Jun 15, 2010

Adakah Diorang Memang Takde Kerja Lain Dalam Dewan Rakyat?


KUALA LUMPUR 15 Jun - Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada ”wanita pertama” kerana kedudukan baginda diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.


Perdana Menteri berkata, tanggapan bahawa gelaran ”wanita pertama” merujuk kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak tepat.


Katanya, terminologi ”wanita pertama” tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru menyamakan Raja Permaisuri Agong dengan terminologi tersebut adalah tidak tepat sama sekali.


"Sekiranya ada dan diamalkan, ”wanita pertama” di Malaysia mestilah berada di bawah daripada kedudukan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.


Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.


"Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia, gelaran ”wanita pertama” tidaklah menjadi suatu amalan. Ramai orang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, gelaran itu merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” kata Najib. - Bernama

.................

Ni lah masalahnya bila sistem feudal dah jauh lebih dipandang tinggi mendahului sistem asas sesebuah institusi.Apa sistem asas sesebuah institusi?Keluarga.Siapa wanita pertama sepatutnya? Ibu,mak,mummu,umi,mama,mother.Takde orang lain..Permaisuri ke sultanah ke mintak maaf.Takde pun aku nampak syurga bawah kaki diorang kalau aku patuh dekat perintah diorang.Benda ni pun Tian Chua nak bahaskan kat Parlimen?Banyak lagi benda diorang boleh bahaskan.Yang PM kita ni pun satu..bole layan nak menjawab soalan2 takde faedah camni.Bila tanya pasal judi..dia jawab,"takleh nak dibincangkan."Apa kebenda punya perdana menteri camni?Pasal nak backup bini..nombor satu!Laju aje dia jawab.

Aku dah bosan dengar perihal FIRST LADY,FIRST LADY ni...Ini semua dakyah nak suruh tunduk dekat pemerintah,zaman feudal punya pemikiran boleh la pakai.Nak menyesatkan akhlak dan jiwa. Takde siapa lagi yang layak jadi First Lady korang melainkan perempuan yang rahimnya adalah tempat anda tinggal selama 9 bulan sebelum anda jenguk dunia. Benda basic!Basic agama! Sikit-sikit rujuk perlembagaan..apa benda ni? Tak pernah pun rujuk kitab suci...

Diharapkan lepas ni takde sapa lagi dah dipanggil First Lady melainkan anda membicarakan mengenai ibu anda yang disayangi.

PS : Cuba korang bukak Google dan search "First Lady of Malaysia" tengok gambar sapa yang keluar?

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

asal aku search kelua gamba penguin?

Myth berkata...

memang xde kerja....
malas nak pikir byk2 baik pikir benda xpenting.

eh...diorang xpnh pikir pun..silap

Keluang Man berkata...

first lady = lady gaga?
teheee... =P

rakyat malaysia patut berbangga kerana dlm sejarah malaysia,
x pernah sorang pown first lady negara kite nih pakai tudung..
huhu..
syurga dibawah tapak kaki diorang tengkorak kering diorang..
entah2 ketuat ada kat bawah kaki tuh..
tehee..

anna berkata...

gambar penguin?aku jumpa gambar rosmah.orang yang sama ker?haha.

apsal si rosmah tu digelar first lady pun aku tak paham?dengar rambut dia macam sarang tebuan, kutu pun boleh menyorok di gelar wanita pertama..

pastu makcik2 yang gila sokong umno tuh,agung2 kan sangat wanita pertama ni.hish, aku menyampah giler, tot!

kalau ye pun nak digelar first lady pun, bior ler orangnya elok sikit.akhlak mulia, peribadi mulia, taat perintah Allah.

ini rambut tertayang sana sini.haish.aku tak paham lah pm "negara islam" ni.kata negara islam, suruh bini pakai tudung pun bini tak mahu ikot!

isteri sendiri pun tak reti pimpin, inikan pulak nak pimpin negara!

Amirul Idham berkata...

aku dapat gambar najib dgn muhidin yasin...

brat2104 berkata...

first lady tu nama butik kat ampang park dan jalan tar..

lalala...

SHE berkata...

YG AKU TAU...FIRST LADY APPAREL JE...TMPT AKU BL BJ TIME NK RY..NGEH3...

Tanpa Nama berkata...

aku ingat family aku jer panggil penguin...rupa nyer ada org lain perasan jugak. nama fav anak aku bagi bila nampak muka dia, HAPPY FEET

Pieka berkata...

Memang perbincangan yang membuang masa. entah apa apa...banyak2 isu boleh dibincangkan, isu FIRST LADY juga nak bwak. bongek.

*selama nii aku cuma taw butik First Lady ja tmpt aku beli baju raya. haha

Tanpa Nama berkata...

yg gua tahu First Lady ni butik pakaian.

Tanpa Nama berkata...

dlm wikipedia pun nak bubuh gmbr rosmah gak..wthell la

Alya berkata...

isu first lady tak pernah dibangkitkan sebelum ini denga perdana menteri - perdana menteri terdahulu tapi selepas, najib naik dak ketaksuban rosmah nak conquer semua benda supaya dia nampak setaraf dengan michele obama & carla bruni, baru sekarang perkara2 ni kecoh kot.

persoalan tian chua tu merujuk kepada panggilan terhadap rosmah yang merujuk dirinya sebagai First Lady dianggap melampaui kuasa permaisuri agong kerana kita negara Raja berperlembagaan, jadi ungkapan first lady tu menunjukkan kuasa kurang hormat atau derhaka lah.
tapi nama pun kerajaan Malaysia, double standard, kalau UMNo, BN buat boleh, kalau orang yang tak bersekongkol dengan mereka, diorang panggil derhaka pulak.

Ini bukan perihal penting pun dalam isu pembangunan negara, ianya sekadar panggilan, tetapi jawapan najib razak tu merujuk kepada perlembagaan wahai mantot, tak da kena mengena dengan kitab suci, kitab suci ada banyak, yang mana satu, Malaysia ni negara sekular dengan Agama Islam sebagai agama rasmi. tengok undang- undang pun dah boleh tahu kan?

jadi tak hairan lah dalam isu panggilan dan gelaran pun nak ikut negara sekular.

Kap berkata...

"kesihatan penguin perlu diberi subsidi," kata pasangan penguin itu.

Tanpa Nama berkata...

kt wikipedia kaa xdak pon glrn first lady kt m'sia ni sbb m'sia bkn ngara republik

Tanpa Nama berkata...

first lady of malaysia si pengebom. hahaha