Disember 31, 2014

Malaysia Masih Lagi Mencari Siapa Rakyat Yang Berjiwa Pemimpin

Perkara yang paling kita marah dengan Menteri sebenarnya adalah betapa jauhnya kehidupan diorang berbanding apa yang mulut diorang perjuangkan. Contohnya, politician kita masa berkempen mulut dia manis aje berjanji nak memahami denyut nadi rakyatlah, memahami kesusahan rakyatlah dan sebagainya.

Habis aje pilihanraya, dah dilantik jadi Menteri...lupa terus janji.
Fed up kan dengan benda2 tu?

Sebagai orang biasa, expectation kita kepada pemimpin adalah pemimpinlah yang akan guide ke mana hala tuju negara kita. Tapi isunya mudah;  "Macam mana kau boleh claim diri kau pemimpin kalau kau sendiri tak rasa macam mana jadi orang yang kau pimpin?"

Dan di sinilah perlunya kerjasama masyarakat. Kita dah sampai satu tahap di mana kita terlalu mengagungkan sangat pemimpin2 ni, sehinggakan diorang sendiri terlupa macam mana sebenarnya diorang boleh sampai situ.

Jadi, untuk mengubati rakyat yang berdukacita kerana melihat pemimpin yang terlalu bersukaria, ramailah yang post pasal pemimpin2 mana yang buat kebaikan untuk dijadikan inspirasi, seperti kisah Presiden sebuah negara yang hidupnya langsung tak ambik elaun, atau kisah Pemimpin Britain yang kansel program kerana ada kejadian buruk menimpa negara dia.

Takkan itu aje yang mampu kita buat? Sedangkan kejadian yang sama terus berulang....bila pilihanraya janji manis, lepas pilihanraya janji terus masin. Apa yang kita boleh buat? Be more demanding. Stop putting pemimpin yakni wakil rakyat ni atas pedestal.

Berhenti bentang karpet merah untuk diorang.
Dan kau juga boleh;

1. Desak kerajaan supaya WAJIBKAN anak-anak Menteri Pendidikan dan Timbalannnya perlu bersekolah di sekolah kebangsaan biasa dan tidak dibenarkan masuk sekolah swasta.

2. Desak supaya Menteri Pengangkutan WAJIB ambik pengangkutan awam setiap hari untuk ke pejabat.

3. Desak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak dibenarkan bercuti ke luar negara dan hanya boleh bercuti dalam negara dan dia perlu tahu 5 jenis tarian kebudayaan tradisional negara berbilang bangsa.

4. Larang Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari memasang water filter di rumah beliau.

5. Pastikan Menteri Kesihatan dan Timbalannya hanya dibenarkan mendapat bantuan perubatan dari Hospital Awam dan Klinik Kerajaan.

6. Sahkan yang Menteri Belia dan Sukan mestilah seorang Belia Yang Bersukan. Yang paling penting, dia kenalah Belia.

7. Khaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalannya hanya dibenarkan menghantar anak2 mereka ke Tadika Kemas.

..............

Masalah sebenar banyak kecelaruan dalam pentadbiran negara kita ni adalah kerana betapa jauhnya perspektif Menteri yang membuat dasar dan orang yang akan terkena dengan dasar tu.

Kita perlukan sebuah kerajaan yang berani tekan pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan tu dan buatkan diorang tak senang duduk sebab aku tengok, terlalu banyak perks dan benefits yang diberikan kepada diorang ni. Even yang JUSA C pun perks dia dah cukup hebat apatah lagi Menteri.

Perlu ke negara spend macam tu punya mewah dekat Penjawat2 awam ni sedangkan, hasilnya seolah-olah tak balik modal pun? Sekarang barulah nak belajar berjimat. Atlet nak gi Sukan SEA kena naik bas atau keretapi. Kerajaan kena kurangkan perbelanjaan dan kurangkan itu ini.

Aku tak mintak subsidi. Nak potong subsidi? Potong. Tapi kalau Menteri tu mampu drive kereta sendiri, kenapa perlu diberikan dia driver? Nak berjimat, kenalah rasa traffic jam sekali sekala wahai Pak Menteri. Nak rasa denyut nadi rakyat, kenalah hidup sama macam orang biasa.

Barulah berjiwa rakyat. Setakat mulut aje claim diri berjiwa rakyat, pam minyak kereta pun tak pernah isi sendiri apa cerita?

Alih2 jadilah "aku pemimpin, korang rakyat biasa. Mana dia karpet merah aku?"

Dan kaki-kaki kipas macai pun berebutlah nak salam dan cium tangan diorang ni, padahal tangan mak ayah sendiri pun tak pernah diciumnya. Diorang ni masih hidup zaman Kesultanan Melayu Melaka kot?

Disember 30, 2014

Kalaulah Kurt Cobain Melayu, Mesti Dia Tak Dapat Ubah Muzik Satu Dunia

Aku ada seorang kenalan.

Kerja dia dari dia muda sampai lah tahun lepas, adalah keluar masuk pusat serenti. Letaklah dia lama mana pun dalam Pusat Serenti, dia akan carik jugak barang dan ada dua tiga kali, entah macam mana dia boleh terlepas dari pusat serenti.

Polis datang rumah ni, tangkap dia bawak balik.

Keluarga dia, dari belah mak ayah sendiri, hinggalah ke makcik pakcik atuk nenek, boleh kata 99% memang assume dia lost cause. Ye la, aku pun. Sebab dah dari dulu sampai sekarang perangai dia sama. Ada anak bini pun sama.

Aku tak tau apa yang berlaku dalam pusat serenti tapi yang jelas, pusat serenti tak membantu kawan aku ni pulih. Malahandia makin bertambah teruk adalah. Siap nak terajang mak dia sendiri.

Lost cause.
Dia ni dah jatuh ke tahap yang tak mahu lagi dah masyarakat bantu.

Cuma sebab aku kenal dia dari kecik hinggalah dia besar, dari awal lagi dah orang2 sekeliling dia dah tampal cop kat kepala dia. Dari kecik zaman sekolah menengah orang dah kata "dia ni akan jadi orang tak guna sebab dia penagih."

Ya, memang kadang2 aku tengok dia pun aku rasa nak penerajang. Ada anak, ada bini tapi pukul 11 pagi dah high tak sedar apa benda. Society yang dia hidup pun rasanya mempengaruhi dia sebab orang2 sekeliling dia pun sama aje....susah dia nak lari dari cengkaman dadah ni kalau kawan2 dia pun sama. Aku nak tegur pun kadang2 takut sebab dia ada tendency untuk jadi violence tiba-tiba.

Oleh kerana mak dia sendiri dah give up dengan dia, jadi sekarang ni, tak ada orang tau dia kat mana. Dia hilang.

Aku selalu terfikir, kalaulah Kurt Donald Cobain dilahirkan di Malaysia dan berbangsa Melayu, mesti orang dah kata dia tu lost cause. Kaki heroin. Tak ada future. Dan Kurt Donald Cobain akan hilang, mungkin mati bawah jambatan mana-mana dihanyutkan oleh arus sungai.

Tapi nasib baik Kurt Cobain bukan Melayu.

Kenapa treatment kita kepada penagih ni agak tak berapa bertamadun? Aku ambik Kurt Cobain sebagai contoh sebab dia penagih, dia talented dan dia memang seorang pure artist. Dia bukannya sekadar seorang rock star yang bunuh diri, dia jugak seorang pelukis.

Mungkin kau tak tau kot pasal tu?
Skill water color dia boleh tahan gak.

Macam mana masyarakat Melayu nak ubah mentaliti treatment kita ke atas penagih dadah ni? Sebab manalah tau, dalam ramai mat2 dadah yang teruk ni, ada sebenarnya Kurt Cobain versi Melayu? Tapi sayang dia takkan boleh penuhi talent dia hanya sebab dah tak ada lagi orang yang pandang dia ada nilai.

Satu budaya Melayu yang aku rasa paling cepat kita kena ubah cepat2; Budaya sepak orang yang dah jatuh supaya dia langsung tak boleh bangkit lagi.

Sebab tu la kot, pusat serenti ni tak berfungsi untuk kawan aku ni.
Harap dia tak bunuh diri dah la. Last aku dengar dia dah dekat Kalimantan.




Disember 26, 2014

Aku Memang Pandang Slack Orang Melayu Yang Minum Arak

1. Kenapa sekarang ni makin ramai non Muslim yang cuba mengajar orang Melayu macam mana nak jadi moderate?

2. "Come on Malays! Step up! Come join us!" mungkin camtu kot diorang pandang orang Melayu ni.

3. Dalam bab politik....DAP sekarang ni menyeru kepada parti PKR dan sebahagian dari PAS supaya tidak menyokong hudud. Kah kah kah.

4. Dalam bab cuaca sosio masyarakat kita pulak, sekarang ini dah hangat diperkatakan ada satu kumpulan Melayu yang sedang cuba diangkat oleh akhbar The Star sebagai the so called "good Moderate Malays"....

5. Atau dalam bahasa pasarnya, orang2 Melayu yang pemilik akhbar The Star nak wujud lagi ramai dekat Malaysia ni.

6. Orang2 yang dilabelkan sebagai moderate ni adalah "tokoh-tokoh" yang dianggap sebagai Melayu2 yang mempunyai pemikiran yang moden, progresif dan yang paling penting....moderate....

7. Kau nampak aku buat buat ada quote dekat perkataan "tokoh-tokoh" tu kerana pada aku lah...no offense....

8. The so called moderate Malays yang sedang dijaja oleh akhbar The Star ni...adalah tokoh-tokoh moderatenya tah hapa-hapa belaka.

9. Kau nak tau siapa kau boleh carik sendiri siapa.....

10. Jangan konfiuskan dengan geng 25 orang tokoh Melayu yang ingin perubahan pada kerajaan ya? Benda ni lain. Ini "tokoh-tokoh" Melayu yang dipilih oleh The Star sebagai simbol Melayu Moderate.

11. Apa itu moderation sebenarnya?

12. Frasa tu seolah-olah dijaja dengan begitu mudah dan dilabelkan kepada tah sapa-sapa tah.

13. Padahal, moderation tu sebenarnya adalah satu amalan. Kau nak makan, makan, jangan makan sikit sangat sampai masih lapar. Jangan makan terlebih sangat...makan cukup2. Itu la dia moderation kan?

14. Jadi, jika ingin mentakrifkan seseorang itu seseorang yang moderate, dia adalah orang mengamalkan semua benda secara bersederhana....dalam hidup dan juga bab agama.

15. Aku ingatkan memang Islam ajar kau jadi moderate, kan? Kau cuba fikir betol2, semua benda pasal Islam, adalah mengajar kau amal benda tak lebih dan tak kurang. Tidur? Mesti cukup, jangan lebih. Isteri? Ada satu cukup, jangan lebih empat. Harta? Cari sekadar yang mampu jangan sampai lupa akhirat.

16. Tapi moderation nampaknya dah digunakan oleh pihak2 tertentu untuk senangkan diorang takrifkan siapa ekstremist. Masalahnya...dalam semua kes ekstremist, ada dua jenis ekstrmist. Dalam Islam...ada hardcore suicide bomber yang berani mati sebab percaya Allah nak dia bunuh diri dan di satu side lain, ada liberalist.

17. The liberals. Orang2 yang kata diri diorang percaya dengan Allah tapi amalan hari2 nya haram tak nampak dia percaya dengan Allah. Mulut minum arak, tapi bila cakap pasal agama...puihhh...laju.

18. MASALAHNYA! MASALAHNYA!

19. Orang2 liberal ini tak nak mengaku yang diri mereka sebenarnya adalah ekstremist!

20. Dan masalah paling besar.....

21. Dunia sekarang suka memandang orang liberal ini sebagai orang moderate.

22. Padahal mereka bukan orang moderate pun.

23. Aku tak rasa aku moderate sangat. Aku agak ekstremist pandangan aku pasal agama ni....sebab banyak benda aku tak tau jadi aku bergantung dengan pengajaran orang aje.

24. Tapi jika ditanyakan kepada aku, setuju atau tidak hudud, aku jawab setuju. Setuju atau tidak wanita Melayu dalam papan iklan wajib tutup aurat, aku jawab setuju. Setuju atau tidak panggung wayang diasingkan jika datang bukan mahram, aku jawab setuju.

25. Dan bila aku jawab aku setuju dengan semua kenyataan di atas, percayalah, aku akan digelar seorang ekstremist.

26. Tapi jika ditanyakan kepada "tokoh2" Islam Melayu Moderate ni....aku dah boleh agak jawapan diorang...

27. No to hudud...no to force this and that...no to polygamy....no to Islamic country.

28. Itu ke jawapan seorang moderate?

29. Berjagalah kawan2.

30. Ini pesanan aku kepada korang semua. Memang ada hidden forces yang cuba nak neutralizekan Islam di negara kita dan push orang2 liberals ni sebagai "moderate" supaya kita, orang Melayu, jadi sama aje macam orang lain, yang tak pakai lagi agama sebagai amalan tapi hanya gunakan agama sebagai satu kepercayaan.

31. Aku harap kau paham ayat last aku tu dalam point no.30 aku.

32. Kita orang Islam. Kita tak boleh cukup sekadar percaya kita Islam.

33. Kita kena hidup cara Islam.

34. Kau pernah jumpa satu grup budak Melayu tangan pegang arak tapi nila berjumpa masih lagi bagi salam?

35. Aku pernah. Kau nak kutuk aku sebab aku pandang slack benda tu? Silakan. Aku memang pandang rendah Melayu yang minum arak ni. Lemah. Poyo. Takde akal.

36. Orang2 macam tu lah yang mereka2 ni nak. "Moderate" Muslim Malays kononnya.

37. Jangan bagi orang non Muslim kawal macam mana kau prektis Islam ye? Tak kiralah diorang nak label kau ekstremist ke, zionist ke....

38. Janji dengan aku ye.

Disember 18, 2014

Rara Ni Politician atau Selebriti Sebenarnya?


Rara ni...
politician atau selebriti sebenarnya?


Oh, politician rupanya.

Mungkin dia kena mula mintak orang panggil dia dengan nama betul dia.
Dan pastikan nama dia ditulis dengan font yang serius untuk mencerminkan
ketokohan politik dia. Bukan macam seperti gambar pertama tu.

Artis murahan aje yang bagi nama dia ditulis sedemikian rupa.
Ini pandangan aku la.

Branding tu sangat penting dalam politik ni dik.
Takkanlah nak jadi "special guest" aje sampai ke tua?

Nurul Izzah boleh dipandang politician serius walaupun dia hot.
Cuma branding tu kena pastikan betol la.


Disember 17, 2014

Apa Sebenarnya Masalah Orang Melayu dan Cara Pengiklanan Diorang Ni?




Aku tak tau apa masalah orang Melayu yang agamanya Islam ni.
Orang2 dulu, hal2 bilik tidur tu la yang diorang sedaya upaya sembunyikan.
Mak bapak bergaduh pun, anak-anak tak tau.

Tapi sekarang, ada masalah beraksi dalam bilik tidur?
Buat iklan. Ajak laki bini cerita kat semua orang.

Apa sebenarnya masalah orang Melayu ni?
Kita ada sakit mental ke?

Masyarakat kita ni sakit ke?


Disember 16, 2014

Freezing, Taikongsheng dan Kemampuan Masyarakat Malaysia Yang Mengecil

1. Oleh kerana aku duduk agak dekat dengan KL jadi keliling aku banyak pasaraya.

2. Boleh nampak dengan jelas dan sangat terang....bidang perniagaan sangat tak rancak.

3. Kedai-kedai dekat pasaraya banyak yang tak bersewa dan banyak jugak bisnes yang lingkup membuatkan kedai bertukar tangan.

4. Kalau kau perasan, selalunya kedai2 yang bisnesnya terpaksa ditutup ni akan diganti oleh satu jenis kedai yang sedang tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang ni.

5. Kedai menjual pakaian Frozen dan kartun2 lain yang dihasilkan secara haram.

6. Kau pergi la mana2, mesti ada aje orang jual baju budak2 ni. Selalunya design dia kita dah tau tak original. Aku pun beli jugak kalau ada yang ok design dia untuk anak aku.

7. Harga mesti standard Rm25.

8. Selain dari baju Frozen, dia mesti ada jual baju Upin Ipin, Boboiboy, Avengers, Iron Man dan bermacam lagilah.

9. Kebelakangan ni makin ramai pulak yang tambah barang jualan Transformers mainan yang nampak macam cantik jugak...harga Rm30.

10. Tapi nama dia bukan Transformers....tapi TAIKONGSHENG.

11. Jika kedai2 menjual barangan tiruan ni wujud dekat pasaraya2 biasa ni, aku boleh paham kenapa...sebab permintaan tu ada.

12. Tapi bila aku jalan2 dekat Alamanda nampak kedai menjual pakaian tiruan ni wujud kat situ....

13. Aku pun bertanya kepada diri sendiri.....apa yang KDNK buat? Bukankah itu plagiarism yang sangat luas jumlahnya?

14. Mungkin gomen terpaksa biarkan sebab pengusaha baju Frozen tiruan ni dapat memenuhi permintaan pakaian kanak2 yang murah yang banyak dikalangan orang kita....

15. Tapi bukankah mencuri itu still mencuri? Rokok seludup, DVD dan sebagainya mahu pula dipantau.

16. Aku anggap aje la gomen kita biar sebab diorang sangka baik benda ni.

17. Atau mungkin gomen sendiri tahu betapa teruknya ekonomi kita sehinggakan mereka terpaksa biarkan penjualan barangan palsu ni secara berleluasa kerana sedar...kuasa membeli orang ramai makin kecil.

18. Mungkin?

19. Laku tak pakaian tu? Kalau kau jumpa budak perempuan pakai baju Frozen...90% aku berani cakap baju tu tiruan.

20. Nampak budak perempuan main anak patung Elsa? Itu bukan dari kartun Frozen...tetapi dari kartun bernama Freezing.

21. Untuk negara yang maju, barang2 tiruan adalah barang yang dijual sebagai benda novelty.

22. Tapi di negara kita di mana peniaga terpaksa meletakkan harga tinggi untuk sustain bisnes dan pembeli terpaksa carik jalan untuk turunkan kos sara hidup, nampaknya satu2 nya cara untuk counter benda ni adalah by breaking the law.

23. Masyarakat kita bergantung dengan pembuat pakaian tanpa lesen untuk terus mampu membeli pakaian untuk anak masing-masing.

24. Dan kedai2 ni tumbuh macam cendawan dekat mana2 aku pegi.

25. Itu jelas menunjukkan, permintaan ada.....

26. ....Dan tidak ada kawalan dikenakan ke atas mereka-mereka ini. Kalau aku jual DVD pirate Windows sekarang ni dah boleh ke sebagai side income aku?

27. Boleh ke itu diambil sebagai indikator kesihatan ekonomi masyarakat kita?

28. Entahlah.

29. Tapi aku rasa majoriti orang sedang merasakan the hard pinch of the economic regression sekarang.

30. Walaupun pendapatan isi rumah kita sekarang RM5900. Hehehe.

November 25, 2014

Kenapa Yang Buat Undang-Undang Selalu Terlepas Dari Undang-Undang Yang Mereka Cipta Sendiri?

Satu benda paling ketara perbezaannya antara negara Eropah punya etika dan negara2 dunia ketiga macam kita ni, adalah ketaksuban (atau kepoyoan) pemimpin2 politik kita ni. Di kebanyakan negara maju, once kau jadi minister, kau akan dipandang sebagai seorang servant kepada rakyat dan memang kau akan dapat beberapa benefit, tapi still orang pandang mereka2 ni sebagai "manager negara."

Tapi di negara kita, khasnya, Pemimpin2 parti politik ini kadang2 boleh dilihat mendapat layanan sama hebat macam Raja dan Sultan dan Agung, sehinggakan pelbagai keistimewaan diberikan dekat diorang ni yang membuatkan diorang jadi bongkak, angkuh, naik lemak dan seterusnya menjadikan badan mereka berlemak.

Ada minister cool kat Malaysia? Ada. Tapi secool mana pun minister ni, once kita sebagai masyarakat bagi diorang layanan mengalahkan first class hooker....expectation diorang akan assume yang diorang kena dilayan sebegitu rupa. Itulah salah masyarakat kita ni.

Kita dah jadi terlalu terpersona dengan Menteri2 Kabinet ni sehinggakan kita lupa diorang tu sepatutnya The Servant of The People dan diorang ada di sana, hanya kerana masyarakat yang pilih diorang.

Kau bantu orang naik, kenapa kau pulak nak melutut dengan dia lak?

Dan yang paling jelas, aku paling tak suka bila undang2 negara dipecahkan kepada beberapa level dan pelaksanaannya diasingkan ikut pangkat. Kita boleh lupakan pasal Kerabat dan Kaumnya sebab itu aku malas nak sentuh tapi kenapa...kenapa...kenapa...ada undang2 lain untuk menteri?

Contohnya;

1. Cermin gelap kereta

"Cermin gelap aaa...bahaya untuk orang ramai. Kita tak tau mungkin akan ada perompak menyorok dalam kereta, lagipun tujuan pengesahan identiti dapat dilakukan dengan mudah jika cermin tidak tindted. Ini semua atas faktor keselamatan ya. Harap faham."

Cermin kereta dialah yang gelap sekali.

2. Bayaran tol

"Tol itu perlu, lebuhraya perlu balik modal kalau tidak kerajaan perlu tanggung berjuta-juta ringgit dari kantung sendiri untuk bina lebuhraya. Lagipun, ini semua untuk kesenangan bersama. Anda menggunakan lebuhraya sambil menyumbang kepada ekonomi kita."

Kalau kau boleh claim balik duit minyak dan tol dari kerajaan, apa pointnya kau nasihat rakyat supaya bersabar dengan tol.

3. Sekolah kebangsaan

"Sistem pendidikan kita adalah yang terbaik. Kerajaan telah menyalurkan pelbagai kemudahan. Lihat keputusan peperiksaan tahun lepas, semuanya meningkat A dia, jadi rakyat perlu paham lah yang OUR EDUCATION SYSTEM ARE THE BEST IN THE WORLD BECAUSE THERE ARE MORE STRAIGHT A STUDENT THAN EVER!"

Dia hantar anak dia sekolah swasta pulak.

4. Cukai kereta

"Kerajaan tidak berhasrat melupuskan cukai kenderaan kerana kami memerlukan duti eksais diteruskan untuk menampung kutipan cukai dan jika kami kehilangan beberapa billion dari duti eksais kereta, kami akan terpaksa pula menaikkan cukai yang lain untuk menampung kehilangan tersebut..."

Dari dia sampai ke anak beranak dia, semua beli kereta import, tak bayar cukai.

5. Bersederhana dalam perbelanjaan

"Anda semua mesti wasatiyah! Anda semua mesti ubah gaya hidup! Anda semua mesti mula berjimat cermat!"

Dia beli kapal terbang baru untuk kemudahan dia terbang ke mana-mana.

6. Industri Automotif Negara

"Rakyat Malaysia perlulah menyokong industri kereta negara kerana tanpa sokongan rakyat, Proton dan Perodua tidak akan mampu bersaing dengan jenama luar. Kualiti kereta kita pun sudah setaraf dengan piawaian antarabangsa jadi percaya dan yakinlah dengan produk negara kita."

Dia beli Honda.

7. Masa Depan Negara

"Anda semua tidak perlu bimbang. Yakinilah Kerajaan Barisan Nasional dan jangan didengar dakyah pembangkang yang saban hari hanya mahu menjatuhkan apa yang telah kita bina selama ini. Teruskan menyokong BN kerana Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang mampu memacu Malaysia ke masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang."

Hari ini -

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.


.......................

Kalau kau generasi aku, mesti kau sempat melalui satu zaman di mana kerajaan selalu canang "Kepimpinan Melalui Tauladan." Ini zaman tahun 90 an. Aku rasa, frasa tu, boleh dikatakan dah dilupakan langsung oleh pemimpin2 kerajaan zaman sekarang ni.

Pada aku benda2 ni senang je. Kau minister. Kalau kau nak implement undang2 dekat orang ramai, kau sepatutnya follow undang2 yang sama. Takde pengecualian. Tak patut ada pengecualian hanya sebab kau so called minister.

Kau nak ajak orang buat sesuatu, kalau kau sendiri tak buat, tak ke sangat poyo namanya?

Gambar hiasan - Seorang MP Ukraine dibuang ke dalam tong sampah oleh orang ramai yang merasakan dia lebih layak di tong sampahkan. Buat kat Malaysia camtu.....siaplah kau. Cuma, Menteri2 ku sekalian...sedarlah...kalau kau buat perangai yang sama dekat Negara Eropah macam apa yang kau buat kat Malaysia, rasa2 nya satu kabinet kot boleh ditong sampahkan oleh diorang ni.

Orang Malaysia ni baik2 belaka terhadap Menteri2 diorang ni.
Jadi, tak usahlah diambik kesempatan ke atas kebaikan orang ramai ni.



November 24, 2014

Dua Jenis Driver Paling Bahaya Atas Jalan Raya

Aku dah lama tak bawak motor. Last sekali aku bawak motor, adalah bila anak first aku masih lagi 6 bulan. Aku lambat dapat lesen kereta. Umur 28 tahun baru aku ambik.

Dari usia aku 18 tahun sampailah ke 28 tahun, aku ke mana-mana bawak motor aje. Meredah hujan dan panas. Meredah terik mentari. Meredah air lecak hujan. Melayan mana2 mamat yang nak ajak aku racing.

Menunggang motor membuatkan kau prektis deria driving kau supaya lebih peka dengan sekeliling kau. Serius. Kalau aku Pengarah JPJ, aku wajibkan semua pemandu yang nak ambik lesen kereta, wajib ambik lesen motor dan bawak motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta. Baru kau boleh paham psikologi penunggang motor yang sebenar dan surely kau akan lebih peka dengan diorang ni.

Dengan menggunakan pengalaman luas aku sebagai mat motor dan pengalaman aku bawak kereta selama 4 tahun lebih, aku boleh simpulkan; ada dua jenis golongan pemandu kereta yang merbahaya dan lesennya patut dikaji semula.

Nombor 1;
Sekumpuluan Gadis IPT Melayu Yang Nak Keluar Shopping

Yang ni memang cukup bahaya pada zaman dahulu. Tapi sekarang ni impaknya akan makin merbahaya kerana sebelum2 ni kawan2 diorang boleh tolong tengokkan kiri dan kanan mana tau terlanggar kereta lain dekat blind spot, sekarang ni oleh kerana kawan2 dia pun sibuk duk whatsapp dan messaging sambil seorang designated driver kena drive dan pantau jalan sorang2, possibility eksiden tu cukup tinggi. Nak kenal golongan pemandu camni senang je.

Dia hampir terlanggar kau, kemudian bila kau hon atau kau maki dia, baru la dia terkejut dan kemudian dia buat2 muka blur. Itu cara kau nak kenal diorang ni. Kau mesti kena hampir dilanggar dulu.

Tapi aku dah nampak dah cara yang lebih senang nak kenal diorang ni. Pemandu dia bawak kereta, punyalah gelabah sampai dagu dia letak kat stereng nak tengok jalan. Tah camne dia pusing stereng aku tak nak tau.

Ciri-ciri identiti :

a. Bertudung
b. Ramai dalam satu kereta
c. Menggelabah hanya selepas dia nak terlanggar kau dan terlalu gelabah sehinggakan untuk elak kau, dia nak bantai kereta lain.
d. Diorang akan terkejut dan menggelabah dalam satu detik yang sama dan synchronized.
e. Jika driver dia keseorangan, dia akan pandang depan dan depan dan depan SAHAJA sepanjang perjalanan tanpa tengok kiri kanan langsung.

Nombor 2
Amoi 30 an Yang Bajet Dia Amoi Tapi Dia Ah So

Geng2 ni...lagi bahaya. Dia mengalami masalah yang sama macam Geng Gadis IPT..cuma kepala dia akan disandarkan kepada kusyen dan badan dia akan keras aje melekat kat kusyen.

Muka bajet cun. Selalunya diorang ni akan bawak Toyota Vios atau Honda City kurniaan ayah dia. Akan bawak kereta selaju mungkin dengan cara dia nak sampai destinasi paling awal berbanding orang lain.

Identiti dia paling utama?

Tangan kat stereng sepanjang masa sehingga keras tangan dia kat situ dan bahu disandarkan ke kusyen sampai melekat. Oh, muka nak carik gaduh.

Ciri-ciri identiti

a. Ah So yang perasan Amoi
b. Bawak kereta sorang2
c. Langsung tak menggelabah walaupun dia nak terlanggar orang lain sebab dia hanya concernkan diri dia aje sampai destinasi.
d. Kalau berlaku eksiden, yang akan dipersalahkan adalah kau, wiper kereta dia, sport rim orang lain, bangunan yang reflectionnya tinggi dan pelbagai lagi punca lain.
e. Akan drive keseorangan dengan muka kononnya "masa itu emas."
f. Bila dia drive, tangan dia akan lurus memegang stereng. Bukan setakat itu saja, bahu juga tidak pernah meninggalkan kusyen seat kereta kerana dikhuatiri tangan akan terlepas dari stereng.

...................

"Babi ah kau Tot! Kau memang sexist! Mana dia contoh pemandu lelaki yang merbahaya?"

Ada. Tapi 9/10 orang yang nak langgar aku, selalunya adalah perempuan.

Bawak kereta tangan jangan keras. Jangan letak dagu kat stereng, nanti kau tak cukup kuat untuk turn stereng kalau ada apa2. Tengok kiri kanan. Jangan 100% bergantung dengan side mirror apatah lagi side mirror Proton Persona first version yang sampah. Tengok blind spot. Pusingkan tengkuk tu!

Tu lah benda paling berharga yang kau belajar bila kau bawak motor ni. Bawak motor ajar kau pusing tengkuk tengok blindspot.  Kena jaga. Kau langgar orang kau sakit, kau kena langgar kau sakit. Jadi awareness tu lain sikit compare dengan bawak kereta ni.

Aku cakap serius ni.

Kalau aku Pengarah JPJ, tiap2 orang kena ambik lesen motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta.


November 19, 2014

"Bendahara Tun Perak Mamat Ranggi Suka Merajuk."

Semalam aku jalan-jalan aku nampak buku ni diatur.

Sekolah wife aku minggu lepas ada pihak distributor buku datang. Sama ada direct dari company publisher ataupun agent dia aku tak tau...

Tapi buku2 yang dijual...adalah buku2 yang di sebelah tu. Kecuali buku belah kiri tu sebab itu buku publisher lain.

Kau bayangkan, budak sekolah rendah digalakkan untuk beli dan baca buku "Aku Mahu Saiz S" dan "Aku Mahu Popular."

Budaya membaca tu bagus.

Tapi masalahnya kalau kau pegi kedai buku, 75% bahan bacaan yang dikerumuni oleh budak2 Melayu khasnya awek2 sekolah menengah, adalah buku2 di atas ni. Sekarang ni, banyak kedai buku duk promotekan cerita "Suamiku Encik Sotong.." sebab demand tengah tinggi dan orang ramai tengah tergila-gila beli buku tu.

Come on la.
Apa yang kau baca, itu lah dia yang kau jadi.

Takkanlah lagi 10 tahun, kita tanya generasi muda masa tu siapa Sasterawan Negara?

"Ain Maisarah cikgu!"

Buku apa yang awak semua suka baca?

"Buku fantasi percintaan yang orang perempuan suka cikgu!"

Awak semua nak membesar nanti nak jadi apa?

"Jadi lelaki yang baik macam Encik Sotong Cikgu!"

Apa impian awak dalam hidup?

"Saya mahu popular dan saya mahu pinggang saiz s cikgu!"

Menggigil aku membayangkan kemungkinannya, hihihi. At least, generasi aku sempat jugak merasa zaman buku2 Dewan Bahasa dan Pustaka di era kegemilangan dia, di mana buku2 Bahasa Melayu dijual oleh lori yang datang ke sekolah2.

Aku ingat lagi adik aku belikan aku satu buku tajuk dia "Tun Perak" terbitan DBP. Kalaulah buku tu diterbitkan sekarang...mungkin tajuk dia "Bendahara Tun Perak Mamat Ranggi Suka Merajuk."

Makin lama, identiti Melayu dekat masyarakat kita ni, memang makin malap...kita perlu lakukan sesuatu.


November 17, 2014

Apa Perasaan Kau Kalau Aku Katakan Isteri Kau Lazat?

1. Kau ada orang yang kau sayang? Contohnya isteri kau ke, suami kau ke, teman istimewa kau ke, boifren kau yang kau panggil papa ke?

2. Kau pernah tak membayangkan dia tu bersama dengan orang lain?

3. Cuba bayangkan sekarang. Cuba bayangkan orang yang kau sayang tu sedang memadu kasih dengan orang lain.

4. Kau bayangkan dia tengah berdiri, lalu dipeluk dari belakang oleh orang lain.

5. Kemudian kau boleh nampak mulut orang tu membisikkan kata-kata cinta pada orang yang kau sayang tu.

6. Tangan dia tu pulak asyik peluk pinggang orang kesayangan kau dengan erat.

7. Jari bertemu jari, lalu tangan bertaut rapat.

8. Orang kesayangan kau boleh rasa nafas hangat pada wajahnya.

9. Orang kesayangan kau tersenyum suka.

10. Jantung dia berdegup kencang.

11. Tapi tiba-tiba dia teringatkan kau....

12. Kemudian dia pejamkan mata dia dan berharap agar kau dapat hilang sebentar dari ingatan dia.

13. Agar dia dapat bersama dengan orang lain tu buat seketika.

14. Apa kau rasa?

15. Sebab aku tak tau macam mana rasanya jadi pasangan kepada pelakon drama dan filem Malaysia.

16. Sebab benda2 yang fantasi pun boleh sakit hati bila kita membayangkannya...

17. Apatah lagi kalau benda tu direkod ditayangkan depan mata.

18. Sama ada pasangan kepada pelakon ni SANGAT-SANGAT memahami...

19. Ataupun dua-dua ni jenis buta hati.

20. Orang gila aje sanggup bagi isteri kau kena peluk dengan orang lain.

21. Kau suami tak guna kalau kau bagi orang lain peluk isteri kau.

22. Aku tau aku takkan faham macam mana orang2 camni boleh berfikir sedemikian rupa...

23. Dan banyak benda yang kita takkan dapat terima jadi biasa di akhir hujung hayat dunia ni.

24. Cuma, sebagai masyarakat kita perlu sedar....

25. Berhentilah jadikan manusia bacul sebagai idola anda. Itu aje ubatnya.


November 14, 2014

11 Point Penting Untuk Pelajar-Pelajar Yang Mahu Masuk Belajar di Sekolah Asrama

Aku duduk,membesar dan belajar di asrama penuh selama 5 tahun. 

Kesan daripada membesar dekat tempat orang sebenarnya banyak mencorakkan hidup aku sekarang ni. Banyak benda yang aku bersyukur sangat tapi ada juga beberapa benda yang aku tak berapa suka, seperti kena ragging,buli atau paling parah, belasah dengan senior. Aku dah pernah kena rasa belasah sorang dengan 7-8 orang tapi mungkin sebab aku lagi tinggi dari senior2 aku dan aku dulu seorang yang berstamina jugak la, aku boleh nampak senior2 aku give up nak belasah aku.

"Ak eleh mamat pendek nak flying kick aku. Bukan sakit pun."

Apa sebab aku kena belasah ramai2 atau dalam istilah sekolah aku "kena rumble" tu? Aku fly (keluar sekolah tanpa kebenaran) tanpa mintak kebenaran diorang. Kau tak nampak betapa kepala bana-nya budak2 sekolah pandai ni? Senior kena bagi kau kebenaran untuk kau keluar sekolah tanpa kebenaran. Orang2 ni la yang diharapkan akan jadi pemimpin2 kerajaan satu hari nanti tapi kitorang membesar dengan mentaliti camtu.

Mungkin sebab tu kot rasuah berleluasa kat negara kita ni, hmmmm....

Ada beberapa tips yang aku boleh ajarkan kepada kau jika kau ni jenis mamat2 yang selalu kena belasah kat sekolah asrama untuk memastikan kau selamat.

1. Kau jangan kerek. Berlagak. Ego. Tak kiralah bapak kau Gabenor Bank Negara ke, Perdana Menteri Nepal ke senior2 akan paling menyampah dengan budak yang berlagak.

2. Kalau kau hebat dalam bidang lakonan, serius shit aku cakap kat kau, sepanjang masa kau sekolah asrama, berlakon jadi pondan. Tapi jangan sampai jadi pondan betol. Aku tak tau kenapa golongan lembut ni orang tak selalu sentuh. Mungkin takut haram. Mungkin sebab lelaki lembut jarang buat benda jahat...melainkan ...jahat yang ehem2 tu.

3. Waktu kau junior, kau memang akan rasa azab! Tapi aku lucky sebab senior aku backup kitorang. Tapi nak tak nak macam mana pun kau cuba tepis, senior akan still carik jalan untuk perkecikkan kau. Takpe, layankan aje. Diorang suruh kau ambik air water cooler? Ambik. Ludah dalam tu. Jangan buang kahak. Just ludah. Kemudian goncang. Kemudian bagi diorang minum. Ini bergantung sama ada kau ngam atau tidak dengan senior kau tu.

4. Macam mana nak gain respect kawan2? Kalau kau kena belasah dengan senior. Macam mana kau nak lose respect dengan kawan2? Kau kena belasah dengan kawan2 kau sebab kau carik pasal dengan diorang.

5. Kalau kau duduk asrama, jangan jadi malas. Kau kena bersukan. Bila badan kau sihat, kau kena belasah pun tak rasa sangat.

6. Apa nak buat kalau kau kena belasah ala rumble? Nombor satu, tahan aje dulu. Lepas dah beberapa das kena kat kau...apa yang kau perlu buat adalah berlakon macam kau sakit jantung. Budak2 yang belasah kau ni, diorang berani sebab diorang nampak kau boleh tahan...tapi bila benda tu dah jadi kronik, macam darah keluar ke, jantung semput ke...diorang akan berhenti dan dengan tiba2 diorang boleh concern dengan kau.

7. Tapi yang penting, jangan cepat sangat kau mula lakonan kau tu. Pastikan real. Lepas kau kena sedas kat kepala...kau berlakon la pening sampai nak terlanggar dinding ke. Kalau kena sepak betis tapi kau pegang kepala...lagi sedap la diorang laukkan kau.

8. Nasihat aku paling penting bila kau duduk asrama ni; jadi low profile se-low yang mungkin.

9. Time paling berdebar adalah bila ada budak datang panggil kau kata ada senior panggil ke bilik diorang. Time ni kau jangan takut. Kau nak lari? Lari aje la. Gi tidur kelas. Bukannya senior kau tu rajin nak carik kau. Tapi ni apply untuk kes bangang2 macam aku kena tu aje la. Kalau kau kantoi curik duit orang dan kemudian senior kau carik kau, nak belasah....berdasarkan pengalaman aku 5 tahun, aku cakap kat hang...kau deserve kena belasah.

10. Adakah aku takkan hantar anak aku pergi sekolah asrama berdasarkan pengalaman aku? Ada satu hari, aku gi open house raya rumah kawan aku kat Ampang, tengah duduk ramai2, ada sorang anak kawan aku sepak anak aku yang masa tu baru aje berumur dekat 2 tahun dari belakang. Budak2 4-5 tahun, baru belajar nak jadi ganas. Memang berkecai jiwa aku waktu tu sebab anak aku blur2 tak tau apa yang terjadi kat dia...tapi oleh kerana anak aku dianugerahkan badan yang sasa macam ayah dia, dia pusing belakang, tengok budak tu...kemudian dia sambung balik tengok TV berdiri sambil makan kuih.

Kalau nak kira takut, sampai bila2 kau takkan buat apa2.

Jadi, tak perlulah kau takut hantar anak kau ke sekolah asrama hanya sebab kau dah kerap benar tengok video budak2 belasah dalam asrama ni. Benda dah nak jadi, dia akan jadi tak kiralah macam mana pun kau cuba halang sesuatu tu berlaku.

Ada satu lesson yang aku pegang sampai sekarang yang aku belajar dari sekolah berasrama penuh ni. Kau takkan jadi dewasa kalau kau tak belajar hadap benda yang buat kau susah hati. Tapi sesusah macam mana pun hati kau, ingat....ada orang lain yang akan risaukan kau lebih dari diri kau sendiri.

So, point aku no.11...

11. Kalau kau kena belasah, jangan bagitau mak ayah kau, melainkan ada berlaku kecederaan teruk. Setakat kena sepak terajang sikit2 kena buli sikit2, biasa la tu. Kalau semua benda kau nak bagitau mak ayah kau, tu la puncanya mak ayah kau akan kena sakit jantung waktu muda.

Kalau kau sayang mak ayah kau, ingat benda ni. Especially kepada anak2 ibu tunggal atau bapa tunggal macam aku. Memang boleh sakit jiwa perasaan mak bapak ni, bila tau anak dia demam. Tu baru demam.

Belum lagi tau anak kena belasah, ye tak?

November 13, 2014

Adakah Satu Masa Nanti Sasterawan Negara Perlu Menulis Gosip-Gosip Artis Untuk Cari Makan?

Dulu waktu aku belajar, aku suka buat karangan. 

Aku ingat lagi ada satu hari di mana aku buat karangan BM yang cikgu aku kata bukan level budak darjah 4. Pergh. Bangga betul aku waktu tu. Kemudiannya bila aku cemerlang UPSR, masuk SBP dan teruskan pelajaran ke sekolah menengah, aku agak lupakan pasal benda2 penulisan ni.

Sebab aku tak berapa minat nak menulis masa sekolah menengah.

Waktu sekolah menengah, pelajaran subjek sastera macam BM dan BI sudah tidak lagi memerlukan kau luahkan apa imaginasi kau tapi lebih kepada cuba mengolah sesuatu fakta supaya benda tu ada dia punya bukti dan hujah.

Aku tak tau zaman sekarang ni tapi kalau zaman aku dulu, bila hendak menulis sesuatu karangan yang non fiction, kau akan diberikan satu ayat penyata atau maklumat yang perlu kau tau, contohnya;

"Kegiatan pelacuran adalah berfaedah untuk membantu masyarakat mengawal kes rogol. Bincangkan."

Apa yang cikgu kau akan ajar apa kau buat?

Pilih sama ada nak sokong atau nak bangkang. Kau perlu pilih side. Nak senang? Sokong. Nak carik jalan susah sikit? Bangkang. Aku pernah tanya cikgu aku dulu, kalau kita pilih untuk bahaskan hujah dua2 side, boleh ke?

Dia jawab tak boleh. Sebab dalam sesebuah karangan, kau perlu berdiri belakang hujah kau dan bila kau tak menyokong atau tak membantah, karangan tu takkan ada isi. Kau tak mampu berdiri teguh belakang hujah2 kau.

Lebih kurang camtula penerangan cikgu aku.

Bila aku fikirkan balik dalam beberapa tahun ni, aku rasa keperluan untuk memilih sama ada menyokong atau membangkang satu2 tajuk dalam penghasilan karangan di sekolah adalah sesuatu yang tak munasabah. Kerana ini akan melahirkan manusia yang fikirannya tak fleksibel.

Sastera sepatutnya fleksibel. Sastera sepatutnya boleh pukul dua-dua pihak. Tapi oleh kerana aku dah diajar supaya hanya jadi satu pihak, selalunya aku pilih nak membangkang la. Lagi mencabar. Walaubagaimanapun...aku prefer supaya pelajar2 sekolah dapat diberikan kelonggaran untuk hujahkan kedua-dua pihak punya pandangan dalam karangan mereka.

Ini bukan program debat di mana kita perlu ada pihak yang nak menang hujah. Pendidikan penulisan adalah sesuatu yang perlu diajar tanpa belenggu. Tanpa rantai.

Biarkan saja apa jenis hujah pun ditulis dan dikarang. Biarkan saja pelajar itu mengaku dalam penulisan mereka, mereka cuba bersikap neutral tetapi lebih cenderung kepada satu pihak jika keadaan memerlukan.

Tapi aku dah diajar supaya pilih satu side sahaja.
Aku tak tau la zaman sekarang ni macam mana. Sama aje ke?

Dengan memberi fleksibiliti dalam penulisan karangan peperiksaan, pelajar diajar supaya pilih haluan sendiri, pilih pandangan sendiri dan yang paling penting, mereka belajar supaya memandang kedua-dua pihak sama rata. Itu adalah proses pelajaran ni. Jika proses pelajaran sendiri menekan kemampuan seseorang untuk berfikir guna akal sendiri, itu salah. Itu bukan mendidik.

Aku rasa la, aku tak ada fakta benda ni, sedikit sebanyak kemampuan kita berfikir ni disekat oleh cara kita diajar dalam pembuatan sesebuah karangan. Dah dari kecik bila kita nak menulis aje kita dah diarah untuk sama ada sokong atau bangkang sesuatu hujah.

Masalahnya, kadang2 kita bukannya peduli pun pasal sesuatu topik yang dijadikan isu tapi kita terpaksa jawab kerana dah kertas peperiksaan tertulis topik tu. Topik yang dipilih tak ada masalah. Boleh aje gebang bagi cukup satu karangan lengkap.

Sayangnya, kenapa kita diwajibkan declare kita sokong atau tidak pernyataan tersebut? Benda memang nampak simple, karangan sekolah. Benda cap ayam.

"Budak2 yang suka sastera ni budak2 pemalas nak belajar dan budak2 yang belajar sains ni la yang pandai-pandai belaka."

Tu lah dia falsafah pendidikan negara yang tak dimaktubkan secara rasmi.

Tapi bila direnungkan dalam sikit, kesannya amat menusuk dalam sistem politik negara kita, pengkelasan identiti dan behavior control seseorang manusia. Adakah kita sebenarnya melakukan kejuruteraan manusia, dalam bentuk pengawalan kebebasan minda dalam penulisan sastera, tanpa kita sedari?

Atau kita sedar....tapi kita tak peduli, kerana sastera di negara kita adalah tahap ayam. Sedangkan, semua tamadun yang maju...mesti ada tiga benda ni untuk jadi maju; sains, seni dan sastera.


November 07, 2014

Mencari Identiti Melayu Dalam Bidang Karya Seni Adalah Pencarian Sampai Mati

Dewasa ini terlalu jelas kelihatan wujudnya karya2 yang aku terma-kan sebagai "karya bodoh" dalam pelbagai medium. Dari dulu memang ada tapi entah kenapa sekarang ni terlalu besar lambakan karya bodoh dalam industri negara kita. 

Sebelum teruskan membaca, tolong fahamkan apa itu karya bodoh pada aku. Karya bodoh itu pada aku, adalah karya yang dijual semata-mata untuk memenuhi fantasi pengkarya dan memenuhi fantasi produser, tanpa mengambil kira ada atau tidak kesan positif yang disampaikan kepada masyarakat. Sebagai contoh....filem Transformers Michael Bay.....

Kalau kau compare filem Transformers Michael Bay dengan kartun Transformers klasik "Transformers The Movie" serius aku cakap dengan kau....kartun tu jauh lebih "pandai" berbanding filem2 Bayformers ni. Kau tak percaya kau nilaikan sendiri..tolong jangan puji dan suka filem Bayformers sebelum kau tengok "Transformers The Movie."

Michael Bay adalah pengkarya paling hebat karya bodoh Hollywood, di mana kau boleh suis off akal kau dan just entertained diri. Habis filem, kau bangun dan teruskan hidup macam biasa.

Karya2 tersebut lah yang terlalu banyak dihasilkan oleh orang2 kita sekarang ni. Contohnya, drama2 tangkap leleh cintan cintun kaya miskin yang disadur dari novel. Aku baru aje tengok satu drama minggu lepas...pelakonnya dalam drama bertudung, kerana melakonkan watak "jaga agama" tapi melakonkan adegan pegang2 tangan, kerana nak menyampaikan mesej2 keagamaan.

Kau tak nampak kebodohannya di situ?
Oh, pelakonnya Siti Saleha. Hot stuff.

Pengkarya2 inilah sebenarnya yang menyajikan karya2 kepada lapisan majoriti masyarakat. Dan masalahnya karya2 bodoh ini telahpun diangkat sebagai karya mainstream di negara kita dan karya2 berfikir adalah karya2 golongan minoriti. Kau boleh tengok sendiri dekat industri filem kita, cuba kau tengok apa yang orang Melayu tengok dan kenapa produser filem tak nak buat filem yang mengajak orang berfikir.

Itulah dia polemik yang berlaku sekarang ni.

Wujud satu kelompok lain yang digelarkan sebagai penulis-penulis indie yang mulutnya macam gampang dan bajet bagus kerap benar mengkritik karya2 bodoh di pasaran. Golongan2 ni jugak lah memperjuangkan apa yang dinamakan sebagai karya berfikir yang cuba melawan arus karya2 bodoh yang banyak ni.  Masalahnya, golongan2 indie ni, diorang rasa diorang pandai dan peminat2 karya bodoh itu bodoh.

Berlakulah pertembungan ideologi yang berbeza antara kelompok majoriti peminat drama cintan cintun yang disadur dari novel fantasi seorang wanita yang tak cukup kasih sayang dan kelompok minoriti pengkarya bebas yang merasakan diri mereka jauh lebih pandai dan mengharapkan supaya karya2 yang membuatkan orang berfikir akan jadi pilihan majoriti.

Sementara itu, kapitalis2 pengeluar modal hanya menunggu melihat siapa yang jadi majoriti.

Dan itulah hakikatnya yang penulis2 karya berfikir ini perlu sedar, YOU ARE THE MINORITY dan altercations, pergaduhan ideologi serta bersikap rasa diri lebih pandai takkan membuatkan perjuangan kau berjaya.....kerana orang yang kau kutuk2 tu adalah kelompok majoriti. Macam kau nak ubah kerajaan tapi penyokong kau walaupun ramai,  still tak mampu nak dapatkan 2/3 kerusi parlimen.

Kenapa?

The blame is not on the government. Memang diorang buat gerrymandering, memang diorang main taktik jahat, memang kalau lawan fair and square...BN dah jatuh dah....tapi persoalannya, kenapa BN tak jatuh2 lagi?

Kau adalah orang minoriti.
Aku adalah sebahagian kelompok minoriti.
Kita semua adalah kelompok minoriti.

Dan sebagai kelompok minoriti yang percaya karya yang berfikir jauh lebih baik berbanding karya bodoh, going heads on melawan diorang takkan ubah apa-apa. Apa yang kau akan dapat hanyalah more resistance. Kita perlu smart.

Macam mana nak ajak orang yang suka drama cinta cintun disadur dari novel dikarang wanita tak cukup kasih sayang supaya dia tengok apa kau produce, dia baca apa yang kau tulis, dia sokong apa kau buat? Macam mana nak turn minoriti jadi majoriti?

Kau perlu jadi sebahagian dari diorang.

Kau perlu hasilkan muzik yang diorang nak dengar tapi liriknya worth something, bukan macam lirik "tiada ku sangka, bola-bola api, yang dahulunya kecil, menjadi besar." Tulis buku berfikir...tapi cover dengan kisah cinta. Buat filem yang ajak orang berfikir, tapi jadikan dia sesuatu yang peminat karya bodoh ni nak tengok. Macam apa Mamat Khalid kerap buat.

Kau tak suka drama cintan cintun yang disadur jadi drama lalu ditayang waktu Maghrib dan ditulis oleh seorang wanita yang kurang kasih sayang? Tuliskan kisah cinta yang akademik. Tulis kisah cinta yang ajak orang bercinta dengan ikhlas. Tulis kisah cinta yang mampu ubah pandangan masyarakat majoriti ni terhadap "apa itu template kisah cinta dan drama masyarakat Melayu Malaysia?" Tuliskan kisah cinta yang buat orang ramai bangun cari cinta.

Sebuah karya yang bodoh adalah karya yang kau datang 0, kau balik 0.
Sebuah karya yang baik, kau datang 0, kau balik 1.

Sebuah karya agung? Kau datang 0, kau balik pun 0. Tapi esok2 nya dia accumulate hari demi hari sebab penonton kau baru faham apa yang kau nak sampaikan dan dia akan fikir, ingat, fikir, hadam, fikir, ingat sampailah dia sendiri suruh kau baca, tengok atau dengar karya yang dia dah tengok tu.

Bukan sebab karya itu best...tapi sebab karya itu stuck dekat kepala dia.

Tapi sayangnya, yang kita nampak dalam industri hiburan kita, kebanyakannya adalah karya pakai buang. Karya ibarat lampin pakai buang bayi. Banyak brand lampin pakai bayi ada, tapi kegunaannya sama. Untuk takung najis. Kemudian buang.

Kemudian kapitalis carik balik novel mana yang sedang hangat di pasaran, dramatizekan....kemudian lihat satu Malaysia tercangak depan TV berborak pasal pelakon mana yang dia paling tak suka sebab menyampah tengok muka dia dalam drama. Dah market demand drama macam itu. Kau nak marah camne pun, takde guna.

Ubah kesilapan kau.
Lawan karya bodoh tu dengan karya kau.

...................

Ruangan Iklan

Untuk gadis dan wanita yang mementingkan kualiti,
kami menjual Tupperware Bella Tumbler Set dengan harga istimewa.

Tempah sekarang di Jiwa Mahmudah.
Klik untuk maklumat lanjut.



..............

So, kau claim yang kau best?

Cuma satu ajelah yang aku boleh jadikan panduan untuk kenal pasti sama ada kau ni peminat karya bodoh yang bodoh atau tidak. Tanya diri sendiri ;

1. Suka atau tidak tengok video budak hostel kena belasah?

2. Ada kau kutuk budak2 yang membelasah dia? Mesti ada. Ramai yang melahirkan rasa simpatinya.

3. Jika ada, ada tak kau sumbang duit untuk tengok atau beli mana2 filem gangster Melayu?

4. Jika ada, kesimpulannya mudah...

5. Kau suka karya bodoh dan kau bodoh.

6. Sebab kau tak nampak betapa buruknya kesan filem gangster ni kepada masyarakat kita tapi kau boleh tertanya kenapa diorang ganas camtu.

Aplikasikan benda yang sama kepada video2 viral kes buang bayi, video couple Melayu beromen atau video Melayu buat benda jahat.

Kau perlu sedar, sekecil2 zarahsekalipun, semua karya bodoh yang popular akan memberikan impak kepada orang ramai. Oleh kerana kita adalah sharing community, apa yang kau buat, walaupun hanya dengan menonton filem gangster gaduh2 tumbuk2 kat wayang...kesannya akan sampai dekat orang lain. Video budak asrama belasah2 tu, kalau dia ada tiru aksi filem gangster (memang ada satu part sebijik macam dalam satu filem, ni yang video Perlis tu)..

Anak aku tengok Upin Ipin, berjalan pun dah macam Upin Ipin. Begitulah gulliblenya masyarakat kita. Kepada penyokong filem gangster aku tanya kepada kau, kau tak pernah fikir ke kesan tengok aksi ganas dekat budak2?

Karya perlu beri kesan positif pada orang ramai. Tapi entah kenapalah, karya2 sekarang dari dulu sampai sekarang stuck dekat tema yang sama....gangster,hantu, cinta, gangster,hantu,cinta....macam tak ubah dari tahun 80 an.

Yang berbezanya hanyalah fashion sense sekarang ni better banyak berbanding wardrobe tahun 80an.
Pelakon pulak nama dah ala2 orang putih. Dulu, pelakon semua nama Salleh, Sabaruddin, Mustafa...sekarang?

Malu aku nak menyebut.
Sebab aku malu tengok orang Melayu malu dengan nama dia sendiri.


November 04, 2014

Mahasiswa Mahu Kebebasan Berpolitik Dengan Menjadi Pak Turut Parti Politik

Minggu lepas kepada yang mengikuti arena politik negara, berlaku sedikit kekecohan di Universiti Malaya...Ahhh..UM..tempat aku try tekel sorang awek dan kemudian kena rejek sambil tangan aku pegang teddy bear...membuatkan aku sedikit fobia nak ke UM sekarang ni.

Kebelakangan ni, wujud gerakan mahasiswa yang cuba mengembalikan semula peranan mahasiswa dalam arena politik negara seperti yang telah berlaku pada tahun 70an di mana mahasiswa pada ketika itu, memainkan peranan yang aku rasa agak besar jugak dalam politik. Sebab masa tu mana ada Facebook, internet dan sebagainya...jadi diorang memang berpengaruh jugak, semua orang kenal bai..sehinggakan sampai sekarang kau boleh nampak muka2 yang sama jadi aktivis masa zaman 70 an dulu...sekarang ni dah jadi politician hebat.

Aku tak tau apa jadi kepada gerakan diorang ni tapi aku syak ada zaman di mana berlakunya supresi lembut ke atas mereka2 ni yang membuatkan peranan mahasiswa dalam politik sekarang...lebih kepada macam anak ayam yang kehilangan ibunya.

Sekarang ni muncul beberapa nama besar seperti Adam Adli (yang aku tak berapa suka corak politik dia kerana politik dia takde adab) dan yang terbaru...Fahmi Zainol, orang yang diangkat oleh Anwar Ibrahim sebagai "pengganti" dia.

Aku tak ada masalah mahasiswa nak berpolitik. Jika berlakunya akta yang menghalang mahasiswa berpolitik....kerajaan perlu fikir terlebih dahulu kenapa dia benarkan orang berumur 21 tahun mengundi. Sebab mengundi itu adalah satu pilihan politik. Kalau kau diberi kuasa untuk pilih kerajaan mana kau nak...kau sepatutnya dah cukup matang untuk berpolitik, tak gitu kerajaan pusat?

Cuma...gerakan politik mahasiswa dari dulu sampai sekarang style nya sama. Sekumpulan pelajar bersorak2 nak kebebasan. Sekumpulan lagi bersorak suruh yang nak kebebasan tu akur aje dengan pemerintah. Benda yang sama berlaku dalam Parlimen, itulah jugak yang berlaku dalam politik mahasiswa ni. Politik pecah belah.

Politik pak turut.

Mahasiswa adalah orang2 yang diharapkan mampu sumbang akal diorang pada negara. Kau masuk universiti, itu maknanya kau ada something. Tapi gunakanlah akal yang kau ada tu dan fikir, jika kau selalu melaungkan pasal kebebasan berpolitik..............kenapa akal politik kau tak bebas?

Kau fikirlah sendiri. Kau nak jadi aktivis..tapi apa yang kau laung-laungkan adalah isu yang sama dengan apa yang kerajaan atau pembangkang laungkan. Najib suruh kau kata A, kau kata A. Anwar suruh kata B, kau kata B. Najib claim kau pengganti dia, kau bangga, Anwar kata kau pelapis dia, kau bangga. Last2 kau akan jadi politician yang sama dari generasi ke generasi.

Kau mesti ada idea kau sendiri, sebab itu kau join jadi aktivis, kan? Dalam kepala kau mesti dah ada beberapa penambah baikan yang kau rasa kau mampu jadi penggeraknya. Tapi last2 isu kau adalah kebebasan untuk Anwar Ibrahim.

Apa cerita?

Kau damba kebebasan politik tapi politik kau sempit. Itu takkan membantu generasi2 akan datang kerana ini akan melahirkan negara yang mempunyai dua pihak yang saling tak mahu beralah, sama ada kau sokong kerajaan atau kau anti kerajaan. Pada aku lah, jika kau seorang mahasiswa dan kau nak berpolitik, kau tau apa yang negara kita perlukan sangat sekarang ni?

Pihak ketiga. Pihak yang mampu hentam dua-dua pihak dan mampu sokong dua-dua pihak. Pihak yang mampu bebaskan pemikiran mahasiswa dari belenggu politik old school negara kita dan wujudkan satu budaya politik yang matang dan mampu bekerjsama walaupun berlainan parti.

Tapi mahasiswa kita fanatik.

Kau tengok la sendiri korang label diri korang apa...Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa. Apa kejadahnya label tu? Kau tak nampak ke itu satu bentuk dasar pecah dan perintah yang akan melahirkan pak turut dan pak geleng2?

Kau mahu kebebasan?

Kebebasan berpolitik adalah apabila kau mampu sokong benda yang betul...tak kiralah yang anjurkan benda tu parti lawan kau. Sebab itu saja caranya kau nak improve politik kita ni. Kita perlu longgarkan sikit fanaticism politik kita dan tengok apa yang baik dalam politik.

Dua orang pemimpin dari parti berlawanan kentut....tak ada siapa pun suruh kau pilih kentut siapa lebih wangi...tapi pada ramai aktivis mahasiswa ni, diorang sendiri volunteer nak pilih kentut siapa yang wangi. Itulah dia politik mahasiswa yang aku nampak.

Berapa kerat pemimpin mahasiswa pro Anwar Ibrahim yang berani menyatakan secara terbuka "Langkah Kajang" yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat adalah satu langkah bodoh, buang duit, buang masa dan paling penting...melawan semua prinsip demokrasi dalam negara?

Kalau ada pun mesti senyap2 sebab takut digelar pengkhianat...

Kau nak keadilan tapi kau nak keadilan pada sebelah pihak aje. Mana aci camtu. Alih2 pemimpin yang lahir oleh gerakan politik mahasiswa, adalah klon2 kepada pemimpin2 terdahulu. Klon Najib. Klon Anwar. Klon Mahathir. Klon Ahmad Maslan (ni paling ramai). Padahal, apa yang selalu dilaungkan....adalah kebebasan.

Bebas macam mana aku tak tau...kalau gaya bercakap pun dah sama macam pemimpin yang dia puja2? Last2 bila buat ceramah, yang menontonnya, mata tengok kau, tapi dalam kepala duk teringat orang lain yang kemungkinan besar akan jadi banduan.

Kau tak sedar ke diri kau kena game kat situ dengan pemimpin2 veteran ni?

Learning is a process of copying but when copying is the whole process of learning....you are not learning. You are cloning. The world is amazed when they can clone a sheep, but few realize humans has been cloned by those who have written the history.

Oktober 29, 2014

Siapa Sangka Dalam Dokumen Rasmi Mahkamah Ada Skrip Brokeback Mountain?

Aku tiba ke kondominium tepat pada jam 2.45 tengahari. Sampai di sana, aku memasuki unit kondominium tersebut yang pintunya tidak berkunci.

Dia sedang menunggu aku di meja makan, lalu meletakkan dokumen dihadapan dia untuk dia semak dokumen tersebut.

Aku berbincang beberapa perkara berkenaan jadual kerja dan tidak lama kemudian, dia meminta aku melakukan hubungan seks terlarang bersama dia. Aku menolak dan dia tanyakan kenapa. Aku menjawab dalam nada negatif.

Dia naik berang tapi dia hanya mengarahkan aku masuk ke dalam bilik tidur utama rumah itu.

Aku ikutkan sahaja perintah dia. Dalam bilik, dia menutup kesemua langsir dan memadamkan lampu. Dia kemudian mengarahkan aku ke bilik air untuk membersihkan diri. Aku menurut sahaja, masuk ke dalam bilik air mencuci diri dan kemudian keluar....

....dengan hanya memakai tuala.

Dia berdiri di bucu hujung kanan katil, hanya membaluti tubuhnya dengan tuala putih. Aku mendekati dia dan dia pun memeluk aku dengan erat.

Lubang anusku di masukkan zakarnya dengan bantuan cecair pelincir yang dikenali sebagai KY Jelly.

Selepas kami melakukan hubungan seks, aku mencuci kembali badanku dan duduk minum bersama dia. Tidak lama kemudian, aku meninggalkan unit kondominium tersebut.

Esoknya, aku menghantar surat kepada dia mengatakan aku ingin berhenti kerja.

ps - Siapa sangka, hanya dengan sedikit translasi, semua orang mampu menghasilkan skrip yang agak sesuai untuk difilemkan? Dokumen asal dalam bentuk PDF - Link.



Ruangan Iklan

Telekung ini tidak dibacakan sebarang doa atau ayat Quran.
Telekung ini juga tidak mempunyai kuasa ajaib.
Tetapi keajaiban tudung cotton ini adalah ia sangat selesa dipakai.


Klik untuk maklumat lanjut.



Oktober 28, 2014

Video Lucah Akan Jadi Alat Bantu Mengajar Sejarah Di Masa Hadapan

1. Jom fikir satu benda dengan aku.

2. Kau sedar tak betapa pentingnya video lucah dalam kehidupan kita?

3. Tanpa video lucah, kita tak tau mana satu pemimpin yang nak dipilih.

4. Tanpa video lucah, kita takkan tau Ustaz mana yang kita patut dengar nasihat dia.

5. Tanpa video lucah, kita takkan tau pemimpin mana yang jual agama untuk kuasa.

6. Begitulah pentingnya video lucah kepada negara kita.

7. Tak ada video lucah, kerajaan kita hari ini rasanya dah kalah kot pilihanraya hari tu.

8. Sebab ramai jugak yang tengok dan percaya video lucah.

9. Apa cerita dia ni nak pimpin orang tapi diri sendiri kuat seks dengan pelacur?

10. Kau nampak hakikat nya sekarang ni?

11. Video lucah menyelamatkan kita dari pilih pemimpin yang salah. Itu kata sesetengah orang.

12. Video lucah membuktikan yang ada satu golongan pemimpin yang tidak boleh dipercayai. Itu kata setengah golongan lain.

13. Video lucah adalah fakta yang menentukan pemimpin mana yang dia nak sokong.

14, Video lucah jadi tempat bergantung harap ramai rakyat Malaysia untuk buat keputusan.

15. Rasanya ada antara kita yang tanpa ada video lucah, dia tak dapat fikir parti mana yang dia nak sokong.

16. "Parti mana aku nak pangkah ni? Parti mana yang tak ada buat video lucah lah yang aku akan pangkah."

17. "Tontonlah dulu video lucah si polan ni sebelum anda pergi mengundi."

18. "Jangan pilih dia. Dia kaki seks. Ini video buktinya. Pangkah kami."

19. Sinonim gila dah video lucah dengan politik kita.

20. Dah zaman moden ni, rasa-rasanya boleh kot dalam buku sejarah diselitkan sekali video2 lucah untuk bantu anak-anak murid belajar menerima pihak mana yang lebih elok.

21. Yang paling sakit?

22. Aku, kau dan ramai lagi rakyat Malaysia seolah-olah dah lali dan terbiasa dengan video lucah.

23. Semua orang laki perempuan berebut nak tengok video lucah sebab nak pastikan kebenaran.

24. Video lucah itupun dianalisa dan dikaji sebaik mungkin based on pihak tu punya pandangan, sama ada nak dijadikan bukti atau nak disangkal kesahihannya.

25. Kau tak sedar ke, masyarakat kita oleh kerana terlalu taksub nak mencari kebenaran.....

26. Tengok video lucah tu dah jadi norma kita.

27. Sebab kita nak tau! Sebab kita nak pastikan betul atau tidak! Sebab kita nak pertahankan jika itu satu fitnah!Sebab kita tak nak orang teraniaya!

28. Persoalannya, ramai yang tak sedar, dia sebenarnya dah aniaya diri sendiri.

29. Kau tengok video lucah. Tak kiralah apa pun tujuan kau, core issue dia....kau tengok video lucah.

30. Bila masa Islam ada dua hukum pasal tengok video lucah?

31. Tengok untuk tujuan nak rasa seronok dan ghairah? Salah tu. Haram!

32. Satu negara tengok untuk pastikan siapa dalam video? Bila masa pulak boleh? Bila masa pulak tengok video lucah untuk tau kebenaran tu boleh?

33. Kau tau kenapa ahli-ahli agama bila isu video lucah keluar diorang akan awal2 terus sebut itu fitnah?

34. Sebab diorang faham yang macam mana pun kau nak tau kebenaran, kau tak boleh tengok video tu. Jadi, kena bersangka baik dan anggap itu semua fitnah. Betul atau tidak itu antara dia dengan Allah.

35. Tapi orang kita (termasuklah aku satu masa dulu) gigih tengok video lucah untuk menegakkan kebenaran. "Betul ke itu Ustaz yang terkenal tu? Bak aku tengok video dia supaya aku boleh tau. Kalau betul la, haram aku nak percaya dengan Ustaz tu lagi! Kalau salah, memang jahanam la sapa yang buat video tu!"

36. What the hell Melayu Islam? Mazhab mana kau ikut? Kau tak nampak ke betapa mudahnya kita diperkotak-katikkan pemikiran kita?

.................

Ruangan iklan.
Kurta Al-Hafiz kurta bermutu tinggi.
Selesa di pakai santai atau ke majlis rasmi. 


Klik untuk maklumat lanjut.


Oktober 24, 2014

Kisah Akhir Zaman 02 : Julia Benci Tudung

"Aku rimas pakai tudung ni..." bisik Julia kepada Azura.

"Ish, kau ni, pakai aje la. Habis subjek ni, kau bukak la balik," Azura berbisik. Ustazah Mastura memandang tepat ke arah mereka.

"Yes, Julia, Azura, ada apa-apa yang lagi penting berbanding pelajaran kita hari ini?" tanya Mastura. Azura mencebikkan bibir kepada Julia. "Ooppsie!"

"Takde apa Ustazah, saya just beritahu dekat Zura yang saya rimas dengan tudung ni," beritahu Julia. Satu kelas mereka tertawa.

"Kenapa awak rimas?" tanya Mastura.

"Ye lah, sebab tak praktikal. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita panas dan kita pulak diwajibkan untuk menutup aurat yang pada saya, kelihatan tidak selari dengan kehidupan masyarakat kita," Julia menjelaskan.

"Hmmm...." Ustazah Mastura memikirkan sesuatu.

"Ustazah, bukankah Islam tu adalah agama yang menyenangkan kita jadi kenapa saya perlu bangun pagi2, gosok tudung, pakai tudung dan pastikan tudung saya ni tak senget...sehingga membuatkan saya kelam kabut nak hadir ke kelas?" hujah Julia lagi.

"Betul tu Ustazah, saya setuju!" Azura menyokong hujah kawan baiknya.

"Astaghfirullahhalazim. Bawak mengucap woi!" jerit satu suara lelaki dari tempat duduk di belakang dewan kuliah.

Azura dan Julia menoleh ke belakang. Mereka dah boleh agak suara siapa itu. Mamat poyo yang sedikit ekstrimis. Mereka gelarkan dia "Bajet Alim." Kebetulan pulak nama lelaki itu, Halim.

"Halim, awak jangan jadi ekstrimis sangat ye?" pesan Mastura sambil menegur Halim. Ustazah Mastura bingung bagaimana mahu menjustifikasikan praktikaliti kewajipan Islam itu dalam sosio kehidupan Malaysia. Belum masuk bab di mana dia perlu menjawab soalan berkaitan iklim Malaysia dan kesesuaiannya dengan kewajipan bertudung.

"Begini..Julia.." Ustazah Mastura ingin menerangkan tapi cepat-cepat dipintas Julia.

"Ustazah, saya dah tau apa Ustazah nak jawab. Ustazah akan kata ini semua kewajipan kita, tutup aurat tu wajib, ini semua untuk menjaga kehormatan wanita dan setiap helai rambut yang kita tayangkan akan dibakar api neraka kelak, saya percaya semua tu Ustazah," jawab Julia. "Ustazah tak perlu terangkan kepada saya mengenai hukum kerana saya tau apa hukumnya, tapi..."

"Tapi apa Julia?" tanya Ustazah Mastura lembut.

"Praktikaliti tak ada. Zaman dah berubah. Kita duduk di Malaysia, cuaca kita berbahang, saya tak nampak apa kekurangannya jika saya tak pakai tudung. Saya masih lagi sama," Julia meneguk air liur."....dan Ustazah, saya rasa, saya akan jadi Muslimah yang lebih aktif menyumbang kepada masyarakat jika saya tak dibelenggu dengan keperluan nak menutup aurat."

Julia diam. Ustazah Mastura diam. Satu kelas diam. Bajet Halim pun diam.

"Minggu lepas, saya ada join event dengan anak yatim. Kitorang bawak sekumpulan anak yatim pergi beli belah kemudian lepas tu belanja diorang tiket Sunway Lagoon. Ini semua inisiatif My Lord is Great Organisations universiti kita, yang anjurkan orang-orang Cina beragama Kristian. Saya ikut kerana saya diajak oleh kawan saya....sebab ada budak Islam 3-4 orang dalam rombongan tu," cerita Julia.

"Sampai Sunway Lagoon pergerakan saya jadi terhad. Saya kena jaga aurat saya. Saya kena jaga batas saya. Saya tak boleh nak pegang-pegang anak yatim macam orang2 bukan Islam. Saya nak main dengan diorang pun saya jadi takut sebab takut baju basah dan pakaian melekat dekat badan."

Satu kelas diam mendengar luahan Julia.

"Jika Islam agama yang lemah lembut dan sempurna, kenapa Islam membataskan saya untuk saya buat sesuatu yang mampu mengubah hidup mereka? Bukankah Islam tu cantik? Bila kawan2 saya persoalkan kenapa tak mandi, kenapa nampak tak enjoy...saya jawab sebab my religion asked me to have some boundaries between me and the anak yatim, diorang tanya saya balik....I thought Islam is a beautiful religion? Why Islam forbid you from doing good deeds?"

Julia mula tenang.

"Saya tak tau nak jawab apa Ustazah, tapi saya tau I can do better and I can do much much more kalau saya tak dikongkong oleh agama saya sendiri."

Julia duduk.

Ustazah Mastura hanya diam.

"Julia..." panggil Ustazah Mastura.

Julia melihat Ustazah Mastura. Azura pun sama. Satu kelas tu pun menumpukan perhatian menanti apa jawapan Ustazah Mastura. Halim dah boleh agak apa jawapannya.

"Kita hidup di dunia ni bukan untuk orang lain, kita hidup ni untuk Allah. Jadi apa yang Allah mintak kita buat, kita buat. Tak kiralah apa saja dugaan dia. Sebenarnya boleh aje kita beramal dan masih lagi menjaga batas2 agama bla bla bla..." fikir Halim.

Ustazah Mastura menangis teresak-esak.

"Saya pun tak faham.....Julia," kata Ustazah Mastura sambil menangis.

"Saya tak faham kenapa saya perlu dengar cakap suami saya sedangkan saya ada fikiran saya sendiri, saya mampu berfikir sendiri dan saya mampu buat keputusan sendiri..." tangis Ustazah Mastura. "Saya belajar tinggi-tinggi..saya ada Master...saya tengah buat PHD saya..tapi kenapa perlunya saya dengar cakap seorang lelaki yang belajar setakat SPM?"

"What is the reason ketidakadilan tu berlaku?" tanya Ustazah Mastura kepada kelasnya.

Satu kelas diam.

"Saya rasa satu masa dulu ada lelaki yang ubahkan agama Islam ni supaya wanita tak mampu melawan mereka. Saya percaya yang Islam sekarang ni adalah Islam yang dah terpesong kerana dah dimanipulasi oleh lelaki-lelaki yang sexist." Azura bangun menyampuk.

Julia berdiri. Tangannya pantas meragut tudung yang sedang dipakainya.
"Saya tak percaya yang tudung adalah simbol kepada Islam. Islam adalah agama, Islam ni antara saya dengan Allah, jadi Allah lebih tahu niat saya kenapa saya tidak bertudung!"

Satu kelas bertepuk tangan.

"Pergh...rambut dia cantik jugak," Halim berfikir dalam hati.

....................

Ruangan iklan. 

Sehelai tudung merah bawal,
Sepasang kekasih indah,
Kenapa nama dia tudung bawal?
Entahlah.


Sila klik untuk maklumat lanjut.


...............


Nota kaki : M ada ke orang yang pemikiran dia lebih kurang macam apa yang berlaku dalam cerita ni? Entahlah. 

Jika dia masih mencari jawapannya kepada soalan2 di atas tu, aku sendiri tak tahu apa nak jawab jika ditanyakan benda2 camtu dan aku tak nak jawab dengan jawapan cliche "Sebab Allah suruh" kerana tak semua orang nak terima jawapan camtu.

Kepada mereka2 yang memang ada terfikir persoalan yang aku kisahkan di atas, cariklah jawapan dia dengan orang yang lebih tahu. Kau lebih tahu diri kau.  Allah lebih tahu diri kau berbanding diri kau sendiri...tapi itu bukan lesen untuk kau deny hak Allah dengan alasan "Allah lebih tahu. Allah Maha Mengasihani. Ini antara aku dengan Allah..."

Aku harap kau jangan surrender agama dan diri kau sebelum kau carik jawapan dia. 

Oktober 23, 2014

Bila Rasanya Akan Ada Blog Gosip Ulama dan Ahli Agama?

Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan pandangan Ustaz Asri Zainal Abidin pasal isu berkaitan pertukaran mazhab yang orang2 pemegang anjing sharekan hari tu. Apatah lagi bila ramai yang ambik pandangan dia membabi buta pasal status anjing dalam Islam tanpa mengambil kira pandangan majoriti masyarakat.

Dah la dia main sebut ulama' macam anjing membuatkan aku wondering siapa dia maksudkan. Tapi aku tau kalau aku tulis pasal tu, mesti kau akan tanya aku apa pandangan aku pasal video klip mirip Ustaz Azhar Idrus tu.

Nantilah.

Walaubagaimanapun, berita paling penting pada aku hari ini adalah ini;


Gila kau.
Aku wish aku Jep Sepahtu. 

.............................

Ruangan iklan. 
Sila klik untuk maklumat lanjut.



Oktober 21, 2014

Selepas Pegang Anjing, Zurina Merasakan Hidupnya Berubah Serta-Merta

So, sekarang ini sudah jelas dan terbukti, Ustaz yang dijemput untuk menjadi panel bab2 agama dalam acara "I Want to Touch A Dog" sudahpun menyatakan dengan jelas yang peserta dilarang sama sekali menyentuh anjing-anjing yang ada tanpa sebarang sebab...

........tetapi, gadis bertudung, mak-mak bertudung, anak2 kecik bertudung, bapa melayu urban, mak melayu urban yang menjadi peserta tetap degil dan menyentuh dan membelai...kerana

1. itu education pada diorang
2. anjing2 tersebut comel lote belaka!

Basically, tak sampailah education yang hendak disampaikan tu lah, kan?

Balik rumah, gelabah tengok respon Jabatan Agama..terus declare diri dia ikut mazhab Maliki, punyalah lega diorang ni nampak Asri Zainal Abidin setuju dengan pandangan diorang dan habis diorang share sorang tu punya pandangan merata2 nak menunjukkan apa yang diorang buat tak salah.

Dah terlanjur.

Takyahlah desperate sangat nak share apa yang Asri tu kata. Baik kau share apa yang Ustaz yang dijemput tu kata...kan?


Panel yang kau jemput tu pun dah kata dekat korang semua apa sempadannya acara tu...tapi entahlah kenapa...masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Aku rasa aku tau kenapa...sebab dari awal lagi dah ada poll nak kira berapa orang yang datang nak pegang...ramai..500 lebih orang. Tiba2 hari event pulak Ustaz jemputan kata takleh pegang...potong stim bai! "Ni Ustaz mana ni? Dia kata dia sokong event tapi dia tak bagi pegang pulak? Eeeeee..geramnya tengok rottweiler tu, rasa nak cium2!"

.............

Ruangan iklan.

Promosi khas Tupperware hanya untuk bulan Oktober.
Klik untuk ketahui sendiri tawaran hebat ini.

Iklankan perniagaan anda di sini serendah RM50 sehari. 
Hubungi ultramantot@yahoo.com.my

................


Yang Ustaz pesan..dilupakan.
Yang diorang dengar?

Approval dari orang non Muslim memuji tindakan mulia diorang ni. Diorang lagi prefer dengar orang non Muslim ajar diorang macam mana nak jadi Muslim. Come on Melayu. Kau sedar tak bila isu ni jadi hangat, banyak gila orang non Muslim kutuk badan agama kita? Dan kau pun join sekali mengiyakan....sebab kau dah terlanjur gamaknya.

Ramai yang scoff bila ada orang kata event tu merosakkan akidah...
Kau dah diberitahu dan kau dah dilarang...tapi kau buat jugak.

Camne tu?



Oktober 20, 2014

"I Want to Touch A Dog" dan Melayu Mesra Anjing











Ini screen capture aku kena tiaw dengan diorang pada 26 September tempohari.

Aku tak takut anjing yang ada Tuan dia. Aku takut anjing liar dan anjing ganas yang merayau atas jalan..apatah lagi kalau sekumpulan anjing. Jadi, kalau lepas ni kau nak buat event dan kembangkan idea ni, aku rasa itu haluan yang kau perlu pilih.

Tukar event tu jadi "I Want to Touch Stray and Wild Dogs."

Nak gak aku tengok mak bapak bawak anak dia cuba pegang anjing yang tengah menyalak tak tentu hala. Mesti kelakar dan banyak adegan pergaduhan manusia dengan anjing berlaku.

Sekarang ni isu pasal event ni pun dah kecoh. Untuk mengelakkan sebarang salah paham sebab aku tengok ramai yang kata event tu dapat kelulusan MAIS jadi tak bertentangan dengan agama, aku mintak tolong, postkan surat kelulusan MAIS tu biar semua orang tengok sendiri dan nilaikan apa respon MAIS mengenai event ni.

Tunjuk macam mana MAIS punya justifikasi yang benda tu education jadi dibolehkan orang Islam untuk pegang anjing pada hari tersebut. Kalau doktor perubatan veterinar belajar pasal ilmu kedoktoran, dia akan pegang anjing dan babi...tapi itu memang betul untuk education. Dia grad, dia keluar jadi doktor. Jadi keperluan tu ada kerana ada kemungkinan nanti2 dia perlu treat babi dan anjing.

Sebab sekarang ni JAKIM kata lain. Even Mufti Selangor pun kata lain.
Mintak tolong postkan ye.



Ruangan Iklan. Promosi khas untuk wanita di luar sana yang inginkan kelainan.