November 25, 2014

Kenapa Yang Buat Undang-Undang Selalu Terlepas Dari Undang-Undang Yang Mereka Cipta Sendiri?

Satu benda paling ketara perbezaannya antara negara Eropah punya etika dan negara2 dunia ketiga macam kita ni, adalah ketaksuban (atau kepoyoan) pemimpin2 politik kita ni. Di kebanyakan negara maju, once kau jadi minister, kau akan dipandang sebagai seorang servant kepada rakyat dan memang kau akan dapat beberapa benefit, tapi still orang pandang mereka2 ni sebagai "manager negara."

Tapi di negara kita, khasnya, Pemimpin2 parti politik ini kadang2 boleh dilihat mendapat layanan sama hebat macam Raja dan Sultan dan Agung, sehinggakan pelbagai keistimewaan diberikan dekat diorang ni yang membuatkan diorang jadi bongkak, angkuh, naik lemak dan seterusnya menjadikan badan mereka berlemak.

Ada minister cool kat Malaysia? Ada. Tapi secool mana pun minister ni, once kita sebagai masyarakat bagi diorang layanan mengalahkan first class hooker....expectation diorang akan assume yang diorang kena dilayan sebegitu rupa. Itulah salah masyarakat kita ni.

Kita dah jadi terlalu terpersona dengan Menteri2 Kabinet ni sehinggakan kita lupa diorang tu sepatutnya The Servant of The People dan diorang ada di sana, hanya kerana masyarakat yang pilih diorang.

Kau bantu orang naik, kenapa kau pulak nak melutut dengan dia lak?

Dan yang paling jelas, aku paling tak suka bila undang2 negara dipecahkan kepada beberapa level dan pelaksanaannya diasingkan ikut pangkat. Kita boleh lupakan pasal Kerabat dan Kaumnya sebab itu aku malas nak sentuh tapi kenapa...kenapa...kenapa...ada undang2 lain untuk menteri?

Contohnya;

1. Cermin gelap kereta

"Cermin gelap aaa...bahaya untuk orang ramai. Kita tak tau mungkin akan ada perompak menyorok dalam kereta, lagipun tujuan pengesahan identiti dapat dilakukan dengan mudah jika cermin tidak tindted. Ini semua atas faktor keselamatan ya. Harap faham."

Cermin kereta dialah yang gelap sekali.

2. Bayaran tol

"Tol itu perlu, lebuhraya perlu balik modal kalau tidak kerajaan perlu tanggung berjuta-juta ringgit dari kantung sendiri untuk bina lebuhraya. Lagipun, ini semua untuk kesenangan bersama. Anda menggunakan lebuhraya sambil menyumbang kepada ekonomi kita."

Kalau kau boleh claim balik duit minyak dan tol dari kerajaan, apa pointnya kau nasihat rakyat supaya bersabar dengan tol.

3. Sekolah kebangsaan

"Sistem pendidikan kita adalah yang terbaik. Kerajaan telah menyalurkan pelbagai kemudahan. Lihat keputusan peperiksaan tahun lepas, semuanya meningkat A dia, jadi rakyat perlu paham lah yang OUR EDUCATION SYSTEM ARE THE BEST IN THE WORLD BECAUSE THERE ARE MORE STRAIGHT A STUDENT THAN EVER!"

Dia hantar anak dia sekolah swasta pulak.

4. Cukai kereta

"Kerajaan tidak berhasrat melupuskan cukai kenderaan kerana kami memerlukan duti eksais diteruskan untuk menampung kutipan cukai dan jika kami kehilangan beberapa billion dari duti eksais kereta, kami akan terpaksa pula menaikkan cukai yang lain untuk menampung kehilangan tersebut..."

Dari dia sampai ke anak beranak dia, semua beli kereta import, tak bayar cukai.

5. Bersederhana dalam perbelanjaan

"Anda semua mesti wasatiyah! Anda semua mesti ubah gaya hidup! Anda semua mesti mula berjimat cermat!"

Dia beli kapal terbang baru untuk kemudahan dia terbang ke mana-mana.

6. Industri Automotif Negara

"Rakyat Malaysia perlulah menyokong industri kereta negara kerana tanpa sokongan rakyat, Proton dan Perodua tidak akan mampu bersaing dengan jenama luar. Kualiti kereta kita pun sudah setaraf dengan piawaian antarabangsa jadi percaya dan yakinlah dengan produk negara kita."

Dia beli Honda.

7. Masa Depan Negara

"Anda semua tidak perlu bimbang. Yakinilah Kerajaan Barisan Nasional dan jangan didengar dakyah pembangkang yang saban hari hanya mahu menjatuhkan apa yang telah kita bina selama ini. Teruskan menyokong BN kerana Barisan Nasional adalah satu-satunya parti yang mampu memacu Malaysia ke masa depan cemerlang, gemilang dan terbilang."

Hari ini -

KUALA LUMPUR – Kakitangan kerajaan berisiko menjadi gelandangan sekiranya kerajaan tidak bertanggungjawab ke atas kawalan harga rumah yang melambung tinggi kini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, perkara itu boleh berlaku kerana penjawat awam dengan pendapatan kini tidak mampu membeli rumah dengan harga yang sangat tinggi.


.......................

Kalau kau generasi aku, mesti kau sempat melalui satu zaman di mana kerajaan selalu canang "Kepimpinan Melalui Tauladan." Ini zaman tahun 90 an. Aku rasa, frasa tu, boleh dikatakan dah dilupakan langsung oleh pemimpin2 kerajaan zaman sekarang ni.

Pada aku benda2 ni senang je. Kau minister. Kalau kau nak implement undang2 dekat orang ramai, kau sepatutnya follow undang2 yang sama. Takde pengecualian. Tak patut ada pengecualian hanya sebab kau so called minister.

Kau nak ajak orang buat sesuatu, kalau kau sendiri tak buat, tak ke sangat poyo namanya?

Gambar hiasan - Seorang MP Ukraine dibuang ke dalam tong sampah oleh orang ramai yang merasakan dia lebih layak di tong sampahkan. Buat kat Malaysia camtu.....siaplah kau. Cuma, Menteri2 ku sekalian...sedarlah...kalau kau buat perangai yang sama dekat Negara Eropah macam apa yang kau buat kat Malaysia, rasa2 nya satu kabinet kot boleh ditong sampahkan oleh diorang ni.

Orang Malaysia ni baik2 belaka terhadap Menteri2 diorang ni.
Jadi, tak usahlah diambik kesempatan ke atas kebaikan orang ramai ni.



16 ulasan:

The Hilmans berkata...

Mungkin sebab minister yang bercermin gelap tu sebenarnya adalah penjenayah.

Ermmm...

Tanpa Nama berkata...

Aku setuju..annoy lain mna,?..takut akta hasutan..hahaha

Faliq

eddeved berkata...

mana ada terlepas? Undang-undang Tuhan dia tak terlepas...itu kaw-kaw punya! tak ada balasan paling setimpal yang dia akan dapat...kita tak nampak, kita mengeluh laa...sabar...tunggu kita mati semua nanti kita tahu lah!

Tanpa Nama berkata...

Tang Penjawat Awam berisiko jadi gelandangan tu yang akak takut tu...macam tak percaya pun ada. ye la, orang berebut2 nak masuk kerja kerajaan sebab katanya stabil ada pencen bagai. tup tup katanya berisiko jadi gelandangan. apa kes????

Unknown berkata...

Mantot,
Dulu geng jahat aku zaman 90an kalau nak kenal kereta polis "unmark" macam Pajero, tgk side mirror derang. Kereta unmark polis pakai side mirror plastik, kalau ikut variant, variant paling rendah. Sport rim pun takde, pakai rim besi aja.

Sekarang? Lori pickup DBKL dengan sport rim mangkuk tu!

Tanpa Nama berkata...

yes...setuju 1000%....ahli2 politik berebut nk jadi menteri sebab keistimewaan ni..bukannya nk bekerja utk rakyat sgt...retorik aje tu semua... puiii...

Jojo berkata...

Sokong 100% artikel ni. Pemimpin di M'sia ni layan kita mcm sampah.. Recycle masa nk pilihan raya je.. Pas tu buang balik..

Tanpa Nama berkata...



ahli politik...??

Aku khususkan lah, pemimpin..

nak tau kenapa

pasal yang ada sekarang bukan pemimpin, yang ada perompak

kita dipimpin oleh PEROMPAK ko tak sedar ker?!

ada ker perompak nak peduli semua benda ni..pegi mampos dengan kita semua!!




Unknown berkata...

Kaut jangan tak kaut... Masyuk jangan tak masyuk... Songlap jangan tak songlap....

Tanpa Nama berkata...

tak banyak komen...ish aku saja tambah
komen biar cantek skit

Totol berkata...

Slm.. Tot... Ko lupa pasal harga minyak yang akan turun 3 sen.... WTF. Sapa yg pilih diorang ni jadi pemimpin? Ko ngan aku mungkin pangkah org lain tapi byk lagi rakyat Marhein yg masih tak paham.... Setuju ngan Ed diorang ni tak peduli atau tak percaya pada hari kiamat. Kufur tu.

Rgds & Jazakaallah

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya golongan yg sedar/sama fikiran dgn apa kau cakap ni mantot tak ramai.... mak cik aku org kuat umno.. skang ni ke hulu ke hilir dia sibuk uruskan persiapan sbb nak sambut YB dtg melawat bulan 12 nanti.. aku cakap biarlah dia dtg melawat.. x payah nak sambut besar2, biar dia tgk keadaan sebenar kg ni macam mana.. dia pun manusia mcm kita juga bukannya tuhan... lepas tu aku kena marah, dituduh menyokong pembangkang dsb.

So selagi ada golongan mcm mak cik aku tu dan geng2 dia... selagi tulah puak2 tu akan terus memperhamba dan memperbodohkan rakyat.

Apa yg aku cakap nj bukan hanya terpakai pada org2 umno je.. penyokong2 PR pun sama je..

UMNO PARTI PENJARA berkata...

...



PENTING:

Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...

Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....

Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...



Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...

Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )


Harap Maklum.. TKasih :-D



MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

pok mat berkata...

^bro, pau yik mun ada tak?

man kowtey berkata...

apa ni bro, promote blog kau..tak gentle ar..

Tanpa Nama berkata...

Well said. Itu sbb mereka nk berselindung di balik akta hasutan