Januari 08, 2009

Mawi,Mawi dan Mawi Lagi Sampai Lemau

Aku tau Mawi adalah invincible kepada peminatnya jadi kalau aku menimbulkan kemarahan korang,pegi marah orang lain.

First sekali,aku tak kata sesiapa minat Mawi tu salah.Biarlah korang nak minat dia.Lantaklah korang nak spend duit korang untuk dia,tapi takkan la sampai membuta tuli nak sokong sampai tak sedar diri tu dah dipergunakan?

Aku bukak Astro ada iklan pasal majlis kahwin dia.Nak pancing orang ikut dia punya upacara.Lepas tu keluar pulak iklan "Hantarlah ucapan tahniah dan selamat anda kepada Mawi dan Ekin."Satu SMS 50 sen.Korang ingat Mawi baca ke bende tu?Tah dia tau ke tidak bende tu wujud.Siapa yang untung?Surely bukan anda,Mawi untung la sket....

Ada lagi satu "Dapatkan info-info terkini majlis perkahwinan Mawi dan Ekin dihantar terus kepada anda" Setiap SMS 50 sen.Ya Allah!Benda tu pun ada orang nak kene ikut sampai camtu sekali?Mungkinkah diorang akan hantar sebanyak mungkin SMS kepada anda..contohnya..

SMS 1 - Mawi memakai seluar baju melayunya.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 2 - Mawi memakai baju melayunya.Butangnya tak cukup satu.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 3 - Mawi menjumpai butang baju melayunya jatuh ke dalam poket.Tenang hati Mawi,senyum riang.Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.
SMS 4 - Mawi memakai tengkolok lalu memanggil juru solek untuk mengikat kain sampingnya.Simpulan samping nya sedikit longgar!Tunggu selepas ini untuk update lebih lanjut.

Hahaha...50 sen satu SMS untuk mengetahui update pasal benda tak penting.

Aku usha-usha majalah hari tu,tengok2 ada "album foto" majlis perkahwinan Mawi dan Ekin keluaran Karangkraf.Harga dia RM16.90.Pergh..dengan kualiti yang lebih kurang dan nampak benar nak cash in sementara ada demand,ada jugak orang kita yang beli.

Entahlah,aku tak pernah nampak apa yang mengagumkan sangat pasal Mawi ni.Aku tak pernah nampak aura dia.Aku tak paham betul apa yang "mengasyikkan" sangat pasal Mawi ni selain daripada DIA ADALAH MESIN DUIT UNTUK ORANG KAYA JADI LAGI KAYA.Jadi,sapot Mawi cukup,jangan sapot orang yang ambik kesempatan.

Sudahlah-sudahlah pasal Mawi ni wahai orang-orang Melayu.Paling sedih bila baca dekat Utusan ada seorang Makcik ni sanggup belanja RM2 ribu sebulan untuk vote Mawi masa dia dalam AF dulu.

Tak ke membazir tu?
Cuba bukak channel @15 Astro tu.Tengok la iklan dia.Yang terbaru boleh hantar gambar sendiri ke situ dan diorang akan besarkan gambar anda kononnya bersaiz poster.RAMAI PULAK TU YANG HANTAR!

KAMON LA!DESPERATE SANGAT KE?
LETAK KAT MYSPACE/FACEBOOK DAH LA!

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haha.betul tu.aku bkn dengki ngan mawi ni.tp dh besepah cite psl die je.dh naek lemau aku dgr psl die.

abdrahim kassim berkata...

Macam sicelik pimpin sibuta minta sedekah ye...

N berkata...

aku stuju..apa bgs mawi? nak kt hensem,aku hensem lagi..hehe,sblm ni dy bkn ada apa pun..tu la zaman skrg,bla dah jadi popular ja,automatik jadi hensem + bergaya..pg mati la bdk2 AF astro ni, mee segera ja.alat nak dapatkan duit org2 yg bangang.nyanyi bkn bgs sgt pn,stakat pas kua jd dj,pelakon segera btpa

Aeryn mummy aiyris zarra berkata...

salam..

rasa sangat best bila baca blog anda.

leh saya link awak ke blog saya tak? ;P

semoga berjumpa dengan fatihah!

Tanpa Nama berkata...

hehehe..yelah.aku pun sgt pelik nape org taksub sgt ngan mawi nie.udah2 le bangsa melayuku!!!

Tanpa Nama berkata...

funniest entry ever!aku gelak teruk..kudos

madumerahjambu berkata...

ingat kan sy sorg yg dh xmuak tgk dgr cte mawi nih..
bosan..
what is so world about mawi??

Tanpa Nama berkata...

....aku lagi setim ikuti kisah norman-memey..pesal ntah