Jun 18, 2011

18SX - Jangan Jadi Perempuan Busuk (Series Finale)

Dah boleh agak kalau aku tulis pasal "suami cuba jadi suami",mesti ada golongan perempuan yang mula rasa dengki...kemudian keluar statement macam-macam semata-mata nak pertahankan apa yang dia dah buat dan apa dia nak buat...pelik betul yang bising ni tak kawin lagi pulak tu...

Alasan semalam :

1. Kalau laki lari tinggalkan isteri,macam mana?
2. Laki kalau dia dah kerja,nanti dia memandai la merewang,camne?
3. Isteri kerja untuk tampung rumah,suami kerja untuk tampung diri,camne?
4. Kenapa aku kena suka dengan mak mertua yang mulut macam lancau,camne tu?
5. Kalau laki aku mati macam mana?

Kalau dah laki kau buat jahat memang lah ada tujuan Tuhan kau terkena camtu...qada' dan qadar.Kalau pasal urusan mati,memang siapa2 pun takleh nak plan.Tengah akad nikah pun boleh mati.

Jadi,untuk hari ini,untuk mengelakkan anda jatuh ke dalam golongan perempuan-perempuan busuk....aku akan bagitau anda apa yang perlu anda lakukan sebelum akad nikah.Aku tulis lagi benda ni sebab Dr.Masyitah kata pasangan sekarang tak banyak ilmu agama dan ilmu rumahtangga,sebab tu penceraian banyak berlaku..tapi tak ramai pulak orang terangkan benda yang tu...mungkin ada kot..tapi terpencil..takut kena cop sexist...hehehe.

Pada aku...bIla pasangan tu dah berkahwin dah terlambat nak ajarkan diorang ilmu rumahtangga ni.Dah terlambat sebab tak dapat nak buat apa-apa lagi dah.Kepala dah keras dan hati dah kering.Mind dah set.Cuba tengok balik masa sekolah,bab mana yang menitik beratkan sosial rumahtangga dalam pelajaran?Ada la bab dalam pendidikan Islam sket2 lepas tu ada la belajar dalam Kemahiran Hidup..itupun belajar skill memasak,menjahit...kononnya panggil Ekonomi Rumah Tangga...ikut lagi sistem orang putih memang jadi orang putih la masyarakat kita.

Pendidikan selepas kahwin=Kaunseling,utk remedy problem yang dah wujud
Pendidikan sebelum kahwin=Preparing utk cuba elak problem yang mungkin wujud

Perempuan selalu rasa diorang takde control dalam life diorang; padahal sebenarnya perempuan tu dah dijadikan cukup sempurna oleh Tuhan dan perempuan tu ada kuasa tentukan  destiny dia sendiri...cuma selalunya sebab eagerness yang buatkan perempuan ni lupa dia ada kuasa...

Semua kuasa perempuan itu datangnya sebelum moment akad nikah tu.
Bila tok kadi datang jumpa bakal isteri dan tanya; "Setuju awak nak kahwin dengan dia?"

Fikirkan benda ni....

a. Adakah anda betul-betul yakin dan mampu untuk let go everything dan percaya 100% dengan bakal suami anda?

b. Adakah anda betul2 mampu akur dan taat dengan perintah suami selagi tak langgar hukum agama?

c. Adakah anda rela meninggalkan keluarga asal anda untuk memberikan fokus kepada keluarga anda yang baru?

d. Adakah anda mampu untuk terima keluarga belah lelaki sebagai keluarga anda,termasuklah mak mertua anda sebagai mak anda sendiri?

e. Mampukah anda berkata "ya" kepada lelaki itu jika dia cuba mengawal hidup anda demi kesejahteraan keluarga dia...bukan keluarga anda?

Dan banyak lagi yang anda kena fikirkan sebenarnya..Tak larat aku nak tulis.Dalam bahasa orang putih,"You should know who you are marrying into.."

Aku bagi contoh,kalau kau kahwin dengan aku;

Kalau kau kawin dengan aku,kau mesti paham la aku akan maki kau kalau tak pakai tudung lepas kena suruh beberapa kali.Kau kahwin dengan Najib Razak,kau mesti paham yang pakai tudung tu optional sebab dia tak kisah...hihihi.

Kenapa aku pulak yang kena accept kau kalau kau tak pakai tudung sebelum kahwin?
Itu antara kau,bapak kau dan Tuhan.Bila kau dah kawin dengan aku,aku akan paksa kau tutup aurat.Itu tanggungjawab yang jatuh dekat aku lepas aku setuju kahwin dengan kau.Keyword dia sini,lepas kahwin.Kau boleh carik lelaki yang bagi kau tak pakai tudung lepas kahwin..kenapa kau kahwin dengan aku?

Dan kalau ada yang tanya,kenapa aku nak jugak kahwin dengan perempuan camtu...aku cuba jelaskan,padangan seorang suami akan berubah lepas kahwin kalau dia sayang isteri dia.Kalau sebelum kahwin dia tak peduli isteri dia tak tutup aurat,bila dah jadi suami ni benda aurat ni jadi satu benda yang suami rasa "aurat isteri itu hak dia sahaja.." dan "tak elok orang lelaki lain duk tengok cleavage isteri aku.."

If husband anda beri anda kebebasan kepada anda untuk tidak tutup aurat,
Itu bukan tanda dia seorang yang cool,liberal dan open minded..
Itu tandanya dia tak sayang dekat anda dan dia tak sayang dekat diri sendiri.

Once kau kata "Ya,saya setuju" dekat Tok Kadi...sepatutnya tidak ada lagi rasa doubt dekat suami.Bila anda dah kata "ya" this means anda dah berserah...anda sendiri yang menyerahkan diri anda dan anda sendiri setuju dengan syarat2 dan undang2 yang akan dikenakan pada diri anda bila anda dah kahwin.

Tapi kalau dalam hati masih ada rasa risau;

a. Kalau suami aku nanti tak bagus camne?
b. Kalau suami aku nanti berubah macam mana?
c. Kalau suami aku jadi gigolo macam mana?
d. Kalau suami aku suka main bontot macam mana?

Macam mana...macam mana..macam mana...menyampah aku dengar alasan korang.Tu semua hipotesis.Bila kau dah berserah tu...ingatla....kau bukan setakat berserah dengan suami,kau juga sedang menyerahkan nasib kau dekat Tuhan.Yakin la dengan Tuhan.Doalah hari-hari mintak petunjuk sebelum kahwin.

Buruk sangat ke lelaki ni?

Macam mana nak dapat petunjuk kalau sebelum kahwin,bukannya berdoa..busy sangat pegi pilih khemah kaler macam mana,gi pilih baju kain apa..sibuk nak carik free gift,sibuk nak berhias-hias dan lagi risau pasal hantaran kahwin berbanding nak mintak petunjuk dengan Tuhan pasal suami....

Kalau Tuhan dah tetapkan suami kau berubah,dia berubah.Kalau dah Tuhan tetapkan suami kau berubah dari seorang gangster kepada imam masjid,dia akan berubah.Cuma sama ada kau yakin ke tak dengan jalan yang Tuhan bagi kat kau tu terpulanglah pada dalaman diri masing-masing.Kalau jalan kau berliku,kena sabar.Kalau jalan kau lurus,enjoy the moment.

Kalau tak yakin dengan suami jangan kahwin.
Kalau tak yakin dengan hukum Qada dan Qadar Tuhan jangan kahwin.

Yang kau pegi percaya hukum karma tu apa pasal?Dalam Islam,walaupun kau dah buat benda buruk,kau akan still ada peluang untuk redemption.

Ni lah masalah punca utama penceraian.Pasangan tak diberi tau pasal benda2 camni sebab kita dah didodoikan dengan adegan2 romantik dalam filem yang menunjukkan indahnya bercinta yang sampai ke jinjang pelamin..Dalam erti kata lain,kita lebih ambik berat pasal persiapan kahwin berbanding tanggungjawab kahwin tu sendiri.

Perempuan selalu act powerless dalam bab kahwin..Dia tak sedar ke dalam urusan nak akad nikah..nak kahwin..perempuan ada absolute power.

Sesuatu perkahwinan tu takkan jadi kalau perempuannya tak bersetuju.

Nak kahwin..lelaki mesti ajak wanita.Lelaki yang akan tanya mintak izin nak kawin.Lelaki yang kena gi mintak izin dengan anda dan ayah anda...Takkan la kau assume semua lelaki yang ajak kau kahwin tu baik-baik orangnya? "Boyfriend aku yo!Mesti la perfect!"

Fikir la dulu sebelum accept...bincang la dengan mak,bapak.Mintak pendapat.Tapi ...cinta punya pasal,nak sangat bercinta macam Edward dengan Bella....terikut sangat dgn sebuah fiksyen barat untuk gadis-gadis bodoh yang tak matured dan tak reti berfikir... suruh buku fikirkan untuk diri sendiri...sayang benar boyfriend tu....sampai tak nampak mampu ke tak dia jaga anda sampai ke tua..

Semua orang lagi eager sangat nak kawin sampai lupa lepas kawin ada benda yang dia kena let go.Suami pun sama.Ada banyak benda suami kena let go...tapi tu nanti lah.Aku sedang menjawab Dr.Masyitah,seorang wanita.

Hari ni adalah posting terakhir aku pasal benda ni.
Kalau anda tak puas hati ke apa-apa ke,nak kata aku sexist...aku dengar ajelah.Cuba baca balik apa aku tulis....kalaulah semua yang aku tulis,ditulis oleh seorang perempuan,mesti kau tak marah kan?Mesti sejuk aje dengar hujah2 aku.Setuju dan mengangguk aje kerap.

Sedarlah,orang2 mcm tu la sexist sebenarnya.

Ada sesiapa yang setuju dengan Dr.Masyitah?Sebelum berundur,aku nasihatkan anda semua,lepas ni..kalau dia ada buat statement apa-apa,fikirla masak-masak dulu sebelum setuju.Dia....dah lain sekarang.Emosi dia dah kacau dia punya judgement.Dia agak mengarut sekarang ni.Ada rancangan sendiri dekat TV bukan bermaksud apa dia cakap semua betul.

Dan kalaulah ramai suami ambik pandangan Dr.Masyitah tu, pakat cerai2 kan isteri sebab isteri tak nak pakai tudung,isteri tak nak taat suami..camne?Tak pernah ke terfikir kesan dia camtu?...Ni mesti sebab dalam kepala otak anda dah assume......yang jahat mesti suami kan?Kalau kes cerai mesti salah suami..hehehe

Berubahlah.Jangan jadi masyarakat yang lemah.Aku sebagai seorang suami,mintak tolong...jangan lemahkan masyarakat kita.Kita duduk satu negara.Pilih suami baik2,taat pada suami,jaga anak elok-elok,ajar anak ilmu dunia dan akhirat dan jangan pangkah dacing lepas ni....Insya Allah selamat.Agama Islam ni..memang mula2 nampak macam tak fair.Tapi cuba kau butakan sket tanggapan serong kau dekat suami.Bagi blind faith untuk suami.

Macam mana kau boleh yakin dengan Tuhan kalau kau sendiri tak nampak Tuhan tu?
Dalam perkahwinan..nombor satu Tuhan..nombor dua..suami.

Blind faith..mula2 buta..lama2 kau akan percaya..sebab once kau percaya Dia,Dia akan take care kau.Sama lah macam institusi perkahwinan ni,kalau kau tak mampu nak percaya 100% dengan suami itu tandanya kau tak percaya dengan hukum Tuhan.

Kita orang Melayu ni sebenarnya lemah kalau compare dengan orang Muallaf dalam bab agama.Kita dah lahir dalam Islam...tapi aku rasa ramai antara kita yang persoalkan hukum Islam.Ada antara kita ni Islam terpaksa....

Kita takde dalam diri kita blind faith pada Tuhan tu.Tapi kau cuba bayangkan macam mana perasaan seseorang yang nak tukar agama masuk Islam..lagi berat risau dia daripada nak kawin.Dia nak tukar agama!

Macam mana dia boleh pasti agama Islam ni agama untuk dia?
Macam mana dia boleh tahu Allah itu wujud?
Macam mana dia nak yakin yang agama Islam ni betul?

Takde orang boleh yakinkan dia kecuali Tuhan tolong.
Tapi still dia kena buat research2 sendiri pasal Islam....

Bila orang nak kawin,hati dia jadi lurus..dia hanya fikir nak kawin aje....jangan jadi camtu...buta hati sebab cinta.

Dalam bab kahwin ni...yakin dan ikhlas yang pilihan kau dah buat untuk jadi suami tu jodoh kau.Jangan simpan rasa sangsi...jangan takut.Jangan simpan rasa curiga dengan bakal suami.Blind faithkan diri anda yang kahwin itu ibadat dan doa mintak Tuhan tolong....tapi pastikan dulu orang yang anda pilih tu betul2 deserve semua yang anda nak bagi kat dia.

Sama ada kau pandai carik lelaki yang boleh dipercayai untuk dijadikan suami..lain cerita.
Mungkin esok lusa aku boleh try ceritakan pasal benda ni.

..........................


Kesimpulannya,ingat senang nak kawin?

Senang aje cara persiapan nak kawin ni ikut Islam..tapi Islam lagi titik beratkan dalam bab emosi. Islam tak suruh kau prepare ikut persiapan semua,Islam hanya mintak kau ready dan prepare rohani kau untuk kahwin.Mas kahwin berapa ratus sangat?

Tapi,apa yang kita pakat buat sekarang......ambik berat dekat bab material dan persiapan..Bab emosi kita main kawin aje....tak peduli ada isi ke tak dalam diri.

Luar siap dalam tak kukuh,
mcm mana rumahtangga tak runtuh?

66 ulasan:

manueng berkata...

"Islam tak suruh kau prepare ikut persiapan semua,Islam hanya mintak kau ready dan prepare rohani kau untuk kahwin"...aku suke statement ni...setuju beno ;)

Pami Ripin berkata...

mende2 mcm ni yg sepatutnye diterangkn semasa kursus kahwin tu..bru la t'buke sket minda peserta2 kursus tu...

mamdoh berkata...

.: Nak nangis baca benda yg betul, huhu.. Terima kasih sebab dapat tulis perkara yg semua perempuan dan semua lelaki mesti tau, Terima kasih. :.

Tanpa Nama berkata...

lu sgt SEXIEST la mantot!!! hauhauahuahua..

prima_chrome berkata...

" Love is like an aero plane
You jump and then you pray
The lucky ones remain
In the clouds for days
If life is just a stage
Let's put on the best show "

p/s : tick-tock tick-tock saya sangat setuju dengan pandangan anda , Mantot .

Fifa berkata...

Sangat bersetuju. Saya ikut n baca artikel anda tentang isu ni dari awal.

Tak dinafikan ada yang saya tak setuju, sebab saya perempuan. Saya nak cantik masa kahwin, saya nak inai lukis2, saya nak sanding, saya nak tetamu yang datang semua puas hati tapi artikel tempoh hari buat saya diam. Diam dan berfikir.

Pasal kerja lak. Saya belajar tinggi, bertingkat2 tinggi dari bakal suami dan saya selalu rasa bila kahwin nanti mesti duit saya lagi banyak guna untuk isi rumah, sikit pun tak wujud keyakinan untuk bakal suami tapi sekali lagi saya disedarkan dengan tulisan anda.

Banyak lagi boleh tulis tapi cukup la takat ni. Saya perempuan yang sedikit tak bersetuju tapi saya diam dan tak marah sebab anda menulis kebenaran yang susah untuk perempuan yang konon2 moden macam saya untuk terima.

Thanks! Artikel2 yang sangat berguna n mampu membuka mata.

Ara berkata...

Sbb tu xboleh juge kawen rush 'hanya utk elak maksiat' (like most Malay Muslims in Malaysia would say)...yelah, mcm ko ckp kn..."igt kawen ni senang?" kdg2 aku tgk kwn2 aku sume nak kawen sbb konon2 umur da lanjut, mak ayah da gesa suh kawen pe sume...

but in reality, yeah..."igt kawen ni senang?" :p

sherliza berkata...

saya setuju.

lelaki bujang berkata...

thanks for the article..
artikel ni da buat saya lebih nak mendalami dan memahami pasal Islam dan juga perkahwinan..
dalam hati saya memang da terniat nak berkahwin..
tapi masih ragu2 mampu ke nak menyara dan mendorong isteri..
bab agama pon saya lemah lagi..
tapi selepas ape yg saye telah baca,
anda mampu membuka mata saya..
terima kasih sekali lagi kpada penulis..

aida berkata...

mantot. suatu hari nanti bila aku nak kahwin, aku akan korek semula entri kau ni. jadikan panduan, peringatan pada diri sendiri. tulisan kau banyak membuka mata aku untuk memahami dunia perkahwinan ni.

thanks a lot.

eem berkata...

huhu...suke penulisan cik mantot dr dulu=)...silent reader dr dulu...cik mantot ni stap TM ke...?hahahaha

Angah Izza berkata...

bila baca post kamu, xde rase macam nk bantah pun..macam nk skong je 100%,even blom ada rasa nk kahwin, sila2 la yer yang perempuan 2, tiap kali solat, doa dapat suami yang mampu bimbing kita, terima kita seadanya, n mampu bawak kita masuk syurga..part paling penting, tiap kali lepas solat, doa la selalu nnt ble da kawen, suami sentiasa redha dengan kita, insyaALLAH senang je kaum wanita nk masuk syurga..

perempuan melayu berkata...

aku rasa entry ni baru clear. entry sebelum2 ni point kau buat kau sexist. kan senang dari awal kau bgtau yg ni. abis cite. xdela cite ali dgn aishah tu kena ambush..hehe

Tanpa Nama berkata...

seperti biasa, setiap kali keluar entry baru dari kau yang kononnya orang cakap ko biased, aku akan bersetuju.

i'll be getting married next week, and of the things that you've said are all true. tiada yang benar melainkan semuanya benar-benar belaka.

dari dulu lagi aku dah fikir pasal tanggungjawab seorang perempuan disaat dia sah bergelar seorang isteri. perkahwinan bukan sekadar untuk menghalalkan hubungan, tapi untuk menambahkan zuriat & meramaikan kaum keluarga.

pada aku, hanya orang-orang yang matang yang mampu handle masalah rumah tangganya. sebab orang yang matang tak akan mudah meleting, akan selalu cuba untuk berfikiran rasional, dan tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan. yang paling penting, pasangan perlu selalu berbincang kalau ada apa-apa masalah atau kekeliruan timbul.

whatever it is, the key is toleransi, dan jangan lupa berdoa. kerana apa-apa yang terjadi pun semuanya datang dari Allah atas sebab2 yang tertentu.

LS berkata...

thx abg mantot. aku jadikan ini panduan untuk aku setelah aku dirikan rumahtangga hjg thn ini.

terima kasih banyak2.

satu je yg aku tak setuju.
aku tetap pangkah dacing. itu je. politik tu belakang kira. dunia akhirat, aku yg pilih. :)

ejaMaria berkata...

selama ni saya suka baca... ye silent reader... apa saya baca klu saya tak suke sekali pun saya diamkan sahaja... saya isteri saya juga ibu... kadangkala mmg tak puashati dgn sikap suami... tp saya ambil pendekatan berdiam diri... sebagaimana tak puashati dgn entry sblum ini... saya diamkan shj... anngapkan lelaki begitu... tapi slalu nya penghujungnya... bila mana 'bersabar' selalunya dpt hasil lebih baik...
yup... entry kali ni buat saya lebih senang hati bila membacanya...
sama shj dgn suami, bila saya diam + sabar shj... biasa nya something better will happen...

utk adik2 perempuan atau lelaki yg belum berkahwin... fahami la tujuan perkahwinan itu sendiri...

bagi yg dah berkahwin spt saya sendiri... saya kini sedang belajar dan akan terus belajar 'bagaimana pula utk mengekalkan perkahwinan saya lagi 10 tahun akan datang'

tapi en.mantot tak usah suruh saya belajar utk layan suami spt p.....r kelas pertama... tak kan saya buat... ;p hehehe

perkahwinan itu tanggungjawab, seks itu nikmat perkahwinan...

bercakap... menulis... memberi garis panduan mmg mudah... praktikal nya... masih ramai yg gagal...

morovlizki berkata...

Yeah...aku skong ko bro mantot.mmg tulisan lu menjana minda.i folllo...heh

YANG PENTING JANGANG PANGKAH DACING SEBAB DACING DAH LAMA SENGET...

Sadun berkata...

waa, tot..khusyuk aku baca penulisan ko. 1 by 1 sayat ko aku teliti.. aku suka, setuju sgt2.

kyo_9 berkata...

bro..
x nak komen ke video2 pengantin nk kahwin yg orang dok upload kt fb tu??

~Ati_Hime~ berkata...

aku rs mesti ko ade bace statement mane2 dlm FB kate ko sexist bagai..WALAUPUN TAK TULIS NAMA BLOG KAU..but ppl get the drift..aku pun tak tau nak ckp camne..tp yelah..terlampau byk sgt hak wanita sampai hak llki org x pandang..bkn ape aku pun ade gak adik-beradik lelaki..aku pun seorg yg suke bermain dgn perasaan..kau bygkan perasaan abg aku dikeliling perempuan dan sll kene thn dgn emosi perempuan..my point is perempuan silalah paham lelaki..esp. bile dah jadi husband and wife..sbb mak aku sll ckp..kite jaga anak llki kite elok2 awak dtg dr mane2 ntah nak huru harakan family org lain..kite ada agama kan? sama2 lah kite fahamkan agama kita sendiri..*aku tak tau la aku punye komen nih make sense ke tak..ye,aku bukan lah femininst sbb aku percaya perempuan tidak berapa sesuai jd ketua..sorry..walaupun aku perempuan*

Ghab Van Hal berkata...

one word..terbaik!!

Ibrahim berkata...

ptut jd fasi utk kursus kawin ni

sim_2096 berkata...

en. mantot nye post dri ari tu smpai ari ni psl rumah tangga ni memang bagus...kalo susun betul2 dan menggunakan bahasa yang standard, boleh buat buku ni hahaha...

sherliza berkata...

aku setuju dgn "aku perempuan", kalau ko pilih ini sebagai artikel pertama...dan artikel2 lain sebagai penyulusannya...aku tak rs org nak ambush ko kat mana2 komen pun.


but then again, rating tambah bila artikel yg lain tuh ramai org kurang...human nih kalau isu yg melampau daringnya...sanggup post kat FB letak ketidakpuasan hati. huhu...femes ko mantot.

ko tkde nak buat artikel "jangan jadi lelaki busuk" ke?

Tanpa Nama berkata...

sexist -jj-

hafiz berkata...

very nice entry..thumbs UP!!

Aslina berkata...

phergh.

aku pikir simple je. aku memang sanggup let go apa pun asalkan ada orang yang bergelar suami sanggup pikul tanggungjawab ke atas aku selepas abang aku.

memandangkan aku pun yatim piatu, cuma ada sorang abang yang dah berkeluarga, so, aku memang takde hal ah ape pun condition bakal suami aku tuh.

tapi mcm orang lain gak ah. kalo bleh aku pun nak cari yang baik2 bleh guide aku ke jalan yang benar. sanggup je aku nak blind faith percaya 100% dengan beliau sebab aku memang da takde sape2 dah lepas bakal suami aku tu jadi suami aku.

masalahnye skang...

aku single dan super malas nak mencari.

haha.

Tanpa Nama berkata...

huhu,lawa siot ekin nih...

Ni best bro!!!
Cool Aje : Gambar Kamera 268 Megapixel
Gempak Aje : Kereta F1 Berkuasa Hydrogen
Sejuta Trafik Ke Blog Anda!

seasick82 berkata...

thx mantot,pas baca artikel ko baru aku tau apa yg kurang dlm rmhtangga aku.maybe kalu aku baca artikel ko nie 3thn yg lepas,xla aku jadi "bakal duda" cam skrg..
tp aku still akan guna artikel ko nie sbgai guide bila aku cari bakal isteri baru nanti.
artikel nie mmg "bulls eye!"

nadz ruslan berkata...

aku suka gak guna, "tak cukup ilmu agama, x kena niat nak nikah sebab tu orang la ni ramai cerai"

sebab agama adalah preventive mechanism. tak kisahlah hang dapat ilmu munakahat lambat ka cepat, kalau ada, hang akan faham, tanggungjawab laki lagu ni, isteri kena lagu ni. kalau laki marah, bini kena lagu ni, kalau isteri durhaka laki kena lagu ni. tu lah ilmu2 rumahtangga yg orang skang x mau amik port. lebih suka pada ilmu buat kenduri grand :)

aku setuju sangat bab isu berlebih-lebihan tang kawin. memang la sekali ja kenduri kawin tu tapi yang lebih utama tu hidup lepas nikah tu. dari bazir beli cenderamat sudu garpu yang kepak sekali patah, bek hang simpan duit beli toto ka, kipas angin ka.

MC_Shaharul berkata...

sgt berstuju dgn artikel nie..

Azman berkata...

Artikel yg best. Tu ja aku nak cakap.

sumayyah :) berkata...

mantot, boleh tak, compilekan semua entry pasal ilmu rumah tangga ni, then buat satu link khusus kat tepi blog? sebab mungkin nanti awak akan ada entry baru lagi banyak, dan entry ni akan tersimpan macam tu je. please ye mantot sebab bagi saya semua tu amat berguna bagi saya yang belum kahwin ni dan juga untuk yang dah kahwin sebagai bahan rujukan pada masa depan. cara awak elaborate dan sytle of your writing sangat2 mudah difahami instead of books about marriage life kat pasaran sekarang, yang agak skema kot hee saya berharap sangat ni. dan kalau mantot sanggup publish a book, it would be better :)



May Allah bless you, Mantot.

assalamualaikum :)

the artist and i berkata...

menanti ulasan politik.
agak bosan cerita laki bini.

terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

kenapa la mantot x kupas isu ni 3 mggu lpas, ak br kawen 3 mggu lps, n mmg byk pembaziran utk kawen ni...alahaiii...

Farah berkata...

Sequel lps ni - Perempuan busuk, isteri wangi dan dot dot dot.

fakeplasticlife berkata...

nape takde org yg nak kawen dgn aku ni? uwaaaaaaaaa!!~
mereka kata, aku baik sgt..
pelik, org yg nak yg jahat2 ke?
noty2, yg hot2 gitew...isk2..

Mantot berkata...

hot tak noty dik...
perempuan bertudung labuh ramai yg hot..
cuma dia pandai tutup supaya orang tak tau dia hot.
kalau duk dedah aje memanjang..
yg hot tu pun lama2 suam la...

Si teNang berkata...

hahaha..

ramai pulak yg akhirnya setuju dan kate incik mantot tak sexist..kalau dari siri pertama dah tulis entri yg ni, takde la kene kutuk..ek? ni laa art of writing. kasi orang terbakar dulu..baru laa ramai nak bace..kan? :))
kalau keluar entri yg ni dulu, pastu baru kutuk..rasenye in the end orang akan tetap kata incik mantot sexist..kot..

kalo nak lagi best tunjuk incik mantot tak sexist, saya bagi cadangan supaya artikel pasal laki dayus pulak ditulis. boleh ke?
(laki dayus ni bukan yg pukul2 pompuan/isteri..yg tu laki zalim.)

apa pon..tahniah sbb org yg duk kutuk akhirnya bagi pujian.. ;))

Tanpa Nama berkata...

perkahwinan satu perjudian.. kita baik lelaki or perempuan inginkan kesempurnaan psangan masing2, walhal Allh jdikan kekurangan kita sebagai satu proses untuk kita saling mengenali, ape y pnting, kita harus yakin jodoh yang Allh berikan, andai berlaku sebaliknya, redha dan bersyukur lah kerana masih dapat merasai nikmat perkwinan..

Wake UP! berkata...

Kalau macam tu baik tak payah kawin. Lagipun kebanyakkan lelaki Melayu ni pemikiran cetak dan mat rempit.

Kalau perempuan berpendidikan dan nak sambung pengajian, mulalah nak halang. Bukankah dalam Islam pendidikan tu wajib untuk kedua-dua lelaki dan perempuan?

Kalau engkau bodoh, takkan nak bini engkau sama bodoh dengan engkau?

Tanpa Nama berkata...

thanks for writing your thoughts.

its good that such thoughts are still around. thoughts are powerful, for that's what your reality are before they are conceived.

thanks for reminder for blind faith in God. thank you.

i may never get married for the rest of my life, but nevertheless, i believe that if people do play their roles accordingly, this world would definitely be a better place for everyone.

we can never achieve anything alone, kan? ;-)

Tanpa Nama berkata...

Pompuan yg berilmu & beramal dgn pengetahuannya akan tahu bila ilmu itu berguna baginya. Majoriti Perempuan skarang pikir ilmu itu sbg kuasa utk mengarah suami, ingatlah walau sebodoh mana pun seorg suami itu, dia tetap ketua keluarga yg perlu dihormati & diturut selagi dia X melanggar hukum agama. Wanita yg hebat lbh berkuasa memujuk sang suami utk beramal bersama & berubah dari Mat Rempit kpd seorng insan berguna.
Drp,
RYSMHP

to'Wan berkata...

kahwin = agama + percaya + hormat + komunikasi berkesan...

~aku nasihatkan janganlah korang dengar apa yg (dr) Masyitah tu punya cakap.... dia.... dah lain sekarang ni.

Unknown berkata...

kesimpulannya, perkahwinan tu jadi sangat sukar bila berlandaskan material semata-mata bukannya ikut asas agama.

Tanpa Nama berkata...

Salam bro Cursing..
Bro linklah blog di bawah bro..
Pasal pompuan Melayu Islam kita..
Terus terang jugak..
Ni link die..

http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/

Zonkers berkata...

ko ni mantot, tulis benda2 baik, tp tajuk 18SX. kakaka

Tanpa Nama berkata...

jangan pangkah dacing...

Unknown berkata...

Mary Schneider ni best hehehe

tgk apa dia tulis: http://www.thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2011/6/20/columnists/butthenagain/8915834&sec=butthenagain

Tanpa Nama berkata...

tot..
aku rase lg bek klu ko letak skali azab2 isteri derhaka pada suami..

http://kuisterimu.blogspot.com/2009/12/golongan-wanita-yang-di-seksa-dalam.html

ps: klu bace anda mengigil takut dan menangis sedih.. anda beriman dan isteri yg solehah..

jackal berkata...

TQ mantot pasal artilkel ni,

Aku cume pandai nak cakap benda2 camni dgn kwn2 rapat n org yang aku knal rapat, tp aku xpandai nak writing mcm ko yg ternyata memberi impak yg lebih bagus pd lebih ramai org.

Pokok ceritanya disini adalah "Yakin" n Yakin itu adalah "iman" iaitu percaya dengan hati wlpn kita x nampak atau belum nampak rasionalnya hukum agama tu.

Walaupun tulisan ko ni berkisar pasal rumahtangga tapi point dia pasal iman, itu dari pandangan aku yg serba xtahu n masih cube meraih iman lebih mantap.

Pasal Dr.Masth tu aku pn ade perasan skrg ni ade kadang2 aku x setuju dengan pandangan n hujah dia berbanding dulu, rasa tu x ade kaitan dgn politik sbb aku jenis yg sentiasa cube terima nasihat dari ssiapa kalau aku dapat rasa perkara tu btl.

Berkenaan pasal mintak izin nak kawin, setahu aku yg jahil ni, ayah bleh kawinkan anak dara dia wlpn anak dia x setuju, kecuali janda dibolehkan untuk menolak dan tidak bersetuju.

WAllahualam.(sila rujuk guru agama)

Tq skali lg.

p/s:Bagi yg rasa terbuka hati, bersyukur la pd tuhan yg bagi hidayah, jgn la dipuji2 si mantot ni, pujian tu xelok untuk hati mantot.kalu tuhan x bg hidayah, mantot ni tulis sampai lebam pn kita xleh terima.

aku yg konsevertif berkata...

aku suka entry ni. well done!

just want to share my view:

aku datang dari family konservetif. 1st day raya memang akan di kampung ayah aku. mak aku tak penah kesah. mak aku tak penah lawan ckp ayah aku EVER. mak aku memang always be along side my dad. tak penah berenggang. mak aku kata tempat isteri ialah disisi suami. memang kami sekeluarga have the highest respect for my dad. and he deserves it! die bagi mak aku bekerja, sbb die tahu passion mak aku ialah mengajar. die tanggung segala perbelanjaan.. die tak penah EVER mintak duit ngn mak aku. die ajar anak2 dia mengaji and maths. die tak tido malam pikir mcm mana nk solvekan masalah anak. nk bagi anak dia the best education. bagi anak dia hidup senang. mak ayah aku sampai sekarang still keluar dating.. diorg dah 70an kot.

tapi bila aku keluar dari kepompong konsertif aku. bila aku kenal ayah2 lain.. sangat sangat lain. macam-macam ada.. ada yg bila nak balik kampung bini, minyak ngn tol mintak bini yg byr. bills semua.. bini yg tanggung. tak penah kesah dgn education anak. semua bini yg buat. kalau anak liar, salahkan bini. bini pulak suka2 pergi bercuti dgn member tinggal suami sorang. dah jadi bini orang tapi nk enjoy ngn kawan2 lagi macam single. bini balik kg die.. suami balik kampung suami.. raya tak sama2.. haish.

serious aku taleh terima. kejutan budaya kot. maybe next entry ko buat pasal tanggungjawab suami pulak. ramai anak muda kita tak paham. lepas kawin dah lain dah. bukan macam dulu lagi. bleh lepas tgn semua.

Tanpa Nama berkata...

Kahwin, easier said than done. Maybe sesiapa yg melaluinya je kot selayaknya komen. Just wondering, penulis ada interview mana2 isteri yg ditinggalkan suami and vice versa? Atau tulis based on pendapat peribadi? Maybe kalau jumpa dengan pihak2 nih, baru boleh buat satu conclusion yg lebih adil.Just my 2 cents

lydia berkata...

"Kalau tak yakin dengan suami jangan kahwin."
"Kalau tak yakin dengan hukum Qada dan Qadar Tuhan jangan kahwin."

Biar single sampai bila-bila pun tak apa. boleh berbakti kepada ibu bapa.

(^_^) setuju.

joe berkata...

saya :
en. mantot semo en. cakap betol... saya mula aplikasi dalam kehidupan saya sejak setahun lepas.. suami ku semakin sayang (suami saya sangat baik.. saya yang suka buat perangai lah ni bertambah baik beliau.. pas saya dah tak marah2 lah)...
skg kat opis saya pula jadi penceramah n motivater bebas kat opis utk pegawai wanita (saya kerani aje) yang mengadu ttg hal suami mereka... bila baca blog en. mantot br saya sedar pemikiran saya its betol kerana saya nih kekurangan agama tapi tp bile saya pegang satu benda benda tuh lah jadi tujuan saya.. pegang lah al-quran dan sunnah insyaallah kita di tempat yang betol walaupun suami kite nak sepak or terajang cam ne ti dia cair... Allah maha mendengar doa isteri.. dan doa orang teraniaya..

sivaji the boss berkata...

mtlmt,tujuan sbnr kwen kne tau n phm..bkn utk mtrialistik atau sex..kwenlh semata2 utk cri krdhaan allah n sbuah perkahwinan adlh hijrah...

FRSR berkata...

subhanallah..memang terbaiklah!
terima kasih Mantot.

FRSR berkata...

mantot,kalau kelapangan try beli and baca buku ni "Syahadah Gadis Ateis" tulisan oleh Imran Haaz.
Aku beli di PTS Publications.Bagus isinya.Mungkin boleh dishare di sini.Terima kasih.

kucai berkata...

good job bro.....jelas dan nyata...

Hanafeah Ab Rahman berkata...

setuju dengan apa yg awak tulis...tapi mslh skrg, anak2 fhm dn lbh mengerti dgn isu2 sebegini kerana ruang mereka mndapt ilmu dn pembacaan sgt sng...contohnya bc kat blog awk pn dh dpt kesedaran....tapi mak dn ayah zmn skrg lbh utamakan wang hantaran dn gah nya majlis tu...sy sendiri rs ttekan dgn sikap kedua ibu bapa sy...

Tanpa Nama berkata...

cakap macam bagus,





TROLLED!

Prince Akira berkata...

salam brader mantop..sy suka baca apa yg brader post...sbb ada terdengar ceramah ustaz idrus (refer link ini : http://www.youtube.com/watch?v=gG3mlam4-sU)

pe yg brader ckp betul shaja...

ADam Dryx berkata...

Tuan,

Hati saya selalu berkata-kata,..

"Untuk berkahwin, itu hak mutlak si isteri, dan untuk bercerai, itu hak mutlak untuk si suami."

Maka, pandai2lah wanita memilih bakal calon suaminya sebab kalau dah kawin nanti, bila masuk bab bercerai berai; kata putusnya pada tangan suami.

zac berkata...

Agree with all except 4 1.remember that father has a veto power to marry off his daughter even without her agreeing into it.

CT berkata...

Saya setuju dgn pendapat anda kecuali bab dacing cos saya jugak akan tetap pangkah dacing.. hehehe

Anyway, i'm a mum, a wife and also at the office im a boss. Tetapi, di rumah, saya lah kuli.. hehehe.. (bukan nya nak bersungut but improud to be their kuli) and sebagai isteri, saya menuruti perintah suami... dan bagi perempuan2 yang berpangkat tinggi tu, sebelum kawin dgn lelaki yang tak berpangkat tinggi, fikir2kan lah adakah anda sanggup utk menjadi kuli mereka di rumah.. its not easy and yes i do complain sometimes tetapi suami memahami (alhamdulillah di kurniakan suami seprti dia)...

Cuma satu je saya lack, saya belum pakai tudung lagi and yes entri ini membuka minda saya.. kesian kat suami sbb perlu menanggung dosa saya tak tutup aurat and kesian kat dia kerana hak dia dapat di nikmati orang ramai.....

InsyaAllah saya akan menutup aurat di dalam masa terdekat ini...

eddeved berkata...

Maaf laa aku datang dari mana tapi gatal nak komen...seriously, orang yang berkahwin ialah orang yang dipilih Tuhan untuk lalu macam-macam benda...tapi orang yang kahwin lebih dari dua lagi terer...sebab dia memang handal, bukan calang-calang manusia boleh kawin lebih dari satu...tapi bagi aku kalau niat kau kawin sebab nak ada keluarga, nak sambung keturunan...Allah akan sponsor semua keperluan kau...tak perlu bimbang papa kedana sebab nak suap anak bini...aku tau sebab aku dah kawin ha ha ha!!!