Soalan ini ditujukan kepada kaum hawa yang berani.
Jika lelaki nak jawab boleh jugak
"Jika seorang lelaki mempunyai niat untuk berpoligami,
itu menunjukkan dia berlaku curang kepada anda kerana;
jika tiada perempuan lain dalam hidup mereka,
mereka tidak akan pasang niat untuk berpoligami,
sebab perasaan sayang tidak akan wujud tanpa perhubungan terlebih dahulu...
kecuali untuk yang gatal nak ringan-ringan." (Mantot,2010)
Berdasarkan pernyataan di atas,sila jawab soalan-soalan di bawah;
SOALAN 1
Apakah tindakan terbaik untuk seorang lelaki menceritakan kepada anda mengenai kecurangan/niat berpoligami dia?Adakah anda mengharapkan:
a. Lelaki berterus terang,panggil anda,duduk dan buat air.Kemudian mulakan perbualan dengan,"Yah,abang ada benda nak cakap ni..pasal slot isteri abang yang kosong tu,abang dah jumpa calon untuk satu slot."
b. Lelaki anda teruskan berlaku curang dan pandai2 cover jangan sampai anda tahu.Ini untuk memastikan tiada hati yang dihancur remukkan,kebahagiaan keluarga/hubungan juga mampu dipelihara.
c. Suami/boifren bawak ke rumah anda,kenalkan dengan anda,"Yah,ni bakal member baik awak,katanya,dia seorang bekas gimnas Malaysia.Awak pulak lebih berkebolehan di dapur."
d. Lelaki itu menulis surat menyatakan hasrat hati dia ingin bermadu kasih dengan perempuan lain."Ke hadapan adindaku yang dicintai,sebelum abang terlanjur,apa kata adinda benarkan abang berkahwin/bercinta lagi seorang?"
SOALAN 2
Jika lelaki itu tidak dapat menerima yang anda tidak rela dimadu/diduakan,apakah tindakan yang perlu dilakukannya untuk memulihkan keadaan?Adakah lebih baik pada anda jika;
a. Lelaki itu mengaturkan satu perlawanan wrestling di antara anda dan kekasih baru nya.Yang kalah perlu berundur dan yang menang dapat lelaki itu sepenuhnya.
b. Lelaki itu meluahkan perasaan di dalam forum internet untuk mendapatkan khidmat nasihat calon mana perlu dipilih.
c. Lelaki itu melakukan sembahyang Istikharah moga-moga dapat petunjuk siapa yang perlu disingkirkan
d. Lelaki itu mengundurkan diri dan boleh pergi mati dengan kekasih baru dia.
e. Lelaki itu memilih anda kerana anda rasa anda lebih cun dan badan macam kerengga.
SOALAN 3
Jika anda perempuan,apakah cara yang lebih baik untuk anda tahu mengenai kecurangan pasangan anda?
a. Lelaki itu beritahu secara ikhlas
b. Lelaki itu kena kantoi dengan anda
SOALAN SERIUS
Jika pasangan anda sudahpun curang dan telah memungkiri kesetiaan anda pada dirinya,adakah anda mampu menerimanya semula? Adakah anda mampu menerima seseorang yang pernah menipu anda walaupun dia suami anda ataupun bofren paling hensem yang pernah anda dapat?