November 27, 2015

Salah Faham Masyarakat Malaysia Tentang Nilai NCD Insurans dan Hak Tuntutan Yang Kita Ada

Assalamualaikum.

Ramai orang bila cerita pasal eksiden dan sebagainya ke atas kemalangan kenderaan, mereka cukup takut kalau NCD (Non Claim Discount) hilang. Sehingga ramai yang takut nak buat claim.

Pertama sekali, kita kena tau, apa sebenarnya kes-kes yang membuatkan NCD dilupuskan dari perlindungan kenderaan kita. Perlu jelas dan terang, NCD hanya akan tertolak apabila berlaku sebarang tuntutan dan yang bersalah, adalah tuan punya polisi.

Ramai yang salah faham benda ni jadi ramai yang takut nak buat claim sebab takut NCD hilang, sehingga membuatkan ramai orang kita yang ambik insurans kenderaan hanya untuk renew road tax.

Senang aje benda ni, kalau kau tak salah, kau claim la banyak mana pun, NCD kau tak affected. Aku dah claim rim kereta, lepas rim aku kena curi, ramai yang nasihat aku, takkan la kau tak nak keluar RM800 untuk beli rim dan kau nak gadaikan NCD kan Tot?

Rim aku hilang, kena curi, aku dah letak dekat parking betul, aku dah buat report polis, polis dah sahihkan rim aku kena curi bila dia datang tengok tayar aku diganti dengan bata merah.....aku buat claim. NCD aku tak effect langsung. Tak perlu takut claim insurans.

Dah ada protection kenapa nak takut claim? Kita ambik protection untuk cover losses. Gunakanlah. Bukan murah kita bayar insurans tu tiap2 tahun.

Lagi satu, ramai orang tak tau yang tiap2 polisi kenderaan ada sediakan bantuan kecemasan percuma kalau kau menghadapi kesulitan. Contohnya, untuk aku, aku boleh mintak bantuan tow truck (coverage RM200) dari panel insurans dan kalau ada berlaku kerosakan pada kereta, aku boleh call dan wakil panel akan datang 24 jam sehari.

Banyak kes kita tengok, kereta rosak, tow truck datang, bawak pegi bengkel mana2, lepas tu kena ketuk. Bila barang dah bukak, quote harga mahal, mintak pasang balik, diorang caj mahal2. Ini semua scam terancang yang memang berlaku.

Tapi, kalau kita sebagai pengguna tahu apa bentuk perlindungan yang kita ada, adakah scam terancang yang banyak digunakan tu, akan  berjaya?

Tak.

Jadilah pengguna yang bijak. Baca polisi anda yang anda dapat. Ketahui hak anda sebagai pengguna perlindungan insurans kenderaan.

Lagi satu, kalau ada orang ada terlanggar anda dan anda rasa kerosakan tu berat untuk anda bayar, claim aje dari panel insurans dia. Aku pelik betul dengan perangai sesetengah orang, bila dia langgar orang, dia boleh pulak merayu "bang, takyah la claim insurans bang. Habis la NCD saya nanti."

Claim aje.

NCD hanya akan affected, kalau claim berlaku atas salah anda. Ramai orang tersilap paham kaitan NCD dengan claim.

Ejen Takaful Penyayang Anda
Irmanyadi Idris
018-3611628

6 ulasan:

Norizzuddin Kasim berkata...

Argghh...
Persoalan yang bermain dlm kepala aku lepas side mirror aku kena curi.

Tanya dgn insurans, depa cakap tak boleh claim. Dalam ati mcm tak percaya tapi tak pulak pi tgk detail dlm polisi insuran. Bayangkan, tanya kat pusat servis, kos nak ganti sebelah side mirror siap semua, RM588.

JUNAIDI berkata...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Tanpa Nama berkata...

jumpa saja si junaidi nov 29, 8.05 am diatas ...
insuran apa pun tak kalut nak pikiaq ... kahkahkah

gerek pekan berkata...

Setuju dgn ejen irma. Polis report akan menentukan claim kita.. Bila dh langgar belakang.. Apa2 balai cerita.. Dari report polis ni insuran kita akan di protec balik.. Kedai akan guna insuran kita terlebih dulu, lps report dh kuar.. Insuran akan claim pd insuran yg langgar kita tu. So masa beli insuran tu tanya habis2 cth insuran cermin.. Kita boleh claim 400 maa. Lebih tanggung sndiri

achan jpb berkata...

Kali ni rasa cam nak komen..psl benda ni penah jadi kat aku..kereta park kt lot parking rumah (rumah pangsa) pstu tah malaun mna gi langgar..nak dijadikan cerita saksi dpt no plat plus dpt tgkp gmbr lg..memula nak gi cari org tu nak gi letup kpala dia klu dia xnk bertanggung jwp..tp ada sorg hmba Allah ni bgtau gi buat report polis & claim insuran org tu.Alhamdulillah, berjaya claim & NCD aku xeffect langsung..

achan jpb berkata...

Kali ni rasa cam nak komen..psl benda ni penah jadi kat aku..kereta park kt lot parking rumah (rumah pangsa) pstu tah malaun mna gi langgar..nak dijadikan cerita saksi dpt no plat plus dpt tgkp gmbr lg..memula nak gi cari org tu nak gi letup kpala dia klu dia xnk bertanggung jwp..tp ada sorg hmba Allah ni bgtau gi buat report polis & claim insuran org tu.Alhamdulillah, berjaya claim & NCD aku xeffect langsung..