Disember 30, 2015

Komplen Rumah Mahal. Jual Rumah Sendiri Mahal. Apa Cerita?

1. Aku baca artikel  ni beberapa minggu lepas. Menakutkan. Nampak benar harga pasaran rumah nak dimanipulasi oleh sesetengah pihak sampai bila-bila.

2. "Private developers should not be forced to do social responsibility work or be asked to partner the government in doing so, as it would not generate good results, he added.

3. “If the government seriously believes that is a problem, then the problem needs to be tackled by the government, leave the developer to do his job and let the government take care of social welfare,” he said.

4. Takut kan baca ayat-ayat tu? Bila kerajaan cuba tackle isu harga rumah mahal melalui PR1MA, pemaju pulak yang berbunyi.

5. Aku tengok hidden objective PR1MA sebenarnya selain dari memberikan rumah yang harganya boleh kira berpatutan, adalah juga untuk melawan balik harga rumah yang tak munasabah.

6. Jadi pihak-pihak pemaju panas hati. PR1MA benar-benar menggugat periuk nasik diorang sebab pemaju jual direct kepada pembeli dan bukan melalui sistem biasa yang ada. Middle man dah kena potong. Ejen hartanah, realtor semua kena cantas. PR1MA pula, adalah projek perumahan terbesar Malaysia......kau bayangkan, berapa banyak peluang buat duit kalau guna cara penjualan tradisional?

7. Kalau kau fokus hanya kepada cerita negatif pasal PR1MA, teruskanlah hidup dengan cuba-cuba nak beli rumah 18x65 dengan harga RM420 ribu. PR1MA ni pada aku, inisiatif yang bagus. Jangan terpedaya dengan orang yang kata ini tak bagus sebab hanya pemaju perumahan yang marked up harga akan kata PR1MA ni membazir.

8. Sampai bila kau nak biar spekulator terus kawal harga rumah? Kita kena lawan. Kita kena sokong kerajaan dalam bab ni.

9. Walau bagaimanapun, seperti aku katakan semalam, kalau kerajaan aje nak buat inisiatif tapi kau sebagai pemilik rumah tak nak, tak jalan jugak.

10. Nak harga rumah turun sebab kasihankan orang yang tak mampu beli rumah, juallah rumah anda dengan harga yang mampu milik jugak.

11. Ramai yang bersetuju harga rumah tak munasabah. Tapi ramai yang tak bersetuju nak jual rumah sendiri dengan harga yang munasabah.

12. Aku harap rakyat boleh nampak benda-benda camni dan fahamkan betul-betul artikel.Janganlah baca headline dan terus nak hentam kerajaan.

13. Bila nak jual rumah, ingatlah, jangan jadi sebahagian dari punca harga rumah kat Malaysia tak munasabah.

ps - Kalau aku suggest kau jual kat Melayu bila nak jual rumah, nanti ada la yang kata aku racist.

Ejen Prudential BSN Penyayang Anda,
Mantot
018-3611628

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku lebih percaya adam smith, kerajaan tak perlu campur tangan, pasaran tempatan harus bebas (bukan TpPa). kerajaan yg tidak pernah bertukar parti pemerintah ini sudah membentuk golongan elit dengan jurang pendapatan yang melebar, pasaran hartanah dalam keadaan burble tunggu masa nak pecah. kenapa nak beli rumah sekarang? biar dia pecah. kau beli rumah hutang bukan beli cash. apabila kegawatan berlaku golongan elit dan bank akan memaksa kau melunaskan hutang tertunggak dan dengan mudah aset kau bertukar tangan. apa pun aset yang kau minat buatlah kajian dan berhati-hati, jangan sampai aset jadi liabiliti. jangan percaya pada prima, primadona malah pada anjing jiran rumah kau sekalipun.

ini tanah melayu kau boleh buat rumah kat mana kau suka!

Tanpa Nama berkata...

1. Aku tak rasa apa. Harga rumah naik atau turun.
2. Gaji aku 4 tahun kedepan ni tak menunjukkan tanda2 bahawa aku layak untuk memikir nak beli rumah
3. Gaji aku hanya layak untuk bayar ptptn, insuran nyawa, keta n kehidupan asas shj.
4. Dlm 4 thn kedepan ni , aku kena pikir mcm nk tingkatkn sejumlah wang untuk minimal kerugian 4 thn tak beli rumah yg dilalui ini
5. Selebihnya aku mengharapkan rezki yg tidak disangka² oleh Allah swt.
6. Harus bersyukur kerna ada org tinggal dlm bangsal dlm hutan kalu dibanding dgn aku.. Sekurang² aku merasai hidup dlm rumah
7. Aku dah tak pikir ini tanah melayu utk melayu, kerana ini tanah melayu, apa org melayu tu nak bg free ka duduk kat tanah dia
8. Mana boleh survive just duduk ja la

Tanpa Nama berkata...

hehe... betul tu... aku nk beli rumah ats tanah, tuan rumah nk jual RM600k... harga masa dia beli 20 tahun dulu RM150k... kuota bumi tu yg dia nk jual dgn melayu je... x mampu la , lagipun kesan anai2 byk... at least lg RM150k perlu utk betulkan balik rumah tu... huhu...

Tanpa Nama berkata...

Kawasan rumah aku dekat Jalan Kuching. Dulu jalan kuching ni kategori pinggir bandar. Sekarang ni memang dah jadi bandar la. Harga rumah dulu 150k dah boleh dapat rumah banglo tanah lot. Sekarang, rumah teres pun dah cecah 600k. Rumah banglo apa tah lagi, berjuta-juta. Sedangkan semua pun rumah2 lama yang tunggu nak runtuh je.

Tanpa Nama berkata...

Nama aku art....


Mantot tak mcm dulu dah...skrg banyak support kerajaan...ok..aku setuju bab rumah prima ni..tapi kan tot....bila prima ni nak siap...upacara pecah tanah dah 5 tahun lebih...projek tak jalan2 lagi...bila nak siap...hg tolong jawap tot...

Tanpa Nama berkata...

secara teori nya, ya... praktikal nya, tidak...
- amir

Tanpa Nama berkata...

rumah bukan komoditi!!! patut prima ni dah lama, tapi tu laaa.... yg sedia ada pun, tah bila nak siapnya prima ni, idea ok, but pelaksanaan hancur!!!

sepatutnya, org yg dah beli rumah, tak boleh jual rumah diorang at least for 10 years, n with penalty!!! ni tak, baru launch, dia anak beranak je dah beli 10 bijik rumah, yg org nak rumah x boleh beli. nanti bila rumah dah siap, bersepah units for sale!!! harga? at least double!!!

aku suka rumah x laku skrg, aku suka org x lulus loan nak beli rumah!!! padan muka pemaju, padan muka bank!!! mmg kesian kat org nak beli rumah, tapi biarlah harga rumah jatuh cam harga minyak!!!

Tanpa Nama berkata...

Kau dah stop menulis ke tot. Huhuhu

zer berkata...

aku setuju yang private developer x perlu dilibatkan dalam hal ni. patut kerajaan bina sendiri rumah2 yg hendak dijual murah ni. untuk rumah2 macam ni pastikan ada akta/regulation yang menyatakan jika nak dijual, harga mesti sama dengan harga beli. ni bg memastikan rumah murah ni x dijadikan batu loncatan bagi sesetengah org untuk ambil kesempatan.beli murah, jual bapak mahal.ia juga dpt mengelak dr rumah tersebut jd rebutan org yg tidak betul2 layak. rumah ni kekal dgn harga murah dan hanye org betul2 susah aja yg layak membeli.kalau rasa nk buat harta, beli rumah dari pemaju, kalau memang tak mampu dan tak nak keluarga merempat bawah jambatan, beli la rumah murah ni. tp nk jual balik, pastikan orang yang tak nak merempat bawah jambatan jugak yg mampu beli.

sekian