Aku duduk,membesar dan belajar di asrama penuh selama 5 tahun.
Kesan daripada membesar dekat tempat orang sebenarnya banyak mencorakkan hidup aku sekarang ni. Banyak benda yang aku bersyukur sangat tapi ada juga beberapa benda yang aku tak berapa suka, seperti kena ragging,buli atau paling parah, belasah dengan senior. Aku dah pernah kena rasa belasah sorang dengan 7-8 orang tapi mungkin sebab aku lagi tinggi dari senior2 aku dan aku dulu seorang yang berstamina jugak la, aku boleh nampak senior2 aku give up nak belasah aku.
"Ak eleh mamat pendek nak flying kick aku. Bukan sakit pun."
Apa sebab aku kena belasah ramai2 atau dalam istilah sekolah aku "kena rumble" tu? Aku fly (keluar sekolah tanpa kebenaran) tanpa mintak kebenaran diorang. Kau tak nampak betapa kepala bana-nya budak2 sekolah pandai ni? Senior kena bagi kau kebenaran untuk kau keluar sekolah tanpa kebenaran. Orang2 ni la yang diharapkan akan jadi pemimpin2 kerajaan satu hari nanti tapi kitorang membesar dengan mentaliti camtu.
Mungkin sebab tu kot rasuah berleluasa kat negara kita ni, hmmmm....
Ada beberapa tips yang aku boleh ajarkan kepada kau jika kau ni jenis mamat2 yang selalu kena belasah kat sekolah asrama untuk memastikan kau selamat.
1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.
2. Kalau kau hebat dalam bidang lakonan, serius shit aku cakap kat kau, sepanjang masa kau sekolah asrama, berlakon jadi pondan. Tapi jangan sampai jadi pondan betol. Aku tak tau kenapa golongan lembut ni orang tak selalu sentuh. Mungkin takut haram. Mungkin sebab lelaki lembut jarang buat benda jahat...melainkan ...jahat yang ehem2 tu.
3. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau tu.
4. Macam mana nak gain respect kawan2? Kalau kau kena belasah dengan senior. Macam mana kau nak lose respect dengan kawan2? Kau kena belasah dengan kawan2 kau sebab kau carik pasal dengan diorang.
5. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.
6. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.
7. Tapi yang penting, jangan cepat sangat kau mula lakonan kau tu. Pastikan real. Lepas kau kena sedas kat kepala...kau berlakon la pening sampai nak terlanggar dinding ke. Kalau kena sepak betis tapi kau pegang kepala...lagi sedap la diorang laukkan kau.
8. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.
9. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau. Tapi ni apply untuk kes bangang2 macam aku kena tu aje la. Kalau kau kantoi curik duit orang dan kemudian senior kau carik kau, nak belasah....berdasarkan pengalaman aku 5 tahun, aku cakap kat hang...kau deserve kena belasah.
10. Adakah aku takkan hantar anak aku pergi sekolah asrama berdasarkan pengalaman aku? Ada satu hari, aku gi open house raya rumah kawan aku kat Ampang, tengah duduk ramai2, ada sorang anak kawan aku sepak anak aku yang masa tu baru aje berumur dekat 2 tahun dari belakang. Budak2 4-5 tahun, baru belajar nak jadi ganas. Memang berkecai jiwa aku waktu tu sebab anak aku blur2 tak tau apa yang terjadi kat dia...tapi oleh kerana anak aku dianugerahkan badan yang sasa macam ayah dia, dia pusing belakang, tengok budak tu...kemudian dia sambung balik tengok TV berdiri sambil makan kuih.
Kalau nak kira takut, sampai bila2 kau takkan buat apa2.
Jadi, tak perlulah kau takut hantar anak kau ke sekolah asrama hanya sebab kau dah kerap benar tengok video budak2 belasah dalam asrama ni. Benda dah nak jadi, dia akan jadi tak kiralah macam mana pun kau cuba halang sesuatu tu berlaku.
Ada satu lesson yang aku pegang sampai sekarang yang aku belajar dari sekolah berasrama penuh ni. Kau takkan jadi dewasa kalau kau tak belajar hadap benda yang buat kau susah hati. Tapi sesusah macam mana pun hati kau, ingat....ada orang lain yang akan risaukan kau lebih dari diri kau sendiri.
So, point aku no.11...
11. Kalau kau kena belasah, jangan bagitau mak ayah kau, melainkan ada berlaku kecederaan teruk. Setakat kena sepak terajang sikit2 kena buli sikit2, biasa la tu. Kalau semua benda kau nak bagitau mak ayah kau, tu la puncanya mak ayah kau akan kena sakit jantung waktu muda.
Kalau kau sayang mak ayah kau, ingat benda ni. Especially kepada anak2 ibu tunggal atau bapa tunggal macam aku. Memang boleh sakit jiwa perasaan mak bapak ni, bila tau anak dia demam. Tu baru demam.
Belum lagi tau anak kena belasah, ye tak?

26 ulasan:
Hahahaha....nostalgia minta lesen pakai short untuk tournament rugby under 15
minta lesen pakai short?
kah kah kah boleh overwrite Tuhan tu
Antara pembulian bertauliah yang aku penah kena masa form 1 kat skolah asrama penuh kat negri sembilan dulu:
1. kena ingat nama penuh berserta binti senior form 5 n form 4 dalam masa 2 minggu orientasi.
2. Kena bagi salam bila berselisih dekat senior2 ni diikuti nama penuh masing2.
3. Tak boleh turun makan dekat dewan makan tanpa membawa tupperware, tapau untuk senior. kdg2 1 junior tapau untuk 3 senior. so 3 tupperware kena bawak.
4. tak boleh dress up lebih2 dari senior. tudung kena labuh. senior boleh pakai tudung nampak sisi buah dada. tak bleh pakai t-shirt short sleeve. senior boleh.
5. Bgn pagi awal dan kena sudah mandi pukul 5 pagi. sapa2 form 1 senior nampak still mandi pukul 5.30 pagi, kau tunggulah malam tu nanti.
6. yg muka cantik, will be easily targeted. samada dilabel sbg gedik or gatal.
7. bila jalan depan abg2 senior, pompuan form 1 xleh angkat kepala. kena jalan sambil tunduk.
8. kau kena menepati masa. keluar hostel awal, balik hostel lambat.
9. sapa yg senior rasa buat hal, contohnya degil, cantik, gatal, tiap2 malam kena panggil dgn senior dan kena 'lecture'. maksudnya, lepas dorm kena tutup lampu, ko kena duduk tengah2 bulatan dikelilingi senior sambil kena marah jerit2 dengan senior. mahkamah pun x mcmtu.kdg2 hampir tiap2 mlm mcmtu.
10. kau tak boleh over. kena skema, walaupun ko periang.
11. bila outing, bersiap sedia dgn list pesanan senior2 yg 80% diorang pesan, 20% brg kau.
12. form 1 tak bole lepak bilik tv. senior boleh.
13. kdg2 senior panggil ko semata2 nak suruh ko nyanyi depan dia je memalam. atau buat lakonan semula kesalahan yg ko buat dan diketawakan ramai2.
so..masa aku form5, ko rasa aku buat x semua ni kat form 1 aku?
tak pun...
itulah azab aku masa form 1.
huh lama juga ya kau duduk asrama
Nama je sekolah budak pandai tapi kuat membuli.Haha
alahai kenapa la takde tip2 berguna cmni dulu. kalu tak boleh aku aku rasa bahagia sikit duk kat asrama tuh dulu! huhu
alahai kenapa la takde tip2 berguna cmni dulu. kalu tak boleh aku aku rasa bahagia sikit duk kat asrama tuh dulu! huhu
Best pe dok asrama
Artikel ini tak membawa kepada perubahan yg lbh baik. Cuma meneruskan budaya buli shj. Kalau buli pupus, dan budaya pembangunan sahsiah yg disebarkan, Malaysia akan jadi lebih baik ,percaya lah..
Masa sy memula duk asrama dulu...homesick.Nangis bwh tangga...tetiba dtg senior ramai ramai dtg pujuk.Bg nasihat,hiburkan hati,ambik jd adik angkat.
Dan tak pernah ada sorg pun junior yg kene buli...kalo nakal,senior dtg bilik (itupun atas permintaan rakan2 dorm utk campurtgn,misalnya kes gaduh ke) utk bagi nasihat...
Dan tradisi itu diteruskan oleh generasi slps tu.Jd sebenarnya tak perlu kut budaya buli ni.Kena ada satu generasi yg ada kesedaran utk hentikan budaya buli ni dgn layan junior mcm adik sendiri.InsyaAllah...asrama akan jd tempat yg aman utk anak anak kita.
pengalaman duduk asrama KISAS/ KIK pengalaman indah. Tak pernak pulak dgr ada kes buli. Senior2 lembut, penyayang, sopan
Hahaha mantot pengalaman ko sama macam aku,kena pukul sebab fly tak mintak kebenaran
seriously duduk asrama ni bila pikir balik memang pengalaman yang seronok walaupun banyak pukul2,bila jumpa kawan masa sekolah balik mesti cerita pasal kena pukul dan benda tu akan jadi bahan lawak
Point 12:kalau nak rasa selamat lagi jadilah jambu warden,senior tak berani nak kacau dan macam2 boleh dapat tapi tengok la warden macam mana.Kalau warden tu jenis lembut2 macam sekolah aku dulu kena tahan2 la kalau kena usap kat mana2 bahagian badan ko
Nama aku art
Aku cikgu sekokah sbp...dah 2 buah sekolah aku bertukar...dah 10 tahun mengajar...budaya buli ni ikut pada sekolah...2 buah sekokah aku ngajar adalah sekolah baru..so buli ni kurang la...adapon junior kena belasah sebab curi duit...warden kena bertegas...lebih2 lagi pengetua...aku jadi cikgu budak2 respek sebab aku sanggup keluarkan duit aku semata2 nak belanja depa...kea buli ni bagi aku biasa la di asrama....tapi budak2 sbp ni ada satu feel bangga dalam diri depa tu bila dah habis sekokah...hg mcm tu ka mantot?...soalan ni aku harap hg jawap...
Ni komen aku yg kedua....yg 1st entah bila aku komen aku tak ingat....
bb said...
Bagi aku semua budak asrama poyo nak mampos.
Tips yang ko bagi ni takkan kurangkan buli. Tambah kepala bana dia ada laa..
And untuk parents yang ada anak umur 12 tahun kebawah, please please please and pleeeaassee didik dan pantau laa anak korang yang active nak jadi warrior (akibat pengaruh tv) ni. Comel? Maybe. But mostly menyampah dan annoying sangat. Bila dah perasan kuat tu mula laa nak target budak lain jadi punching bag. Pastu membesar jadi pembuli lak. And the cycle goes on.
hmm aku dah keluar topic... But you guys still get my point rite?
Ok bye
kan aku pernah cerita pasal perasaan bangga budak sbp tu sebelum2 ni...kau baru baca kot?
ye mmg ada benda tu. mmg ada ego dia, even dlm kalangan budak sbo sendiri ada kasta dia.
Nama aku art
Hg sekokah manq dulu tot...?
Sbo premier ka...aku suspek alam shah kot...betoi ka tekaan aku..
Wakkakakakakakakkakaka
ha ha ha! aku kena buli biasa, masuk sekolah menengah sekolah budak jahat...bukan Henry Gurney tapi sekolah yang terkenal dengan bebudak samseng tahap High Crow, selalu kena buli sebab aku tak samseng...ini pembulian lagi zalim dan hina...kepala aku biasa kena hempuk...ada sekali aku melawan...tapi akhirnya aku bagi mamat tuh swing aku...kengkadang aku bersyukur sangat dengan Tuhan sebab kena buli sebab aku belajar satu benda...kau buli orang kau tak ke mana sebab akhirnya bila kau kawin aku yakin bini kau pulak akan buli kau...aku yakin semua mamat yang suka membuli 99.9% semua takut bini ha ha ha!
gua dulu sekolah SBP jugak tot..
badan gua bulat bulat macam panda,comel jangan cerita la.kena buli sebab akak angkat gua adalah gadis idaman budak senior, dan muka gua diklasifikasikan sebagai muka tak puas hati.
antara bulian yang gua kena:
1.sepak terajang memang standard,lagi terok dari video budak singlet hitam,jari gua kena kepak dengan playar pun ada.
2.jalan itik,lompat katak,golek babi,pumping ketuk ketampi jangan cakap la
3.seksaan maharaja zhen dimana gua kena duduk dalam gelap pakai spender hadiahkan darah dekat nyamuk,kalau gua garu,kena lempang,haha
time tu memang rasa lahanat gila..
tapi bila pikir pikir balik,berat badan gua turun 20kg dalam masa 3bulan.dari comel menjadi kacak.
macam ko kata tot,gua join cricket,main bola,main rugby sampai satu tahap bila kena buli gua rasa nak gelak ja.macam makanan gua ja.badan dah keras macam batu.
bila besar,benda tu semua jadi modal bercerita bila jumpa member lama atau orang yang buli aku.
boleh buat gua tersenyum bila bila masa.nak nak bila kena rumble ramai ramai.kenangan mengusik jiwa sungguh.
apapun pengalaman itu mendewasakan kita,buli kadang2 boleh pupuk perasaan hormat,berdikari dll,terpulang pada diri kita.
kalau tanya aku,nak hanta anak masuk asrama,selagi dia balik dalam keadaan sempurna,aku rela ja,biar dia membesar dengan penuh pengalaman,sekal sekala balik rumah banyak benda dia nak bercerita dengan aku.
yea..duk asrama selalu je kene buli.tp aku selalu buat mcm yg ko ckp tu tot.ludah je dalam gelas kan.hehe.kalu org mintak ambik nasi pun sama.boleh ludah
kalu org suruh basuh baju tu jgn jd bengap sgt gi berus x pasal.rendam je dlm sabun pahtu jemur.aku pernah kene lempang sbb basuh x cuci, tp tu la 1st & last kena suruh basuh.
aku dulu xleh berlagak pondan, sbb yg pondan senior ajak tido buat peluk
sekarang kalu jumpe org yg suka buli aku mesti dia malu2. ingat kan samseng sampai mati. haha
Rasa maca kelakar je kat orang komen entri ni tak membawa apa2 perubahan especially untuk mengurangkan buli.

Aku dulu sekolah sbp juga. Pernah dibuli dan dibelasah. Kalau anak aku dapat tawaran ke sbp, aku rasa susah gak nak lepaskan sebab :
1. Aktiviti membuli terutamanya membelasah ni bila takde benda buruk terjadi boleh la kita gelak bila teringat lepas habis sekolah. Cuba kalau shit happens? Pendarahan dalam otak ke, atau lagi teruk mati? Budak yang membelasah ada kepakaran perubatan ke nak tahu bila perlu berhenti membelasah?
2. Aku tengok bila masuk universiti yang skor ramai je sekolah harian biasa. Chinese tu tak masuk SBP MRSM bagai tapi derang la yang scorer.
Aku budak sbp gak. Aku sendiri tak faham dengan mentaliti budak asrama. Aku rasa certain things yang depa buat melambangkan dorang tak manpaatkan pun apa depa blaja. Haih haih
Anak perempuan saya yang berada di dalam tingkatan 4 di sebuah sekolah teknik dibenci oleh hampir kesemua pelajar perempuan tingkatan 5; walaupun dia popular di kalangan pelajar lelaki tingkatan 5 dan juga pelajar2 tingkatan 4 lelaki dan perempuan . Hari2 ada saja kata2 kesat yang dilemparkan kepadanya oleh senior2 perempuan. Dia pernah pengsan 2 kali akibat takut untuk makan. Saya juga pernah tinggal di asrama pada tahun 80an. Saya rasa tak ada penambah baikan darihal buli membuli ni. Tambah teruk adalah. Bodoh. Duit pembayar cukai dikawal oleh budak2 umur 17tahun yang menentukan siapa yang boleh belajar di sekolah mereka.
Takpe kak. Akak buat baik InsyaAllah, Allah akan balas balik budi baik akak. Macam saya. Dulu masa junior kena sebat kayu hoki sbb sy taknak buat benda tak elok. Tapi masa sy senior. Saya tak pernah sebat junior pakai kayu hoki. Percayalah hukum karma :)
Catat Ulasan