April 01, 2008

Review Filem: Enchanted


Filem-filem Disney kebanyakannya sebenarnye best jugak.Mcm kartun-kartun klasik dia seperti Jungle Book,Tarzan ataupun Little Mermaid :D

Tapi kebanyakan filem2 Disney yang baru-baru ni,tah la kenapa aku takde langsung niat nak tengok.Mungkin aku terpengaruh dengan ayat member aku sorang ni,Joe,dia pernah kata die benci semua filem Disney sebab mesti ada lagu Phil Collins.

Yeap,aku pun menyampah jugak dengar lagu Phil Collins,dengan suara kononnya husky dan lagu-lagu yang bermood santai membuatkan aku rasa jijik sebab nampak macam Disney terdesak sangat nak mewujudkan feel family dalam movie dia sampai terpaksa memasukkan lagu Phil Collins dalam filemnya.Aku masa mula2 memang takde la terasa pun nak tengok Enchanted ni,tapi sebab member aku ada cakap "Best Tot,ko kene pegi tengok.Dia lain dari yang lain" aku pun mcm biaselah pegi dekat Jaya Jusco Cheras Selatan tengok wayang sorang2.Nak ajak housemate,dia takleh tengok cerita takde berdarah2 ni.Ganas.

Scene masa mula cerita ni dah membuatkan aku jatuh cinta,dengan cell animation yang tangkap leleh tengok dan warna yang sangat vivid dan bright.Cerita ni mengisahkan macam mana Giselle,seorang awek dalam alam fantasi telah di tipu dan di campak ke dunia realiti,jadi cerita dia memula cerita kartun (kejap je) pastu masuk real life.

Aku tak pernah dengar nama Amy Adams,pelakon utama Enchanted ni yang jadi Giselle.Tak pernah nampak pun sebelum ni tapi,huhuhuu...dia seperti amalgamasi Nicole Kidman dan priness perempuan dalam kartun.Dengan wajah yang sentiasa ceria setiap masa,kulit putih melepak dan gaya2 kiut yang memang kiut (bukan macam setengah orang yang berlagak2 kiut tapi aku menyampah tengok,macam kawan perempuan aku sorang ni)

Cerita filem ni simple je,memang dah bole bajet dah ending dia.,faham2 sendiri je la filem standard template dari Disney jadi macam tu aje la cerita dia.

Pelakon lain yang terlibat ialah hero Grey's Anatomy tu,ape tah name dia,McDreamy....dan juga pelakon komedi baru iaitu James Marsden.Dialah pemegang record bawak watak loser paling banyak
contohnya dalam filem Spider-Man,Cyclops dalam cerita X-Men dan watak tunang Lois Lane dalam SUperman Returns.

Tapi dalam filem ni,hahahah,dia lain.Lain gila.Dengan memegang watak prince charming tu,dia membuatkan kita tersedar,walaupun Prince Charming tu hensem dan bergaya,tapi sebenarnya Prince Charming tu bukanlah perfect sebenarnya.

Susan Sarandon kembali sebagai watak jahat.Last sekali aku tengok Susan Sarandon adalah dalam filem Alfie,tua tua pun still hot lagi.Sungguh MILF.

Jadi,apa yang best sangat dengan Enchanted ni?

Tak ada apa yang special sangat pun cuma filem ni adalah satu twist story daripada filem2 generic Disney yang biasa.Tapi penampilan Amy Adams adalah penyelamat filem ni dengan karisma character Giselle yang seperti rusa masuk kampung,lurus bendul tapi suci murni.Banyak scene-scene dalam filem ni mengingatkan aku kepada filem2 Bollywood di mana ada diselitkan satu bandar menyanyi beramai2 dengan Giselle cuma bezanya Giselle ni takde la bertukar-tukar pakaian.

Lelaki memang boleh jatuh cinta dengan Amy Adams ni dan mengharapkan agar girlfriend masing2 bersikap seperti Giselle ni.

Filem ni mungkin tak dapat memukau anda sepenuhnya tapi setiap kali Giselle muncul diskrin,aku pasti terpukau.So enchanting.First time aku tengok movie di mana aku tak berharap langsung aktress perempuannya bukak baju.

Rating - 7/10

1 ulasan:

rizhan berkata...

lawak ler kau bro...
cuma aku tak leh nak gelak sangat sebab arsenal asik seri ...sedih bro

www.evolusimedic.blogspot.com - my site