1. Oleh kerana aku duduk agak dekat dengan KL jadi keliling aku banyak pasaraya.
2. Boleh nampak dengan jelas dan sangat terang....bidang perniagaan sangat tak rancak.
3. Kedai-kedai dekat pasaraya banyak yang tak bersewa dan banyak jugak bisnes yang lingkup membuatkan kedai bertukar tangan.
4. Kalau kau perasan, selalunya kedai2 yang bisnesnya terpaksa ditutup ni akan diganti oleh satu jenis kedai yang sedang tumbuh seperti cendawan lepas hujan sekarang ni.
5. Kedai menjual pakaian Frozen dan kartun2 lain yang dihasilkan secara haram.
6. Kau pergi la mana2, mesti ada aje orang jual baju budak2 ni. Selalunya design dia kita dah tau tak original. Aku pun beli jugak kalau ada yang ok design dia untuk anak aku.
7. Harga mesti standard Rm25.
8. Selain dari baju Frozen, dia mesti ada jual baju Upin Ipin, Boboiboy, Avengers, Iron Man dan bermacam lagilah.
9. Kebelakangan ni makin ramai pulak yang tambah barang jualan Transformers mainan yang nampak macam cantik jugak...harga Rm30.
10. Tapi nama dia bukan Transformers....tapi TAIKONGSHENG.
11. Jika kedai2 menjual barangan tiruan ni wujud dekat pasaraya2 biasa ni, aku boleh paham kenapa...sebab permintaan tu ada.
12. Tapi bila aku jalan2 dekat Alamanda nampak kedai menjual pakaian tiruan ni wujud kat situ....
13. Aku pun bertanya kepada diri sendiri.....apa yang KDNK buat? Bukankah itu plagiarism yang sangat luas jumlahnya?
14. Mungkin gomen terpaksa biarkan sebab pengusaha baju Frozen tiruan ni dapat memenuhi permintaan pakaian kanak2 yang murah yang banyak dikalangan orang kita....
15. Tapi bukankah mencuri itu still mencuri? Rokok seludup, DVD dan sebagainya mahu pula dipantau.
16. Aku anggap aje la gomen kita biar sebab diorang sangka baik benda ni.
17. Atau mungkin gomen sendiri tahu betapa teruknya ekonomi kita sehinggakan mereka terpaksa biarkan penjualan barangan palsu ni secara berleluasa kerana sedar...kuasa membeli orang ramai makin kecil.
18. Mungkin?
19. Laku tak pakaian tu? Kalau kau jumpa budak perempuan pakai baju Frozen...90% aku berani cakap baju tu tiruan.
20. Nampak budak perempuan main anak patung Elsa? Itu bukan dari kartun Frozen...tetapi dari kartun bernama Freezing.
21. Untuk negara yang maju, barang2 tiruan adalah barang yang dijual sebagai benda novelty.
22. Tapi di negara kita di mana peniaga terpaksa meletakkan harga tinggi untuk sustain bisnes dan pembeli terpaksa carik jalan untuk turunkan kos sara hidup, nampaknya satu2 nya cara untuk counter benda ni adalah by breaking the law.
23. Masyarakat kita bergantung dengan pembuat pakaian tanpa lesen untuk terus mampu membeli pakaian untuk anak masing-masing.
24. Dan kedai2 ni tumbuh macam cendawan dekat mana2 aku pegi.
25. Itu jelas menunjukkan, permintaan ada.....
26. ....Dan tidak ada kawalan dikenakan ke atas mereka-mereka ini. Kalau aku jual DVD pirate Windows sekarang ni dah boleh ke sebagai side income aku?
27. Boleh ke itu diambil sebagai indikator kesihatan ekonomi masyarakat kita?
28. Entahlah.
29. Tapi aku rasa majoriti orang sedang merasakan the hard pinch of the economic regression sekarang.
30. Walaupun pendapatan isi rumah kita sekarang RM5900. Hehehe.

13 ulasan:
1st!!
Btw orang malaysia ni ramai yang poser je lebih. Kata true fan anime, tapi tengok anime kat internet. Kata movie lover tapi download movie kat torrent. Kata die hard fan pemuzik tapi lagu mp3 dia convert dari youtube, kata fanatic figure gundam tapi beli gunpla brand bandi. pftttt
TAIKONGSHENG DEFORMATION HEROES
Purchasing power rakyat Malaysia makin mengecil. Tgk nilai matawang kite compare to Singapore atau Brunei. 30 thn dlu tak jauh beza tp sekarang? Dan siapa yg uruskan kewangan serta ekonomi Malaysia selama ni? Lu pikir la sendiri..
Nama aku art....
Awat hg lama tak update blog...takda idea dah ka...banyak isu dok ada sekarang...awat tak cakap pasal isu2 ini...
aku sibuk sikit skrg
lagipun aku skrg mmg takkan menulis hari2. aku akan tulis kalau ada benda aku nak tulis.
harap bersabar
lagi satu, kewujudan kedai barang dua ringgit dan sewaktu dengannya bagai cendawan tumbuh selepas hujan...cuba buat observation, kat satu-satu kawasan perniagaan mesti ada sekurang-kurangnya satu kedai macam ni. hehehe. ala...kalau kat area kampung kita panggil kedai sakan laaaa
nurulni
mantot, ade correction, KPDNKK, bkn KDNK.hehe.
wan
Aku agree with you on our purchasing power. With RM100, boleh beli groceries untuk seminggu. Dekat some developed countries, with their 100, boleh beli groceries sebulan (okay exaggerate but you get the drift).
But Mantot, the number of shopping malls sprouting up everyday does not seem to reflect our reducing purchasing power.
Buat shopping malls, isi dengan kedai-kedai yang jual t-shirt at RM70/pc. Bakeries that sell swiss rolls at RM3 / slice. Beratur juga orang beli aku tengok.
Tu yang aku tak paham tu. Duk heboh takde duit, income kurang, tapi malls penuh juga. Beratur juga orang nak masuk tony romas.
Sekian.
Robot TAIKONGSHENG nih kat rumah aku household name ha ha ha!
eh.....mantot...cer kau g ke DIY...transformers ngan lego murah dari kedai mainan TOYs R Us tu.......best pun best...lagipun semua barang kita kena pasang sendiri....hahaha
aku baru sebat lego RM15.....hahahha
Bagi aku ..kedai tak laku ni biasa nya otomatik bertukar jadi bengkel kereta...
Dah lama tak jenguk.
Eh. Masih ada jenis mengumumkan 1st?
Cmon la bang. Dah nak masuk 2015 nih kehkeh.
Betul cakap anon yang sorang tu, kita dok heboh duit tak cukup, barang naik harga, itu mahal, ini mahal, minyak petrol mahal.. tapi masih penuh je pusat membeli belah. makin banyak je pembinaan pusat beli belah seluruh negara ni. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kereta pon makin banyak je atas jalan raya. tak berkurang pon. and aku selalu fikir, macama mana orang afford untuk bertukar-tukar gadget yang canggih manggih ni. Macam Iphong 6, it would cost you nearly RM3000 cheapest. tu yang paling murah. Aku cuma rasa kalau average rakyat Malaysia diorang akan beli secara ansuran.Sebab average gaji berapa sebulan? RM2500- RM3,000?. Pastu dah beli iphong nak makan apa. Pastu live on credits.
Lagi satu, Purchasing power kita dekat Malaysia sangatnyaa laaahh rendah. Kalau compare hidup kat Britain dengan gaji GBP3000 and, hidup di Malaysia gaji RM3000... jauh beza. boleh hidup selesa di Britain and kat Malaysia cukup-cukup makan aje.
Tapi, apa-apa pun. hidup kat dunia ni duit setinggi gunung pon tak akan pernah cukup kalau kau tak pernah rasa cukup. Semuanya bergantung atas diri sendiri.
Entah. aku bukan orang ekonomi. jadi tak tau apa yang kita nak kena buat.
Catat Ulasan