Januari 14, 2009

Orang Islam The Best Sebab Tu Kita Semua Bersatu dan Baik-Baik Belaka

Nak boikot barang-barang boikot la.
Bila ada orang Holland mulut cilaka sikit,MARI KITA BOIKOT BARANG HOLLAND.Bila Menteri Perancis tak sependapat dengan negara kita,KITA BOIKOT BARANG PERANCIS.Bila Amerika kutuk Malaysia,KITA BOIKOT BARANG AMERIKA.

Kah Kah Kah.Apa korang ingat diorang peduli?Bila orang luar buat cilaka sket nak pulak boikot.

Orang yang kat dalam tu dok buat cilaka dengan korang takde pun korang nak boikot?Orang Melayu yang ambik secara halus/rampas tanah orang Melayu supaya dia boleh jual dekat pengusaha perindustrian,ada korang buat apa-apa?Yang paksa korang bayar tol DAN bayar cukai jalan DAN cukai kenderaan,ok aje korang boleh terime.

Sudah-sudah la boikot barang-barang yang kononnya barang Israel tu.Kita takde fakta pun barang tu barang Israel,hanya sekadar email-email berantai yang suruh anda semua boikot.Katalah betul dan anda boikot pun,berapa lama anda nak boikot?Tak lama punya la sebab negara kita ni PAK TURUT EKONOMI KAPITALIS YANG SANGAT GEMAR MENEKAN BEBAN DEKAT RAKYATNYA

Aku menyampah betul boikot takde point.Boikot sebab dia ada melamine ke,boikot sebab kilang dia macam najis (macam kilang High5 dulu sebelum Fasha Sandha jadi duta) ada gak point dia.

Jadi,apa point anda nak boikot Israel dan tak nak boikot "negara-negara ISLAM" lain yang buat2 senyap takut nanti kepentingan politik dan ekonomi tergadai?Alang-alang nak boikot kita boikot semua sekali termasuklah calon BN Kuala Terengganu.

Bacaan lanjut
Egypt Reject Arab Summit Call
Third Day of Israeli Attack
Border Anguish BBC (Berita Lama)
Jordan Soldier Kills 7 Israeli Girls (Berita Lama)

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

x kira..aku tetap nk boikot.hahaha

hoya berkata...

mahmud abbas PM palestin senyap jek... FATAH sebuah parti lain, GAZA under HAMAS, buat apa nak kecoh2 sbb kwsn FATAH x kena serang....bila satu negara under berlainan parti still buat dek ajelah

Putra Wawasan berkata...

ha ha ha hi hi hi he he he bgs zalieya..engko memang tetap pendirian.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya mantot mengalami sindrom Kecelaruan Prasangka Yang Tidak Kena Masa.

http://saifulislam.com/?p=4483

Mantot berkata...

apa point aku?takkan le tak paham.

orang Islam ni ramai,kita hanya Islam pada agama dan nama kita.Declare kita org Islam,negara Islam.Islam the best!

tapi,apa yang negara2 Islam yang berjiran dgn Palestine buat?

Kenapa Mesir tanak join buat bantahan officially?

Setakat bersatu boikot takde makna,nak bersatu..bersatu la betol2.

Kenapa still ada negara Islam yang iktiraf Israel?Apsal tak sepakat?

Tanpa Nama berkata...

sebab tak sepakat.
sebab pemimpin tamak duit, harta,pangkat.
standard la mantot.
tuhan dah cakap.

tapi boikot pasal individu.
lagi ramai individu buat lagi kuat.
pemimpin pun takleh buat apa.
biarlah diorang kisah ke tak kisah.
kalau sebagai individu kecil rasa benda tu dapat membantu, buat la.
daripada tak buat langsung.
itu aje

Tanpa Nama berkata...

lerr kata bijak.

ko tu rakyat marhaen. apa kuasa ko ada stkt ni? ko nak pegi sana palestine? ke ko nak menyalak depan ruman nik aziz,hj hadi?anwar brahim?pak lah? or tkpong nak menyalak depan embessy arab2 seme?

apa kuasa ada pada ko sbg muslim (yg berada di malaysia pada tahun 2009 skrg)utk bantu sedara kita sana?

1. wallet.
2. tenaga.
3. akal.

1. kalo ko tak habis2 bersyak wasangka yg semua kerabat BN sedut duit derma ko. then ko derma la kat peti2 derma PKR. mebbe bagi ko afdal.

2. kalo ko rasa doa komakbul. angkat tangan tadah tangan lepas semayang. tu pun kalo ko smayang tak tinggal.

3. guna akal.sbb ko rasa ko pandai. ko pk lah sendiri.

so apa jihad ko sekrang ni brader, disaat nyawa dan maruah sedara seagama ko makin meruncing?

aku tgk ko tekun berpolitik dgn cara ko. tekun sgt usaha ko nak memecahbelahkan bangsa ko. kalo dulu pecah dua. now pecah tiga empat lima.

aku rasa ko ni sekolah tinggi.tapi cara ko berfikir n wat penilaian satu isu dan perkara adakalanya mengecawakan dan melucukan.

brader.

berpendirian tu bagus, tapi jgn terlalu taksub dan jumud.

tuhan bagi kita akal. fikirlah dgn rasional dan wat pertimbangan yg waras.

byk2kan lagi belajar, membaca, mengkaji, ilmu dunia, ilmu akhirat.
luas2kan lagi pergaulan.

jangan cepat rasa diri kita sudah pandai serba serbi.

selama ni aku agak kagum dgn cara ko menganalisa isu diluar kotak. tapi posting ko kali ni, secara peribadi? pathetic,arrogant, dan ignorant.

wassalam.

milo boyd berkata...

memang hak individu

jadi hak individu kepada mantot jugak utk suarakan pendapat. aku rasa apa yg mantot nak sampaikan kat sini bukan semata2 hal boikot..tp nak sedarkan semua org msia yg dok asyik kesiankan org lain tapi tak kesiankan diri sendiri yg dr dulu asik kena tindas tp tak plak sebok2 nak boikot apa yg patut..wallahualam..

yg ni aku sapot ko tot!..tp aku tak sapot bile ko saling 'sapot-menyapot' tuh..jijik.. err..aku sapot BN ganu gak!(hidden agenda)

Tanpa Nama berkata...

dulu time minyak naek rege, org2 US sane nun.. derang work from home.. satu hari tkpon 2 hari jer g keje dlm seminggu.. nih dr source sahih la.. dan2 permintaan minyak turun..

aku nk bitau kl boikot ade la jugak point nye..

at least kl ko boikot kompeni yg sah2 dok fund duit kat yahudi tuh (dah nye mmg tuan punye company tuh yahudi sah2 la die fund utk dpt tanah sendiri ye dak?) tkde la ko pon ikut same bg duit kat incik2 yahudi tuh g beperang.

ag pon kl ko boikot kompeni2 beso2 nih.. ko sure tuka kepada kompeni2 kecik2 org mesia dak? dari mkn mcd mkn mamak, dari lepak buckstar ko lepak oldtown takpon lepak kedai kopi pak seman.. tak ke bantu kite nye economy jugak tuh?

menyelam sambil minum air atau bunuh 2 burung dgn satu batu.

Tanpa Nama berkata...

ek eleyh
biar la mantot nk tulis ape pon.
his blog, his right.

to dinda,
kalau xpuas hati,
buat blog sendiri la.
apa da.

Tanpa Nama berkata...

alaa,pkir2 btol gak mantot ckp ni..tpi nak boikot kena bijak gak,kalao ko btol nak boikot, jangan guna komputer,internet dan banyak lagi benda..sebab processor komputer kau tu,US yg buat, software ko guna US gak, internet nih, server google,blogspot ni kt US gak.

Mantot berkata...

tiap2 kali ade isu,sasaran utama Coca-Cola,McD,KFC,Stabuck..

yang kali ni aku tgk ade bertambah lagi,ade Intel,Revlon,Kleenex..Maggi pun dah ada dari Nestle

kita ambik Nestle,Nestle sebuah syarikat besar yang berasal dari Switzerland.CEO dia sekarang ni seorang lelaki orang Belgium.Cuba tengok dapur rumah anda,mesti ada barang Nestle



Aku cuma tak pernah nampak mana korang yg nak boikot ni dapat FAKTA duit2 tu disalurkan ke Israel?Fatwa ada tapi mana official list dari Kerajaan kita?Aku tak nak boikot barang yang salah.

Sebab kalau semua benda dan produk menyalurkan duit kat Israel,maknanya kita kene bokiot jugak shopping kat Singapore sebab Singapore dgn ISrael sangat ngam hubungan ekonomi diorang.

Kalau lah kita boikot Intel (sebab mmg Intel ada kilang kat Israel)kita tak sedar ke yg Intel tu jugak ada kilang kat Malaysia ni?Kalaulah bakrap Intel tu,berapa ribu rakyat kita hilang kerja?Nak ke anda buang prosessor anda tu dan tuka PC baru sbb anda sedar anda dah "menyalurkan duit ke Israel"?

Aku takde power tapi kenapa negara2 Islam tu sendiri berperangai seperti cipan?Kenapa Egypt tanak hulur bantuan?
Sebab apa Hosni Mubarrak tanak ambik pelarian masuk?

Memang majoriti akan ada yang tak setuju kenapa aku kata boikot tu takde apa.Fikirlah,kita sendiri pengguna2 barang2 yang byk dilistkan tu.Boikot 6 bulan boikot la.

Tapi lepas 6 bulan?

Aku tak kata boikot tu bodoh cuma negara kita tak dibentuk sebegitu.Ekonomi negara kita ni takkan jalan kalau semua brand2 yang ada tu tak bukak pengeluaran dekat sini.

Tanpa Nama berkata...

mantot..i x puas hati nape u suruh boikot calon BN Kuala Terengganu skali...Boikot la Anwar Ibrahim tu, dia kan orang kuat US n Israel...

Tanpa Nama berkata...

Semalam semasa saya pergi McD saya terlihat satu notis yang ditampalkan di atas pintu masuk McD. Notis itu memberitahu orang orang awam bahawa McD tiada kena mengena dengan Israel dan notis itu memohon agar orang awam tidak memboikot McD.

Untuk pengetahuan kalian, pekerja-pekerja McD di situ begitu dedikasi sekali. Kesemuanya amat bersopan santun semasa mengambil order. Saya amat pasti bahawa 90% pekerja di situ adalah Pelajar UPM yang bekerja part time untuk mendapat pendapatan yang lebih untuk membiayai pelbagai yuran dan menampung kehidupan mereka.

Bayangkanlah jika semua orang memboikot McD dan menybabkan McD terpaksa tutup kedai. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Yang patut diboikot adalah semua pemimpin UMNO yang dengan tidak segan silu merompak harta rakyat melalui cukai pendapatan, tol dan yang terbaru cukai minyak petrol.

Kepada Anonymous January 16, 2009 11:56:00 AM MYT, janganlah memjadi bangang lagi. Tidakkah engkau muak dengan segala penipuan orang-orang UMNO? Sedarlah secepat mungkin.

Jangan selalu memberikan alsan bahawa kerajaan UMNO telah banyak membantu dengan pemberian biasiswa. Anda kena ingat biasiswa itu adalah duit cukai pendapatan rakyat Malaysia, termasuk cukai pendapatan ibu bapa kamu. Jadi itu adalah hak kita sebagai rakyat Malaysia sebenarnya dan UMNO TAK pernah membantu. Janganlah tertipu lagi.

Tanpa Nama berkata...

mantot,
lainkali buat entry,jangan campur adukkan kecelaruan politik malaysia dengan isu palestin-israel

aku nampak macam banyak orang yang sensitif je

Mantot berkata...

sensitif?

bagus la...sekurang2 nya buat orang berfikir.takkan le blog entry pun nak kene ade restriction mcm utusan malaysia?

sbb bende ni sama.cuma kat malaysia ni orang Islam (PAS) lawan dengan orang Islam (UMNO,pejuang sebenar Islam Malaysia "konon2 nya")

ko tak nampak ke apa yang sama?
kan lagi sakit kena tindas dengan bangsa seagama Islam?Sebab kita expect,orang Islam ni pandai berfikir,budi bicara,tak buat onar...

tapi?negara kita ni?

h a r i z, H berkata...

haha...
aku tergelak baca ko punye entry ni. dari satu sudut, bahasa tersurat, aku tak setuju dgn kau pny anjuran, tak payah boikot. itu idea baru yg plg hampeh aku pernah dgar dan baca. bak kata W.Shakespeares "A brave man, die once, but a coward man, die thousand times before his death"

tp, dr satu sudut pulak, aku ambil kau punya entri ini sbg satu sindiran dan sinikal kpd rakyat Msia. Mudah meletup dgn isu baru, kemudian, sejuk. Senyap. Beli balik. Hampeh. Blah la.

Dan, cara melihat pkara utk diboikot. Haha. Aku ambil ia dr sudut, bknnya jgn boikot Israel, tapi, moh boikot BN jugak!!! hahaha.

niesa.imana berkata...

salam wbt...

jom pakat ramai2, boikot BN..

teringat kata2 sumone.. umat Islam ni mudah nk lari daripada isu sebenar.. kalo sewaktu sistem khilafah diumumkan ntuk dimansuhkan (1924), org2 Islam kat Tanah Melayu ada masalah tersendiri = menentang penjajah..

maka, mereka x perasan pun sistem khilafah dh xdak.. mungkin bg mereka, x penting pun sebab mereka ada priority tersendiri = bebaskan tanahair..

sekarang ni, ada isu di Gaza.. & kita pun ada isu tersendiri di Msia.. makanya..?

mana satu priority? xpun, mampu x nak cuba tangani kedua2nya..? hurm..

Tanpa Nama berkata...

sembang ja kuat kta nk boikot brang israel..bli megi cap nestle..susu tin cap nestle..susu kotak cap nestle..processor cap intel..mkan cam mcd..bli biskut cap danone.pkai perfume keta cam ambi pure..
pastu hangpa kta nk boikot..pi mampos la spa yg hipokrit kta nk boikot tue..

-otakpening-

Tanpa Nama berkata...

bodo siot dinda....taik umno ni jangan layan....dah memang terdidik bodo...

zharifzakaria berkata...

tak perlu tunggu kuasa besar untuk boikot. hari ni pun kita boleh mula.

1) dapatkan info
2) boikot barangan israel/amerika dan bantu ekonomi tempatan
3) praktik nonviolent resistance/jangan tunjuk sokongan kepada amerika/yahudi

tahun ni banyak jugak artist suku sakat kaum sana macam rihanna dan jason mraz datang buat persembahan kat malaysia. tunjukkan yang kita tak termakan dengan agenda hasutan diorang. boikot boikot dan boikot

victory to the intifada!

Tanpa Nama berkata...

kalo korang boikot McD, sapa yang hilang keje? Orang Melayu jg

h a r i z, H berkata...

Mahukan kejayaan, kita perlu berkorban. Jangan biarkan kita terus bergantung dan pusingan berterusan yang akhirnya mengikat kepada mereka secara kekal. Tiada masa yang tepat, selain dari masa ini. Kita putuskan janin kita kepada Amerika dan Israel, kita makanlah dengan suapan sendiri, dan membesarlah dengan suapan kita, bukannya tali pusat kepada mereka.