Ini screen capture aku kena tiaw dengan diorang pada 26 September tempohari.
Aku tak takut anjing yang ada Tuan dia. Aku takut anjing liar dan anjing ganas yang merayau atas jalan..apatah lagi kalau sekumpulan anjing. Jadi, kalau lepas ni kau nak buat event dan kembangkan idea ni, aku rasa itu haluan yang kau perlu pilih.
Tukar event tu jadi "I Want to Touch Stray and Wild Dogs."
Nak gak aku tengok mak bapak bawak anak dia cuba pegang anjing yang tengah menyalak tak tentu hala. Mesti kelakar dan banyak adegan pergaduhan manusia dengan anjing berlaku.
Sekarang ni isu pasal event ni pun dah kecoh. Untuk mengelakkan sebarang salah paham sebab aku tengok ramai yang kata event tu dapat kelulusan MAIS jadi tak bertentangan dengan agama, aku mintak tolong, postkan surat kelulusan MAIS tu biar semua orang tengok sendiri dan nilaikan apa respon MAIS mengenai event ni.
Tunjuk macam mana MAIS punya justifikasi yang benda tu education jadi dibolehkan orang Islam untuk pegang anjing pada hari tersebut. Kalau doktor perubatan veterinar belajar pasal ilmu kedoktoran, dia akan pegang anjing dan babi...tapi itu memang betul untuk education. Dia grad, dia keluar jadi doktor. Jadi keperluan tu ada kerana ada kemungkinan nanti2 dia perlu treat babi dan anjing.
Sebab sekarang ni JAKIM kata lain. Even Mufti Selangor pun kata lain.
Mintak tolong postkan ye.
Ruangan Iklan. Promosi khas untuk wanita di luar sana yang inginkan kelainan.
43 ulasan:
Paling kelakar sekali bila ada yang kata, "baik la aku sentuh anjing at least bleh sama' dari aku sentuh anak dara orang, haram!"
Ibarat makcik tengah goreng kangkung pakai boots. Ada kaitan tak? Takde kan. Oh well, thats the point.
P/s: Sentuh anjing bleh bila dalam keadaan darurat je cam nak tolong dia tersepit ke apa. kalau sesaje nak belai takleh la ikut mazhab Shafie.
JAKIM dan jais pon konpius. JAKIM kata sentuh tanpa keperluan haram ie berdosa. Jais kata takpa, cuma perlu sertu... Alahai...
tot,
I support your stand in this issue. Coz I don't see the NEED for muslims to touch dogs. I don't hate dogs and I don't abuse them and I even hate animal cruelty. They're just animals. I'm a muslim, but I wonder why I don't feel like touching them or try to convey the message that muslims don't hate dogs by caressing them. I mean, talking from my 'jahil' view.
perghhhhhhhh,,pagi ni aku betul2 pening dengan isu ni..lagi pening bila baca screenshot kat atas ni...jauh terpesong dah islam m'sia ni..1.) anjing memang boleh disentuh , dalam keadaan tertentu..darurat pemburuan dsbnya..tapi bukan usap2 as pet...Allah maha mengetahui kenapa x boleh bela anjing sebagai pet..sebab emosi anjing X STABIL...cuba kau google balik berapa banyak kes kanak2 dibunuh dicederakan oleh anjing family dia sendiri..padahal anjing dia jinak dibela dari kecil..sebab anjing ada penyakit anjing gila..bila2 masa dia boleh serang tuannya sendiri..dan penyakit ini ada bawaan kuman dalam air liur sebab tu haiwan buruan yang digigit anjing x boleh dimakan ..atau bekas jilatan anjing pada bekas air di kira najis..2.) kalau nak belajar samak kenapa perlu ada anjing..boleh pegang lepastu samak>>? kalau dah bergumpal berpeluk pakaian semua kena nak sama camana lagi..please la kalau hadis dah kata x boleh..jangan twist la...jangan kerana anjing anda meremehkan agama..-p/s ...aku nak buat kempen zina..perlukan perempuan volunteer,,sebab nak ajar masyarakat macamana nak taubat..boleh tak???
tambah lagi-....satu2 nya yang paling penting dalam asas agama ialah- mandi wajib dan cara berwuduk dengan betul..patut jab. agama bukak booth ajar pada remaja..bukan semua orang tahu..ada yang belajar buta2 dari buku pasar malam je..tanpa dua perkara ni abisla semua amalan ko buat x jadi apa pun...bukak belajar samak untuk sentuh anjing suka2
Anak raja minum arak ko tak nak cakap ape2 ke? Ke takut kene tulah? Haha dgn kasta yg same taraf berani je ko ek. Ngaku aje la ko tu pon bukan alim sangat.. Pfffttt..
Bodoh...skrg tgh cerita pasal anjing ...yg ko ke laut dgn anak sultan apsal...ataupun ko sejenis anjing bercakap
Brader, orang tgh sembang pasal anjing.. Lu menyimpang sembang raja tulah arak tak cukup alim pebenda plak??
Sila jangan buat perangai anjing.
Terima kasih.
Rumah aku ada sekor anjing liar...tetiap malam msti melepak bwh keta aku...habis kaait dia gigit...kepada mamat minah melayu yg konon berfikiran terbuka tu...bole ambik anjong tu bela tak?
Haha..!! Kau tu yg bodoh. Anjing = najis berat. Arak = HARAM!! So isu mane yg lebih berat? Bodoh tu simpan sikit cik adik oi..
Salam..
Eh Mantot, aku baru je Nampak pagi nih kat kosmo pasal isu ni, baru nak siasat katanya.
Eh aku nak tanyala kan pada yang sokong sangat event ni korang patutnya buat kesedaran jaga anjing2 yang dah tua, dah tak comel, dah comot dan jalan pun tak larat tu. Sebab aku selalu Nampak anjing2 yang macam tu, tuan2 nya akan biar atau buang merata2.
ni yang kat kosmo td http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
Tapi aku suka betul ayat last Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha tu...sekarang ni siapa-siapa yang pakai songkok (alim) pun sudah boleh jadi ustaz. Memang tepat.Sebab aku tengok program Da'i baru-baru ni bila peserta tu jawab pasal rasuah. Ermm atau mungkin dia tgh cuak nak jawab soalan hahaha.
ANAS
Ape yg aku try sampaikan ialah Mantot patut highlght benda yg lebih teruk. Sekarang mane lebih teruk? Anak raja minum arak (HARAM) atau pegang anjing (NAJIS BERAT). Anak raja tu yg kau doakan setiap Jumaat tau. Die ade power nk bg ko syafaat di akhirat ke?
aku ingat budak ni gagal spm la..topik pasal anjing dia sibuk pasal anak raja mabuk..anak raja mabuk tu dosa dia dengan Allah secara individu..dia x ajak ko mabuk sekali..ni ajak orang sentuh anjing ramai2..sambil konon nya boleh samak..mudah..lama2 datanglah niat melayu islam nak bela pulak..hilang satu qirat pahala setiap hari..
Brader, lu ni satu generasi dengan budak yang gagal hantar assignment pastu repot polis kena culik tu eh?
Lu nak sembang pasal arak, tunggu la topik arak. Niat lu betul, tolong betulkan cara plak ye..
Terima kasih.
aku perati orang2 perempuan je melatah dengan statement mantot , tu yg ustad cakap , zaman dajal keluar nnt , orang perempuan meronta-meronta nak ikut dajal walaupun dah kene ikat .
Maaf bro, tumpang lalu...
aku baru kena blast sekali lagi kat tweeter pasal memang aku mengaku aku kuat menyakat...
ada laa mamat nih marah pasal aku sound dia, aku cakap kalau kau nak bela anjing tak payah tweet perasaan kau...kau bela aje buat macam aku selamba peluk dukung anjing...ha ha!
last-last dia blast aku dia cakap - KAU SIAPA? TUHAN??
ha ha ha!
ps: kadang-kadang communication breakdown nih susah bro...kita kena sabar bila kena blast sebab kengkadang kena blast tu ada hikmah...ia menguatkan perjuangan di jalan Fi Sabilillah! ha ha ha!
teruskan bro...usah gentar!!!
Bagi aku..org2 yg join event ni adalah sgt cetek ilmu agamanya..sekian.
bnayk bnde lain yg lg penting untuk di stand up kan...instead of anjing.
kempen tutup aurat jom..
Betul tu bang Mantot... Mereka golongan butthurt sentiasa menegakkan yg batil sedangkan yg hak sudah jelas di depan mata... Menghalalkan yg haram... Halussss gitu
Aku tak benci anjing. aku takut ... hahaha. ngan kucing jinak pun aku takut apa tah laie anjing - jinak ke garang ke aku takut sebab binatang ni mana kita tau tindakan seterusnya. ibarat kucing jinak, penah je terkam kepala aku masa tengah makan kat kantin sekolah. jadinya itu lah … aku takut
Lagipun, 2 jiran aku ada anjing. seko ni kuat menyalak. padahal kenal aku ni hari² keluar masuk umah. bising je menyalak. Lepas tu jenis yang selagi ko tak blah, or tuan dia senyapkan memang akan menyalak laaaa sampai pitam. Walaupun jenis comel … garang siot. Takut aku ...
Seko laie ni mesra alam la, sebelah umah je pun. Tapi takde la sampai aku nak pegang ke sayang² ke. Nak tau kenapa ? Sebab masa tahun baru cina, aku pegi umah jiran yang sebelah ni. Masa aku datang, dia cakap sekejap eh. So kitaorang tunggu la depan muka pintu umah dia. Rupanya dia simpan anjing dia masuk bilik, dan lap² sket tempat kitaorang nak duduk tu
See … my chinese neighbour pun tak encourage aku nak pegi sayang peluk cium anjing dia yang memang ramah tamah. Siap bersihkan tempat kitaorang nak duduk just because taknak aku and family offended sebab umah dia ada anjing. Takde pulak dia cakap – eh, come la pat my dog. Dia tak garang maaa, dia banyak baik punya anjing
Ni kita pulak, soh pegang anjing sesaja oleh muslim. Nak ajar samak ke sertu ke apa ke, takyah menda tu jadi betul² pun boleh belajar. Bukan kena bedah ke apa nak tengok apa ke menda yang real life baru leh paham
Tak paham la orang islam skang … kolot ? Biar lah, asalkan ikut al-quran … bukan ikut² orang
bait event is bait, and its a success
Ape yg ko nk ckp ni bahlol? Dh tu ko la buat blog sound ank raja. Ape punya banggang la ko ni. Kecoh je lebih
Kes ni besar kemungkinan akan senyap shj...tp aku kesian pada minah2 yg sukarela bergambar terutama yg gemuk dgn muka penuh excited tu....brapa lama la muka dia kena guna untuk troll...hahaahaha
AnonymousOctober 20, 2014 at 2:59:00 PM GMT+8Haha..!! Kau tu yg bodoh. Anjing = najis berat. Arak = HARAM!! So isu mane yg lebih berat? Bodoh tu simpan sikit cik adik oi..
Ayat anonymous atas aku ni 1000 kali bodoh. Terang2 isu pasal anjing.. Nk cte pasal haram pgg ank dara org tu pi carik post lain. Tkde kne mngena. Bingai
senang citer, mantot dan kebanyakan meleis benci anjing. wpun org dah terangkan apa objektif event tu dia tetap xmahu terima. dia tetap akan cari kesalahan.
haters will hate... even he claimed he's not hating anyone.
objektif program tu bagus.
yang tak perlunya ramai2 digalakkan pegang anjing.
Selalu bila aku scroll bahagian komen, ramai yang bangkang/tak setuju dengan penulisan kau..sangat aneh bila ruangan komen kau padat dengan persetujuan..hahaha..
Kau tu yg bodoh melantun2 Anon 9.12 pm oi.. Cuba kau pikir pakai otak kau tu sikit. Anak raja yg kau sembah tu adalah IDENTITI agama Islam di MALAYSIA ni. Tapi minum arak sampai gambar tersebar dalam internet. Dan cuba kau pikir sikit. Seorang BAKAL KETUA AGAMA ISLAM minum arak, dan yg KAU PEDULIKAN ialah orang yg pegang anjing? What is fucking wrong with you man?
Boleh tolong terangkan apa beza anjing zaman sekarang dengan anjing yang Allah muliakan dalam surah Al-Kahfi wahai Ustaz Mantot yang Maha Mulia?
Ignorance is bliss...itulah pandangan org yg dtg event tu...apa yg diorg pikir psl event ni pun aku tak tau...org kita ni kan pantang ada org menyokong...conform kita pun ikut conform buta2..bila aku tau ada event mcm ni pun aku dah rasa pelik...perlu ke kempen bangang mcm ni? Rasa mcm takde keperluan kot nk pegi sesuka hati sentuh anjing. Yg dok komen kat ko nyer fb wall especially yg non muslim tu tak yh pedulik sgt...kafir apa dia tahu..ckp pun tunggang terbalik..as if mcm dah expert sgt psl Islam..apa yg diorg komen tu lebih kepada logik akal..bhy kalau free thinker sgt..ni contoh islam liberal yg entah fahaman apa2 tah yg dibawa...patutnya tak yh sokong sgt kempen pelik mcm ni...tapi org kita ni...yg pelik2 mcm ni la diorg nk ikut...serius tak phm..
Cer tengok "Dog whisperer". Korang boleh tahu how clever a dog is. Diorang punya emosi is based dengan kau punya emosi. Dia bela banyak anjing liar terbiar yang orang tinggal nak enjet kasi mati. Tapi Ceaser Milan, dia kira macam kaunselor kepada anjing ni tolong sembuhkan emosi anjing2 yang terganggu. Kesiannn anjing. Padahal bapak kacang goreng doh nak stabil kan emosi anjing. Kau tak perlu belai peluk dan sayang. CUMA PERLU AMBIL TAHU. Seek for information. Tak salah kalau untuk tujuan pengetahuan. Bila plak anjing ni jahat gila liar. Kau yang tak pernah kenal dan tak pernah ambil tahu. Kesian. Pergi skang ushar youtube.
Btw, after aku dah tahu serba sedikit pasal perangai dan tabiat semula jadi anjing ciptaan Allah ni, Alhamdulillah, bila aku jumpa anjing liar SERIOUS LIAR HABIS NI datang dengan group kawan2 lagi.. Memang diorang tak kacau. Diorang buat bodoh je macam kau takde kat situ. Mintak makan kat kau pun tak. Pandai kan anjing? Dia tahu kalau kau benci dia emosi kau tak stabil so dia anggap sebagai ancaman. Memang natural instinct dia macam tu. OK tamat hingga disini sahaja. sekian...
Anon 1:06:00 AM, rasanya xboleh nak bandingkan dengan tu kot. zaman pemuda al-kahfi tu bukan zaman nabi muhammad, jadi syariat lain la. sama macam zaman nabi musa, nak taubat kena bunuh diri, berlainan dengan umat nabi muhammad. syariat ni dia ikut zaman nabi mana okay, so your argument is invalid :)
Nape saje2 nk pgang najis. Hukum first br akal..
Yg aku nak highlightkan di sini ialah: Kalau kau nak betulkan akidah umat Islam di Malaysia ni, BETULKAN AKIDAH RAJA, SULTAN, PARA PEMIMPIN DAN ANAK2 MEREKA TERLEBIH DAHULU. Kalau akidah para pemimpin pun kau tak boleh nak betulkan jangan harap kau boleh betulkan akidah org kebanyakan ni. Ada paham?
People make the leader. Leader comes from people.
Macammana perangai kebanyakan rakyat, macam tu lah jugak perangai leader dia. Macam mana nak dapat pemerintah yang baik? Bermula dari diri kita lah, rakyat.
wahai anon October 21, 2014 at 10:51:00 AM GMT+8..tak habis lagi ke dengan isu pemimpin yang mabok ko tu?..orang da cakap, komen ikut tajuk..yang ko bebal sangat ni ape pasal?
kau tak nak aminkn doa untuk sultan masa solat jumaat, letak jela tangan ke bawah..
Dahla jangan tunjuk bebal tu lagi..ke gambar ko pegang anjing kat event tu dah tersebar jugak?..ko yang gemok pakai seluar kuning pegang anjing putih ke eh? haa...kantoi...
Errr makcik goreng kangkung pakai boot. Xda kaitan kn?
manusia ni berbeza-beza. ada yang tak kisah dengan memmeluk cium anjing, dan ada yang tak mahu buat semua tu. perbezaan pendapat ni memang dapat dilihat.
ustaz2 yang bagi pendapat& hukum tentang anjing pun ada perbezaan, kalau kita dengar betul-betul.
saya tak pernah heran dengan orang melayu yang jijik dengan anjing atau tak mahu pegang anjing. tetapi saya juga tidak heran dengan orang melayu yang pegang/bela anjing.
ada sahabat melayu saya yang membela anjing untuk tujuan menjaga rumah (guard dog). dia tak benarkan anjing tu masuk rumah; diberi seorang pembantu bukan islam untuk tujuan seperti mandi, dan disertu jika dia sekeluarga tersentuh anjing itu bila basah/terkena air liur.
kalau kita suka pandang sesuatu sebagai masalah, maka memang ia akan jadi masalah. jika kita memandang sesuatu dengan positif, maka positiflah ia.
Hanya...Allah SWT Maha Mulia
(tidak layak digunakan untuk makhluk)
Sama kita. Aku penah kene kejar ngan mak kucing, mencicit aku lari keliling sekolah. Walaupun peristiwa tu dh berlalu 10 thn yg lepas, tp aku ttp fobia dgn kucing besar. Nak2 lagi betina. =(
hey.. weols dah lama teringin nak pegang anjing..
sebab ugama meleis ni la weols malu dan segan.
Syukur ada acara macam ni, dapatla weols belai2 anjing yang comel2 tu
mrasa weols jadi paris hilton sekejap
Nak melentur buluh, biarlah dari rebungnye
Catat Ulasan