendiri pun tak leh nak basuh... Simple kan, basuh je la.. Bukan byk pun... 2 ketul tu je... Org lelaki mungkin akan kata, alah.... 2 ketul tu pun nak berkira... Kan? Kan?

Hakikatnya aku tak pernah jumpa la wife yg akan terlalu suka + ghairah tgk sisa yg di tinggalkan kat sinki tu mcm jumpa duit seribu ringgit yg hubby sengaja sepah-kan... Walaupun wife tu tadi akan basuh sisa yg 2 ketul tu dgn muka selamba mcm takde perasaan... Tapi aku berani cakap la, koman2 pun dlm hati wife tu akan kata...'PEMALAS MCM BABI'.. Zahir mmg nampak taat... Batin?????

Aku rasa semua perempuan mmg busuk la mantot... Termasuk wife ko...

suzaila79

Tanpa Nama berkata...

Cont'
Bila wife tu dh bebel hari2 kat hubby, tapi hubby masih berperangai mcm budak terencat akal yakni mcm org cacat anggota, wife ni tadi akan ...
1- nangis
2- solat + mengadu kat allah (selalunya, makin kite mengadu kat Allah, makin hebat dugaan allah bagi)
3- setan tu sentiasa ada... Maka akan terkeluar-la istilah memburukkan suami bila bersembang2 dgn kawan2...
Actually aktiviti tu bukan la nak memburuk-kan suami... Itu aktiviti melepaskan lelah melayan suami yg kadang kala berperangai mcm org kurang upaya...
Itu baru bab pinggan cawan yg simple... Belum masuk bab2 yg kritikal lagi...

Suzaila79

Tanpa Nama berkata...

Cont'
Kalau tak nak perempuan jadi mcm tu, jangan la jadi lelaki macam 'itu'...
Jgn jadik ketam

Suzaila79

NeemoNeemo™ berkata...

Kapten,
Betul apa yg mantot cakap tu. bukan dia reka2 utk amik hati pembaca.tu ilmu tu.

"Kemudian apabila ia telah menyelesaikan hajatnya maka hendaklah ia menunggu isterinya (jangan mencabut segera) sehingga isterinya juga merasa puas, kerana keluarnya air itu kadang-kala terlambat. Maka ketika syahwatnya sedang bergelora tetapi suami sudah selesai, maka hal ini menyakitkan (mengecewakan). Kerana waktu keluar air yang tidak sama dapat menimbulkan perkara bagi mereka, apabila suaminya lebih dahulu mengeluarkan airnya, Dan apabila waktu keluarnya air itu bersamaan, maka hal itu lebih nikmat baginya. Dan janganlah suami hanya sibuk memperhatikan kepentingan dirinya sahaja, kerana isterinya kadang-kadang merasa malu (untuk aktif)" -Imam Ghazali

nami chan berkata...

kelab ape nih? tak pernah dengar pon.. confuse2

Kapten berkata...

Anoneemus, ada betulnya dalil imam tu. Tapi tak wajib kan? Suami takkan berdosa kalau isteri tak inzal. Cuma dosa kalau tak senggama. Please correct me if I'm wrong. Aku nak belajar ni.

Bang Non berkata...

Suzaila79,

cube bygkan kalo si suami penat balek keje...carik makan utk bg nafkah isteri dan keluarga..blek2 je tgk rumah bersepah..sbb bini keje jugak, blek lg lambat dpd suami..pastu time nk mkn mlm plak bini tak masak..penat katanya sbb keje..tak ke sedih si suami dpt bini mcm tu? "kurang ajar punye bini..aku yg wajib keje carik nafkah, dia pulak sibuk je nk keje jugak.."

Tuduhan cik suzaila terlalu bias..aku pon bole ckp "kalo xnk dpt suami buruk perangai, si isteri tu kne la pandai jaga welfare si suami"..

sbb tu la tuduhan kpd sebelah pihak je adalah salah..smpai bila kita nk jadi mcm nie?

dua2 kena tolerate la..si isteri da kemas rumah leklok, si suami pulak jgn la g jahanam kan...tp si isteri jugak kne ingat, adalah menjadi tanggung jawab isteri utk menguruskan hal ehwal kat rumah, si suami yg patut kelua carik duit bg nafkah..

aku nk tekankan something kat cni..jgn biased sgt..laki salah, pompuan pon salah jugak dlm hal nie..Mantot da ckp post nie adalah kpd isteri yg buruk perangai, kalo si isteri yg dh buat mcm ko ckp td (kemas umah leklok, taat suami) this article is not meant for u guys..dlm kes ko tuh, si suami yg berperangai buruk..i believe someday nnt mantot akan post jugak psl suami yg buruk perangai..haaa, kat sana nnt bru your comment applies..ckp la perangai suami yg mcm budak2 terencat tu kat situ nnt.. :)

p/s: si suami dahla kne bg nafkah, pastu kne tanggung dosa isteri..takkan sebab tak cuci pinggan nk carut kat suami? dosa yg kau buat tu nnt si suami jugak kne tanggung..bagus2..

Tanpa Nama berkata...

alololo..terasa yer. Takpe kita bincang sama2, elok2 kat sini ok.

Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Lelaki dan wanita itu saling memerlukan antara satu sama lain. Tiada manusia yang sempurna..

Tanpa Nama berkata...

aku pun tak setuju jugak kalau sampai sebab tak basuh pinggan, keluar perkataan tu..

aku ni habis2 pun, bila aku tengok ada pinggan kotor lagi, aku biarkan je la dulu sampai diorang dah tidur baru aku basuh semua...masa tu aku puas hati sebab dah takde pinggan kotor...

tapi part isteri kerja tu, ada jugak member aku yang tak mahu isterinya berhenti kerja dulu...almaklumlah, duduk di KL ni, nak buang air pun kena bayar 30 sen tapi toilet kotor gila...ditambah pula dengan harga barang dan petrol yang tak pernah turun2...sewa rumah teres 2 tingkat di KL dah 900....

Tanpa Nama berkata...

dah mcm sesi kaunseling bersama bro mantot lak..tumpang lalu bos.. :)

Tanpa Nama berkata...

Aku suzailey79

Aku ckp mcm tu bg pihak isteri yg bekerja...aku bekerja...
Kenapa nak buat isteri mcm babu ??
Sebelum keluar rumah bekerja, aku dah masak..
Balik keje, just panaskan lauk + masak nasi...
Bila semua tengah makan, aku kena mendobi...
Melipat kain adalah perkara yg dilakukan setiap hari sebab aku tak suka rumah mcm kandang kerbau..
Bila dh siap semua, aku makan + membasuh pinggan...(Aku x suka kumpul pinggan dlm sinki sebab ia akan mendatangkan aroma busuk satu rumah)
Sebelum tidur, keluarkan semua bahan2 nak masak esok kul 5 pagi..
Anak2 lagi... Gosok baju lagi...
Ini lah punca kenapa isteri TIDAK TAAT BATIN...
Walaupun mungkin bukan ayat 'PEMALAS MCM BABI) yg terbit dihati isteri2 solehah diluar sana...
Mengeluh juga sudah jatuh kepada TIDAK TAAT BATIN...
Siapa BUSUK ??? Ye la ye la aku memang perempuan BUSUK kepada seorang suami yang WANGI...

Ambik lah menang...

Mantot berkata...

hehe,
suzaily,

satu rahsia yang banyak lelaki buat tak peduli...
semua benda yang kau buat tu...adalah kerja lelaki,tanggungjawab lelaki.

kau?
kau patut jaga laki,jaga nak,didik anak,pastikan suami kau terurus.

mengurus rumah tangga bukan kerja isteri.
mengurus individu dalam rumah tangga,itu kerja isteri...scr senangnya,kau kena pastikan suami kau larat utk buat semua kerja rumahtangga yang perlu dia buat.

cuba bagitau dia.

Mantot berkata...

benda ni mmg dalam syariah mcm ni..
tapi kita dah dibesarkan dalam masyarakat yang train anak perempuan urus rumah tangga.

bila lelaki masuk dapur kena marah,bila lelaki menyapu kena tegur..

Tanpa Nama berkata...

betul tu mantot, ada isteri yg tak suka cara suaminya buat kerja rumah sbb cara org lelaki buat mcm cincai..

tapi pkcik aku, biarpun pukul 10 mlm, dia blh mop sorang2..weekdays pulak tu...esok pg dah kena bgn awal nak ke ofis...dia takkan bg mkcik aku buat kerja rumah sbb dia suka kerja2 rumah ikut style dia, his own way...aku rasa tengok karakter lelaki tu jugak mcm pcik aku ni, mkn dlm kereta tidak dibenarkan sama sekali, sbb kerja2 rumah, dia buat sendiri sbb pcik aku ni cerewet bila bab2 kebersihan...

NeemoNeemo™ berkata...

Kapten, 'sehingga isteri merasa puas' tu depends kat isteri lah.maksud sbnrnya, kena bagi isteri inzal.

tp kalau tak mampu, ikut ihsan isteri tu la.klu dia cakap takpe, takpe lah.

NeemoNeemo™ berkata...

Maksud saya,klu suami tak mampu jgn paksa. tp isteri jgn pendam pulak klu tak puas.

susah juga.kalau luahkan,jd isteri yg mengeluh dan komplen.
kalau pendam, rasa tak best.tp taknak jd isteri yg demand.

camane eh? eh saya ni jawab soalan dgn soalan pulak.

Mantot berkata...

dia takleh pendam.kalau dia pendam dia dah salah,sebab dia seolah2 dah tipu suami dia.kalau suami dia tanya,"puas?" tapi dia tak puas,dia kena bagitau suami dia dia nak lagi.wajib suami dia carik jalan utk penuhi permintaan isteri..kalau tak naik "senjatanya" WAJIB dia makan viagra ke tongkat ali ke..kalau cepat sgt,WAJIB dia belajar cara nak kontrol....

benda camtu isteri boleh voice out...tapi...ada sesetengah benda isteri takleh nak persoal langsung!

perempuan yg kenal mana satu dia perlu pendam dan mana satu dia boleh inform ni la yang makin lama makin kurang spesisnya...

NeemoNeemo™ berkata...

Mana taknya. suami tension sbb sendiri tak perform atas katil. mengadu kat perempuan lain yg isteri tak bersyukur asyik komplen & tak puas hati. Dah jadi cerita lain.
Kalau mengadu kat sesama lelaki pun, kwn2 cakap kau kawen je lain.

Perempuan jujur sgt dgn suami boleh buat suami menyampah nak balik rumah.