Jun 30, 2014

Apa Salahnya Buat Maksiat Dalam Masjid?

"I like ur idea, tapi kalau kita lihat dari sudut yg lain tentang tmpt main sepak takraw, badminton dan lain2 di masjid, kita kena fikir pemakaian org melayu kita skrng ni. rata2 lelaki melayu sngt2 la suka pakai seluar pendek, aurat terbuka dan macam2 lagi la masa bersenam. dan nak buat tmpat besenam ni di masjid, sbb rata2 org malaysia susah nk tegur org buat salah. lagi lagi kalau dah kawan2 sendiri. poyo katanya.. kalau kita tegur pula esok harinya tak datang situ dah, silap2 terus bermasam muka. kadang2, naik bas pun susah nak cakap terima kasih, apetah lagi senyum. idea untuk buat tempat rekreasi di masjid ni bagus sebenarnya tapi itulah mentaliti org melayu, xboleh ditegur. cepat sangat ?sentap. melayu perlu ubah mentaliti ke arah sikap keterbukaan dalam menerima pendapat org lain."

Terima kasih untuk pengkomen yang menulis benda ni. Kau dengan jelas menceritakan mengenai betapa payahnya buat benda betul di Malaysia....dan betapa jauhnya ramai orang Melayu dengan agama yang dia bangga-banggakan sangat.

Kau cuba lah buat beberapa benda ni yang aku kerap utarakan ;

1. Tegur orang hisap rokok itu haram, mengikut mufti.
2. Tegur orang yang labur ASB menggunakan loan, haram, mengikut mufti.
3. Tegur pelabur FOREX yang tak ada urusan jual beli itu haram, kerana ia riba.
4. Tegur orang supaya tutup aurat....
5. Tegur perempuan supaya jangan gelak mengilai dekat public
6. Tegur couple supaya jangan peluk2 dekat shopping kompleks

.....dan bermacam lagilah benda yang sebenarnya tak betul, tapi reaksi yang selalunya kau akan dapat adalah.."kau jangan sibuk, kau jaga tepi kain orang kau dapat apa? suka hati aku la nak makan riba." Kalau kau tak percaya, kau buat la. Jadi, ramai yang pilih jalan selamat, buat2 tak nampak, malas nak campur tangan. KAN?

Tapi bila bab budak OKU kena kurung, dia pulak first sekali yang jadi tukang kondem, kan? Hehe.

Kau tau apa salah satu bukti Melayu ni tak betul?

Dekat depan masjid, ada signboard khas yang menggesa supaya pengunjung masjid tu berpakaian menutup aurat. Masalahnya, jika target signboard tu adalah untuk orang bukan Islam tak mengapalah, tapi signboard tu sebenarnya adalah untuk orang Islam. Hehe. Betul kan?

Melayu adalah bangsa yang bila dia kena tegur mengenai benda yang salah, dia tarik muka. Dia tak nak kawan lagi dah dengan kau. Kalau kawan kau tegur kau tak puasa, kau marah. Kalau kawan kau tegur kau jangan pegi disko masa Ramadhan, kau mengamuk.

Sebab kau rasa benda tu intruding. Padahal, dalam diri kau, kau sendiri tau, benda tu betul.

Aku ada terbaca artikel yang menceritakan mengenai betapa dalamnya dakyah Yahudi dalam kehidupan kita menggunakan formula 3S, iaitu song, sex dan sports. 3S ni digunakan untuk melemahkan orang Islam dan siap diletakkan muka Khairy Jamaluddin yang baru saja mengupdate status "sanggup berjaga demi sukan.." dan apa yang ditulis dia dipersoalkan. (link)

Memang betul 3S tu digunakan oleh musuh Islam untuk melemahkan Islam. Ia! Tapi dalam Islam sendiri ada 3S dia. Dalam Islam tak pun mengharamkan lagu, dalam Islam amat menggalakkan seks sesama suami isteri dan siap diajar tata tertibnya dan dalam Islam pun ada sukan dia. Apa dia sukan Rasulullah? Tunggang kuda, memanah dan berenang. Even dalam satu cerita Nabi yang aku dengar, Rasulullah sendiri pernah tengok orang menari dalam masjid dan dia siap layan lagi.

Kenapa kita kena follow 3S barat dan tak create 3S kita sendiri?

Lihatlah kembali kepada masyarakat kita. Ramai antara kita menjadikan pemuzik barat sebagai idola, termasuklah aku. Nak seks halal? Kita susahkan orang bujang nak berkahwin, kita payahkan mereka dengan pelbagai syarat dan kemahuan yang sebenarnya tak wajib pun diikuti. Nak bersukan? Yang kita biarkan sekumpulan pemuda Melayu kejar sebiji bola dengan berseluar pendek dan gadis2 Melayu terkangkang dengan baju ketat dalam acara gimrama kenapa?

Kita marah bila kena tegur......kemudian bila ada keburukan pada masyarakat kita, kita salahkan orang Cina, orang Barat dan paling senang, orang Yahudi.

Aku tau memang ada disebut siapa musuh Islam....tapi takkanlah sampai camgitu sekali egonya kita ni, sehinggakan kita tak nak mengaku...yang sebenarnya ; .....tak ada pun orang Yahudi paksa umat Islam Malaysia tayang aurat untuk jadi alat marketing, bukan Yahudi pun yang suruh komposer2 Melayu buat lagu2 cinta bunga2 supaya couple makin ramai dan bukannya Yahudi pun yang paksa orang Melayu ni follow sukan siang malam.

Semua tu berlaku atas kemahuan orang Melayu Islam Malaysia sendiri kan? Tak ada pun orang Yahudi tunggu depan masjid dengan senapang halau kita jangan masuk. Tapi kita sendiri yang nak jauh dari masjid. Sebab dalam masjid ;

1. Takleh bukak aurat
2. Takleh maki hamun orang
3. Takleh mengumpat
4. Takleh bermaksiat
5. Dan bermacam2 lagi la yang tak boleh.

Padahal....boleh aje kan kau nak buat maksiat dalam masjid sebenarnya?

Tapi kenapa kita tak buat? Kenapa semua perempuan Melayu tutup aurat dalam masjid? Kenapa orang Melayu jadi satu manusia yang lain sifat dia dalam masjid?

Sebab kita tau itu rumah Allah. Jadi kita respek lebih sikit. Tapi sebagai seorang Islam, kau tak sedar ke, tanah yang kau duduk ni, bumi siapa?

So, kenapa hanya respek rumah-Nya?

Yahudi boleh buat apa saja yang dia nak. Dia boleh hantar segala anasir buruk yang dia suka. Semua tu bergantung kepada kau. Kau suka diri kau masa dalam masjid atau kau suka diri kau masa di luar masjid?

Kau yang kena pilih.
Kau pilih apa yang Yahudi provide, kau la salah, kan?

Jun 27, 2014

Perlukah Semua Keluarga Yang Mempunyai Anak OKU Membela Seekor Panda Untuk Mendapatkan Perhatian?

Me and my Angel…sesak dengan news feed berkenaan bantuan yang kerajaan sediakan untuk anak-anak OKU. Betapa masyarakat dibutakan dengan kononnya semua anak OKU layak menerima bantuan bulanan RM300. Inilah hakikat sebenar..

Ini hakikat yang sebenar wahai semua…bantuan itu akan disaring, aku yang hanya kerani dan suami seorang atendan hospital pun dikira tak layak menerima walau sesen pun dari bantuan. Bagi yang layak pula perlu hadir ke kelas PDK sekurang-kurangnya 8x sebulan…sesuatu yang agak tidak logik diakal bagi anak OKU yang terlantar untuk tidak ponteng ke kelas. Majoriti mereka mempunyai masalah kesihatan yang severe sama seperti Angel.

Ada parents yang tak mendapat kebenaran untuk keluar waktu bekerja 2x seminggu…mungkin kerana boss yang tak memahami, rakan sekerja yang busuk hati. Bantuan bagi yang layak ditolak dihitung…akhirnya hanya layak rm50. Ada pula yang bercakap mengenai kelas pendidikan khas. Hello hanya untuk yang boleh menguruskan diri…anak OKU terlantar mana boleh nak urus diri..makan pun bersuap, kencing berak dibasuh….so kesudahannya majoriti semuanya tidak bersekolah.

Andai kerajaan dah umumkan bantuan, sepatutnya bagi je lah sebaik saja anak-anak ini disahkan sebagai ORANG KURANG UPAYA! bantuan untuk mereka…bukan untuk ibu bapa pun. Hak mereka hanya gah di kertas…gah di FB, di laman sosial. Hakikatnya kami yang bergelut seharian…syukur Allah masuh memberikan kami hidayah untuk menjaga anak-anak syurga ini seadaanya…

Saya selaku Pengerusi pertubuhan, hanya mewakili suara teman-teman seperjuangan di Pertubuhan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia dimana rata-rata anak istimewa kami tidak mendapat hak yang sewajarnya. Moga dapat membuka mata masyarakat dan juga memperbaiki sistem yang sedia ada. Bukan hanya untk insan terpilih sahaja..tetapi untuk semua yang bergelar anak OKU.

*saya izinkan semua untuk share seberapa ramai yang mungkin; moga dapat membuka mata masyarakat di luar sana..

Oleh : Puan Khairun Darwani Khairuddin
Pengerusi Persatuan Harapan Anak-anak Istimewa Malaysia

................

Jika selepas membaca artikel ni dan kau fikir "eh, macam mana kerani boleh jadi pengerusi NGO?" aku ingin khabarkan kepada kau, Ramadhan dah dekat. Solat Tarawikh pertama, tolong jangan miss.

Bulan puasa nanti, jangan lupa untuk pegi melawat panda.
You are helping the country, a lot.

Jun 26, 2014

Kenapa Melayu Berlumba Nak Ikut Arab? Kenapa Tak Nak Jadi Macam Non Muslim?

Kau tau ada kewujudan yang bertajuk Khawwater Ash-Shab (Khuatir Asy- Shabab?) Aku tak tau camna nak eja nama dia betul2.

Rancangan tu ditayangkan kat TV Al-Hijrah, dulu waktu Maghrib, sekarang ni, dah ubah. Aku rasa petang kot. Untuk sesiapa yang tak tau, rancangan tu memaparkan pengacara yang bernama Ahmad Sughairi, seorang belia berumur yang suka buat perbandingan mengenai betapa berbezanya bangsa Arab dia sendiri berbanding bangsa lain yang tak semestinya Islam.

Cara dia mendidik tu, kadang2 agak keterlaluan sebab dia agak berani dan dia jugak tak takut konfrontasi. Ada satu episod, seorang lelaki Arab double park kereta dan block kereta lelaki Filipina ni dan dia dengan selambanya pegi tanya "kenapa kau buat camtu? Kau tak ada rasa bersalah ke buat camtu kat dia? Malu la, dah la kau Islam. Mintak maaf dengan dia!"

Tergelak aku tengok tu sebab kelakar bila tengok seorang Muslim Arab dengan muka bangganya minta maaf tersipu2 dekat seorang lelaki Filipina yang dah berpeluh tunggu nak balik.

Apa saja yang dia tonjolkan dalam rancangan dia, adalah betapa berbezanya kelakuan bangsa Arab berbanding bangsa lain yang menetap di Arab Saudi. Dia ada buat special season melawat Jepun dan yang memilukan hati, sebagai seorang Islam, pada akhirnya, dia terpaksa mengaku...

"Orang Jepun, yang bukan Muslim dan bukan Islam, jauh lebih dekat dengan Islam berbanding orang dia dekat Arab Saudi."

ORANG JEPUN! YANG SUKA PORN! YANG SUKA TENGOK TENTACLE PORN! YANG SANGAT GEMAR MEMAPARKAN AKSI GADIS BAWAH UMUR MENYELAMATKAN DUNIA SAMBIL SKIRTNYA TERANGKAT DITIUP ANGIN!

Jadi kenapa aku menulis pasal dia ni hari ni?

Sebab dua hari lepas, TV Al-Hijrah ada tayangkan season baru dia. Tengah layan thumbnail channel dekat TV, wife aku bersorak "Woah! Dia datang Malaysia!" Woohoo. Mamat ni datang Malaysia. Cepat2 kitorang tukar. Alih2, rupanya, dia datang Singapore.

Dan di sinilah aku pulak timbul rasa malu.Aku tak tau pasal Singapore. Student aku yang asal Singapore semua ok aje. Aku tak pernah pegi sana. Kalau ikut mulut orang kita, Singapore adalah ;

1. Tempat orang Cina kiasu
2. Tempat Melayu kena jajah
3. Singapore suck
4. Melayu memang jadi kuli Cina aje

Itu yang aku rasa kita semua dengar, kan? Mungkin benar, mungkin tidak, aku tak tau. Tapi aku setuju terhadap apa saja yang kerajaan diorang buat pasal rokok dan merokok. Aku tak nak cakap kerajaan kita tak kompeten, tapi.....kalau zon larangan merokok pun orang tak peduli, ada sesuatu yang tak kena dengan undang2 dan pendidikan negara.

Ok, berbalik kepada Ahmad Sughairi, dalam episod dia pegi Singapura yang aku tengok, dia pegi masjid. Kemudian dia bandingkan masjid kat situ dengan masjid kat Arab Saudi. Betapa besarnya perbezaan sebab jelas dan terang, masjid kat Singapura tu jauh lebih progressif.

Ada library! Ada playground untuk budak main sementara mak abah solat! Ada bilik rehat. Carta organisasi masjid diketuai oleh seorang CEO dan juga Imam Besar Masjid. Dalam struktur organisasi masjid tersebut jugak, terdapat AJK yang dilantik untuk mengembangkan peranan masjid dalam masyarakat. Aktiviti dalam masjid bukan sekadar untuk solat. Masjid dijadikan pusat komuniti.

Bila dia tunjuk Masjid kat Arab Saudi, apa yang ditonjolkan, saling tak tumpah dengan apa yang kita boleh hari2.

Masjid hanya sekadar jadi tempat solat. Budak nak main dalam masjid dihalau. Masjid sunyi kalau bukan waktu solat. Fungsi masjid tidak dikembangkan dengan sempurna. Bila kita tengok carta organisasi masjid kita pulak, yang menyedihkan, macam kat kampung wife aku la.....semua yang pegang kuasa dalam struktur masjid adalah orang2 politik tahap kampung yang kau hanya akan jumpa dia kat masjid, kalau ada event2 penting sahaja. Jawatan yang politician kampung ni tak nak, imam, bilal dan tok siak.

Aku rasa fungsi masjid boleh diperbanyakkan lagi di Malaysia apa? Macam2 kita boleh buat. Letak court takraw ke, court badminton ke, buat kelas-kelas yang tak melibatkan ilmu agama macam kelas melukis ke, buatkan satu playground supaya budak2 datang masjid, main dalam masjid.

Ini balik2 sunyi sepi. Macam rumah kosong yang terbiar.

Aku agak terkejut bila tengok Singapore macam tu sebab aku tak sangka dia se-progressif tu dalam bab Islam ni. Memang aku tau sijil Halal diorang agak strict implementationnya tapi bila bab masjid, tak sangka jugak yang Singapura sebenarnya dah mendahului kita....Membuatkan aku rasa macam kita ni sebenarnya mentaliti takuk lama lagi.

Yang sangat2 menyedihkan aku, selama aku tengok rancangan ni dah berapa tahun, apa yang berlaku dekat Arab Saudi dan apa yang aku nampak dekat Malaysia, adalah benda yang sama. Orang Islam hidup tanpa mengamalkan Islam. Kebersihan? Out. Moral? Out! Adab? Kita ok sket kot dari diorang berdasarkan footage yang dia tunjuk selama ni.

Kita berlumba2 untuk lebih menyerupai Arab Saudi sedangkan negara2 yang patut kita contohi, maaflah, bukannya negara2 Islam. Lupakan sebentar mengenai Jepun dan perihal mereka mengenai awek dan tentacle atau porno censored dekat faraj....mentaliti mereka dalam kehidupan tu, sebenarnya jauh lebih Islam berbanding kita.

Dekat Singapore aku tak tau tapi berdasarkan kepada cerita2 yang aku dengar sendiri, rumours mengenai Singapura tu kalau boleh, janganlah dipercayai semua sekali. Selidik lah dulu. Buktikan pada orang yang Melayu Malaysia tidaklah sebodoh itu.

Memang memalukan bila tengok benda camtu. Kita Islam jadi kita assume kita dah terbaik. Mungkin itu yang membuatkan kita jadi lalai dan kita berenti berusaha jadi terbaik? Rasulullah kata kita umat terbaik, tapi takkanlah setakat itu aje kepercayaan kita?

Mana usahanya untuk jadi terbaik? Kalau semua orang kata kau handsome tapi kau tak mandi, kau still busuk kan?

Jun 25, 2014

Imashima Lola Adalah Wanita Paling Dibenci Pada Hari Ini dan Beliau Patut Diajar!

1. Ada orang tanya aku sarkastik atau tidak semalam. Tak, aku serius.

2. Sebab witch hunt macam itu berlaku setiap masa.

3. Aku pun dulu sama macam tu. Tapi lama kelamaan aku sedar...

4. Kalau aku tak tolong dia selama ni, siapa pulak aku nak kutuk dia tiba2?

5. Adat orang kita, bila benda dah berlaku baru nak concern.

6. Selepas dia disebarkan sebagai "ibu dari neraka" ni, apa yang jadi dekat dia?

7. Korang kutuk dia, korang caci dia, korang maki dia. Persoalannya, kenapa kau rasa kau layak kutuk dia, sedangkan kau tak kenal pun dia selama ni? Motherfucker betol kita semua ni kan?

8. Aku ulang lagi sekali apa aku selalu tulis, masyarakat Melayu suka misery. Masyarakat Melayu zaman sekarang suka orang terbabas.

9. Aku pun banyak kali terasa camtu dulu. Aku pun banyak buat silap camtu.

10. Walaupun begitu. aku sure ada orang kat luar sana yang sentiasa hoping aku tersalah langkah. Mungkin dia wish aku tak bahagia ke, dia wish aku patah kaki ke, kemalangan ke. Masa aku nak kahwin dulu ada yang komen, dia berharap aku kahwin tak lama. Paling lama pun 3 bulan, dia expect.

11. Sebab dia ada berdendam dengan aku mungkin? Dia marah aku kutuk ibu2 yang breastfeed dekat public? Dia marah aku kutuk perempuan yang pakai seksi? Dia marah sebab aku selalu kutuk photographer yang kerjanya shoot perempuan seksi untuk carik rezeki halal?

12. Dengar sini. Kita dah capai satu tahap di mana kita suka tengok orang lain susah untuk jadi bahan bualan kita.

13. Bila seseorang yang kau tak suka ditimpa musibah, kau anggap itu pengajaran untuk dia, atas apa yang dia dah buat selama ni yang kau rasa tak suka pada diri kau.

14. Jadi, apa yang mak budak tu dah buat kat kau selama ni? Dia bukannya PM yang menentukan masa depan negara. Dia bukannya bos kau yang tak bayar gaji kau.

15. Apa yang dia dah lakukan memang silap! Betul! Tapi pengajarannya bukan untuk dia bai! Pengajarannya adalah untuk kita!

16. Tapi apa yang kau dah lakukan dekat dia lagi silap! Kesilapan yang kau dah buat dekat dia jauh lagi besar berbanding apa yang dia dah buat dekat anak dia. Jelas benar kita tak ambik pun pengajaran yang terpampang depan mata kita.

17. KAU TAK KENAL PUN DIA SEBELUM NI!

18. Tapi apa yang korang dah buat kat dia? Hacked akaun Facebook dia. Kutuk dia. Maki dia. Kata dia tak pandai jaga anak. Kata dia nak bunuh anak dia. Siap dedahkan gaji dia nak membuktikan yang dia sebenarnya gaji ok la jugak, bagitau satu Malaysia yang "Hoi, dia ni ibu yang datang dari neraka. Dia ada duit tapi kau tengoklah betapa busuknya hati dia ni sehinggakan anak dia sendiri pun dia biarkan camtu!

19. Kau sure ke semua yang kau katakan tu betul? Kau sure dia memang berniat nak bunuh anak dia? 100% sure? Kau sure?

20. Apa yang dia buat, salah. Memang betul dia tak patut biarkan anak dia camtu.

21. Jadi sekarang ni, kebanyakan warga internet Malaysia menyertai witchhunt untuk membuktikan yang, ya....dia ni memang ibu tak guna. You win! Satu Malaysia sekarang tau dia ni mak tak guna. Yeah!

22. "Jom kita pakat ramai2 meranakan hidup dia kerana dia treat anak dia camtu."

23. At the end of the day, bila benda ni dah reda dan orang dah mula lupa, satu aje persoalan yang tinggal..."siapa nak jaga budak tu kalau mak dia dah ditangkap atau didakwa?"

24. Meh aku tuduh kau tak pandai jaga anak kau sendiri, kau rasa apa? Kalau kau kena perli dengan mertua kau pun (khasnya kaum isteri) yang kau ni tak berapa kompeten jaga anak kau...kau rasa apa? Pedih ulu hati kan?

25. Sekarang cuba bayangkan yang satu Malaysia kata yang kau tak kompeten jaga anak kau sendiri dan kemudian diorang hack akaun Facebook kau, post benda2 karut, kemudian kontek ofis kau, tanya gaji kau berapa, performance kau macam mana, ada masalah disiplin ke tak.

26. Aku bukan bersangka baik dengan mak dia. Dah jelas yang mak dia abandon dia.

27. Tapi aku bersangka buruk dengan korang semua...

28. Sebab aku rasa semua orang yang kutuk mak dia, deserve disangka buruk. Intention kau, mungkin murni.....tapi....macam kita selalu nampak, jika kita dimintak kejar pencuri, ramai yang buat2 tak dengar tapi bila diberi peluang belasah pencuri, berapa ramai yang join?

29. Ada sorang aje yang jawab "sanggup atau tidak kau jaga budak tu" semalam. Ada yang siap tanya aku balik, kalau aku, aku sanggup ke. Aku straight aje jawab, aku tak sanggup. Itu anak dia. Bukan anak aku. Pandai2 dia la jaga anak dia guna cara dia.

Jun 24, 2014

Syukur Alhamdulillah Ramai Orang Kita Yang Menawarkan Diri Untuk Jaga Remaja OKU Tersebut

Harap ramai yang dah bersabar lepas mendapat tahu mengenai nasib seorang budak yang ditinggalkan oleh ibunya agak melarat. Sehari dua ni, aku cuba berfikir pasal benda tu sebab apa yang terjadi sebenarnya, sangat menyayat hati.

Macam biasalah, masyarakat kita, secara pantas, terus menjadikan mak dia sebagai sasaran. Habis dikorek akaun Facebook dia, semua gambar yang diupload dijadikan point2 nak kutuk dan segala benda yang mak dia postkan akan dijadikan bahan kajian.

"Ak eleh...takde duit nak jaga anak konon. Masa nak selfie ada pulak!"

"Tu ada duit nak beli tudung lip-lap, takkanlah tak mampu kot?"

"Ada pulak masa dia post update dekat Facebook! Jahanam punya mak!"


Dari komen2 yang aku baca, kita boleh agak majoriti orang akan merasakan yang mak dia salah! Takpe. Aku nak try defend mak dia hari ni. Sebelum aku mulakan, aku akui memang tak patut dia biarkan anak dia camtu. Tapi.....sebagai masyarakat; kita kena paham yang dia mak budak tu, bukan kita.

Mungkin ada beberapa sebab yang membuatkan dia terpaksa camtu.

1. Kau boleh cakap senang, mintak mak dia buat itu buat ini tapi dia ibu tunggal. Kau takkan paham selagi kau bukan ibu tunggal.

2. Dia dah la ibu tunggal, kemudian dia ada anak yang mempunyai kondisi yang agak complicated.

3. Kau bayangkan macam mana nak buat belanja keluarga dia dengan satu income yang aku rasa agak rendah dan anak dia camgitu. Kau ada laki bini pun semput belanja apatah lagi dia?

4. Sekarang kerja agak payah kan? Ekonomi negara berada pada paras terendah. Jika kau jadi mak dia, kau nak berenti kerja, gamble hidup takde income atau kau teruskan kerja untuk pastikan anak kau ada tanggungan kos rawatan dia. Pilih.

5. Jadi, kenapa budak tu dikurung? Mungkin sebab kalau dia dibiarkan dalam rumah, dia terberak merata2? Kau tak ada laki nak tolong cuci rumah, kau nak kena pergi kerja, kemudian kau takut terlambat pergi kerja, kau nak buat apa? Bukan ada orang nak jaga anak kau pun.

6. Cuba kau jadi mak dia, kau rasa mampu ke kau bayarkan orang untuk jaga anak dia yang macam tu condition dia?

7. Cuba kau jadi orang yang dioffer untuk jaga budak tu, berapa bayaran kau rasa patut? Kau rasa mak dia mampu nak bayar?

8. Lastly, kenapa mak dia "menggedik" dalam Facebook (seperti yang kau kata) tayang gambar makeup berselfie dan sebagainya? Berapa kerat orang yang letak gambar dia dalam keadaan hodoh dan memalukan dalam Facebook? Yang tudung dia jadi isu kenapa? Kau pakai tudung ke tidak dekat akaun Facebook kau?

.................

Pada aku, daripada kau kutuk mak dia tak tentu pasal, tolong buat saringan dekat diri sendiri dulu. Tanya dulu diri beberapa soalan ini.

1. Adakah anda sanggup nak tolong jagakan budak tu macam anak sendiri?

2. Kenapa kau tak mempersoalkan di mana bapak dia?

3. Mana ayah tiri dia?

4. Aku ulang lagi sekali, sebelum kau kutuk mak dia, tanya diri sendiri, kau nak ke tak jagakan budak tu? Kalau kau tak nak, pada aku, baik kau duduk diam2.

Alih2 aku tengok konklusinya sama ada nak hantar JKM atau bekas penjaga dia tu nak ambik jaga balik. Mana dia tawaran orang ramai nak jaga budak tu sedangkan aku tengok dalam internet, ramai betul masyarakat kita yang prihatin pasal nasib budak tu.

Jujur aku tanya kau, RM200 cukup ke nak jaga anak dia? Orang gaji 2 ribu pun kadang2 kena buat kerja lain nak sapot income. Kenapa kos hidup kat negara ni mengarut sangat aa? Kenapa nilai bantuan masyarakat ke atas orang susah seolah2 tak sesuai dengan nilai yang perlu kita bayar aa?

Jun 23, 2014

Petua Melayu Moden : Menyelesaikan Masalah Koloni Lipas Dengan Sebotol V-Soy Original

Aku just nak share satu petua Melayu moden yang aku temui secara kebetulan.

Semua orang mungkin mengalami masalah kewujudan serangga dalam kereta. Macam kereta aku ada lipas kecik. Bukan banyak pun, ada la dalam seekor dua. Agak menakjubkan jugak salah seekor lipas tu siap boleh termasuk dalam meter kereta aku betul2 depan speedometer dan nampaknya dia memang pilih nak menghembuskan nafas terakhirnya dekat situ...

Jadi sekarang ni tiap2 kali aku drive, aku nampak bangkai lipas dalam meter kereta aku. Aku pun tak tahu macam mana nak rectify benda tu....

Fast forward to current time, oleh kerana kebelakangan ini aku agak sibuk, jadi kereta aku jarang aku kemas. Kadang2 sebab dah tak larat nak kemas bila sampai rumah, aku biarkan aje la sampah yang ada dekat tempat letak minuman tu.

Hari-hari aku minum Vitamilk. Vitamilk ni datang dalam botol kaca. Tapi oleh kerana pada hari Jumaat lepas habis Vitamilk, aku beli V-Soy sebotol.

Jadi nak dijadikan cerita, aku terlupa nak keluarkan botol tu dari kereta aku sepanjang hujung minggu hari tu. Bila dah sampai KL semalam, sambil tengah kemas2 kereta aku dan wife aku...aku terperasan yang botol V-Soy tu ada.

Kau tau apa ada dalam tu?

Sekeluarga lipas german. Ada la dalam 11 ekor tengah sedap sedut serbuk soya dalam botol. Terus gua buang.

Hari ni buat pertama kalinya, aku bawak kereta, tak ada lipas hidup melintas depan aku. Serius berkesan. Sebab lipas tu terkurung dalam botol tu.

Jadi, kalau kau ada masalah lipas kecik dalam kereta, kau beli air soya V-Soy, kau minum, kemudian kau letakkan dalam kereta untuk dua hari ke tiga hari. Kau akan dapat lihat ada koloni lipas mula duduk dalam botol tu. Buang aje lah botol tu lepas tu kalau kau tak sanggup nak isi botol berkoloni lipas tu dengan air.

Jun 20, 2014

Bab 02 : Jika Kau Perlu Menipu Dalam Kerja, Itu Tandanya Kau Tak Perlu Kerja Di Situ

Coming Out of The Closet Chapter 2

Berapa jauh kau akan sanggup buat salah, asalkan mata pencarian kau tak tergugat?

Dari bulan 1 hari tu sampailah sekarang, aku diganggu dengan persoalan tu. Kau bukak Facebook, kau akan nampak orang post pasal tabiat orang kita yang mencuri tulang dalam pekerjaan. Tapi aku selalu tertanya2, kenapa tak ramai yang post pasal majikan yang mencuri peluang dalam pekerjaan.

Sama case kan? Cuma individu dia inverted.

Kenapa tak ramai yang mempersoalkan mengenai majikan yang mengambil peluang? Kenapa? Sebab ramai yang bersyukur ke? "Bersyukur la kau ada kerja, sekarang ni dah susah nak dapat kerja woi.."

Takkan kau tak sedar, ada limit dalam bersyukur tu. A binding contract is a binding contract. Persetujuan yang telah pun dipersetujui oleh kedua-dua pihak, jadi kenapa kebanyakan cara kita bekerja, pekerja yang refuse untuk buat sesuatu yang dia tak nak, seperti yang telah dipersetujui...dianggap pekerja yang bermasalah disiplin?

Apa yang kau bersyukurnya kalau kau biarkan majikan kau ambik kesempatan kau?

Sepanjang aku kerja, itulah dia perbezaan besar antara kita dan orang2 negara maju, khasnya orang putih ni. Orang putih, apa saja yang dia rasa tak patut dia buat, sebab benda tu tak ada persetujuan bersama, dia akan refuse. Orang kita, Melayu ke, Cina ke, India ke......

Kita tak berani refuse, walaupun kita tau yang benda tu salah. Kenapa?

Dah sekian lama aku cuba mengelak daripada terlibat dengan scam2 ni, akhirnya bila aku terlibat sama. Aku selalu menulis pasal jangan tipu orang. Hujung tahun lepas aku kutuk orang2 yang jual barang2 elektrik guna taktik gores dan menang sambil buat2 muka terkejut bila orang yang gores tu kononnya dapat "Hadiah bonanza."

Last2, aku pun terlibat sama. Aku takde la join buat gores dan menang tapi aku terlibat dalam satu situasi di mana aku diberikan skrip, diberitahu apa nak buat, apa nak cakap dan macam mana nak cakap oleh pihak management aku....dan semua benda tu bohong2 belaka.

Alasan diorang mudah? Ini semua business decision dan semua yang terlibat perlu ingat, ini satu bentuk teamwork yang memerlukan semua orang bekerjasama menipu. Oh mudahnya kau halalkan benda2 menipu ni walhal kau terlibat dalam salah satu sistem paling penting dalam pembentukan negara.

Bulan lepas, aku dikerah menipu lagi sekali dalam bab filing (create dokumen2 palsu), tapi oleh kerana kerja dia banyak dan memerlukan tenaga kerja yang ramai, seorang mat saleh dari US dikerah untuk tolong aku buat benda tu. Kau tau dia cakap apa?

"NO, I am not gonna do that! It's unethical!" Dia duduk dan buat tak tau. Buatlah aku fake document tu sorang2. Dia dah tender resignation, bulan depan dia balik US. Dia tak sangka betul kerja kat Asia ni kebanyakannya tak jaga ethic. Aku tak tau lah kenapa kita camtu, mungkin ini trait orang South East Asia kot. Aku sure bukan ofis aku aje yang camtu. Sure banyak lagi tempat lain yang mengamalkan sistem buat benda salah atas dasar nak kerja siap ni.

Jadi akhirnya, punyalah lama aku fikir, aku nekad, aku nak berenti. Jika aku stay pun aku tau, jiwa aku senyap2 kena makan. Kalau aku stay pun, itu hanya sebab aku risau aku tak ada income.

Tapi serius shit aku cakap kat kau, lagi seronok susah hati tak ada income berbanding susah hati terpalit dengan benda2 bullshit, penipu dan scam ni tapi kau dapat gaji besar. Sebab dalam hati kau akan sentiasa tertanya2 sama ada "betul atau tidak segala tindakan kau tu? Adakah dalam Islam dibenarkan menipu dalam urusan kerja hanya untuk memastikan kau jaga teamwork kau?"

Ah, Bullshit gila.

Aku selalu tertanya benda tu, lepas aku kena straight to the face menipu panel yang datang dan buat audit hari tu....jadi akhirnya, aku kena carik sumber income yang lain rasanya. Income yang tak perlu aku menipu orang semata2 untuk buat bos besar aku happy.

Jadi aku ingat nak jadi artis. Tapi bukannya artis yang hidupnya 24 jam carik publisiti. Aku nak kembali kepada benda2 yang aku suka buat satu masa dulu; filem, video, animasi dan minat aku sekarang, bikin muzik.

Kalau aku nak jual album aku, 14 lagu berbahasa penjajah, kau rasa berapa kau nak beli satu album? Aku tengah cuba beranikan diri keluar dari zon selamat aku ni. Dah rasa macam dalam rumah terbakar pun ada zon selamat aku sekarang ni.

Jun 19, 2014

Apa Dia Hubungkait Piala Dunia dan Masa Depan Malaysia?

Berita 1

Datuk Seri Najib Razak yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara akan kekal kukuh dalam tempoh suku kedua tahun ini, didorong kestabilan politik dalam negara dan keyakinan pelabur asing terhadap dasar kerajaan.

Beliau berkata, momentum itu turut dibantu oleh kegiatan domestik yang berdaya maju dan kekuatan pasaran eksport yang berdaya saing dalam suku pertama 2014.

"Insya-Allah, perkembangan yang menggalakkan ini akan membolehkan ekonomi negara mencapai sasaran melebihi 5% bagi keseluruhan tahun ini.

Berita 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya Malaysia dan China akan terus menjadi sahabat serta rakan kongsi keamanan dan kemakmuran.

Najib, yang berada di China untuk lawatan enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China, berkata beliau amat yakin yang hubungan kedua-dua negara akan terus utuh sehinggalah 40 tahun akan datang.

"Dalam masa empat puluh tahun lagi, pada 2050-an, kami akan berada di pertengahan 'Abad Asia'.

"Sudah pasti China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia, dan Malaysia akan menjadi negara yang lebih matang dan maju," kata beliau dalam artikel iklan yang disiarkan dalam akhbar People's Daily hari ini.

Berita 3

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia boleh mencapai penarafan yang lebih baik menerusi usaha kerajaan untuk mengelak daripada melepasi had maksimum hutang negara.

“Kami akan menguruskannya. Kami memantau teliti bagaimana kami menguruskan kedudukan makro dan fiskal serta hutang kami untuk memastikan tidak diturun taraf,” kata Perdana Menteri dalam temubual dengan Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Berita Piala Dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan dalam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil, bermula Khamis ini.

Walau bagaimanapun jelas Perdana Menteri, beliau amat meminati corak permainan Brazil yang cukup terkenal dengan aksi samba.

Pasukan England merupakan pasukan yang bertakhta di hati saya, tetapi Sepanyol sukar untuk dikalahkan. Saya juga suka corak permainan Brazil," katanya ketika diajukan soalan mengenai Piala Dunia 2014 dalam bual bicara sempena Persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini. Dalam perlawanan akhir Piala Dunia empat tahun lalu, Sepanyol mengalahkan Belanda dengan keputusan 1-0.


Berita Ekstra

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga tetapi mengingatkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya terus bekerja keras untuk memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata, penilaian itu dibuat selepas tempoh seminggu kempen PRU-13 berlangsung di seluruh negara, sejak 20 April lalu. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian dan pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 2 di sini, sebentar tadi.

Berita Bonus Yang Menakutkan

Perdana menteri berkata, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik untuk ekonomi dan negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya dunia tahu GST baik untuk ekonomi sesebuah negara, kita semua yakin langkah ke depan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

"Tetapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

.............

PM Najib kita memang seorang yang mempunyai keyakinan yang cukup tinggi.
Jika dia yakin, kita semua terjamin.

Jun 18, 2014

Oh Lord, I Am So Gay.



Waktu aku sekolah dulu, ada senior aku tala jubor junior dia waktu subuh, kena tangkap dengan warden. Malu gila dia dimalukan satu sekolah dengan berdiri depan perhimpunan. Aku tak setuju dia diperlakukan sedemikian rupa tapi aku paham kenapa pengetua aku buat sedemikian. Tapi zaman sekarang ni kalau buat camtu mesti mak bapak dia cuba pertahankan dia dengan menggunakan aspek ;

1. Kesan psikologi
2. Kenapa anak dia dijadikan contoh?
3. Itu adalah pilihan hidup dia yang terjadi secara consensual (suka sama suka)

20 tahun kemudian, golongan2 tersebut kini sudah mula berani menayangkan aksi sumbang mereka untuk tayangan ramai.

Terima kasih social media.
Sebelum ni, makanan yang kita makan hanyalah sekadar makanan.

Tapi sekarang ni, roti canai pun boleh jadi art yang perlu dikongsi untuk semua.

Jun 17, 2014

Ada DNA Panda Dalam Rokok Seludup


Kita selalu bergaduh pasal agama lain yang nak mengembangkan ajaran dia. Tapi benda pasal fatwa merokok pun sampai sekarang "cendekiawan-cendekiawan Islam" Malaysia ni duk bertelagah, tak tau nak haramkan atau makruhkan aje.

Come on la. Aku bukan nak tuduh...tapi....mungkinkah fatwa2 kat Malaysia ni, kadang2 tergantung dia punya keputusan, atas dasar kepentingan pembuat fatwa tu sendiri?  Ye lah. Perokok tegar dah 50 tahun, tiba2 dia kena bermesyuarat dan bermuzakarah tentang nak jatuhkan "haram" dekat tabiat buruk dia yang dah 50 tahun dia buat.

Tak ke berlaku conflict of interest?

Akhirnya fatwa diwartakan berdasarkan kepentingan dan pandangan peribadi. Ini pandangan aku aje la. Dari dulu sampai sekarang benda ni tak setel lagi kan? Tahun lepas Kerajaan janji nak clear out pasal benda ni, tapi aku tak perasan pulak resultnya dah keluar atau tidak.

Tapi bab DNA babi Cadbury.Laju! Nak kena tunggu ada babi baring atas mesin pengering tembakau kot untuk bantu Majlis Fatwa dan JAKIM buat keputusan yang sebulat suara. Fatwa pengharaman rokok ada. Tapi penguatkuasaannya, tidak ada. Sebab apa? Entahlah. Mungkin sebab ada orang VIP yang merokok, jadi kena jaga kepentingan mereka?

Itu, pandangan aku aje la.

Kalau dah diseragamkan satu Malaysia yang merokok tu haram untuk orang Islam, apa pulak kita nak kata kan, kalau kita nampak pemimpin yang berbuih mulut sebut pasal agama, tapi buat benda haram?

Fatwa dah jelas kata haram, tapi kenapa tak berfungsi fatwa tu? Mungkin..penguatkuasaannya tak ada. Padahal, lagi mudah kau tutup penjualan rokok berbanding kau pegi tangkap pasangan berkhalwat dalam semak.

Nak senang, kita lihat jiran kita. Negaranya jual rokok maha mahal dan lebih susah didapati. Boleh merokok hanya tempat tertentu. Siapa buang puntung, boleh didenda. Kita? Rokok mahal. Sangat mudah didapati. Boleh merokok di mana2 sahaja yang kita suka, even hospital pun ada menyediakan tempat khas "unofficial" untuk staff melepak layan rokok. Siapa buang puntung dan habuk rokok bersih2? Boleh kira dengan jari.

Dua-dua negara ada fatwa mengharamkan rokok. Tapi kenapa hanya negara yang diperintah lelaki Cina yang berjaya mengaharamkan perkara yang difatwakan haram tu secara berkesan?

Sehinggakan, kadang2, kalau kau cerita pasal rokok haram dekat orang Melayu...apa yang dia bayangkan, bukannya mengenai fatwa "rokok itu haram"...tapi pasal rokok seludup.

Fikirkan.

Jun 16, 2014

Terima Kasihlah Kepada Pihak KLIA 2 Kerana Menyediakan Kemudahan Parking Yang Sangat Affordable

Weekend lepas, aku nak balik Kedah.  Adik aku nak kahwin. Tapi anak aku kena chicken pox. Jadi terpaksa ubah plan.Hantar dulu anak dan isteri ke ke kampung. Aku akan pulang berseorangan memandu di Lebuhraya PLUS. Mengharungi Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan akhirnya tiba di Alor Setar.

Tup tup bantuan tiba. Aku dikerah menaiki kapal terbang oleh pihak tertentu. Woah. Pucuk dicita ulam mendatang. Jadi bergegaslah aku ke KLIA 2.  Bukak GPS carik KLIA 2...tak jumpa. Bukak Waze carik KLIA 2...baru jumpa. Menggelabah sekejap aku tengah hutan tepi Ulu Bendul.

Rupanya sebelah KLIA aje. Aku setkan Nokia Drive+ aku mencari KLIA.  2 jam kemudian aku melangkah gagah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Alor Setar, Kedah...negeri tercinta. Nampak sawah padi.

Ada stewardess Air Asia cuba tekel aku, tapi aku buat tak tau."Sori dik, saya dah nikah," kata aku sambil mengeluarkan kad nikah aku. Dia tarik muka. Aku buat tak peduli.

Waktu itu pukul 8.30. Majlis akan mula pukul 10.30 pagi. Aku pun naik teksi.  Kena RM25 ringgit. Kalau pakai meter, aku sure mesti dalam RM12 camtu aje. Tapi nak buat camne, teksi airport harga dah tetap.

Sampai kat rumah, gosok baju. Siap boleh lena sekejap. Pukul 10 bangun balik. Nampak adik aku dah menggeletar. Boleh dia cuba nak minum kopi o sambil pakai baju menikah kain satin warna putih? Gila dia berani ambik risiko camtu.

Berangkat ke majlis, aku nikah kan dikau, bla bla bla, makan, bla bla bla...majlis selesai.

Selesai majlis semua, balik rumah, aku flat. Adik aku yang dah selesai bergelar suami orang, kami tinggalkan dekat rumah mertua dia. Biar dia belajar sikit macam mana rasa sangat canggungnya kali pertama duduk dalam sebuah rumah yang bukan rumah kita.

Malam kami pegi makan dengan pengantin baru. Tidak ada lawak malam pertama berlaku.

Esok bangun. Mak ayah aku hantar ke airport. Aku menangis masa beratur nak boarding ramai2. Aku tak peduli. Bukan senang nak jumpa mak aku. Anak aku dah dua orang aku tak peduli. Naik kapal terbang, sampai KLIA 2.

Ambik kereta. Masuk tiket parking. Tengok caj dia....

RM67.

Gila. Dunia ini sudah gila. RM46 satu hari untuk parking di KLIA 2. Ini mesti tipu aje ni? Mana ada kan? Kerajaan dan projek mereka mana mungkin menekan rakyat? Kerajaan kita adalah juara membantu orang yang memerlukan. KLIA 2 kan pengganti LCCT? Tempat di mana orang miskin pun boleh naik flight?

Kita cek balik fakta dulu.

Rate di Changi Airport


Rate di Heathrow Airport untuk satu hari

Jangan convert currency. Plis, tolong ambik nilai dia 1:1. Kau gatal nak convert? Kau convert kan gaji kau sekali ikut currency diorang. Jika selepas tu kau rasa kau sebenarnya tahap2 gaji pendatang asing, aku tak kan cuba pujuk kau.

Memang ada parking yang "murah" sikit kat KLIA2 tapi untuk rate Long Term Car Park KLIA 2, satu hari ratenya adalah RM32. Still, kau comparekan lah dengan rate dua negara di atas.

Orang pendokong tegar kerajaan atau golongan "Melayu Angguk Ceria Akalnya Improving" atau nama gelemernya "Macai" akan berkata;

"Kalau dah tak mampu nak parking kereta dan naik flight, 
buatlah cara orang yang tak mampu nak parking kereta dan naik flight" 

tapi still...kau gila kalau kau kata itu rate munasabah. Guard datang masa aku maki mesin autopay car park tu. Aku bajet dia nak try tekel aku jugak. Babi ah. Menyesal aku pakai smart2 masa naik flight.

Jun 13, 2014

Bab 01 "Lebih Baik Gagal Melakukan Sesuatu Yang Kau Suka Berbanding Digagalkan Membuat Sesuatu Yang Kau Benci"


Coming Out of The Closet Chapter 1

Bila aku tengok kawan aku sorang ni, sedara kita pengembara "gila" yang berbasikal seorang diri lalu dirakamkan untuk ditayangkan dalam siri "Dengan Basikal Aku Mengembara" aku selalu fikir, kenapa dia boleh. Padahal satu masa dulu aku dengan dia, duduk sama2, study C++ sampai pecah kepala. Kemudian aku tengok kawan aku lagi sorang, masih lagi struggle buat kartun. Benda2 yang aku minat la. Struggle, memang struggle, tapi at least dia dah sampai ke satu tahap di mana dia dah run projek dia sendiri.

Aku dari dulu nak buat benda2 ni.
Tapi aku dah sampai ke satu zon selesa di mana ;

a. Kerja aku tak mencabar aku lagi dah
b. Aku rasa diri aku stagnant
c. Office aku penuh dengan politik bullshit yang nampaknya dah mula melibatkan aku

Betul seperti apa Jim Carrey kata dalam video di atas....it's either out of fear or for love.

Mungkin ramai antara kita yang sebenarnya tak penuhi potensi kita, hanya sebab....kita hidup dalam ketakutan? Takut sebab kita tengok orang lain buat benda yang sama jadi kita rasa kita pun kena ikut template diorang.

"Belajar - Carik kerja - Kerja sampai pencen pada umur yang telah ditetapkan ."

Dalam setahun ni, aku duk berfikir benda tu aje la.

Aku ingat lagi dulu2 cikgu aku kata, aku ada dua talent dan talent aku memang benda2 seni. Aku pandai buat cerita dan cikgu muzik aku suruh aku masuk kumpulan nasyid sekali dengan arwah Along Spoon. Jadi aku assume suara aku boleh dikira ok la jugak. Tapi bila aku sekolah menengah, aku kena belajar sains.

Zaman aku, hanya budak2 bermasalah aje yang ambik sastera dan seni ni. Itu pemikiran masyarakat kita. Dekat sekolah aku, hanya budak2 tak ada harapan aje yang dikerah ambik seni. Budak2 bagus ambik akaun, kelas aku satu kelas kena ambik seni sebab takut kitorang merosakkan purata result satu sekolah.

Kau bayangkanlah kat mana diorang letak level Pendidikan Seni tu? Tahap picisan. Subjek cam ayam. Hanya untuk budak2 yang sekolah target "non-potential ."

Mungkin sebab itu kot kita orang Melayu tak ada akar budaya yang kuat? Budak2 pandai semuanya disuruh ambik sains. Budak2 lemah dipaksanya ambik sastera. Seolah2 ada kasta. "Sains > Sastera & Seni" sedangkan sepatutnya Sains dan Satera/Seni kena jalan seiring.

Budaya kita datang dari sastera dan seni!

Tapi siapa pelukis karya paling berpengaruh kat Malaysia? Untuk orang2 yang minat, diorang tau la jawab tapi kalau kita tanya, siapa lukis Monalisa....siapa yang tak tau?

Leonardo Da Vinci? Pelukis dan seorang engineer.
Michaelangelo? Pelukis, pengukir dan juga seorang arkitek.

Lupakan sebentar konspirasi Barat nak jatuhkan Islam melalui pergerakan golongan macam ni tapi fikirkanlah....kenapa boleh dikatakan kebanyakan tokoh2 yang dijadikan reference pada zaman sekarang, adalah orang2 yang mempunyai kebolehan dalam bidang sains dan juga sastera...sedangkan kita pula, mengamalkan "sains untuk orang pandai dan sastera hanya untuk orang kurang pandai."

It's either for fear or for love. Lebih baik gagal doing something that you love, kan?  Kau nak hidup kau dipenuhi dengan bos yang puas hati dengan performance kau walhal kau menderita atau kau puas hati dengan diri kau sendiri sebab kau buat apa yang kau nak buat.

Kita hidup bukan lama pun.

Jun 12, 2014

Masa Depan Generasi Pelapis Drag Queen Melayu Nampaknya Cerah


Pada hari itu, ketika membeli belah, darah period Iqbal turun buat kali pertama.
Gambar ini diambil ketika Iqbal menunggu rakannya membelikan sanitary pad 
sambil darah keluar dari farajnya.


Salahkah kalau aku katakan yang berbaju hitam tu, jika dia memang betul2 wanita, 
dia boleh diconsider orait jugak la. Mungkin ini kerana
wajahnya mirip penyanyi kumpulan Bunkface? 

Aku rasa sebab topi dia tu kot.


Satu2 nya benda yang aku paling tak paham mengenai wannabe woman 
macam diorang ni adalah, kenapa kadang2 aku tengok perempuan punya lembut 
pun tak selembut kau semua? 

MANA ADA PEREMPUAN BERDIRI 
TERKEPIT2 KAKI DAN TANGAN CAMTU BRO (SIS?) 




Jun 09, 2014

Budak Sekolah Sekarang Ada Dua Hobi, Bergaduh Atau Memuji Tubuh Badan Cikgu



"Your boobs are irresistible for my eyes?"

Adjust la ayat tu kasi classy sikit dik,
kalau takleh, tengok senyap2 dah la.

Jun 06, 2014

Awkward Agama : Aku Belum Layak Jadi Imam Tapi Aku Overqualified Untuk Jadi AJK Parti Politik

Aku dah lama perasan satu benda ni. Aku tak tau kalau kau pun perasan atau tidak. Tapi ini berdasarkan pemerhatian aku aje la eh?

Kalau kau keluar rumah, pergi jalan mana2, contohnya pegi kompleks beli belah atau on the way ke tempat yang jauh...kalau kau pegi solat dekat surau atau masjid selepas dah berlalu jauh waktu solat, kau akan nampak yang ramai orang kita solat sendiri-sendiri.

Kebanyakan orang solat sendiri2 kalau dah terlepas jemaah yang first batch.

Sekarang ni, kalau kau tak percaya cakap aku la, cuba lah....kalau kau nampak orang ramai dah mula start solat sendiri-sendiri, kau pergi depan, kau iqamat kat depan tu. Kau tengok la orang berduyun2 akan ikut kau nak solat jemaah. Yang dari tadi duk berdiri sambil tak pasti nak solat sendiri atau nak solat jemaah pun akan turut join saf. Yang tangan tengah angkat takbir rakaat pertama pun kansel takbir dia join kau jemaah.

Kau tau kenapa kita macam tu?

Aku takleh nak pin point betol2 kenapa ; tapi aku rasa kita takut nak jadi leader. Kita takut nak lead. Yang paling jelas, kita tak ada inisiatif nak lead sebab lagi senang kita biar orang lain volunteer iqamatkan dan imamkan.

Kemudian....kau tengok aa....bila bab nak pilih imam. Apa yang aku perasan, asal ada aje orang Arab yang berjanggut, laju aje orang kita mintak dia jadi imam. Kalau tak ada orang Arab, kita akan carik pakcik tua berkopiah. Kalau tak ada jugak, kita akan carik lelaki berusia yang mukanya nampak macam alim2 sikit....

Benda ni pada aku sangat jelas kelihatan lah bila aku gi masuk surau.

Kenapa orang Melayu takut benar nak lead? Tak layak? Tak mampu? Ada orang lain lebih layak? Memang jadi imam yang mengimami solat jemaah tu besar tanggungjawab dia tapi selagi kau takut nak ambik inisiatif, bila lagi kau nak try? Takkan lah sebab kau takut nak jadi imam kau nak biarkan aje semua orang solat sendiri2. Lagilah pulak bila kau dah ada anak bini, boleh aje kau prektis jadi imam kepada family kau...

Kau tau tak, mungkin itu dia sebenarnya punca perpecahan masyarakat kita? Bukannya sebab Cina. Bukannya sebab Kristian. Dalam masyarakat kita, tak ramai yang nak jadi imam sebab masing2 takut nak galas tanggungjawab.

Jadi, kita ni, ramai solat sendirian.

Kau fikir la.....mana lagi elok dalam Islam.....kau solat sendiri2 dalam surau ramai2 atau kau usaha jemaah walaupun imam kau tu tak berapa yakin dia boleh jadi imam? Sempurna atau tidak kau jadi imam...bukan masalah dia, yang penting, kena ada orang yang berani jadi imam. Imam kantoi? Belakang dia ada reserve yang kena step up jadi imam.

Mungkin imam tu kau, dia atau orang lain. Tapi kita kena berani. Kalau kau gabra nak baca surah, kau baca surah2 lazim dan basic dah. Kau tak pandai berdoa lepas solat dalam bahasa Arab? Kau bantai aje la doa bahasa Melayu atau kau mintak tolong orang saf belakang kau.

Yang sangat memelikkan aku adalah kita sangat particular dalam pemilihan imam semasa solat jemaah sehinggakan semua orang segan2 tak nak volunteer jadi imam, kononnya ada orang yang lebih layak...tapi bila bab nak pilih imam@ pemimpin negara....kita main tibai aje pilih apa yang kita ada.

Kalau ada kesempatan lepas ni, kalaulah kebetulan kau bersolat dengan Menteri, kau mintak la dia jadi imam. Berkemungkinan besar, dia akan menolak. Tanyalah kepada empunya badan kenapa responnya berbeza apabila diminta jadi imam solat berbanding apabila diminta jadi calon menteri....

Untuk kita ni, mulakan dengan iqamat. Aku sure kau akan takjub tengok berapa ramai sebenarnya yang nak jemaah tapi segan2 sebab tak ada orang lain yang mulakan dulu.

Pelan2 kita kayuh dan mulakan perubahan ni satu Malaysia.
Kalau tak ada orang nak jadi imam, kau jadi. Kalau tak ada orang iqamat, kau mula.

Gambar hiasan - bila "gender rights" diambil sebagai sesuatu yang equal dan hanya berlandaskan dunia, itulah dia hasilnya.

Jun 05, 2014

Apa? Budak Melayu Sekolah Buli Pelajar Lain? Wow! This Is So Unexpected!

Sejak beberapa hari ni, banyak pulak keluar video budak sekolah bergaduh. Kebanyakannya, perempuan. Budak lelaki kerumun dekat tepi jadi tukang tengok. Ada kes buli, ada kes gaduh one on one.

Yang memelikkan aku seolah-olah reaksi masyarakat kita nampak benda tu "unexpected."

Hahaha. Kelakar lah kau ni. Apa yang kau expect? Budak2 semua dengar cakap cikgu, gosok ggi sebelum tidur dan berbaris lurus sambil menyanyi lagu Rasa Sayang? Filem kita, wajah kita. Apa yang kita tengok, itulah yang kita jadi. Apatah lagi bila zaman remaja di mana kita tengah carik influence, pengaruh dan budaya.



Tak mengejutkan jika budak2 Melayu nak jadi gangster sebab terpengaruh dengan filem2 gangster. Yang mengejutkan adalah, kita, seolah-olah membiarkan saja benda ni berlaku dah berapa lama.

Untuk yang masih belum tahu, kutipan filem paling laris di Malaysia sudah pun dipegang oleh sebuah filem Mandarin arahan seorang anak Cina Malaysia yang bertajuk "The Journey" ? KL Gangster dah jadi nombor 2. Filem "The Journey" pulak mengisahkan mengenai seorang mat saleh yang disuruh untuk ikut syarat bakal bapak mertua dia sebelum dia dibenarkan kahwin dengan anak dia. Bandingkan sendiri mana lagi "Islam" ?

Kisah seorang mat saleh yang diajak untuk spend masa dengan bakal bapak mertua atau kisah anak masuk jail sebab samseng, anak bunuh bapak tiri dan anak jadi mangsa rogol ketua taiko. Bandingkan!

Daripada apa yang terjadi tu; ada beberapa persoalan timbul dalam kepala aku.

1. Kenapa terlalu besar perbezaan mentaliti penonton Melayu dengan penonton bukan Melayu? Kau cuba buat filem Melayu yang kena berfikir, Insya Allah tak laku. Jadi lambakan filem Melayu yang ada balik2 cerita samseng, hantu, cinta kerana itu adalah demand market orang Melayu.

2. "The Journey" adalah sebuah filem Mandarin...mengutip RM17 juta dengan marketing yang sangat limited dan pelakon tah sapa2 jika dibandingkan dengan KL Gangster yang mengutip RM11 juta yang membariskan the very marketable Aaron Aziz. Target audience The Journey adalah 25% penduduk Malaysia sementara target KL Gangster adalah 50-60% penduduk Malaysia.

3. Kualiti tema filem.....kenapa orang Melayu tak boleh nak buat filem yang menggambarkan moral value yang tinggi? Nak mengharap pembikin filem indie, diorang nampaknya lebih gemar buat filem2 untuk hipster. Nak mengharap pembikin filem mainstream, diorang nampaknya tak dapat pelepasan untuk buat filem yang diorang suka kerana produser bimbang tak balik modal.

4. Jika kau adalah orang2 yang sanggup bermatian-matian suka dengan filem gangster, cinta dan seram, tolong beritahu aku, kenapa?
..............

Masalah disiplin kat sekolah memang agak kritikal sebenarnya, kan? Cuma yang aku pelikkan, kenapa tak ada Menteri yang berani katakan "Wahai produser2 filem dan drama semua , tolonglah jangan buat lagi filem gangster tu sebab kau mempengaruhi budak-budak ni."

Budak2 bergaduh aje, mesti ada yang sebut dia Kak Long la, Abang Long la, Taiko la, Samseng la....

Tak payah bullshit-bullshit lagi.  Itu semua datang dari filem2 dan drama2 yang diorang tengok. Aku salahkan semua pembuat filem yang buat filem tak ada moral value sebab kau merosakkan masyarakat kita ni.

Adakah aku salah? Kau tengok la sendiri dalam video budak2 tu, apa perkataan diorang sebut. Memang nampak benar terpengaruh dengan filem2 tu.

Dan di sinilah persoalan aku yang aku harap kau fikirkan sama; Kau Melayu, kau Islam, kau Hamba Allah. Mulut kita ramai berbuih ajak orang sebar Islam, Islamkan orang, Islam is the truth, Islam adalah religion of peace, Islam the best, hanya orang Islam akan masuk syurga, woohoo....

1. Kenapa kita suka suka tengok benda tahyul, gangster dan maksiat sedangkan value Islam tak pernah ajar kau dekat dengan 3 benda tu?

2. Kenapa filem "The Journey" jauh lebih Islam valuenya berbanding filem2 hasil garapan orang Melayu Islam sendiri?

3. Aku sebenarnya malu bila aku baca sinopsis filem tu sebab orang Melayu sendiri, segan nak buat filem2 camtu. Tapi kalau aku cakap lebih2 kang ada orang kata aku Pro-Cina kang...

Tak payah lah nak buat muka terkejut tengok video budak2 sekolah bergaduh kalau kau sebagai mak bapak pun bawak anak pegi tengok KL Gangster masa filem tu tayang kat pawagam. Kalau kau ajar anak kau sayang dengan kisah gangster, tahyul dan maksiat, macam mana la kau boleh expect dia membesar nak jadi Ustaz? Jom la sama-sama perbetul culture seni Melayu ni sebab aku dah loya tengok filem gangster, tahyul dan cinta ni. Tapi bila bukak paper, tengok sekarang ni kutipan filem "Abang Long Fadil: dah cecah Rm2 juta.

Argh! Come on la Melayu!

...................

Sekalipun berdepan cabaran filem Hollywood dan mendapat klasifikasi 18PL, pemilik Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, tetap berpuas hati dengan pencapaian filem Abang Long Fadil yang berjaya memungut RM 2.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Kutipan berkenaan tidak termasuk pungutan tiket bagi tayangan di Brunei dan Singapura. Walaupun berpuas hati dengan kutipan yang dicatat pada minggu pembukaan, Yusof berkata, angka berkenaan mungkin lebih memberangsangkan jika tidak diklasifikasikan di bawah 18PL.

Walaupun sedikit kecewa dengan klasifikasi yang diberikan Lembaga Penapisan Filem (LPF), namun Yusof akur dengan keputusan badan berkenaan.

“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” katanya kepada HIP ketika dihubungi, semalam.


Imej diatas sesuai untuk ditonton oleh budak sekolah pada waktu cuti sekolah
kerana memaparkan nilai-nilai murni yang selaras dengan kehendak syariat.

Jun 04, 2014

Jika Dia Masuk Islam, Bersorak Gembiralah Kita Tapi Bila Dia Nak Murtad, Jom Kita Kejar Dia Dengan Parang!

Satu masa dulu aku pernah tulis pasal cadangan aku supaya kanak-kanak yang dah baligh, diberikan pilihan agama apa yang dia nak. Ramai jugak yang kutuk aku waktu tu sebab ramai yang rasanya nak jadi jaguh dalam mempertahankan agama Islam. But here is the thing.....kau berdoa tu, kau paham ke tak apa kau doakan? Kau solat tu, kau baca apa yang kau baca, kau paham ke, tidak apa kau bacakan?

Atau kau sekadar baca? Atau sekadar "Hafal dan baca." Islam sangat kah "hafal dan baca" tu, kawan-kawan? Aku tengok ceramah hari Isnin, ustaz tu pun jelas dan terang kata, ramai orang Melayu, Islamnya hanya sekadar "ikut semata2." Islam ikut-ikutan.

Jadi weekend hari tu ada kes pengantin "Muslim" nak kahwin dengan lelaki India dan membuatkan pihak berkuasa terus "menyerbu" perkahwinan tersebut kerana nak menyelamatkan "saudari se-Islam" kita daripada melakukan sesuatu yang jelas menyalahi undang2 agama Allah.

Jom kita berfikir secara rasional sikit; aku tanya kau lah....kenapa kau Islam? Kita ramai Islam keturunan, tapi jika ditanyakan lagi satu soalan, "umur berapa kau first time sebut dua kali syahadah dengan faham apa maksud ayat tersebut," berapa orang boleh jawab?

Aku bukan penguatkuasa agama. Aku jugak bukan orang yang dalam sangat ilmu agama. Aku tak boleh nak kata aku setuju atau tidak penghalangan minah Hindu/Muslim oleh pihak Jabatan Agama betul mengikut Islam ke tidak. Aku tak tau betul atau tidak apa yang diorang buat tapi ada satu isu serius yang perlu penambah baikan pihak berkuasa agama ni,

Apa yang aku boleh nampak adalah apa yang terjadi dekat dia, adalah masalah yang banyak kali terjadi dekat orang Islam. Kita nak orang lain kembali kepada Islam, tapi kita tak nak bertanggungjawab kepada mereka bila kita dah decide tak nak jaga mereka lagi.

Macam kes tersebut, bapak dia yang asalnya Hindu, masuk Islam, daftar anak dia sebagai Islam tanpa mak dia tahu, kemudian bapak dia lari.

Atau beberapa contoh lain seperti lelaki Melayu kahwin amoi, amoi masuk Islam, kemudian bercerai....lepas tu amoi nak convert balik sebab merasakan dia tak mampu nak teruskan hidup sebagai Muslim.

Apa yang orang Melayu Islam akan buat adalah marah! Marah sebab dia nak convert! Marah sebab dia nak murtad! Marah sebab dia permainkan Islam!

Tapi tak sedar ke kita, tanggungjawab yang kita tanggung bila mana kita "meng-Islamkan" seseorang itu Dalam kes wanita Hindu/Islam itu, dia dah dibesarkan sebagai seorang Hindu! Bapak dia lari tinggalkan dia! Jadi sekarang ni persoalannya, mana dia pihak Jabatan Agama sebelum tu?

Kenapa baru sekarang nak muncul nak jadi wira Islam?

Benda2 camtu la kot yang membuatkan orang menyampah dengan orang Melayu ni. Mulut memang bising nak jaga Islam. Situ dia rush, sini dia rush. Tapi bila bab orang2 bangsawan, dia pejam mata.

"Eh, orang bangsawan itu ada storan wain dalam mahligainya?" Tidak mengapa. Itu semua tiada DNA khinzir.

Bagus ada semangat nak jaga Islam ni pada aku. Tapi bila dia dah dibesarkan sebagai seorang Hindu dan dia tak setuju pun dia di Islamkan, persoalannya, sepatutnya balik kepada Jabatan Agama sendiri.

"Apa yang patut dibuat? Bapak dia Islamkan dia tanpa pengetahuan mak dia. Lepas tu bapak dia lari.

Persoalannya mudah; Layakkah dia digelar wanita Islam? Jika ya dia didaftarkan sebagai Islam ikut undang2 negara....is that is? Dah Islam habis ke dia?

Kita baca artikel di bawah ni;

.....................

KUALA LUMPUR 3 Jun - Salah seorang Ahli Jawatankuasa kerja PAS Pusat menyokong tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyerbu satu majlis perkahwinan wanita Islam di sebuah Kuil Hindu di sekitar Petaling Jaya Ahad lalu. Riduan Mohd Nor menegaskan, menjadi tanggungjawab pihak JAIS dalam menyelamatkan akidah umat Islam di negeri itu.

"Umat Islam diharamkan berkahwin dengan penganut agama lain dan Islam juga mengharamkan penganutnya keluar dari agama tersebut.

"Tindakan gadis tersebut berkahwin di kuil dengan mengikut segala amalan dan ajaran Hindu dikhuatir akan menjejaskan akidahnya serta melanggar syariat Islam.

..................

Ada 3 point yang aku sangsi dalam hujah dia;

1. Tanggungjawab menyelamatkan akidah umat Islam?
2. Umat Islam diharamkan berkahwin dengan penganut agama lain?
3. Islam juga mengharamkan penganutnya keluar dari agama tersebut?

Aku tanya 3 soalan mudah ;

1. Macam mana nak selamatkan akidah dia jika dia tak pernah langsung bentuk akidah dia sebab orang yang diharapkan bentuk akidah dia lari.

2. Umat...ummah....membawa maksud "masyarakat, bangsa, a social system." Jadi dalam satu ummah yang berjaya, semua orang Islam saling bantu-membantu antara satu sama lain. Siapa sedar masalah dia sebelum ada orang report polis pasal perkahwinan dia? Encik Riduan ni kawan lama Zarina ni ke?

Inikah umat, inikah ummah?
Dia nak kahwin baru nak bantah?

3. Aku mintak tolong kerajaan decide satu benda sebelum benda2 camni makin buruk jadinya; apa dia syarat sah seseorang itu Muslim?

a. Register dengan kerajaan
b. Mengucap dua kalimah dan menghayatinya

Pada aku yang hina ni, kita buat b kemudian kita buat a. Tapi kadang2, aku tengok, yang lebih penting, adalah langkah a. Register dulu! Pengahayatannya kemudian!  Dan masalah ni akan makin teruk kat negara kita sebab kita multi racial, multi religion dan makin ramai orang yang berapi2 ajak orang masuk Islam. Ajak memang bunyi dia macam best....tapi.....kalau kau kahwin dengan amoi dan amoi tu kau ceraikan kemudiannya.....aku rasa kau perlu bertanggungjawab kalau lepas cerai dia nak convert balik.

Sebab itu jelas menunjukkan yang kau tak dapat nak tunjukkan dekat dia betapa cantiknya value Islam dekat isteri kau sendiri.

Takkanlah kita hanya sambut saudara baru dengan kegembiraan tatkala dia nak peluk Islam tapi kita nak bunuh nak pancung dia bila dia nak tinggalkan Islam? Itu aje ke perana kita orang Islam ni? Meng-Islamkan orang dan membunuh orang murtad?

Masa dia terkapai2 dan masih lagi Islam (atau diregister Islam) di mana orang Islam tu sendiri?

Orang Melayu sendiri ; tah tah ada budak yang mandi wajib dulu sebab dah mimpi basah tapi mengucap pun tak pernah....

Mungkin ini adalah masa yang cukup sesuai untuk Jabatan Agama buat kajian, kenapa ramai orang Melayu Islam ajak orang bukan Islam masuk Islam, tapi kemudiannya diorang abandon orang tu, mengakibatkan orang yang dah kembali kepada Islam menyampah dengan Islam kerna disebabkan orang Islam...........dan dia nak murtad balik ke agama lama dia.

Asyik2 respon kita nak bunuh, nak pancung orang murtad, haram, haram, haram....takkan itu aje solution agama yang menganjurkan keamanan kepada sejagat manusia?

Lagipun, kalau dia dah hidup dari kecik sebagai seorang Hindu, apa dia peduli pasal halal haram ikut Islam walaupun dia dah diregister sebagai Islam? Orang yang tak pernah percaya dengan Allah dari kecik, kau nak klasifikasikan dia sebagai apa?

Islam terpaksa? Terpaksa Islam? Bereksperimentasi dengan Islam?

Kita berebut nak Islamkan orang...tapi berapa kerat yang berebut nak tanya khabar saudara baru Islam tu? Keh keh keh. Siapa wakil dari Jabatan Agama yang kenal pengantin tu sebelum ni?


Jun 03, 2014

Orang Melayu Bodoh Kerana Ramai Yang Dah Termakan DNA Babi?


Macai apabila ditanya mengenai panda China.

"Aku setuju benar dengan apa yang Najib lakukan ni pasal dia kena la jaga hubungan Malaysia dengan China. Kan berbaloi jaga panda tu, walaupun kita bayar tapi kau tengok la nanti pulangan dia macam mana. Lagipun, kan lagi elok kalau negara kita baik dengan kuasa-kuasa dunia macam China ni. China kan boleh provide kita macam2 insentif dalam teknologi dan sebagainya. Pada aku lah, apa saja yang kita buat dengan kerajaan China sekarang ni, bagus-bagus belaka untuk menjamin masa depan negara."

Macai apabila ditanya mengenai orang Cina Malaysia.

"Diorang tu, tak ada pun tak apa. Kalau semua migrate duduk Europe, duduk tempat lain selain Malaysia, kesan jangka panjang nya sebenarnya jauh lebih elok kepada masyarakat kita ni. Babi! Cadbury babi tu semua kerja Cina nak bodohkan orang Melayu.."