April 11, 2013

Pengalaman Mengutuk Gay Bersama-Sama Rakan Sekolah, Cikgu-Cikgu dan Tukang Kebun Sekolah

Apa yang kau akan baca mungkin berbunyi pelik.

Tapi untuk budak sekolah asrama, khasnya asrama yang sekolah lelaki semuanya yang sekolah zaman 90an dan ke bawah, benda ini aku pasti sangat similar dengan kehidupan diorang. Just ingat, ini bukan artikel lucah.

Aku mula belajar mengenai apa itu homoseks, liwat dan gay ketika umur aku 13 tahun. Waktu tu, aku baru aje masuk sekolah asrama dalam sebulan dua, datang senior aku borak2 pasal siapa yang jambu. Jambu ini bermaksud...junior mana yang comel dan boleh dijadikan "jambu." Aku tak termasuk. Sedikit frust aku waktu tu.

Tapi perlu difahami, ada beza antara gay dengan jambu ni. Senior ambik junior buat jambu diorang, tapi tak ada la diorang pegi tala main belakang. Saja suka-suka. Mungkin sebab nak memenuhkan masa yang terluang lagipun bila kau sekolah semua lelaki ni, memang kadang2 kau akan mendambakan ada wanita. Jadi aku assume, diorang carik jambu sebab diorang nak pempuan sebab yang mana diorang claim jambu, muka comel-comel. Ada la sesetengah dua member2 aku yang pada aku tak jambu tapi still diclaim jambu membuatkan aku tertanya2 "kenapa dia?" Seperti biasa, aku, tidak ada senior berkenan. Aku tidak jambu. Bagus sebenarnya tapi ada antara member2 aku ayng bangga ada senior claim dia jambu. Buwekk rasanya, nak muntah gua.

Kat sekolah aku, senior ambik junior jadi jambu ramai tapi setakat tu aje la hubungan "songsang" diorang ni. Tapi bila dah dua tiga bulan sekolah, bila dah faham apa itu liwat....aku dengar ada senior aku dua orang kantoi buat gayseks malam tu dengan warden. Keesokannya, tengah ramai2 beratur untuk perhimpunan lepas habis aje nyanyi lagu Negaraku dan sebagainya...warden sekolah aku buat pengumuman. Dia panggil seorang senior aku ke depan.

"Korang semua mesti tertanya2 kenapa dia ni dipanggil ke depan.." tanya Warden aku. "Dia ditangkap ketika sedang beraksi liwat dengan seorang pelajar lain." Nampak la cikgu bisik2, ada yang buat muka jijik. Yang mana cikgu dah tau terpaksa la kontrol wajah tapi mana yang baru tau dan baik dengan senior aku tu, muka jadi tak percaya. Lepas tu tah hapa lagi warden aku cakap dan dia nasihatkan kitorang semua supaya tak buat macam tu.

TIme tu, sebab pemikiran budak2 lagi, aku rasa apa yang kitorang fikir, adalah "MASYA ALLAH DIA NI! KENAPA KAU PEGI TALA JUBUR LELAKI LAIN? KAU TAK RASA GELI KE? MALUNYA AKU KALAU AKU JADI KAU!"

Bila difikirkan balik, apa yang sekolah aku buat dekat dia, panggil dia ke depan, announce untuk satu sekolah dengar apa yang dia dah buat, adalah satu tindakan yang sangat2 memalukan kedua pihak, senior aku tu dan juga pihak sekolah. Memang tindakan dia amat memalukan, tapi tindakan sekolah aku pada ketika itu, turut sama memalukan. Dah la dia sorang aje terpaksa ke depan sebab yang "pondan" yang diliwat tu dah dihantar balik, jadi dia terpaksa tanggung malu sorang2 dengan 600 pasang mata tengah tengok dia, judge dia dan herdik dia dalam hati.

Even member2 dia pun takut nak tegur dia lepas dia disuruh masuk balik dalam barisan ikut tingkatan. Dalam beberapa minit, dia dijadikan sampah masyarakat.Yang tau, jadi benci, yang tak tau jadi tau. Ada la sorang member dia tepuk bahu dia sebab senior aku tu menangis masa beratur balik tu.

Tindakan yang diambil sekolah aku sebab terbukti dia dah salah, kantoi red handed tengah meliwat oleh warden dan pasti kena buang sekolah seolah-olah tak cukup, jadi ditambah lagi dengan aksi public humilation yang berlaku untuk semua orang tengok siapa dia. "Dia peliwat, kutuk dia jom!" kata pentadbiran sekolah aku dengan alasan nak dijadikan pengajaran untuk semua.

Cuba fikir kalau kau kat tempat dia. Tak kiralah kau meliwat, ditangkap mencuri, kantoi tangkap basah dan segalanya, orang kita suka benar tambah perencah dan perasa supaya mangsa jadi lagi miserable.

Sebab itu, aku cukup hormat dengan keluarga Anwar Ibrahim. Bukan setakat dia kena, isteri dia kena, anak-anak dia kena, menantu pun dah kena, aku rasa tak lama lagi cucu dia pun kena. Satu family kena kutuk, kena caci, kena maki. Sebab apa? Sebab kerajaan kata bapak diorang peliwat. Tapi cuba tengok balik respon daripada family tu. Tengok apa yang isteri dia buat. Tengok apa yang anak-anak dia buat.

Dan disinilah aku ingin menyatakan kenapa pada ketika ini, aku langsung tidak ada sekelumit pun rasa hormat dan respek aku kepada orang yang bernama Mahathir Mohamad. Siapa tengok pembentangan manifesto hari tu? Kan ada satu part Najib kata Mahathir ada 18 keping surat Wan Azizah menceritakan mengenai kelakuan jijik Anwar Ibrahim? Najib announce benda tu sebab beberapa hari sebelum tu Mahathir ada buat announcement kata dia ada surat tu.

FIkirlah, dalam pembentangan manifesto, mereka boleh bincangkan benda tu dekat khalayak ramai. Bagi satu Malaysia tengok dan dengar yang diorang ada bukti Wan Azizah tulis surat pasal suami dia dan ada dalam tangan Mahathir. Perangai syaitan mana ni?

Orang tu kau dah herdik kau dah kutuk kau dah caci, kemudian kau gunakan isteri dia untuk caci dia, hebohkan satu negara yang isteri dia pun sebenarnya kutuk suami sendiri. Apa tujuannya kau attack dia sampai cam gitu sekali? Perangai apa ni? Ni bukan perangai orang Melayu dan sah-sah ini bukan perangai orang Islam.

Kesan daripada pengumuman pemimpin Melayu dua orang ni tujuannya amat mudah sekali ; diorang nak burukkan Anwar, diorang nak burukkan Wan Azizah dan diorang nak wujudkan rasa sangsi orang ramai terhadap dua orang suami isteri ni. Tapi kita tak pernah nampak Wan Azizah tinggalkan suami dia. Kita juga tak pernah nampak ada kerenggangan antara Anwar dengan Azizah. Itu satu fakta.

Kalau betul Azizah tulis 18 surat kepada Mahathir dulu, kenapa Azizah bangun pertahankan suami dia?

Jadi mana satu kita nak percaya? Aku lebih suka menilai menggunakan mana satu yang cuba menonjolkan nilai lebih baik. Pakatan diselubungi skandal Anwar. Salah atau betul tak ada orang tau. Mungkin Saiful Bukhari betul, mungkin Saiful Bukhari salah. Tapi semua yang dikatakan diliwat Anwar dalam kes 1998 dah kata diorang dipaksa. Cuba baca sendiri. Semuanya termasuklah yang paling tak logik sekali...Dr.Munaweer Anees.

Aku simple aje. Aku takut dengan apa yang Barisan Nasional lakukan. Satu gerombolan kerajaan hentam,herdik,kutuk,caci maki satu family Anwar Ibrahim, kata dia gay,homoseks,biseksual, peliwat,penala jubur dan macam-macam lagi. Semuanya sama.

Tapi Anwar tak buat apa yang senior aku yang meliwat tadi buat. Lepas dia kena tangkap meliwat, dia kena buang sekolah. Kemudian dia hilang terus. Tak tau la dia jadi apa. Padahal lagi setahun aje dah nak ambik SPM. Dia hilang. Anwar dan Azizah tak duduk diam. Diorang bangun. Lawan.

Itu bukan sesuatu yang orang salah akan buat. Lagipun, kalau kau tanya mana2 supporter BN ni, "berapa percent kau sure Anwar liwat?" Tak ramai yang berani jawab 100% sebab tak ada orang tau. Semua benda berdasarkan khabar angin semata-mata.

Tapi aku nampak Najib dengan Mahathir berusaha keras nak jatuhkan keluarga Anwar Ibrahim. Aku nampak dengan jelas senyuman bangga Mahathir bila Najib kata dia tunggu 18 surat Azizah keluar. Aku tengok dengan mata aku dalam TV, Perdana Menteri aku fitnah "Anwar Ibrahim suka tikam belakang."

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, itu bukan masalahnya. Masalahnya, betul atau tidak tuduhan kerajaan itu? Kalau betul, seret la dia ke mahkamah. Kemukakan bukti lagi sekali. Tapi cuba fikir benda ni bila kau ada masa, kalau kau pangkah Barisan Nasional dan segala apa yang jadi dekat Anwar Ibrahim adalah rekaan kerajaan semata-mata, kau sanggup terima hakikat tu?

Aku ulang lagi sekali.

Betul atau tidak Anwar Ibrahim liwat, bukan masalah kita sekarang ni. Betul atau tidak apa yang Mahathir dan Najib cakapkan tu, itu masalah kita rakyat Malaysia. Sebab kalau nak tuduh orang, kita kena ada bukti, kena ada saksi. Selagi tak terbukti, selagi tu janganla kita jatuh sebarang bentuk hukuman pada keluarga dia.

Melainkan...kau dapat tangkap dia red handed. Ada sapa2 dapat tangkap Anwar red handed tengah meliwat macam senior aku? Tak ada. Ada Anwar cuba liwat kau? Tak ada.

Jadi, kenapa kau perlu join orang ramai kutuk dan maki satu family dia?

Kalau aku kena sama macam Anwar dan Azizah, mau gila aku. Tapi kau cuba tengok muka Azizah. Kau nilaikan la sendiri macam mana dia rasa dekat suami dia. Ada nampak benci dia? Tengok la berapa lama pun, kau takkan nampak, bro. Dah 14 tahun, Wan Azizah masih lagi senyum, senyum dan terus senyum. Macam mana kau nak hidup, kalau satu Malaysia kata suami kau peliwat? Satu sekolah tengok senior aku pun dia malu amat sangat. Ini satu Malaysia.

Isteri adalah cermin suami dia.

Bila kau tengok isteri, kau boleh nampak suami dia macam mana. Benda tu betul. Sebab tu, aku ajak korang, jom kita pangkah Pakatan ramai-ramai dan cipta sejarah untuk pertama kali, Malaysia ada isteri Perdana Menteri yang tutup aurat! Yeah! Tak kiralah dia Azizah, Sabariah ataupun Zainab dan Norzita. Hehe.

65 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isteri cermin suami? hahahaha deyy zaman skarang berapa ramai daa isteri xbaik belakang suami...curang, cinta ngan laki lain..byklah.. xkan itu je alasan yg nak kata Anwar tu baik mcm Azizah? pls kasi yang lebih tepat dan logik la...

Neon berkata...

Anon d Atas,penyokong bn tear...
Sekian...

Tanpa Nama berkata...

punya pnjang nye cite cermin je kau highlite? dsar macai kat mane2 ada

Amir berkata...

Nak logik macam mana lagi, sepastinya kalau suami baik, isteri pun turut baik juga. Memang lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Itu sudah menjadi kebiasaan. Kalau ada isteri yang jahat tapi ada suami baik gila, tu kes terpinggir atau jarang-jarang.

cewek.medusa berkata...

isteri cermin suami? betul la tu. isteri now ramai buat muka duck-face depan cermin hanpon

zaman dulu org takut nak kacau anak dara org, berani kacau satu famili/kampung kejar engkau. sekarang? takde respek langsung.. depan emak-bapak korang angkut anak org malam2. lari topik

Tanpa Nama berkata...

mcai bn detected, aku rse macai ni org yg smer kot...stiap kali mantot kuar entry msti macai bn ni ader...oh mkner yer abg mntot ader stalker nmer yer mcai bn....thniah abg mntot, bkn sng nk ader stalker mcm ni...heheheheheheheheh.............

mr edz berkata...

macai detected...

Tanpa Nama berkata...

Betul2. Aku sgt respek dgn Azizah, Nurul Izzah dan anak2 dia yg lain.

Tuduhan meliwat ni dah diperkatakan sejak aku darjah 4, sekarang aku dah habes sekolah dah habes universiti semua pun masih diperkatakan lagi.

Dan mereka masih setia di sisi Anwar..

Isteri dan anak2 PM yang tutup aurat.. Harap2 nya..

Kalau macam tu artis jd cemane yeh. Hmmm kena la UBAH baru tau!

INI KALILAH!

man berkata...

video-video nie semua boleh buat.. tapi apasal masa Anwar tengah meliwat dalam video korang tak bawak semua agensi agama pi tangkap dia. kan banyak video tue.. apasal tak tangkap masa perlakuan tue tengah dibuat.. Bodoh betul orang yang percaya dengan video..

Unknown berkata...

Terbaik. insyaAllah aku akan pangkah pembangkakng

Tanpa Nama berkata...

wei anonymous.

cubalah kau ni bukak minda kau luas2, kau cuba pahambetul2. memang terang bersuluh, malah uai sendiri pernah terangkan.."isteri adalah pakaian bagi suami, suami juga adalah pakaian bagi isteri" that's why dia kata isteri cermin bagi suami. jgn jadi "batu bata" yg menghalang kelancaran otak kau sendiri berfikir dgn bijak lagi matang!

dia perempuan, dosa dia suami dia akan jawab di akhirat nanti. bukan kau mahupun pm yg tolong jawabkan. sekurang-kurangnya, anwar dah terlepas dari menanggung dosa aurat azizah.

fitnah jgn dijadikan makanan ruji hati. makin kerap kita sebar fitnah tak berusul makin jauh kita dr Allah. seribu kali kau sujud taubat pasti belum tentu dosa fitnah tu terhapus. kita tak sedar betapa berat dosa fitnah tu kat akhirat tu nanti..kalau kita ni manusia boleh nampak neraka tu mcmana..confirm2 sekarang jugak kau sujud taubat sampai lebam kepala lutut korang. tu pun belum tentu terlepas lagi..

soal berapa ramai perempuan zaman skrg yg kau dok teriak tu lagi2 yg bergelar isteri yang curang belakang suami dia bukan urusan anwar pun. isteri curang..belum tentu salah si isteri..audit dulu suaminya..suaminya dah tak betul..jalan mcm mak ketam..mcmna nak didik isteri jalan lurus. mak ketam tetap mak ketam..tak boleh jadi mak kucing jalan tegak lagi lurus..

azizah pakai tudung sebab anwar dah pesan suruh tutup aurat. aurat azizah tu maruah dia. kalau isteri pm tak suka pakai tudung, tu sebab suami dia tak kisah share dosa dia..pun suami dia tak takut dgn hukum Allah..sebab kalau dia takut, mesti dah lama dia suruh isteri dia pakai purdah..

mudah. kau tipu suami kau. kau tipu Allah. kau khianat suami kau. kau khianat pd Allah. kau ingkar suami kau. kau ingkar Allah. kau tak tutup aurat. kau bawaklah dosa tu laki bini sampai mati kecuali kau sempat taubat & Allah terima taubat kau. kan senang.

kalau kau laki2..kau doalah banyak2 supaya kalau kau dah @ belum kawen lagi..esok lusa bini kau tak tipu kau..main cinta belakang kau..tak pun dia tak suka2 je dok peluk Lee chong Wei belakang kau..

sentimen & orang2 macam kau nilah yang perlu ditepuk punggong nya supaya disedarkan. dioarang dok buat ceramah, kuliah free kau taknak pergi..sebab kuliah ceramah diorang takde upah macam brim. diorg cuba sedaya mungkin bebaskan minda korang yg sempit lagi kuno. mungkin kau budak hingusan yg hanya suka mengahdap tibi tiga suku tiap malam jam 8 tu kan..atau mungkin kau adalah hamba pencacai utusan umapama sampah tu.

kat akhirat tu nanti..Nabi saw tak kenallah kita sebagai melayu..tapi sebagai Islam. melayu cina india tu takde kat sana tu..yang ada cuma kau tu Islam @ bukan Islam je. Kalau kau jujur ikhlas sebagai Islam, Nabi tu sendiri akan kenal kau sebab kita ni takkan kenal mana 1 Nabi. sebab Nabi yg akan datang pada kita. so kau boleh pilih kau nak duduk sebagai Islam dengan Nabi @ sebagai 'Melayu' yg kau & kroni kau banggakan tu. Lim Guan Eng tu kalau dia peluk Islam, maybe kat akhirat tu nanti dia duduk sebelah kau..atau mungkin dia yg ada dibarisan paling depan nak masuk syurga..sedangkan kau yg dr kecik mmg Islam ni dok tunggu turn paling belakang nak neraka. pikirlah wei.

aku nak perdana menteri aku berucap pakai otak bukan pakai lidah semata. aku nak negara ni Islamnya tu jelas lebih dari sekarang. perempuan Islam wajib bertudung..tu bukan PAS yg suruh..pun bukan anwar yg suruh tapi hukum Allah yg dah tetapkan..kau nak bantah? silalah bantah kalau tanak dijilat api neraka...bluek

hidup ni harus lebih kerap bersangka baik pada orang lain..barulah hidup tak diselubungi dek misteri saka nan puaka. ni tak..sakit sikit je..terus tuduh kena buatan orang..tuduh orang santau..padehal Allah bagi kau penyakit supaya kau beringat..so jgn lebeh2!

apa lagi..hah. dok cakap PAS tu sesat sebab dok pakat dgn DAP yg cina tu..apa Umnoox yg pakat dgn MCA tu bukan cina ke? yg menterinya kantoi ada video aksi terlampau tu? ke dorang tu semua separa malayu ea? haha.

bini kau pun rambut kembang jugak ea?

Tanpa Nama berkata...

M.A.C.A.I utk UBN jer woi.... ker dah x sanggup kena panggil M.A.C.A.I?? HAHAHHAHAHAHHA

Tanpa Nama berkata...

Aku bukanlah pemuja Anwar,dia tak maksum dan ada salah terutama masa dia dalam UMNO. Ada je dia kutuk Pas, org Pas ada kecik ati dgn dia. Tp masa dia kena tangkap tu, arwah Us. Fadzil Noor yg berperanan ajak org Pas terima dan maafkan dia atas dasar ukhuwwah.

Perkara lain yang kalau korang perasan, bayangkan Azizah ni dulu doktor mata (kalo tak silap aku), bkn jenis suka ckp2 kt dpn org ramai, TAPI bila laki dia kena tuduh dan tangkap masuk penjara, dia gagahkan diri ke public, bela laki dia dan kempen untuk bebaskan laki dia. Suara pun bukan jenis lantang, tapi dia buat je,rasa2 apa driving force yg bt dia nk bela laki dia?...tgk wife Morsi dan Qardhawi,semua strong woman,pandai2 pulak tu.
Apa pun aku percaya apa yang Allah uji pada seseorang,dia mampu tanggungny.

Lagi satu, tudung dia gitu je pesyennya, takde nak berkesah mcm mane pun,ini boleh menjimatkan duit negara kalo dia jd wife PM,hehe...takdela nk beli tudung atau aksesori pesyen pelik2 dari obersi,haha...tdg izzah pon dia pakai bawal siap kdg tu senget2 asal boleh...hehe...Org simple ni biasanya fikir lebih ke depan, takdela takat benda yg superficial je...

Tanpa Nama berkata...

Bini baik, laki konfrm baik...ni suma nk sedapkn ati sokong anwar

Pastu tuduh anon ni sume org sama..haha

Tanpa Nama berkata...

Simpati lak aku dgn senior kau. Rasa nk peluk bg calm down...rase jelah...
Takut dia lagi terjerumus ke arah tu, sapa nk tlg dia kalo sekeliling pun dah cemuh dia.

Tanpa Nama berkata...

Aku bukan penyokong bn dan bukan penyokong pakatan. Sebab aku tak suka judge orang tanpa bukti depan mata kepala. so, jangan bila orang tak sokong pendapat korang, korang katakan dorang ni macai bn la, macai babun la..so otomatik aku boleh kata korang macai pkr, dap dan pas jugak la...masing2 ada pendapat masing2

tak sokong pakatan, x semesti sokong bn..kebanyakan orang (mcm aku ni) atas pagar, confuse dengan kedua2 parti, tak tau siapa yang betul, siapa yang salah. Cuma nak cari kebenaran. Yang pasti aku mencari pemimpin yang boleh tegakkan Islam dengan sebenar2nya Islam. Tapi yang sedihnya, orang yang fanatik dengan sesetengah parti ni, tak menunjukkan ciri-ciri Islam langsung, so buat aku tertanya, adakah pucuk pimpinan nya juga begitu, pada siapa aku nk percaya.

Sebagai orang yang pertama kali nk mengundi, pilihan aku kena betul, tak nak menjawab kat akhirat nanti

Tanpa Nama berkata...

Kadang-kadang, suara dlm kepala kita lg kuat, baca tak sempat digest dan bg pendapat tanpa fikir. Tu yg susah terima pendapat org tu..Just saying.

Tanpa Nama berkata...

Iman xdapat diwarisi..

Isteri nabi nuh engkar walaupun nabi nuh beriman.

Isteri nabi luth juga mcm tu..


kalaupun wan azizah, anaknya baik..adakah ko pasti anwar xbersalah?

Anwar sendiri fight n xmengaku salah, x diam mcm 3 timbalan perdana menteri sebelumnya..bila jadi pendakwaan liwat secara terbuka, n nk mahkamah bersidang dalam bahasa inggeris bagi semua org tau, kengkunun nk satu dunia tau dia xsalah, salah siapa?

aku rs mantot pn pcaya anwar salah, cuma disebabkn bencuinya pada bn, so mantot xkn mengaku anwar mcm tu, bagi la bukti cmna pn..

Mantot incredibly in state of denial..



Tanpa Nama berkata...

#2 timbalan perdana menteri sebelumnya.

#benci, bkn bencui...haha typo lak

Tanpa Nama berkata...

Tak dinafikan wan azizah tu baik. memang aku kagumi dia. Aku pernah duduk semeja makan masa kenduri kahwin. Dia bahasa kan diri dia autie dan senyumannya tak pernah lekang. Memang hati ko akan sejuk bila dengan dia. Tangan kanan dia bersarung untuk bersalam dengan orang. Itu peribadi Wan Azizah.(aku xtau rosmah macam mana pulak) Yang aku nampak depan mata kepala. Tapi aku tak pernah jumpa Anwar. So aku xboleh nak judge dia. Tapi anggapan yang mengatakan kalau isteri baik, suami confirm baik, sangatttt la jauh tersasarnya. Sebab iman tu bukan boleh di copy paste. Mungkin isteri boleh mempengaruhi sifat suami, tapi bukan jaminan. So bila nak judge orang, nilai berdasarkan peribadi orang tu sendiri, bukan isteri, anak, atok, nenek, jiran dan sebagainya.

Mantot berkata...

patut la melingkup aje orang2 Melayu ni. ramai yang tak percaya dgn ajaran agama sendiri lagi dah...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin psgn diorang tak best,so diorang tak nak ngaku..heh heh...
STOP being in denial.

Unknown berkata...

penah jugak aku pikio2 what if aku ni jijah n anuar tu asben aku. Minda innocent aku berkata: alah so what? Dia nk liwat tu dia punya pasal jwb depan Allah nti afterall ramai yg x percayapun what much hv i got to lose, i hv a good family,anak2 aku menjadi,laki aku terkenal n brpengaruh,byk duit dlm bank i can shop in paris n nxt fly off to Mekah for umrah n life goes on...mungkin x jijah pikio mcmtu thats why she looks cool tmbah pula mmgpun dia tu religious.aku memang salute dia!

Anywy negara kita ni mmg rmai politician,but wht we lack is a true leader..

Tanpa Nama berkata...

Ada surat kenapa tak buat bukti waktu kes liwat? Sekarang baru nak keluar cerita. Too good to be true.

Tanpa Nama berkata...

Haha aku sokong anon ckp 'mantot in state of denial'..dh lame aku mncri pkatann yg sesuai utk mantot yg pcaya sgt anwar ni..

Kpd anon tsebut, aku rs la, rs je...mantot ni n yg seangkatan dgn dia..dlu penah mintak keje gomen pastu xdpt,.frust pastu nk ban gomen xkira la apa tg gomen buat..

Xgitu mantot?heh

Tanpa Nama berkata...

Mesti tak dengar Prof Muhaya kat IKIM ni.......

Tanpa Nama berkata...

cucuq ko biar betol...kot ye jijah baik pon, kalo betol anuar tu main belakang, takkan nk lagi berlaki kan anuar...eiii geli arr benda dah masuk lubang najis...dahla perbuatan tu haram....kalo mintak fasakh pon lepas kot...ni dia siap fight utk laki dia lagi...6thn dlm jail...kalo ko tak suke laki ko mesti ko mtk cerai dah...akai adaa..

Kdg aku terfikir,dlm umno tu agaknya dah mcm2 gejala dh, takat minum,prmpn,judi,bunuh,rogol agaknye dah takde menda dah...so fitnah la dgn liwat..org dgr pon mcm geli...tp2 hr minda bwh sedar dgr anwar liwat liwat liwat...lama2 tanpa sedar percaya...wake up la...

Tanpa Nama berkata...

Sbb tak dapat keje gomen? tu je tahap pemikiran ko..sedih gile dgr

Tanpa Nama berkata...

Tidak semudah itu Cucuq Jagung.. Hanya Allah lebih mengetahui

kueh bakar berkata...

ini kalilah!

Tanpa Nama berkata...

Saya salut kat Anwar satu family untuk kekuatan mereka. mereka salah ke tidak itu saya tak tahu tetapi sepanjang saya hidup tak pernah jumpa orang yang tegal dan kuat terus berjuang membersihkan dirinya.

Ya mungkin ada, mungkin Anwar kita kenal sebab media highlight dia berpuluh tahun lamanya. dari keluar masuk mahkamah usung tilam semua.

Aku masih tertanya-tanya untuk apa sebenarnye kes membutikan dia peliwat sampai sekarang tiada tuntasnya? mahkamah tidak dapat memutuskan 100% dia seorang peliwat, gay atau biseksual.

Yang berlegar dalam Masyarakat pada pandangan aku ialah fitnah? Mahathir Mohammad dan kerajaan Malaysia masih tidak dapat membuktikan dalam mahkamah bahawa anwar Ibrahim 100% sah seorang peliwat kerana saksi-saksi yang dibawa diragui integritinya. walau video dan segala bukti specimen dibawa ke mahkamah.

Aku sebearnye malas nak ambik tahu orang tu peliwat ke gay ke apa. Cuma aku terfikir kalau anwar ibrahim mengaku dia tu gay atau biseksual sekalipun dapat apa? ada akta yang kata ianya salah? tiada.

Mungkin dia boleh didakwa dalam merogol atau meliwat? tetapi masih tidak dapat membuktikan dia merogol atau meliwat Saiful? sebab asas dia gay atau biseksual tidak dapat dibuktikan jadi berdcangah sekali dia akan merogol atau meliwat.

Ianya suatu kes yang kompleks dan payah sekali mungkin sebab itu dalam hal seksual manusia zina etc. lebih termasuk dalam aib. kalau tanpa 4 saksi yang dipercayai dan bukti kukuh atau pelaku sendiri yang mengaku.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh,xabis2 pusing kes liwat..Dari dlu smpai skang xpernah pown anwar disabitkn beslh,cume dituduh je..kadang2 terpikir,Bodoh gak sape yg caye cte liwat2 ni..bangang,melulu je percaye..ske btul ko jadi pencacai bn yg asyik mkn duit rakyat tu kan..bgusla,smpai ble2 xmaju

TENGKU berkata...

Bangan jugak statement ko ni..sumpah bangang..aku x tipu..kurgkan kebangangan ko sikit

Unknown berkata...

Hai..kata macai marah..tp tula..org bangkang bersebab..anwar xkena sabit salah pn..tuduhan ja..kata org bangkang gomen pasai mntak keja gomen xdpt..what the heck?org keja gomen yg cerdik pandai ramai sokong pakatan..pasai org cerdik pandai pk guna fact..bkn men dgq ja..stgi msti ada org kata yg keja gomen sokong pakatan xkenang budi..hahaha..satu lg pemikiran singkat...

Tanpa Nama berkata...

Berapa saksi mata yang melihat senior kau meliwat? Kalau harap warden tu seorang je... itu dah dikira memfitnah kalau ikut syarak. Maunya disebat 80 sebatan sebab memfitnah.

Tanpa Nama berkata...

Kalau x buta hati bkn susah nak pilih mana..

Tanpa Nama berkata...

aku cakap sikit, ko kate bangang, pastu kate bangang, pastu ko xde point...ko yg bangang nii..haha

Tanpa Nama berkata...

Yela, mungkin yg keja gomen tp sokong pr tula yg kebanyakannya lepak minum lame2, kaunter xbukak, lmbt..asyk2 citer psl kengkunun malaysia ni gomen xadil, hampeh...padahal servis pn ala-ala je

Tanpa Nama berkata...

Korang yg pcaye anwar, sbb korg bkn dlm bhgn risikan kot..

Xpela, teruskan ckp 'wan azizah baik, anwar msti baik!'

kak jijah baik! Kak jijah baek! Haha



Tanpa Nama berkata...

Wth mantot?aku xpaham tang mane xpcaye agama tu?

Tanpa Nama berkata...

IQ anon penyokong bn ni mmg zero...lebih byk auta dr fakta...x semua laa org nk keje dgn gomen pastu dgn sehari seminggu berbaju batik. dan boleh pula kata pr yg keje gomen tu suka mengular....singkat sungguh pemikiran korang ni. Btw, kt kmpg wife aku org bn berebut sesama deme utk dptkan tender pasang bendera....bangang pulak aku rasa diorang ni

Unknown berkata...

tq.anon2 d atas...still fr jijah's pov. ..sebab aku berlakikan anuarlah segala decision jadi x mudah.sbg isteri public figure i owe it to him to be by his side till the end selagi daya..(bak kata tuan blog,isteri cermin suami)...
Kerna whtever tindakan jijah bukan hya impct on family but akan jadi national impact. hw can one woman allow tht to happen to one man,apatah lagi man tu asben dia afterall wht happen behind our bedroom door is our private issue x public issue
kak jijah if u r reading these.... Hold on kak n God be with u..

Insania berkata...

Bangang la ko ni... Risikan konon... Buang masa je spy Anwar. Lahad Datu pon kantoi... Porahh!

Tanpa Nama berkata...

skolah ko skolah aku, mmg mcm tu kebanyakan cikgu cemerlang sangat2 ego, so jadilah anak2 murid pn semua ego hasil didikan cikgu2 ego, ko tau crita pasal dinner 50thn kat skolah haritu? akhirnya cikgu2 ego terkena ludah mukasdiri, dikutuk anak2 murid yg dah ego menebal dan berjaya diluar hasil didikan diorg yg ego dulu,

Tanpa Nama berkata...

Ala Mantot, berdasarkan entry2 kau, aku tak rasa kau ni kategori beriman pun. Kalau beriman pun takat sekerat sekerat. Mana yang rasa sedap dengan nafsu kau, kau amik, mana rasa tak kena ngan nafsukau, kau kutuk habis-habis. Cari kau kutuk pun dah menunjukkan tahap keimanan dan kesabaran kau macam mana.

Aku tak risau kalau kerajaan kita bertukar nanti, dan agaran Islam sebenar dipraktikkan, tapi yang aku risau pengikut-pengikut dia ni sanggup ke nak ikut agaran Islam sebenar. Kalau sanggup Alhamdulillah. Tapi dalam keadaan sekarang yang bebas beragama, nak solat berjemaah di masjid pun susah.Tak tau la pulak macam mana. Jangan korang buat memorandum sudah.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...

: )

Tanpa Nama berkata...

kepada anon April 12, 2013 at 11:52:00 AM

senangnya nak judge iman orang..tengok blog entry je..

tinggi iman lu bro!

Tanpa Nama berkata...

tuduhan terhadap anwar dh mcm2, tapi sampai semalam 13/4/2013. anwar masih lagi pakai title DATUK SERI, kenapa agaknya tak ditarik balik? melaka pernah cadangkan semua darjah kebesaran anwar ditarik balik, tapi tinggal cadangan jer... sesuatu untuk difikirkan... ye tak?

Tanpa Nama berkata...

Tarik x tarik datuk seri sama je, ape bezanya..kang membebel lg org tua tu

Tanpa Nama berkata...

Bodoh ke apa.mmg dorg rakam utk kepntgan politik.nk guna ms kecemasan.ni la ms nya.klu pggil polis time tu xde bnda la.

Tanpa Nama berkata...

Ko tls pnjg2 ni aku nk ty 1 soalan.ko brani jamin ke semua isteri cermin suami?zaman sekarg ni ssh nk ckp la.mmg btl allah xty kita bgsa apa kt akhirat ni tp aku pelik gak bila org pkr ni sibuk mmpersoalkn org mamak yg kononnya bkn berbgsa melayu.xtgk agama dia ke bang? Dan ayat trakhir ko mmg klakar.org xksh la pas brpakat dgn dap.tp sbb pas pnh kata mcm2 ms umno brpakat dgn mca.skarg dia plak buat bnda sama.jilat ludah blk ka?ko pn kne buka mnda dan tgk dr perspektif kedua2 pihak.

Tanpa Nama berkata...

kalau geng2 pembangkang bt salah laku seks ke apa ke, ckp umno la bt apa la...cuba umno ada salah laku, habis jgk kena kutuk2...2x5, 5x2...
peliwat ttp peliwat...isteri pakai tudung, suami terkinja2 menari dgn pmpuan lain...aku pn xtahu apa la yg korg taksub sgt dgn anwar tu.
dari sokog pembangkang, baik aku sokog yg sedia ada...baik kita bersatu padu sokog yg sedia ada, barulah suara melayu kuat,dan kuasa melayu kuat...org lain tak berani nak bersuara. berpecah belah, cakap sekor2 mcm bagus, kaum lain tepuk tgn dan tggu masa.xpelah, ini kali kita kasi pangkah kpd pembangkang.lps terjadi sesuatu, jgnlah baru nak menyesal.

Tanpa Nama berkata...

Bkn psl iman tggi ke hape bro.klu ko follow lama blog ni mmg bleh nmpk jelas.

Tanpa Nama berkata...

1.aku bkn penyokong mana2 pihak tp aku xphm bila diutarakn point yg lbh memihak pd bn akan digelar macai serta merta.
2.isteri cermin pd suami bukan boleh dipakai pd semua tmpt.contohnya kes nabi nuh dan istrinya yg mungkar.tu dh tahap nabi.inikn kita umat biasa yg tak lari dr mmbuat dosa.
3.ko brani jamin org dlm video tu 100% bkn anwar?ko pn xbrani ckp kn
4.secara logiknya, org yg masih ignkn kerjaya politik mereka utk trs hdp akan trs melawan.sama la kes anwar.dia melwn tuduhan tu utk krjaya politik dia.kita tak bleh kata dia lwn sbb dia btl.dan aku pn xkata dia salah.
5.istrinya defend suami bleh dikatakn sbagai menyokong perjuangan suaminya.tak boleh juga nk kata anwar btl semata2 sbb istrinya sntiasa trsenyum dan menyokong dr blakg.

6.aku sgt menympah dgn pemimpin bn skang.tp bila dh kerap sgt bc blog ni aku nmpk blog ni dh mcm tv3 suku versi pmbgkang.tak telus.citer sblah pihak saje n yet nk ckp prjuangan korg utk keadilan.mmg bullshit.dan persoalan2 ko kt entri ni psl anwar dan keluarganya semua boleh dijwb dgn commen sense sahaja.xperlu dan rendah2 kn pemikiran org yg xsebulu dgn kita just bcos they different.that what make them unique.

Mantot berkata...

aku nak kata korang anon2 ni bodoh,sedih pulak rasanya.

1. kau nak kaitkan dengan Nabi Noh? Come on la. Dia Nabi. Dugaan dia lain tahap dia, kita ni tahap ayam aje.Lagipun, kita ni umat akhir Zaman. Nabi Noh bukan. Kita ada Quran. KIta ada hadis Nabi.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

2. kalau kau tak percaya isteri tu cermin suami, tu bukan salah aku. itu salah kau. sama ada kau suami jahanam atau isteri cilaka. semua tu salah kau.kalau kau rasa camtu, itu maknanya kau la yg ada problem dgn partner kau.

Refer balik hadis kat atas.

3. apa masalahnya aku takleh jamin 100% video tu bukan Anwar? aku x perlu defend pandangan aku berdasarkan video tu sebab AKU TAK KATA ITU ANWAR dan KALAU AKU KATA ITU ANWAR, itu maknanya aku dah tuduh dia.

Kalau aku kata itu Anwar, aku kena pastikan betul2 itu Anwar.

Jalan selamat, kalau kau percaya agama kau, adalah jangan percaya itu Anwar. Sebab kita dah diajar, kalau benda tu tak pasti dan bila ditanya dekat "pelakunya" sama ada itu dia atau tidak, dia kata bukan...kau kena yakin dengan mahkamah Tuhan.

Kalau betul itu Anwar dan dia tipu kita, takpela...mungkin dia selamat kat dunia ni tapi nanti dekat sana dia kena jugak.

Bukan kerja kita nak buktikan dia liwat atau tidak layan china doll ni, sebab mengintip tu haram dalam Islam.

Tak kiralah niat kau baik sekalipun, mengintip adalah HARAM dalam agama Islam.

Kau kata kau Islam tapi kau tak percaya agama kau sendiri, kenapa?

4. Kejap lagi mesti ada yang mintak hadis mana yang kata mengintip tu haram. Kalau geng2 pencacai ni pandai nak pasang hidden camera merata2 ni, lagi senang rasanya nak carik hadis tu.

Mantot berkata...

berdasarkan kepada hadis di atas....adakah boleh kalau aku katakan, Nabi Noh adalah seorang yang keji?

Unknown berkata...

en mantot,pernah terdengar sorng ustad kat radio ckp,sekiranya psgn x mncerminkan prtnernye makaitu blhjuga merupakan ujian bg org tersebut n sejauhmana keyakinan terhdp ayt2 Allah.dgn husnudzon doa n tawakal psgnnya mkn berubah or dberi psgn lain yg lebih baik

Klau smpai ksudah psgn xbaik jgak bersyukurlah by then maybe u will know wht to do or better still, kita mula dpt menilai diri sendiri,mgkin ini kafarah dosa-dosa lalu...wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Encik mantot, itu ayat quran kan,bkn hadis,hee..
Again, yg larangan mengintip pun ayat quran (wala tajassasu)...dulu aku pun tak paham, tp bila baca perlahan2 tanpa sentimen, insyaAllah boleh paham.
Ni link http://drmaza.com/home/?p=1413

Tanpa Nama berkata...

Cane nak pimpim negara wok kalo akidah sendiri pun tak betul. Ah ko pun sama. Ke ko yang kena panggil dekat perhimpunan tu? Sbb tu ko beriya rasa pe yg nuar rasa tu?

Tanpa Nama berkata...

Tudung bukan cermin kebaikan seorang wanita. Kalaupun ko taknak akui benda ni mantot, satu dunia tau ianya fakta. Korek bukti dkt mana2 ada. Ko sorang je being a totaly in denial.
Just so u know, kelebihan ko ni ialah pandai membina ayat. But one thing u might not know, kelebihan ko ni adalah kelemahan ko yg nyata. Hanya dgn ayat2 yg ko tulis ni pun jelas ko menyokong perbuatan yg dilaknat Allah semata2 memenangkan pemimpin kesayangan ko. Oh yeah ko kan dr sekolah asrama lelaki yg faham benar dgn isi hati peliwat dan org yg diliwat.
Well well well look who's talking. Mmg ramai melayu2 melingkup krn tak percaya dgn ajaran agama sendiri lg dah. Too bad so sad.
Melawan tak semestinya diri betul. Ada org melawan krn nakkan dirinya 'nampak betul'

- saya Sayang Melayu

Tanpa Nama berkata...

Anon yg ni pandai :)

- Sayang Melayu

Tanpa Nama berkata...

..oleh itu aku nak tanya..

1)kalau azizah belum tentu dpt buktikan anwar baik, maka eloklah kita pilih najib-rosmah yg x hipokrit ye dok?

2)mantot x beriman &
mantot sokong anwar,
maka, jangan sokong mantot,
jangan sokong anwar?camtu?

3)selagi tak jelas pakatan rakyat bukan parti yang baik., maka marilah kekal dengan BN yang mengamalkan nilai-nilai yang terang-terang tak baik?gitu?

eh aku tak paham la.laki aku ni pun sama la macam mantot.gilerkan anwar mcmkan anwar tu kekasih dia.tapi kita yg membangkang ni sebab nak dapatkan pemerintah yg lebih baik ke or SABIT NAK MEMBANGKANG MANTOT JE?

kalau ko susah payah nak buktikan mantot salah kat mana-mana pun boleh la asalkan mantot ada salahnya, aku rasa kita semua ni tengah buang masa.

Tanpa Nama berkata...

Korang ni semua budak mentah belaka nama aja cerdik tapi otak dah tersumbat dalam dunia sekarang ni mana ada suami yang baik tanya lah nuar ibrahim pernah ta dia main mata dengan betina lain? nuar ni suka main bontot , kau tengok macam mana dia sontot kawan kawan yang selama ni bertungkus lumus menyelamatkan dia masa dia kelemeasan dulu sekarang one by one dah gone dan yang tinggal sekarang ni semua mereka yang ta pernah na rajin bertanyakan cerita sejarah sejarah kita yang lalu. Cuba kaubayangkan dia main bontot khalid . masa awal kentut khalid pun dia kata wangi tapi bila khalid dah berjaya simpan duit berbillion di selangor , sekarang dia sontot khalid , adi pun kena sontot

Tanpa Nama berkata...

Video video lucah tu tipu semua...kalau betul2 nk jatuhkan anwar..pergi tangkap terus sewaktu kejadian..panggil mahathir,najib , ketua hskim jadi saksi..x yah video2..teknologi boleh mennipu..pelakon lelaki tu lelaki siam mirip anuar tapi perut buncit tetek gendut.

Unknown berkata...

Dunia²