April 18, 2008

Kesan Kursus Biro Tata Negara Kepada Minda


Hari ini,aku layanlah video ucapan Anwar Ibrahim pada 14 April hari tu sampailah bila mana pihak polis datang menhentikan ceramah.

Banyak benda yang disampaikan malam tu.Hint2 bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru nanti,Datuk Seri Wan Azizah Ismail iaitu isteri DSAI juga diberitahu.Entah lah konfem atau tidak wallahuallam.Setuju atau tidak rakyat Malaysia menerima wanita sebagai seorang pemimpin tidak diketahui lagi.Aku pun tak tahu apa nak rasa,nak sokong pun tak nak tolak pun tak.Tengok lah dulu macam mana perkembangan.

Dalam ceramah tu,DSAI ada menyebut pasal Kursus Biro Tatanegara di mana boleh dikatakan majoriti kursus kini lebih kepada mengutuk dirinya dan Pakatan Rakyat.

Kursus BTN.Bila sebut pasal pasal BTN aku teringat balik pasal Kursus BTN yang aku dan kawan2 aku kena hadiri dulu.Ramai jugak la yang kena pergi,sekolah aku,SMAP Kajang,SM Sains Selangor dan satu lagi sekolah aku tak berapa ingat,SMAP Labu kot.

Kitorang kena pergi kursus BTN ni dekat Rembau.Cantik tempat dia dan memang seronok.Hahah,macam2 aktiviti kitorang buat.Jungle trekking,repelling,err..apa lagi entah.
Tapi semua aktiviti2 group tu ada jugak diselang selikan dengan ceramah.Apa isi ceramah tu?

Macam2 dia cerita.Kebanyakannya tentang bagusnya kerajaan.Hebatnya kerajaan Malaysia.Macam mana sepatutnya kitorang bersyukur sebab duduk dalam negara yang meningkat maju.Macam mana nak menghargai kerajaan.Ingat pasal perjuangan pemimpin Kerajaan dulu2.

Kesimpulannya,Kerajaan ROCK GILA!

Hehehe,yang paling aku ingat,ada satu penceramah ni,dia siap cakap satu benda yang pada masa tu aku percaya tapi bila dah matured sikit fikir2 balik,bangang gak la percaya:

"Kamu tahu tak mana Highway PLUS?"

"Kamu tahu tak macam mana jauhnya pandangan kerajaan ni kalau nak menghadapi ancaman kepada negara?"

"Percaya tak,bawah Highway PLUS tu ada pengkalan rahsia.Jadi kalau negara kita kena serang,highway tu boleh dibukak dan sepanjang highway tu akan jadi pusat pertahanan negara."

Kitorang masa tu baru 16 tahun,memang kagum gila ah dengar sebab tak sangka Malaysia ada sistem pertahanan yang secanggih dan serahsia itu.PERGH!!Bagus betul kerajaan.

Jadi bila hari last,kitorang pun balik la dengan semangat berkobar-kobar sebab tahu negara kita memang dibawah satu pemerintahan yang SUPER GENIUS DAN SANGAT BERKALIBER.Kesan daripada kursus tu membuatkan aku bersemangat patriotik yang melampau-lampau siap aku bole imagine kalau Malaysia kena serang masa tu aku nak pergi berperang.

Dan aku akui,kursus tu berjaya.Berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia,sayangkan kerajaan Malaysia dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan.Mengikut kata kawan aku,dia pernah pergi
kursus BTN masa sekolah dan lepas tu bila dia dah masuk ke alam pekerjaan,dia kena pergi lagi.Dia bagitau aku,kursus BTN untuk staff2 Kerajaan adalah lebih hardcore.

Hardcore tahap ada sumpah2 setia.Rasa2 mcm brainwash pun ada.Baru sekali pergi.Kalau kena pergi tiap2 tahun,memang "biru gelap" otak dia.Aku sendiri rasa mcm tu.Mungkin kesan kursus BTN tu pada aku memang sangat2 mendalam sampai kan aku baru beberapa tahun lepas tersedar dan berfikir balik.

Mak aku dari dulu kaki kutuk Mahathir masa zaman reformasi tapi aku lah yang defend Mahathir masa tu.Tah lah,masa tu aku baru umur 17 tahun,duduk sekolah kerajaan sponsor jadi aku rasa kerajaan tu best.Siap bertekak gila babi.Hahaha.

Bila kenang2 balik,mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak,orang2 yang takde alternatif lain.Jadi,kepada anda yang dah sedar,bantu mereka yang memerlukan.Kalau hari-hari dok merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama,baca Utusan Malaysia dan Berita Hairan,memang bekulah akal nak terdetik berfikir.

Kepada kawan2 aku yang masuk kerja kerajaan,kalau pergi kursus,lepas balik jangan lupa bukak internet,baca Harakah.Juga kepada student2 lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Neutralkan balik otak anda.

Sistem Pertahanan Rahsia bawah Highway PLUS?
Oi,penceramah,kalau rahsia,kenapa kau tahu dan kenapa kau bagitau kitorang?Nak suruh kitorang hepi bayar tol ke sebab lalu situ?

Bangangnya aku satu masa dulu.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

he he aku mmg harian dgn berita hairan ... lwk tol blog ko mantoto