Januari 03, 2009

Film Review : Salo or 120 Days of Sodom


Bila seseorang sudah lupa diri,lupa dunia,lupa dirinya manusia,nafsu akan memenuhi minda dan membawa akal jauh berlari ke dalam lubuk yang tak berpenghujung.Mungkin itu yang cuba digambarkan dalam filem "Salo" atau "120 Days Of Sodom" dan itulah yang berlaku kepada pengarah filem ini.

Retorik-retorik politik yang cuba digambarkan oleh pengarah filem ini mungkin digambarkan dengan cara yang terlalu drastik dan grafik.Terlalu grafik.Membuatkan seolah-olah filem ini sudah hilang akal,hilang arah.

Mampu membuatkan penonton tidak senang duduk,bukan kerana ianya bagus dan mesejnya sampai tapi kerana rasa tidak sedap hati dan gementar menonton filem ini yang mampu membuatkan sesiapa yang waras tidak mampu meneruskan tontonan dan sesiapa yang gila gemarkan filem ini.

Filem ini hanya untuk orang gila.Orang gila yang suka melihat manusia diseksa tanpa tujuan.Tanpa perasaan simpati.Tanpa sebarang pengakhiran yang sekurang-kurangnya membuatkan penonton berasa hati kembali tenang dan mampu membuatkan kita ingat,kita ini manusia.

Apa yang cuba ditonjolkan dalam filem ini adalah mengenai pandangan pengarah filem nya tentang golongan-golongan Fascist di Itali melalui 4 orang lelaki yang mempunyai kuasa dan kedudukan.Akibat godaan nafsu,mereka menyalah gunakan kuasa mereka.9 orang remaja lelaki dan 9 remaja perempuan diculik dan dibawa ke satu villa terpencil lalu dijadikan hamba seks,tawanan,pemuas nafsu amarah dan bahan eksperimen.

Inspirasi untuk memuaskan fantasi mereka datang daripada kisah hidup 4 orang pelacur yang akan menceritakan kepada mereka semua cerita-cerita jijik setiap hari pada 6 petang.Ilham datang dari cerita lalu 4 orang lelaki itu pun melakonkan semula kisah-kisah yang didengari mereka ke atas 18 orang remaja itu.

Filem ini ingin jadi seindah "Clockwork Orange" gubahan Stanley Kubrick tapi sayangnya tiada langsung seni yang ingin dipertontonkan.Jika Alex dalam "Clockwork Orange" adalah seorang lunatik yang berseni,4 orang lelaki dalam "Salo" ini hanyalah 4 orang lunatik yang kosong.

Jika dibandingkan pula "Salo" dengan filem-filem seperti "Cannibal Holocaust" atau "Hostel," sekurang-kurangnya "Holocaust" memberikan kita mesej yang terang,bermakna."Hostel" pula sangat-sangat menghiburkan dengan permainan darah dan kekejaman yang melampau,selalunya keterlaluan tetapi seronok menontonnya.

Sayangnya "Salo" hanyalah sebuah filem yang sakit daripada seorang pengarah yang sakit.Sakit jiwa menonton filem ini,lebih sakit berbanding penyeksaan yang dihadapi oleh 18 orang remaja yang dijadikan permainan mereka.

Sangat membosankan,sangat menyedihkan,sangat merosakkan jiwa.Tidak ada langsung mesej atau kutukan golongan fascist yang ingin disampaikan.Hanya sebuah filem kosong yang kononnya mempunyai agenda politiknya tersendiri.

Filem ini bukan untuk semua.Kepada sesiapa yang tak tahan tengok Cannibal Holocaust,jangan tengok filem ini.Anda boleh muntah lalu tertidur kerana bosan.

Rating 2/10

4 ulasan:

milo boyd berkata...

wohh..sekeji clockwork orange kah? ok pinjam! effing sick n gross..DeLarge rawks..demmit ko ngan joe sama sick cam delarge...tp pinjam yeh..

Che underscore Lee berkata...

ahahaha nanti aku nak pinjam dari Milo gaks... gore kan?

blackmatador61@yahoo.com berkata...

Parah gue nonton bawaanya pengen ngebunuh orang yg nyiksa ....empat hari masih keingetan tu film,, bener2 gila sadis

Unknown berkata...

baru pas tgok cannibal holocaust, ngan serbian film. ok saya pas tgok cerita ni. sbnarnya dah tgok pon. sangat2 penderaan mental bg yg menontonnya. tgah cari review pasal filem ni.susah sangat nak faham review inggeris cari dlm bm, x sangka dapat dlm blog mantot. cuba mencari sindiran politik yg disampaikan namun masih sukar. dr segi peradaban manusia mgkin ada, inilah contoh mnusia yg sudah hilang segala2nya dan lebih baik mati.tpi xdtunjukkan, yg lemah pula jd mngsa