September 08, 2014

3 Golongan Mak-Bapak Yang Kaya Merangkap Promoter Produk Yang First Time Parents Perlu Jauhi Jauh-Jauh

First time parents memang selalunya akan mengalami satu fasa di mana kau akan tanya semua orang adakah langkah yang kau ambil tu betul atau tidak. Salah satu yang selalu ditanya adalah berkaitan peralatan baby. Kau takleh nak tanya atuk nenek dia sebab zaman diorang dah lain, jadi kau akan tanya orang sekeliling kau.

Orang sekeliling kau tu pulak banyak pulak pandangan dia tapi majoritinya yang aku perhati dan baca, adalah golongan mak bapak yang banyak duit dan suka rekemen barangan branded yang ridiculous harganya. Kau borak dan tanya dengan diorang ni, seolah2 kau membaca sebuah majalah yang penuh dengan iklan barangan baby yang branded dan penuh dengan recommendation yang pada dia, terbaik.....sebab dia dah beli barang tu.

Aku tak tau la kenapa penyakit "kalau dah beli barang mahal, mesti ada rasa nak rekemen kepada semua orang" sangat menular dikalangan orang kita, jadi, aku cuba nak menyelamatkan kau daripada terjebak dengan orang camtu yakni "unpaid voluntarily marketing agent."

Bila kau borak dengan diorang, rasa macam kau borak dengan salesman/saleswoman brand yang dia suka. Itu petanda awal dia.


1. Golongan mak bapak promoter baju mahal

"Kenala beli branded sebab material dia bagus bla bla bla. Nanti anak kau naik rashes. Lagipun material baju murah ni tak sama dengan yang branded ni..."

Aku tak nak kau terpedaya dengan diorang ni, jadi aku cakap jujur kat kau, kau cariklah baju paling murah dan paling comel yang kau jumpa. Sebab baju2 yang kau beli takkan boleh pakai lebih lama dari 6 bulan maksimum melainkan dia dah capai umur 2 tahun.

Kalau kau dah survey berapa harga baju anak mesti kau akan menggeletar ketakutan...so, nasihat aku, based on pengalaman aku, kau kontrol dulu perasaan nak hias anak comel2 tu sebab kau akan buang beratus2 duit kau. Beli apa yang perlu. Asal ada baju jalan satu dua dah la. Kau pun tau berapa harga gaun baby umur bawah 1 tahun berapa.

Aku rekemen : kau beli aje baju lelaki untuk semua anak kau sampailah umur dua tahun. Satu, baju lelaki lebih sopan berbanding baju budak perempuan. Dua, baju budak laki lagi murah.

2. Branded Stroller Un-Official Salesperson

"Kalau kau pakai stroller murah, anak kau panas. Lagipun kita tak tau material dia betul ke tak sesuai. Kalau yang mahal, dia punya padded span tu selesa. Lagipun banyak compartment nak letak barang, ada tray dan macam2 lagi la.."

Aku tak tau kenapa aku merasakan ada antara parents yang menjadikan stroller anak sebagai satu simbol status dia dalam masyarakat. Kau nak kenal orang ni senang aje, kau tanya dia stroller mana yang elok untuk anak kau.

Dia akan jawab McLaren atau apa2 brand yang harga dia cecah seribu atau lebih seribu. Aku sebagai seorang bapa cheapskate, aku habaq hang....kau ada nampak brand SweetCherry yang nampak cikai dan harga kadang2 tak sampai dua ratus? Itu dah ok. Kau nak brand local? Ada brand MyDear. Yang tu lagi elok cuma design dia agak out sket.

Jangan buang duit untuk stroller anak kau sebab kau perlu ingat, kau tidak menggunakan stroller anak untuk tunjuk kau bagus. Siapa terasa, dia terasa.

Aku rekemen : kau beli aje stroller yang kau rasa ok dan buang dalam kepala kau yang anak kau akan lebih selesa dengan stroller beribu2 ringgit sebab.....stroller, semua sama aje. Kalau selesa sangat, yang kau pegi pasang kipas dekat anak kau dalam stroller mahal tu kenapa? Bukan ke stroller mahal ada air cond?

3. Penjual Botol Mahal Kerana Dia Mahu The Best For Your Child Too

"Hey, apa pulak nak bagi botol murah? Kita sendiri tak tau apa material dia buat, tah2 ada BPA? Kenapa kedekut sangat nak beli botol branded yang terjamin kualitinya ni?"

Samalah seperti biasa, kalau kau jumpa golongan mak bapak banyak duit ni.,..dia akan pesan suruh beli Avent...brand import tu. Buatan Holland! Atau Tommie Tippie! Atau NUK!

Dalam bab botol, teknik kau sepatutnya camni. Start dari yang paling murah kemudian kau work your way up. Kau beli botol yang Rm6 satu, kau bagi anak kau. Tengok dia nak tak. Kalau dia tak nak, beli yang Rm10. Tak nak jugak? Upgrade yang Rm12.

Jika ada mak bapak yang rekemen beli botol mahal ni sebab "ia bagus dan kau sepatutnya nak yang terbaik untuk anak kau" just mintak tolong diorang belikan untuk anak kau.

Aku rekemen : botol Anakku...satu plastik ada 3 botol, Rm12. Puting silicone biasa 4 ringgit dapat 3. Tak perlu puting latex atau fancy2 ni. Botol pun takyah carik yang "imported" atau "branded" ni. Just carik yang bpa free.

..........

Jadi, apa kesimpulan yang kau boleh dapat hari ini?

Kadang2 ada sesetengah orang, oleh kerana terlalu mementingkan material, mereka tidak sedar mereka jadi materialistik.

Esok, kita kaji lagi satu golongan lain yang aku sure lebih seronok untuk dibincangkan. Pastikan kau kembali jika kau terasa dengan artikel ini kerana aku sure, esok kau mesti maki hamun aku.

Sekian terima kasih.

35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku beli strollet rm80 je kat warehouse mydear, walau kwn separtition aku ni bli halford rm1900.. kwn aku krani aku engineer, gaji aku 3x ganda dr dia, tp aku tak tau knp, dia punya brg2 lg mahal2 dr aku, aku ni asik xde duit je rasa nak beli brg mahal2.. bior ler, rezeki dia..huhuhu

bapak anak 2 berkata...

Aku setuju dengan hang mantot wei. Termahal belum tentu terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Aku beli stroller 2nd hand. Murah dan quality tiptop.. Tp hat botoi avent tu aku guna masa anak pertama dulu. Sebab masa lepas lahir dia x buleh menyusu badan. Skali pun dia x penah kembong perut. Baguih. Heheee. Selalunya first time jadi parent la yg poyo nk beli branded2 ni.

Petak Bunga berkata...

aku pun x de duit nak beli mewah2 kat anak aku.. kalau aku duit terlajak banyak.. aku pun nak beli..
saje2 kau fahamlah mak2 ni..

Tanpa Nama berkata...

aku dulu beli travel system (stroller + infant carrier) dlm 2++ ribu. aku rasa berbaloi sbb stroller tu boleh lipat kecik so kete aku pun kecik boleh masuk. infant carrier tu pun bagus, dah 3-4 infant dah pakai sampai besar but still look good, tak nampak lama.

Tanpa Nama berkata...

Agreed! Stroller-gua cari je kat mudah.com. Jimat, lagipun beli mahal2 belum tentu anak nak duk dalam tu. sama gak car seat. pakai pun bukan lama. silap2 manjang nak berpangku je. Pasal botol, mainan etc - beli je termampu, barang mahal ke murah ke kalau anak baling/campak ke - at the end, punah jugak. just my 2cent. :)

Rompa berkata...

Dah nama manusia, mesti nak dengar dari mulut orang jugak kan? Hehe..

Lebai gugel kan ade.. Bersepah review utk barang2..

Dah guna smartphone, silalah jadi smart juge.

Prince of Noob berkata...

nanti buat entry pasal tadika2 mahal sekali tot

noy berkata...

Saya first time parent jadi diakui barang2 baby mostly mahal2 sebab terkena tempias ibu2 muslimah yang selalu cerita pasal patenting style dorang yang islamik dan high cost. So ada rasa insecure if beli barang baby murah2. Tengoklah so called muslimah parent yang famous di media sosial. Ada yang pakai barang harga cikai2? Ada tapi mostly brg mahal2..tapi bukan salah dorang. Dorang mampu. Yang menengok ni yang cpt terpengaruh beli bende sama padahal tak berapa nak mampu...

Mantot berkata...

Islamik dan high cost?
Hahaha.

Itulah masalahnya dunia skrg ni.

Padahal, yang lebih Islamik, sbnrnya adalah yang low cost dan perniagaan yang ambil untung tidak berlebih-lebihan.

Tanpa Nama berkata...

Aku kalo bole mmg nk cari yg murah...bila dah pilih murah tetiba d kaunter dh ada stroller n carseat yg mahal....smbil manja di hadapn kaunter bini aku ckp"bie...belila yg ni cntik tahan lama"...terbang duit aku...nasihat aku kalo keluar mmbeli barang baby...better keluar sndiri...suruh wife duduk rumah..kalo wife ko beli online...kasi otong wifi hahahaha

mak budak berkata...

aku setuju mantot.
aku sendiri pernah terpengaruh nak beli barang mahal. dek kawan aku suggest. tapi dia tk byk duit pun..lagi haruuu....tapi aku sedar diri duit aku tak banyak. aku beli botol avent...sebab botol lain semua dia reject. lastly, mmg semua botol dia taknak..
tapi anak kedua, aku guna jugalah botol avent utk dia. dah tak beli lagi. lepas tu, botol memang belambak dpt hamper dr orang. hehehe

memang oii baju budak bawah setahun puluh ringgit. baju aku pun aku tk beli mahal camtu....

eddeved berkata...

eh? bukan pak menteri kata pendapatan per kapita isi rumah RM5,900 ke? banyak tu...setakat Dolce Gabbana apa ada hal? celah gigi aje.

narfey berkata...

Pendapatan seisi keluarga bang. Bukan seorang.

Tanpa Nama berkata...

Ikut kemampuan dan ikut barang apa... Macam stroller, ok kut beli mahal sikit, tp x sampai 1k, sbb abg adik semua pakai stroller sama je...

Macam botol, lagi jimat kalau bf direct feeding kalau wife x kerja, xyah beli botol n susu terus, macam anak sulung saya... Tp bila anak no 2, terpaksalaa jugak bagi botol, dgn susu perah, yes, pam susu mahal sikiy, tp lagi jimat beli pam dr beli susu utk 6 bulan!

Baju? Recycle adik beradik, atau beli aje kt gm klang, murah n cantik! Anak aku comel, pakai baju rm5 pun comel kt mata aku!

aceramza berkata...

Aku rindu zaman budak-budak pakai baju kiko, tollyjoy, kiki lala.

Kalau kecik-kecik dah pakai Baby Gap tersangatla men'jegilkan'mata aku..

sekian.

Tanpa Nama berkata...

ikut kemampuan masing masing.. tkyh kecoh kecoh nk kutuk parents tu gune brg mahal ke murah.... bior la...

pilihan di tangan masing masing.. kalau org recommend ko beli brg itu brg ini... ko buat la judgement sendiri.. perlu tak aku beli bende ni..

tk payah la nk kutuk org sgt mantot weii..

kalau ko beli stroller sweet cherry.. ko tau dok stroller sweet cherry tu je penuh kat bonet kete... aku pon berkenan ... tp bile pikir dah letk sweet cherry stroller ni brg lain nak letak mana..

mantot mantot.. ko sorang je la betul dalam dunia ni..

Tanpa Nama berkata...

aku ni anak sulung..tapi masih membesar je pon takde benda yang ko tulis ni mantot..anyway aku sokong apa yg ko tulis ni.. ada butthurt..hahah

djkarya berkata...

mahal belum tentu kuality,but kuality sudah tentu mahal :)

Zaid berkata...

Yang membeli usah menunjuk2, yang tak membeli usah iri atau mengeji.

Kalau diamalkan, tak timbul lah karangan mcm ni..
Aman dunia..

Tanpa Nama berkata...

Strongly agree with you. Orang rekemen, kita kena pandaila judge sendiri. Berbelanja ikut kemampuan.

Siapa tahu gaji biasa2 tu dah lama menabung nak beli stroller mahal sebab bajet nak berkeluarga besar so that stroller boleh guna lama. Jangan asyik nk kondem je. Asalkan dia tak susahkan orang lain, itupun dah ok.

Aku dan suami kerja doktor, dan kami pilih barang2 sweet cherry. Quinny or nuna or cosatto or whatever other brands are too expensive for us. Tapi bagi yang mampu, apa salahnya kan?

Tanpa Nama berkata...

Kalau yang memang mampu tu, tak payah la nak butthurt. Ni sembang pasal yang tak berape nak hado tu, tapi sanggup berabis nak jugak beli barang2 branded lagi mahal ni demi menjaga standard. Banyak benda lain yang lebih baik kita boleh spend daripada membazir beli barang2 mahal ni. As mantot's point, yang murah tak semestinya tak elok. Lagipun benda2 tu tak pakai lama pun. Budak grow up cepat sangat.

Tanpa Nama berkata...

Memang lah ikut kemampuan, kalau siapa ada rezeki lebih tu boleh beli yg mahal..cuma kadang2 tu ade jugak yg x brape nak mampu..tapi sbb nak tunjuk yang dia mampu, and nak kena yg brand mahal2.. sanggup berhutang credit card semua..itu yg mantot cuba sampaikan..supaya golongan2 mcm ni yg terbuka mata dan minda..

p/s: yg ckp stroller sweet cherry td x muat boot kereta, kena pandai pilih la..ambillah yg compact..yg boleh lipat mcm payung..tapi at the same time masih selesa utk baby/toddler..saya pengguna sweet cherry tegar ni, dari anak 1st sampai anak 3rd dah ni..
Kalau nak ikut kemampuan tu, rasenya mampu jugak nk guna yg mahal..cuma sebagai pengguna, gunakan kuasa pengguna kita pilih yg cost effective..

LydSunshine berkata...

part botol susu tu aku terase jugek skit. tapi ... [mestilah ada tapinya sbb nk bela diri kan], aku sesaje je suka beli botol tu sbb comel. lagipun tu je la brg mahal yg aku beli utk anak aku. stroller org bagi. baju pun ikut suka je, beli kat mana2 yg nampak cam comel. so, tinggal lagi botol je la. peace. apapun, entry ko ni betul la... buat org yg sepatutnya sentap tu, jadi sentap mengkarung.

Tanpa Nama berkata...

And nak tambah lagi, sweet cherry yg saya beli tu, mmg tip top dan byk berjasa, time jalan2 kat oversea pun mmg angkut tu je, senang nak angkut naik flight ke, bas ke, nak jalan kat town ke..banyak benua jugak la dah sampai.. so, yg murah tak semestinya takde kualiti..

Tanpa Nama berkata...

Dulu2 aku suke jugak lah baca post2 mantot ni..tapi lama2 aku tengok mantot ni post dia banyak yang negatif je..mungkin sbb nama blog dia pun cursing malay kot..lagi satu, selalu sgt cerita pasal porno, menyebabkan makin lama makin kurang hormat aku pada mantot..mintak maaf lah mantot, tapi aku rasa kau kena muhasabah balik diri kau, sbb dr pandangan aku (berdasarkan previous blog posts kau), kau selalu rasa diri kau je yg betul..off topic pun off topic la tapi aku rasa perlu jugak bagitau (as in kau pun selalu tegur org lain kan, why not letting u know their opinion about u)

Farid Alias berkata...

Dia xsalah cakap pon...

Tanpa Nama berkata...

Mantot, leh diskas kan perihal mak bapak sokmo upload gambar anak kat fb...kelak nanti wujud remaja pemberontak ekstrem dek privasi yg awal2 lagi dah burst

naim berkata...

terasa pedas cili nampaknya Anonymous September 9, 2014 at 6:21:00 PM GMT+8..kah kah kah..as u said to each their own

naim berkata...

terasa pedas cili nampaknya Anonymous September 9, 2014 at 6:21:00 PM GMT+8..kah kah kah..as u said to each their own

naim berkata...

terasa pedas cili nampaknya Anonymous September 9, 2014 at 6:21:00 PM GMT+8..kah kah kah..as u said to each their own

Tanpa Nama berkata...

Selalunya yang sanggup berhabis duit beli barang2 baby sampai ribu-riban ni yang nak dapat first baby (mcm aku dulu jgk), bila anak dah start membesar baru terasa membazir... keh keh keh padan muka aku, lepas ni buat simple2 sudah..

Reiko berkata...

Sebenarnya ak xpaham ape mslh org dgn org lain yg pkai brg branded ni. It's either you can afford it or x. N satu lg it's either you want to buy it or x, kalau sekalipun you all mampu. It's everybody's choice man. They can recommend you, sbb you dh tny but in the end it's your choice. I would like if your article were neutral enough to not judge others. Tak kisahlah org tu niat nak menunjuk ke hape. But, you are just feeding them with your own sense of...I don't know, negativity I guess?

By the way, not a hater, and x terasa lgsg. Sbb ak xde anak pun lg. But to put it it a general context, I'm just tired with our people's ill feelings toward each other. Nuff said.

Honey Lalala berkata...

Setuju ngan Reiko!

Stop negativity.

Banyakkan bersangka baik ye tot. Nanti kedut2 banyak kat muka bila tgk stroller mahal kt luar.


OOPS!

Tanpa Nama berkata...

F.N.

Bab botol aku tak setuju. Sebab aku ada jugak dapat hadiah botol Pureen mak aii test letak air menitis laju macam air paip, which is sgt2 tak selamat untuk newborn yg belom pandai kontrol suction. especially kalau ko antar anak ko pada pengasuh or taska. Botol avent mahal yes memang mahal tapi anti colic dia berhasil untuk anak aku yg direct bfeeding pun bole tersedak, sampai umo 8bln pun masih guna puting botol avent level newborn. so. bukan SEMUA orang yg pakai benda mahal tu sebab suka nampak mahal.