April 15, 2008

Penjara-Penjara Di Dunia

Aku memang senang terpesona dengan fakta-fakta pasal benda-benda mcm penjara dan kes-kes serial killer.Apatah lagi lepas tengok cerita The Rock,Shawshank Redemption dan Blood In Blood Out.

Carik2 cerita menarik dalam internet dan aku pun jumpa lah gambar2 penjara ni yang diambil oleh Wikimapia.Jadi di sini aku letakkan gambar2 yang aku dapat ni dan fikirkanlah,betapa susah nya nak lepas dari penjara mcm ni.Apa tah lagi kalau kisah Shawshank Redemption tu betul2 terjadi kepada anda.


1) Penjara Pudu


Heheh,saje je aku masukkan penjara Pudu dalam ni sebab bentuk dia unik.Nampak mcm bentuk orang mati kaki terkangkang dari atas.Atau mungkin juga menggambarkan mcm mana terkangkangnya banduan2 di penjara menerima habuan di jubur.

2) Pulau Jerejak


Satu masa dulu pulau ni cukup terkenal sebagai penempatan musuh2 politik dan banduan2 yang terkenal tapi skrg ni dah dijadikan pusat pelancongan.

3) Alcatraz


Hahah,penjara ni banyak dimasukkan dalam filem2 Hollywood menjadikan ia satu legenda.Boleh kata dengan kedudukannya yang memang jauh dari daratan,orang yang mampu lepas dari situ mungkin hanya mampu lemas walaupun telah bersusah payah lepas.

Banyak cubaan melarikan diri oleh banduan tapi banyak berjaya dipatahkan kecuali cubaan Frank Morris dan 2 kawannya yang telah hilang dari penjara mereka dan tidak dijumpai sampai sekarang (Boleh refer filem Clint Eastwood "Escape From Alcatraz",menceritakan semual macam mana 3 orang ni terlepas)

Seorang lagi yang berjaya lepas dari Alcatraz adalah Sean Connery dalam cerita The Rock.

4) Chateau d'If


Pulau If adalah satu pulau yang terletak tidak jauh dari Marseille,Perancis.Mungkin kurang popular berbanding Alcatraz tapi penjara ini mempunyai rekod bersih,tidak pernah ada orang yang terlepas.
Alexandre Dumas,pengarang "The Count of Monte Cristo" mengambil Chateau d'If ni sebagai lokasi di mana Edmund Dantes (hero cerita tu) telah dipenjarakan dan terlepas dari tangkapan.Tapi tiu hanya dalam filem.Dalam filem boleh la lepas.

Kalau berminat nak tau lebih lanjut boleh beli DVD "Count of Monte Cristo" lakonan Jim Caviezel (Passions of the Christ,Frequency) atau klik sini

5) Devils Island



Penjara ni,tak boleh lak dapat gambar dia.Mungkin luar daripada lingkungan satelit ataupun ada benda yang disorokkan.Tak tau la.Boleh baca lebih lanjut kat sini

Tak banyak yang aku pernah dengar pasal Penjara dan nilah first time aku pernah dengar pasal penjara ni.Tapi memang pelik sebab gambar tak keluar dalam map tapi data dia ada.Gerun jugak mendengar cerita-cerita pasal penjara ni.Dengar khabar pulau ni dah menjadi pusat pelancaran satelit.Mungkin itu kot yang kena sorok tu.

Kepada Bloggers2 yang kutuk2 kerajaan tu,kalau anda dibagi pilihan,penjara mana yang anda nak pegi?


3 ulasan:

Muhammad Fahmi berkata...

blog ni memang sempoi. kem tahanan kamunting boleh nampak ke? update le kalau dapat info...

Unknown berkata...

tapi penjara pudu dh xde bhai

Ain berkata...

sy penah tinggal kat penjara pulau jerejak...haaa...bukan banduan k...tp anak kpd pegawai penjara...la ni x duk situ da la...sume da pindah lepas pnjara tu ttp..seingat aku masa tu kecik lagi la...sekolah tadika lg tme tu...mmg aku denga cite pnjara tu tempat tahanan org jahat yg plg jahat n jahat sgt2 la...tp yg aku tau ms tu kami budak2 kt situ mmg bes main kt laut almaklum la uma betul2 depan pantai...tp yg penjara tu sebelah lain..perumahan sebelah lain..kitorang ke pulau pinanh naik bot..feri....bes wo0o0..x caye tny la kwn2 yg penah tinggal kt situ...n kebanyakan org tak tau pn pasal ni...siap ade yg x nk pecaya aku pnh duk sane..haha..x caye meh dtg uma tengok gmba...hehe