Jun 29, 2010

Menjawab Mengenai Posting Aku di TranungKite Mengenai Cikgu-Cikgu Negeri Sembilan

Aku bukak-bukak Analytics,hari ni visitor cecah dah lebih 10 ribu.Gila apa.Lalu aku pun mencari sebab apa yang membuatkan tiba-tiba visitor blog ni naik mencanak-canak.Biasanya dalam 2500 ke 3000,tak pernah lebih.Ada sekali aje la dekat 5 ribu masa aku letak gambar Nik Aziz dengan Zaid Ibrahim minum arak yang sangat "real" dan "sangat dipercayai oleh ramai orang."

Carik punya carik,jumpalah sebabnya.Front page TranungKite ada letak link ke posting aku pasal Mawi tu.Ces.Aku jadi hangin pulak.Orang Melayu suka sangat stereotaipkan kelompok-kelompok manusia.Habis bini aku terkena sekali walaupun bini aku tak suka Mawi pun.Tengok la tajuk dia;



Apa ni?Jangan la samakan SEMUA cikgu Negeri Sembilan tak senonoh.

Fakta tentang majlis itu :

1. Memang ada Cikgu-Cikgu wanita yang menggedik lebih-lebih.

2. Mawi terpaksa stop show sekejap semata-mata seorang Cikgu NAK SANGAT bergambar dengan dia.Pipi dengan pipi hampir berlaga.

3. Mawi terpaksa sound seorang dua cikgu yang nak peluk bahu dia.Ada yang berdiri rapat sangat sampai Mawi sendiri naik segan.

4. Itu semua bukan salah Menteri Besar.Itu semua salah KERAJAAN MALAYSIA yang menggalakkan artis jadi "ikon masyarakat." Kalau seorang penyanyi budak-budak remaja daripada AF boleh jadi Ikon Negeri Perak dan Mawi adalah idola masyarakat,salah dia dekat pemerintah negara.

5. Tak semua Cikgu tu taksub.Lebih ramai yang duduk belakang dan buat tak peduli.

6. Jangan stereotaipkan semua orang itu buruk.Yang buruk tu semua masuk dalam gambar aku.Yang tak buruk ada aje beribu-ribu kat belakang.

7. Aku pun tak sangka fanatiknya peminat Mawi ni sampai cikgu-cikgu yang berbaju kurung dan bertudung ni boleh lupa diri,keluarga,suami dan Tuhan.

8. Apa yang lebih buruk berbanding perangai-perangai cikgu-cikgu gatal tu?Perangai Menteri Besar tu sendiri yang "mendewakan" diri dia.Aku akan tulis pasal ni esok pagi.

Okeh.Ciow.
Assalamualaikum.

PS - Mana-mana yang ada msg aku kat komen tu esok pagi aku jawab.Terima kasih.

22 ulasan:

Luke66 berkata...


GREETINGS TO EVERYBODY ;-)


MORE NICE DUDES AT: face-pic.com


Alexia Aqram berkata...

mantot.

salah KERAJAAN MALAYSIA atau salah MENTALITI RAKYAT MALAYSIA yang lebih tepat?

aku rasa salah MENTALITI lah. salahkan kerajaan macam kurang tapat lah.

mentaliti suka jakun dengan artis. bagilah KERAJAAN apa sekalipun, kerajaan zionis ke, sekular ke, liberal ke. kalau dah nama JAKUN, tetap jakun jugak. payah mantot, payahhhh.

keropok segera berkata...

aku pun rasa lebih pada mentaliti.kalau mentaliti masyarakat ni bagus, bagus la semuanya..kan?Disebabkan tak bagus barulah perkara yang haram tu dihalalkan.Nampak mawi terus lupa laki kat umah,apa da.

Myth berkata...

Mantap gila 10000

Aku akan salahkan both. Masyarkat jumud memang tak sedar dengan apa yang harus dan tidak. Hanya tahu mengikut haluan yang orang lain suka, bukan berfikir demi diri sendiri. Kerajaan pulak tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk membimbing rakyat menjadi perkara yang berkualiti, tetapi memberi haluan kepada rakyat ke arah yang memberikan libur kepada diri sendiri, dan yang memberi keuntungan kepada kerajaan.

Tiada langkah yang benar-benar diambil untuk mengubah, segalanya hanya sekadar cukup syarat.

Sekian

Khairi Mohd berkata...

Teranukite pun celup cursing malay. memang mantap!

Aslina berkata...

apa best artis di melesia?

hari-hari dia pun makan nasik jugak.

norshakeela berkata...

tiba-tiba rasa macam taknak jadik cikgu.even minat kalau robert pattinson nyanyi pun tak perlu kot nak laga-laga pipi.apatah lagi mawi.yaksss.

Laici berkata...

aku salahkan dua2 jugak..camner mentaliti rakyat nak ubah kalau hiburan nih tak dikawal..banyak penganjur2 cari duit,makan dengan anjurkan banyak program2 "realiti" dan hiburan sampai masyarakat MELAYU jadi obses dengan hiburan dan artis..yang buat program nih,mesti ada org atas ada kepentingan,sebab tuh tak pernah putus2 program2 hiburan nih berjalan..

Shahrul Yusof berkata...

Masyarakat kita senang sangat men'generalisasi'kan sesuatu pihak. Macam takda warna kelabu pulak kat mata diorang. Semua hanya antara hitam dan putih sahaja. Nothing in between to them anyway.

Rosebud berkata...

aku rase cikgu2 tu kene tengok halaqah sentuhan qalbu tv9 tadi.. biar terkesan sikit kat hati.

Eray Majid berkata...

aku salahkah kerajaraan
sbb tak letak limit tuk bab hiburan nie
aku naik malu..bile time pertandingan nyanyi2 je mesti bdak2 melayu yg join....
dah tuh ikon pun nk pki artis..??
huh x patut

gary berkata...

waalaikumussalam!

Tanpa Nama berkata...

salam....

apa kata tahun depan jangan wat majlis macam ni..wat la mjlis agama ke.yang islam buat cara islam(buat bacaan yassin ke)dapat gak restu dari Allah.mana tau reekeki bertambah ke.

Tanpa Nama berkata...

Salam. Saya pun salah seorang guru yang hadir malam tu.....
Objektif Majlis tersebut adalah untuk meraikan guru-guru di N9.
Apa yang telah dipaparkan hanyalah keburukan semata2..... dan hanya sebahagian kecil sahaja cikgu2 yang " " manakala sebahagian besar yang lain datang dengan seikhlas hati..... Apabila keburukan yang dihebahkan maka buruklah dimata orang ramai.....
Tolonglah jaga maruah dan guru2 yang lain yang tak ada kena mengena dengan apa yang telah dipaparkan......
Luahan hati : Pendidik sejati TTJ

Tanpa Nama berkata...

tahnye..sy pun salah seorang guru yang hadir malam 2..yg hadir ada dlm 15 ribu org..dan yg keluar ke depan bergambar dgn mawi..x smpi 50 org pun..apsal nak kate guru n.sembilan semua x senonoh..jgn terus nak hentam jek..pandai-pandai jek tranungkite wat label cam2..igt anda mengate seorang guru..x berkat ilmu yg didapati..agpun anda tidak berada di lokasi..harap..pihak berkenaan dapat memohon maap kepada guru2 di n.sembilan..

xtrastrange berkata...

tok 2 cekgu kt ats...ak rse kowg ptt bce blk post mantot ni...die x label pn cekgu2 sume cmtu...die siap def lg ngn 8 fakta psl majles tu...

Tanpa Nama berkata...

inilah mlayu....

Tanpa Nama berkata...

hei...janganlah salahkan cikgu perempuan melayu diseluruh negeri sembilan. cakap tu baik-baiklah sikit. cikgu perempuan melayu negeri sembilan pun ada harga diri..jangan main hentam tak tentu arah...pi hentam kat orang yang mukanya ada dalam gambar je ye....

Tanpa Nama berkata...

hei...janganlah salahkan cikgu perempuan melayu diseluruh negeri sembilan. cakap tu baik-baiklah sikit. cikgu perempuan melayu negeri sembilan pun ada harga diri..jangan main hentam tak tentu arah...pi hentam kat orang yang mukanya ada dalam gambar je ye....

Kontot berkata...

Mantot ni memang lelaki jenis dengki. Dia takut bini dia mimpi basah tentang Mawi itulah sebab dia kutuk2 Mawi kerana menarik minat cikgu perempuan.

Yang menakutkan kalau cikgu lelaki nak berlaga pipi dengan Mawi.


Korang jumud korang punya hal lah.
Ni dunia artis kubur sendiri, kubur jaga. Setakat keluar kat tranongkite kutuk orang itu je kebolehan mantot. Parang kontot..hehe tak caya tanya bini dia..

Cik Luna berkata...

salah diri sendiri cikgu2 wanita yg gedik dan gatal nak bergambar dgn mawi...kehendak diri sendiri..nafsu sendiri...bukan salan kerajaan!!
kalau kerajaan tegah pun drpd mendewa2dewakan artis ni..kalau cikgu2 tu nak juga peluk2 si mawi ni...tak jadi jugak...

dah besaq pandai..sampai dah jadi pendidik...kalau tak pandai lagi memikirkan yg mana baik atau buruk utk diri sendiri ..tataulaa...

Tanpa Nama berkata...

[url=http://socialpowa.com]SocialPowa[/url] is a very unique & powerfull social exchange system, that will help you increase your social presence easy & fast for FREE!

Get Facebook Fans, Twitter Followers, Youtube Views, Google +1s, Stumbleupon Followers, Digg Followers, Website Hits, Twitter ReTweets, and MORE!

Get on board and go kicking!
[url=http://socialpowa.com][img]http://www.seopowa.com/wp-content/uploads/2012/07/banner1.gif[/img][/url]
50 Coins Signup Bonus + 50 Coins Daily Login Bonus + Monthly Referral Contest! • Earn 100 Coins + $0.15 for new Members + 10% of all your Referrals Earnings!
The More Active You Are, The More You Will Earn! - Boost Your Sites To The Top!
[url=http://socialpowa.com]Join Now For Free[/url]