Mei 30, 2012

Jangan Beli Kerusi High Chair Warna Merah Dekat Carrefour


Aku perasan dekat Carrefour kat rumah aku dan Carrefour Alamanda ada jual satu high chair budak2 kaler merah berharga RM69 brand tah hapa2 buatan China. Dinasihatkan, jangan beli kerusi tu sebab kerusi sebenarnya adalah barangan ciplak daripada kerusi Antilop dekat Ikea ni. Lagipun,kalau kau compare, kualiti dia lain. Besi dia pakai lain...potongan plastik dia pun ada rough edges.


Yang paling memelikkan, kita beli barangan ciplak sebab selalunya barang ciplak ni lagi murah. Tapi dalam kes ni, kerusi ciplak tu lagi mahal. Kau beli kerusi saja harga dia RM69. Kalau kau pegi IKEA beli kerusi Antilop ni..harga dia memang RM69...tapi kau dapat tray makan untuk pasang kat situ sekali. Harga kerusi dia aje RM40 lebih tak silap aku.

Jangan support barang ciplak.

ps. Sebarang tips atau panduan yang anda rasa sesuai dishare,emailkan dekat pengguna.genius@gmail.com

6 ulasan:

Prince of Noob berkata...

cuba kau tgk balik kat bawah kerusi tu, mungkin ada tulis Kerusi Budak 1Malaysia, tu yg jadik mahal tu...

Cik Siti Fairuz berkata...

ahahaha... cute la noob ni

Tanpa Nama berkata...

kat ikea highchair : RM49
tray : RM15
yes antilop ni paling best sbb murah, ringan, senang cuci. sebab tu kebanyakan kedai makan kt KL pun pakai antilop ni aje..

-wny

onlajer berkata...

tak beli pun tak apa

adam berkata...

mantot,

Aku ingat hang buh satu post dalam bahagian pengguna genius pasal pembelian no plat www oleh sultan johor.

Bagi suggestion no plate len belambak bleh bli dengan rege bawah rm30.

Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

haritu pg ikea harga dh lain. With tray harga RM84, RM69 WITHOUT tray. But it's still a better option than the ciplak one.