Disember 30, 2014

Kalaulah Kurt Cobain Melayu, Mesti Dia Tak Dapat Ubah Muzik Satu Dunia

Aku ada seorang kenalan.

Kerja dia dari dia muda sampai lah tahun lepas, adalah keluar masuk pusat serenti. Letaklah dia lama mana pun dalam Pusat Serenti, dia akan carik jugak barang dan ada dua tiga kali, entah macam mana dia boleh terlepas dari pusat serenti.

Polis datang rumah ni, tangkap dia bawak balik.

Keluarga dia, dari belah mak ayah sendiri, hinggalah ke makcik pakcik atuk nenek, boleh kata 99% memang assume dia lost cause. Ye la, aku pun. Sebab dah dari dulu sampai sekarang perangai dia sama. Ada anak bini pun sama.

Aku tak tau apa yang berlaku dalam pusat serenti tapi yang jelas, pusat serenti tak membantu kawan aku ni pulih. Malahandia makin bertambah teruk adalah. Siap nak terajang mak dia sendiri.

Lost cause.
Dia ni dah jatuh ke tahap yang tak mahu lagi dah masyarakat bantu.

Cuma sebab aku kenal dia dari kecik hinggalah dia besar, dari awal lagi dah orang2 sekeliling dia dah tampal cop kat kepala dia. Dari kecik zaman sekolah menengah orang dah kata "dia ni akan jadi orang tak guna sebab dia penagih."

Ya, memang kadang2 aku tengok dia pun aku rasa nak penerajang. Ada anak, ada bini tapi pukul 11 pagi dah high tak sedar apa benda. Society yang dia hidup pun rasanya mempengaruhi dia sebab orang2 sekeliling dia pun sama aje....susah dia nak lari dari cengkaman dadah ni kalau kawan2 dia pun sama. Aku nak tegur pun kadang2 takut sebab dia ada tendency untuk jadi violence tiba-tiba.

Oleh kerana mak dia sendiri dah give up dengan dia, jadi sekarang ni, tak ada orang tau dia kat mana. Dia hilang.

Aku selalu terfikir, kalaulah Kurt Donald Cobain dilahirkan di Malaysia dan berbangsa Melayu, mesti orang dah kata dia tu lost cause. Kaki heroin. Tak ada future. Dan Kurt Donald Cobain akan hilang, mungkin mati bawah jambatan mana-mana dihanyutkan oleh arus sungai.

Tapi nasib baik Kurt Cobain bukan Melayu.

Kenapa treatment kita kepada penagih ni agak tak berapa bertamadun? Aku ambik Kurt Cobain sebagai contoh sebab dia penagih, dia talented dan dia memang seorang pure artist. Dia bukannya sekadar seorang rock star yang bunuh diri, dia jugak seorang pelukis.

Mungkin kau tak tau kot pasal tu?
Skill water color dia boleh tahan gak.

Macam mana masyarakat Melayu nak ubah mentaliti treatment kita ke atas penagih dadah ni? Sebab manalah tau, dalam ramai mat2 dadah yang teruk ni, ada sebenarnya Kurt Cobain versi Melayu? Tapi sayang dia takkan boleh penuhi talent dia hanya sebab dah tak ada lagi orang yang pandang dia ada nilai.

Satu budaya Melayu yang aku rasa paling cepat kita kena ubah cepat2; Budaya sepak orang yang dah jatuh supaya dia langsung tak boleh bangkit lagi.

Sebab tu la kot, pusat serenti ni tak berfungsi untuk kawan aku ni.
Harap dia tak bunuh diri dah la. Last aku dengar dia dah dekat Kalimantan.




11 ulasan:

nevermind berkata...

Sbb tgk la timing life kurt cobain. Dia bermula dengan muzik dulu sebelum dia amik dadah. Dia amik tu pun lepas dia start depressed and sakit. And even by that time dia dah femes dah pun.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa penagih dadah kt malaysia ni sume hanya 10percent je yg boleh pulih.
lain sume still sambung balik even dh kuarpusat sehenti 40 kali. tepuk dada tanya iman. well said

Prince of Noob berkata...

kesiannya kurt kobain

Tanpa Nama berkata...

Ramai je kurt cobain melayu. Jamal Adillah, Saleem, Ameng etc.. ke x cukup grunge? Radhi maybe? eh?

Fara Abdul berkata...

dia g kalimantan buat apa?

eddeved berkata...

aku sekarang rajin komen pakai video...

siapa tak sayang data plan sila!

http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2014/12/when-lights-out-its-less-dangerous.html

kena belajar lagi berkata...

presiden rumah pengasih tu nama apa? yg ala2 mamak tu.. dlu penagih jugak kan?

Xeno berkata...

Kurt Cobain melayu ramai arr tot...budak2 underground...malah mainstream ada radhi, saleem, jamal abdillah, ezad exists...komedi ada saipul apek dan yassin...

true fan tak kisah kalau retis yg diorg minat ambik substance janji karya baguih

Unknown berkata...

sorry Tot.

kalau satu org x respek mak bapak dia,kehidupan x kan respek dia.

then ko nak suh masyarakat nak ubah mentaliti terhadap dia?

mintak maaf ngn mak ayah dulu.

x ya pusing citer kurt cobain bagai.


Tanpa Nama berkata...

Aku rs klu kurt cobain org melayu bertambah la artis melayu yg penagih kat malaysia ni...kat malaysia, artis yg penagih bukannyer tak femes...klu buat concert ramai je p tgk...sbb treatment kita pada artis penagih masih bertamadun based on ko punye benchmark.

Tanpa Nama berkata...

k..