Januari 20, 2009

Brader Bagak Mintak Duit Aku

Assalmualaikum

Kisah pergi pasar malam kena bayar parking ni dah lama berlaku di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Selepas baca "Apa Ni Banner Kata Lain,Mintak Bayar Lain?" aku nak cerita apa yang berlaku kira-kira enam bulan lalu.

Maklumat lanjut :
Pasar malam : hari Rabu dan Sabtu
Tempat parking : Kawasan pasar tani Mega (yang baru)

Aku rasa semua orang yang parking kereta kat situ pada malam hari Rabu dan Sabtu, pasti mengalami peristiwa yang aku alami. Satu hari tu aku terperanjat dihampiri seorang lelaki yang bertubuh sasa (lebih besar daripada aku) meminta wang RM1 selepas parking kereta kat situ.

Aku heran. Aku tanya "Saper suruh kutip." Dia kata UMNO Pantai Dalam.

Aku minta resit. Dia kata kalau nak bagi resit, parking kena bayar lebih sebab kos print resit. Aku bayar je. Sampai sekarang ada lagi kat situ. Dia lepak bawah pokok yang kaw agak gelap. Bila kereta masuk dia pun datang dengan lampu picit. Kena bayar RM1.

Aku bukan berkira sgt. tapi pikir le kalau seminggu 2 kali pegi situ, sebulan dah RM8. Free bagi dia. Lebih baik beli makanan kat anak-anak lagi berkat. Brader ni kalau tak de kerja, jangan ler buat keje tu. Nak bagi anak bini makan camna?

Okay, harap pihak berkuasa tolong le selesaikan. Setiap kali pasar malam, rasa aku tak kurang 100 kereta keluar masuk ke situ.

2 ulasan:

Puthree berkata...

Aku pnah kena kat Pantai Dalam ni. Sepatutnya situ memang parking free, kalo nk bayo, mesti hari2 lain pun charge, ni hari pasar malam je. Lengkali wat je cam aku, kuar balik on the spot. Masa aku kena tuh, aku masuk kete, blah parking kat depan flat. Terkebil-kebil dia masa tu.

Anonymous berkata...

aku pun penah kne gak..
ak bertekak gak minta resit n bukti2 yg len...
kwn ak plak dok tanye2 knp xtulis kt tmpt msk 2 parking berbayar...
pastu pakcik yg gemok lg hudus ni pun jwb len,"kalo xmo byr g la parking kat atas 2"smbl tnjk2 kt area gerai mkn...
ak hangin dh tp kwn ak mls nk gadoh2 die hulur gak singgit...
pastu kitorg pun siap pesan kt kwn2 yg nk g psr mlm jgn parking kt atas tu..
huhuhu
sekian..time kasih=)