April 19, 2008

Food Review : Rojak Tepi UNITEN


Mungkin ramai yang tak tahu ada wujud komuniti penjaja bergerak dekat tepi highway sehala dengan pintu masuk UNITEN,on the way ke Restoran Beriani Gam Putrajaya.

Aku dah lama jugak tak lalu situ sebab jarang nak ambik exit masuk ke situ,selalunya aku menghala terus ke arah Cyberjaya.Jadi minggu lepas aku pun lalu situ balik dan terkejut jugak aku,tempat tu dah ramai peniaga.Mula-mula dulu ada satu je gerai goreng pisang kat situ yang meniaga secara haram.Sekarang ni dah dijadikan tapak perniagaan.

Aku berenti la situ sekejap,tengok still ramai yang jual kuih-muih dan ada 2 gerai jual rojak dan cendol.Siap ada satu lagi gerai jual sup tambah lagi satu jual nasi ayam.Yang lain2 aku tak try lagi.Aku try la rojak kat gerai ni.Peniaga dia perempuan India Muslim 2 orang dan sorang lagi lelaki.Lelaki tu buat cendol perempuan 2 orang tu siapkah rojak.

Ada rojak mee,mee rebus,rojak sotong,rojak biasa dan lain-lain lagi.


ROJAK - Huhuhu.Aku orang Kedah jadi makanan2 macam rojak dan mi rebus ni memang senang nak dapat.Memang dah lama aku tak makan rojak,last sekali aku rasa kat Restoran Mamak mane tah.Tak sedap langsung.

Tapi rojak ni best.First sekali,yang paling aku suka,cucur udang dia.Rangup gila.Tu syarat nombor satu rojak yang best.Tauhu dia pun aku bole rasa fresh dan baru lagi.Yang paling special,kuah dia.Tak terlalu manis sampai aku naik loya,cantik je level dia dan tahap kepedasan dia memang cun,cantik2 je pedas tu rasa2 kat hujung mulut je.

Ni lah rojak paling best aku pernah rasa kat area KL/Selangor ni.

Rating 10/10


ROJAK SOTONG - Rojak sotong ni lain sikit sebab biasanya tempat2 lain pakai sotong besar tu yang direbus jadi rasanya ada tawar sikit.Tapi gerai ni pakai sambal sotong.Pedas jugak rasanya tapi puas sebab banyak sotong yang di letak.Lain-lain sama je isi dia dengan rojak biasa.

Aku tak berapa suka sangat sebab rasa pedas sambal tu macam berlawanan dengan rasa kuah kacang rojak tu.Tapi still sedap.Mungkin lepas tu aku mintak dia asingkan dulu sotong tu letak tepi,biar aku yang gaulkan sendiri.

Rating - 8/10


CENDOL - Cendol dia,dukacitanya masa aku try first time,cair sangat.Gula dia tak rasa sangat dan bila aku kacau,boleh rasa dia sangat cair.Hari rabu haritu aku pegi lagi sekali,try balik.Ada beza.Lagi sedap.Tapi still pada aku tak berapa kaw sebab cendol dia still cair.Mungkin mulut aku suka yang pekat dan manis je.

Rating 6/10

Jadi,kepada sesiapa yang lalu nak pergi ke Putrajaya/Cyberjaya/Puchong/Bangi,bolehlah singgah dan try rojak tu.Kenyang aku hari tu.Aku syorkan try rojak dia.Abang buat cendol tu pelik je tengok aku dapat2 order terus tangkap gambar.Buang tabiat kot.

Harga :
Rojak - RM2.50
Cendol - RM1
Rojak Sotong - RM3.50

2 ulasan:

asif'o berkata...

ok arr rojak die aku try arinie...cendol die so so.. kenyang gak arr aku..huhuh

plain83 berkata...

tu bukan rojak, tu passembor la der...