Januari 16, 2009

Sebuah Cerita Faksyen - Abang dan Adik


"Aduh abang.Sakitnya!"kata Faris."Meh abang tengokkan luka ko.Kang mak bising lak,"kata Isham.

"Ko nak kayuh,kayuh slow2 dulu.jangan terus nak speeding.Tengok macam abang,slow and steady,"jelas Isyam sambil meniup2 luka di kaki adiknya.

"Takpe abang,saya janji saya akan cuba sampai berjaya!Satu hari nanti saya akan menang dengan abang!Saya janji saya akan potong abang!"jerit Faris teruja.

Beberapa puluh tahun berlalu,kini Isyam dan Faris sudah besar.Isyam telah menjadi seorang yang amat berpengaruh di kampungnya.Faris pula baru mula berjinak2 dengan dunia politik kampung.

"Haa,ko tengok Faris!Aku dah berjaya dah,sekurang-kurangnya dapat gak la aku memenuhi cita-cita aku nak berbakti kepada masyarakat,"kata Isyam.

"Tahniah bang sebab menang dan jadi pilihan orang ramai,"hepi Faris walaupun ada sedikit iri hati melihatkan kejayaan abangnya."Takpe,ko sabarlah dulu.Nanti bila aku dah tak larat ko la ganti aku."

Faris jadi trauma mendengar kata2 abangnya.Bila masa dia?Bila waktu dia akan berada dipuncak?Bila dia akan boleh berbangga dengan kerjaya dirinya?Melihatkan senyum abangnya yang meleret2 membuatkan dirinya rasa kecil.

Tidak boleh begini."Aku tak dapat bersabar,"bisik Faris.

Kerana dia bukan orang yang paling atas,Faris lebih dekat dengan golongan bawahan.Jadi,sedaya upaya pengaruhnya cuba disebarkan.Orang bawah dihasut,orang pertengahan dibeli.Perihal buruk abangnya dihebahkan.Mudah politik ini,dia naik,aku jatuhkan.Aku jatuh,aku beli balik jalan naik aku.

Semenjak dari itu,kuranglah penyokong2 Isyam kerana khabar2 angin dan cerita2 yang kurang enak didengari.Isyam sedikit kelu,kenapa ni?Apa yang jadi?Kenapa makin ramai yang menentang aku?

Beberapa tahun selepas itu...

Hari mesyuarat agung tiba.Ramai pulak yang datang dan kelihatan ramai yang lebih mesra dengan Faris.Isyam agak gelisah.Dia ada visi dan kerja yang perlu diselesaikan untuk penduduk kampungnya.Tugasnya belum selesai.

"AJK semua dah sampai?"tanya pengerusi Majlis."Dah!" jawab mereka semua.

"Ok,undian semua kita dah terima dan kira.Jadi dengan ini saya mengumumkan ketua kampung untuk kampung kita telah pun selamat dipilih,"terang Pengerusi Majlis.

"Kita ada 2 calon adik beradik.Iaitu saudara Isyam merangkap ketua kampung dan adiknya iaitu saudara Faris."

"Ketua kampung kita untuk penggal akan datang adalah...drum roll please!" jerit pengerusi majlis.

Drum roll berbunyi.....

"Saudara Faris!Tahniah!Kepada saudara Isyam,cuba lagi penggal depan.Yahoo!"

"Cayalah Faris!Go Faris!"jerit orang ramai seolah2 memang berat sebelah undian.

Nampak benar pengerusi majlis tu pun suka Faris.Ada pulak bisik2 yang didengari Isyam "Tu la,songlap lagi,makan duit haram lagi.."

Isyam kaku.Matanya kabur.Faris datang ke sebelahnya."Abang.."

"Ingat tak masa kita belajar bawak basikal dulu?Saya dah berjaya potong abang ni.Potong baik punye siap cilok2 lagi.Heehehehehe.."gelak Faris.

Isyam diam termenung.
Baru dia sedar dalam politik,keluarga pun boleh ditolak ke tepi.

"Menyesal aku tak potong brek dia dulu!"fikir Isyam,meradang.

Pengajaran - Bila kuasa membuatkan kita cantas keluarga kita sendiri,jangan dipilih orang itu jadi pemimpin sebab kalau dia mampu cantas family,rakyat ni apa sangat la pada dia.

6 ulasan:

Zalieya berkata...

yup..dlm polotik ni x kira sedara ke tidak.semua kena balun asalakan kepentingan sendiri dah tercapai.aku pernah merasainya 1 ketika dulu bersama family.aku rasa sgt perit n sakit.betul,kalo family sendiri dah mencantas family sendiri anda ingat keperluan n kepentingan anda org atasan akan ingt?! akan tolong?! maaf ckit!!!kalo x masuk untung dalam poket dorang..sory la..pandang pon idak!aku benci!!!! hahahaha

Tanpa Nama berkata...

I agree. May your message gets through to a lot of numbskulls in Malaysia. I wish a lot more people will be like you Mantot.

Mantot berkata...

aku harap..orang sedar siapa yang aku ceritakan dalam cerita ni.tolong sebarkan dan biarkan rakyat terengganu buat pilihan bijak..

h a r i z, H berkata...

erm. menarik. sgt bagus.

DaRk AnGeL berkata...

yooo... sokong tuh...

sim_2096 berkata...

cerite yg menarik...