Jun 04, 2010

Filem Mereka,Wajah Mereka,Filem Kita,Wajah Tah Sapa-Sapa

Gambar hiasan - Rutin biasa orang Melayu..
bergaduh sambil pakai towel sahaja.Baru boifren tak marah sangat.

Orang Melayu jarang dapat melihat filem-filem yang memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain?Asyik-asyik mat rempit,mat drift,mat drag,bohsia,bohjan,cerita hantu dan apa-apa filem bodoh dan kosong seorang professor.Apakah tujuan filem-filem itu?Untuk memujuk masyarakat menerima mat rempit dan bohsia sebagai satu budaya norma Malaysia?
Aku banyak tengok cerita-cerita dari Hong Kong.Antaranya:

1. A Man Called Hero (Orang Cina lawan Jepun)
2. Ip Man (Orang Cina lawan semua orang)
3. Young and Dangerous 1-5(brotherhood orang Cina)
4. Bodyguards and Assasin (Orang Cina biasa bersatu membentuk revolusi China)
5. Apa-apa saja cerita Jet Li (Seorang lelaki Cina menyatukan orang ramai untuk menentang korupsi,kezaliman)
6. Shaolin Soccer & Kung Fu Hustle (Kisah nobody jadi somebody)

dan banyak lagi la.

Sori la kalau list tu agak limited,aku hanya akan tengok cerita Hong Kong kalau ada Jet Li,Stephen Chow,Ekin Cheng dan idola aku,Donnie Yen.

Cerita-cerita Melayu popular biasanya hanyalah melibatkan pergaduhan antara orang Melayu jahat dan satu grup orang Melayu lain yang lagi jahat dari grup hero,ataupun kisah-kisah cinta yang mual dan meloyakan dengan gadis dan jejaka Melayu ini berpegangan tangan,berpelukan...sebelum kahwin.Walaupun aku suka gila filem "Sepi" tapi aku cukup menyampah dengan scene Afdlin Shauki dan Vanida Imran baling-baling tepung sambil peluk-peluk,gurau-gurau...

Kita semua sudah sedia maklum bahawa Lembaga Penapisan Negara Malaysia adalah antara lembaga yang paling pelik sekali cara mereka bekerja.Mana-mana filem barat selalunya tidak pun bermasalah untuk dilepaskan dan selalunya yang menjadi mangsa adalah...filem-filem Melayu.Ramai pengeluar filem yang mahu mengeluarkan filem tetapi negara kita terlalu banyak sekatan sehingga pembikin filem hanya akan buat filem-filem ringan dan kosong yang boleh kita tonton sekarang ni.

Wujud usaha-usaha untuk menerbitkan filem-filem seperti ini,antaranya Legenda Tasik Chini,projek filem Pasir Salak dan juga biografi Tunku Abdul Rahman.Begitu juga dengan keluarnya filem seperti Embun,Leftenan Adnan,Bukit Kepong dan yang terbaru,Hikayat Merong Maha Wangsa.Tapi adakah projek-projek itu akan sama nasibnya seperti Puteri Gunung Ledang yang tidak dapat diterima penontonnya?

Apa yang industri filem kita perlukan sekarang adalah seorang ikon,seorang idola.Jika aku dan kawan-kawan aku membesar dan mengagumi Chan Ho Nam,ketua samseng Causeway Bay dalam Young and Dangerous dan ramai pula anak muda sekarang takjub dengan kisah Ip Man,tok guru Bruce Lee...kadang-kadang membuatkan aku mahu filem Melayu punya ikon seperti itu,yang mampu membuatkan anak-anak kecil,anak muda dan golongan dewasa bangun dan berhasrat untuk jadi seperti mereka.

Dan itulah masalahnya,filem kita penuh dengan mat motor tengah wikang atau kekasih berpelukan.Itulah yang kita akan dapat kerana...filem mampu mempengaruhi masyakarat.Apa kata kita mulakan dengan sebuah filem aksi mengenai Ibrahim Ali,pejuang Melayu "tulen." Bayangkan kesannya?"Mak,mak,bila adik dah besar nanti adik nak jadi macam hero filem tu,Ibrahim Ali..dia handal melompat!"

Simpang Malaikat 44,mintak-mintak dijauhkan jika memang ada yang terfikir nak buat filem Ibrahim Ali.Nak pupuk semangat cintakan negara?Gunakan filem.Tak payah nak buat PLKN.

47 ulasan:

gman berkata...

filem malaysia shallow sgt. xde research, semua pakai taram je. half-cooked! pemalas. promo je lebih...

dan hero/heroin malaysia sgt la kurang, kalau sorang tu glemer, hah seme filem/drama muka dia je la.

Tanpa Nama berkata...

amacam dr rozmey dgn sasaran 12 juta nye tue? fail ke x fail? heheh..

adikeica berkata...

Oh, im ekin cheng's fan too!

fiza berkata...

memang betul filem2 melayu kita makin mengarut dan membosankan..tak abis2 dgn cite hantu,cite cinta,mat rempit, gangsterism -mcm yg mantot ckp- diselitkan sikit2 dgn aksi panas walaupun citenye tak la best sgt pon (sekadar nak tarik penonton ke pawagam).. filem komedi plak lawaknya tak ley blah..lawak bodoh memanjang..

bukan anti filem melayu, tapi realitinya memang begitu. sikit sgt filem2 melayu yg boleh membuka minda rakyat, mengajak masyarakat berfikir dan berubah ke arah yg lebih baik..

Kebanyakan filem kita sekadar untuk hiburan semata2, asyik nak berhibur je 24 jam..tak hbais2..filem2 ni semakin mendungukan kita, bukan makin mencerdikkan kita..

macam mana melayu nak maju? mampukah kita hapuskan minda kelas ketiga dari org2 melayu dan rakyat malaysia?

Pembikin filem malaysia..sila berubah!!

Nerzhul berkata...

filem melayu bajet ciput, nak untung juta juta.

Tanpa Tiub berkata...

filem malaysia limited sebab yang tu takleh,yang nih takleh..tgok filem hindustan contohnya,bnyak tunjuk korupsi polis..(polis ni bersekongkol dgn org jhat,ambil rasuah,bla bla), pastu filem luar ada jer tunjuk salahlaku pemimpin..konspirasi kerajaan la,apa la..(dlm filem inggeris sllu ada elemen nih).filem malaysia takleh langsung sentuh tentang nih, sebab tuh filem2 melayu hanya berkisar tentang gejala sosial,cinta cintun,citer hantu,pastu cerita lawak; yang ada gak adegan rempit,bohsia skit2...cmner filem nak maju, bila rancangan televisyen yang nk bincangkan masalah rakyat pun tak dibenarkan disiarkan (dokumentari empangan bakun kat tv2)

Tanpa Nama berkata...

Cerita Melayu & realiti kehidupan Melayu yg dpt dibanggakan, hanya ciri2 seumpama itu (Cintan-cintun,gejala sosial,masalah rumahtangga,affair sana-sini main kayu 18) yg berjaya memancing kaki wayang sanggup utk membayar harga tiket yg sama dgn filem import. Seseorg pernah buat lawak mengejut: Ko tahu X filem Melayu mmg dah setaraf filem Holywood...aku terkejut, biar betol? Mana mungkin? Iye ke? Mmg benar, sbb harga tiket nye sama aje kan?
Drp,
Chek Mat.

Therapy berkata...

Chan Ho Nam dari Hung Hing...pergh aku suka...Shu Qi yang agak comey pada masa tu..

Filem kita sejak dua menjak ni mengagungkan budaya 2 alam plak.wajib ada watak bapuk or pondan.
Dari aku nonton crita melayu ntah apa2 tu..baik aku layan crita tamil..lagi best.kalau Ajith ngan Rajbikand..perghh..MANTAP

mr edz berkata...

jangan lupa buat filem pasal mat kotak.. pejuang harapan bangsa

paloibinmulau berkata...

mantot,

kalau nak lagi best tengok wayang in the name of the father. ini cite pasal birmingham bombing. suspek ira. pemimpin politik tertekan. polis kena tekan. main tangkap je suspek. paksa ngaku salah. bicara di mahkamah. gantung. hehehe agak2 wayang tadi wajah sapa le tu?

micro_cuts berkata...

filem kita wajah kita gak la. tu yang semua berwikang, berpeluk tu.. -_-"

J. Love berkata...

aku rase PLKN tu tempat budak-budak ni carikk jodoh je kot.

nak malaysia hasilkan filem-filemm hebat? pada pandangan aku, not in a hundred years lah.

macam kau cakap lah. balik-balik rempit, cintan cintun tipikal yang sumpah takyah buat filem pun takpe sebab itu kisah biase cuma ada lisa surihani untuk nampakkan cinta tu macam gah, bohsia - benda-benda sinonim dgn meleis. yet, pandai plak meleis marah bile dikaitkan dgn ni semua. tengok filem pun dah boleh nampak kot.

ninaneno berkata...

huhuhh... tapi aku siyes tak sabar nak tengok filem hikayat merong mahawangsa...

aku tengok trailer pun dah...

ouhh...

speechless...

nampak macam sangat best. harap2 action dia superb.

ninaneno berkata...

memang aku suke filem action... tapi filem action malaysia kebanyakkan serius macam bodoh...

especially filem rempit-rempit, drift semua tu... action for nothing. takde motif. berani tak bertempat. apa lagi? pointless...

Kap berkata...

aku suka filem melayu sebab banyak benda boleh komen..

lebih bagus dari bergosip hal sosial artis..

Tanpa Nama berkata...

setengah tu,komen lebat.bila tengok gambar, tak cukup kain..wtf la wey

akulani berkata...

ak setuju dengan pendapat hang mantot..ntah pape je..asyik cita muka yg sama jalan cita yg sama..penerbit yang sama..cintan cintun..peluk sana sini..paling terkini lagenda budak setan..eeeee tolong la..asyik duk buat cita tu.

memang betol cita melayu yg berunsurkan patriotik susah nak dpt penonton..sbb pemikiran yg terbentuk..lagi pn yg selalu g tgk cita melayu ni..dak2 remaja dan sek lagi tu yg klu cita macma ni x layan tp cita cinta ada hero yg d puja yg selalu kuar mangga mmg dorang layan..otak x terbuka lagi..haish

cita org luar mmg lbh baik dari kita..sebab apa..dorang ikhtiar to be d best dan beat omputih nyer cita..x macam kita..nak beat tp ntah pape..kl drift la..ape la..xde nilai langsung..nak kata setanding hurmm...tgk cita melayu da bole buat aku ni munchkin dpn tv.

tu je la pendapat ak..

kay berkata...

Ahhh!!aku nak sokong jugak industri filem tempatan!!
Peluk cium romen-romen tanda kita penuh kasih sayang,ada nafsu serakah yang jitu..
Gaduh-gaduh,bertumbuk,berlawan?alaa..biasalaa,kita kan gagah,kuat,hebat..
Ada bapok & pondan,bagusla,artis tu boleh pelbagaikan watak..
Ada hantu,maknanya imaginasi kita tinggi..
Rempit,drift?hebatla tu..tak ke bangga kita tengok aksi semulajadi hasil kecemerlangan ilmu diorang..
Yang dedah-dedah tak cukup kain tuuu..diorang ada level of self confident yang tinggi,yakin,ada wawasan..
Segalanya positif apaa..inila sumber rujukan ramaja sekarang utk menghadapi pancaroba kehidupan zaman sekarang..
Yeahh!!Sokong Industri Filem Tempatan!!!

Tanpa Nama berkata...

bwahahahaha...nk filem Ibrahim Ali!!!!taik kucing!

LANN berkata...

cerita melayu tak leh lari dgn benda2 mcm tu bang. sbb dah takde idea. bosan betul depa nih..

Aqram berkata...

mantot. lu geng chang ho nam?

lu jangan lupa dengan 'chicken'. lepas blah dengan chang ho nam, dia konker satu taiwan pastu kahwin dengan anak yakuza jepun. takdak chicken, chang ho nam tak bley dapat causeway bay lahh. tanpa chicken, ho nam dah lama kena sapu dengan datuk malaysia. muka datuk tu sebijik mcm mahathir. hahah!!

chicken is the true hero weyyhhh

Fiq berkata...

orang melayu nak bodohkan kaum sendiri. produser orang cina untung juta2.

sape tgk citer melayu kat panggong memang sah rela dibodokan.

kenapa rela diri dibodokan semata nak tunjuk support. sokonglah industri konon! tapi industri tak bagi input/education yang baik utk penonton.

wajarkah karya mereka ni disokong??
sogok minda melayu dengan angan2 mat jenin, cinta, hantu momok.

tepok dada tanya selera. nak berhibur pon biarlah yang beri input yang berguna. bukan sekadar melangok, habuk pon tarak!

Tanpa Nama berkata...

aritu aku tgk TV, ada konsert 1 sorak ape jadah nth..pastu nmpk la bdk2 pakai baju biru PLKN tu tgh melompat2 lambai2 kt kamera..ape kejadah nth sume ni..malaysia sebuk promosikan hiburan pd anak muda dgn harapan utk cintakan negara. Motif? aku pun xtau mcm mana nk cintakan negara kalo hanyut dgn hiburan. yg dpt anak2 muda yg melompat2, terkinja2, sambil melalak mcm beruk tgk konsert yg xda la cool mana setakat tgk stacy terkinja atas pentas! Heran...

Tanpa Nama berkata...

nk wt cte hbt2 pn ssh gak la..dorg bkn de bajet sgt pn..lgpn yg talented tuk blakon filem2 niy bkn rmai cm cte luar 2..sbb 2 la cte2 bodo je yg kuar..adey2

kyo_9 berkata...

2. Ip Man (Orang Cina lawan semua orang)
6. Shaolin Soccer & Kung Fu Hustle (Kisah nobody jadi somebody)

huhu.. Cina lawan semua orang yg x leh blah tuh..
tp kan, ak rase filem melayu bagus sebab kene dgn no 6.. diorang jadi somebody luar filem, bukan dalam filem.. thanks to gambar2 clubbing ohtidak! (笑)

Ara's Darlings berkata...

aku stuju ngn encik 'tukar tiub'...byk prob start dr atas...

papepun, aku nk promote filem ni - "MANTERA" - hasil kerjasama syarikat Malaysia, Rusia dan Dubai..check out FB dorg - taip je 'mantera the movi'e....mantop gak beb! coming soon ujung 2010 ni..

p/s: tomok lead actor..lg ade lisa surihani, faezah elai dll..hehe~

Obefiend Weiland berkata...

Puteri Gunung Ledang tak diterima penonton?

eh what?

bila pula. i think this is factually baseless dude. PGL antara highest grossing film melayu. Siap cina india pun layan tengok. Macam sepet, telentime dan gubra. All manage to get decent gate receipt without resorting to rempit,seks and tahyol.

you also missed out on the excellent PAPADOM and SETEM. both film i think broke new ground in storytelling

filem setem ialah filem "CAPER" pertama di malaysia dengan multiple perspective. Before that the same director of Setem directed CINTA. a love story filmed from multuple perspective. Cinta also did well.

so i think this entry focused too much on the trash cinema and not the good ones produced by our fine film industry

kinda like flogging the old horse of "filem melayu takde kualiti asik buat filem style haslam and mohaideen".

perihal cerita cina

perlukan ikon? macam ikon tipu si IPMAN? ikon takde maruah macam Ho Nam? seriously?

Filem Hong Kong suka besar besarkan legenda. Macam Wong Fei Hung. Dia memang wujud tapi takde la magik gila babi skill dia macam dalam filem. Akhirnya jadi filem fantasi

i rather we dont have these kinds of movie before i see a film about Dato' Meor with him flyinng like bloody superman.

I seriously tak boleh layan filem Ip Man. Penuh dengan propaganda kuning. Semunya dibayar oleh kerjaan komunis cina untuk paparkan imej cina itu terbagus. Boleh lawan mat salleh. Every few years derang buat satu. Hanya propaganda macam Leini Riefensthal dan filem pro Nazinya. Masa 80's ada The Fist of legend. filem rasis anti jepun kerana pada waktu itu Jepun terbaik di asia. Untuk halang orang cina dari ADMIRE orang jepun dibuatnya filem itu supaya muncul balik kemarahan kepada jepun.

pure bloody propaganda bro. U should see this from a mile. Nothing great about them at all. Unless you like racist films masked as an action film!

Pasal penapisan

itu juga alasan. Orang Iran dan Thailand boleh aje buat filem yang tajam dalam SOCIAL COMMENTARYNYA. Derang makan dalam. Makna tersirat.

Macam filem THE COW dari Iran. Nampak macam filem mamat yang sayang pada lembunya sampai nak ditanam sekali bila lembu mati.

Padahal ianya karya sinis menghina Shah Iran dan pengikutnya yang fanatik. Elok aje bypass.

at the end of the day..

and u know this is true Mantot..

Orang Malaysia yang tak ready lagi untuk filem yang memerlukan kita engaga the BRAIN while watching. Orang melayu suka santai. Ya lah.. dari dulu dietnya HINDUSTAN. direct.. takde sakit otak.

KEKEKEKEKE

tol tak mantot. Ke engkau suggest kita buat filem pontianak. Macam filem Twilight yang engkau suka tuh

KEKEKE

chill mantot. Saja ambik left field argument. Kalau semua orang agree dengan engkau tak hangat la komentar. tak begitu?

mR.sYaH berkata...

citer melayu cuma bawak tema ringan2.. dan jln citer yg lmbt.. tp aku still tgk sbb nk sokong filem tempatan ni..

Tanpa Nama berkata...

mak aii bukan min ampa tembak filem melayu no...ampa org apa hah!...jgn ckp je pandai..tp tong kosong...kalau dah bijak sgt p la buat filem....

fiza berkata...

alangkah bagus kalau semua pembikin filem malaysia share duit kumpul ramai2 sampai berbilion rm utk wat satu filem yg maha hebat setanding dgn filem luar..dgn idea dan jalan cite yg mantop, teknologi terkini dan props yg perrrgh..

mana tau org mesia teruja nak tgk...=)

Tanpa Nama berkata...

x payah dok sibuk pasal filem .. nak memertabatkan filem melayu wat apa kalo maruah anak gadis kite di perkosa .. bangsa len x langsung sibuk pasal filem la ..tapi kite org melayu ..huhu ... filem... filem ... filem ... mcm kalo xde filem da xleh nafas .. mati ...


.. apa nak sibuk compare ngan bollywood .. hollywood .. n hongkywood plak ... bidang ni semua menjahanamkan bangsa n agama je ..

AnAk BuGis berkata...

mlm n aku d misi.. nk download citer chan ho nam.. rindu giler nk tgok depa gaduh!! superb!!

buruhKasar berkata...

ape² pun,korang layan la Dunia Baru Reunion kat http://www.gua.com.my
7/6/2010 ni.
Blogger idola korang(ya, Mantot),telah sudi menyumbangkan tenaga(drum)untuk salah satu soundtrack Dunia Baru Reunion.
Lagu yang mana satu? teka la.. hahaha

makcikorange. berkata...

pada aku, filem melayu ni hanya sesuai untuk hiburan sahaja.

bukan semua filem melayu ni teruk, macam Papadom dan Hooperz, berbeza dari typical filem melayu laen, best, serius tak rugi kalau pergi tengok.

okeh, pape pun memang aku agak terkedu weh bila tengok IP MAN, dialog sumpah mantap, banyak unsur pengajaran ape semua.

perasan tak? masa tayangan IP MAN dan IRON MAN dekat dekat? IP MAN more to spiritual, macam mana dia lawan kesombongan mat saleh, pertahankan maruah bangsa dia dari dihina mat saleh. SEBALIKNYA IRON MAN lak menunjukkan kehebatan teknologi dorang, betapa bagusnya dan angkuhnya dorang ni sebagai konon kononnya penyelamat dunia.

kan?

Therapy berkata...

nak crita best..layan city of gold dan city of men (brazil)..ROTA (russia) KATYN (poland).beautiful life (italy)..rockarolla (brit)..berlambak crita best n lagi bagus dari keluaran hollywood..jgn lupa layan MAD MAX..klasik tu..

mamdoh berkata...

.: xsempat nak bca komen2 yg diatas. tgh berebut. tp bca blog post bro Mantot sampai habis, itoo mesti~~ ;-)

ini mamdoh punya 3.5 sen. :-P

1. Bukan xsuka filem Melayu. Best filem Mlayu. Filem2 bru xkisah kat wayg atau kat tb suma kaya unsur blue. terbaekkk. masaalahnya ada anak buah yg matanya melekat tgk tb. oh bahayanya filem Melayu kalau bg dia tgk. Jamin dia rosak besau nnt sbb terdedah blue Melayu yg merapu2. benci suda dgn pilem Melayu. (artis2 yg panas dgn blue Melayu pun blakon jugak dlm drama2 Melayu kat tb skrg. lg satu 'terbaekkk'. memndgkan pilem Melayu huduh blue dia, alih tgk cerita omputeh. blue dia xdcensored pinas. lg jelas. bertambah terbaek.

2. Gila ah bro Mantot ske pilih gmba2 terbaek utk tatapan umum. mmg key point yg dpt markah tggi tu. tmbah lg mmg pengarah dlm gmba tu ske pukul pompuan. abeh2. pastu xmngaku. :-P

3. Malaysia adalah tpt best nak dptkan title propessor. dpt pujuk peer utk komen dia bgus, blh naik pgkat prof yg paling tggi tu. kn dlu pernah msuk tb cara 'terbaru' menaikkan pgkat prof. dan Malaysia jugak tpt propessor hmpeh buat pilem tp dpt duit juta2. mungkin prof yg specialize bidang pilem hmpeh kut. otak dia mmg kool, pilem mcm tu pun bduyun2 kapel tgk. sbb tu la dia dsokong peer2 dia dpt prof. cantekk arr~~

4. artis2 wanita Malaysia kbyknnya bersuamikan lelaki yg dayus belaka. blh dia pi biar isteri dia 'bercanda' dgn lelaki lain, atas nama tiket "dia kan blakon, tgh cari rezeki?". Bila tgk xmcm berlakon pun. pakaiannya, lynannya, senyum tawanya, perghhh... bikin iman turun itooo. xpe, suami xkesah. sbb suami pun dpt tiket utk bcanda dgn isteri dan pelakon gadis2 baru~~ oh dayus berleluasa~~ X-O

5. kalau bab hero tu ptutnya xpayah kut. hero2 Melayu berlambak kat Malaysia. dan semuanya hampeh. Nak hero jugak, baek amik Nabi kita sendiri. Bagindalah yg selayak2nya semua umat Islam amik jd Hero, jd idola. pndai2lah buat pilem yg mengidolakan Rasulullah, dan pilem ito wajib jauh dr wanita muslimah complete set jilbab, tp fit pulak bju dan sluar dia. itu dh mem-blue-kn muslimah. fullstop. Kalau ada yg deny statement nih, ada unsur2 syirik kerna kamu deny. baek check balek syahadah mu, dan ucap balek agar kalau mati sejurus lps bca komen nih, kamu masih beriman dgn Allah.

6. PLKN penting bro. blh tmbh stamina dan cuci otak budak2 nih psl kestiaan pd negara. tp PLKN kena jauh dr kestiaan pd parti2 politik. nnt jd haru. lgpun dpt blaja guna senjata pun ok. Malaysia pun ada unsur2 nak "tpt tumpahnya darah" bak lagu negaraku. baek prepare awal. blh attack "terrorist dlm dan luar negara" nanti.

7. Ipman best tak? kalau best nak pergi tgk.

itu saja and out~~
:.

Tanpa Nama berkata...

sbb tu aku pernah komen...filem yg ok,bg pengajaran xpe..filem melayu yang mengangkat gelaja sosial nih, dengan tujuan kononnya nak tunjuk teladan kalau terlibat dgn gejala sosial nih jadi apa..

*aku pernah cakap kan, aku jumpa budak2 umur 5,6 thun kat rumah sewa aku tgh main masak2 dpn rumah..diaorg tny aku,abang nak tgok filem rogol2 tak? sambil tunjuk dvd citer Bohsia Jgn Pilih jalan hitam


hancur budak2 skrg weh..jangan salahkan ibu bapa saja bila anak mengandung,lari ikut boyfriend,tangkap basah,lari ke lombok,jadi mat rempit,kaki racing dan sebagainya.

DraygourN berkata...

check site ni :D


http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/ShownTheirWork

Tanpa Nama berkata...

simpang malaikat 44 tu apa maksud dia? kalau tak tau jgn sebutla...

Ara berkata...

syamsul yusof nk wat pelem terbaru weh, tajuk - KL Gangster...

hahahaha!

Tanpa Nama berkata...

aku dri dulu x minat tgk filem melayu klu tgk pun sekadar nak gelakkan cite dia yg entah apa2
Asal x wat cite pasal team bola kita msa zaman2 arwah Mokhtar Dahari ke boleh gak bagi pengajaran kat team bola skng ni yg sekadar blh mng sukan SEA. Aku sebenarnya suka tgk cite2 yg ada dialog yg bloleh sentuh perasaan mcm IP Man tu, fuh...dialog mantap
Filem melayu.....dialog????
"rilek la bro, i nak belanja u tgk wayang u nak ikut x, i ni cuma pompuan bohsia u, hidup ini mmg palat tapi esok masih ada ....dan mcm2 lagi. Aduiii...bila la nak ada perubahan filem melayu ni
dialog yg ntah apa....

Tanpa Nama berkata...

Tgk Ultraman je la
Kamen Rider ke
Selamatkan bumi dari kejahatan (raksaksa ngan makhluk asing)
hehehehe......

'aisyah berkata...

pastu pihak hiburan kita salahkan peminat sebab tak sokong cite Melayu. padahal dah mmg tak berkualiti. takkan nak sokong benda tak berkualiti. heh

..yuni.. berkata...

maaf lmbt komen...

setuju2...filem melayu memang layu...bukan tanak sokong filem sendiri tapi mesej tak ada....

meloyakan...alik2 gaduh..couple..bohsia..drift..

bila filem melayu akan maju??

jagong berkata...

mantot, ko da tgk lagenda budak setan? satu lagi filem mlayu yg aku kecewa sgt...hadoi...
nyway, aku stuju ko kate.
smgt cintakan ngr? filem! plkn tak ubah papepun.

Amira Naddia berkata...

meh aku pn ase nk terus terang. melayu..or xmelayu. asek nk cr kelemahan org je, dri sndri xkemane watpe..at least dorg da wat filem. untong lak tuh..ramai lg yg tgok... watpe busuk ati jaje keburukn org? xde sape suke... weekkkzz

Tanpa Nama berkata...

ko ni byk komplen kan? pe kate ko sndri wat filem mcm yg ko nak tu. tgk laku ke tak