April 20, 2008

Resipi Orang Bujang : Sambal Telur Ikan


Bahan-bahan:

3 biji Telur Ikan
1 Ulas Bawang Besar
Gula
Garam
1 labu Bawang Besar
3 sudu besar Cili giling/Cili Boh/Cili blend

Cara Menyediakan:

1) Goreng telur ikan.Telur ikan tu bolehlah digoreng secara terus ataupun diperap dahulu dengan sedikit garam dan kunyit.Aku goreng dulu sebab cepat sikit nak masak dan bau hanyir dia kurang.Tak nak goreng dulu pun takpe.

2) Sambil telur tadi digoreng,potong bawang besar (aku pakai bawang besar sebab senang potong) nipis2

3) Bersihkan kuali atau gunakan lagi satu kuali (untuk org yang ada 2 kuali) dan taruk minyak sedkit sahaja.Tumis bawang tadi sampai mengeluarkan bau.Jangan sampai dia hangit,nanti sambal jadi pahit.

4) Masuk cili giling tadi ke dalam dan kuali dan masukkan setengah cawan air.Kalau nak kuah banyak masuk lebih lagi air,kalau suka kering,sikitkan air (ini ikut mulut anda lah).Biarkan sampai mendidih.Pastikan api tak berapa besar.

5) Masukkan garam dan gula (secubit garam cukup dan 1 sudu kecik gula jadila)

6) Masukkan telur ikan yang sudah digoreng tadi.Tutup dengan penutup dan biarkan ia mendidih didalam kuah selama 3 minit.Pastu boleh makan.

Telur ikan boleh digantikan dengan aoa-apa pun.Ayam,ikan,sotong,telur.Senang je masak sambal ni.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

yeahhh kamon tot... byk2kan ruang resepi nih..

-yem