Disember 31, 2014

Malaysia Masih Lagi Mencari Siapa Rakyat Yang Berjiwa Pemimpin

Perkara yang paling kita marah dengan Menteri sebenarnya adalah betapa jauhnya kehidupan diorang berbanding apa yang mulut diorang perjuangkan. Contohnya, politician kita masa berkempen mulut dia manis aje berjanji nak memahami denyut nadi rakyatlah, memahami kesusahan rakyatlah dan sebagainya.

Habis aje pilihanraya, dah dilantik jadi Menteri...lupa terus janji.
Fed up kan dengan benda2 tu?

Sebagai orang biasa, expectation kita kepada pemimpin adalah pemimpinlah yang akan guide ke mana hala tuju negara kita. Tapi isunya mudah;  "Macam mana kau boleh claim diri kau pemimpin kalau kau sendiri tak rasa macam mana jadi orang yang kau pimpin?"

Dan di sinilah perlunya kerjasama masyarakat. Kita dah sampai satu tahap di mana kita terlalu mengagungkan sangat pemimpin2 ni, sehinggakan diorang sendiri terlupa macam mana sebenarnya diorang boleh sampai situ.

Jadi, untuk mengubati rakyat yang berdukacita kerana melihat pemimpin yang terlalu bersukaria, ramailah yang post pasal pemimpin2 mana yang buat kebaikan untuk dijadikan inspirasi, seperti kisah Presiden sebuah negara yang hidupnya langsung tak ambik elaun, atau kisah Pemimpin Britain yang kansel program kerana ada kejadian buruk menimpa negara dia.

Takkan itu aje yang mampu kita buat? Sedangkan kejadian yang sama terus berulang....bila pilihanraya janji manis, lepas pilihanraya janji terus masin. Apa yang kita boleh buat? Be more demanding. Stop putting pemimpin yakni wakil rakyat ni atas pedestal.

Berhenti bentang karpet merah untuk diorang.
Dan kau juga boleh;

1. Desak kerajaan supaya WAJIBKAN anak-anak Menteri Pendidikan dan Timbalannnya perlu bersekolah di sekolah kebangsaan biasa dan tidak dibenarkan masuk sekolah swasta.

2. Desak supaya Menteri Pengangkutan WAJIB ambik pengangkutan awam setiap hari untuk ke pejabat.

3. Desak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tidak dibenarkan bercuti ke luar negara dan hanya boleh bercuti dalam negara dan dia perlu tahu 5 jenis tarian kebudayaan tradisional negara berbilang bangsa.

4. Larang Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dari memasang water filter di rumah beliau.

5. Pastikan Menteri Kesihatan dan Timbalannya hanya dibenarkan mendapat bantuan perubatan dari Hospital Awam dan Klinik Kerajaan.

6. Sahkan yang Menteri Belia dan Sukan mestilah seorang Belia Yang Bersukan. Yang paling penting, dia kenalah Belia.

7. Khaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Timbalannya hanya dibenarkan menghantar anak2 mereka ke Tadika Kemas.

..............

Masalah sebenar banyak kecelaruan dalam pentadbiran negara kita ni adalah kerana betapa jauhnya perspektif Menteri yang membuat dasar dan orang yang akan terkena dengan dasar tu.

Kita perlukan sebuah kerajaan yang berani tekan pemegang jawatan tertinggi dalam kerajaan tu dan buatkan diorang tak senang duduk sebab aku tengok, terlalu banyak perks dan benefits yang diberikan kepada diorang ni. Even yang JUSA C pun perks dia dah cukup hebat apatah lagi Menteri.

Perlu ke negara spend macam tu punya mewah dekat Penjawat2 awam ni sedangkan, hasilnya seolah-olah tak balik modal pun? Sekarang barulah nak belajar berjimat. Atlet nak gi Sukan SEA kena naik bas atau keretapi. Kerajaan kena kurangkan perbelanjaan dan kurangkan itu ini.

Aku tak mintak subsidi. Nak potong subsidi? Potong. Tapi kalau Menteri tu mampu drive kereta sendiri, kenapa perlu diberikan dia driver? Nak berjimat, kenalah rasa traffic jam sekali sekala wahai Pak Menteri. Nak rasa denyut nadi rakyat, kenalah hidup sama macam orang biasa.

Barulah berjiwa rakyat. Setakat mulut aje claim diri berjiwa rakyat, pam minyak kereta pun tak pernah isi sendiri apa cerita?

Alih2 jadilah "aku pemimpin, korang rakyat biasa. Mana dia karpet merah aku?"

Dan kaki-kaki kipas macai pun berebutlah nak salam dan cium tangan diorang ni, padahal tangan mak ayah sendiri pun tak pernah diciumnya. Diorang ni masih hidup zaman Kesultanan Melayu Melaka kot?

9 ulasan:

Irfa berkata...

kannnn?
bila menteri @ vvip nak dtg
hutan pun jadi taman

Tanpa Nama berkata...

kadang2 layanan pada pak menteri pun mengalahkan kesultanan melaka...

Prince of Noob berkata...

Jika kenderaan2 ini bertembung di lampu isyarat simpang empat, kenderaan mana yang harus bergerak dulu?

A - Van ambulans yang tengah membawa pesakit kritikal ke hospital.
B - Bomba yang dalam keadaan terburu2 kerana ada kebakaran.
C - Kereta polis sedang mengejar penjenayah.
D - Rombongan kenderaan yang membawa VVIP untuk melawat mangsa bencana.

Temui jawapannya di sini.

Lebai Roger berkata...

PRU 13 itu hari, Tuang Presideng UG cadang Ku Li Jadi PM.......agak agak boleh selesai pencarian?

Lebai Roger berkata...

Sepatutnya Kuli Rakyat Jadi PM beb......... Baru menteri pergi parlement naik LRT. Rumah low cost.

eddeved berkata...

aku sekarang komen pakai video aje ha ha ha!

http://wake-up-kick-ass-repeat.blogspot.com/2015/01/bala-allah-bilamana-kau-syirikkan.html

nasiayam berkata...

memang setuju la mantot. satu lagi menteri ni terlalu sgt diberi kuasa smpai aku naik muak. contoh pokok sebelah kedai aku. dah berpuluh tahun pokok tubuh besar , tinggi, cantik. tapi menteri nak datang punya pasal, sanggup DBKL potong sebab nak letak bunting/deco punya pasal. ni la satu contoh yg kerajaan kita mmg tak prihatin tntg alam.

Tanpa Nama berkata...

Yg pasti bila ada press, time tu kau tgk lakonan tahap 5 star.

Tanpa Nama berkata...

Padu!

Rasa juga bau cursing malay sebenar!

Padu, padu.

Teruskan mantot!

Salam