April 12, 2008

Blog Khir Toyo Ramai Pembaca Hantu?

Selain daripada isu pengundi hantu,nampaknya pihak pembangkang di negeri Selangor ada satu lagi problem iaitu pembaca hantu.

Aku hari ini sebab takde kerja telah start memantau counter pageview blog Khir Toyo dari petang.Tapi sebab memikirkan mungkin counter tu memang laju (maklumlah waktu puncak dan blog "popular",aku pun decide tunggu waktu malam bila semua org dah tido).Mula-mula aku terangkan,counter ni sebenarnya mengira jumlah page tu direload atau dibukak,jadi dia bukan kira visitor.Setiap kali reload dia akan tambah satu.Nak tau jumlah tepat visitor kena pakai Google Analytics (tapi itu untuk webmaster sahaja)

Aku start buat kajian aku dari jam 2:24 pagi sehingga 2:30 pagi.Cukup dah waktu tu untuk aku membongkar satu berita sensasi.

Method Kajian Aku :

1) Bukak Blog Khir Toyo
2) Print screen first value counter visitor dia
3) refresh dengan button F5
4) print screen balik
5)Ulang untuk 5 kali bacaan

Dan hasilnya :

2:25 - Jumlah visitor - 210664
2:30 - Jumlah visitor - 210696 (+32)


5 minit,tolak aku nye 5 kali refresh,27 pageview,pada waktu pagi buta camni.Aku tak puas hati,aku buat kajian baru pulak.

Kajian 2
Refresh Website dia banyak kali dan tengok bacaan tiap2 kali :

1) 2:42 -210740
2) 2:42 - 210746 (+6)
3) 2:43 - 210750 (+4)
4) 2:44 - 210759 (+9)
5) 2:45 - 210763 (+4)
6) 2:46 - 210767 (+4)
7) 2:47 - 210773 (+4)
8) 2:48 - 210783 (+10)
9) 2:49 - 210793 (+10)
10) 2:50 - 210799 (+6)
11) 2:51 - 210803 (+4)
12) 2:52 - 210809 (+6)

67 page view dalam 10 minit.Tolak aku punye refresh 12 kali - 55 kali pageview 10 minit.

PEMERHATIAN :
Kajian Pertama -
Dalam 5 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 27 kali

Kajian Kedua -
Dalam 10 minit pemerhatian,page blog Khir Toyo telah diview sebanyak 55 kali

Pemerhatian Rambang :
3:02 (10 minit selepas bacaan terakhir diambil) - 210862
3:22 (30 minit selepas bacaan terakhir diambil - 210928

Blog Khir Toyo Adalah Blog Yang Paling Popular Dalam Malaysia!Kenapa?
Ini sebab aku tak pernah lagi jumpa blog yang kaunter dia sekali naik,minimum 4 pageview.

Kesimpulannya:

1)Blog Khir Toyo ni memang sentiasa ada orang baca
2)Pembaca blog dia memang suka refresh page dia sebab counter tak pernah naik satu2
3)Mungkin sebab takde artikel yang menarik kat situ jadi itulah sebabnya takde fokus pembacaan hanya pada satu artikel menyebabkan pembaca selalu menukar2 page
4) Blog Khir Toyo mempunyai purata (tak tepat) +/-30 pageview dalam 5 minit

Ataupun :
1)Counter tu memang dah di set naik secara random dalam value 4,6,9 atau 10
2) Ada taktik yang cuba digunakan untuk buat blog ni nampak macam dapat sambutan


Dan ketika artikel ini habis ditulis,blog Khir Toyo terus menerima kunjungan2 orang ramai yang berminat betul membaca 8 artikel tulisan Khir Toyo yang penuh dengan unsur ilmiah dan tiada langsung unsur hasutan.Bayangkanlah,blog No2Umno (sila rujuk Sidebar) yang menghimpunkan beratus-ratus artikel hanya mempunyai 7 ratus ribu pageview tp blog Khir Toyo yang hanya ada 8 artikel mempunyai 2 ratus ribu lebih pageview.Memang cantik je nombor die naik 30 minit 100+ pageview.

4 pagi dah ni...blog Khir Toyo masih lagi ada ramai pembaca.Tahniah Datuk Seri!

HANCING GILA!

Link Kalau-Kalau Anda Nak Cuba Sendiri Cetusan Khir Toyo

6 ulasan:

too short berkata...

Bro. Mantot

Best atas analisis pageviews tu. satu analisa yang ada asasnya. Pageviews, pageRank juga boleh digunakan sebagai indicator.

wa pun ada buat macam u buat hasilnya setiap kali press F5, 2 visitors ditambah (+2 visitors), kuang-kuang

harizhazwan berkata...

aah...
btoi2x...
mula wat refresh,
naik 12,
pas2,
x smpai 5 saat pon,
refresh lg,
naik 2,
next 2,3 saat,
F5 lg,
naik 8,
skali lagi,
naik 4.....
waaaaa....
dahsat n hancing btoi pakcik ni...

Tanpa Nama berkata...

xleh blah lngsung.. aku refresh banyk kali.. lpes page da abes reload aku refresh lg... naik 2 stiap kali aku re fresh.. cam 1 saat 1 view naik.. memng xleh blah...

no2umno berkata...

Tahniah bro......hehehe canggih. Ni yang aku sedih dengan UMNO nih. TQ kerana beritahu. Salam

Tanpa Nama berkata...

Rahsia buat duit online dengan kad debit maybank terkini.Info percuma!

http://bit.ly/KadDebit

Tanpa Nama berkata...

Patut ler..
Baru tau camane..
Tahniah bro.
Layan je baca blog ni..hehe

........................
Duit dapat dalam 10minit je
http://hanya10minit.via.my