Sekejap aje masa berlalu.Seolah-olah membuatkan aku rasa masa tu sekejap aje.Rasa diri tua bila lalu di Ampang Point selepas konsert Butterfingers tempohari dan seorang bapa yang pastinya jauh lebih tua dari aku dan member aku membahasakan diri kami "Pakcik" lalu berkata kepada anak-anak dia,"Bagi pakcik tu lalu" apabila anak2 dia menghalang laluan kami.
Mungkin benar kami sudah tua.Butterfingers pun nampak tua.Dengan perut mereka yang sudah ke depan membuatkan aku terkenang kembali tengok Rock The World yang menunjukkan Emmett kelihatan seperti seorang lelaki boyband gaya rockers dengan rambut paras bahu dan muka kemerah-merahan mat saleh.
Diri aku pun kadang-kadang meronta-ronta.Sedar diri makin tua dan sedar zaman muda sudah lepas.Ini zaman aku berubah.Aku sedar lepas tiba-tiba wujud keinginan untuk aku stop bawak motor dan beli kereta,haha.Mungkin agak lanjut usia aku tapi sedar jugak sebenarnya aku dah malas nak meredah hujan.Penat nak terbongkok memeluk tank motor sambil merapatkan kaki ke body motor ala-ala Valentino Rossi.Penat bila tiba di ofis,lagi penat bila tiba ke rumah.
Mungkin usia membuatkan diri makin lama mengejar keselesaan.Mahu rasa selesa dengan bilik yang lengkap,selesa dengan kerja,selesa dengan hidup dan selesa dengan duit dalam dompet.
Kadang-kadang hati terasa iri hati melihat motor Kawaski Ninja 250 depan mata.Rasa ingin kembali membelah angin dengan kelajuan 100mph (160km/j) masa zaman aku pakai motor racing Itali dulu.Rasa betul2 laju dan yakin nak memecut kalau jalan sedap.Tak peduli apa orang fikir yang penting aku laju.
Sekarang?Walaupun aku bawak masih laju dan aku masih duduk dekat lane kanan sekali tapi aku bawak laju bukan sebab aku nak laju tapi sebab bila bawak motor,paling selamat sekali ialah bawak lah selaju mana yang anda boleh.Trafik Malaysia tidak mementingkan penunggang motor.Kami pengguna jalan raya kelas ke 2.
Bawak memang dah laju gila.Tapi bila ada sebijik motor kapcai yang di bawa anak muda memotong aku,buat aku rasa tua.
Orang muda dah ambik zaman aku.
Nak tau anda tua ke tidak?
Bila anda membenci semua trend-trend yang berlaku contohnya "clubbing","emo gothic","budak-budak pakai baju fubu","budak beromen dalam jamban" dan "budak2 shuffle" nampak benar anda dah tua.Zaman anda dah berlalu.Sekarang zaman anak muda.
Tugas kita sekarang kumpul kemewahan.
Jadilah ahli politik.Cara instant mengumpul kemewahan.Oh,semua orang benci kalau orang Melayu dikantoi beromen dalam jamban,kan?
9 ulasan:
Tak pe kalau rasa diri tua.. at least kita igt sapa kita...yg penting kesihatan beb!!
Kalau sakit2 selalu pun muda pun dah nampak tua...
Kalau nak cepat dpt baby..kawen je lah..dah ader yg bekenan?? ehehe...
dah smpai masanya tot...kawen moh..thn ni gak tot!
-yem
mantot,
aku tak sangka bapak budak tu tinggalkan kesan mendalam kat ko..
ingatkan lepas makan dinner plate ko dah lupa pasal tu...
ni mesti sebab ko pressure brader dominos tu tak layan ko nak beli roti pisang kan?
mari bersenam untuk kesihatan yang lebih baik!
Tumpang lalu pak cik..:p.hahahaha.relaks la,umur hanya angka.kematangan terletak di minda.tua @ muda kematangan adalah kepentingan utama.huhhuhu.cepat2 kawen dpt baby:p
Mantot,
tula, sapa soh ko beli apprilia dulu, kan dah ada memori apprilia. hahaha...
aku ada nak tambah sikit kat perenggan kedua terakir tu tot,
Kita tercari2 bila ada budak2 yang umur 15-17 tahun mengatakan cerita 'KAMI THE MOVIE' best giler sebab represent their generation and aku terpinga2 mencari kat mana bestnya citer tuh? Sedangkan kita masih lagi teringatkan somersoup(dem aku tak tau nk eja) berpusing dalam citer maero attack.
And aku gak nampak baju group 'HUJAN' even aku nampak cantik, tapi aku rasa malu nak pakai sebab aku rasa itu bukan represent zaman aku, zaman aku bila orang pergi fishbone beli rock-t sale sampai rm10 sehelai, no matter baju tu gambar apa yang penting rock t. dan lepas tu mula pakai baju quicsilver, rip curl, OP etc etc...
dan aku rasa yang paling last... aku rasa aku semakin tua bila aku tgk mak abah aku dah bersara, kulit mereka dah tak setegang dulu dan dah banyak kerut2, dan dalam sedar atau tak, bila aku ingat umur mak aku, umur ayah aku, aku realized yng aku semakin tua, begitu juga mereka...
gua bole relate ngan entry ko yg nih bro. haha Calon da ade bang.. ape lagi?
stended la mantot..
mana ada benda yg muda..
biaq tua asal bergaya..
hahahaha..
-otakpening-
dah tau tua..bagi laa tiket butter tuh kat aku!!!! aku muda lagi!!!..ni bagi aku harapan palsu utk recharge bateri dslr...down douh..
damn..
serius kita sama.. bila ko cakap "Bila anda membenci semua trend-trend yang berlaku " aku still try, tapi xleh gak.. x lama lg aku nak ada anak dah. pening kpala.. middle age crisislah kita ni.haha..
btw, nice blog!
Catat Ulasan