September 04, 2008

Selamat Berpuasa

Selamat Berpuasa.

Tahun ni,akibat daripada kerja-kerja Kerajaan yang mengambik rumah kampung nenek aku untuk dibuat highway,bermakna aku akan beraya tanpa kampung buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku.

Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Terima kasih kerana menunjukkan yang anda prihatin dengan perasaan nenek aku yang hilang rumah dan tanah,digantikan dengan duit yang tak balik modal,buat rumah pun tak lepas.Kepada sesiapa yang bakal menggunakan highway Alor Setar ke Kuala Nerang nanti,sila ingat,dulu nenek aku tinggal situ,atas highway tu,situ jugak ada kedai runcit kecik dan tuan punya kedai dia baik gila dengan family aku.Sekarang,semua benda hilang,tinggal ingatan dalam kepala je.

Pembangunan punya pasal,habis tanah Melayu tergadai.Persoalan yang tak pernah dijawab lagi oleh kerajaan Kedah sebelum ni,kenapa highway tu dibina membelok melepasi pekan Langgar?Siapa boleh jawab?Ketuanan Melayu punya angkara.

Insya Allah,tahun ni beraya lah aku di tempat baru dengan kerajaan yang baru.Maksud aku kerajaan Negeri Kedah yang baru.Kerajaan Pusat?

Insya Allah.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat Berpuasa mantot! So, ko still raya kat Kedah lagi la ya? Kira ok la dari aku. Seumur hidup aku, aku raya kat KL aje. Dah bosan dah ni. Raya tahun lepas la plg tak raya bg aku. Disbbkan hujan,aku langsung tak kluar braya. Abih aku kena maki dgn sedara-mara. Hahaha!!

Tanpa Nama berkata...

kalau hg tak bleh raya kat rumah baru tu aku rasa hang mai la raya kat rumah aku kat arau ni..bukannya jauh pun aku rasa 1 jam aja dari kg lama hg tu..dulu rumah aku pun hampir nak jd mangsa mcm kg hg juga..depa nak buat hihgway changloon-kuala perlis.. tp disebabkan plan awai tu menyebabkan depa terpaksa robohkan rumah singgahan adik beradik raya perlis maka depa terpaksa ubah plan.. jd kg aku pun selamat..kalau tak tak tau la..nasib aku lebih awai terima drp hg..

Tanpa Nama berkata...

Really nice to know that you're back! ;)

Tanpa Nama berkata...

Fulawey Bro,

Rumah nenek aku dah lama jadi Jalanraya. Nasib baik aku sempat ambik papan sekeping buat kenang-kenangan. Aku frame tampal kat dinding.

Salam perkenalan, Aku Mohd Yoda. Baru nak berblog nih....rajin-rajin visit aku kat http://siapamelayu.blogspot.com/

Citer tanah orang Melayu ni Mohamad Mohamad Taib lagi teror bab-bab menjual. Ko tanya ler dia!

Tanpa Nama berkata...

hahaha,,sayala orgnya yg nati nak guna jalan tu,,

maybe dia kona lepas pekan Langgar coz kat situ kan ada hospital,,dan rumah2 yg memang xleh nego lagi nak pindah atau x,,n whatnot,,

Mochitsuki Hitomi a/p Thien Wu berkata...

tanah kat pekan atau bando lebeh mahal dari kampung laman... tu pasal depa sanggup bayo ekstra untuk simen, bitumen ngan cam-macam lagi untuk melewati pekan langgo. lagipun dalam piawaian perancangan bando dah termaktub dah, tu la yang selalunya bernama bypass.