Februari 17, 2017

Awkward Agama : Hidup Penuh Tak Puas Hati Yang Perlu Dipuas Hatikan


1. Apa yang kita tak puas hati?

2. Hidup kita ni, seolah hari-hari mencari apa benda yang boleh kita tak puas hati.

3. Kita mencari sasaran kemarahan dan berasa lega apabila ada seseorang yang boleh kita kritik secara berjemaah.

4. Minggu ni saja Fattah Amin, brader Valet Doa, brader ugut rogol pesaing kedai air, Shahnaaz Ahmad dan beberapa orang lagi, yang kurang bernasib baik.

5. Apa yang kita marahkan sangat? Bukannya beri kesan pada kita pun apa mereka buat.

6. "Habis tu kalau tak bagi kesan, diorang memperbodohkan orang lain Tot. Takkan nak biar, kena la lawan."

7. Masalahnya cara kita lawan tu tak betul dan kadangkala kita ni sebenarnya, tak tau apa-apa tapi oleh kerana ramai yang turut serta, kita pun turut serta.

8. Apa yang kita tak puas hati?

9. Satu contoh paling jelas adalah golongan Ustaz & Ustazah. Ada banyak lagi golongan seperti cikgu, polis, penjawat awam, pekerja asing dan lain-lain. Aku spesifikkan lagi, Ustaz Kazim. Senang.

10. Kenapa ramai menyampah dengan Ustaz Kazim? Bukan setakat menyampah, yang benci pun ada.

11. Jika difikirkan, kita bukannya ada sebab pun untuk benci dia. Mungkin kita tak suka dia gemar menyanyi, selalu keluar TV, dikatakan gila publisiti dan pelbagai lagi tohmahan.

12. Begitu juga geng yang tak suka Ustaz melawak. "Kuliah agama bukan rancangan komedi, menyampah aku dengan Ustaz tu."

13. Kita punya daya tahan menyampah, tak puas hati dan benci ni mudah sangat dijentik. Mudah. Ada masa, hanya sebab kawan kita tak suka, kita pun turut sama tak suka padahal kita tak kenal pun seseorang tu.

14. Aku bagi contoh aje Ustaz Kazim tu. Dulu, masa aku sesat, aku tengok mak aku duk layan dia. Aku cakap kat mak aku,"macam mana mak boleh suka Ustaz yang suka menyanyi-nyanyi ni mak?"

15. Mak aku kata seronok, sedap dengar. Aku tak faham apa yang mak aku suka.

16. Begitulah rapuhnya pandangan aku dulu dan aku nampak benda tu berlaku pada segelintir kita juga.

17. Latihlah diri kita buang perasaan menyampah dan benci tanpa sebab tu, perlahan-lahan. Buatlah sampai ke satu tahap di mana kita mampu doa yang baik-baik pada orang yang dah aniaya kita.

18. Kemudian kita akan sedar, kemarahan kita, kebencian kita tu, yang akan menyebabkan kita jadi marah, hangin dan naik darah, tak ada ubah apa-apa pun sebenarnya.

19. Kita rasa puas hati kerana dapat marah, yang berpunca daripada perasaan tak puas hati yang tak ada sebab musabab kita patut melibatkan diri. 

20. Macam mana hidup nak tenang kalau itu yang kita duk buat hari-hari?

Salam Jumaat!

Tiada ulasan: