Oktober 29, 2010

"Cikgu,Cikgu,Kenapa Reptilia Digelar Berdarah Sejuk?Darah Dia Sejuk Macam Air Teh Ais Ke?"

Sekarang ni wujud banyak benar pusat tuisyen yang memenuhi permintaan ibu bapa.Aku tak berapa nampak kenapa perlunya pusat tuisyen ni kecuali jika sesetengah golongan ibu bapa merasakan apa yang dipelajari oleh anak2 di sekolah tak mencukupi,tak fokus atau ibu bapa tak cukup masa (atau tak cukup hebat) untuk membantu anak-anak.Aku merasakan tuisyen tak compulsory.

Kebanyakan iklan pusat tuisyen yang aku nampak sekarang ni penuh dengan tagline menarik pelanggan..selalunya korang boleh nampak;"PASTI A!" "BELAJAR SEHINGGA DAPAT A!" "KONFEM A!" tapi ada satu iklan yang sangat2 menarik perhatian aku dengan tagline dia;

"PUSAT TUISYEN CIKGU MARTINA - 
SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100% - PASTI A"

.......................

Mari aku bertanya satu benda; apa point anda hantar anak anda pegi tuisyen sebenarnya?

Adakah untuk buat dia paham benda yang dia tak mampu paham kat sekolah atau untuk buatkan dia dapat A?Satu benda yang aku paham,student yang dapat A tidak semestinya faham apa yang dia lakukan dan student yang grednya tidak baik bukan bermakna student itu tidak baik. Aplikasi knowledge itu lebih penting.Ramai orang Melayu hantar anak pegi tuisyen dengan harapan nak anak dapat A.Diorang tak peduli pun jika anak dia paham atau tidak sebab itu Pusat Tuisyen Cikgu Martina berani meletakkan tagline "Soalan Ramalan 100% Tepat" sebab diorang tau apa benda yang paling mak bapak pentingkan dalam kelas tuisyen.

Jadi aku tanya lagi sekali,kenapa hantar anak ke tempat Tuisyen yang hanya nak mengajar anak anda supaya pandai dalam soalan ramalan?Soalan ramalan takkan membuat anak anda belajar.Soalan ramalan hanya akan membuatkan anak anda prektis satu rutin yang sama sampai dia hafal.Keyword dia...HAFAL.
Hafal dan belajar adalah dua benda yang berbeza.

Kita belajar dengan menghafal.Ibu bapa juga menggalakkan anak mereka menghafal.Pusat tuisyen juga sekarang ni mengajar dengan menghafal..IPT pun samalah.Apa point budak2 hafal nama2 tokoh dalam subjek Sejarah kalau diorang sendiri tak faham susur galur Sejarah yang dihafalnya?Semuanya berpunca daripada permintaan.Sebab sistem education Malaysia menghargai orang2 yang menghafal kerana kita mahukan orang yang teorinya mantap.

Sayangnya,kita orang Melayu suka sistem sebegitu.Kita suka benda teori,rutin,lazim.Kita tak suka sesuatu yang diluar jangkaan,sesuatu yang membuatkan otak tu berfungsi lebih.Sebab itu ramai mak bapak berebut2 hantar anak ke tempat tuisyen yang berani jamin "SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100%" sebab itu benda yang paling ingin dikecapi mak bapak dan murid....A!

Nak tengok dengan lebih ekstrim?

Pendidikan Islam ada surah2 hafazan yang perlu dihafal semua murid.Adakah ada kajian yang menunjukkan adakah budak2 hafal dan faham ayat hafazan tu atau majoritinya sekadar hafal membuta tuli?Aku hafal!Lancar!Kau tanya aku apa maksud ayat yang aku baca?Satu benda pun aku tak tau.Aku hanya reti bacakan untuk anda.

Sistem pendidikan kita adalah berasaskan formula.Bila apa-apa benda pun dijadikan formula,benda tu akan jadi sesuatu yang perlu dihafal.Tapi bagaimana pulak dengan nasib budak2 yang tak berapa hebat memori dia?Adakah dengan mempunyai memori yang baik sahaja student dikategorikan good student?

Semua terkejar "gred A".MLM pun dah ada "Skor A". "A" merata-rata.Lagi banyak "A" lagi pandai,takde "A" dianggap lemah.Kenapa pendidikan kita semakin lama semakin mengecilkan skop pemikiran murid-murid dengan sesuatu benda crap yang dipanggil "Soalan Ramalan?" Semua orang suka soalan ramalan.Murid2 suka soalan ramalan kerana soalan ramalan mampu memendekkan time belajar diorang.Ibu bapa pun suka sebab anak-anak tak kacau diorang banyak.Cikgu-cikgu pun suka sebab revision cepat habis.Pusat2 tuisyen pun suka sebab daripada kena ajar 10 bab sepanjang penggal,diorang boleh ajar 5 bab aje,save time save cost.

Time periksa keluar soalan lain.Menangis budak2 tu.Menangis mak bapak.

Soalan ramalan adalah satu bentuk shortcut yang bahaya dalam proses pembelajaran.Sayangnya,masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menilai kemampuan otak seseorang melalui jumlah A yang dipungut.Sebab itu ramai ibu bapa mahukan shortcut itu untuk memastikan anak mereka punya berbelas A sehingga mereka terlupa yang pegi tuisyen sebenarnya adalah untuk mendalamkan kefahaman,bukan untuk memastikan anak tau apa nak dijawab.

Ramai benar yang tersilap tujuan mereka menghantar anak ke sekolah.Murid ke sekolah untuk belajar dan faham,bukannya untuk mengejar gred A.Once mereka belajar dan faham...gred A akan datang secara semulajadi sebagai reward dan ganjaran.Gred A tidak sepatutnya menjadi fokus paling penting dalam proses pembelajaran murid-murid sekolah.Memajukan diri dan minda.Itu adalah benda paling penting dalam proses pendidikan.

SPM hebat,ada Degree,ada Master,ada PHD...tapi bila disuruh angguk,dia angguk,bila disuruh geleng,dia geleng walaupun dia tak nak.Siapa yang pandai sebenarnya?Apa yang dibanggakan bila result periksa bagus tapi tak punya pemikiran sendiri?

Oktober 28, 2010

Update Dari Mahkamah Terbaru 28hb Oktober - Kes Liwat 8 Kali Tanpa Kerelaan

KUALA LUMPUR,1 Okt: Kereta Proton Waja milik saksi utama kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan, hilang di Medan Tunku di sini, Rabu.
Bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim berkata beliau bersama anaknya meninggalkan kereta berwarna perak itu di tepi jalan sebelum keluar makan di restoran berdekatan, dan dia menyedari kereta itu hilang kira-kira pukul 8.35 malam.
..............

SHAH ALAM,14 Okt: Proton melancarkan model sedan terbarunya, Inspira pada Khamis.Harga di pasaran bagi model terbaru berkenaan antara RM79,888 hingga RM95,000 dan pelancarannya sepenuhnya dijadualkan pada 10 November ini.

Inspira adalah model terbaik hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp. (MMC).

..............

KUALA LUMPUR, Oct 28 — Surgeon Razali Ibrahim, who had examined Saiful Bukhary Azlan for signs of sodomy, told the High Court today he found the complainant’s rectum “empty”.

“The rectum was empty,” the former Hospital Kuala Lumpur (HKL) doctor replied under cross-examination from Anwar Ibrahim’s defence lawyer Sankara Nair.Razali also testified the anal probe he carried out on June 28, 2008 was not the first clinical check done on Saiful.


..........

Aku rasa aku boleh teka mana hilangnya kereta dia.
 


ps. - Posting ini tidak serius.Jangan la ada yang percaya pulak.

Pengguna Genius : Balik-Balik Kedai Mamak!

Dear Pengguna Genius,

Saya nak story la jugak pasal satu kedai mamak ni. sebenarnya, patut ada pemantauan untuk kedai-kedai mamak ni. Dah la harga melampau, besar kepala pulak tu.

Cerita 1
Ada satu kedai mamak nama dia Baiduri. Dekat-dekat dengan Flat Impian Baiduri, Kg Tunku.  Kalo makan nasi campur situ, maka bersiap2 la korang duit at least rm12. tu pun dgn air sejuk je. Satu hari, kitorang gi makan kat situ. Bila dok memilih lauk tu, saya teringin nak makan sotong. so, amik la sotong tambah nasi, tambah sayur. Baik punya kena charge RM9.60. Mamak tu cakap sotong memang mahal. Saya tak puas hati, tapi tak sempat nak gaduh, sebab ramai yang beratur kat belakang nak amik harga makanan.  Kawan saya yang gi parking keta, datang lambat sket, beratur belakang, pun amik lauk yang sama dengan saya. nasi tambah sotong tambah sayur. Tau dia kena berapa? RM7.50

Ini suda lebey, favoritism! mentang-mentang la kawan saya tu ala-ala Lisa Surihani, bleh plak dia bagi murah. Masa nak gi bayar, akak pun bising la. Apsal harga super lain ni? Mamak tu cakap gini. "Tak payah bising2 la, itu bil kawan u angkat mari." Saya pun tunjuk bil dua-dua.. MasyaAllah, sekali dia potong jumlah bil kawan saya tadi dan tulis RM9.50. Dia tanya saya "Ada puas hati sekarang?"

Oleh sebab kawan-kawan lain malu dengan saya yang dah memaki hamun mamak tadi, diorang bayarkan je dan tarik saya keluar. Kurang ajor punya mamak. Yang tambah saya maki tu, kawan saya tak memasal kena bayar lebih.....cisss

Cerita 2
Ada satu kedai / warung mamak tepi jalan dekat dengan Sek Men (P) Sri Aman, Petaling Jaya. Warung mamak ni, rasanya tak kena bayar sewa kedai pun, dah dia buat tepi longkang je. Oleh sebab tokey dia, bapak sedara kawan pejabat, gi la try. Sekali makan nasi berlauk ayam goreng. RM7.80... memang hangin satu badan. Bukan lah mengharapkan dapat diskaun. diorang tu pun tak tahu saya ni sapa. berkawan dengan anak sedara ke pun, takde sapa peduli nya. tapi, bayangkan lah. memang kaut rapat. diorang tak bayar sewa kedai pun!!!!!

Cerita 3
Ada makcik ni jual nasi lemak dekat dalam warung mamak tepi jalan tadi, kalo orang melayu dia bagi murah contohnya nasi lemak + ayam +telur ada la dalam RM3.60 (khamis) tapi, bila chinese yang makan benda yang sama, (kitorang pegi hari Sabtu) dia kasi terbaik dari ladang RM4.50....    

Macam mana la nak maju kalo asyik cekik orang je. Jangan kata kedai mamak, paling best cekik orang, pemandu teksi. isyk


Kiriman 
Kakak Nur Azwa.

Komen : Aku tak makan kat kedai mamak kecuali sebab2 yang tak dapat dielakkan sebab aku tak pasti diorang mamak ke tak.Mamak kat Malaysia adalah golongan India Muslim,mamak yang kat kedai tu kebanyakannya adalah "mamak" dari selatan India.Masuk kedai diorang penuh dengan ayat Quran kalah kedai minum orang hardcore PAS.

Kirimkan kisah anda kepada pengguna.genius@gmail.com untuk berkongsi2 pengalaman consumerism anda.

Oktober 26, 2010

Catatan Hidupku Yang Penuh Noda

4 Disember 2007
Semalam genap 1 tahun lamanya aku bekerja di ofis aku sekarang ini.Ada waktu duka,ada waktu suka.Setakat ni ok la lagi.Seronok kerja sebab ramai orang aku jumpa.Aku mula-mula ni hanyalah tukang bancuh air cum kerani.Bagi aku 3 bulan...aku yakin aku akan jadi second in command!Aku boleh!Pasti kehidupan aku takkan dibebani masalah kewangan lagi.

29 November 2008
Selepas hampir 2 tahun aku bekerja,tiba-tiba bos besar aku,seorang Datuk memanggil aku ke dalam biliknya.Aku takut jugak sebab mana lah tahu aku ada buat silap ke.Aku masuk dan duduk lah depan meja dia.Dia kata malam ni ada corporate dinner,assistant dia takleh nak ikut jadi dia ajak aku sebab perlukan orang nak manage something.Aku pun angguk aje la.Peluang aku nak create a good impression.Aku akan mampu buat wedding reception yang tunang aku impikan!

Malam tu lepas dinner,sambil naik Mercedes bos aku,tiba-tiba bos aku panggil,"kau nak dapat bonus tak bulan ni?" Aku sebab nak duit punya pasal aku angguk aje la.Bos aku suruh aku bukak seluar.Malam tu adalah malam pertama aku diliwat.Menangis aku balik rumah tu tapi aku pendamkan aje la.Mungkin sebab aku rasakan tu adalah salah satu job scope aku.

30 Disember 2008
Kejadian tu berulang lagi.Kali ni kat rumah bos aku masa family dia pegi shopping.Dia tak pakai kondom.Aku still sabar aje la sebab membayangkan bonus yang akan aku dapat nanti.

1 Januari 2009
Aku diminta untuk bend over lagi malam semalam dan pagi tadi. Kata dia, sebagai memperingati new year.Aku bend over.

17 Januari 2009
Malam tadi lagi sekali.Aku redha.Aku terperangkap,sama ada mahu jaga maruah atau karier.Aku pilih karier.Orang boleh nampak kita takde duit tapi orang takkan tau kita takde maruah.

22 Januari 2009
Malam tadi,atas lantai.Sakit badan aku.Makin kerap pulak bos aku mensodomi aku.Petang tadi,aku borak dan ceritakan dekat member baik aku.Dia tanya aku kenapa tak berenti kerja dan pegi report polis?Aku jawab aku takut nanti karier aku yang sedang meningkat naik terganggu.Member aku kata kalau dah camtu,aku kena redha aje lah punggung aku diterokai.Aku redha ajelah asal aku tak hilang pekerjaan.Dia kata aku bangang! Boleh dia kata bangang?

Aku takut benar hilang sumber pendapatan.Aku perlukan duit dan bonus yang dijanjikan bos aku tu.Aku tak nak pegi kerja kilang,tak glemer.Boleh aje aku berenti kerja berniaga burger ke,tapi berapa sangatlah yang aku akan dapat.Nak tukar kompeni lain yang bosnya tak gemar meliwat staff dia?Diorang ada ke bagi aku bonus besar dan jadikan aku right hand bos kat situ?

2 Februari 2009
Aku diberikan hadiah sehelai seluar dalam.Dia tak tau ke yang aku suka pakai boxer?Aku pakai aje la sebab dia insist aku pakai jugak.Dia suruh aku menari depan dia.Aku jawab aku segan sebab aku tak pandai menari.Dia terkam aku.Ya Allah Ya Tuhanku,bukakanlah pintu hati bos aku ni supaya dia berenti meliwatku.


14 Februari 2009
Semalam adalah kali ke lapan aku diliwat tanpa kondom.Sakit anusku.

Sudah sampai 8 kali anus ku ditebuk.Aku tak dapat bersabar lagi kerana kesetiaanku dipermainkan. Ramai orang yang akan melarikan diri hanya selepas sekali juburnya dirodok tetapi aku sudah pun diliwat sebanyak 8 kali tetapi masih belum juga aku nampak imbuhannya.Apa gunanya kesetiaan dan kerelaan aku jika apa yang aku hamburkan ni tak berbalas?

Tak ramai lelaki yang mampu berikan apa yang aku telah korbankan.Kesetiaan aku tak mampu lagi dibeli.Esok aku akan pergi report polis.Aku dah tak tahan.Barulah aku tersedar,aku dah menjadi mangsa lelaki bernafsu binatang tu sebanyak 8 kali.Esok aku nak hantar surat resign dan jauhkanlah diri aku dari dia.BOS BABI!BOS AKU KAKI PELIWAT!BOS AKU TAK RETI PAKAI KONDOM!BOS AKU JAHANAM!CILAKA LAH KAU MANUSIA DURJANA!PELIWAT!MINTAK-MINTAK KAU DENGAN ISTERI KAU DENGAN FAMILY KAU SEMUA PEGI MAMPUS DALAM NERAKA!ANAK HARAM!


15 Februari 2009
Aku masih cuba menahan lubang juburku daripada terbuka.Sudah banyak masking tape dilekatkan dilubang juburku untuk memastikan air mani bos aku tidak terkeluar.Aku akan cuba menahan kerana kata pihak polis,itu bahan bukti yang cukup kukuh.Polis kata pakai double sided tape lagi elok sebab dapat dilekatkan kedua belah dinding anusku lebih kukuh.


16 Februari 2009
Ya Allah yang Tuhanku,lindungilah aku.Berikanlah petunjuk kepada bekas bos aku dan berikanlah kesedaran kepada mereka yang bakal menjadi mangsa dia supaya tak mengulangi kesilapan aku.Amin.

...............

Filem-filem Melayu masih ketandusan idea-idea lawak yang baik kerana semua penulis komedi sedang sibuk menulis skrip cerita paling kelakar di mahkamah.Ada orang tanya kenapa aku tak menulis pasal politik?Tiap2 kali aku nak menulis pasal politik satu2 nya benda yang bermain kat fikiran aku adalah gambaran "ehem-ehem" disontot "ehem-ehem."Politik Malaysia dah sinonim dengan liwat.Berapa tahun dah macam tu?

Oktober 25, 2010

All Hail Datuk Seri Sepp Blatter! FICK FUFA!


Makin ramai pulak orang luar yang orang Malaysia kena panggil Datuk.
Salah ke kalau jumpa Datuk ni kita panggil dia Hoi ke,Uncle ke,Pakcik ke?Kenapa ada Datuk2 yang insist orang2 biasa ni panggil dia pakai title?

Datuk Seri Sepp Blatter....we are a country who always reward those who dont give a shit about others.Googlekan "FICK FUFA" dan bacalah pasal penganiayaan FIFA tehadap penduduk2 Afrika Selatan masa World Cup yang lepas.

Kat Malaysia,samseng dihargai,ustaz dimaki-maki.

Oktober 23, 2010

Seksi Sikit Apa Salahnya.Dah Tunjuk Betis Kasi La Bukak Peha Pulak!Baru Liberal!


Ramai benar yang tanya aku pasal Islamic Fashion Festival tu.Terharu aku ada orang nak tau pandangan aku.Ada la aku rasa macam selebriti kejap,ala-ala Azwan Ali.Ramai yang mengutuk event ni.Tadi lepas semayang Jumaat ada perhimpunan aman bantah benda ni.Jadi,sebab ramai mengutuk,aku nak try nak membela Rosmah.Sekali-sekala!Mana tau dapat benefit ke tender ke.

First sekali,kalau korang membaca pasal Islamic Fashion Festival tu,korang tentu tau yang benda tu diadakan dari tahun 2006.Pengasas dia bukan Rosmah.Pengasas dia pelakon Ali Setan, Shah Rezza nama glemer,kalau dalam Ali Setan dia geng Azmil Mustapha yang paling hensem dan yang paling kuat loghat Kelantan dia.Kalau tengok balik mana-mana baju yang dah pun diperagakan tahun2 sebelum ni,sopan aje aku tengok gambar dia.Ingat!Rosmah menyibuk aje dalam festival ni.Dia tumpang sekaki idea orang lain. Kenapa baru nak bising sekarang?Benda ni dari 2006.Aku rasa ramai yang bising sebab tiba-tiba Rosmah nampak involve benar.

Yang kedua...banyak fashion show dia diadakan sebelum ni dan ikut statistik macam kat Monte Carlo hari tu,80% daripada penonton adalah bukan Islam.(aku tak ingat mana aku baca tapi korang carik la )Apa benefit dia dekat dunia Islam?Bila kita try jual cara pakaian orang Islam dekat orang bukan Muslim,harap2 makin ramai la yang berpakaian lebih sopan.Kalau sebelum tu pakai bra dan skirt labuh,lepas tengok fashion show tu dia nak pakai baju yang bertutup sket.Mana tau?Tak mustahil apa!

Ketiga,benefit dia adalah kalau selama ni orang kita berangan nak beli baju Donna Karan,Gucci,Ralph Lauren...kita boleh jugak mampu buat orang putih berangan nak pakai baju Leman Hashim atau Halimah Abu Rashdan (aku tak tau nama pereka tempatan,aku taruk aje la nama generik).Takkanlah marketable name dari Malaysia kat dunia ni hanyalah sekadar Jimmy Choo atau Michelle Yeoh?

Keempat,target market dia aku tak rasa orang Islam.Dia nak jual fesyen tu dekat orang luar,

................

Tahun2 sebelum ni sopan aje fesyen dia aku tengok yang dekat Jakarta tu.Tapi aku paham la apa yang diorang marah.Fesyen2 yang diperagakan tu tak Islamik mana.Nak buat macam mana kalau kau tengok konsultan fesyen dia pun...harap maaflah....cuba tengok gambar diorang kat bawah korang boleh tangkap maksud aku.

Gambar dia lah jugak yang paling besar sekali....

Jadi,pada aku,apa yang silapnya diorang ni adalah diorang menggunakan nama "Islamic.." dan sebagai orang Islam kita dah punyai persepsi sendiri mcm mana rupanya fesyen Islamik tu.Tapi orang putih tak paham.Pada aku,bila fesyen dia camtu,Islam tu hanyalah sekadar label,branding,marketing assets. Tak nak buat orang marah?Ada 3 cara.Pilihlah mana2 yang rasa suitable.

1. Tukar nama festival tu jadi "Modest Fashion Festival"
2. Tukar konsultan fesyen dia.
3. Jangan ajak Rosmah datang.

Punyalah banyak masa terluang aku,aku siap buat poster promotekan.Kalau korang tak puas hati sangat,baca sendiri.Gi tengok dulu lepas tu nak mengamuk,mengamuk la puas2.Nak baring atas jalan ke,panjat tiang lampu ke,gi la buat.

PS - Baju yang ada tulis "Muhammad" tu memang tak patut.Orang Cameroon yang buat.Banyak2 gambar yang diorang letak fesyen tak betul tu,orang luar buat.Yang kat bawah ni,aku ambik dari KL Fashion Week...Islamic/Muslim fashion.Sapa designer?Orang Malaysia,pempuan Melayu.


Tak salah nak mencantikkan pemakaian pempuan Islam ni tapi caranya kena betul la kan?

Oktober 22, 2010

Penting Ke Pendidikan Seni,Muzik dan Jasmani?

Buat pengetahuan semua,sistem pendidikan sekolah rendah akan dirombak (sedang dirombak?) dan apa yang aku paham dari apa yang isteri aku terangkan kat aku,selepas ni akan kurangnya penekanan dan slot waktu yang diberikan kepada Pendidikan Seni,Muzik dan Pendidikan Jasmani.Pendidikan Seni dan Muzik akan digabungkan menjadi satu subjek yang aku tak tau nama dia lagi.

Budak-budak zaman aku,mesti antara benda yang korang paling ingat adalah kenangan main rekorder ataupun menyanyi beramai-ramai lagu "Bapakku Pulang Dari Kota" ataupun lagu "Anak Itik Tok Wi." Aku suka kelas Muzik dan kelas Seni tapi aku tak suka kelas PJ sebab kena main hoki atau bola.Main hoki adalah benda yang paling boring dalam dunia pada aku.Bila aku pindah sekolah waktu aku darjah 6,barulah aku suka kelas PJ sebab main bola baling atau bola tampar.Layan!

Aku bukan seorang yang athletic...mungkin sebab tu aku suka Muzik dan Seni ni.Sapa2 yang ambik SPM tahun 98 dan ambik Seni mesti teringat kenangan design kotak kasut jenama "Pantas!" Tu lah benda pertama yang aku rasa aku design,bukan lukis semata-mata.First time aku buat logo kasut ada kepak (gila cliche) dan waktu sekolah lah first time jugak apa yang aku lukis dan reka dijadikan benda yang wujud dalam bentuk t-shirt.Ok apa,senior aku carik aku suruh aku design baju sukan rumah (padahal aku tiru sebijik2 design mana-mana tshirt surfing yang tengah menjadi "hot stuff" dan "trend" waktu tu)

Pendidikan Seni dan Muzik adalah subjek yang dipinggirkan.Cikgu Muzik aku masuk kelas pun sekali-sekala aje masa sekolah menengah.Mungkin sekolah pun tak peduli sangat ada kelas ke tidak sebab expectation diorang,budak-budak Sains Tulen tak peduli pasal benda-benda art ni.Cikgu Seni aku dulu aku rasa dia makan gaji buta sebab dia hanya muncul awal sem dan kemudian dia hilang.Aku agak kecewa bila aku tau syllabus Muzik dan Seni tak banyak berubah dari dulu sampai sekarang.Tak salah rasanya kalau sekolah ajar budak-budak menyanyi betul-betul ikut note,main gitar,main dram dari kecik.Barulah talent tu betul-betul berkembang.Tapi aku paham la kenapa takde,sebab tak ramai cikgu yang mampu cover syllabus pengajaran camtu.

Mungkin sebab kurangnya penekanan dalam benda2 ni dari peringkat awal,kebanyakan artis kita hanya mampu menyanyikan lagu ciptaan orang lain.Lagu,Eddie Hamid,lirik Eddie Hamid,nyanyian kumpulan Arrow!Talent2 dunia seni tak berapa berkembang.Pelakon?Sapa2 pun boleh jadi pelakon asal muka hensem dan tengah popular.Lakonan macam batang pokok.Ok aje,asal lawa dan hensem.Kalau berani daring seksi sket lagi lah pengarah suka,lagilah banyak drama dia berlakon.Nak tau artis mana yang aku maksudkan?Bukak majalah Mangga,BACA!

Tapi,sekarang ni nampak lah perubahan.Kita ada Aizat,seorang penyanyi yang orang pandang sebelah mata aje masa AF sebab dia gemuk.Tapi bila dia kurus baru lah orang tersedar sebenarnya mamat ni lagu dia boleh tahan dan dia tulis sendiri pulak tu.Yuna dengan suara dia yang seksi yang first time aku dengar lagu dia aku ingat minah seksi mana yang menyanyi.Terkejut besar bila aku tengok gambar dia.Adalah lagi dua tiga artis yang nampak mampu jadi pelapis yang baik cuma kita tak nampak lagi adakah diorang akan mampu matured seiring dengan lagu diorang,sehingga menjadi artis yang evergreen lagu dan imejnya.

Orang Melayu yang veteran ramai tak suka anak-anak main muzik atau cuba melibatkan diri dengan benda seni ni.Mak aku pun camtu,tapi lama-lama dia dapat accept,itupun lepas beberapa tahun dia gunting aku punya kad membership Studio Jamming Black Widow.Aku beli gitar pun menggeletar aku nak bagitau dulu.Aku boleh nampak kenapa orang Cina ramai hantar anak diorang gi belajar muzik.Ofis mate aku,seorang perempuan Cina yang dah berumur,hantar anak dia gi kelas ballet.Budah darjah 5 pegi kelas ballet.

Study memang kena study,tapi ada masanya artistic side dalam diri seseorang tu perlu disentuh.Once kita bekukan diri dari selami artistic side kita,kita jadi robot.Mungkin kita jadi robot yang pandai,intelek,genius tapi kita keras.Lifeless.Belajar benda berkaitan seni ni mampu membuatkan seseorang tu ada disiplin.Paling kurang pun faedah dia at least daripada anak kau merayau merata-rata lagi baik anak kau duduk dan prektis macam mana nak main basic chord C Am F G dekat gitar.Disiplin dalam latihan!Tapi orang Melayu selalu rasa mana-mana budak sekolah yang reti main gitar tu budak jahat.Entahlah apasal.

Kalau aku punya anak dan anak aku dah besar,aku akan bagi dia pilihan.Aku hulur kat dia bola dan sebijik gitar.Tengok mana yang dia ambik.Kalau dia ambik gitar,aku akan suruh lah isteri aku pasang semua lagu Jimi Hendrix yang dia ada dan suruh dia dengar teknik-teknik gitar Tom Morello. Kalau dia pilih bola...aku suruh dia gi duduk England,main bola betol-betol boleh ganti tempat Wayne Rooney dalam team Man U.Boleh aku bersara awal dan goyang kaki kutip duit ribuan pound hari-hari.

Apa-apa hal pun,minggu ini adalah minggu terbaik untuk mengenali penyokong Man U mana yang hipokrit.Sapa-sapa yang tak paham,ignorekan aje la paragraph last aku ni.

Oktober 21, 2010

Kesetiaan Kepada Kerajaan

Aku semak-semak balik komen yang aku terima semalam.Tertarik aku membaca satu komen dari seseorang Anonymous (biasalah) yang menyebut lebih kurang macam ni

"Kau kutuk-kutuk kerajaan tapi bini kau kerja cikgu.Sedar la diri sikit oi!"

First sekali,aku jelaskan,satu masa dulu (lama dulu),aku pun beranggapan macam tu jugak.Kerja kerajaan,kena sokong kerajaan lah kan.Tapi sebenarnya,ramai yang dalam kerajaan,TERPAKSA sokong kerajaan.Nak recap balik apa yang mak aku pernah cerita,member dia kena transfer sekolah pedalaman sebab masa reformasi dia pegi KL sokong geng2 Anwar.

Aku pernah duduk dengan member aku yang kerja kat Putrajaya dan dia sound aku,"kau jangan ingat camtu.Walaupun aku kerja government tapi politik lain,perkhidmatan awam lain.Takleh nak samakan." Semenjak hari tu aku mula memandang penjawat awam dari satu segi perspektif lain.

Diorang terpaksa jadi pak turut.Aku tegaskan,TERPAKSA.

Waktu perhimpunan Bersih,memang ada pegawai2 awam yang muda2 ni diletakkan di antara ribuan penyokong perhimpunan tu sbb diorang nak tangkap pekerja gomen yang pegi ke situ.Sapa yang kena tangkap biasanya kenalah transfer takpun kena surat tunjuk sebab la kot.Tapi,kita tengok balik,kenapa perhimpunan Bersih tu diadakan.Salah ke seorang penjawat awam pegi menyokong benda tu?Yang Kementerian takut apsal?Biasanya orang yang takut ni orang yang ada buat silap kan?

"Kerajaan bayar gaji isteri kau hoi!" Iye,memang betul kerajaan yang bayar gaji dan diorang accept benda tu.Tapi perlu diingatkan jugak,siapa yang bayar gaji kerajaan?Penjawat awam sering terperangkap antara integriti atau kerjaya.Sepatutnya kebebasan untuk memilih siapa yang memerintah negara adalah terpulang kepada individu.Jika penjawat awam tidak mempunyai kebebasan untuk bersuara,mana demokrasinya kat situ?Adakah sebagai seorang cikgu,isteri aku PERLU menyokong kerajaan?Adakah sebab dia penjawat awam dia perlu tunduk dan patuh kepada apa saja yang kerajaan lakukan?

Tak.Tak perlu.Kenapa aku pulak yang kena sedar diri takleh kutuk kerajaan?Kerajaan adalah pilihan rakyat jadi jika ada rakyat yang bekerja dalam sektor awam yang tak nak memilih kerajaan,itu adalah pilihan masing-masing.Itu hak individu.

Tapi bila majoriti penjawat awam dah takut nak pegi dengar ceramah Pembangkang sebab nanti ada kena tindakan disiplin,aku tanya balik,mana demokrasinya kat situ?It's a choice that shouldn't be forced.

Jadi,katakanlah,katakanlah....Kerajaan bertukar.Apa implikasinya dekat penjawat awam sekarang ni yang berlevel pegawai2 biasa atau kumpulan sokongan ni?TAK ADA!Diorang akan tetap kerja macam biasa sebab Kerajaan baru akan still perlukan khidmat diorang dalam mentadbir perkhidmatan awam.Cikgu-cikgu masih diperlukan untuk mengajar anak murid.Kecuali penjawat2 awam yang kat atas sekalilah,yakni,level2 menteri Kementerian.Yang tu kenalah ditukarkan.Normallah tu.Kabinet bertukar,menteri kat atas pun bertukarlah,kecuali dia Samy Vellu.

Aku ulanglah lagi sekali kepada mana-mana individu yang merasakan penjawat awam itu perlu menyokong Kerajaan.Bukak kepala otak kau.Kita kena belajar accept yang Kerajaan is just a Kerajaan,satu badan yang dilantik untuk memerintah oleh pemilihan secara demokrasi beradasarkan kepada pilihanraya.Jangan campurkan politik dan perkhidmatan awam.Itu adalah dua benda yang berbeza dan tidak sepatutnya ada sangkut paut langsung antara satu sama lain.Sayangnya,ini Malaysia,suka benar mempolitikkan semua benda.Ramai betul nak bekerja satu ofis dengan geng2 sefahaman pemikiran politik dia,kalau ada masuk sorang dua pakai kopiah mulalah meracau.Samalah jugak sebaliknya.Geng kopiah nampak geng pakai songkok tinggi masuk,mulalah mengamuk.Solat pun kena asing-asing surau,masjid.COME ON LA ORANG KEDAH!

Bila semua dah ada kepentingan politik dalam sektor awam ni,habis,semua benda dah hilang integriti dia.Macam mana nak jadi negara maju kalau rakyat nak ada akal dan pemikiran sendiri pun dihalang,ditekan,dilenyek,hantar pegi BTN sampai jadi macam baboon..Maju dari segi infrastruktur tapi dari pembangunan minda...kosong.

Oktober 20, 2010

Kedah Lawan Kelantan,

Aku tak pasti dari mana datangnya perangai2 orang Malaysia yang lain suka kutuk orang Kelantan.Adakah benda tu datangnya dari pengaruh politik?Atau datangnya daripada pengaruh media?Atau datangnya kutukan2 tu dari perangai orang Kelantan tu sendiri?
Entahlah.

Member aku ramai aje orang Kelantan.Member baik aku masa aku mula2 masuk U dulu pun orang Kelantan.Kerja dia setiap hari,mengorat awek,dengan gaya dia yang seakan-akan seksi.Hahaha.Tapi dia baik.Tak tinggal semayang,perangai baik,cakap pun lembut aje.Cuma dia gatal.Aku pun.Semua lelaki gatal.Waktu sekolah aku dulu,member aku ramai orang Kelantan.Seorang serius aje memanjang,sorang lagi suka tengok muscle masa berak.Ok aje.Takde masalah pun.

Cuma satu aje benda yang aku tak suka pasal orang Kelantan.Diorang ramai jadi kaki pau kat Central Market.Tapi bukannya semua rakyat Kelantan turun CM tiap2 minggu kerja mengepau duit.Aku sure ramai lagi orang negeri lain yang kaki pau tapi kenapa orang Kelantan jugak yang kena?Sebab apa?

Sebab campaklah orang Kelantan kat mana-mana pun pelat dan loghat dia takkan bertukar.Jadi orang senang nak tau dia dari mana.Aku rasa diorang bangga dia orang Kelantan sebab pada aku,Kelantan ni unik.

Adik aku cerita minggu lepas,pernah penyokong Selangor campak ular tedung dalam bas penyokong Kedah.Adakah perlu aku stereotaipkan ORANG SELANGOR SEMUA SUKA CAMPAK ULAR TEDUNG DALAM BAS?

Stereotyping.Ini masalah orang Melayu.Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga.Kerana sekor dua mamat Kelantan yang fuck up,habis semua orang Kelantan dipanggilnya kaki gaduh.Dah mamat tu ada akal,tak nak guna,takde kaitannya dengan negeri mana asal dia.Boleh aje aku kata semua orang Pahang berlagak tak kena tempat sebab ada seorang mamat dari Pekan berlagak nak bina menara 100 tingkat padahal banyak lagi orang takde rumah,KLCC pun tak berpakai sepenuhnya.Nak aje aku claim semua gadis Negeri Sembilan kaki shopping,boros dan nak bergaya aje lebih.Tapi marah pulak isteri aku.

Kesimpulannya,negeri adalah tempat kelahiran.Kalau perangai buruk,itu bukan salah negeri.Itu salah diri sendiri.Cuba tanya diri sendiri,kenapa kau benci orang Kelantan?Mesti takde sebab kan?Tapi,kenapa kau nak benci jugak aa?Adakah pernah seorang mamat Kelantan datang kat kau dan tampar kau tanpa sebab?

Kesimpulan kedua,gadis2 Kelantan memang hot.Entahlah mana datang kulit diorang yang kemerah-merahan tu.

Malam ni,Stadium Darulaman akan bergegar.Harap-harap bergegar sebab Kedah belasah Kelantan 5-0.Hehehehe.Harap jangan ada yang campak ular tedung dalam stadium.

Oktober 19, 2010

10 Perangai Pemandu Malaysia Yang Membuatkan Jari Hantuku Selalu Naik Ke Tingkap

1. Kat highway ada 3 lane.Kat mana lane yang driver yang paling slow sekali?Lane tengah.Yang bawak 60km/j atas highway duduk lane mana?LANE TENGAH.

2. Aku dah pegi 110km/j,depan aku ada kereta yang maintain 110km/j,tiba-tiba ada "kereta besar" high beam nak potong dari belakang.Berapa speed limit?

3. Lori trailer atau bas yang dibawak oleh kaki pecut.

4. Brader-brader motor yang konvoi tapi bawak sebelah menyebelah sebab nak berborak.

5. Orang yang drive laju tapi tengah cakap henfon.Hoi mangkuk!Beli la handsfree.Pada aku,sapa2 yang pegang henfon masa memandu,MANGKUK.Berapa kali aku hampir nak kena langgar dengan spesis camni.

6. Brader motor yang memandu sambil SMS gelfren lalu motornya melilau merata-rata.

7.  Perempuan yang bawak kereta jenis tak pandang kiri kanan dan hanya tahu memandang ke arah destinasi sahaja,maksud aku,pandang ke depan setiap masa.Laki ada gak tapi selalunya,perempuan.Bila aku hon terkejut besar dia baru nampak aku kat tepi.

8. Mangkuk2 yang ajak racing.Masa aku bawak motor dulu,banyak kali aku kena.Pegi sebelah,usha-usha.Come on la.TZM bikin apa cerita?Motor standard la kalau berani.

9. Mangkuk ayun yang masuk ke emergency lane bila jam.Kau tau tak apasal jam?Sebab ada eksiden kat depan.Macam mana ambulans dengan bomba nak lalu emergency lane kalau kau duk memandu kat situ.Ni lah spesis manusia paling takde akal kat Malaysia.

10. Rombongan menteri dan pengikutnya kat jalan nak potong kau.Dari situ kita dah boleh nilai setinggi mana martabat diorang ni diletakkan dan kat mana kita ni pada diorang.

Oktober 18, 2010

Berita Terbaik Yang Mampu Membuatkan Lelaki Melayu Berhijrah ke Zimbabwe

HARARE – Seorang lelaki Zimbabwe mendakwa sekumpulan tiga wanita menculik, memberinya dadah sebelum merogolnya dalam kejadian serangan seks ke atas lelaki yang berlaku buat kali kelima dalam tempoh setahun, kata seorang jurucakap polis semalam.

Lelaki berumur 26 tahun itu memberitahu polis dia ditawarkan untuk menumpang kenderaan yang dinaiki wanita berkenaan di bandar Bulawayo selatan Zimbabwe.Namun, lelaki itu kemudian tidak sedarkan diri apabila tubuhnya ditolak ke belakang manakala kepalanya ditutup dengan pakaian semasa berada di dalam kenderaan tersebut.Dia mendakwa tidak sedarkan diri selepas diberikan sejenis bahan yang rasanya seperti alkohol.“Selepas dia terjaga, lelaki itu berada dalam keadaan bogel dan wanita-wanita itu merogolnya bergilir-gilir dan menderanya,” kata jurucakap polis itu, Wayne Bvudzijena.

Lelaki itu memberitahu polis, dia tidak sedarkan diri selepas serangan itu tetapi kumpulan wanita tersebut kemudian bertindak meninggalkannya.“Wanita-wanita itu mengambil wang sebanyak AS$300 (RM929.25) dan telefon bimbit,” kata jurucakap polis tersebut.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat itu merupakan serangan kali yang kelima dilaporkan pernah berlaku di beberapa tempat di negara ini melibatkan sekumpulan wanita pelbagai saiz badan.“Ia mungkin satu kumpulan atau lebih yang melakukan kejadian itu. Dalam semua kes, si mangsa tidak sedarkan diri dan mereka diberikan dadah supaya berasa pening,” kata jurucakap tersebut.

Serangan seks yang dilakukan oleh sekumpulan wanita ke atas seorang lelaki dilaporkan buat kali pertama pada November tahun lalu.Menurut akhbar Herald, dalam serangan itu, tiga wanita menculik seorang lelaki berumur 18 tahun.

Pada Februari lalu, empat wanita memaksa seorang lelaki berumur 25 tahun untuk melakukan hubungan seks dengan mereka.Bulan lalu, seorang lelaki berumur 44 tahun yang dipaksa memakai kondom menjadi mangsa rogol dua wanita.Seramai tiga wanita turut merogol seorang lelaki berumur 30 tahun yang telah diberikan dadah.

Berdasarkan undang-undang Zimbabwe, dakwaan merogol hanya dikenakan terhadap lelaki. – AFP
Link 

Oktober 15, 2010

Gosip-Gosip Cinta : Cinta atau Sayang atau Mari Berzina Sajalah!

Bulan ini adalah bulan perkahwinan.Tiap2 minggu dalam bulan ni aku ada jemputan perkahwinan sama ada saudara aku atau member aku,tapi bulan ni adalah bulan yang agak special pada aku sebab penantian aku selama ni berhasil.Sepupu aku,seorang lelaki dah pun selamat berkahwin dengan isteri dia.

Apa yang menariknya mengenai isteri dia ni adalah diorang ni adalah best friend dari dulu sampai sekarang.Tak pernah pun dia terasa ada cinta ke hape ke,hatta apa2 perasaan yang hangat sekalipun dekat best friend dia ni sebelum2 ni dah berbelas2 tahun (agak aku la,sebab sepupu aku ni merasakan diri dia hot stuff di kalangan gadis2 genit masa kat universiti dulu,hahahah).Mungkin best friend dia ni lah yang menjadi tukang dengar masa dia frust bercinta dulu,best friend dia ni jugaklah yang tolong dia masa dia down dulu.

Tapi takde pun wujud bibit2 cinta sehingga membuatkan aku risau "adakah sepupu aku itu tidak lurus?" sebab nampak benar dia frust dengan perempuan satu masa dulu.

Mungkin dari situ kita boleh nampak sebenarnya bercinta ni over rated.Hanya sekadar bercinta sebenarnya langsung tidak akan membawa kepada gerbang perkahwinan.

Apa yang perlu sebenarnya dalam mencari pasangan?Kesetiaan.

Tidak perlu pun rasa cinta itu wujud,kerana cinta tidaklah penting.Cinta hanyalah satu perasaan yang dilahirkan untuk membolehkan orang ramai bercouple."Ohhh,we are so in love!" "Oh,kami memang sedang hangat bercinta.."......Bodoh benar mereka yang berkata begitu.Mana mungkin orang yang ikhlas bercinta mempunyai perasaan hangat antara satu sama lain.

Cinta adalah kosong,sekosong hati mereka yang "bercinta."
Tapi sayang....bila kita sayang,sayang akan membuatkan anda peduli pasal dia.Sayang akan buat anda jaga dia.Sayang akan membawa kepada kesetiaan.

Dan dalam dunia yang kebanyakan anak muda lebih mementingkan cinta berbanding kesetiaan,agak payah untuk menjumpai mereka yang akan ada di sisi anda sampai bila-bila.Tak kiralah bila mana sewaktu anda frust bercinta dengan orang lain atau waktu anda sedang sakit bercinta,dia yang ada setiap masa di sisi anda dan sanggup mendengar apa saja yang anda ceritakan walaupun sebenarnya takdelah se-best mana kisah anda tu.

Cuba renungkan.Adakah ada orang lain yang lebih setia kepada anda,berbanding dengan gelfren atau boifren anda sendiri?

Mana tau anda senasib dengan sepupu aku yang sekarang ni sedang belajar memandang seorang perempuan yang dah berapa belas tahun dikenalnya dari satu perspektif yang sangat berbeza, sebagai seorang suami.Mana tau,selama ni anda mengejar yang jauh tapi anda tak nampak yang dah pun ada di depan mata.

Oktober 14, 2010

Dalam Otak : Melayu dan Gelaran

Kenapa orang Melayu suka sangat gelaran ha?


Adakah satu masa nanti nama-nama orang Melayu akan jadi macam ni;Datuk Seri Mangkabumi Paduka Adinda Yang Hebat dan Handal Hisham bin Kadir (AMN,PJK,PPD,PTD,UPSR,PMR,SPM)?

Nama dia simple aje,Hisham bin Kadir!Sama lah jugak macam geng-geng Doktor atau Engineer yang tiap2 kali tulis nama sendiri tulis MD atau IR...WTF..untuk urusan professional ok la.Nak tulis email kat member2 pun kena taruk ke?

Hari tu aku lepak depan satu sekolah kat Lenggeng,Negeri Sembilan dan depan sekolah tu adalah banner2 politician nak buat rumah terbuka.Macam tu lah nama diorang yang tertera kat banner tu.Penting sangat ke darjat yang disampaikan bila ada title tu? Benda ni bukan saja jelas nampak dekat nama-nama Ahli Politik,nama-nama gelaran ni juga jelas digunapakai pada nama-nama "ikon" atau "idola" rakyat Malaysia.Contohnya;

Awie Wings
Amy Search
Hafiz AF
Shahir AF Ikon Remaja Perak
Sheikh Muzaffar Angkasawan Malaysia
Najib Altantuya :)

Tapi kita takkan jumpa ;

Kurt Nirvana
Eddie Pearl Jam
Chris Soundgarden

Tahlah.
Aku tak tau apasal.Mungkin orang Melayu ni suka sangat title yang membawa kepada kuasa branding dan marketable quality.In the future,mungkin tiap2 orang Melayu lahir-lahir aje terus ada title.Sebab berlambak2 sangat orang ada title ni.Tah layak ke tidak,wallahuallam.

Oktober 12, 2010

Kisah Suami Isteri Tiada Teladan

Halim dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah.Halim agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.

"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng,boleh?"pinta Halim."Okeh!"kata Milah.Milah pun masuk ke dapur.Milah pun membasuh beras.Tiba-tiba kepala Halim tercongok di tepi peti sejuk,"Milah,Milah,basuh beras bilas 2 kali ya!"kata Halim."Baik bang!"kata Milah dengan riang.Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker."Milah,Milah,tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!"jerit Halim."Baik bang!"jawab Milah lagi.

Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur.Sedar-sedar,Halim sudah ada ditepinya."Abang..abang nak makan sangat2 ke?Ke abang nak makan Milah ni?Hehehehe"tanya Milah bergurau.Muka Halim serius."Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Halim.

"Alah abang ni.."kata Milah mula rasa Halim annoying."Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok,kulit telur jangan ada tertinggal lak,"kata Halim sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk."Minyak dah panaskan ke?Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"

Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur."Pakai garpu!Pukul telur tu sampai rata!Garam jangan lupa masukkan!" pesan Halim agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah.Milah memukul telur itu sebaik mungkin."Kuat lagi,kuat lagi!"jerit Halim macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.

"Kuali ni dah berasap Milah,kuali tu dah berasap!Habis!Habis!"jerit Halim makin lantang."Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali.Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum."MILAH!MILAH!Dah nak hangit tu!JAGA-JAGA!KARANG TERBAKAR!" jerit Halim makin menggila.

"ABANG!APA NI!?Saya nak goreng telur aje.Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali!Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit.Bukannya saya tak reti!Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.

Halim dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan,"macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi.Tension kan?"

Oktober 08, 2010

Dua Gambar,Dua Reaksi dan Perasaan Dukacita Sewaktu Malam Menjelang


 HOW SWEET!


HOW SHIT!

Aku penat.Aku nak jadi penganggur.Jadi suri rumah.

Pening aku memikir benda2 korporat dan politik ofis.Kalau boleh elak ke tepi dan tak effect aku,takpe.
Ni bila benda tu dah effect sekali segala-galanya jadi cilaka.Politik memang takleh nak dicampur aduk langsung dengan pengurusan.Tapi ni Malaysia..once kau berurusan dengan manusia2 berpangkat Datuk dan Tan Sri..politik main peranan.Once politik masuk campur..habis!Dah yang management atas semua ber-Datuk bertitle...habis semua orang nak berpolitik,tunjuk kuasa.Takde sapa peduli orang bawahan.Jadi aku pun hantar surat nak berenti keje kat bos department aku.

Rupa-rupanya dia dah hantar dulu sebelum aku.
Hehehehe.Dia pun tak tahan rupanya.

Aku ingat nak buat side projek,tangkap gambar kucing macam ni.


CUTE GILA AA!
Nota : Aku tak berapa center malam ni jadi harap maaf.

Oktober 07, 2010

Pendidikan Seks Matured : Bayangkan,Jika Anda Berada Dalam Situasi Ini

Seorang rakan wanita anda datang kepada anda mengadu mengenai masalah dia dan suaminya.Mungkin kerana sudah tidak tahu nak cerita kat sapa dia pun cerita kat anda.(tak kira anda lelaki atau wanita)

Soalan dia berbunyi begini;

Aku satu masa dulu dah ter-romen dengan boifren aku masa zaman aku menggatal dulu.Nasib baik aku tak mengandung walaupun aku ngan ex aku takde  protection apa2 pun.Lepas tu aku kahwin lah dengan hubby aku sekarang ni.Aku tak cerita la dekat husband aku pasal zaman muda aku dulu jadi lepas kenal dia aku berubah jadi baik la jugak.

Lepas hampir setahun kitorang kahwin,husband aku tanya aku,"Apsal awak tak berdarah ye masa first time kita buat tu?" Husband aku nampak la ada muka2 curiga tapi dia berusaha la jugak pendam ingin tahu dia tu.Aku tepis2 je la soalan dia,selalunya aku kata mungkin awak punya tak kena kat situ ke,nanti2 koyak la,aku dulu sprinter sekolah,suka lompat2.Sekarang ni aku dah habis alasan nak cakap kat dia.

Ada orang kata kat aku,suami tak perlu tahu masa silam kita sebelum kahwin tapi...camne lagi aku nak buang rasa curiga dia?Dia dah selalu tanya dan kadang2 nampak dia agak pushy nak suruh aku mengaku aje.Masalahnya,sebelum kahwin dulu,aku dah tertipu dia kata aku dara jadi expectation dia agak tak terkawal la.Aku takut nak admit dulu sebab aku nak kahwin dengan dia..aku sayang gila kat dia.

Jadi,perkahwinan aku sekarang ni dapat didirikan atas satu pembohongan yang aku buat dulu.Rasa bersalah aku kat dia sekarang ni makin teruk.Berdosa ke aku kalau aku terus tipu husband aku?Ada ke dalam agama yang membolehkan seorang isteri menipu suami untuk memastikan rumah tangga tu kekal?

Boleh ke aku masuk syurga kalau aku terus menipu husband aku?Boleh ke dia maafkan aku kalau dia tau benda ni?Aku duk hope jugak kalau aku admit aku tak dara masa kahwin,dia akan mengaku dia pernah tidur jugak dengan perempuan lain sebelum tu.Senang.Walaupun sakit nak dengar. Aku nak admit kat dia tapi aku takut kena cerai kalau dia tak dapat accept....

Apa yang aku perlu buat?

........................

Jadi,dengan kebebasan melakukan hubungan seks masa kini,sudah pastilah anda akan berhadapan dengan persoalan sebegini daripada salah seorang member anda atau lebih teruk,anda yang mengalami masalah itu.

Tapi,jangan letakkan diri anda sebagai isteri itu,sila letakkan diri anda ditempat orang yang diminta jadi pemberi nasihat ituApa yang akan anda beritahu dia?Ingat,persoalan ini adalah berasaskan sebuah kisah benar.Jika anda merasakan susah untuk menjawab persoalan rakan anda itu,bayangkan..jika anda di tempat dia.

Oktober 06, 2010

Ironi Membaca Utusan Malaysia Dalam Memperjuangkan Semangat Ke-Melayuan

Sultan Johor pesan,"Jangan pertikai hak Melayu!" Kemudian,statement dia kata pasal "dalang" yang merosakkan kedamaian sesebuah bangsa.Kemudian,kita boleh nampak statement "Azmin biadap,tak hormat negarawan." Kemudian sila pandang bawah sikit...ada iklan kat bawah...iklan apa?


Iklan Victoria Station.

Ada nampak logo halal kat situ?Bukak website dia,ada nampak logo halal JAKIM?Bukak Direktori Halal JAKIM,ada nampak pengesahan sijil halal dia?Takde,takde dan takde.
Pembaca Utusan Malaysia aku rasa majoritinya konfem Melayu.
 Siapa yang biadap dengan orang Melayu sebenarnya?
Utusan,still suck ass.

Oktober 05, 2010

Aku,Rokok dan Tar Jalan




Kepada yang tau lagi,harga rokok naik 70 sen mulai semalam.Hehehe.RM10 sekotak...gila ah...Setiap kali harga rokok naik,aku akan teringat kembali memori indah aku dengan rokok.

Aku mula hisap rokok masa tingkatan 2.Waktu tu aku saja je try2.Takde la aku membeli sampailah aku masuk tingkatan 3 bila family aku pindah ke Kedah dan aku hidup keseorangan kat KL (sebab aku sekolah asrama). Bila mula tingkatan 3,aku kena balik Kedah naik bas jadi biasanya bas ke Kedah ada paling awal pukul 9 malam.Itupun kalau tak penuh.Selalu aku kena naik bas pukul 11 malam.Dapat 10 malam pun dah kira lucky gila.Pukul 6 petang dah kena keluar kawasan sekolah.

Tunggu sorang2 kat Puduraya sampai pukul 11 malam,apa benda yang aku boleh buat?Aku duk berdiri tercongok dekat tingkat 2 Sg.Wang nak main game pun takde la aku mampu nak main game sampai kol 11.Beli majalah pun baca dalam 1/2 jam habis.Takde mampu aku membaca komik Pendekar Laut berulang kali untuk menghilangkan boring.Jadi,sebab takde benda nak buat...aku beli rokok Marlboro 7 batang sekotak dan aku hisap.

Aku mula hisap rokok sebab aku boring takde benda nak buat.Hahaha

Selalunya ada la member aku,sorang budak Perlis,sorang budak Terengganu sama2 menunggu.Tapi sebagai budak sekolah,kitorang takde duit jadi rokok adalah satu2 nya benda yang tahan lama untuk dijadikan pengisi kebosanan.Nak tidur?Berani ke kau tidur kat Puduraya?

Satu masa dulu,masa tu rokok masih lagi RM4 lebih,aku dengan member2 aku bertekad..."Sampai RM5 sekotak kita stop!" Zaman sekolah memang la fikir camtu.Bila dah kerja dan dah ada duit,aku tak tau la pulak limit harga rokok yang mampu membuatkan orang berhenti membeli.

Membaca jangkaan pengeluar rokok di mana mungkin berlakunya penurunan 10% pada jualan rokok diorang membuatkan aku terfikir,orang Malaysia ni sebenarnya kaya-kaya.Samalah jugak macam mentaliti sesetengah manusia yang merasakan Proton Saga atau Perodua Myvi itu murah.Padahal itu semua terjadi sebab price control method kerajaan yang mencipta ilsui Proton Saga dan Perodua Myvi nampak murah.

Tak lama lagi bila harga rokok naik jadi RM12 ke,mesti ramai perokok tegar yang akan merasakan RM10 sekotak adalah nilai yang rendah,sebab hidup dan minda dah diadjust untuk accept price camtu.Cycle itu akanlah berterusan sehingga kiamat.


Good luck.
Aku perlukan re-adjustment dalam hidup.

Oktober 04, 2010

Film Review : Twilight Saga - Eclipse

Sepanjang filem ini,aku terfikir,bitchy sangat ke Bella sampai sanggup menyerahkan dara dia dekat Edward walaupun Edward dah buat segentleman mungkin tolak pelawaan bela untuk merebut takhta dara Bella?Adakah ini sebab wujudnya gerakan yang ingin memperkuatkan semangat wanita,ingin menjadikan wanita itu mampu mempunyai keinginan sendiri jadi dijadikan Bella satu wanita yang punya keinginan semulajadi untuk menikmati seks yang diminta nya sendiri,bukan atas desakan lelaki itu seperti yang lazim berlaku?

Penulis buku Twilight ni agak berusaha keras untuk menaikkan taraf wanita ke satu tahap yang lebih tinggi tapi sayangnya,Bella akhirnya bertukar menjadi seorang bohsia murahan yang menawarkan cintanya kepada kepada dua orang lelaki serentak.Cubaannya untuk woman empowerment menjadikan karakter Bella...jadi perempuan low class.Tapi aku tak berapa peduli pasal Bella.

Bella masih seorang perempuan yang mulutnya masih lagi setiap masa terketar2 menggigil tah kenapa.Aku masih lagi tidak nampak kenapa perlunya aku jatuh cinta kepada Bella kerana...dia seorang yang boring.Cantik,tapi sangat membosankan.Mungkin aku bukan target filem ini kerana jelas kelihatan dalam filem ini skripnya ditulis untuk mencairkan hati gadis2 mentah melihat dua orang mamat,seorang vampire yang sparkling dan seorang werewolf yang tak berapa gemar berbaju.

Dan masalahnya,entah kenapa gadis kecil dalam diri aku meronta-ronta setiap kali melihat Edward.Apatah lagi bila Edward menunjukkan belangnya bergaduh dengan vampire2 tak matured itu.Renungan Edward,senyuman Edward,seolah2 terus berkata2 kepada hati aku untuk terus menonton filem ni sampai habis.Perasaan kecewa aku memuncak apabila Edward melamar Bella.WHAT THE HELL?Kau adalah seorang vampire yang cool.Bella?Gadis biasa yang bapak dia jauh lebih cool karakternya.

Bella..kau tak ada expression lain ke selain daripada wajah kesejukan dan wajah blur?

Cukuplah mengutuk Bella (sehingga filem seterunya).Filem dia,biasa aje sebenarnya.Tapi sebab aku agak taksub dengan benda2 mistik macam zombie,werewolf dan vampire ni,aku secara jujurnya mengaku siri Twilight setakat ni memberikan aku hiburan yang jauh lagi berbaloi dari cerita2 merepek macam Van Hellsing.Jika dibandingkan dengan siri Underworld,Twilight tidaklah berada dalam level yang sama.Twilight agak ringan dan terlalu berat tema cintanya.Scene2 romantik yang melampau2 banyaknya membuatkan kadang2 aku tak senang duduk...agak geli geleman sebab dalam siri ni setakat ni,watak Bella ditunjukkan jauh lagi desperate dari Edward.

Mungkin dari situ datangnya kesitimewaan Edward di mana dia yang betindak rasional berbanding Bella.Dari situ otak2 para gadis mula mencipta imej lelaki yang mereka ingini.Habis gadis2 meleleh air liur melihat Edward,agak2 akula.

Tapi...jika pengaruh filem ini jadi terlalu kuat kepada masyarakat dunia,adakah akan ada lebih ramai lelaki yang akan cuba menjadi seperti Edward yang tidak terlalu menurut nafsu atau lebih mencenderungkan gadis2 muda supaya jadi seorang bitch seperti Bella?Aku seorang lelaki dan sepatutnya aku jatuh cinta dengan Bella tapi sayangnya lama kelamaan nilai moral Bella makin hilang.

Mungkin sebenarnya aku bukan target audience sebenar filem ini.Filem ini sebenarnya memang HANYA untuk gadis2 memasang impian untuk mendapat suami seorang vampire?Adakah sebab itu Bella dijadikan terlalu bland,boring,takde attraction untuk menaikkan lagi imej dan value Edward dan Jacob? Selepas 3 filem,aku dah nampak tak perlunya 3 filem untuk menceritakan cerita dia setakat ni.Cukup sebenarnya nak muatkan semua dalam satu filem yang di extend kan sedikit durasinya.Tapi,hilanglah pulak keuntungan kutipan tiket dan jualan DVD yang bakal diterima nanti daripada pengikut2 hardcore Twilight.

Aku akan terus menonton.Tapi aku akan tetap menyeringai setiap kali sekumpulan lelaki berseluar pendek berperut six-pack berdiri beramai2 tanpa apa2 tujuan selain daripada membuatkan jantung2 gadis berdebar-debar.

Rating : 3/10

Nota : Aku baru tengok sebab lepas New Moon,aku dah tak berapa excited nak follow. 

Oktober 02, 2010

Cerpan : Suami,Isteri dan Ibu Mertua Bhgn 02

Nina pulang ke rumah agak lewat malam itu.Sudah terlalu lama rasanya dirinya tidak keluar bersama dengan rakan wanita lain.Dirinya sudah sebati dengan rutin hariannya,bangun pagi,mandi.Kemudiannya buat roti untuk suaminya lalu terus ke tempat kerja.

Pulang kerja selepas menghadapi pelbagai gangguan seksual di ofis langsung tidak dapat mematahkan semangat wanita berkelulusan IPTA tempatan ini.Ya,Nina agak seksi cara pemakaiannya tapi walau sebagaimana seksi pun dia,dia masih kekal menutup aurat.Nina hanya meneruskan semangat wanita lain yang seangkatan dengannya,be yourself.Dont be a hypocrite.Nak seksi,jadi seksi.Boleh apa seksi tapi tutup aurat!

Nina tidak peduli pandangan orang lain.Azman sendiri tidak pernah menegur pemakaiannya.Makin disukai adalah!Azman gemar benar melihat bentuk potongan badan isterinya yang masih lagi melentik,lebih lentik daripada ekor rambut yang disimpan kebanyakan mat rempit.

Dari ofis rutinnya dia akan terus ke rumah.Pulang kemudiannya berehat sebentar sebelum mula menyediakan makan malam hari tu.Selesai makan malam dengan suaminya,dia hanya akan duduk menonton TV atau terbaring di atas katil jika Azman meminta dia di atas katil.Lesu nafsu Nina.Sentuhan Azman sudah tidak seghairah dulu.Tapak tangan Azman dirasakan kebas.Nafas Azman?Dulu hangat,sekarang macam palat.

Beberapa malam yang lepas,masih jelas difikiran Nina mengenai kata2 nya kepada Azman."Abang,I dont think we can go on like these forever..." Azman senyap merenung ikan masin gelama yang terhidang didepannya."Abang!" kata Nina menggunakan gaya seksi menggoncangkan dadanya.Habis tersepit maskot penyu Terengganu di t-shirtnya.Azman hanya diam."Sedap lauk hari ni!"kata Azman.Besar hati Nina mendengarnya.

Dalam hati Nina mungkin sudah hilang intimnya.Seri gerbang perkahwinan nya satu masa dulu hilang.Tapi sejak beberapa hari selepas itu,Nina kembali berseri.Seolah-olah mendapat nafas baru.Tiupan nyawa yang kedua.Perkenalannya dengan wanita bertudung labuh itu merupakan titik tolak berubahnya kehidupan Nina.Setiap tutur kata yang diucapkannya seolah melodi.Punya nota,punya lirik,penuh dengan puitisnya.Renungannya yang redup diserlahkan lagi dengan matanya yang buntang.Wanita bertudung labuh itu bukan sebarang wanita.

Nina jadi terpesona.Kejang setiap kali berbicara bersama Kak Azura.Wanita itu digelarkan kakak kerana usiannya sedikit tua berbanding Nina.Jelas,terang,cukup izhar halqinya pada Nina bagaimana detik perkenalan mereka berdua.Tapi kisah perkenalan mereka tidak akan dirungkaikan sekarang.Terlalu awal rasanya untuk itu.

Dirinya sedar perhatian yang diberi oleh Kak Azura adalah sesuatu yang baru pada Nina.Sesuatu yang berlainan,sesuatu yang ganjil berbanding rutin harian dirinya bersama suaminya Azman.Dengan Kak Azura,Nina merasakan dirinya jadi lain.Mungkin sebab itulah Nina mula merasakan perubahan pada dirinya untuk berubah hala.

Kak Azura,janda anak satu.
Bila dia bertutur,hati pendengar jadi tak tentu.
Nina ....Nina....
Lepaskah dia dari genggamanmu?

(Gambar Heliza sekadar hiasan.Aku suka tengok.Mata dia besar.)

Oktober 01, 2010

Takkan Gua Beli Minuman Kat Secret Recipe Lagi!

Selalu orang komplen pasal terjumpa tikus ke,lipas ke dalam makanan dan minuman.Tapi tu cerita yang terlalu tipikal.Mula-mula,aku perjelaskan dulu...isteri aku suka benar Secret Recipe.Entahlah ,aku tak pernah nampak sebabnya selain daripada kek dia yang memang sedap.Mula-mula aku support la juga keinginan dia...tapi cerita di bawah adalah detik permulaan di mana aku jadi anti Secret Recipe.

Lepas aku kahwin ni lah baru aku kerap jugak berkunjung ke Secret Recipe paling kokak pun 2 kali sebulan,itupun sebab isteri aku yang keluar duit.Aku?Aku cheapskate.Aku suka makan tepi jalan.Aku menyukat value for money makanan aku daripada berapa lama aku akan ambik untuk consume benda tu dan ingredient dia.Aku tak berapa reti nak indulge diri dengan makan makanan yang mahal2 ni.

Satu hari tu,kitorang pun pergi lah ke salah satu Secret Recipe nak order minum take away.Aku pun order aje la sebab isteri aku belanja (ya...aku memang tak tau malu langsung bahkan sangat2 tidak gentleman) dan takde la aku rasa guilty dalam diri aku sbb support company pencekik darah macam tu.Asal duit aku tak sampai kat diorang,aku ok.Isteri aku order lah tah apa ke nama dia,ada whipped cream.Aku sebab takde perasaan malu aku pun order la Oreo Milkshake yang agak mahal sebab aku bajet special habis ....jadi sebab berminat nak tengok macam mana dia buat aku pun duduk aje la kat kitchen dia.

Dia ambik blender,tuang susu segar Magnolia,dua scoop ice cream vanilla Magnolia lepas tu dia blend sekejap.Kemudiannya dia bukak tutup blender campak dua keping "Oreo" (yang aku tak pasti sama ada Oreo atau "Stereo" ` Oreo ciplak yang lagi murah) kemudian dia blend balik.Ambik cup masukkan dalam cawan letak penutup...cas kitorang RM8 untuk Oreo Milkshake tu.

WHAT THE HELL fikir aku dalam hati.Itu RM8 kau?Nak buat karipap pun lagi leceh dari tu makcik tu jual 50 sen ada orang komplen lagi!RM8 tu patutnya ada la apa2 yang special sket tapi takde apa pun yang specialnya.....paling special aku rasa masa dia nak campak Oreo dalam blender,dia pakai penyepit.Aku pun hirup la sket2.Sambil drive kereta aku kira..tadi hirup sekali dah 40 sen dah ni,lepas ni hirup sket,10 sen sekali hirup.Aku dah jadi rasa bersalah nak minum.Lepas hantar isteri aku balik rumah mertua aku,aku terus gi kedai,beli bahan2 nak buat Oreo Milkshake, aku dah ada blender senang la sket kerja aku.

Bahan2 nya adalah :
1. 6 kotak susu Dutch Lady kurang lemak = RM4.50
2. Satu kotak ais krim Walls vanilla = RM4.70
3. Sebungkus Oreo pendek = RM1.50
TOTAL = Rm10.70

Berapa gelas milkshake Oreo yang aku mampu buat?Tah,aku lost count berapa gelas aku buat.

Sejak dari hari tu...aku banned duit aku dari keluar dekat Secret Recipe langsung.Tapi isteri aku tak serik....sehinggalah....

....minggu lepas,singgah lagi.Isteri aku tanya aku nak yang mana...aku jawab "tak nak!Mahal."Dia pun orderlah satu kopi susu ais lain yang dia tak pernah order sebelum ni."Nampak cam sedap ni,"kata isteri aku.Aku keluar kedai hisap rokok sebab kalau aku duduk dan tengok bahan yang dipakai dan cara nak buat air tu,aku akan jadi emo.

Masuk kereta,isteri aku diam kejap sambil hirup air kopi susu ais dia sket2.Biasanya dia hepi aje dapat pegi Secret Recipe,tapi hari tu respon dia lain."Yang,cuba rasa?Rasa macam apa?" kata dia kat aku.Aku pun rasa la."Berapa harga dia tadi?"tanya aku."RM7" Yes!Aku sengih.

Isteri aku dah bayar RM7 untuk secawan kopi susu ais yang rasanya saling tak tumpah dengan....nescafe ais kat tepi jalan....takde beza pun rasa dia cuma rasa dia smooth sket sebab dia pakai susu segar.Pedulik hapa aku pakai biji kopi mahal ke,import ke...rasa dia sama la macam nescafe ais yang biasanya harga dia RM1.60. Try la buat Nescafe tapi taruk susu segar ganti air suam,sama aje rasanya.Nampak la bibit2 penyesalan timbul kat muka isteri aku....HAHAHAHAHHA!

Jadi....jangan biasakan diri anda menerima cas-cas mengarut yang dikenakan kat kedai2 makanan mewah ni.Kalau dah mengarut,takyah pegi.Janganlah jugak hipokrit bila setiap hari mesti nak pekena Starbuck ke San Francisco ke Dome ke..kemudian bila pegi gerai jual kuih tepi jalan...komplen makcik jual kuih tu sebijik 50 sen mahal.Konon high class.....PTUIH!AIR SECRET RECIPE?PTUIH!Mahal!Orang Arab boleh la minum!Kata syarikat Malaysia?Tak 1Malaysia langsung harga!


 Nota - Aku membesar di sekolah asrama dan sudah biasa makan ayam goreng busuk jadi kualiti makanan bukanlah satu benda yang penting pada aku.Kalau ada orang tanya aku berapa dia patut jual air Oreo Milkshake tu?Paling mahal pun RM4.50 maksimum...