Aku nak cerita pasal diorang.Aku dengar Butterfingers first time masa aku tengok rancangan Alternatif dengan member baik aku AJ dan Arek.Kitorang sanggup belanja duit naik teksi semata-mata nak pegi PJ carik Studio Black Widow semata-mata nak jam dekat tempat yang Butterfingers pernah jam.
Aku beli "1.2 miligrams."Masa tu tak ramai yang dengar album ni.Keluar album kedua diorang meletup.Boleh kata semua tempat aku pegi mesti dengar album ni.Aku pegi UPM,ada budak pasang.Aku pegi UM,ada budak pasang. Itu pun dah berapa lama lepas album tu launch. Keluar pulak "Transendence".Fenomena?Mungkin lebih dari itu.
Aku rasa orang2 baya aku,yang ikut muzik local masa tu mesti membesar dengan lagu-lagu diorang.Mengakibatkan wujudnya minat untuk belajar main gitar,belajar main dram,mewujudkan banyak band2 baru yang cuba berbunyi seperti Butterfingers contohnya Novocaine (yang pada aku tak sama langsung,menjerit2 je lebih)
Butterfingers bukan lagi hanya salah satu band Malaysia.Mereka sudah di kira legenda,walaupun album "Kembali" agak mendatar dan terlalu komersial ,mereka memperkenalkan bunyi mereka lalu mengubah muzik mereka jauh berkembang berbanding dengan muzik asal mereka.Tidak ramai artis Malaysia yang mampu berubah dan memperkembangkan muzik seperti mereka.Cuba lah dengar album Inggeris mereka dari mula sampai akhir dan anda akan nampak perbezaan yang ketara tetapi mempunyai asas yang sama.
Mungkin masyarakat Malaysia tidak mampu untuk menerima muzik se-advance ini,terlalu jauh ke hadapan.Sangat original dan sangat lengkap ke-Malaysiaan nya.Jauh lebih kualiti berbanding band-band luar yang berlambak2 dipromote oleh Hitz TV atau MTV,terlalu jauh dibandingkan dengan majoriti band2 tempatan yang suka play safe dan lagunya terlalu mendayu-dayu.
Mendengar album "Malayneum" menunjukkan yang Butterfingers tidak patut lagi duduk dalam kepompong masyarakat yang tidak mampu menerima mereka.Dengan arrangement muzik yang sangat cantik dan lirik-lirik yang mempunyai tahap bahasa yang sangat tinggi,kekalahan album "Malayneum" kepada album Too Phat dalam pencalonan AIM dulu jelas menunjukkan majoriti pendengar muzik kita masih gemar hiburan tanpa hala tuju.Jika "Malayneum" dikeluarkan oleh sebuah band luar,entah berapa banyak anugerah "Album of The Year" mampu digondol.Di Malaysia,album mereka tak laku jika dibandingkan dengan album ketiga mereka.
Jadi,hari Sabtu dan Ahad lalu,Butterfingers ada di depan aku.Di Istana Budaya.Buat pertama kalinya,Istana Budaya membuka pintu untuk sebuah band rock tempatan.
Dan kita bercakap mengenai Istana Budaya.Satu pencapaian yang cukup besar untuk sebuah band tempatan bertaraf dunia yang wujud dalam satu masyarakat yang majoritinya punya pemikiran dunia ke-empat.Lihat saja Melodi bila mereka berkata -kata mengenai Butterfingers.Pernah ke anda mendengar sebuah lagu dari Ella yang mempunyai bunyi gamelan,ingat tu lagu siapa?Record label sendiri tak respek karya mereka.
Tiada apa-apa lagi pujian yang boleh perkatakan lagi mengenai Butterfingers.Mereka bertaraf dunia.Showcase mereka membuatkan aku teringat "Unplugged in New York" dari Nirvana.
Nak puji macam mana lagi,setinggi-tinggi pujian dari aku untuk diorang adalah bila aku menyamakan Butterfingers dengan idola mereka,Nirvana.
Cukup setakat itu.
7 ulasan:
betoila tot..
aku pn membesaq dgn butter
lyn beb
org msia mmg xreti nk appreciate muzik yg gempak mcm butter
tp aku xpueh hati xdpt pi IB sbb tiket abeh.member aku lmbt bgtau.dammit!!
hype mantot! hype!
adrenaline rushhhhhhhhhhh
tot, aku masih teringat arek melalak lagu niccotyne kat 2b4 dulu.AJ ngan charut punya pasal, arek jadi emmet sekejap.anyway aku rindukan 1.2 mg.napa aku tak tau diorang buat showcase ni~demmm
tot, apasal x komen pasal Cromok?
another Legend yg x penah trime pengiktirafan
apsal aku meremang2 baca entry ni?...
damn..sedih nyer..btul lah tot..nyesal tak pergi lg teruk dr nyesal takde duit...
since aku baru jengah blog ni, byk pulak aku nak komen. sorry kalau agak semak.
Butter, 1st time aku tgk depan mata pun macam nak menangis pun ada. tak silap aku tahun lepas. sebab masa diorang tgh jadi raja, aku kecik lagi duduk kat kampung. masa tu baca ROTTW je review gigs diorang. beli kaset diorang transcendence, dgn malayneum.
zaman tu kaset masih relevan weh. tahun 2000 ke 2004. zaman aku sekolah.
serious lagu2 malayneum tu nak pegang gitar nak cari chord dia pon susah. hahaha riffing/lyric/komposisi dia dah terlalu advanced.
selamat tinggal dunia dgn kembali maybe agak slow sikit. tp atleast ianya masih produk yang berkualiti dan yang penting gitar yang bertune.
peace.
:)
butterfingers memang mempunyai resepi rahsia yang handal
Catat Ulasan